Sebaik
bayang Lisa menghilang di sebalik pintu, Azri mengetuk pintu bilik studio Hanif
di sebelah. Tak kira lah pagi – pagi buta pun janji ada kawan nak berkongsi
cerita. Sebentar kemudian Hanif terjongol di muka pintu.
“Pehal?” Suara orang bangun tidur yang
buat Azri nak tergelak.
“Firuz,
pinjam Hanif jap.” Azri menjerit nyaring dari luar dan terus menarik tangan
Hanif masuk ke rumahnya. Firuz dah biasa dengan aksi luar alam mereka berdua. Azri
pun dah biasa dengan perhubungan luar biasa pasangan tak berapa nak matang ni. Maklumlah
Firuz dan Hanif hubungan mereka umpama lampu isyarat jalan raya. Merah – hijau,
on – off ikut musim. Sekejap okay,
sekejap tak okay.
Dalam
studio yang kini dengan rasminya milik Lisa juga, Hanif disuruh duduk di sofa bed. Azri berdiri di hadapan Hanif.
“Nif,
cuba kau tengok keliling. Kau ada nampak apa – apa yang pelik tak?”
“Apa?
Aduh...” Hanif mengeluh. Baru bangun tidur dah ditanya soalan setaraf dengan
subjek enjin. Dengan malas, mata ditayangkan juga ke seluruh bilik.
“Hah!
Kan pelik.” Azri berpeluk tubuh dan tersenyum. Sangkanya Hanif dapat menangkap
maksudnya.
“Aaa...la. Pokok yang Karev bagi tu
patutnya kau letak menghadap cahaya matahari. Kau peruk (sorok) kat atas mesin
basuh kenapa? Patutlah macam dah nak mati.” Balas Hanif gaya tak berdosa.
“Ey sengal! Bukan tu lah. Ni...ni...”
Dengan geram Azri menolak beg baju Lisa dengan susah payah ke arah Hanif dengan
kaki kanannya.
“Damia?”
“Ey kau ni sah weng. Bukan Damia la. Ni barang room
mate baru aku.” Tinggi suara Azri tak mampu dah nak bersabar dengan Hanif
yang lambat benar tangkapnya.
Mendengar
perkataan room mate serentak dengan
mata yang difokuskan kepada warna – warna pelangi baju kecik, baju besar di dalam beg dan pengakuan Azri barang ini bukan
milik Damia membuat Hanif tersedar dalam erti kata sebenar.
“Room mate baru kau?” Suara Hanif sudah
mencecah frekuensi enjin kapal terbang.
Azri
menjawab soalan Hanif dengan anggukan sahaja.
Hanif
tergelak besar.
“Mulut
kau masin sangat.” Azri merujuk kepada ayat bunga si Hanif semalam dalam
perjalanan balik dari Freiman.
Mereka
bertapa di rumah Bird di Freiman sepanjang hujung minggu. Saja nak melepak
ramai – ramai. Rumah Bird rumah flat kat pinggir bandar juga. Tak jauh pun dari
rumah mereka ni. Flat Bird taklah seselesa tempat mereka sekarang tapi seronok
bab – bab melepak di basement layan movie
ramai – ramai sambil - sambil buat aktiviti tak berapa nak sah di sisi undang –
undang ramai – ramai. Karev, Jono dan Wong penyeri suasana sesi melepak mereka.
Hanif tergelak besar. Teringat semalam dia cakap kat Azri, ‘Stop
looking for a partner. The right person will eventually find their way to you.’
Tak sangka macam kena seru – seru dah sampai partner si Azri. Damia dulu memang kesilapan besar dalam hidup
Azri.
“Cun tak? Sesuai tak jadi partner kau?” Tanya Hanif dengan senyum
perli yang masih bersisa.
“Tak kot. No comment. Nama Kuntum Renjong. Kau bayanglah cun ke tak.” Azri tersengih
dalam hati tapi muka serius ditayangkan kepada Hanif. Kenakan sikit si Hanif
ni. Gelakkan aku ya.
“Kuntum Renjong?” Mata Hanif
membulat.
“CAK!”
Lisa mengejutkan Azri yang sedang berdiri di ruang tinjau dengan pandangan mata
seakan – akan mahu menerobos pintu kaca dan gaya tangan yang disandarkan seakan
mahu terbang ke arah deretan kapal terbang Lufthansa yang mendominasi
pemandangan. Cantik pemandangan dengan kilauan LED di sepanjang tempat parking
kapal terbang nun jauh di sebalik cermin.
“Ish...” Terkejut disergah oleh Lisa tak usah cerita
tapi dikawal air mukanya. Baru kenal kan, kenalah control macho dulu. Si Lisa ni dari semalam kenal main aci redah.
Tak nampak langsung kekok dengannya. Dia pula yang naik segan dengan sikap
selamba Lisa.
“Kalau
ya frust pun tak payahlah nak ikut
resam super hero. Ada patut super hero nama Azri tengah frust nak lepak kat air port.
Cuba cari tempat elok sikit.” Usik Lisa.
“Apa
kau merepek ni? Apa yang frust – frust
ni?” Azri mula tak sedap hati dengan gurauan Lisa. Apa yang budak ni dah tahu
ni? Potong betul. Rungut Azri dalam hati.
“Batman
frust, lepak dalam gua. Spiderman frust, lepak atas bangunan. Super hero kacak nama Syed Azri ni frust, lepak kat air port.” Lisa menekankan sebutan ‘Syed’ sambil tersengih –
sengih.
“Mana
kau tahu nama aku?” Garau suara Azri bertanya. Faham sangat dengan sengih yang
dibuat – buat Lisa. Harap muka cantik nak sengih – sengih macam tu, kalau orang
lain ada muka tu nak kena ludah.
“Memang
tak lah teruk mana tempat lepak awak ni kalau nak compare dengan Superman. Superman frust, tu lagi teruk. Lepak di bulan. Itu confirm
awak tak mampu nak follow. Jom balik.
Jangan nak dramatik macam super
hero.”
Perli Lisa
tapi dia ada surprise untuk si Azri.
Berani nak buli dia ya. Jangan harap. Ini pun paksaan kena jemput Lisa di lapangan
terbang. Saja Lisa buat cerita dramatik, habis tugasan malam – malam buta tak
kan nak suruh dia balik sorang – sorang kan?
SIANG tadi, “Good Luck.”
Azri menghulurkan kamus elektronik compact
ke tangan Lisa sambil tersenyum sinis.
“Verrückt!” Jerit Lisa memanggil Azri si gila dalam
bahasa German dan menghempas pintu kuat.
40
minit kemudian, Lisa tegak berdiri di dalam ruang kaca empat segi. Cuaca permulaan
musim panas agak mendamaikan hati Lisa. Walau pun dah terketar – ketar juga
apabila bergaya ringkas begini di luar lapangan terbang tadi tapi dia tetap
okay daripada mengenangkan musim sejuk di bawah paras beku nanti. Beku atas
katil tak mampu nak pergi kuliah agaknya. Dia masih boleh bertahan dengan daily mean temperature atau purata suhu
maksima dan minimum setinggi 12.2 darjah Celcius hari ini.
Rokok
di tangan ditenyeh ke built – in
tempat abu rokok yang tersedia di atas meja. Tersengih panjang dia apabila
melihat papan tanda berwarna oren dengan gambar rokok di atas kotak kaca segi
empat. Tempat merokok yang dikhaskan di dalam lapangan terbang ini. Matanya
terarah kepada papan tanda di dinding kaca yang bertulis SMOKE and GO! Apa lagi
cepat – cepat lah dia melangkah masuk sementara menanti azab untuk hari ini.
Kali pertama berada di lapangan terbang antarabangsa Munich ni dulu, kena kawal
ayu juga di hadapan kawan – kawan yang lain. Mana dia nak cari tempat merokok.
Tahan sajalah. Lisa bukan perokok tegar pun tapi stok memang sentiasa ada.
Rajin hisap, malas tak hisap dan kalau tak hisap tak mati pun.
Sepuluh
minit kemudian, Lisa berdiri di tempat menunggu. Gambaran tetamu yang diberitahu
oleh Azri diputar di kotak memori. Saiz badan orang putih yang pastinya tinggi
dan besar. Sekali tengok ada iras George Clooney berjambang. Dua kali tengok
ada iras Pak Arab. Kod pakaian adalah formal. Lengkap tali heler dan kot bagai.
“Nur
Lisa?”
“Yeah. It’s me.” Nur Lisa tergagap
menjawab. Terkejut dengan kehadiran orang yang ditunggu. Apa lah Azri ni. Susah
payah cakap macam George Clooney, Pak Arablah. Cakap je lah macam Pirate of
Caribbean, Johnny Depp versi tua tapi kemas dan segak. Tak boleh blah Lisa tengok rambut di belakang
tetamu yang berdiri di hadapannya diikat sejemput. Stylo! Memang gaya korporat habis di sebalik rupanya yang errr...tatau nak tafsir macam mana. Senang
cerita kalau muda confirm handsome
lah.
“Assalamualaikum.”
“Waalaikumussalam.”
Lisa menjawab perlahan. Muslim ke? Confusenya
aku. Rupa macam campuran orang putih dan Pak Arab. Cara cakap pun siap ada lorat (loghat).
“Are you Malaysian?” Tanya tetamu yang
masih belum bernama.
“Yes Sir.” Lisa tersenyum. Sungguh dia
tak pasti kombinasi lorat apa yang
tetamu di hadapannya ini berkata. British
accent pun ada sikit – sikit. Arab
accent pun ada sikit – sikit.
“Orang
Malaysia. Senanglah Uncle.” Terus keluar bahasa ibunda dari mulut Syed Gilani. Mati
– mati dia ingat Syed Azri menghantar foreigner
untuk menjadi translator untuk
memudahkan memahaman sidang ekspo yang akan dihadirinya sebentar tadi.
Sepatutnya Syed Azri sendiri yang menemainya hari ini tapi biasalah anak muda.
Macam – macam alasan diberi untuk mengelak.
“Oh,
Uncle Malaysian ke?” Lisa menarik nafas lega. Ya lah tadi cara Azri
membayangkan rupa tetamu di hadapannya langsung tak terbayang rupa orang Malaysia
dan kenyataannya pun, kalau tetamu di hadapannya ini tak mengaku rakyat jelata
Malaysia rasanya Lisa pun tak tahu nak teka rakyat mana sebenarnya.
“Yeah, I’m Larkin born. It just I’ve been
away for so long. My name is Syed Gilani Kamarudin. So Malaysian yeah my name.”
Syed Gilani membuka salam perkenalan. Gadis di hadapannya yang berskirt paras
lutut, blouse berwarna putih dan bersanggul
comel di kepala dengan jaket labuh merah terang disangkut di lengan amat cantik pada
pandangan matanya. Sekali pandang, nak cakap orang Indonesia pun boleh. Nak
cakap Philiphines pun boleh. Rupa Nur Lisa amat Asia pada pandangannya.
Lisa
tersengih. Tang Kamarudin tu bunyi
dekat – dekat dengan Tajudin jadi bunyi Malaysia lah jugak. Tang Syed Gilani
tu ya ampun aku tak pernah dengar okay nama. Komersial tak hengat nama. Komen Lisa dalam hati. Larkin? Boleh tak, Lisa tak nak
mengaku Encik Tajudin pun orang Johor? Nak mengaku jadi orang KL je.
“Okay Uncle. Shall we start our day or you
want to grab some food?” Lisa mula memainkan peranan. Berbayar kan. Azri
cakap sepuluh patah perkataan German yang keluar dari mulutnya bernilai satu
euro. Sekarang habuk pun tak ada lagi. Jawabnya tolonglah nanti kat dalam conference tu dia kena alih bahasa banyak
– banyak. Kaya yob!
“Tak,
kita terus ke Trade Centre. Uncle nak jumpa kawan Uncle dulu sebelum mula conference.”
“Okay.
Kita pergi naik teksi ya.” Lisa mengambil kesempatan. Malas dari air port nak naik train atau shuttle bus.
“You are my guidance angel. Anything you
said.” Syed Gilani bermulut manis. Melayan Lisa seperti anak perempuannya
Sharifah Azra.
“Actually I found out during international
conference, the centre offer shuttle bus commuting from air port and Munich Trade
Fair Centre but we have to wait. They have schedule so better option is just to
hop in taxi.” Terang Lisa yang sempat buat home work semasa dia berlegar – legar di lapangan terbang tadi.
Lisa
tersenyum. Syed Gilani yang membimbit brief
case mengekori langkah Lisa. Mereka berdua memboloskan diri di dalam teksi
yang bersusun di luar lapangan terbang. Teksi berwarna putih dengan kadar rata
sebanyak 56 euro. Jangan suruh dia bayar cukup.
“Messe
München International” Lisa memberitahu destinasi mereka. Munich Trade
Fair Centre lebih dikenali oleh orang tempatan dengan panggilan Messe München
International.
“Lisa, I suppose you should know a little
bit about my background to make your translation easy. I hope your translations
will portray my good image and the words are carefully chosen.”
Jantung
Nur Lisa macam nak terlepas keluar. Siapa pak cik ni sebenarnya. Tengok gaya
memanglah korporat habis tapi gaya cakap dah macam pak menteri. Aku ada tak
kenal menteri kabinet Malaysia ke? Rasanya semua dia tahu kalau tak dia tak
akan lepas sesi saringan untuk mendapat biasiswa dan tempat di TUM.
“Okay.” Jawab Lisa sopan.
“This is my card.” Syed Gilani
menghulurkan Lisa sekeping kad perniagaan ringkas hiasannya tapi nampak amat professional
dengan pilihan tulisan yang kemas dan warna yang terang.
Lisa
menelan air liur.
Dr.
Syed Gilani Kamarudin
Director
Corporate
Strategic Planning & Performance
Dubai
Maritime City Authority (DMCA)
United
Arab Emirates
“You? Some background would be useful.”
Syed Gilani memandang Lisa di sebelah yang masih khusyuk menatap kad yang
dihulurkan tadi.
“You are working with Dubai government?”
Tanya Lisa agak terkejut. Soalan untuk dirinya tidak dihiraukan.
“Yes. Malaysia kan boleh.” Jawab Syed
Gilani dengan nada berlawak.
Lisa
berpura – pura tersenyum. Dalam hati menggelabah tak ingat. Sah – sahlah orang
yang bakal bergaul dengan Syed Gilani nanti semua stok – stok gomen A- list. Aduh bala betul. Saat ni
kalau Azri ada di hadapan mata mahu leher dia patah kena lipat. Cakap sidang ekspo
biasa.
“Oh my.” Lisa mengeluh perlahan.
“Why Lisa?” Syed Gilani mengesan muka
Lisa yang berubah keruh.
“He said I just need to assist and translate
simple Germans.” Lisa meluahkan rasa gundah. Baik terus terang. Malu karang nanti tak reti nak translate.
“He?” Syed Gilani menggelengkan kepala.
Syed Azri punya kerja lah ni.
“Yes, the one who hired me.” Tak kan nak
cakap ni kes room mate kena buli?
“Syed
Azri si anak bertuah tu maksud Lisa?” Syed Gilani menggeleng – gelengkan kepala.
“He is your son?” Tinggi suara Lisa
memecah suasana sunyi dalam teksi. Nasib baik dah nak sampai. Malu tak usah
cerita. Mangkuk hayun betul si Azri ni. Syed Azri bin Syed Gilani rupanya.
PENAT
bercakap sepanjang mengekori Syed Gilani bertemu dengan rakan seperjuangan yang
datang dari pelbagai pelusuk negara dan yang paling haru ialah apabila terpaksa
mentafsir setiap penerangan daripada exhibitor
atau tuan rumah. Berbelit lidah Lisa nak mentafsir perkataan yang kerap
berulang seperti wasserversorgung iaitu
water supply, lamberlastigung iaitu noise
pollution, energieressourcen
iaitu energy resource dan pelbagai
lagi perkataan yang berkaitan dengan topik pameran dan conference iaitu IFAT ENTSORGA yang bermaksud The World's
Leading Trade Fair for Water, Sewage, Waste and Raw Materials Management. Ruang pameran IFAT ENTSORGA di Munich Trade
Fair Centre dipenuhi dengan pakar – pakar dari seluruh dunia, wakil – wakil sektor
kerajaan dan swasta, wakil institusi dan universiti serta wakil – wakil industri
itu sendiri.
Sekarang
ialah payback time.
Selepas makan di
Kafer tadi, restoran terkenal di Munich yang terdapat di Munich Trade Fair Centre,
nak terbatuk Lisa mendengar komen Syed Gilani.
“Azri banyak
kerja agaknya itu yang dia hantar Lisa jadi Uncle punya guardian angel. Thank you for all your hard work this whole day.”
Mahu tak
terbatuk kalau Azri menghantarnya ke sini semata – mata untuk membulinya
sahaja. Rasanya Azri sedap je tu berlingkar di katil. Tadi kata tak ada kelas
pun.
“Dia okay je
Uncle. Busy sikit je.”
“Glad to hear that. Ingat dia layan frust lagi dengan budak Damia tu.”
Uhuk – uhuk.
Langsung
Lisa terbatuk tak boleh nak cover – cover.
Syed Azri frust? Tu yang berjambang
bagai? KahKahKah....boleh jadi bahan lawak bekalan setahun ni. Lisa mula beriak
nakal. Syed Gilani yang memandangnya hanya disedekahkan senyuman.
“Uncle
sebenarnya dah lama tak jumpa dia. Suruh pergi Dubai langsung tak nak. Mommy
dia kalau rindu, kenalah datang sini. Kalau Uncle yang datang cuba tengok ni
Lisa yang dihantarnya.” Syed Gilani sedikit merungut. Perangai pelik Syed Azri
tak pernah berubah. Buat hal sendiri dari dulu sampai sekarang.
“Uncle nak
jumpa dia ke?” Tanya Lisa. Kat dahi bersinar macam spot light dah.
LISA
bersiul – siul kecil. Gembira apabila Azri hanya mengekorinya tanpa membantah.
Dia ingat Lisa nak bawa pergi tempat lepak Superman ke? Silap hari bulan lah bro.
“Cantik
nama Damia tapi saya yakin nama Lisa lagi cantik.” Lisa tersenyum mengusik.
Azri
terdiam. Dah lebih ni. Tak sampai 24 jam berkepit dengan Daddy dah macam –
macam dia tahu. Mesti dah tahu dia anak Syed Gilani ni. Menyesal buli Lisa cara
macam ni. Suka pula dia. Ingat nak baling bom ke kat air port ni. Apabila Lisa menelefon menyuruh Azri datang menjemput,
cuak juga dia sebenarnya. Mengada – ngada. Nak balik berjemput pula tapi
mengenangkan jasa Lisa menggantikan tempatnya, bolehlah bertolak ansur sikit.
Lagi pun bukan ada apa nak buat kat rumah.
“Tak
payah nak cakap bukan - bukan. Dengar ni, not
everything that can be counted counts, and not everything that counts can be
counted.” Ayat cover terbaiklah konon – konon tapi
ketawa Lisa meletus. Malas Azri nak melayan. Diam sahajalah. Apalah agaknya
yang Daddy cerita lagi kat si Lisa ni.
Ayat
giler matematik. Sah petik ayat
Albert Einstein. Lisa menarik tangan Azri agar berjalan laju. Jalan setapak –
setapak sambil tangan masuk jaket, ingat macho
sangatlah tu.
Azri
terkejut. Lisa ni memang main aci redah je tapi orang hulur tak kan nak jual
mahal. Buat – buat selamba jugaklah
gamaknya.
“I want you to meet someone.” Lisa
menunjukkan ke arah Syed Gilani yang sedang duduk di sebuah kerusi menunggu di
bilik menunggu VIP.
Mati – mati Azri ingat Lisa menghala ke jalan
singkat untuk keluar ke S-bahn.
“What are you doing?” Badan Lisa ditarik
menghadapnya. Tegas suara Azri bertanya.
“Payback time. Tak suka jumpa Daddy ya.
Jomlah jumpa Daddy.” Lisa menjelirkan lidah. Ayat mengada – ngada diucap sengaja
nak menyakitkan hati Azri.
“Kerat
lidah tu karang.” Azri mengerutkan
dahi geram.
“Kerat
tak mo, Kiss tak apa.” Lisa membalas selamba. Bagi terbakar terus hati Syed
Azri.
“Lisa.”
Azri meninggikan suara.
“Like it or lump it.” Lisa membalas. Puas
hati dapat menyebut perkataan yang sama.
“Well okay if you say so.” Azri memegang
bahu Lisa yang sedang mentertawakannya. Bibirnya dilekapkan kepada bibir merah
jambu Lisa. Badan Lisa ditarik ke dalam pelukan.
Tawa
halus Lisa mati. Hati siapa yang sedang terbakar ni?
“Azri!”
Lisa terjerit kecil. Nak marah mulut dia yang cabul. Nak suka, hello? Baru kucupan
pertama je pun. Jauh lagi nak menilai seorang Syed Azri bin Syed Gilani.
“Ya
Cik Lisa?” Senyuman sinis dihadiahkan kepada Lisa. Tangan Lisa ditarik main –
main dan dilepaskan. Tadi kata nak. Nak juga tengok sampai mana si Lisa ni
berani main aci redah. Dengan jelingan tajam Azri melangkah tegap menuju ke arah
Syed Gilani.
SAMPAI
di rumah, Azri tak puas hati. Berani kenakan kita. Tak pasal – pasal kena
menghadap Daddy. Azri melangkah ke arah mesin basuh dan sebentar kemudian
menghadap Lisa yang tengah melayan TV. Bukan reti nak tukar baju. Pergi tidur
ke. Rungut Azri dalam hati.
“Nah.” Azri menghulurkan pasu comel
berisi sepohon pokok lebih kurang setinggi hampir satu meter ke arah Lisa.
“Apa ni?” Tanya Lisa blur.
“Kerja wajib kau kat rumah mulai
hari ini.” Azri menunjukkan tempat yang
sepatutnya Lisa meletakkan pasu tersebut. Jari telunjuknya dihala ke arah
hujung balkoni yang akan menghadap cahaya matahari pada siang hari.
“Tak paham. Kerja apa?” Lisa
menonong mengangkat pasu dan diletakkan elok – elok ke tempat yang ditunjukkan
oleh Azri.
“Sebelum kau pergi kelas, tolong
bagi pokok tu minum susu. Sekali sehari je cukup.”
“Susu?” Lisa terperanjat.
Pokok apa siram pakai susu? Lisa
mula membayangkan dirinya membuka botol atau kotak berisi susu segar dan
menuangkan isinya ke dalam pasu. Tak pernah ku jumpa pokok kena siram pakai
susu. Paling – paling kurang, dia pernah dengar siram pakai air basuhan beras
adalah. Pokok apa ni?
Adakah?
Tlg abaikan tulisan Dr sy yg chantek itu :) |
“Lagi satu, tadi pak we kau, Tengku
Akhbar datang.”
“Hah?”
Azri memotong segala teori yang baru
nak berkembang di kepala Lisa.
p/s: 1st of all sorry. Saya jarang update. Tgah membiasakan diri maidless soon. Hahaha tapi waktu meroyan saya pasti ada nyerr. Doakan diri ini sentiasa sihat walafiat & berjaya menjadi super mom :))
Happy Labour Day utk working readers & non working readers, enjoy ur holiday 2morrow.
Teka jgn tak teka pokok apa tu?
Much lev.