Saturday 4 July 2015

Oh Lelaki Malaya! (PART A)

            “Dib, awek kau line 3.”

            Adib menarik headphone. Laju dicucuk ke laptop. Kedua – dua tangan diangkat tanda isyarat, ‘Apa? Aku tak dengar.’

            Faruk geleng kepala. Sakit jiwa juga duk menghadap awek-bukan-awek si Adib nih. Tambah pula hari ni kerani mereka ambil cuti kecemasan. Terpaksalah jadi tukang angkat telefon. Ikut hati malas nak angkat tapi Isnin nak hantar tender. Terpaksa dia dengan Adib berkampung di pejabat. Kerja last minute sampai ke tua. Tak tahulah bila nak insaf.
            Baru Faruk nak duduk, Adib cuit belakang.

            “Dia bukan awek aku. Sejuta kali dah kot aku bagitau.”
            “Dia cun.”
            “Aku rimas.”
            “Kau layan.”
            “Dia bekas customer kita lah gila.”
            “Kau keluar dengan dia.”
            “I’m a man. First attraction.”
            “Second date?”
            “Lepas hantar dia balik, dia call aku bagai nak rak. Just nak tanya dah sampai ke belum atau dah tidur ke belum. Dude….second date baru tuh.”
            “Normal lah tu.”
            “No – no….tak payah nak cerita berapa kali dia call dan melangut depan ofis kita ni sejak aku keluar dengan dia. Countless. Aku memang cukup pantang perempuan manja meleleh.”
            “Menyusahkan badan bro.”
            “Thrill namanya.”
            “Thrill kepala bana…”
            “Kau puasa ke tak ni? Hish…”
            “Okay…shut.” Faruk tutup mulut. Seronoknya kenal Adib dari zaman sekolah sampailah dah kerja sama – sama. Biul dia sama saja. Faruk dah beranak – pinak, si Adib boleh lagi duk habiskan masa layan blues.
            “Aku keluar jap.”
            “Reservation kau dah buat kan? Aku dah janji wife aku nak bawa buka kat luar. Kau kena jadi tukang jaga anak aku nanti.”
            Adib angkat kening. Lambang peace diangkat.
            “Semua dah beres walau pun kau bajet kau sorang je nak berbuka tak per, aku redha.”



            ADIB masuk ke dalam kereta. Gear dah masuk R tapi baru dikerling cermin belakang, ada pulak drama tengah berlangsung. Si awek tengah peluk tubuh. Si lelaki tengah memujuk agaknya dengan tangan tergawang – gawang cuba nak pegang bahu si awek tapi asyik kena tepis. Haha….lawak sungguh. Bulan puasa ni, sahlah awek tu nak naikkan pahala daripada bersentuh dengan kau baik dia sentuh ba alif ba ya.
            Nak hon tak sampai hati. Serius benar muka si awek dari sisi pun dah nampak hampir hilang sabar tu. Dengan malas Adib keluar nak cakap tolong tepi tapi elok dia berdiri kat bonet kereta, kedua manusia yang hangat berbincang – bergaduh tadi tiba – tiba serentak pandang dia. Terkedu sekejap. Lagi terkedu kedua – duanya alih pandang terus buat dia tak wujud.
            Hoh, mencabar kesabaran sungguh.


            “We are sooo over.”
            “Please Nini, I salah tapi I janji tak buat lagi.”
            “Once a liar, always a liar. Tolonglah. I tak nak buang masa dengan laki tak serius macam you.”
            Dah berserabut aku tengok jiwa mamat ni.
            “Kau duk sini nak apa? Nak stalk awek aku ke apa?”
            “Oh…”Terbang kosa kata si Adib sekejap.
            “Saya sebenarnya bakal tunang Nini. Awak tak payahlah buang masa kacau dia. Pilihan keluarga selalu yang terbaik.”
            Buntang mata awek yang nama Nini dengar ayat Adib yang umpama baru turun dari langit.
            “Dah – dah. Tak tahulah ujian apa hari ni. Jumpa sorang laki gila talak. Sorang entah mamat spedo dari mana. Kau…” Jari telunjuk Nini tegak ke arah bakal bekas kekasih. “….boleh blah. Dan kau….” Jari telunjuk ke arah Adib. “…..Encik boleh balik berzikir kat rumah. Tak payah nak bajet gentleman lepas tu nak mengaku saya ni tunang ke apa. Kenal pun tidak.”

            Dang! Rasa macam kena lanyak kepala dengan lori trailer lepas tu koma sebulan. Adib dah senyum segaris.
            “Encik…encik…”

            Adib kembali ke alam nyata. Oh rupanya dia yang feeling kena maki dengan awek tu. Padahal awek tu baru nak buka mulut. Gatal sangat mulut dia nak jadi pendamai dan nak bagi offer merepek. Ngeng lah kau Adib!

            “Ya Nini?” Aku berangan kena maki rupanya. Elok saja awek ni senyum. Sudi terima pertolongan aku yang tak seberapa sebab nak melepaskan diri lah tu.

            While Ramadhan may increase ones' patience, it clearly doesn't make one smarter. I appreciate apa yang Encik cuba buat tapi saya hidup di alam nyata. Main – main berlakon ni saya tak reti.”

            “Ehem….Nini. Sorry but you all actually block kereta saya. Nak keluar ni. Excuse me.” Dengan muka pijar membara terus Adib masuk kereta. Serius dia lagi suka versi Nini yang dia berangan kena maki daripada versi sebenar Nini yang siap sound dia tak smart? What the…..dia tahu tak aku ni siapa? Ah, baik aku balik berzikir dari berfikir.

            “Look, kalau I nak cari suami pun, I akan cari lelaki Malaya macam mamat tu. Tak ada makna I nak hang on dengan penipu macam you.”

            Dah sound aku, up aku lelaki Malaya pulak. Cet….saja nak buat aku riak dengan rupa aku yang memang dah siap pakej ni. Tak payahlah minah kerek oi. You are not that smart either. Hujung telinga sempat menangkap perbualan pasangan entah hape - hape tu.
Adib terus menekan pedal tapi mata sempat mengerling langkah Nini yang dah bertapak – tapak tinggalkan mamat terdesak tadi.


p/s: Assalamualaikum. Hi!
Cerita pendek yang saya azamkan nak release tension and melepak 
untuk drive semangat hidup. Haha...whatever the words suit. Selamat berpuasa selamat menunggu entry pendek - pendek terus habis punya konsep.
Happy weekend!



            

9 comments:

  1. W'salam KL,


    wahh adib ... Lelaki (idaman) Malaya versi Nini
    adib kinda my type of guy too hehehe … lev bila adib cakap
    … pantang perempuan manja meleleh!
    “Thrill kepala bana…”
    LOL … adib sounds so sexy .. n super gishh (with double h)

    ofkos my curiosity wat gonna happen later ...
    thirst to wait for nex 'ciput n secoet' n3 ... :P
    but still redha even if seciput as long it's a story from Rin Ahmad ♡♡♡

    ~ Jazmeen
    Happy fasting dear n hope to gain the full barakah n benefits of Ramadhan

    ReplyDelete
  2. more pls

    ReplyDelete
  3. Suka jer...semangat bak baca cerita pendek-pendek yg abis kat blog...

    ReplyDelete
  4. Suka setiap air tangan Rin Ahmad... Tq sis..
    And tq.. USD yg mmg melekat di jiwa..

    ReplyDelete
  5. Nice!!! Nak lagi... Hehe...

    ReplyDelete
  6. At last..
    Terubat rindu..
    Happy fasting.
    10 mlm terakhir... Moga kita semua termasuk dlm golongan2 yg sentiasa dalam rahmatnya.

    ReplyDelete
  7. New look. OMG~ waiting for next karya of Rin Ahmad. Fighting!

    ReplyDelete

Sweet short story: Something about you

  Cover writing by: Farah Husain DANIELLA dah tak mampu nak tahan gelak. Boleh si adik menyakat kat Instagram selepas dia memuat naik gamba...