Wednesday 13 November 2019

LOVER









LOVER

-Part 1-



KIRINN memperlahankan suara Rob Lowe yang sedang melayan gajah dalam filem Holiday In The Wild apabila Atiqah sampai dua kali bertanya soalan yang sama dan dia mintak ulang.
“Kenapa tak balik lagi?”
Kirinn angkat kening.
You’re married. Baliklah, laki tunggu tu.”
Kirinn sumbat earphone ke telinga.
“Hoi….balik!”
“Bye, Tiqah.”
Kirinn pusingkan kerusi membelakangi Atiqah dan angkat tangan tinggi – tinggi konon lambai. Dia malas nak dengar orang membebel. Dia hargai niat Atiqah ambil berat masalah dia tapi dia tak rasa pun dia ada masalah tapi dia rasa bosan. Balik rumah duduk sorang - sorang tunggu suami balik macam tunggul. Masak pun buat penat. Dia tak reti nak beza Ash ni suka ke tak suka apa yang dia masak.
Telefon bimbit yang berbunyi tanda WhatsApp masuk buat dia terperanjat. Maklumlah tengah syok layan Netflix walau pun fikirannya menerawang juga teringat kat suami.

I dah otw balik rumah. Whr u at?

Kirinn mencongak apa jawapan yang afdhal nak bagi ni. Laju tangan menaip.



ASHRAF gelengkan kepala. Rasa macam nak hentak stering kereta ni pun satu hal jugak. Orang kahwin, kau pun nak kahwin Ashraf oi. College sweetheart konon tapi bila masuk fasa laki - bini, jurang perbezaan antara mereka sangat luas.
Kirinn dalam dunianya sendiri. Dia cuba masuk dalam dunia Kirinn tapi asyik tak lepas. Susah dapat isteri yang terlalu berdikari. Habis tu kat mana tempatnya sebagai suami kalau Kirinn ala perlu tak perlu je title suami.
Balik rumah, seperti jawapan lurus Kirinn lah, ‘I balik lambat. Help yourself.’
Wonderful la wei… Ashraf menarik pintu peti ais, ambik tin tuna dan buat sandwich ringkas. Kemudian dia mandi dan solat Isyak. Dah lama dia memerap dalam bilik study baru dia dengar bunyi pintu depan dibuka. Ashraf malas nak bangun. Dah jadi kerja dia ke sambut bini balik rumah?
Setengah jam dia agak – agak Kirinn dah siap mandi dan tukar baju baru dia masuk bilik tidur.
Bau bilik harum semerbak. Memang pe’el Kirinn balik rumah je terus nyalakan lilin. Ajaran planet mana pun tak tahulah. Bau memanglah wangi tapi dia risau rumah boleh terbakar kalau lalai.
“Dah dinner?”
Kirinn gelengkan kepala.
“I diet.”
Ashraf terus keluar dah tak sampai lima minit masuk balik dengan sandwich dan segelas air masak.
“I buat tadi. Makan sikit. Hari – hari diet, dah macam plywood I tengok you ni.” Ashraf hulur dan tunggu sampai hulurannya bersambut.
Kirinn ni buat je muka stone tapi bila dia pandang gaya ‘aku suami, kau isteri’ cepat je dia ambil dan sumbat masuk mulut.
“Esok you cuti kan?”
Kirinn angguk.
“Esok ikut I pergi JB. I ada kerja. Kita duduk sampai hari Ahad.”
“I tak nak ikut.”
“Kirinn Idris….” Suara Ashraf cool dalam nada yang sama tapi kalau dah sebut nama penuh tu sendiri mahu ingatlah.



KIRINN Idris.
Ashraf membelek kad di tangan. Dalam dunia ni, seorang je yang ada nama pelik macam ni. Pak cik Idris terkenan bini mengandung masa tengok lumba basikal kat Jepun agaknya. Sekali baca macam salah eja pun ya. Dia pun ingat kot terlebih huruf n ke. Kalau lumba basikal style Jepun ejaan Keirin bukan Kirinn tapi sebutan samalah. Disebabkan nama yang unik inilah dia tak kan pernah lupakan Kirinn.
Masa dah masuk semester akhir, semua orang ingat mereka college sweetheart dan Kirinn pun play along. Dia yang masa tu single – mingle tapi peminat bersepah lagilah suka tak payah nak melayan perempuan lain. Bahagia hidup dapat guna Kirinn jadi shield.
“Aku ajar kau. Since kau fearless dan aku tak pernah jumpa mana – mana perempuan seberani kau. FOC.”



ASHRAF duduk mengekor saja dia dari tadi. Macam manalah mamat ni boleh nampak dia buat aksi kat taman KLCC tu minggu lepas. Rasa macam kena harras giler – giler pulak bila Ashraf asyik menempel.
Kirinn buat tak layan. Dia kerja part time kat Trampoline Center ni sebab nak cari duit extra sebelum habis industrial training. Nanti ada duit ekstra awal – awal nak tunggu dapat kerja. Bukan macam Ashraf yang nak habiskan duit aje kerjanya.
“Kita buat duo. Mesti letop.”
Childish lah Ash. Aku main for fun. Adrenaline rush. Orang Malaysia tak boleh terima lagi benda ni komersial. Nanti masuk kes polis, NIOSH apa segala safety expert wannabe keluar gua  sebab nak bash kita. Tak naklah aku.” Kirinn memang tak makan pujuk. Dia buat lompatan half twist.
Ashraf yang berdiri bertentangan pun lompat half twist macam dia jugak lepas tu saja buat - buat jatuh tergolek depan dia. Hampeh betul!
“Okay, kalau tak nak publisiti, teman aku buat kat satu tempat ni. Kau cuti bila?” Ashraf dah bentang kertas kerja lepas landed betul – betul kat kaki Kirinn.
Kirinn yang memang suka buat kerja gila dah mula rasa teruja. Membayangkan saja apa yang mereka nak buat nanti dah cukup buat jantungnya mengepam laju.
“Jauh tu. Tak kan nak balik hari?”
“Aku akan jemput dan hantar kau balik. Esok aku minta izin dengan parent kau. Jumpa nanti.”



JUMPA lagi kita Kirinn Idris.
“Okay boleh panggil masuk.”
Awal – awal dia yang konon nak terkejutkan Kirinn tapi apabila yang melangkah masuk ialah Kirinn, gadis yang telah melewati zaman remajanya. Penuh sopan santun walau pun masih bersarung jeans, penampilan Kirinn berubah 100%. Dengan tudung berwarna ungu lembut di kepala dan kemeja longgar putih tersarung di badan, pergh….dia rasa enigma sekejap.
Ini ke Kirinn yang sama – sama buat kerja gila zaman kat universiti dulu? Yang tinggalkan dia tanpa sepatah kata?



Nota: Assalamualaikum. Good Day.

Tulis sebab rindu kat Karya Lepak. Sungguh!
Miss me? 
  :p
Happy reading! 
Wonder juga adake pelepak baru menjelang 2020 yang semua orang bayangkan Malaysia
dah ada kereta terbang tapi yang ada cuma orang berupa beruang jalan seperti seladang.
It rhymes well anyway.
And here we are...still reading blog tapi saya dah up sikit sebab dah ada Instagram Rin Ahmad. LOL!


17 comments:

  1. Tak sabar tunggu part 2 😍.
    Tq kak up yang ini. 😁❤️

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha...part final terus saya bagi

      Delete
    2. bila nak publish buku ni? can't waittt..

      Delete
  2. Tak sabar nak tunggu sambungan ������

    ReplyDelete
  3. Oweys visit this place n read all the contents repeatedly. Reading this new piece kinda an extra tonic to my 'brain strength n exercising my brain' hahaaa ..
    Keep on writing dear ... miss so much. 💚

    💐❤💚🤩😍

    جز

    ReplyDelete
    Replies
    1. I miss you sissy....
      Miss you too.

      Delete
  4. Miss you RA, cepat2 update ya.

    ReplyDelete
  5. Homai...
    Woke up to this..
    What a morning.
    P/s: Baru habis menelaah yr 2011 - 2014 entry last week atas sebab yg sama - rindu karya lepak!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. yes now dah ada entry 2019...punyalah lelah nak ada entry baru...really hope i make up all the gaps.
      Rindu reader and pelepak i jugak.

      Delete
  6. Im still reading your blog.. even takda update kt fb i stl jenguk kdg bila rindu nak baca tulisan kak rin, i'll go here... This kirinn's story.. buat rasa rindu tu terubat.. 😍😍💗💗

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wah! Touching I baca...perasaan dia mesti macam jatuh cinta pandang pertama kan.

      Delete

Sweet short story: Something about you

  Cover writing by: Farah Husain DANIELLA dah tak mampu nak tahan gelak. Boleh si adik menyakat kat Instagram selepas dia memuat naik gamba...