Tuesday 7 July 2015

Oh, Lelaki Malaya! (PART Z)



Hozier - Someone new
love with every stranger,
the stranger the better
weee....really?



            “Kau tengah buat apa Dib? Biasa tidur lunch hour macam ni?”
            “Usbu’. Last week aku rasa terawih kantoi dua hari, mengaji kantoi hari – hari. Nak qada balik semua.” Tafsir Al – Quran diraup ke muka dan diletakkan di atas rak tinggi.
            “Apa tuh? Neo Talibanisasi?” Lidah Faruk tergeliat nak sebut perkataan tu. Didi lah sibuk duk cakap istilah baru wujud dengan kemunculan style wanita Malaysia berjubah. Bagi Faruk, isu yang sangat subjektif. Perempuan kisahkan style saja. Tak payah nak pening kupas isu susah – susah. Ingat dorang fikir ke style Arab ke, style Melayu ke, style barat ke. Janji ikut arus dan nampak stylo. Women and their Venus thinking.
            “Mana ada kau nih. Aku tengah baca sikit tafsir Al – Quran ni. Kalau kau nak tahu ada 10 kata kunci dalam menghayati Al – Quran. Usbu’ tu one of them. Maksud lebih kurang komitmen mengulang baca Al Quran setiap hari dalam seminggu.”
            “Ya lah tu. Makan tak boleh. Bagi makan kat rohani sajalah.”
            “Nah, aku pinjamkan kau buku tafsir ni. Dalam tu ada cerita apa kata kunci dalam menghayati Al – Quran. Tak clear refer ustaz. Jangan refer aku. Aku pun kena pergi belajar lagi.” Lambang peace diangkat. Bukan apa, zaman sekarang ramai yang menuntut ilmu bukan dengan cara berguru jadi Adib risau kefahaman ayat – ayat indah dalam Al – Quran ditafsirkan sesedap rasa.
            Laju Faruk membelek buku yang dihulur.
            “Aku solat Zohor kat belakang jap.”
            “Dah….belum solat lagi?”
            “Tadi aku ngantuk. Pergi ambik wuduk tapi belum masuk waktu lagi. Tu yang duk membaca ni. Hish…kau jangan pertikaikan hak aku dengan Tuhan bro.”
            Faruk buat muka. Ngeng macam mana pun si Adib, perangai yang skema ala budak asrama yang ikut peraturan memang tak hilang. Itu yang mereka serasi sangat. Umur meningkat, kematangan meningkat tapi jiwa muda remaja. 
          Kata Yoko Ono, some people are old at 18 and some are young at 90. Time is a concept that human created.

            Seronok pula Faruk membaca buku keluaran Bumirestu Creative Sdn Bhd. Ada sepuluh kata kunci dalam menghayati Al- Quran dan Faruk boleh rumuskan seperti;

1. Al-Qalbu - Hati. Alat untuk memahami Al-Quran. Ketundukan kepada Allah, yang membolak-balikkannya dengan kehendakNya.
2. Ahdaf - Tujuan. Hadirkan tujuan. Kenapa saya membaca Al-Quran? 
3. Solat - Agar bacaan dalam solat diperbaiki.
4. Lail - Malam. Menitik beratkan semangat membaca pada solat malam. 
5. Usbu' - Seminggu. Komitmen mengulangbaca setiap hari dalam seminggu, walau sedikit. 
6. Hifzan - Hafazan. Berusaha menghafaz agar dapat menyerap kesan dari ayat yang dibaca.
7. Tikrar - Berulang. Mengulang-ulang bacaan. 
8. Rabt - Kaitan. Mengaitkan bacaan dengan kehidupan seharian.
9. Tartil - Tertib/Teratur. Perlahan-lahan, toma'ninah, tidak tergesa-gesa. 
10. Al-Jahr - Menguatkan suara dalam bacaan, supaya lebih tumpuan. Menyampaikan pesan dari kedua arah - tulisan dan suara.

            “Faruk…Faruk….Assalamualaikum.”
            Panjang kepala Faruk menjengah ke luar bilik Adib. Awek mana? Zulia?
            “Waalaikumussalam. Nini?”
            “Kau janji nak jumpa Didi kat sini ke? Ke kau cari Adib ni?”
            “Tak. Nak drop stok Boba. Kawan Didi nak beli. Alang – alang aku jumpa re – seller kat blok sana, tu yang aku singgah. Baik lagi dari drive gi hantar ofis si Didi yang jammed giler tu.” Nini panjangkan leher. Kereta Adib ada kat luar tapi mana dia? Sejak hari tu masing – masing ambik nombor telefon tapi masing – masing bajet cool. Senyap terus keduanya. Jangan pula dia yang dicop perigi cari timba.
            “Ya lah. Muka kau tu kenapa? Jatuh? Lebam semacam aku tengok.”
            “Long story.”
            “Cut it short then.” Adib muncul dari belakang.
            “Hai.”
            “Emmm…”
            Adib angkat bahu. Period ke apa mood semacam saja.
            “Kenapa pipi tu?”
            Ikut hati Nini mahu dia lempang jugak si Adib tapi tengok gaya siap kopiah ada lagi kat kepala, jeans yang senteng ke atas buku lali dan kemeja yang berlipas ke siku. Sejuk sikit hati yang tengah menggelegak.
            “Bak sini kunci kereta kau. Aku tolong angkat Boba.” Buku tafsir dihulur kepada Adib.
            “Amboi..businessman sempat baca buku masa kerja.”
            Faruk buat tak tahu. Adib lagilah. Buku bukan sebarang buku ni cik kak tapi Adib memilih untuk memberi perhatian kepada Nini. Pernah terdetik beberapa kali nak menghubungi Nini tapi dia tak nak gelojoh seperti kes Zulia. Ampun, gua insaf!
            Nini campak kunci kereta. Faruk sambut dengan cekap. Bahu Adib ditepuk dan Faruk berlalu pergi. Muka Nini tu nampak sangat nak cakap something kat Adib. Apa agaknya ya?
            Adib bersilang tangan. Muka serius.
            “Kena dera dengan si gila talak ke?”
            “Mana ada.” Nini jawab acuh tak acuh.
            “Habis tu.”
            Nini kerling kiri dan kanan. Bayang Faruk hilang barulah Nini buka mulut. Nafas ditarik dalam kemudian mata menatap jejaka Malaya di hadapan.

            “Saya keluar dengan someone. Tadi kena serang dengan bini dia. I…was like…emmm….seriously. I don’t know he’s married. Doesn’t look like one and hish sebab dengar cakap awak lah ni. Suruh cari stranger konon.” Nini pejam mata. Sebenarnya dari tadi dia terasa sangat perit. Nak menangis sangat tapi ditahan sehingga sekarang.
            “Tell me this is a joke.”
            “Joke apanya?”
           “Are you crazy? Kalau ya pun nak fall for stranger, carilah yang ‘ado – ado’ sikit. Kata smart.”
            “Jangan nak sound macam – macam dan jangan berani nak inform Didi dan Faruk. Malulah saya.”
            Adib gelak.
            “Dengan saya tak malu?”
        “Dah awak yang ajar. Tell you what. Thrill giler kena lempang dengan bini orang. Taubat sampai mati saya tak kan sesekali keluar dengan laki orang. Bukan takat dengan laki orang  tapi semua lelaki yang diragui. I learned more than a thing.”
          “Alahai….Nini. Sorry but is that really my fault?” Adib gelak lagi sebelum menyambung “…tapi kena jugak ambik precaution. Kita pergi klinik. Buat medical check. Bagi doctor confirm awak okay then kita buat report police. Esok lusa mana tahu kena serang lagi.”
“Mulut….hee..” Muka Nini berubah.
            “Hah, Nini. Kereta kau macam kedai bergerak. Tak nak set up physical boutique ke?” Faruk hulurkan kunci kereta Nini.
            Nini dan Adib berlagak selamba.
            “Semua stok lama dari outlet sana lah. Kalau aku dah duduk sini permanent, tak buat lagi kot business ni.” Nini mula nak melangkah keluar. Malas nak lama – lama dengan muka berbirat. Nak balik mandi dan tenangkan perasaan.
            “Faruk, bagi aku hantar banner yang dah siap tu.” Adib terus usung dua kotak besar yang ditempah pelanggan dan laju mengekori Nini. Faruk geleng kepala.
            “Nini, nak pergi dengan kereta awak ke kereta saya?”
            “Tak payahlah. Saya okay. Kalau tak okay saya duduk menangis kat rumah bukannya sibuk nak jumpa re – seller.”
            “Sure?”
            “Yes, small matter.”
            “Jom, berbuka dengan saya. Rumah awak kat mana? Saya fetch.
            “Jumpa kat tempat nak berbuka je tak boleh?”
            “Nak terawih lah. Lepas berbuka saya terus hantar awak balik.”
            “Malaslah kalau gitu. Moreh je lah. Lepas terawih keluar minum cukup.”
            “Set.”
            Masing – masing terus tenggelam dalam perut kereta. Adib senyum sambil putar steering. Tak ada rasa nak gelojoh sangat tapi hati berbunga – bunga.


            “TEH tarik satu. Roti bakar satu set.”
            “Samalah.” Nini malas nak fikir.
            “Parent awak tak balik terawih lagi?”
            “Belum. Dorang ada port minum lepas terawih jugak tapi jangan risaulah. Saya dah mintak izin.”
            Adib angkat bahu. Part mana yang Didi cakap budak Philly ni western entah. Tudung siap pakai tudung bawal je malam ni. Oh, ya kalau dua kali yang dia jumpa dulu memang agak stylo lilitan tudung Nini dan cara berpakaiannya tapi tetap jatuh dalam kategori citarasa Malaysia lah. Lulus cemerlang nak kenalkan kat Mak dengan Ayah. Dari segi pemikiran ya, nampak Nini stok kebal dan berfikiran terbuka. Dia pula yang berfikiran bukan – bukan.
            “So….ex awak kacau lagi tak?”
            “Ex awak?” Nini sengih.
            Adib gelak.
            “Love myself enough to leave. Tak ada makna nak bercinta kalau rimas memanjang.”
            “Tell me about it..” Nini sangat bersetuju dengan Adib.
            “So…balik for good?”
            “Ya lah..ingat balik nak kahwin. Nak settle down. Tak kesampaian. Duk sana lagi best. Merayap keluar masuk outlet lepas tu pergi pos barang. Lepas tu pass kat re – seller dan tunggu duit masuk. Lepas tu…”
            “Banyaklah awak punya lepas tu. Dah minum.” Adib geleng kepala. Dengar Nini berceloteh, sampai Imsak pun tak habis.
            “Nak cepat pergi mana?”
            “Nak basuh kereta. Nanti awak teman. Boring sorang – sorang tunggu.”
            Nini geleng kepala. Spesis macam ni pun ada.


            “GHAZ nak masuk meminang Nini.”
Didi buat pengumuman elok saja kurma tinggal bijik dalam mulut Adib. Boleh tertelan bijik kurma jadinya.
            “Tu ke tujuan kau ajak aku berbuka kat rumah korang?”
            “Tujuan apa?” Didi buat tak reti.
            “Nak suruh aku tahu.”
            “La…kau bukan wali dia pun nak kena tahu.” Didi mengejek.
            “Malas lah nak layan.” Adib makan sambal buat derk apa yang dia dengar. Faruk dah cakap siang tadi Didi bengang sebab kali ni Adib duk keluar – sembang – lepak dengan Nini tapi tak ada apa – apa. Tak kan kawan je kata Didi. Dorang ni tak faham ke dia dah serik nak serius. Pakai konsep cinta tak perlu diucap tak boleh ke? Nini pun nampak cool saja.
             “Jangan kau menyesal.” Faruk tambah bunga.
           


            “LELAKI Malaya tu macam mana? Tak habis – habis saya dengar keluar mulut awak.”
            “Yang serba sederhana dan tak gelojoh.” Tak macam Ghaz. Gila talak siap pakej gelojoh. Samalah dengan Matt kat Philly dulu. Gelojoh cara barat. Baru keluar dating 2 kali dah sibuk nak make love bagai. Hoi! Aku ni Islam. Mamat yang bajet single tapi rupanya suami orang tu lagi haru. Memang tak boleh nak dikenang.
            “Laaaa….mati – mati ingat yang berpelikat 24 jam ke. Yang duduk kampung jadi pengusaha tanah berjaya ke. Yang makan ubi kayu ke.”
            “Eeiii… melampau. Itu definisi luaran yang awak kaitkan dengan bangsa buat apa.”
            Nini sibuk pilih biskut raya. Dah 5 bekas dia ambik. Rajin pula si Adib nak teman.
            “Beli biskut cornflakes madu ni banyak – banyak. Favourite saya. Nanti saya pergi beraya rumah awak wajib hidangkan yang ni.”
            “Waaa….favourite saya jugak.” Nini sampai tersasul tepuk bahu Adib.
            Adib hanya geleng kepala dan cepat – cepat tolong bayarkan. Mereka berdua menapak ke kereta dengan plastic bag penuh balang biskut. Macam laki – bini borong biskut nak bawak balik raya di kampung dah rupanya.
            Adib pasang lagu raya dalam kereta. Semangat raya berkobar sungguh. Lagi berkobar campur berdebar ialah apa yang dia nak cakap kat Nini sekejap lagi. Rasanya kalau duk pakai konsep cinta tak perlu diucap, sampai ke tua lah dia membujang.
            “Nini.”
            “Yup.”
            “I am definitely not a lelaki Malaya that suit your definition sebab kadang – kadang saya ni ekstrem jugak but…”
            Nini berpaling ke arah Adib di tempat duduk pemandu. “Okay…so?”
“I’m a perfect stranger for you to fall in love with.”
           

            “DINDA dah besar dan comel kan?”
            Adib yang sedang bersandar di katil angguk. Kalau Ramadhan setahun yang lalu dia hanya mampu tengok Nini flip tudung tapi sekarang hari – hari boleh tengok adegan awek flip rambut. Ish…syok! Seksi habis.
            “Boleh tak awak tukar rutin menghadap cermin tiap – tiap malam sebelum tidur kepada menghadap saya? Berfaedah sikit.”
            Nini gelak besar.
            “Apanya? Dah sah nanti saya panjat katil duk sebelah.”
            “Naik tidur bukan menghadap saya. Macam mana nak dapat Dinda sendiri kalau macam ni?” Adib senyum perli.
            “Amboi – amboi. Main corner ya….”
            Nini mendekati Adib. Buku Kamar Sutera tulisan Hamka Kereta Mayat ditarik kasar.
            “Buku awak patut baca malam pertama kita bukan sekarang.”
            Adib yang sedang bersandar di kepala katil gelak besar. Buku yang dibeli siang tadi pula disalahkan. Dia bukan kaki buku pun tadi teman Nini cari buku Diana Rikasari, dia pelik pula tengok ramai remaja lelaki borong buku di suatu sudut Popular. Dia join sekali jenguk dan borong sikit. Nak tahu juga selera budak zaman sekarang.
            “Kata lelaki Malaya tak gelojoh.” Adib perli lagi.
            Nini ketawa besar.


            “BASUH kereta tempat lain boleh tak? Macam ramai je?”
            “Mana ada ramai. Tengok tu. Kereta kita yang ketiga saja. Jom, turun borak – borak kat luar.”
            Adib bawak Nini basuh kereta di tepi Shell. Nini ikut saja langkah Adib ke belakang. Port menunggu kereta siap.
            Sampai di belakang, Nini berbisik perlahan ke telinga Adib.
            “Cuba awak tengok lelaki zaman sekarang. Tiga kerusi penuh. Sorang duduk sambil letak kaki kat kerusi sebelah buat dia punya foot stool. Sorang dudukkan beg laptop kat kerusi sebelah dia sambil lentokkan kepala siap makan kuaci. Minah yang berdiri kat sana tu dorang buat tak nampak je. Jangan cakap nak bagi kerusi pelawa duduk, selfish and ignorance adalah. Oh, lelaki Malaya lah sangat. Sampai bila tak jumpa soul mate sejati kalau macam ni.” Nini merungut buat hati Adib menggeletek nak ketawa tapi ditahan. Comel sahaja rungutan Nini.
            “Awak tunggu sekejap.” Adib berlari masuk kedai dalam Shell dan sebentar kemudian keluar dengan sepeket jajan dan dua kotak air milo.
            “Jom…”
            “Mana?”
            “Tunggu je dalam kereta. Lagi best ada air cond. Turn kereta kita nak vacuum baru keluar. Anggap saja mamat 2 orang tadi buasir tak boleh nak bangun. Awak ni kan Nini, tak habis – habis dengan lelaki Malaya. Tak payah semua tu. Kalau nak cari soulmate tak payah lelaki Malaya dan tak payah nak bercinta bagai. You can find soulmate in friendship too.”
            “Ya lah sangat.” Nini berlagak selamba tapi sejak dengar ayat Adib hari tu, sungguh dia jatuh cinta. Memang sengajalah sebenarnya dia suruh Didi bakar Adib konon Ghaz nak masuk meminang. Haha….konsep cinta tak perlu diucap konon.

Sungguh Adib soulmate sejati. Tak penting yang lain. Biarlah setakat tauke kedai printing. Biarlah bukan bermata biru janji he is a perfect stranger. Adib ajar dia macam mana nak jadi businesswoman tapi masih ada banyak masa untuk Tuhan, ibu – bapa, kawan – kawan dan orang tersayang. Adib ajar dia jangan pilih bulu. Tak ada istilah kebaratan, kemelayuan dan segala yang merepek tu. Itu label semata – mata dan ‘how you define it’. Yang akan kekal cuma jati diri seseorang dan kesederhanaan dalam setiap sesuatu.


“YOU know what sayang.”
Nini mencari posisi di sebelah suami. Adib cuma, “Hmmm…apa?”
“A stranger to someone I can’t stop thinking about. That’s you.”
“Aww…”

Adib dan Nini ketawa serentak.

(credit to ifah&tina)

p/s: Promise you - a simple happy ending story. Selamat hari raya. Saya dah tak sabar nak raya :D
Saya nak minta maaf juga atas segala kekurangan dalam setiap karya saya dan tutur kata di blog/FB yang mengundang rasa.
May Allah Bless All Of Us.

Safe journey balik kampung! 

xoxo
KL@RA

25 comments:

  1. thanks....

    ReplyDelete
  2. Slmt hari raya Rin. Tq kongsi info psl 10 kt kunci hayati al-Quran. Nnti buat lg cerpen best ye ;)

    ReplyDelete
  3. Sweet sangat!
    Selamat Hari Raya RA :)

    -Fieza-

    ReplyDelete
  4. Awwww..love it..tq kak rin

    ReplyDelete
  5. suka sangat endingnya...sweet giler...suka Adib dan Nini, cinta tak perlu diucap...hehe
    slmt hari raya Rin..tq...

    -impianima-

    ReplyDelete
  6. thanks kak rin... berdebar tunggu ending sebab dah biasakan diri predict the unpredictable. keke.. selamat hari raya. =)

    ReplyDelete
  7. Selamat Hari Raya :)

    ReplyDelete
  8. thank you! love it!

    ReplyDelete
  9. Wowww..best & simple! Dan itulah realitinya...selamat hari raya KL 😀..

    Sufi.

    ReplyDelete
  10. Thank you rin.. Selamat hari raya

    ReplyDelete
  11. Awesome Rin….. Selamat Hari Raya😍😍😍

    ReplyDelete
  12. Wah.. Simple n sweet.. But full of message.. Thanks..

    ReplyDelete
  13. just cant stop admiring n 'liking' both couples adib n Nini Faruk n Didi.
    they are all so authentic, genuine n non fake characters! unlike characters in some novels - mostly bogus n loud!

    Noti-noti gurl Nini sengaja suruh Didi bakar Adib konon Ghaz nak masuk meminang!. LMAO ..
    but a fine love concept ... konsep cinta tak perlu diucap - cool ♡♡♡

    happy ending ... short but so pleasing to read - Loads of thanks KL. ♡♡♡

    glad tat u include the neo talibanisasi n arabanisasi thingy --- lately some 'stupido n narrow minded' articles appeared in papers or media social - so judgemental bila tengok perempuan berjubah bla bla ....

    ~Jazmeen~
    excellent info blended in this story - sepuluh kata kunci dalam menghayati Al- Quran. ♡♡♡

    ReplyDelete
    Replies
    1. yup sweet kan jasmeen on the 10 value of values of quran....

      Delete
  14. SWEET NICE & SIMPLE RIN
    I always love your tread marks (you know what it is)

    Anyhow this is a simple story for people on the go like me ...(nanti bolh buat lagi eh, for my on flight pleasure pls.)

    Love the ending of Adib & Nini. Ini betul mcm kawen dgn stranger tp not so stranger lah .....
    &to know Adib bolh gabra jugak bila stranger nak kene pinang pun ok jgk tu ....

    ReplyDelete
  15. Lupe SELAMAT RAMADHAN KARIM may we all reap all the goodness of Ramadhan & Happy Eid Mubarak to you Rin and all Fans of Karyalepak.. w'salam till we meet again ....

    ReplyDelete
  16. Short & sweet.. Suka for d happy ending..
    Am wating for Devil D pulak..
    Selamat hari raya juga..
    P/s: Da mood raya sgt gak... But bj raya blom siap lg.. Mood jahit sampai la ni x mai mai!!!
    :'( :'( :'(

    ReplyDelete
  17. Oooo M.RA tq rindu GET but get Abidnini...pun OK LA....bila JET nak kuar ni Salam syawal.

    ReplyDelete
  18. oh my my . adib please exist in my lifeee .

    lots of love,
    me :*

    ReplyDelete
  19. selamat hari raya Rin
    jgn lama sgt berhibernasi. ..still waiting for devil delilah...nice story for ramadhan...

    ReplyDelete
  20. Untuk semua yang sudi drop komen, thank you.
    Saya sangat hargainya.
    Selamat hari raya!

    Lev u guys muchhhh.....

    ReplyDelete
  21. thanks for this.. alaffyouuu kak rin.. <3 <3 <3

    ReplyDelete
  22. Lama x melepak cni.. Sbb selalu frust.. Last read, bab sebelum ni..
    Anyway, so happy that u chose a happy ending. .. As always, yr story never fails to make my day.

    ReplyDelete

Sweet short story: Something about you

  Cover writing by: Farah Husain DANIELLA dah tak mampu nak tahan gelak. Boleh si adik menyakat kat Instagram selepas dia memuat naik gamba...