Thursday 1 October 2015

HAMMOCK - A VERY SHORT STORY

Nobody is too busy, it just a matter of priorities – Hannah

Sometimes you have to stop worrying, wondering and doubting. Have faith that things will work out, maybe not how you planned, but just how it meant to be - Emir


“Mak, Hannah keluar kejap.”
“Jumpa Pak we lah ni? Tahu dek Ayah marah dia nanti Hannah. Mak pun tak suka. Tambah lagi orang kampung mengata nanti.”
“Tak lah Mak. Jumpa kawan aje.” Hannah senyum malu. Mak memang lah terbaik. Bebelnya terus tembak ke isi, langsung tak meleret. Untuk mendefinasikan perhubungan yang ada lebih daripada sebuah persahabatan amat payah. Dia jual mahal. Orang kat sana pun jual mahal. Masing – masing ada cita – cita yang belum pasti boleh bertemu di hujung titik yang sama.
Hannah menuju ke warung di hujung pantai. Tempat biasa pertemuan mereka. Tempat terbuka yang sentiasa sesak dengan penduduk kampung dan pelancong.
“Sorry lambat.” Hannah duduk mengadap Emir.
“Saya pun baru sampai.”
Hannah kerling. Baru sampai tapi dah separuh teh ais dalam gelas.
“Makan Hannah?”
“Keropok lekor dengan teh ais tiga layer je kak.”
“Bila fly?”
“Next week.”
“Lepak JB jom sebelum fly. Dah nak sampai hujung dunia tapi hujung Malaysia pun tak pernah sampai. Mana rock.” Emir angkat kening.
“Mana lah Mak Cik Hamimah kat rumah tu nak bagi. Nak datang warung Kak Ti tu pun bukan main risau.”
Emir gelak. Tahu sangat. Semua Mak pun macam tu.
“Long beach jom. Awak hutang saya lagi Hannah.”
“Emirrrr….”
“Okay..okay…” Emir angkat tangan. Hujung dunia nak pula pergi, hujung pulau tu dah berkurun ajak pun tak nak pergi.
“Emir, nanti hantar Hannah kat airport ya. KT je. Tak payah KL pun. Pretty please…”
“Esok dah nak balik kampus sayang. Awak kan bawak hati saya pergi sana. No sweat.” Emir gelak. Dalam hati hanya Tuhan yang tahu. Dia tolak peluang untuk bersama Hannah di sana. Terpaksa berkorban dan berjuang di sini sahaja. Apa yang tertulis untuknya tak sama dengan tuah Hannah dan dia tak kan jadi penghalang.
Hannah tunduk. Sukar sungguh untuk menebak hati seorang Emir.





Again, we are strangers but with memories - Hannah

When the moon’s full, many go crazy - Razin


“I tak sedap hatilah.” Hannah melabuhkan duduk di atas pasir pantai yang memutih. Mata dipandang ke sebelah. Sungguh dia tak sedap hati. Rasa berdosa balik kampung tapi terus ke pulau. Rumah sendiri jenguk bayang pun tak. Yang Hannah nampak cuma rumah Emir. Pintu pagar rumahnya tertutup rapat. Perasaannya damai hanya dengan memandang sesuatu yang pernah dekat di hati.
What happen to us Emir? No ‘us’ anymore? Friends forever or we are now just a complete stranger?
Tahun pertama di Virginia, semua okay. Emir rajin berhubung. Hannah rajin mengirim berita. Semua rasa seperti di depan mata.
Just name it. Skype. WhatsApp. Line. Facebook. Instagram.
Tahun kedua, tiba – tiba, ‘Saya dah ada someone. We should call it a day.’
A day? Tipu sebab itu adalah penghujung segalanya bukan sekadar penamat hari. Titik. No Emir. No childhood sweetheart. Balik raya tahun lepas pun Hannah tak sudi beraya ke rumah Emir. Mak pujuk suruh pergi. Mak marah sangat cakap dia lupa diri sejak belajar jauh. Hanya Hannah yang tahu. Yang dipertahankan adalah hatinya sendiri.
“I janji, esok kita balik.” Razin senyum dan terus berdiri. Dia pun nanti kena balik KL. Alang – alang hantar Hannah balik kampung apa salahnya menyimpang sikit. Nanti dah jauh.
“Let’s have fun.”
“Kita nak pergi mana?” Hannah pelik. Malam – malam buta nak pergi mana?
“You will be safe with me.” Razin melilit pashmina ke leher Hannah.
“Saya dah ber‘cerai’ dengan pulau ni dah lama. Saya dah lupa semua port best. I miss good old days. Swimming and snorkelling. Laugh and play and that day…it ends with tears.”
Wanna share?”
Hannah geleng kepala. Biarlah semuanya berlalu. Hannah hanya mengekori Razin ke tepi pantai.
“Naik bot?”
“Yes darling.”
“Malam buta kot ni.”
“Kata anak jati kampung. Tak kan takut kot?”
Hannah ketap bibir. Tangan dihulur kepada Razin yang sudah berada dalam bot. Masing – masing mengambil posisi selesa.
“Pak cik, pegi Long Beach ya. Jauh tak dari Alunan ni?”
“Dekat saja.”
Razin lega. Risau juga naik bot meredah gelap malam di lautan. Nasib baik staf Alunan uruskan semuanya. Mati kutu duduk Alunan ni. Tak ada apa. Pulau yang sunyi sesuai untuk orang pencen lepak adalah. Bilik dia dah lah hujung dunia. Bilik Hannah depan dunia. Memang tak aci.
Long Beach? Mata yang tadi bercahaya kononnya pantang dicabar terus malap.
“Perhentian ni, kalau one day awak nak pergi boleh tapi never go to the Long Beach without me.” Jari telunjuk Emir yang tegak ditayang di hadapan mata seakan nyata dipandangan.
“Hannah…Hannah…”
“Yeah..”  Hilang bayangan memori silam.
“Bulan penuh Hannah. Cantik kan? I rasa nak terjun laut mandi sekarang.”
“Crazy.”
“Ingat tak malam kat Point Reyes tu? Exactly full moon macam ni.”
Hannah angguk. Saat dia tunduk membisu apabila Razin meluahkan rasa cinta. Saat Hannah takut untuk kecewa lagi.
“Malam pun I rasa boleh mandi lagi. Tak da lah sejuk macam air kat sana. Summer pun sejuk airnya. Dah lah sejuk, banyak jerung, singa laut garang dan ombak pun ganas.”
“Ya lah. Laut kita lah best. Ombak manja macam you ni hah.”
Hannah gelak. Pak Cik taxi bot pun gelak.
Sampai di Long Beach, Hannah tergamam. Happening giler. Razin dan senyum sampai ke telinga. Betul cakap staf, Long Beach tempat lepak paling gempak di Perhentian. Semua pelancong bersidai minum – minum macam pantai bertukar kulit jadi pub pun ada malam – malam. Bunyi muzik bingit jangan cerita.
“Okay, now kita nak lepak kat restaurant or duduk je bersepah kat sini. Kejap lagi fire show.”
“Just lepak lah.” Gerun pula Hannah tengok restoran yang dah rupa pub tu. Dia belum cukup ‘Americano’.
“You tunggu sini jap. I nak…” Razin bagi isyarat kecemasan dan terus meninggalkan Hannah di tengah keramaian.
Minum air laut bergelen ke apa mamat ni. Lama pulak tu pergi. Hannah pandang kiri dan kanan. Team - smoke bersepah. Team - vape pun bersepah. Team - drunk pun bersepah. Bak kata Marina di KLIA tempoh hari penyakit ikutan muda – mudi. Acah – acah cool sangat dengan team – vape nya, team-smoke nya tapi kata Marina, “Hat mana – mana pun, toksah mengorat aku. Dua – dua reject. Settle masalah aku.” Pecah perut Hannah gelak dengar komen Marina. Jaki betul dengan team-tak-berfaedah ni.
“Sorry, I dah book tempat ni. Do you mind….”
Hannah angkat muka. Dia baru duduk bersila di salah satu meja yang berderet di tepian pantai Long Beach. Topi berwarna biru bertulis Chuck menutupi dahi. Singlet putih dan seluar bermuda berbelang warna pelangi. Lengan yang sangat maskulin dan senyuman yang masih seikhlas dulu tapi….
“Emmm…okay….” Hannah berdiri. Rambutnya yang panjang ditiup angin dibetulkan. What am I doing? Say hello? Tak kenal saya ke? Crap!
Hannah menala pandangan ke arah telefon bimbitnya.
= Urgent. I terus balik KL malam ni sayang. Tengok belakang.
Hannah hampir terlupa lelaki di hadapannya. Razin berdiri dalam bot sambil melambaikan tangan dan melayangkan flying kiss. Telefon berdering.
“I’m so sorry Hannah. Nanti you balik Alunan dengan pak cik tadi ya. Tunggu tempat kita turun tadi. My father admitted. Need to reach KL ASAP.”
“Susah sangat nak datang dekat and say I got to go?”
“Susah because I’m gonna hug you, kiss you and not wanting to leave. So, please take care.”
Hannah menarik nafas dalam.
Long Beach. Here I am and where is he? Hannah pandang sekeliling. Tempat tadi kosong. Suasana gamat apabila pertunjukan api telah bermula. Longlai Hannah melangkah ke tempat duduk tadi. Lepak sorang kat tempat sendiri? Am I an idiot?
“Hello girl, need a company?”
“Nope.”
Jawapan pendek Hannah yang kedengaran sombong buat lelaki mat salleh yang sedang mabuk mendekati Hannah dan terus duduk di sebelah. Nasib baik lah bukan terus terjah. Sedar diri lagi kot tapi Hannah dah kecut perut. Maklumlah bersepah kiri – kanan pelancong asing. Melayu, Cina ada juga tapi berselang dan macam lah dorang kisah apa yang jadi. Datang sini orang nak berhibur bukan nak kisah hal orang pun.
“Excuse me. Ice tea for you.” Emir terus duduk di antara Hannah dan gelas dihulurkan selamba. Mat salleh tadi memberi ruang kepada Emir dan mengangkat tangan tanda memohon maaf.
Emir serius sahaja. Hannah dia pandang sekilas. Si mat salleh dijeling tajam. Mata kemudian terus melekap pada pertunjukan api yang sedang berlangsung.
“Emm…” Hannah hilang kosa kata.
“Awak nak saya ulang lagi, don’t you ever coming here without me.”
“Emir…” Akhirnya. Setelah bertahun tidak berirama nama tersebut di lidahnya.
“Because orang yang datang sini will do this…and this…and never stop but I will stop. Just like this.”




p/s: 2b con’t….a very short story with no parts. Rindu giler nak melepak tapi idea bombastic tak ada pun. Belasah aje. Miss you guys. Do shout lovelies.

xoxo
RA@KL






13 comments:

  1. Yup... Rindu sangat nak baca cerita2 Rin Ahmad... Novel2 lain habis lunyai dah asyik ulang je... I want more plizzz...

    ReplyDelete
  2. Rindu juga nak melepak kat sini sambil membaca...10q

    ReplyDelete
  3. sukenya...ada entry baru. lama tunggu.
    tak sabar nak tunggu kisah selanjutnya
    Hannah dan Emir...

    ReplyDelete
  4. Tak sabar tunggu next ....

    ReplyDelete
  5. rinduuuuu...but still waiting for new baby due date..hehhehe

    ReplyDelete
  6. amboiiii smp hati Razin tinggal Hannah mcm tu ja, like seriously!!! i wonder izzit razin berkomplot with Emir or else. and somehow i like hannah principal like someone did told me before "Nobody is too busy, it just a matter of priorities". "Again, we are strangers but with memories " sedih kan tp nak buat mcm mana if org dah tak mau takkan nak terhegeh hegeh lagi hannah oooii. just go with the flow.

    Silverfox.

    ReplyDelete
  7. okeh..dgn sabar tunggu next n3...

    Razin vs Emir ermmm..

    -fieza-

    ReplyDelete
  8. rindu nak melepakk kat siniiii.. ngeeee

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kan. Rindu nk baca komen2 awak yg panjang tu. 😄

      Delete
  9. Okay... Serius bengang ngan hero2 ni... Both of them...
    Emir , for leaving hannah just like that & suddenly acts like nothing happened. Siap remind hannah their pledge b4- not to go there alone..
    & Razin.... How can u just leave a girl at a place like that??

    ReplyDelete
  10. how i wish this will be publish as a book... the story is really exciting, romantic and complex with beautiful characters... it makes my brain go numb just to guess what will happen or what was really happen between them.... the author always came out with brilliant ideas that will make us feel good...

    ReplyDelete
  11. Rindunyaaaaaa. Terima Kasih Kak Rin untuk pelepas rindu cerita cerita penuh isi :)

    ReplyDelete

Sweet short story: Something about you

  Cover writing by: Farah Husain DANIELLA dah tak mampu nak tahan gelak. Boleh si adik menyakat kat Instagram selepas dia memuat naik gamba...