Monday 27 August 2012

Gadis Edisi Terhad (GET) Bab 7



“Bila nak buat house warming?” Puan Sri Maria memandang lama anak daranya yang sedang khusyuk menonton TV. Tahu sangat cuba mengelaklah tu.
Lah soalan ni lagi ke? Bisik Jasmeen sendiri apabila mengenangkan ini bukanlah kali pertama Mama bertanya. Puan Sri Nur Maria duduk bertentangan dengan Jasmeen. Volume TV diperlahankan. Ala..tengah klimaks Horatio soal suspek utama tu. Jasmeen mengeluh agak geram kerana tontonan siri kegemarannya, CSI Miami terganggu.
“Hujung tahun lepas kan Meen dah buat Mama.”
“Itu rumah kat Desa ParkCity. Mama maksudkan rumah baru Meen kat Valencia.”
Jasmeen diam. Tang interrogation session yang ala – ala FBI ni yang tak tahan. Kalau dengar FBI a.k.a Faizal Bin Ismail, Deejay di Hotfm berceloteh sekurang – kurangnya menghiburkan hati. FBI yang di hadapannya kini menyesakkan fikiran.
Lanskap Valencia pun baru diberi nafas. Masih dalam fasa akhir reka bentuk. Kat tapak, habuk pun tarak. Satu pokok pun belum ditanam. Sebiji benih pun belum ditabur. Apatah lagi konsep yang dicadangkan langsung tidak terbias di alam realiti lagi. Buat malu je jadi Arkitek Lanskap kalau lanskap rumah sendiri tak hebat. Halaman pula kosong bak padang jarak padang tekukur. Tambahan lagi Jasmeen tetap merasakan menjual rumah di Valencia, asetnya yang satu itu adalah pilihan yang terbaik. Baginya The Northshore Gardens yang terletak di Desa ParkCity cukup untuk Jasmeen diami berdua dengan Bibik. Appreciation value kondominium tersebut juga boleh tahan naik sekarang.
            “Tak payahlah Mama. Kan Meen dah bagitahu Papa yang Meen rasa nak jual rumah tu.”
Kening Puan Sri Nur Maria terangkat sedikit. Anak yang sulung ini memang tak makan saman. Sudahlah bukannya nak ditolong perniagaan Papanya, pemberiannya pun tak diendahkan. Kalau bagi coklat Koko Jelly tak apalah nak sesuka hati buang pun, ini asset yang berharga jutaan ringgit langsung tidak dipandang.
            “Kalau macam tu Papa buat rumah anak yatim lah kat situ.” Celah satu suara yang baru muncul sambil mengepit The Star di ketiak. Satu sikap Papa yang kadang kala membuat Jasmeen segan ialah dalam memaksa, dia bersahaja. Taktik reverse psychology betul.
Pukul 9 malam baru nak baca surat khabar? Jasmeen tidak pelik. Tidak hairan kalau Papa yang sering meluangkan masanya kepada orang lain lebih daripada keluarga sendiri. Sudah pasti seharian Papa menghabiskan masanya di luar sehingga tidak berkesempatan membaca The Star hari ini. Apa yang nak dihairankan zaman sekarang ni, tekan saja qwerty Blackberry tu, segala berita online boleh dibaca bila – bila masa sahaja, di mana – mana sahaja. Mungkin feel nya sahaja yang berbeza. Sejak menjawat jawatan Jeneral sehinggalah memulakan perniagaan sendiri, Papa tidak pernah sunyi daripada pelbagai aktiviti. Ingatkan dah pencen, ada bisnes sendiri makin relax tetapi rupanya makin sibuk.
“Okay jugak tu Papa. Nanti saham akhirat dapat kat Papa sebab Papa yang tukang beli.” Tukas Tan Sri Farhan.
Jasmeen menjawab selamba. “Apa pula dapat kat Papa, dapat kat tuan punya rumah lah.”
The Star dibelek sambil mengerling Jasmeen sekilas. Anak sulung yang sentiasa teguh dengan pilihannya sendiri. Entah bila agaknya Jasmeen mahu mengambil alih Axis Berhad. Jangankan nak mengambil alih, menjengah ke Bangunan Vomax yang menempatkan Axis Berhad pun dia tak sudi.
“Apa main saham malam – malam buta ni Along? Orang pun nak join.” Ferhad menatang sepiring Lychee Cocktail Jelly yang siap dipotong ke ruang rehat mereka sekeluarga. Ferhad duduk di sebelah Jasmeen.
“Kalau Ferhad nak saham ni, malam ni teman Along tidur kat Desa ParkCity. Bibik cuti, Along takut tidur sorang. Dapat saham akhirat tau tolong Along.”
Usik Jasmeen sambil tangannya mencapai sepotong Lychee Cocktail Jelly. Bukannya Jasmeen tak tahu dari petang tadi Ferhad siang – siang memberi amaran yang dia tidak sihat. Tak larat nak membelah MRR2 menuju ke Desa ParkCity.


***


“Jap lagi kau hantar aku balik.”
“Kau tidur sini je lah. ”
“Tak bawa baju lah. Lagi pun malas lah aku. ” Jasmeen beralasan walhal bajunya penuh satu almari di biliknya di sini.
“Aku penat lah. Kepala pun pening ni. ”
“Kau janji kau nak hantar aku kan tadi. ”
“Tu pagi tadi, masa aku tengah sihat walafiat. ”
“Ehemm..ehemm... ” Kedengaran suara Mama berdehem dari balik pintu bilik Ferhad. Oh..Oh ..O..
Masing – masing berbalas pandang. Jasmeen pandang Ferhad. Ferhad pandang Jasmeen. Mama menjengah masuk. Mereka sedar kesalahan mereka. Bahasa ganti diri yang pantang didengar oleh Mama dan Papa. No aku-kau in the house! Peraturan yang ditetapkan oleh kedua ibu-bapa mereka. Alasan konkrit berjela Papa macam khutbah Jumaat gamaknya;
                        1.      Adik beradik kena panggil dengan sopan.
                        2.      Kena hormat pangkat kakak. Jasmeenlah tu.
                        3.      Kena hormat pangkat adik. Ferhadlah tu.
                        4.      Beza umur terlalu jauh. Jasmeen 27, Ferhad 21.
                        5.      Tak sopan lelaki-perempuan beraku-kau apatah lagi adik beradik.
                        6.     Jangan sampai orang luar salah tafsir hubungan. Maklumlah Jasmeen yang lawa dan Ferhad yang kacak sekali pandang kalau jalan beriringan sah orang ingat pak we-mak we.
                        7.     Dua beradik je pun, bagilah feel ’keadik-beradikan’ tu wujud. Nanti suasana dalam rumah kalau tak dengar jeritan Along!Adik! Orang ingat rumah macam tak ada anak pula.


                         Tapi ampunlah nak dengar Ferhad address himself as adik. Never! Depan Papa-Mama lain kira. Bagi Jasmeen pula, Along tu sweet apa. Terserlah kekuasaan seorang kakak!
            Tujuh cukup tak? Cukuplah sebab kesimpulannya hanya satu iaitu untuk merapatkan silaturrahim dan menjaga hubungan mesra antara kakak dan adik.
“Eh! Mama. Dah nak buat jelly tu ke? Jap Along turun.”
Jasmeen memang pelakon hebat. Tak sempat Mama buat ulang tayang rakaman khutbah Jasmeen sudah cantas baekk punya. Ferhad yang bersandar di katil menekup mulut menahan tawa. Namun pecah juga tawa mereka bertiga apabila Mama sendiri yang memulakan. Bagi Puan Sri Nur Maria, walau apa jua panggilan yang digunakan, pokok pangkalnya ialah hubungan Jasmeen-Ferhad amat rapat. Namun dihadapan anak, ketegasan dan  karisma seorang ibu tetap ditonjolkan.

* * *
           
“Bila you nak berterus terang dengan Fareez sayang?”
            “Sabarlah Iqmal. I’m waiting for the right moment.”
            “Gina, kalau you betul sayang I, please make it happen soon. We should have tied our relationship and move one step further.”
Gina tersenyum lebar mendengar perancangan Iqmal. Berbunga – bunga hati Gina apabila membayangkan saat indah yang bakal dikecapi bersama Iqmal. Namun bagaimana harus dimulakan membuatkan Gina bingung. Walau pun kini Gina hampir pasti cintanya untuk Fareez makin malap tetapi untuk menghancurkan hati Fareez yang setia menantinya, hatinya tidak tega melafazkannya begitu sahaja. Apatah lagi mengenangkan reaksi Daddy. Fareez sesungguhnya calon menantu idaman Daddy. Mommy mungkin tak kisah tetapi Daddy? Argh! Kusut Gina memikirkannya. Sampai bila harus dia berpura – pura?
“Shall we?”
Iqmal mengejutkan Gina dari lamunan. Audi A8 elok terparking di Valet Concorde. Gina melangkah seiring dengan Iqmal menuju ke Dynasty untuk menikmati Dim Sum yang pernah mendapat award winning cuisine. Irama Lux Aeterna hasil agung Clint Mansell yang berkumandang di ruang lobi Concorde meresapi jauh ke lubuk hati Gina. Memberi Gina suatu semangat yang sukar dimengertikan.



16 comments:

  1. Atty Ismail28/8/12 12:16 am

    Oh I love it...hahahhahahahha..comel je Jasmeen ngan Ferhad belakon...

    ReplyDelete
    Replies
    1. oh comel kan? i wish i've a bro jgak!

      Delete
  2. Yeay! New entry TQ! Tapi Fareez x de dlm show this time :( berlagak pun berlagaklah janji dia hero hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. haruss kna sukerr hero..paksa..hahhaa

      Delete
  3. alaa, Fareez tak amik part, hehe. suke lah ngan dua beradik ni, rukun sentiase

    ReplyDelete
    Replies
    1. Fareez rehat jap sbb bg peluang Gina berlakon dulu :p

      Delete
  4. ay yay yay..... suke suke suke... muahahahaa..... terasa sedapnyer makanan itu.... hahaha....

    walaupun short, it shuweettttt.. hehee..

    x tahan bab koko jelly tue.. muahahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. aa Dina, n3 sy dulu2 sumer pendek je...msk USD & PKB br buat evri chap 10 pages...skang PKB lembap blk sbb kna ikut masa saya luang :))

      Delete
  5. mamat kerek bakal kuciwaaaaaa

    ReplyDelete
    Replies
    1. ooohhh kesian kat Fareezzz...x per Meen kan ada :0

      Delete
  6. ishhh ... Gina??? Fareez does not deserve someone with stinky heart like u.
    What a waste yooo - for Fareez to hv known u Gina! say cheerio
    Jasmeen & Ferhad best buddies oweys lev them!

    ReplyDelete
    Replies
    1. hey tp Gina kan Fareez kna balas budi...akan kah? u tatau smpai skang kan?
      hahahahaa....
      yesss say cheerio to happy sibling!

      Delete

  7. Dear KL,

    - apa-apa pun akak still baca KL punya story....repeat ....
    - fareez mana ni ?
    - bagus laaa...rule yang bapa Jasmeen buat tu...akak nak kena ikut ni..
    - nak kena ajar anak2.....
    - luv u KL......


    -kak fadz-

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dear kak fadz,
      rule tu pun sy nk apply jgak kat family sy nanti...mcm best kan?
      repeat la kak smpai lebam....nti ukhwah berpanjangan :))
      luv u too

      Delete
  8. Betul tu kalau dengan Family x best panggil aku atau kau.... salah sebut dah jadi COW pulak.... hehehe.... apa lah Gian tu kan.... kalau x suka cakap ja.... yang penting jujur..... terbaik.... suka dengan Family meen.... lama kak sue x komen ... rasa rindu pulak..... lagi-lagi bulan puasa dan raya ni...... naik keje Bz pulak....

    ReplyDelete
  9. br berkesempatan bc huhuhu. jasmeen klu x nak wat house warming pe kata wat open house tp jgn lupa jemput kitaorg hahaha. adik-bradik ni bgs tul sekepala bestnya kalu ada adik lelaki cmni.

    ReplyDelete

Sweet short story: Something about you

  Cover writing by: Farah Husain DANIELLA dah tak mampu nak tahan gelak. Boleh si adik menyakat kat Instagram selepas dia memuat naik gamba...