“Dib,
awek kau line 3.”
Adib
menarik headphone. Laju dicucuk ke
laptop. Kedua – dua tangan diangkat tanda isyarat, ‘Apa? Aku tak dengar.’
Faruk
geleng kepala. Sakit jiwa juga duk menghadap awek-bukan-awek si Adib nih.
Tambah pula hari ni kerani mereka ambil cuti kecemasan. Terpaksalah jadi tukang
angkat telefon. Ikut hati malas nak angkat tapi Isnin nak hantar tender.
Terpaksa dia dengan Adib berkampung di pejabat. Kerja last minute sampai ke tua. Tak tahulah bila nak insaf.
Baru
Faruk nak duduk, Adib cuit belakang.
“Dia
bukan awek aku. Sejuta kali dah kot aku bagitau.”
“Dia
cun.”
“Aku
rimas.”
“Kau
layan.”
“Dia
bekas customer kita lah gila.”
“Kau
keluar dengan dia.”
“I’m a man. First attraction.”
“Second date?”
“Lepas
hantar dia balik, dia call aku bagai
nak rak. Just nak tanya dah sampai ke
belum atau dah tidur ke belum. Dude….second
date baru tuh.”
“Normal
lah tu.”
“No – no….tak payah nak cerita berapa kali
dia call dan melangut depan ofis kita
ni sejak aku keluar dengan dia. Countless.
Aku memang cukup pantang perempuan manja meleleh.”
“Menyusahkan
badan bro.”
“Thrill namanya.”
“Thrill kepala bana…”
“Kau
puasa ke tak ni? Hish…”
“Okay…shut.” Faruk tutup mulut. Seronoknya
kenal Adib dari zaman sekolah sampailah dah kerja sama – sama. Biul dia sama
saja. Faruk dah beranak – pinak, si Adib boleh lagi duk habiskan masa layan
blues.
“Aku
keluar jap.”
“Reservation kau dah buat kan? Aku dah
janji wife aku nak bawa buka kat
luar. Kau kena jadi tukang jaga anak aku nanti.”
Adib
angkat kening. Lambang peace
diangkat.
“Semua
dah beres walau pun kau bajet kau sorang je nak berbuka tak per, aku redha.”
ADIB
masuk ke dalam kereta. Gear dah masuk R tapi baru dikerling cermin belakang,
ada pulak drama tengah berlangsung. Si awek tengah peluk tubuh. Si lelaki
tengah memujuk agaknya dengan tangan tergawang – gawang cuba nak pegang bahu si
awek tapi asyik kena tepis. Haha….lawak sungguh. Bulan puasa ni, sahlah awek tu
nak naikkan pahala daripada bersentuh dengan kau baik dia sentuh ba alif ba ya.
Nak
hon tak sampai hati. Serius benar muka si awek dari sisi pun dah nampak hampir
hilang sabar tu. Dengan malas Adib keluar nak cakap tolong tepi tapi elok dia
berdiri kat bonet kereta, kedua manusia yang hangat berbincang – bergaduh tadi
tiba – tiba serentak pandang dia. Terkedu sekejap. Lagi terkedu kedua – duanya
alih pandang terus buat dia tak wujud.
Hoh,
mencabar kesabaran sungguh.
“We are sooo over.”
“Please
Nini, I salah tapi I janji tak buat lagi.”
“Once a liar, always a liar. Tolonglah.
I tak nak buang masa dengan laki tak serius macam you.”
Dah
berserabut aku tengok jiwa mamat ni.
“Kau
duk sini nak apa? Nak stalk awek aku
ke apa?”
“Oh…”Terbang
kosa kata si Adib sekejap.
“Saya
sebenarnya bakal tunang Nini. Awak tak payahlah buang masa kacau dia. Pilihan
keluarga selalu yang terbaik.”
Buntang
mata awek yang nama Nini dengar ayat Adib yang umpama baru turun dari langit.
“Dah
– dah. Tak tahulah ujian apa hari ni. Jumpa sorang
laki gila talak. Sorang entah mamat spedo dari mana. Kau…” Jari telunjuk
Nini tegak ke arah bakal bekas kekasih. “….boleh blah. Dan kau….” Jari telunjuk ke arah Adib. “…..Encik boleh balik
berzikir kat rumah. Tak payah nak bajet gentleman lepas tu nak mengaku saya ni
tunang ke apa. Kenal pun tidak.”
Dang! Rasa macam kena lanyak kepala
dengan lori trailer lepas tu koma sebulan. Adib dah senyum segaris.
“Encik…encik…”
Adib kembali ke alam nyata. Oh
rupanya dia yang feeling kena maki
dengan awek tu. Padahal awek tu baru nak buka mulut. Gatal sangat mulut dia nak
jadi pendamai dan nak bagi offer merepek. Ngeng lah kau Adib!
“Ya Nini?” Aku berangan kena maki
rupanya. Elok saja awek ni senyum. Sudi terima pertolongan aku yang tak
seberapa sebab nak melepaskan diri lah tu.
“While Ramadhan may increase ones'
patience, it clearly doesn't make one smarter. I appreciate apa yang Encik cuba buat tapi saya
hidup di alam nyata. Main – main berlakon ni saya tak reti.”
“Ehem….Nini.
Sorry but you all actually block
kereta saya. Nak keluar ni. Excuse me.”
Dengan muka pijar membara terus Adib masuk kereta. Serius dia lagi suka versi
Nini yang dia berangan kena maki daripada versi sebenar Nini yang siap sound dia tak smart? What the…..dia
tahu tak aku ni siapa? Ah, baik aku balik berzikir dari berfikir.
“Look, kalau I nak cari suami pun, I
akan cari lelaki Malaya macam mamat tu. Tak ada makna I nak hang on dengan penipu macam you.”
Dah
sound aku, up aku lelaki Malaya pulak. Cet….saja nak buat aku riak dengan rupa
aku yang memang dah siap pakej ni. Tak payahlah minah kerek oi. You are not that smart either. Hujung telinga sempat menangkap perbualan pasangan entah hape - hape tu.
Adib terus menekan pedal tapi mata sempat
mengerling langkah Nini yang dah bertapak – tapak tinggalkan mamat terdesak
tadi.
p/s: Assalamualaikum. Hi!
Cerita pendek yang saya azamkan nak release tension and melepak
untuk drive semangat hidup. Haha...whatever the words suit. Selamat berpuasa selamat menunggu entry pendek - pendek terus habis punya konsep.
Happy weekend!
p/s: Assalamualaikum. Hi!
Cerita pendek yang saya azamkan nak release tension and melepak
untuk drive semangat hidup. Haha...whatever the words suit. Selamat berpuasa selamat menunggu entry pendek - pendek terus habis punya konsep.
Happy weekend!
W'salam KL,
ReplyDeletewahh adib ... Lelaki (idaman) Malaya versi Nini
adib kinda my type of guy too hehehe … lev bila adib cakap
… pantang perempuan manja meleleh!
“Thrill kepala bana…”
LOL … adib sounds so sexy .. n super gishh (with double h)
ofkos my curiosity wat gonna happen later ...
thirst to wait for nex 'ciput n secoet' n3 ... :P
but still redha even if seciput as long it's a story from Rin Ahmad ♡♡♡
~ Jazmeen
Happy fasting dear n hope to gain the full barakah n benefits of Ramadhan
more pls
ReplyDeleteSuka jer...semangat bak baca cerita pendek-pendek yg abis kat blog...
ReplyDeleteSuka setiap air tangan Rin Ahmad... Tq sis..
ReplyDeleteAnd tq.. USD yg mmg melekat di jiwa..
Nice!!! Nak lagi... Hehe...
ReplyDeleteAt last..
ReplyDeleteTerubat rindu..
Happy fasting.
10 mlm terakhir... Moga kita semua termasuk dlm golongan2 yg sentiasa dalam rahmatnya.
New look. OMG~ waiting for next karya of Rin Ahmad. Fighting!
ReplyDeletebest..
ReplyDeleteBest best best
ReplyDelete