Sunday, 20 July 2014

RAMADHAN PICK UP LINE AKHIR: A SHORT STORY BY RIN AHMAD

“FIRUZ kirim salam.”
            Taufik menjawab salam perlahan. Mata tunak memandang gadis manis di hadapan. Terasa nak bagi pick line kepada Hidayah yang manis berbaju kurung warna biru lembut dengan bunga – bunga kecil berwarna putih dan merah jambu. Pick up line Ramadhan yang dah jadi viral di media sosial bunyinya ‘saya nak berbuka dengan awak sebab sunat berbuka dengan benda – benda manis ni’. Mahu kena lempang 13 juta kali dengan Hidayah. Tak pun kalau Hana mampu ingat, jadilah dia Daddy yang paling memalukan abad ini. Jatuh saham Taufik Hakimi ooi!
            Semua meja dipenuhi orang menantikan waktu berbuka atau ada juga yang bukan Islam menikmati hidangan buffet yang disediakan. Taufik memilih Jogoya. Pilihan makanannya pelbagai variasi dan paling penting, walau pun makan secara buffet, meja yang dipilih agak terlindung. Dia perlukan privasi bersama Hidayah dan Hana.
            “I ambilkan makanan untuk Hana dulu ya. Bagi dia kenyang dulu.”
            Taufik angguk. Hana diam apabila disua dengan tablet. Ralit nampaknya melayan Tom and Jerry. Kalau di rumah, dia pun boleh layan Hana tengok Tom and Jerry. Sebentar kemudian, Hidayah tiba dengan kedua – dua tangan memegang pinggan.
            “Hana, Auntie suapkan okay?” Hidayah segan sebenarnya nak melayan Hana. Tak pernah terlintas pun nak mengambil tempat Husna sebagai ibu. Dia tak layak. Hana cuma disayangi dan dilayan sebaik mungkin. Kalau ada jodohnya kelak dengan Taufik, Hidayah tak mahu dia menjadi penghalang antara Taufik dan Hana.
            “Lower your gaze please.” Hidayah segan dipandang begitu.
            “Opps…sorry.” Taufik gelak dan menundukkan pandangan. Jam tangan dikerling sepintas lalu. Setengah jam lagi waktu nak berbuka.
            “Husna cari I. I mean cari bukan datang serang apa lah. Phone.” Ayat Hidayah berterabur. Biarlah dia yang mula. Sampai bila nak tunggu?
            “I tahu.”
            “So…finally you berterus – terang?”
            Taufik angguk sebelum berkata, “I am a man of his words.”
            “Hmmm….” Ya, Hidayah akui Taufik tak pernah mungkir janji. Nak menabur janji palsu jauh sekali. Kalau di zaman awal perkenalan mereka, Taufik tak kan menipu kalau temu janji mereka terpaksa dibatalkan kerana Husna atau Hana atau atas alasan apa sekali pun. Kadang – kadang dia terasa berjauh hati dan mungkin juga cemburu tapi sikap berterus – terang dan jujur itulah yang menjadi kunci hubungan mereka bertahan walau sedaya upaya Hidayah mengelak. Tipulah kalau dia tak pernah cuba lari daripada Taufik. Tipulah kalau dia seronok menjadi perampas walau pun tak pernah dilabel secara depan – depan tapi dia sedar diri. Taufik bukan hak milik dia seorang.
            “Hana nak Daddy suap lah Auntie, please….” Hidayah tergamam tapi senyuman tetap diukir.
            “Okay, asalkan Hana makan.” Sudu bertukar tangan dan Taufik sempat membuat mimik muka agar jangan terasa hati.
            Lama Hidayah memandang wajah polos Hana.
            “Husna maki you kan?”
            Hidayah senyum tawar. Kalau nak berumah di tepi pantai, kenalah sanggup dibadai ombak. Ayat Husna tak kurang perit untuk dihadam tapi dia redha.

            ‘You nak kahwin atau tak dengan Taufik bukan keputusan I. Tak perlu isteri kena beri keizinan baru suami boleh kahwin tapi sekadar ingatan, orang yang berani bermain api, jiwanya kena kental.’

            “Husna dapat apa yang dia nak. Apa yang dia mintak, I bagi jadi I amat harapkan Allah lorongkan jalan yang mudah untuk kita.”
            “Apa yang kat Husna mintak? Dia mintak cerai?” Hidayah kaget.
            “Beribu kali Husna mintak I ceraikan pun I tak kan ceraikan dia. I’m sorry for sounds selfish but we have Hana.” Apa yang Husna minta biarlah antara dia dan Husna.
            “In between the lines then, why should Hidayah exists?”
            Mata mereka bersatu sehingga Hidayah yang cepat – cepat mengalah dan menundukkan pandangan. Jatuh kepada Hana yang sedang mengunyah sambil ralit melayan tablet.
            “I dah banyak kali cakap rasanya tapi mungkin you nak dengar juga. Husna dah berubah. Dia pernah buat salah dan I maafkan dia demi Hana. Jauh di sudut hati, I tetap tak dapat lupakan apa yang dia pernah buat. Tugas I sebagai suami untuk mendidik Husna apatah lagi Hana. Apa yang Husna pernah buat dulu menandakan khilaf  I sebagai suami. Kalau I tak buat silap, Husna tak kan tersasar begitu. Cukuplah ini yang mampu I ulang.”
            Ayat yang sama. Taufik terlalu baik malah mungkin hampir sempurna kecuali Taufik tak pernah merasa cinta sejati yang setia. Cinta sejati yang setia itu dituntut daripadanya tapi mampukah dia setia dengan menjadi seorang madu? Di mana mahu dicampak perasaan cemburu dan rajuk di hati di kala dia mahukan Taufik di sisi tapi hakikatnya bukan gilirannya? Mampukah dia bersedia untuk hidup sendiri sesekali? Taufik datang sesekali dan putaran hidupnya sentiasa berpaksi begitu? Tak kan berubah selagi dia bergelar isteri yang kedua.
            “Hidayah patut ada di mana Taufik berada. Kalau you nak tahu, you sumber kekuatan I. Hanya you yang mampu buat I merencana kembali masa depan I yang dah lama kelam.
            “Sweet talker.” Hidayah pantas menutup kata – kata pujian untuknya itu.
            Giliran Taufik pula yang senyum hambar. Sukar benar untuk memenangi isi hati Hidayah secara total. Dia tahu Hidayah sangat pandai menjaga diri dan itulah yang dia dambakan. Seorang wanita yang setia dan taat pada yang satu.
            “Maaf dengan soalan I tapi tak kah you rasa Kak Husna patut diberi peluang untuk dicintai sepenuh hati you?”
            “You pernah tanya soalan yang sama Hidayah. Cuma you dah re – arrange sikit aje ayat you. Kenapa I nak kahwin dengan you? Kenapa I nak seorang yang betul – betul setia dan sayang kepada I sedangkan I masih ada Husna bukan? Hidayah, tak ada lelaki yang pernah terfikir kasihnya akan berbahagi begini. It just happens. I found my long lost soul when I am with you. I’m not a teenager anymore. I can’t have pick lines all the way just to win your heart. I just hope you can see how sincere I am.”
            Akhirnya azan menandakan masuknya waktu Maghrib dan berbuka menamatkan sesi yang agak emosi bagi Hidayah.
            “Tolong ingatkan I untuk bungkuskan makanan untuk Husna nanti ya. Seharian dia merajuk dan I rasa dia akan balik rumah dalam keadaan lapar.”
            “Suami pasti tahu apa yang isteri suka dan mesti tahu nak memujuk. I takut you penat.”
            “Hidup ni kita yang pilih jalannya dengan usaha dan doa. Kalau nanti benar ada jodoh antara kita, you akan rasa bahagia itu dan you akan tengok macam mana I jaga you. We will compliment each other. Insya Allah.” Taufik menghulurkan cendol pulut berisi ais krim kegemaran Hidayah sambil tersenyum.
            “Makan….”

            HIDAYAH menggeletar saat mendengar suara ayah memulakan lafaz ijab dan qabul. Baru ayah nak mula, air mata dah bergenang. Terasa masa depan yang bakal dilakari nanti memerlukan semangat juang yang tinggi. Hari raya pertama yang memberi makna yang berbeza. Tanpa sedar, Taufik sudah berada di hadapan, menghulurkan tangan untuk disalami dan diangkat darjat selayaknya. Menitis air mata Hidayah tak mampu ditahan saat Taufik mengucup keningnya.
            Aku perampas. Aku jahat. Sampai hati aku menghancurkan hati Kak Husna. Semuanya berlegar – legar dalam kepala. Firuz di sebelah menghulurkan tisu.
            “Hidayah, I tak kan sia – siakan you. I love you so much.” Perlahan Taufik memujuk. Faham gelora di hati isteri.
            Mereka diraikan dengan meriah. Seluruh ahli keluarga hadir tanda sokongan. Taufik merisik dan meminta dengan cara yang kehormat dan tiada sebab ayah nak menentang. Hanya Mak yang nampak sedikit sugul tapi tak pernah beredar dari sisi Hidayah.
            “Mak support system Dayah. Mak jangan tinggalkan Dayah sorang – sorang. Walau pun ini yang Dayah nak dan banyak mana pun Dayah sayangkan Taufik, jauh lubuk hati Dayah tetap takut.”
            “Jodoh itu ketentuanNya dan Mak nampak Dayah cuba buat yang terbaik. Ingat, kena sentiasa merendah diri. Ingat kita siapa dan isteri yang solehah ialah isteri yang membuat kebaikan dan mendorong suaminya membuat perkara kebaikan. Jangan sekali pun tamak Dayah.”
            “Ya Mak….” Hidayah sudah mengongoi macam anak kecil dalam pelukan Mak.
            Itu cerita semalam. Cerita malam ini, Taufik sudah berada di depan mata, sebagai suami, sebagai yang halal. Bukankah ini mahunya? Hidayah gementar.
            “Sayang, sini.” Taufik yang sedang bersandar di katil menggamit. Terkulat – kulat Hidayah dibuatnya.
            “Duduk.” Taufik mengarah.
            Tangan dilingkarkan ke bahu Hidayah.
            “Nampak tak bintang dan bulan di langit malam sana?”
            Gigihlah Hidayah fokus ke luar tingkap.
            “Jangan cheesy sangatla. I nervous wreck ni.” Selamba Hidayah mengaku dengan pipi yang mula memerah. Makin galaklah Taufik mengusik.
            “Langit dan bintang tak boleh dipisahkan seperti Taufik dan Hidayah. Walau pun siangnya langit bertemankan matahari tapi malamnya tetap dipagari bintang dan bulan.”
            Bintang dan bulan itu Hidayah. Matahari itu Husna. Pandai – pandai sahaja Hidayah meneka.
            “Hidayah ialah suatu pemberian yang amat besar daripada Allah untuk seseorang hambaNya iaitu cahaya iman. Taufik pula sesuatu yang diciptakan oleh Allah yang mendorong seseorang itu melakukan kebaikan jika perkara tersebut berada dalam dirinya. Taufik dan Hidayah perlu saling melengkapi. Our names should rhyme with their meaning. You kena sentiasa ada untuk I. I kena sentiasa ada untuk you. Kita perlukan taufik dan hidayah agar tidak tempang dalam perjalanan hidup ini.”
            “Fik, kak Husna mana?” Hidayah pantas menukar topik.
            “Dia raya dengan Hana and her family. Why?”
            “I feel so guilty.”
            “Don’t. Everybody have their own share.”
            “Esok you raya dengan dorang ke?”
            “You bagi ke? I think Husna should understand.”
            “Don’t ask me because my mouth will never speak for my heart. Just do what is right.”
            Taufik senyum. Dalam manis ada pahitnya.
            Hidayah terjaga di satu pertiga malam. Agaknya kebiasaan selama Ramadhan masih berbaki dan doanya biarlah selamanya. Taufik yang sedang tidur pulas direnung penuh kasih. Tangan yang melingkari badan dialih perlahan.
            Hidayah menghilangkan diri seketika dalam bilik air sehinggalah sedar tak sedar sudah hampir sejam dia berteleku di sejadah. Mata tertancap kepada bungkusan istimewa di hujung bilik. Hadiah daripada blogger terkenal Sofia. Siapa sangka dia mendapat tempat di hati Pia. Dia masuk peraduan mereka video Hari Raya 15 saat untuk disiarkan dalam Instagram dan dia menang. Dengan telekung, dia berjalan menuju ke arah kotak hadiah. Pembalut dibuka rakus. Hidayah tersenyum. Pia bagi hadiah tiket percutian ke resort milik keluarganya dan sebuah teddy bear yang sangat comel. Terima kasih Pia!
            Video pendek tersebut mampu memikat ribuan like. Itu gambaran kisahnya. Gambaran masa depannya. Lagu yang dia pilih sebagai latar ialah lagu Pulanglah nyanyian Aisyah. Hidayah rakamkan adegan suami isteri terpisah sedang bersalam kerana suami terpaksa berhari raya dengan keluarga isteri yang lagi satu. Isteri yang ditinggalkan ternanti – nanti di pagi raya. Masa dia buat video tu, tak sangka pun jodohnya secepat ini. Tak sangka juga itulah yang bakal dia hadapi. Bak kata Pia, be careful of what you wish for.
            “Hidayah, kau sure ni?”
            Hidayah angguk dan menggenggam tangan Firuz.
            “Doakan aku bahagia.”
            “Aku doakan kau tabah.”
            Hidayah senyum teringatkan kerisauan Firuz dan telekung yang membaluti tubuh dibuka. Lama direnung gambar Kaabah di sejadah sebelum sejadah turut digantung. Kaki menuju ke katil. Selimut suami dibetulkan sebelum Hidayah sendiri memanjat dan bersandar di kepala katil. Tiba – tiba tangan Taufik melingkari pehanya. Mata Taufik terbuka dan sempat berkata sebelum matanya kembali pejam.
            “Aren’t you not tired?”
            “I am. Syyy…tidur Fik.”
            Tangan Hidayah mengelus lembut rambut suami. Fikirannya menerawang jauh. Tak pernah sangka ini dugaan hidupnya. Jatuh cinta dengan lelaki sebaik Taufik tapi suami orang.
            “Ayah restu ni? Betul ayah tak malu dengan pilihan Dayah?”
            “Dayah, hari ni dah hari ke dua puluh Ramadhan. Sepuluh hari lagi ialah hari kita mengejar malam lailatul qadar. Sepuluh hari lagi juga Ayah dan Mak akan sibuk buat persiapan untuk Dayah.”
            “Kita postpone?”
            “Tak apa Dayah. Teruskan saja. Tak ada beza cepat atau lambat. Kamu pun dah lama berkawan dengan Taufik. Dia suami orang. Tak elok kawan saja. Tak manis.”
            “Maafkan Dayah ayah. Betul, Dayah mintak ampun.”
            “Kalau Dayah nak buat persediaan bersuami tapi akan ditinggalkan seorang diri sesekali, kejarlah makna lailatul qadar. Dayah akan dapat kekuatan di situ.”
            Pada malam Ramadhan ke 24, Hidayah bangun satu pertiga malam seperti biasa. Usai solat dan mengaji dia ke dapur dan tak sangka ayah juga sedang minum di dapur.
            “Ayah nak Dayah buatkan Milo?”
            “Tak apa. Ayah dah buat sendiri ni.”
            “Kenapa tak kejutkan Mak?”
            “Mak dah tidur balik lepas solat.”
            “Ayah ni suka buat sendiri – sendirilah.”
            “Dayah, apa perasaan Dayah sekarang?”
            “Kalau sekarang mestilah sunyi. Bangun malam – malam macam ni rasa sepi dan sunyi tapi nikmat.”
            “Itulah sebenarnya fitrah manusia Dayah. Walau pun Dayah berkeluarga dan beranak – pinak. Atau pun bos suatu organisasi besar. Atau Dayah hidup lingkungan sosial yang ramai dan hebat tapi akhirnya fitrah manusia ialah bersendirian. Kita bangun malam nak mengejar malam lailatul qadar atau malam di bulan lain kita pun bangun dan beribadat juga. Untuk apa?”
            “Nak mengejar keredhaan Allah.”
            “Dan nak mengejar keampunan Allah. Percayalah tak ada orang pun yang bangun waktu begini tapi mendoakan perkara dunia. Semuanya berlumba nak mintak ampun dengan Allah. Semuanya berharap nak keredhaan Allah. Kita sendiri kan?”
            Hidayah angguk.
            “Fitrah manusia ialah bersendirian. Jika berpasangan, suatu hari nanti pasti diuji dengan kematian pasangan. Jika beranak – pinak, suatu hari nanti anak – anak akan tingalkan kita. Mereka akan mempunyai kehidupan mereka sendiri. Tengoklah ayah dan Mak. Abang kamu dah ada hidup sendiri. Nanti kamu pula.”
            “Kami adalah. Ada pulak cakap macam tu.”
            “Ayah nak cakap bahawa suatu hari nanti kamu akan bersendirian. Itu fitrah. Orang yang mengejar hari akhirat akan tahu hanya amalan yang mulia menjadi bekalan apabila meninggalkan dunia. Jangan risau kalau sunyi ditinggalkan. Suatu hari nanti, kita akan bersendirian juga. Dunia ini pinjaman sahaja.”
            “Ayah….” Hidayah faham analogi Ayah.
Inilah kehidupan barunya yang bakal ditempuh. Sunyi itu sesuatu yang damai. Kehadiran itu suatu rahmat. Hidayah menyedapkan hati walau pun hatinya sebak. Sangat sukar untuk mentafsirkan rasa hati yang sering bergolak.
“Fik….”
“Ya sayang….belum Subuh kan?”
“Tak nak bangun Tahajud?”
Taufik terpisat – pisat namun akhirnya bangun bersandar di kepala katil seperti Hidayah. Bahu Hidayah ditarik ke dalam pelukan.
“Accept the love that you deserve. You deserve to be happy. Don’t think too much.” Kata – kata dan desah nafas Taufik buat Hidayah tenang. Taufik melompat turun, sempat dilayangkan ciuman di pipi Hidayah sebelum bunyi cucuran air menderu di kedengaran dan Hidayah akhirnya terlena.
Taufik merenung isteri yang sedang tidur. Sekejap sahaja terlena. Penat sangat agaknya. Nak tidur dah tak lena, akhirnya Taufik mencapai telefon milik isteri. Niat nak skodeng tapi baru skrin muncul, dia dah terpanar. Screen saver dalam bentuk nota menarik perhatiannya.

Pick up line Ramadhan: Last day of Ramadhan. May Allah give us Taufik and Hidayah. The most sincere feelings are the hardest to be expressed by words. May Allah forgive of all our sins and may Allah bless us.




I HURT MYSELF OVER AND OVER BY WRITING THIS BUT I CAN’T STOP MYSELF FROM SHARING THE MEANING OF BEING LONELY EVEN WE ARE NOT. IN HUSNA POINT OF VIEW, I WILL CRY THOUSAND TIMES JUST BY WRITING IT. BETTER NOT. 
Salam ramadhan and happy eid mubarak.
XOXO, 
Rin Ahmad@KL


            

Saturday, 19 July 2014

RAMADHAN PICK UP LINE PART 2: A NEW SHORT STORY BY RIN AHMAD

            
            KALAULAH Taufik masih belum berpunya. Pasti Hidayah bangga menjadi pasangannya tapi malangnya. Dia jatuh cinta bergolek – golek pada yang salah. Bukan dia kena tipu pun. Sedari awal sudah diketahui status Taufik tapi hati tak mampu nak menolak.
            “Dayah, Mak nak cakap sikit.”
            “Apa dia Mak?” Masa ni ayah dah habis sahur. Tinggal mereka berdua di dapur mengemas meja makan.
            “Bulan puasa ni bulan berkat. Mak nak minta tolong.”
            “Apa dia?”
            “Belajar lupakan Taufik.”
            “Mak….” Lembut tapi panjang harakat Hidayah menekan.
            “Mak baru izinkan Dayah keluar berbuka dengan Taufik semalam. Kenapa tiba – tiba Mak dah tukar fikiran?”
            “Mak izinkan tapi masa Dayah keluar nanti, Dayah suruh Taufik bawa Hana sekali. Masa keluar tu cuba renungkan sikit masa depan Dayah nanti macam mana? Hidup bergilir nanti macam mana? Hana nanti kalau dah besar macam mana?”
            Hidayah termati kata. Bukan dia tak pernah fikir semua ni. Selalu sangat dia fikir nasib bermadu. Berbaloikah sebuah hubungan hanya atas dasar cinta? Selepas sahur, Hidayah mengaji sehingga masuk waktu Subuh. Selepas Subuh, dia mengaji lagi sehinggalah mata terasa mengantuk. Dua minggu berpuasa terasa sekejap. Aktiviti dating dikurangkan atas kemahuan Hidayah sendiri. Berkali – kali Taufik ajak berbuka puasa di luar tapi sedikit kesedaran mula menerjah di lubuk hati. Semalam Hidayah sengaja minta izin Mak dengan harapan Mak tak izinkan tapi pelik, Mak izinkan tapi rupanya ada hajat di lubuk hati Mak.
            Perkara biasa Hidayah buat sebelum tidur ialah membelek telefon. Benda wajib kena skodeng ialah Instagram Pia. Hari ini Pia muat naik gambar belon warna merah dan dilepaskannya ke awan biru.

            Ramadhan pick up line: Let go the life indulgence. Empty your stomach to feed your soul.
          #protectoursoul#ramadhanpickupline#sofiasophia#pia#ramadhan

            Hidayah rajin membaca komen – komen untuk pos ini. Pelbagai ragam peminat Pia. Tak kurang juga peniaga yang menyemak mencari peluang perniagaan. Kadang – kadang marah pun ada sebab jenuh nak bezakan mana komen yang asli dan mana yang jatuh dalam kategori spamming sahaja.

           Why pick up line for this holy month? You are rude. Find a better phrases shallow minded instagrammer.

            Hidayah mengucap panjang apabila terbaca satu komen yang berbaur kejian. Mungkin sesetengah orang merasakan istilah pick up line yang biasa dimaksudkan sebagai ayat mengurat tak sesuai digunakan dalam konteks Pia tapi Hidayah tak rasa pun salah. Ramadhan pick up line Pia tak ada cliché macam pick line Ramadhan yang bersepah di media sosial.
            Tangan laju menekan skrin. Bukan nak serang balas hater tapi cuba menjelaskan maksud yang dia faham. Tekan sahaja kotak hijau Send, telefon berdering.
            Salam Taufik dihujung talian dijawab.
            “Hmm…pantas. On insta or on FB?”
            Hidayah gelak sahaja. Hahaha….kantoi!
            “You sihat tak ni? Suara  serak sahaja. Dah macam baru lepas karoks.”
            “Sihatlah. Kurang air sikit saja bulan – bulan puasa ni.”
            “I dah booking tempat tau. You jangan mengelat lagi. Dah lama kita tak jumpa.”
            Hidayah serba salah. Tiba – tiba teringat saranan Mak.
            “Okay tapi I rindukan Hana. Boleh tak kita bawak dia keluar sekali? Agak – agak Kak Husna marah tak kalau dia tahu?”
            “Are you sure?” Taufik tak menjawab soalan Hidayah mengenai perasaan Husna kerana bab itu akan mereka bincangkan malam nanti. Sekarang Taufik sangat teruja dan gembira dengan niat Hidayah. Walau pun ini bukan kali pertama mereka keluar bertiga tapi kali ini Hidayah yang minta. Itu bezanya.
            “Betul.” Jawab Hidayah yakin. Dia sukakan budak – budak. Hana pun dia suka. Seikhlasnya dia suka dengan keletah Hana yang tengah membesar. Suka dia bukan sekadar bagi muka kepada Taufik tapi sukanya sampai terjatuh sayang. Cuma Hidayah mengingatkan diri berkali – kali agar menjaga batas agar jangan sampai Kak Husna berjauh hati kalau dia tahu.
            “You nak sambung tidur atau nak dengar suara I sampai tertidur?”
            “Taufik….kita puasa ni dan kalau bukan bulan puasa pun you tahukan, two person madly in love, talking only about love is kinda crap. I tak rasa appropriate.” Rendah suara Hidayah menolak gurauan Taufik.
“Hidayah, I rasa you patut terus terang. You nak cakap yang you segan sebab I suami orang?”
“I memang tahu you suami orang jadi that’s not the case.”
“Then?”
“Tak ada apa – apalah. See you soon.”
“Hidayah, don’t hang up. I tahu ada yang tak kena. Wanna share?” Lembut suara
Taufik memujuk.
“Kalau nak cakap panjang – panjang, petang nanti jumpa kita cakap. I tengah berlatih nak jaga mata I, nak jaga telinga I tapi dengan you I boleh kalah so please help me. I’m trying to avoid anything that is too slanderous to be all ears to.”
“Okay, you buat I rasa segan. Sorry for making this hard for you but I understand. I miss you so much.”
I miss you too. Kata – kata yang tersangkut di kerongkong. Tak mampu diluahkan. Hidayah rasa malu dengan diri sendiri. Tiap kali dia rindukan Taufik, terasa dinding, meja, almari dan semua benda di sekelilingnya mengejek. Ya Allah, hanya Kau yang lebih mengetahui.
“Thank you for your understanding Fik.”
“Anything for you. Oh ya sebelum I lupa ni I nak bagi pesanan penaja sikit. Jangan buang masa melepak kat ‘rumah’ Pia banyak sangat. Bloggers and instagrammers, either they are attention seeker or they get paid and most important they only show you half of their life. It is their goal to make you feel ‘I want your life’. Okay dear?”
Hidayah menahan ketawa. Taufik tahu sangat kegemaran dia yang satu ini tapi nak buat macam mana, belum sampai seru nak berhenti aktiviti yang satu ini. Hidayah senyum sampai ke telinga walau pun dah lama perbualan mereka tamat. Inilah masalahnya yang satu. Taufik lengkap segalanya. Dari segi fizikal sudah pasti tapi yang lagi penting ialah Taufik berjaya buat Hidayah merasai pelbagai ‘rasa’. Orangnya tak terlalu mendesak. Sempoi sahaja walau pun Hidayah tahu sebagai orang yang sudah berkahwin, pengalamannya cukup banyak untuk mencairkan Hidayah dengan ayat – ayat manis tapi Taufik ialah Taufik. Ayatnya disusun mengikut akal dan bukan rasa hati semata. Nak cakap matang sangat pun tak. Kadang – kadang perangai kebudak – budakannya kalah perangai Hana.
Hidayah baru teringat ayat ‘back – up’ Pia yang dia hantar sebentar tadi. Nasiblah kalau haters Pia nak meroyan sekali pun. Dia cuma cakap apa yang dia rasa betul.

Pick up line memang ayat mengorat. Tak salah buat pick up line Ramadhan. Agar kita jatuh cinta dengan Ramadhan. Agar diri lebih mencintai Ramadhan. Agar Ramadhan lebih dekat di hati. Pick up line may not valid. Pick up line may be old school. But I believe life is combinations of thousands pick up lines.

#pickuplineramadhan#pia#hatersgoaway#positive#sorry#iloveramadhan

 Hampir terlompat Hidayah apabila Pia menyedari kewujudan komennya. Tak pernah umur Pia balas komen Hidayah. Sesekali memang Pia ada membalas mesej peminatnya. Pia bukan jenis sombong pun tapi tak larat lah dia nak balas semua komen. Ramai juga yang back up Pia sebenarnya tapi dia terharu apabila ayat Hidayah yang Pia perasan. Yeay!

@hidayah Agar kita jatuh cinta dengan Ramadhan. Agar diri lebih mencintai Ramadhan. Agar Ramadhan lebih dekat di hati. Agar semua kawan – kawan memahami. ‘Segala apa yang dilihat, didengar dan dirasai, kalau dicatatkan dengan jujur dan betul itu adalah menjadi catatan sejarah yang amat penting untuk pengetahuan orang – orang yang akan datang. Catatan yang betul akan terus hidup selama – lamanya. – Harun Aminurrashid, 1982’.

#bepositive#ramadhanpickupline#sofiasophia#pia#ramadhan

Jawabnya hari ini bakal menjadi hari yang paling menggembirakan hati la. Hidayah senyum – senyum lagi. WhatsApp yang masuk pun dibaca dengan senyuman terlorek dibibir tapi tiba – tiba wajah Hidayah yang manis bertukar kelat.

Kalau saya izinkan awak kahwin dengan Taufik sekali pun, bolehkah awak bahagia?

Tak sempat nak fikir nak jawab apa. Satu lagi WhatsApp masuk tapi kali ni daripada Taufik pula. Ada kuasa psikik kah suami awak Puan Husna?

I’ve nothing to do today so I stalked you. Pick up line versi Taufik. #Taufik dan Hidayah tak mungkin berpisah. If it makes you happy, do it. If it doesn’t make you happy, then don’t.


Mata dipejam rapat – rapat. Bahagiakah aku?

p/s: Assalamualaikum & Good Day. Thank you for reading. 
Salam Ramadhan & Happy Sunday.
#prayforSabah
#prayforMH17&MH370
#prayforGaza
#prayforHisblessing

Sunday, 6 July 2014

RAMADHAN PICK UP LINE - A NEW SHORT STORY BY RIN AHMAD @ KL


            “Kau buat apa?”
            “Jangan kacau boleh tak?”
            “Tak boleh. Nak jugak kacau. Bagi aku baca jap.” Firuz menarik telefon bimbit si Hidayah.
            “Tak habis – habis dengan blogger dan instagrammer kesayangan kau ni. Dah tak  ada kerja lain ke apa?”
            “Dah puasa macam ni kau nak suruh aku buat kerja apa? Kalau aku bukak kantin karang, ada pulak DO ke,  kerani solehah ke yang hantar surat layang siap capslock MOHON SEMAK IMAN ANDA.”
            Firuz ketawa sambil mata menala ke arah skrin Lenova Hidayah. Terlupa seketika profesion Hidayah memang take a break di bulan Ramadhan.
            “Kau tak nak ambil tapak baazar saper suruh?”
            “Bulan beribadat la Ramadhan ni. Tak apalah aku tak kerja pun. 12 bulan setahun. Sebulan tak kerja tak kan bankrupt kot.” Hidayah membela diri. Sebenarnya memang rugi kalau duit tak masuk sebulan tapi percayalah akan rezeki Allah. Kadang – kadang orang yang berniaga siang – malam dan mengejar imbuhan di bulan puasa tak ke mana pun. Ujian Allah semua tu. Memang rezeki ramai peniaga berlipat ganda di bulan puasa.
            Hidayah binti Abdul Halim
            Pengurus Katering/ Pengurus Kantin Pejabat Daerah.
            Menang tender kontrak kantin Pejabat Daerah disebabkan bantuan pak cik Leman. Bekas DO di daerah yang aman dan damai ini. Kroni? Tak tahulah nak cakap tapi dia masuk tender dengan harga yang telus. Bantuan mungkin perkataan yang lebih sesuai. Tak nak pula Hidayah mengaku dah memang mak dengan ayah dia kerjanya buat kontrak kantin dengan badan kerajaan. Hish….konon berdikarilah sangat.
            “Macam best entry Pia ni.” Entry yang telah berusia beberapa hari dihadap.
            “Itulah aku cakap. Kau cakap aku follower tegar. Dia punya coretan ada isi walau pun secoet. Baik aku dengar dia rambling daripada mengadap blog gosip.”
            Pia ialah blogger terkenal tanah air. Hidayah mula mengikuti blog milik Sofia a.k.a Sophia a.k.a Pia sejak Pia mula menjejakkan kaki ke universiti. Katanya antara ke empat – empat adik – beradik perempuannya, hanya dia seorang yang meneruskan pengajian ke universiti tempatan. Kakak – kakaknya semua obersee u! Sejak dengar pelbagai ayat netizen, jargon, perumpamaan, analogi, peribahasa dan ayat beritma yang mewarnai tulisan Pia dalam blog, Hidayah terus melekat. Hakikat mereka berdua sebaya lagilah buat dia minat kat Pia.
            Firuz meneruskan pembacaan hasil tulisan blogger kesayangan Hidayah. Tajuk entry Pia kali ini ialah BE CAREFUL WHAT YOU WISH FOR. Dalam hati Firuz merungut, Hidayah punya hahasa pun rojak sangat macam si blogger ni. Bagi dia yang konon – konon pejuang Bahasa pada hal SPM, Bahasa Melayu pun dapat B, bahasa rojak sangatlah tak dialu – alukan. Senak otak kadang – kadang nak hadam.


            BE CAREFUL OF WHAT YOU WISH FOR

            Assalamualaikum and a very good day.
            Hari yang panas. Angin yang bertiup sepoi – sepoi bahasa memang mabeles. Duduk rumah goyang kaki memang best tapi yang tak bestnya ialah apabila hari perkahwinan Kak Leen makin menjelang tiba. Orang lain kalut nak sambut Ramadhan, Pia kalut nak sambut abang ipar. Seronok sangat rasanya membantu apa yang patut, I am a very helpful little sister, am I? Hahaha…..
            Psstttt……
            I wish that she is here with me….I mean Kak Leen
            I wish that she is here with us….I mean my mom
            I wish that he is here too….I mean my dad
            I wish that Hari Raya is coming soon….I mean I want to be surrounded by my beautiful sisters. Damn! Miss them so much. Have you miss someone so badly like I do?
            I promise my sister Breen to introduce my kawan sekampung so called…blergh….the picture tara…..
            “Handsome siot kawan sekampung Pia ni. Kalau confirm setakat kawan, aku nak tackle weh.” Firuz menjerit. Tak baca habis pun lagi tapi tengok sahaja gambar jejaka handsome yang sedang santai lepak di kolam renang sambil melihat pemandangan laut dah cukup buat Firuz jatuh cinta tergolek – golek.
            “Lagu handsome Taufik. Please lah.”
            “Dayahhhhh….kau tak break up lagi dengan dia?”
            “Perluke?”
            “Bawak mengucap Dayah. Suami orang tu. Kau anak dara. Lawa. Pandai pulak tu. Kau mampu cari seribu kali lagi baik daripada Taufuk. Yang penting teruna.”
            “Ish…kau ni. Puasa ni.”
            “Aku pulak. Kau tu yang kena ingat puasa. Malu mak bapak kau kalau tahu nanti anak dara dia jadi bini nombor dua orang. Puasa ni timing paling baik kau nak bertaubat daripada jadi perampas.”
            “Mak aku okay lah.”
            “Kau dah confess?”
            Hidayah angguk. Dia sayang Taufik separuh mati. Taufik tak pernah menipu status dia suami orang dari awal. Mereka berkenalan di kedai buku. Taufik sedang mencari – cari bahan bacaan untuk anaknya yang baru umur dua tahun.
            “Kau bagitau tak Mak kau yang Taufik tu bukan setakat laki orang tapi bapak budak?”
            Hidayah angguk. Lemah sahaja.
            “Habis tu mak kau okay?”
            Hidayah angguk.
            “Dia okay? Tipulah. Sorry….aku tak percaya. Mak mana bagi izin anak dia jadi bini nombor dua?”
            Percayalah Firuz. Tak ada mak kat dunia ni yang tak nak tengok anak dia bahagia. Semua mak nak tengok anak dia bahagia walau pun pahit. Dah Hidayah berterus – terang sambil air mata tak putus – putus mengalir. Dia malu. Dia segan dengan Mak tapi sampai bila dia nak sorok hubungan cintanya dengan Taufik. Lagi pun Taufik dah janji nak kahwin. Tunggu hubungan Taufik dengan isterinya stabil sahaja. Kebelakangan ini Taufik asyik mengadu isterinya, Kak Husna sibuk sangat. Bincang topik berat sikit dah mengamuk. Macam mana nak bincang perihal dia pula atau betul nasihat Firuz dulu bahawa Taufik tak pernah berniat nak bagitahu Kak Husna. Air mata Mak akhirnya berlinangan apabila Hidayah bersungguh – sungguh mempertahankan cintanya.
            “Dah lah. Baik kau tenung muka Jaki Jipang tu puas – puas daripada bercerita pasal Taufik.”
            “What the? Budak handsome ni nama Jaki Jipang?” Firuz kembali ke alam nyata. Tak percaya sangat – sangat kawan sekampung Pia namanya Jaki Jipang. Tak match langsung nama dengan tuan badan.
            “Aku nak gi solat. Nanti kau letak telefon aku kat meja tu.” Hidayah melarikan diri.
            Firuz menyambung bacaan di blog.


            Budak ni kawan sekampung Pia. Dari kecik kenal tapi korang pun tahu kitaorang mana membesar kat sini. Balik jarang – jarang. Pia kerap balik pun apabila parent kitaorang dah divorce. Masa tu selalu temankan nenek balik kampung. Nenek masa tu kerja lagi. Balik kampung semata – mata nak tanam pokok. Nenak cakap by the time dia pencen, semua pokok dah besar dan resort kecil idaman nenek akan mempunya lokasi yang purrrfect dan its true! So damn true. I just love everything about this place. My new favourite place. KAMPUNG!
            Masa kecik kenal gitu – gitu saja tapi sekarang dah besar haruslah berkenalan secara ‘maco’ bak kata Jaki tapi salute jugaklah sebab bukan calang – calang orang boleh tegur orang kampung (nak – nak yang cun macam Pia ni) masa awek ada sebelah. Believe me! Macho kan dia tapi kalau Pia diberi peluang rewind masa Pia akan cakap macam nilah lebih kurang dia tegur Pia dulu;
            Dia: Assalamualaikum. Pia kan? Anak Nenek Mariah?
            Pia: (sumpah blur. Tengok pulak awek kat sebelah dia senyum – senyum.)
            Dia: Bas tak ada dah nak Maghrib macam ni. Kalau nak tunggu teksi takut tak ada pula. Nak tumpang tak?
            Pia: You can see me?(Budget hantu giteww)
            Hahahaha…..I wish I would say that. Tiba – tiba main tegur orang gaya confident. Mak kita tak ajar kita cakap dengan stranger lah awak.
            I wish the stranger never talk to me.
            I wish he didn’t know me.
            At that time la but as the saying goes; be careful of what you wish for. Cause you just might get it and if you get it then you just might not know what to do with it, cause it might just come back on you ten fold.
            10 fold!!!! Believe me it’s true. From the beginning that how much Pia wish that dia tak tegur Pia, ending dia hari – hari jumpa. Daripada bergaduh sampailah kami dah jadi best friend. Errr…..friends for benefits perhaps?
            Kat bawah ni ialah gambar kitaorang chilling kat tepi kolam nenek sebelum datangnya puasa. Nenek warning, kurangkan berblog. Kurangkan berinsta, Ayat nenek super bombastic, “follower kau Pia, berjuta pun kat dunia aje…dah masuk kubur nanti kau sorang jek.” How true?
            Salam Ramadhan for all.
            Since nenek tak bagi aktif berblog, follow Pia kat insta. Pia akan update Insya Allah. (ampun nenek….)
Pia akan kongsi my best Ramadhan pick up line and as a start is: Let’s delete Jaki Jipang picture (I know he is handsome but TAKEN guys!) after a week as you guys don’t have to lower your gaze every time you blog hopping here.
What are your best Ramadhan pick-up lines? Do share!
Till then…Taaaa…..
#aurah#eyes#lowergaze#jakijipang#sofiasophia#pia#picklineramadan#ramadhan



            “Ohemgee maksudnya esok dah hilang gambar budak handsome ni? Serius???????” Firuz muram. Sedang elok Hidayah masuk ke bilik.
            “Dayah….kau tak ada pick up line ke nak share dengan Pia? Jom kita share lepas tu kita cakap jangan remove dulu gambar Jaki Jipang ni.”
            “Kau biar betik. Kau baca tak Pia cakap lower your gaze. Kau jangan puasa perut aje.”
            “Kau pun samalah. Bukan tadi kau tengah skodeng Jaki jugak ke? Or kau tengah skodeng Taufik?”
            Hidayah buat muka donno. Telefon bimbit bertukar tangan.
            “Mana ada…..aku tengah fikir pick up line nak share dengan Pia lah ni.” Belum sempat Hidayah nak menaip pick line yang sedang dia fikir, satu komen bertambah di blog.


            Kau tak ada kerja ke Pia? Aku jumpa jugak blog kau. Baik kau remove gambar aku dengan entry – entry ni sekali cepat!!!!
            Nah, nak sangat pick line Ramadhan;
            You nak ‘buka’ apa hari ni?
        I nak ‘buka’ hati you.
                        #ramadhanpickuplineversipia#takpayahnakhashtagsangat#buangentrysebelumbukakhatiakukeluarLAHAR



            Kalaulah Taufik yang bagi pick up line macam tu….kalaulah….

Assalamualaikum....
cerita pendek...sekadar meriahkan blog.
hampir terlupa di bulan Ramadhanlah saya mula berblog maka kenangan itu indah walau pun realiti itu lagi indah :)
So happy anniversary KL....keep on lepaking will you (bagi semangat kat diri sendiri yang kadang2 lupa ada tempat melepak khas yang dibina 3 tahun lalu) and....i still love this place....I HEART YOU KARYA LEPAK. 
LOL

Selamat berpuasa :D
           
           
           
           
           
           
           


Sweet short story: Something about you

  Cover writing by: Farah Husain DANIELLA dah tak mampu nak tahan gelak. Boleh si adik menyakat kat Instagram selepas dia memuat naik gamba...