Tuesday, 4 September 2012

Gadis Edisi Terhad (GET) Bab 8



Fareez merungkaikan ikatan tali leher. Rimas. Tali leher dicampak kasar ke meja. Kerusi ditarik. Bengang mengingatkan pertemuannya dengan wakil Syarikat Axis Berhad, milik Tan Sri Farhan. Berbincang dengan Tan Sri Farhan lebih mudah baginya daripada berbincang dengan Mr. Dugoff. Namun mana mungkin pelanggan utama mencemar duli untuk sentiasa berbincang dengan golongan picisan sepertinya. Kadang - kadang sahaja Tan Sri Farhan akan turun padang. Mr. Dugoff, wakil Axis teramat tegas, langsung tak bagi ruang nak mencelah.
Projek terbaru yang diraih oleh Kumpulan Modenreka Sdn. Bhd. Projek yang bernilai hampir 721 juta ringgit merangkumi taman tema air, tangki air taman laut terbuka, 2 buah hotel dan 35 unit villa pantai mencabar kredibilitinya sebagai peneraju Kumpulan Modenreka. Selaku QP atau Qualified Personnel yang dipertanggungjawabkan untuk mengetuai jurutera perunding M&E, jurutera perunding sivil dan struktur, jurutera perunding lanskap serta jurutera perunding natural sea water.
Bunyi macam pelik untuk berurusan dengan jurutera perunding natural sea water tapi percayalah, mereka adalah orang yang paling layak dan penting untuk menjayakan projek tangki air taman laut terbuka yang bakal menjadi projek taman air laut yang terbesar di South Asia. Walau pun belum mampu menandingi projek open ocean tank the largest in the world yang giat disiapkan di Pulau Sentosa, Singapura namun projek ini mampu membuat Fareez gila! G.I.L.A!
Arfah, please arrange short meeting with Cruise team now.” Arah Fareez melalui intercom di biliknya.
Laju Fareez memberi arahan kepada pembantu peribadinya untuk mengadakan mesyuarat tergempar bersama kumpulan arkitek yang ditugaskan untuk projek ini. Gelaran Cruise team diberi kerana rekabentuk hotel yang bersambung dengan taman tema air projek ini adalah berbentuk cruise. Fareez mencapai iPad menuju ke bilik mesyuarat yang terletak di sebelah biliknya sahaja.
            “We have major changes as requested by client. Our cruise profile will change to mammal profile.” Fareez berhenti lama.
            Menunggu tindak balas mereka – mereka yang terdiam tiba – tiba mendengarkan berita yang tidak disangka itu. 3 pasang mata membulat mendengar ayat penyata yang umpama jarum peniti mencecah gegendang telinga. Bunyi ayat macam ringkas namun cukup untuk membayangkan deretan kerja yang tidak ringkas. Beban bertan – tan adalah ungkapan yang lebih sesuai.
            “What?” Jerit Iskandar.
            “Tan Sri Farhan ni dah nyanyuk ke apa?” Sambung Jaclyn.
            “Mammal as if what mammal?” Iskandar masih tidak berpuas hati.
Iskandar cuba mengorek maklumat dengan lebih jelas. Rekabentuk profil cruise sudah siap malah telah diberikan kepada konsultan sivil dan M&E untuk menyambung bahagian masing – masing. Mati kalau tiba – tiba nak buat pertukaran major.
            “Shark.” Jawab Fareez sambil tersenyum melihat reaksi Iskandar yang ternganga, Jaclyn yang menutup mulut dan Reza yang membuntangkan mata.
            “OMG!”Jaclyn menjerit.
            “Is this a joke? I think both Mr Dugoff and Tan Sri are crazy. ” Reza yang dari tadi diam mula bersuara.
            “Haha…he is absolutely sober and clear-headed to be precise.” Fareez menyambung kata.
Faham sangat perasaan ketiga – tiga arkitek di bawah penguasannya ini. Perubahan profil akan menyebabkan perubahan keseluruhan projek sebanyak 40%. Cuma sebagai ketua, Fareez tidak boleh nak menyuarakan pendapat peribadinya. Ikutkan hati memang marah tersangat – sangat, banyak kerja jadinya.
            “We dismiss and guys take this as a new challenge.” Fareez mula berdiri.
            Jaclyn dan Reza meninggalkan bilik dengan mulut becok meluahkan rasa tidak puas hati. Biarlah. Budak – budak ni memang macam ni. Ngomel macam – macam tapi kat belakang Fareez, mereka tekun melaksanakan kerja masing – masing.
            “Boss, do you want to join presentation with Integrate Landscape?” Tanya Iskandar apabila melihat Fareez mula mengangkat Ipad.
            “When?”
            “Now.”
            “Which project?”
            “Axis, residential project.”
            “Oh! The one Tan Sri instructed you himself to appoint this company. Am I right?”
            “Right.”
            “Who’s coming? Boss or rep?”
            “The boss.”
Kalau yang datang setakat pencacai, design drawing pun salah fax baik tak payah. Membuang masa sahaja berurusan dengan orang bawahan. Getus Fareez.
            “Yeah. I would like to join. Just a short introduction with the person in charge would be good. I’m afraid if Tan Sri also instruct us to appoint them for this millions cruise project. We are dead then!”
Ujar Fareez memandang rendah kemampuan Integrate Landscape. Pendiriannya dalam perniagaan tak kan berubah walau dihimpit oleh kuasa, wang atau apa pun, Quality Must Come First! Syarikat kecil seperti Integrate Landscape tak akan mampu bertanding dengan syarikat lanskap besar seperti Malik Lip sebagai contoh. Apatah lagi untuk menguruskan projek bernilai ratusan juta.


* * *

           
“Fareez tak ikut Diya balik?” Tanya Atuk Syed ceria sebaik melihat Diya melangkah keluar kereta Pesona nya yang baru dibeli bulan lepas.
            “Fareez kerja lah Atuk. Hari ni baru Jumaat. Diya ambil cuti awal.”
            “Ni Fareez belikan Atuk.” Sambung Diya lagi.
Diya menghulurkan sebuah beg plastik bertulis Binwanis sebaik melangkah masuk ke dalam rumah Atuk Syed yang sederhana besar itu. Sunyi sepi sahaja. Kesian Atuk tinggal seorang diri di kampung. Diya mengeluh sendiri. Apakan dayanya, Diya terpaksa berhijrah ke Kuala Lumpur untuk mencari rezeki. Diya bukan orang senang macam Fareez.
            “Atuk dah makan?”
            “Belum.”
            “Ada apa kat dapur ?”
Tanya Diya mengharapkan meja sudah siap berhidang walau pun dia pasti Atuk menunggunya untuk memasakkan makanan kegemaran Atuk. Malas pula Diya nak masak. Penat memandu belum hilang lagi. Perut pula dah mula berirama rock kapak. Lapar. Kalau ada pembantu rumah kan senang. Boleh main jerit je. Beg dihempas ke dalam bilik tidurnya yang terletak di hujung dapur. Langkah terus dituju ke dapur. Diya sempat mengerling Atuk yang asyik dengan drama Melayu yang ditayangkan di TV. Entah cerita apalah yang dilayan Atuk, siap ada lagu Pada Syurga Di Wajahmu nyanyian Nash tenggelam timbul dengan suara pelakon.
            Masak kerabu mangga lah hari ni. Mesti Atuk suka. Balik dari Taman Melati tempoh hari, bersungguh Diya bertanyakan resipi kerabu mangga daripada Kak Umi, pengurus kewangan di syarikat Diya bekerja. Teruja Diya melihat Fareez makan nasi berulamkan kerabu mangga dengan penuh selera di restoran Leha Kelfood. Tak sangka Fareez ingat lagi masakan kegemaran arwah Mak. Diya rindu Mak!
            Diya mengambil 2 biji mangga muda yang Atuk simpan dalam peti ais. Dibawa ke sink untuk dibasuh sambil kepalanya ligat mengingat kembali resipi yang diajar Kak Umi.

2 biji mangga muda [cincang atau parutkan isinya]
1 biji timun [buangkan biji tengah dan parutkan ]
5 tangkai kacang panjang [potong kecil]
1 kuntum bunga kantan [hiriskan]
2 labu bawang besar [mayang ]
2 tangkai cili merah
2 tangkai cili hijau
daun ketumbar hiris [ambil daun sahaja]
1/2 cawan kacang tanah [tumbuk kasar]

Ligat Diya menyediakan bahan – bahan untuk dimesin pula. Diambil 3 tangkai cili merah, 5 tangkai ciliapi, 3 sudu besar jus limau, 4 sudu besar air, garam dan gula. Semua bahan dimasukkan  ke dalam mangkuk besar. Bahan mesin juga dicampurkan dan digaulkan rata. Okay siap hidang. Sedang Diya tersenyum dengan hasil tangannya, tiba – tiba teringat kata – kata Fareez yang cukup mencincang lumat hatinya seperti mangga muda yang siap dicincang di dalam pinggan.
            ‘Next time I’ll bring Gina here. Gina mesti suka makan nasi campur kat sini. Saya nak ajar dia makan kerabu mangga ni.’


p/s: jumpa ke tak Fareez dgn Boss Integrate Landscape ni? Okay Q for new readers only :p

27 comments:

  1. hmm... x leh nak agak lah.. rasanya jumpa kot.. eh x jumpalah.. eh eh ehe.. confuselah..hahaa.. baca macam ni baru saspen kan.. hmm..

    ReplyDelete
  2. Erm..jumpa dan mesti terkejut gozilla kut.

    ReplyDelete
    Replies
    1. LOL! terbayang neh muka godzilla.

      Delete
  3. Atty Ismail4/9/12 8:42 pm

    Alahai Fareez mcm2 bunyi...

    ReplyDelete
    Replies
    1. haruslah. Kata si kerek...

      Delete
  4. apa hubungan fareez dgn diya?

    ReplyDelete
    Replies
    1. oh cucu Atuk...erkk kna ckp ke? Tak nk tgu? Atuk dulu keje dgn father Fareez.

      Delete
  5. lum jumpa lg kan. tiap kli mesti ada hal yg buatkn diorg ni x jd btembung hihihi. biasalah hero n heroin mana leh jumpa awal2 kan nnti x mncabar ahaks

    ReplyDelete
    Replies
    1. ala..ala..nanti kan cter hbs awal :))

      Delete
  6. msti la jmpe boss integrate landscape.. boss integrate landscape kan ank tan sri farhan

    ReplyDelete
    Replies
    1. yes u catch up the plot very well....eh jumpa ke?

      Delete
  7. Replies
    1. ishhh....TLC....rindu....mmg x join KLFP kan? Selamat Hari Raya *tlg jgn pecah rahsia, x surprisss nti oooo

      Delete
    2. Rin kita joint KLFP tapi under nama Leezue Majeed :-)

      Okiesss jeri jemari zippppppp hehehehe

      Selamat Hari Raya Rin, heheheehe winduuuuuuuu sesangattttttt ^_^

      Delete
  8. ala...ingat ada scene En. Fareez jumpa Cik Melur a.k.a Jasmine

    ReplyDelete
    Replies
    1. ala jgak...belum la yunk!

      Delete
  9. Hi KL,

    will Jasmeen be there for the meeting or the absentee is Fareez?
    havoc or jeling-jeling if the two meet again???

    hmm ... how's Diya feels when Fareez merciless said 'nex time i'll bring Gina here'

    ala ... can i ans the Q? kot dpt gift special???


    ReplyDelete
    Replies
    1. Hi Dear!

      alaaa....don't play2 with me :p

      Delete

  10. Dear KL,

    - kenapa Q for new reader only ? aalaaaa...tak aci laaa..
    - ok, next entry please.....tak sabar dah ni..
    - diya tu kan, just sepupu fareez aje kan KL...(kalau salah , sorry ek )
    - luv u....

    - kak fadz-

    ReplyDelete
    Replies
    1. sebab kalau x ckp korang usik the surprise. Kak Fadz kan dah baca dulu...hahaha...x pun sesapa Diya tu. Atuk tu dulu kan kerja dgn arwah Ilham. ishh dh x igt nie...wajib repeat baca.

      Delete
  11. Argh pendeknya rasa bila baca. I rasa mcm x jumpa sbb it's too early pulak rahsia nak bocor. Tapi i really hope next entry ada scene they're together. Cant wait cant wait.

    ReplyDelete
    Replies
    1. pendek? ala ni hadiah hari raya main2 je :p

      Delete
  12. x puas lepas rindu pada Boss yang berlagak dan Meen yang comel tu...

    ReplyDelete
  13. bila nak ada n3 baru ni,,,,

    ReplyDelete
  14. jumpa! jumpa jumpa jumpa!!

    *saya new readers, so sy boleh jawab* hahahahah

    tp kan, percentage untuk tak jumpa ada sbb u r so unpredictable KL -.-

    ReplyDelete