Nobody is too
busy, it just a matter of priorities – Hannah
Sometimes you
have to stop worrying, wondering and doubting. Have faith that things will work
out, maybe not how you planned, but just how it meant to be - Emir
“Mak,
Hannah keluar kejap.”
“Jumpa
Pak we lah ni? Tahu dek Ayah marah dia nanti Hannah. Mak pun tak suka. Tambah
lagi orang kampung mengata nanti.”
“Tak
lah Mak. Jumpa kawan aje.” Hannah senyum malu. Mak memang lah terbaik. Bebelnya
terus tembak ke isi, langsung tak meleret. Untuk mendefinasikan perhubungan
yang ada lebih daripada sebuah persahabatan amat payah. Dia jual mahal. Orang
kat sana pun jual mahal. Masing – masing ada cita – cita yang belum pasti boleh
bertemu di hujung titik yang sama.
Hannah
menuju ke warung di hujung pantai. Tempat biasa pertemuan mereka. Tempat
terbuka yang sentiasa sesak dengan penduduk kampung dan pelancong.
“Sorry
lambat.” Hannah duduk mengadap Emir.
“Saya
pun baru sampai.”
Hannah
kerling. Baru sampai tapi dah separuh teh ais dalam gelas.
“Makan
Hannah?”
“Keropok
lekor dengan teh ais tiga layer je
kak.”
“Bila
fly?”
“Next week.”
“Lepak
JB jom sebelum fly. Dah nak sampai
hujung dunia tapi hujung Malaysia pun tak pernah sampai. Mana rock.” Emir
angkat kening.
“Mana
lah Mak Cik Hamimah kat rumah tu nak bagi. Nak datang warung Kak Ti tu pun
bukan main risau.”
Emir
gelak. Tahu sangat. Semua Mak pun macam tu.
“Long beach
jom. Awak hutang saya lagi Hannah.”
“Emirrrr….”
“Okay..okay…”
Emir angkat tangan. Hujung dunia nak pula pergi, hujung pulau tu dah berkurun
ajak pun tak nak pergi.
“Emir,
nanti hantar Hannah kat airport ya.
KT je. Tak payah KL pun. Pretty please…”
“Esok
dah nak balik kampus sayang. Awak kan bawak hati saya pergi sana. No sweat.” Emir gelak. Dalam hati hanya
Tuhan yang tahu. Dia tolak peluang untuk bersama Hannah di sana. Terpaksa
berkorban dan berjuang di sini sahaja. Apa yang tertulis untuknya tak sama
dengan tuah Hannah dan dia tak kan jadi penghalang.
Hannah
tunduk. Sukar sungguh untuk menebak hati seorang Emir.
Again, we are
strangers but with memories - Hannah
When the moon’s
full, many go crazy - Razin
“I
tak sedap hatilah.” Hannah melabuhkan duduk di atas pasir pantai yang memutih.
Mata dipandang ke sebelah. Sungguh dia tak sedap hati. Rasa berdosa balik kampung
tapi terus ke pulau. Rumah sendiri jenguk bayang pun tak. Yang Hannah nampak cuma
rumah Emir. Pintu pagar rumahnya tertutup rapat. Perasaannya damai hanya dengan
memandang sesuatu yang pernah dekat di hati.
What happen to us Emir?
No ‘us’ anymore? Friends forever or we are now just a complete stranger?
Tahun
pertama di Virginia, semua okay. Emir rajin berhubung. Hannah rajin mengirim
berita. Semua rasa seperti di depan mata.
Just name it. Skype. WhatsApp.
Line. Facebook. Instagram.
Tahun
kedua, tiba – tiba, ‘Saya dah ada someone.
We should call it a day.’
A day?
Tipu sebab itu adalah penghujung segalanya bukan sekadar penamat hari. Titik. No Emir. No childhood sweetheart. Balik raya tahun lepas pun Hannah tak sudi
beraya ke rumah Emir. Mak pujuk suruh pergi. Mak marah sangat cakap dia lupa
diri sejak belajar jauh. Hanya Hannah yang tahu. Yang dipertahankan adalah
hatinya sendiri.
“I
janji, esok kita balik.” Razin senyum dan terus berdiri. Dia pun nanti kena
balik KL. Alang – alang hantar Hannah balik kampung apa salahnya menyimpang
sikit. Nanti dah jauh.
“Let’s have fun.”
“Kita
nak pergi mana?” Hannah pelik. Malam – malam buta nak pergi mana?
“You will be safe with
me.”
Razin melilit pashmina ke leher Hannah.
“Saya
dah ber‘cerai’ dengan pulau ni dah lama. Saya dah lupa semua port best. I miss good old days. Swimming
and snorkelling. Laugh and play and that day…it ends with tears.”
“Wanna share?”
Hannah
geleng kepala. Biarlah semuanya berlalu. Hannah hanya mengekori Razin ke tepi
pantai.
“Naik
bot?”
“Yes darling.”
“Malam
buta kot ni.”
“Kata
anak jati kampung. Tak kan takut kot?”
Hannah
ketap bibir. Tangan dihulur kepada Razin yang sudah berada dalam bot. Masing –
masing mengambil posisi selesa.
“Pak
cik, pegi Long Beach ya. Jauh tak
dari Alunan ni?”
“Dekat
saja.”
Razin
lega. Risau juga naik bot meredah gelap malam di lautan. Nasib baik staf Alunan
uruskan semuanya. Mati kutu duduk Alunan ni. Tak ada apa. Pulau yang sunyi
sesuai untuk orang pencen lepak adalah. Bilik dia dah lah hujung dunia. Bilik
Hannah depan dunia. Memang tak aci.
Long
Beach? Mata yang tadi bercahaya kononnya pantang dicabar terus malap.
“Perhentian
ni, kalau one day awak nak pergi
boleh tapi never go to the Long Beach without me.” Jari telunjuk
Emir yang tegak ditayang di hadapan mata seakan nyata dipandangan.
“Hannah…Hannah…”
“Yeah..”
Hilang bayangan memori silam.
“Bulan
penuh Hannah. Cantik kan? I rasa nak terjun laut mandi sekarang.”
“Crazy.”
“Ingat
tak malam kat Point Reyes tu? Exactly
full moon macam ni.”
Hannah
angguk. Saat dia tunduk membisu apabila Razin meluahkan rasa cinta. Saat Hannah
takut untuk kecewa lagi.
“Malam
pun I rasa boleh mandi lagi. Tak da lah sejuk macam air kat sana. Summer pun sejuk airnya. Dah lah sejuk,
banyak jerung, singa laut garang dan ombak pun ganas.”
“Ya
lah. Laut kita lah best. Ombak manja
macam you ni hah.”
Hannah
gelak. Pak Cik taxi bot pun gelak.
Sampai
di Long Beach, Hannah tergamam. Happening
giler. Razin dan senyum sampai ke telinga. Betul cakap staf, Long Beach
tempat lepak paling gempak di Perhentian. Semua pelancong bersidai minum –
minum macam pantai bertukar kulit jadi pub pun ada malam – malam. Bunyi muzik
bingit jangan cerita.
“Okay,
now kita nak lepak kat restaurant or
duduk je bersepah kat sini. Kejap lagi fire
show.”
“Just
lepak lah.” Gerun pula Hannah tengok restoran yang dah rupa pub tu. Dia belum
cukup ‘Americano’.
“You
tunggu sini jap. I nak…” Razin bagi isyarat kecemasan dan terus meninggalkan
Hannah di tengah keramaian.
Minum
air laut bergelen ke apa mamat ni. Lama pulak tu pergi. Hannah pandang kiri dan
kanan. Team - smoke bersepah. Team - vape pun bersepah. Team - drunk pun
bersepah. Bak kata Marina di KLIA tempoh hari penyakit ikutan muda – mudi. Acah
– acah cool sangat dengan team – vape
nya, team-smoke nya tapi kata Marina, “Hat mana – mana pun, toksah mengorat
aku. Dua – dua reject. Settle masalah
aku.” Pecah perut Hannah gelak dengar komen Marina. Jaki betul dengan
team-tak-berfaedah ni.
“Sorry,
I dah book tempat ni. Do you mind….”
Hannah
angkat muka. Dia baru duduk bersila di salah satu meja yang berderet di tepian
pantai Long Beach. Topi berwarna biru bertulis Chuck menutupi dahi. Singlet
putih dan seluar bermuda berbelang warna pelangi. Lengan yang sangat maskulin dan
senyuman yang masih seikhlas dulu tapi….
“Emmm…okay….”
Hannah berdiri. Rambutnya yang panjang ditiup angin dibetulkan. What am I doing? Say hello? Tak kenal
saya ke? Crap!
Hannah
menala pandangan ke arah telefon bimbitnya.
= Urgent.
I terus balik KL malam ni sayang. Tengok belakang.
Hannah
hampir terlupa lelaki di hadapannya. Razin berdiri dalam bot sambil melambaikan
tangan dan melayangkan flying kiss.
Telefon berdering.
“I’m so sorry Hannah.
Nanti you balik Alunan dengan pak cik tadi ya. Tunggu tempat kita turun tadi. My father admitted. Need to reach KL ASAP.”
“Susah
sangat nak datang dekat and say I got to
go?”
“Susah
because I’m gonna hug you, kiss you and
not wanting to leave. So, please take care.”
Hannah
menarik nafas dalam.
Long Beach. Here I am
and where is he? Hannah pandang sekeliling. Tempat tadi
kosong. Suasana gamat apabila pertunjukan api telah bermula. Longlai Hannah
melangkah ke tempat duduk tadi. Lepak sorang
kat tempat sendiri? Am I an idiot?
“Hello girl, need a
company?”
“Nope.”
Jawapan
pendek Hannah yang kedengaran sombong buat lelaki mat salleh yang sedang mabuk
mendekati Hannah dan terus duduk di sebelah. Nasib baik lah bukan terus terjah.
Sedar diri lagi kot tapi Hannah dah kecut perut. Maklumlah bersepah kiri –
kanan pelancong asing. Melayu, Cina ada juga tapi berselang dan macam lah
dorang kisah apa yang jadi. Datang sini orang nak berhibur bukan nak kisah hal
orang pun.
“Excuse me. Ice tea for
you.” Emir terus duduk di antara Hannah dan gelas
dihulurkan selamba. Mat salleh tadi memberi ruang kepada Emir dan mengangkat
tangan tanda memohon maaf.
Emir
serius sahaja. Hannah dia pandang sekilas. Si mat salleh dijeling tajam. Mata kemudian
terus melekap pada pertunjukan api yang sedang berlangsung.
“Emm…”
Hannah hilang kosa kata.
“Awak
nak saya ulang lagi, don’t you ever
coming here without me.”
“Emir…” Akhirnya.
Setelah bertahun tidak berirama nama tersebut di lidahnya.
“Because
orang yang datang sini will do this…and
this…and never stop but I will stop. Just like this.”
p/s: 2b con’t….a very short
story with no parts. Rindu giler nak melepak tapi idea bombastic tak ada pun.
Belasah aje. Miss you guys. Do shout lovelies.
xoxo
RA@KL
Yup... Rindu sangat nak baca cerita2 Rin Ahmad... Novel2 lain habis lunyai dah asyik ulang je... I want more plizzz...
ReplyDeleteRindu juga nak melepak kat sini sambil membaca...10q
ReplyDeletesukenya...ada entry baru. lama tunggu.
ReplyDeletetak sabar nak tunggu kisah selanjutnya
Hannah dan Emir...
Tak sabar tunggu next ....
ReplyDeleterinduuuuu...but still waiting for new baby due date..hehhehe
ReplyDeletegreat.tq
ReplyDeleteamboiiii smp hati Razin tinggal Hannah mcm tu ja, like seriously!!! i wonder izzit razin berkomplot with Emir or else. and somehow i like hannah principal like someone did told me before "Nobody is too busy, it just a matter of priorities". "Again, we are strangers but with memories " sedih kan tp nak buat mcm mana if org dah tak mau takkan nak terhegeh hegeh lagi hannah oooii. just go with the flow.
ReplyDeleteSilverfox.
okeh..dgn sabar tunggu next n3...
ReplyDeleteRazin vs Emir ermmm..
-fieza-
rindu nak melepakk kat siniiii.. ngeeee
ReplyDeleteKan. Rindu nk baca komen2 awak yg panjang tu. 😄
DeleteOkay... Serius bengang ngan hero2 ni... Both of them...
ReplyDeleteEmir , for leaving hannah just like that & suddenly acts like nothing happened. Siap remind hannah their pledge b4- not to go there alone..
& Razin.... How can u just leave a girl at a place like that??
how i wish this will be publish as a book... the story is really exciting, romantic and complex with beautiful characters... it makes my brain go numb just to guess what will happen or what was really happen between them.... the author always came out with brilliant ideas that will make us feel good...
ReplyDeleteRindunyaaaaaa. Terima Kasih Kak Rin untuk pelepas rindu cerita cerita penuh isi :)
ReplyDelete