Awak ni Landscape Architect ke tukang kebun? – Fareez
Minta maaf Encik. Saya Landscape Architect bukan tukang kebun.
- Jasmeen
Then
act like one! - Fareez
Pertama
kali bertemu;
Are
you crazy? - Fareez
Saya minta maaf sekali lagi Encik.
Saya tolong Encik pilihkan kain yang lagi bagus
kualiti daripada kain ni. Yang
kat sana tu baru sampai Encik. Kain tu edisi terhad. Ada dua… - Jasmeen
Listen
here! I don’t care about your limited edition or whatever that you have here. I
just want to get out from here. – Fareez
Jasmeen
anak perempuan kepada Tan Sri Farhan. Orangnya suka berdikari dan paling penting
mempunyai hobi yang unik. Dia mengumpul semua benda keluaran edisi terhad.
Cinta? Dia sentiasa takut untuk meletakkan komitmen lantas cinta Iqmal ditolak
mentah – mentah.
Fareez
Ilham, anak yatim piatu yang dibesarkan oleh sahabat baik arwah Ilham iaitu
Datuk Ismadi dan bekas pemandu keluarga, Atuk Syed. Orangnya amat setia dalam
bercinta tapi sayang, cinta Gina kepadanya beralih arah kepada Iqmal tanpa
diduga. Kehadiran Jasmeen memberi sinar tapi siapakah Jasmeen sebenarnya?
Penjual kain? Tukang kebun? Landskap Arkitek? Pencinta sejati?
Dalam
masa yang singkat, pertemuan demi pertemuan akhirnya membuahkan rasa cinta di
antara Jasmeen dan Fareez.
Avillion
Port Dickson;
Do you know that love does not consist of
gazing at each other, but in looking together in the same direction as what we
do now? Meen, will you make me the happiest man alive? - Fareez
The most important things are the
hardest to say, because words diminish them. I read Stephen
King tulis kat novel mana entah tapi I am very sure that important word
consist of three letter and it start with Y. – Jasmeen
Mereka
bercinta tanpa Fareez menyedari Jasmeen ialah Fellah Delisya,
Bos Integrate Landscape yang selalu dikutuk dan anak kepada Tan Sri Farhan
iaitu pelanggan terbesarnya.
“Let me know when you want to use that
coupon. Anytime.” Fareez menghadiahkan senyuman yang paling menggoda
tetapi setiap kupon yang dimaksudkan oleh Fareez lebih menggoda Jasmeen.
Coupon 1: Lunch for free with
Fareez Ilham
Coupon 2: Dinner for free with
Fareez Ilham
Coupon 3: Unlimited Groceries
Shopping at Cold Storage with Fareez Ilham
Coupon 4: Rose+Godiva = Movie
treat with Fareez Ilham
Coupon 5: A night with Fareez
Ilham
“Malam ni
kalau nak pakai kupon nombor 5 dulu pun okay. Telefon ya.” Fareez mengenyit
mata dan Jasmeen tiba – tiba terasa macam nak pengsan!
Dugaan
melanda dalam hubungan mereka apabila Fareez mengetahui siapa sebenarnya
Jasmeen. Mampukah sebuah realiti menepis hakikat sebuah cinta sejati? Sebuah
episod luka membuat Jasmeen memutuskan untuk memberi ruang kepada Fareez dan
akhirnya dia terbang membawa sekeping hati lara ke New York.
Potamac
River;
Do
you still remember I told you before that love does not consist of gazing at
each other, but in looking together in the same direction as what we do now?
Meen, will you make me the happiest man alive forever?- Fareez
Betul ke orang cakap cinta tidak
boleh diukur dengan mengira sebanyak mana pasangan kita membuat kita ketawa
tetapi dengan mengira sebanyak mana dia membuat kita tersenyum selepas kita
menangis? – Jasmeen
Ini kisah cinta persinggahan, ‘rebound relationship’ atau cinta sejati?
THE END;
p/s: Jangan lupa nanti share dengan saya review anda. p/s/s: Insya Allah saya ada di booth Kaki Novel during PBAKL on 28th April at 2.30pm. Datang ya. Dapat souvenir kecik - kecik janji edisi terhad eksklusif for first 100 buyer :). Till then. Assalamualaikum. Good Day!
Rumah Datin Julia,
majlis sambutan ulang tahun Gina.
“BANYAK kali aku call, Bob Marley kau dah bisu ke apa?”
Jasmeen beriak selamba dan tersenyum nipis. Suka hati oranglah, orang
punya telefon. Apa hak mamat handsome ni nak arah – arah orang gaya Hitler ni.
Orang datang ni pun dah cukup baik. Bob Marley pula dimarahinya.
Sejak Subuh tadi di Port Dickson Fareez galak mengusiknya kerana
menggunakan lagu Bob Marley No Woman No Cry sebagai ringing tone.
Semuanya berpunca daripada panggilan telefon daripada Ferhad yang bertalu –
talu. Ferhad ni pun kalau call tak boleh berhenti selagi Jasmeen tak
jawab. Faham sangat kerisauan Ferhad apabila pesanannya malam tadi akan kembali
semula mengambil Bibik tapi mana disangkanya idea otak senteng jejaka di
hadapannya ini mengundang seribu kekalutan. Pengakhirannya dihantar mesej
kepada Ferhad menyatakan Jasmeen bermalam di rumah sepupu mereka Hanna.
“I’m talking to you Jasmeen.”
Garau suara Fareez melihat riak bisu Jasmeen.
“Kau okay tak ni? I thought that we are even.”
Kalau takat tidur kat dalam bilik, dia tidur dalam kereta kira even,
macam tu aku pun nak aci main culik anak orang. Letak dalam bilik diam – diam
je kan? Jasmeen tersenyum sinis. Nak panjangkan hal pun tak guna sebab apabila
melihat jarum jam mencecah 7.30 malam, pintu almari baju seluas empat pintu
dibuka kesemuanya semata – mata membuat persediaan untuk melangkah ke sini. Ke
sini, tempat yang tiba – tiba membuat Jasmeen menjadi bisu!
“Okay....”
Ayat tiba – tiba tergantung dan Jasmeen terus jadi tak okay apabila
melihat kelibat Gina yang muncul anggun dengan panne-velvet-maxi dress
membaluti tubuh Gina yang langsing. Bukan takat tak okay, terus jadi bisu
sehingga tak mampu menghabiskan ayatnya. Dengan idea Fareez, pertemuan kedua
bersama Gina terasa serba – serbi tak kena. Juga terasa kerdil dirinya apabila
membandingkan yang dia hanya tampil ringkas dengan python-print-silk-mousseline-blouse
YSL dan sepasang silk-crepe pants berwarna ungu gelap.
Jasmeen melangkah meninggalkan Fareez yang juga tergamam melihat kelibat Gina
yang menuju ke arah mereka.
“Stay!”
Fareez menarik kasar tangan Jasmeen sehingga Jasmeen terdorong ke
pelukan Fareez menyebabkan tote bag yang dipegangnya terjatuh. Haruman Polo
Safari menusuk ke hidung Jasmeen membuai perasaannya jauh ke pedalaman
indah dan mengasyikkan namun Jasmeen segera melarikan tangannya dan berpura –
pura mengangkat MIU-MIU wool-felt tote yang terjatuh tadi. Sempat pula
Fareez tergelak melihat Jasmeen yang menggelabah.
Kurang asam punya mamat. Bisik Jasmeen dalam hati tersangat geram dengan lagak
selamba Fareez. Senyumannya yang selamba dan dahinya berkerut sedikit
menyerlahkan dagu terbelahnya. Kalau tolak warna kulit, rupa dan gaya Fareez
persis artis terkenal Hollywood dengan kedua belah tangan yang dengan selamba
diseluk ke dalam poket jaket hitam yang dipadankan dengan t-shirt putih dan
jeans biru laut.
“Happy Brithday Gina. Wish you all the best and may your dream come true.”
Jasmeen menutup kekalutan dengan memberi ucapan selamat hari jadi kepada
Gina. Segera dia meminta diri dari terlibat dengan cerekarama Fareez-Gina.
Walau pun Jasmeen yakin dia mempunya sedikit ‘rasa’ terhadap lelaki bernama
Fareez itu namun rebound relationship atau menjadi orang ketiga bukanlah
pilihannya. No way!
Bukit Gita Bayu, Sabtu
“TEMANKAN aku. Please.”
Fareez memandang tepat ke arah Jasmeen apabila Mini Cooper berhenti
betul – betul di hadapan pagar rumahnya di Bukit Gita Bayu. Fareez tidak pasti
kenapa dia merendahkan egonya merayu kepada gadis yang hanya baru beberapa kali
ditemuinya. Bukannya tidak boleh diajak Diya atau mana – mana gadis yang hanya
menunggu peluang merebut hatinya di luar sana tetapi sesuatu yang ada pada
Jasmeen meruntun hati lelakinya untuk mengenalinya dengan lebih dekat walau pun
hanya sebagai kawan. Fareez hampa kerana Jasmeen hanya ralit memandang ke
sekitar alam Bukit Gita Bayu yang indah daripada melayan permintaannya.
“I don’t fall under sweet talker category so
believe me, using the word ‘please’ is tough for me.”
Fareez membuka pintu bahagian pemandu. Jasmeen melangkah mengambil
tempat Fareez. Enjin yang tadinya dimatikan Fareez dihidupkan kembali. Walau pun
marahnya hampir reda dan sudah berganti dengan keseronokan dengan aktiviti yang
dilakukan di Port Dickson namun tidaklah semudah itu untuk Jasmeen mengatakan
ya.
What if Datin Julia addresses me as Fellah Delisya?
What if Gina....?
What if
Fareez...?
Banyak betul persoalan yang berlegar di fikiran Jasmeen membuatkan
mulutnya berat untuk mengatakan ya.
“Kalau saya lapang Insya Allah pergi, nanti terus jumpa kat sana.”
Jasmeen sendiri pun mendapat jemputan majlis hari jadi anak Datin Julia,
jadi sekiranya dia menghadirkan diri sekali pun tidak semestinya kerana Fareez.
Hanya itu ayat terakhir yang dilemparkan Jasmeen sebelum Mini Cooper antik
terus membelah jalan meninggalkan Bukit Gita Bayu.
Rumah Datin Julia, majlis sambutan ulang tahun Gina.
“KENAPA you nampak macam selesa betul
dengan dia?”
“Dia? Atau Diya?”
“You know who Fareez. Be serious. Kalau Diya budak kampung tu I
tak hairan”
Fareez menjeling ke arah Jasmeen yang sedang galak bercakap dengan Datin
Julia di hujung taman. Senyuman Jasmeen yang nampak sopan di bawah cahaya bulan
tampak memukau. Maka tak hairanlah jika mana – mana lelaki yang berselisih
dengan Jasmeen sedari tadi pasti akan menoleh untuk kedua kalinya. Tidak hairan
juga kalau Gina lupa akan pertemuan kali pertamanya dengan Jasmeen dahulu
kerana tempoh hari Jasmeen hanya ringkas dengan jeans dan t-shirt dan malam ini
dengan sedikit sentuhan berbeza, Jasmeen kelihatan amat elegan dan cantik
sekali. Pertama kali bagi Fareez melihat wanita bertudung yang kelihatan amat
anggun, manis, bergaya dan berada dalam kelas yang tersendiri. Kalau pun wanita
bertudung yang pernah dijumpainya sebelum ini ramai juga yang cantik tetapi
macam mana nak cakap dengan ayat lebih manis ya. Are not as classy as
Jasmeen or not above class quite a harsh comparison?
“Someone who I like to be with and comfortable to be with.”
Gina terkedu dengan jawapan Fareez. Direnung anak mata Fareez jauh ke
dalam namun gagal menemukan kepastian. Siapa yang mulakan? Fareez atau dia yang
sebenarnya mempermainkan hubungan mereka? Iqmal yang berjanji untuk menemaninya
di saat dia cuba berterus terang akan hala tuju hubungannya dengan Fareez masih
tidak nampak batang hidungnya. ‘I need your strength Iqmal. Please be with
me now.’ Gina terasa lemah. Terasa kalah melihat anak mata Fareez yang
bersinar – sinar tiap kali memandang Jasmeen. Terasa makin kalah melihat Fareez
yang membelakangkannya sebelum sampai waktunya berterus terang.
“Fareez, what about us?”
“Us? Is ‘us’ still appropriate when you already have someone else in your life
Gina?”
Fareez tersenyum sinis sambil matanya tidak lepas memandang Jasmeen.
Fareez memanjatkan kesyukuran di dalam hati kerana kehadiran Jasmeen memberi
sedikit kekuatan dalam dirinya untuk berhadapan dengan Gina. Tak kisahlah siapa
sebenarnya si Bunga Melur, hadir dalam hidupnya sesingkat ini dan terus memberi
seribu erti. Fareez langsung tidak hairan dengan lawannya, dengan lelaki yang
dilihatnya mesra atau lebih tepat terlebih mesra dengan Gina di hospital tempoh
hari. Fareez yakin dari segi fizikal atau kebendaan markahnya sudah pasti
sahaja seri atau mungkin Fareez lebih serba serbi dari segi itu. Pasti hanya
cintanya saja yang tidak mampu menandingi kecintaan lelaki itu terhadap Gina.
Yang membuat Gina ingkar terhadap percintaan mereka yang telah terjalin lama.
Yang membuat Gina lupa siapa yang sedari dulu berada di sampingnya.
Fareez cuma terkilan kenapa dia tidak menyedari rentak Gina sedari awal.
Atau rentak hatinya sendiri telah lama pudar ditelan masa?
“What do you mean?”
Gina berpura – pura tidak mengerti. Terkejut bukan kepalang mendengar
tembakan radar Fareez yang tepat pada sasaran.
“If you pretend that you don’t understand. Please stop it. It’s not gonna
hurt me but it will surely hurt you more.”
Gina terkedu. Amat mengharapkan Iqmal berdiri di sebelahnya di saat ini.
Melalui detik pengakhiran hubungan hatinya dengan Fareez tidaklah semudah yang
disangka. Gina tahu hubungan kekeluargaan mereka tak akan mungkin putus hanya
kerana kegagalan sebuah percintaan ini kerana dia tahu betapa sayangnya Mommy
dan Daddy terhadap Fareez yang sudah dianggap sebagai anak lelaki kesayangan
dalam keluarga. Melihat Daddy dan Mommy yang sedang berjalan berpegangan tangan
ke arah mereka berdua menambahkan debar di dada Gina.
“They don’t have to know.”
Bisik Fareez perlahan apabila melihat sepasang suami – isteri romantik
yang sudah dianggap seperti ibu bapanya sendiri makin mendekat.
“Gina, Daddy pinjam Fareez kejap. Daddy nak kenalkan Fareez dengan tetamu
istimewa Daddy malam ini.”
Gina hanya mengangguk melihatkan Fareez yang tersenyum segaris dan terus
mengikut langkah Daddy. Mommy mengambil tempat menghadap Gina.
“Kawan yang Fareez bawa tadi tu Gina kenal tak siapa?”
“Never see her before.”
“Tu lah tauke Integrate Landscape. Ala...yang Mommy pernah cerita anak Tan Sri
Farhan dengan Puan Sri Nur Maria tu. She is very pretty just like her mom.”
Gina menjungkit bahu tanda dia tidak pernah mengenali gadis tersebut.
Mendengar pujian Mommy yang Gina sendiri mengakui akan kebenarannya membuat hatinya
sakit.
“Nama pun secantik empunya badan, Fellah Delisya. Kan Gina ada masa dia datang
rumah nak buat landskap.”
Fellah Delisya? Hell No!
Serentak dengan dentuman hebat yang bergolak di dada Gina, suara Daddy
yang berduet dengan Fareez memecah kebisingan majlis. Lagu yang mengembalikan
memori pertemuan pertama dengan gadis bernama Fellah Delisya atau Jasmeen.
Orang yang sama rupanya dan betullah setelah diamati lagi rupa Fellah Delisya
yang dimaksudkan oleh Mommy, dialah juga Jasmeen wakil Integrate Landscape
tempoh hari. Lagu duet Tracy Chapman dan Eric Clapton disangka Gina umpama
nyanyian suara hati Fareez.
Give me one
reason to stay here and I'll turn right back around
Give me one reason to stay here and I'll turn right back around
Because I don't want leave you lonely
But you got to make me change my mind I don't want no one to squeeze me - they might take away my life
I don't want no one to squeeze me - they might take away my life
I just want someone to hold me and rock me through the night
This youthful heart can love you and give you what you need
This youthful heart can love you and give you what you need
But I'm too old to go chasing you around
Wasting my precious energy
Dihujung lagu apabila Fareez menoktahkan pandangannya ke arah Jasmeen,
Gina menahan seribu rasa. Kenapa
Jasmeen?
“Mestilah kena okay. Tomorrow ops
today is your happy day.”
Gina tersenyum manja di hujung talian. Suara Iqmal yang serak – serak
basah kedengaran sungguh merdu di pagi hari nan indah ini.
“Can
I wish again?”
“You
ni kan. Dah lah you kacau I tidur semata – mata nak wish. Berapa banyak kali you nak wish. Save it for many years ahead okay.”
“Last...last...I
love you more today.”
“Hah? Hari ni je?”
“Esok lagi banyak.”
Argh! Iqmal jejaka yang manis berkata – kata. Jam di hujung katil sudah
menginjak ke pukul 1 pagi. Beberapa kali Gina menguap namun tetap ditahan
kantuknya. Kata – kata Iqmal yang manis berkrim umpama ayam berkokok yang
menyuruhnya bangun namun kepenatan masih terasa di segenap tubuh badan. Kalau
Gina kenang tahun – tahun yang lampau, sudah pasti tarikh keramat seperti ini
diraikan dengan Fareez. Gina tahu dia salah. Mempermainkan sekeping hati milik
Fareez. Mungkin hari ini adalah hari yang terbaik untuk Gina membetulkan jalan
hidupnya yang telah songsang. Gina yakin Fareez pasti terlupa seperti tahun –
tahun yang lalu. Tahun – tahun yang selalu diselamatkan oleh Mommy dan Daddy
yang akan wajib menjemput Fareez meraikannya bersama. That hopeless romantic guy!
“See
you tomorrow.”
“I
thought we agreed that you shouldn’t come.”
“Please
Gina. I’ll never let this precious moment pass without standing by your side.”
“But
it will be harder for Fareez.”
“It
is hard for you too. Don’t be harsh to yourself Gina.”
ISKANDAR merenung bos yang sedang berdiri di hadapannya dengan pelik.
Kusut semacam.
“Afternoon
boss.”
Fareez memandang sekilas dengan
wajah yang serius. Langkah dituju ke arah Arfah. Arfah yang berkulit hitam
manis kelihatan anggun berkebaya dengan tudung satin yang dipadankan. Iskandar
punya taste lah ni. Cari setiausaha
atau Personal Assistant dah gaya nak
cari calon bini. Nasib baiklah si Arfah ni cekap bekerja.
“Boleh cancel tak meeting kita
petang ni?”
Ditoleh juga ke arah Iskandar yang mengekorinya sejak dia menjejakkan
kaki di Modenreka mengharapkan jawapan. Kepala dah rasa macam nak putus fius
tak tidur semalaman. Dari PD terus disuruhnya Jasmeen menghantarnya ke rumah.
Tak masuk rumah pun, enjin BMW X5 dihidupkan dan terus dipecut ke Modenreka.
Hari ini Sabtu. Sepatutnya semua orang bekerja separuh hari tetapi memandangkan
masing – masing bertungkus lumus untuk menyiapkan dokumen tender terbaru yang
Modenreka ingin sertai terpaksalah semua orang berkorban.
“Sekejap En. Fareez, saya check.”
Arfah mendail nombor orang yang telah diatur temujanjinya dengan boss
yang kelihatan berserabut di hadapannya kini. Aikk...pelik juga Arfah hari ni
kerana tak pernah lah tengok En. Fareez serabai macam ni. Biasanya gaya En.
Fareez masuk pejabat kalah gaya model jalan kat pentas. Kemas, bergaya dan
maskulin. Cuma jaket kulit yang tersarung di badan bosnya yang handsome ni tetap menyerlahkan kesegakan
susuk tubuhnya. Gagang telefon diletak dan Arfah tersenyum lebar.
“Bos, kita dah boleh tutup kedai.
George cakap boleh postpone to Monday
10am.”
Fareez menarik nafas lega. Boleh balik mandi dan beli sesuatu untuk Gina.
Gina? Perluke? Nafas dihembus dalam.
“Iskandar, do final review on jogging track route. It shouldn’t intrude privacy.
Use only front route and backyard, no middle route. Don’t take advantage on
gateless design.”
Fareez terus melangkah meninggalkan pejabat. Sempat dikerlingnya sekali
lagi ke arah Arfah yang sedang membetulkan tudungnya. Aiseh..hari Sabtu pun
datang pejabat gaya nak pergi kenduri kahwin Arfah ni. Terserlah sangat
ke-skema-annya. Baguslah untuk produktiviti syarikat tapi sakit juga mata
memandang kebaya dan tudung yang berkilat – kilat tu. Kalau Jasmeen mesti
sempoi je. Pergi makan malam rumah VIP pun pakai jeans dan t-shirt. Cuma aksesori
dan tudung nampak disesuaikan dengan dengan suasana. Jasmeen? Kenapa dia
bandingkan Arfah dengan Jasmeen? Kerap juga bayang Jasmeen menemani Fareez
dalam tempoh tak sampai 24 jam ni dan Fareez sendiri tidak mengerti.
Sebaik kereta menyusuri kawasan clubhouse yang diberi nama Kebun Mimpi,
Fareez memperlahankan kereta. Tasik buatan yang melatari clubhouse dengan taman yang cantik kehijauan mendamaikan jiwa.
Kawasan perumahannya di Bukit Gita Bayu berhampiran The Mines Resort City amat
cantik dan terkenal dengan konsep tropikal.
Fareez memberhentikan kereta di tepi tasik dan keluar menghirup udara
segar. Sepuntung rokok dikeluarkan dan dihisap dengan penuh nikmat.
Terkenang zaman remajanya yang
lebih banyak dihabiskan di rumah orang dari rumah sendiri. Mana mungkin Fareez
tinggal seorang diri di rumah besar peninggalan kedua orang tuanya ini.
Pengakhirannya masa terluangnya banyak dihabiskan di rumah Datin Julia dan
Datuk Ismadi atau di rumah Atuk Syed. Siapa yang tidak sedih kalau semua ahli
keluarga yang tinggal hanya mementingkan harta peninggalan Papa. Tiada seorang
pun saudara yang datang untuk melihat kebajikannya dan apabila mereka datang
adalah semata – mata untuk menuntut pembahagian harta sahaja. Mujurlah sebagai
kawan paling rapat Papa, Datuk Ismadi mempertahankan segala hak Papa mengikut
seperti apa yang telah diwasiatkan.
Apabila Fareez sudah pandai berdikari, Datuk Ismadi memecahkan saham
syarikat yang dahulunya milik Papa dan Datuk Ismadi dan sejak itulah Fareez
mengemudikan Modenreka dengan caranya sendiri. Alhamdulillah jatuh dan
bangunnya Modenreka sentiasa disokong dan dibantu oleh Datuk Ismadi yang jauh
lebih berpengalaman dalam dunia perniagaan. Puntung rokok kedua dibakar. Fareez
berjalan mengelilingi tasik walau pun panas terik tetapi kehijauan tasik dengan
pohon rendang yang merimbun menyejukkan suasana dengan angin yang bertiup sepoi
– sepoi bahasa. Jaket kulit tadi sudah ditanggalkan dan dicampak ke tempat
duduk bahagian belakang. Kini Fareez menyinsing sahaja lengan t-shirt yang panjang
tersarung dibadannya sejak malam tadi.
Fareez telah mencongak – congak untuk menjual satu – satunya rumah di
Bukit Gita Bayu ini yang menyimpan seribu kenangan sedih. Yang tertera di
segenap ruang rumah ialah impian milik Papa dan Mama bukannya impiannya. Apalah
yang tinggal dalam hidupnya kini. Dulu jauh impiannya untuk membina hidup
seindah perancangan hidup Papa dan Mama. Dengan kehilangan Gina yang hampir
pasti Fareez tahu keputusannya untuk menjual rumah peninggalan ini amat tepat.
Menurut Jaclyn yang membantunya memudahkan proses menjual rumah seluas 7300
kaki persegi ini, nilai pasaran sekarang hampir menjejak RM 4 juta lebih jika
harga jualan dikira RM 658 per kaki persegi. Fareez mahu sebuah rumah miliknya
sendiri yang melambangkan inpiannya sendiri. Biarlah segalanya bermula tanpa
Gina. Hembusan terakhir dikepulkan ke udara membentuk bulatan – bulatan kecil.
Kepakaran yang dipelajari daripada Atuk Syed! Fareez melangkah berpusing
kembali ke tempat kereta diparking.
Sesampai di rumah barulah Fareez
menyedari plastik buah – buahan yang ditinggalkan Diya beserta nota ringkas di
hadapan pintu rumah. Tadi sebaik Jasmeen menghantarnya di Bukit Gita Bayu dia
langsung tidak menjengah ke pintu depan. Pagar yang tidak berkunci dibuka dan
kereta terus dipacu ke Modenreka. Argh! Marahkah Melur si cantik manis itu?
Mesej diakhiri dengan got to go
sahaja. Kalau dilayan lagi banyak soalan Ferhad. LG Prada dimasukkan kembali ke
poket seluar. Cukuplah dengan memberitahu Ferhad akan ketiadaannya. Segan pula
nak masuk rumah bagitau sendiri niat baiknya untuk menghantar jejaka yang baru
ditemuinya dua kali. Sebab dengan jam yang hampir menginjak ke pagi nampak
sangat idea ni amat tak baik!
“Jom.”
“Let’s
go and thank you in advance.”
“Kereta awak ni kira tinggal
kat sini ke?”
“Tak apa. Nanti mekanik sampai sini, my despatch will send the spare key.”
“Percayanya bagi orang pegang spare key. Ingat ni kereta antik macam
kereta saya ke?”
Sebenarnya dalam hati Jasmeen menyumpah – nyumpah kelancangan mulutnya
tadi untuk menghantar Fareez. Kalau dah siap ada despatch
segala tu, suruh lah ambik kau kat
sini hantar balik. Boleh pula dia mengambil kesempatan menyusahkan kita.
Jasmeen merungut – rungut dalam hati sambil pintu kereta antik Papa dihempas
kuat.
Fareez mengekori Jasmeen sambil senyuman kecil
tersungging dibibir. Soalan Jasmeen dibiar sepi. Kalau dulu Papa ada Atuk Syed
sekarang Fareez ada Jalil, pemandu Modenreka yang boleh diharap. Jalil ni cucu
saudara Atuk Syed, dia bertuah seperti Papa juga mendapat orang yang sudi
bekerja dengan ikhlas, jujur dan bersungguh – sungguh. Kalau bercerita pasal
jujur memang menyakitkan hati kerana dalam banyak – banyak orang, kekasih hati
sendiri yang tidak jujur dengannya. Esok tidak boleh tidak, perhitungan nasib
percintaannya akan dibuat. Fareez bukanlah orang yang suka membuang masa dengan
perkara sia – sia. Kalau benar hati Gina bukan lagi untuknya tetapi untuk
lelaki yang dilihatnya di hospital dahulu maka dia rela mengundur. Dan di saat
Melur si cantik manis di sebelahnya memandu meninggalkan bandar Ampang, hujan
mulai turun dengan lebat.
“Lebatnya hujan. ”
“Kau bawa aku kira hujan rahmat ni. Hujan pun
nak merungut? ”
Jasmeen mula risau. Matanya bukannya boleh
diharap sangat dengan gelap malam dan hujan lebat yang mengaburkan lagi
pemandangannya. Badannya dirapatkan ke steering.
Uishh..wiper pun gerak ala- ala manja gitu mana aku nak nampak jalan ni. Siaran
radio pula mulai terganggu dengan kilat mula sabung menyabung. Terkumat – kamit
mulut Jasmeen membaca doa mohon dilindungiNya. Melihat stesen minyak Esso di
tepi lebuhraya MRR2, Jasmeen memberi signal dan terus membelok ke kiri.
“Berhenti buat apa?”
“Adalah.”
Nak buang air keciklah. Sejuk
sangat ni. Segan pula nak bagitau.
“Go get some hot coffee.”
Sempat Jasmeen mengarah gaya bos. Belum sempat dijawab Fareez, Jasmeen
berlari – lari anak sebaik kereta di parkir di kawasan stesen minyak Esso
Pandan Indah. Selesai projek kecilnya, Jasmeen melihat kereta Mini Cooper antik
Papa sudah beralih parkir.
“Masuk.”
Fareez menurunkan tingkap di bahagian penumpang dan jeritannya dari
dalam kereta tenggelam timbul dengan hujan yang makin menggila. Jasmeen yang
tidak tahan kesejukan di luar terus masuk.
“Aku bawak sampai rumah. Tak payah susah – susah nak tunjuk
jalan.”
Jasmeen hanya mengangguk sambil memeluk tubuh. Kalau air-cond dimatikan, berkabus la pula cermin kat dalam. Langsung
mengganggu pemanduan. Lantas dibiarkan sahaja kesejukan mencengkam diri.
Dijeling orang sebelah. Segak dengan jaket kulit dan rambut yang kebasahan dek
tempias hujan. Tak perasan
pula Fareez memakai jaket, mesti sempat rembat dalam keretanya tadi. Cemburu tahap
gaban! Kalau nak dibandingkan dengan baju yang tersarung dibadannya dan Fareez
yang sedia memakai t-shirt lengan panjang ditambah dengan balutan jaket mesti
mamat ni selesa sampai lupa dunia. Kesianlah orang kat sebelah yang dah nak
mati kesejukan. Namun jeritan itu hanya tersekat di kerongkong Jasmeen.
“Errmm... bosan.”
Terpacul ayat penyata pendek daripada mulut comel di sebelahnya.
“Your
coffee.”
Kopi yang masih berasap diletak di tempat drink holder dihulurkan kepada si cantik manis disebelahnya. Nampak
sangat si Bunga Melur ni kesejukan. Nak pelawa pakai jaket macam terlebih gentleman pula. Terbayang pertemuan kali
pertama mereka. Walau pun diherdiknya, si gadis ini tetap berwajah selamba dan
sanggup membongkok menggilap kasutnya yang tidak sengaja dikotorinya. Dengan
siaran radio yang telah dimatikan, hanya rintik hujan yang mengisi kesunyian
membuat Fareez kelu. Nak tanya
apa? Nak cakap apa? Sambil otaknya ligat berfikir tangannya pula mula menekat
punat CD.
“Ada CD player kan?”
“Adalah. Ingat kereta antik
macam ni tak upgrade ke?”
Opsie! Masalahnya kereta yang antik
ini juga dilengkapi dengan segala macam lagu antik. Maklumlah kerete ni kenalah
ikut selera Papa. Kalau kereta dia sendiri haruslah variety. Mana aci layan satu genre
je. Dengar semua rentak baru boleh layan mood.
Her name is Lola, she was a showgirl
With yellow feathers in her hair
And a dress cut
Just cut down to there
She would merengue
And do the cha-cha
And while she tried to be a star
Fareez mengerutkan
dahinya mendengar lagu yang dimuntahkan dari CD player.
“Please
remind me that this year is 2k.”
Okay, I know exactly what this
man is thinking!
Jasmeen macam nak tergelak pun ada apabila lagu pertama yang keluar
ialah lagu Copacabana. Dah sah – sah
Barry Mannilow tu penyanyi kegemaran Papa, nak cakap apa. Kereta ni dah sah –
sah kereta Papa layan diri setiap hujung minggu bawa jalan – jalan pergi pasar
atau surau dekat rumah.
“Ala..layan je lah.”
“Masalahnya kat rumah Tan Sri Farhan
tadi pun telinga aku dah naik tepu
dengar lagu Barry Mannilow ni.”
“Jap, tengok ada CD lain tak.”
Jasmeen menarik glove compartment
tapi teramatlah hampas kerana yang tersusun di ruang mata ialah kesemua CD yang
penyanyinya sekarang kalau dalam kubur, tulang temulang pasti sudah sebati
dengan tanah. Alahai malunya. Mesti ingat aku ni stok ketinggalan zaman.
“Tak ada CD lainlah. Tertinggal kat
pejabat agaknya.”
“Tak apalah layan sahaja.”
Dengan hujan yang makin melebat dan dari lagu Copacabana bertukar ke Mandy bertukar
ke Never Gonna Give You Up bertukar
ke Somewhere Down The Road umpama
membuai – buai mata Jasmeen. Siapa boleh tahan kalau jarum jam hampir menginjak
ke pukul 1 pagi dengan pemanduan yang terhad dek hujan lebat dan ditemani lagu
otai yang level-tak-boleh-nak-follow.
“Jasmeen, bangun. Lagi satu
kilometer sampai.”
Fareez menoleh ke sebelah. Dah tertidur Cik Melur ni? Fareez menoleh sekali lagi.
Mata dihala cepat – cepat ke jalan. Comel giler!
Pada pandangan matanya serba tampak sempurna. Dengan mata yang tertutup, alis
mata yang panjang melentik dan dahi yang sedikit tertutup dengan tudung membuat
matanya tak henti berkalih. Masa dah nak
sampai rumah ni pula lah boleh budak ni tidur mati. Fareez melihat papan tanda
yang tegak berdiri di tepi jalan.
The Mines Resort City
Nilai
Seremban
Port Dickson
iPhone ditarik keluar.
Nama Derrick Avillion dicari. Telefon dilekapkan ke telinga.