Friday, 15 November 2019

LOVER - Final part





Final part




ASHRAF tu dulu yang ajar Kirinn bukan – bukan kan? Family dia datang masuk meminang. Macam mana boleh jumpa balik?”
Kirinn dah macam tertelan cicak. Ash pinang dia?
Baru jumpa kedai mamak sekali?
Dia amnesia ke? Kot kat kedai mamak minggu lalu dia ada tercakap dia dambakan Ashraf jadi suami dia. Rasanya terang lagi bersuluh dia cakap kat Ash yang dia tak jadi ganti Atiqah. Nanti awkward jadinya. Maka mereka sembang kosong, mengenang kisah lalu pun tak dan akhiri pertemuan dengan masing – masing bayar sendiri. Itu aje.
“Ash baik lah Mama. Kirinn sendiri yang sukarela join. Tak payah lah nak ungkit lagi. Kirinn dah stop kan.”
Stop baru 4 tahun Kirinn oi. Esok lusa keluar TV kamu melompat jambatan KLCC tu Mama haramkan kamu balik rumah. Itu kalau tak jadi jenazah lah.”
“Mama!”



KIRINN Idris. Kenapa ajak dating?”
Dating apanya. I tak faham. You ajak I join parkour lagi I boleh terimalah. Ajak kahwin? Hello…you waras tak?”
“Parkour? Berani you sebut. Look what you made me.” Ashraf membuka jam tangan yang melilit di pergelangan tangan.

Kirinn 

“Tatoo? You kalah? Dorang betul – betul buat? What a stupid bet.”
“Hahaha….” Ashraf ketawa dengan nada ketawa yang paling annoying atas dunia ni.
“Lepas 4 tahun baru nak tanya?”
“Ash…bukan I tak nak datang. Bukan I nak mungkir janji.” Suara Kirinn baru lah mellow sikit. Lepas papa meninggal mereka pindah dan konvo pun dia tak datang. Kira putus terus dia dengan Ash. Nombor telefon tukar, IG , FB segala mak nenek deactivated. Dia tengah bayangkan betapa tak relanya Ashraf apabila kalah dan terpaksa menerima hukuman bodoh yang mereka tak jangka. Mereka berdua the best duo. Masa senaraikan hadiah untuk siapa menang dan siapa kalah pun sebab couple lain yang suggest yang semuanya Cina dan mat Salih. Mereka je couple Melayu Islam yang haprak dan bersetuju sebab konon tak kan kalah.
Ashraf pindah Malaysia setelah bertahun di Amerika dan kantoi dia yang mula berjinak dengan parkour. Tapi kat Malaysia ni mana mungkin ekstrem game bertempat di hati orang. Kenal Ashraf tu umpama masuk dalam dunia lain dan dia bahagia.
So you main dengan siapa?”
My sister. She broke her leg. Sampai sekarang tak boleh jalan.”
Kirinn sesak nafas.



ASHRAF pass telefon bimbitnya kepada Kirinn.
“Thalia nak apa?”
“Kirim beli fish skin.”
“Kat KL bersepah.”
“Tak sama yang kena beratur kat Singapore. Tapi kita tidur Desaru kan? Nak masuk Singapore jap?” Kirinn rasa bersalah. Dia umpama hutang nyawa dengan Thalia. Rasa bersalah kepada dua – beradik tu. Jadi isteri Ashraf harapnya dapatlah kurangkan rasa bersalah yang dulu.
“Masuk esok je lah.” Ashraf selamba sahaja.
Mereka check in di hotel The Westin. Baru Kirinn nak berbaring, Ashraf dah campak baju renang Muslimahnya dengan baju sukan.
“Pakai baju sukan dulu kat luar. Kita jogging jap pastu baru swimming.”
Hoi! Giler? Penat nak mati kot. Drive dari KL walau pun sepanjang perjalanan dia membuta pun penat tau. Kirinn akur sahaja dan menukar jeans, blouse kepada baju sukan. Geram!
Dah sampai 10 laps dia berenang tapi dia tengok Ashraf macam tak da tanda nak berhenti. Nak tidur kat dasar kolam ni ke sebab dia tak nak. Punyalah best katil empuk The Westin. Terbayang dah ni.

Malam ingat nak bermalasan tapi kalah lagi. Ashraf ajak berjalan ke hotel sebelah. Layan live music kat Hard Rock Hotel lepas tu dah dekat pukul 10 malam Ashraf ajak jalan tepi pantai seberang The Westin. Beach Bar pun dah nak tutup.
Tinggal mereka berdua yang masih berjalan tak tentu hala.
“Kirinn, kita dah kahwin sebulan kot. Kenapa you nampak tak selesa? Selalu balik lambat dan nampak tak happy. Am I that bad husband?”
“I banyak kerja lah. You pun selalu balik lambat. I masak pun kadang – kadang you tak makan.” Kirinn mengelak.
“Bos you kawan I. Sibuk apanya. Job baru pun tak ada.” Ashraf memangkah. Dia bukan tak nak makan langsung. Kadang – kadang makan je tapi salah kot sebab dia tak puji masakan Kirinn sedap ke tak ke. Geez!
“I rasa I buat silap kot. Maybe I cuma rasa bersalah kat Thalia dan kahwin ni memang tak semudah tu. I rasa susah lah nak serasi dengan you.” Kirinn ingat kahwin semudah jadi the best duo parkour. Bila dia tak nak join competition dia boleh lari.
“Kirinn…sampai sekarang you tak pernah cakap. Kenapa you tak datang hari tu?” Ashraf merehatkan lengannya ke bahu Kirinn. Dia memang jauh lebih tinggi dari Kirinn.
“Tak penting. Papa memang tak pernah suka I main game tu.”
“Itu sebab dia nampak ramai yang rosakkan identiti parkour. Main ikut suka. Jadi trespasser. Itu salah.”
Competition kita hari tu pun illegal kan? Banyak cakap la you.” Kirinn tembak satu das.
“Itu satu je kan. You yang selalu cakap nak something yang adventurous tapi tak datang.”
Ashraf menarik tangan dari bahu Kirin dan berhenti di tengah – tengah jalan antara Beach Bar dan jalan dari seberang laut nak ke hotel.
“Hey…” Kirinn bising apabila Ashraf memanjat hand rail dan mula berjalan dan mengimbangkan diri.
“You tak rindu ke?” Ash pandang Kirinn.
“Turun.” Kirinn bagi arahan.
Nope!” Ash turun tapi sambil buat parkour move mudah iaitu precision jump.
Lompat je turun dengan selamat dari hand rail. Hatinya pun tadi macam nak melompat keluar bila dengar Kirinn cakap ‘satu kesilapan’. Eh, dia ingat ni main pondok – pondok.
Watch me.” Ash lari melintas jalan yang sunyi dan membuat beberapa pergerakan parkour. Kirinn laju berlari di belakang. Bukan nak ikut sama buat tapi menjerit tak cukup suara suruh berhenti. Sebab mata dia sedang fokus Ash tengah buat wall run, tic tac lepas tu terus panjat wall dan berdiri di tepi kolam renang. Tinggi kot. Dia sekarang berada di bawah dah rasa nak tercabut jantung.
This hotel building is a perfect parkour gym. I should tell them to commercialize.”
“You gila. Tunggu I naik. Jangan tur….”
Bummm!
Ashraf lompat dan bergolek di hadapan Kirinn dengan safety roll. Ashraf bangun dan memeluk Kirinn yang dah macam nak menangis tengok suami macam sedang dalam cubaan bunuh diri.
“Safe in your arm and…” Perlahan sahaja suara Ashraf selepas itu.
“…I beli insuran 1 million. Jangan risau kalau I tak ada.”
Pap!
Kirinn pukul belakang Ashraf sekuat hati dia.
“You tahu kenapa I tak datang? I dah keluar rumah pun. Dah dalam teksi. Mama called. Papa kena heart attack. I janji dia I tak kan main parkour lagi tapi I tipu and he found out.”
“Mama cakap Papa passed away sebab sakit jantung and that was on that day?” Ashraf tergamam.
“Berapa ramai orang suffer sebab kita? Papa, Thalia and us. Look at us now.” Kirin menghamburkan segala rasa.
“Tapi you agreed with ‘us’.” Ashraf menjarakkan diri.
“Sebab Thalia.”



KIRINN Idris yang mampu berjalan dengan bahagia di muka bumi dan Ashraf Lee yang saban malam ingatkan you. Rindukan you walau pun adik dia jadi macam ni sebab you.”
“Thalia….”
Marry him. Make him happy. Tebus apa yang jadi kat I. I just want him to be happy and I’ll be happy.”
“Thalia….”



ASHRAF baring sambil pandang siling lama. Dia rasa Kirinn dah lama dibuai mimpi.
Kepala Kirinn diangkat dan direbahkan di lengan.
What should I do with our marriage?
Let you go?
Kepala dan rambut Kirinn diusap.
Kat mana salah dia? Apa yang dia salah baca? Saat Kirinn bersetuju mereka masing – masing fokus dengan persiapan.
Kirinn tak nak honeymoon. Bagi dia okay.
Kirinn tak nak majlis besar, keluarga dia okay. Daddy dan mommy memang jenis tak kisah. Mereka balik sekejap Malaysia, uruskan majlis dan bawa balik Thalia ke Amerika.
Ini baru seminggu Thalia balik ikut daddy. Mommy tak ikut. Thalia hari – hari suruh Kirinn singgah hotel yang mereka menginap. Daddy tak nak balik rumah mereka di Rawang. Jauh nak uruskan kerjanya yang hanya beberapa hari di KL. Sebab pejabat Kirinn dekat saja dengan St Regis itu yang dia rasa bila dia suruh Kirinn ikut je. Sangkanya Kirinn okay tapi kalau
sampai macam tu sekali Kirinn menangis tadi. Apa sebenarnya yang Kirinn rasa?
Rasa bersalah? Rasa bertanggungjawab?
“Kirinn…Kirinn…”
“”Emm…” Kirinn malas nak buka mata. Semakin dia jarakkan diri dengan Ash adalah.
Ashraf tarik balik pinggang Kirinn dan memeluk Kirinn dari belakang.
First night kita…sebab Thalia jugak ke?” Perlahan Ashraf berbisik ke telinga Kirinn. Soalan yang dia tak patut tanya tapi dia tak suka benda remeh menghantui hubungan mereka. Cukup – cukup dah dia bagi muka kat Kirinn.
Kalau masalah Kirinn dia memang tak pernah rela dalam hubungan ni maka dia
belum lagi hadap nak memaksa orang yang dia cinta macam mana sekali pun
untuk terus hidup berdampingan.
Dia nak Kirinn bahagia.

“What a wife should give. I’m just giving.”

Damn! Ashraf bangun dari katil dan berjalan ke balkoni. Sekilas dikerling Kirinn yang sambung tidur dengan selambanya. Dia mengusap nama Kirinn yang terukir di pergelangan tangan.
Dengan teknologi yang dah canggih dan dia dah lama bertaubat, dia bukan sengaja tak nak buang tapi dia tunggu Kirinn dalam kembali dalam hidupnya. Dia sangat – sangat cintakan Kirinn. Kalau dia pakai jam, memang tak ada orang tahu pun. Keluarga dia sendiri termasuk Thalia pun tak tahu. Dia buat lepas Scott tuntut dan masa tu Thalia kat hospital. Masa tu patutnya tattoo dengan nama tulisan Loser yang patut terukir tapi dia merayu. Kononnya demi Thalia yang cedera parah, bagilah muka sikit.

Young and foolish.
versus
Love at the first sight.

Masa kat KLCC.
Masa dia tengok Kirinn tengah layan parkour kat taman KLCC sorang – sorang. Masa tu dia dah berangan nak jadi life partner Kirinn.



ASHRAF bangun lagi awal dari Kirinn pagi ni. Dia dah siap bancuh kopi dan lepak di balkoni sementara tunggu Kirinn bersiap.
“Pakai kasual sikit lah. Kalau sempat nak pegi USS.”
“Lah!” Kirinn merungut. Mujur bawak proper shoe. Dah cakap nak pergi Desaru dia lepak berselipar.
“Hugs.” Ashraf berdiri di hadapan isteri yang sedang bersiap.
“Dah kenapa?”
You are bold. I’m proud of you. Tak mudah nak cakap ‘this is what I feel’ macam yang you cakap last night. Sekarang I nak you fikir and tell me next, ‘this is what I want’.”
“What?” Tangan Kirinn yang tegak di sisi menolak perut suami yang tegap macam papan. Orang kalau tak fit as a fiddle memang tak boleh layan parkour.
Ashraf malas nak fikir nak buat apa dengan Kirinn lepas pengakuan berani mati Kirinn malam tadi. Jadi bagilah Kirinn fikir dan bagitau apa dia nak dalam perkahwinan ni.
Dia suami, dia akan pertahankan perkahwinan ini tapi dia nak isteri pilih sendiri nak jalan macam mana, nak bahagia macam mana.



KIRINN dah membebel apabila kereta Ashraf membelok masuk parking di The Star Vista. Nak buat apa kat sini?
Dia malas nak tanya dan mengatur langkah di belakang suami.
“Ashraf Lee….Malaysian hottest parkour duo dah sampai. Hai Kirinn.” Cheong berjabat tangan dengan Ashraf.
Kirinn tampal senyum dan sempat dia mencubit belakang Ashraf.
Ashraf hanya menggenggam balik tangan Kirinn sambil tersenyum dan pura – pura tak faham maksud Kirinn.
Contestants ramai jugak Ash. Kau okay? Kirinn nak jadi judges jugak?”
Ashraf angguk.
Kirinn gelengkan kepala. Mata dia tancap ke arah center court The Star Vista. Semua peralatan disusun dah jadi macam gym parkour.
Banner besar bergantung di tepi bertulis, Lion City Gathering 2019. Kirinn tahu sangat, ini aktiviti tahunan semua pengamal parkour dari seluruh Asia.
Duduk sahaja di barisan hadapan, muka – muka yang dia kenal semua muncul dan mereka berjabat tangan.
“Kirinn….oh my God. Aku tak percaya bila Ash cakap dia kahwin dengan kau. Serius ah! Boleh masuk book of record Parkour Asia.” Cheryl datang memeluk Kirinn.
“That was….”
Join opening okay? Ash buat opening stunt sebelum start contest.”
“Ish….tak nak lah. Dah tak smoothlah step aku.”
“Ala…quadrupedal, vaulting, jumping kacang je lah.” Cheryl memujuk.
Bagi Cheryl, tubuh Kirinn macam getah. Elastik dan lembut itu yang pergerakan parkour Kirinn paling hebat kalau antara budak – budak perempuan. Stamina Kirinn pun kalah stamina budak lelaki. Tengok sekaranglah, walau pun Kirinn sopan bertudung, tubuhnya tetap nampak tegap dan athletic. Yang paling penting, Kirinn fearless. Huruf besar, tebal, size 72. Giler berani!
“Aku tak exercise langsung.” Kemudian dia tersedar.
Shit!
Patutlah semalam petang Ashraf tak bagi peluang langsung dia nak bermalas – malasan. Jogging konon. Berenang santai konon. Gaya Ash buat semua benda nampak santai tapi nak kuatkan stamina rupanya dan dia heret aku sekali! Ces!
“Kita start dulu ramai – ramai. Kau boleh warm up.” Jessica yang juga kawan – kawan lama dari Malaysia menyampuk.
Kirinn ingat muka – muka yang selalu berkumpul dengan dia dan Ashraf di hujung minggu dan sama – sama berlatih parkour.
Sambil – sambil tu mata memerhatikan set gym parkour yang terbentang di hadapan. Mampu ke dia buat? Paling tinggi kotak tersusun ialah menyamai tingkat 2 pusat membeli – belah ini. Jumping tu je yang dia rasa tak confident.

“Welcoming Ashraf Lee, ADAPT certified from Boston and Malaysia hottest traceur.”

Ex – tracuer. Bisik Kirinn dalam hati.
Tak kan lah Ash layan lagi main parkour. Orang yang main parkour dipanggil traceur. Masa Ashraf harass dia di Trampoline Center dulu langsung dia tak tahu Ashraf ADAPT certified dan dah bertahun join parkour masa kat Boston. ADAPT certified tu singkatan Art du Deplacement and Parkour Teaching maksud orang yang ada sijil dan diiktiraf. Boleh nak ajar orang praktis parkour di seluruh dunia.



ASHRAF membacakan sistem pemarkahan. Peraturan semua dah dibacakan oleh pengerusi majlis sebentar tadi.
Kirinn pandang suami tak berkelip. Ashraf tadi pakai t – shirt hitam kosong sekarang dah tersarung di badan t – shirt putih yang diberi oleh organizer bertulis LCG, Lion City Gathering 2019 siap motto rasmi parkour sedunia être et durer yang bermaksud to be and to last. Simple macam tu pun nampak handsome giler. Jeans biru cair dipadankan dengan kasut Stealth Ultra khas untuk traceur tu buat Kirinn berfikir yang memang Ash tak pernah pun tinggalkan dunia parkour. Rambut Ashraf dari dulu dan kini tak pernah berubah. Sentiasa lurus, kemas dengan fesyen simple spike cut dan sexy beard gaya short stubble yang dibela rapi. Nampak sangat lah senior parkour yang bekerjaya bukan tahap trespasser panjat jambatan Putrajaya.
Dia ingat Thalia pernah cakap yang sesekali pun Thalia tak kan salahkan parkour dan si abang tapi dia?
What’s so bad marrying that person who actually you ‘like’ Kirinn?
Kirinn gelengkan kepala tanda membuang fikiran yang merosakkan.  
Dia dengan Ash je yang main parkour kat universiti mereka. Itu yang hujung – hujung semester tu mereka rapat giler. Tak sampai pun tahap bercinta itu yang dia susah nak hadap kenyataan sekarang. Suka, cinta dan kahwin tu boleh seiring ke? Kalau baca kisah KRT, suka tak semesti sayang. Kalau cinta tak semestinya bahagia lepas kahwin.
Lantas bagaimana? Huh!
Kirinn ditarik oleh Cheryl ke belakang kotak – kotak untuk bersiap.
“Ash tak bagi kau perform dengan kami. Dia suruh kau stretching and duo dengan dia lepas lagu ni habis.” Cheryl tinggalkan Kirinn yang teragak – agak nak panaskan badan dan terus masuk ke ‘gym’ untuk acara pembukaan dengan diiringi lagu Fade, Alan Walker.

“Next, Ashraf Lee and Kirinn Idris.”

Semua geng yang mereka kenal bertepuk tangan. Kirinn tercari – cari Ashraf. Dia nak masuk gaya macam mana ni? Jump lepas tu quadrapedal terus tic tac, climbing ke?
“Tudung kemaskan. Nanti tercabut.” Ashraf muncul dari belakang dan merapikan tudungnya dari belakang. Sweater Uniqlo yang tersarung dibuka dan diikat di pinggang. Kalau melompat nanti tak da lah tertayang badan. Mujur kat dalam tersarung t – shirt lengan panjang Nike Women. USS konon?
“You tak nak tanya I okay ke tak?”
Life begins when fear ends. Parkour ni macam kahwin lah. Kalau you takut, jangan buat. Risiko besar. Tanggungjawab atas setiap movement tu impact besar. Sebab you takut, this is what happens to us.” Ashraf menepuk tangan tanda memberi isyarat dia sedia kepada Cheong di atas pentas.
“I takut?”
Dive in this marriage. Be responsible. Love me as much as I love you.” Ashraf menjawab tanpa pandang pun muka Kirinn dan terus masuk ke tengah set.
Kirinn menarik nafas dalam.
Dia mengikut langkah Ashraf. Setiap pergerakannya rasa ringan. Mungkin sebab fikirannya masih teringat ayat – ayat lontaran suami tadi. Sedar – sedar dia dah berada di atas kotak yang setinggi tingkat 2 The Star Vista.
Like really?
Kirinn baru tersedar apabila suara penonton gamat menjerit nama mereka berdua menyuruh mereka membuat gerak parkour yang simetri.
Eh, giler?
Berdebar Kirinn. Dah berapa lama dia tak lompat dan buat balancing.
Ini sampai tahap ni sebab dia mabuk!
Ashraf memberi arahan agar dia membuat pergerakan di sebelah kanan dan Ashraf di sebelah kiri. Mereka akan berjumpa di atas kotak yang disusun membentuk LCG. Untuk traceur, berdiri setinggi mana pun memang tak ada istilah gayat. Kirinn tumpukan perhatian ke bawah. Tiba – tiba Ashraf menghampiri dan berbisik.

“Jangan buat kalau takut. Safety first. You need to trust your body 100% when stunting and your heart.” Nasihat suami memang padu. Double meaning siap. Bab keselamatan memang wajib campur mandatori dalam parkour.

Dalam tempoh tak sampai 10 minit tepukan gemuruh berkumandang di center court The Star Vista. Sedar tak sedar Ashraf sedang melilit tangan kirinya di pinggang dan memberi isyarat agar Kirinn turut tunduk suku badan dan masing – masing mengepak kedua – dua belah tangan kanan.
“What a brilliant performance from a parkour couple. Give a big clap one more round peeps. 15 minutes break before the competition begins.”
Kirinn tercari – cari Ashraf. Suaminya dah ditarik oleh Cheong. Dia nampak Cheong hulurkan kertas, pen dan board tebal untuk Ashraf menulis markah setiap peserta.
Ashraf kemudian naik ke tingkat 2.
Ada juga hakim yang berada di sisi kanan, kiri dan hadapan. Maklumlah pergerakan parkour agak bebas dan semua sudut kena ambil kira.
Center court The Star Vista bertukar sepi seketika apabila speaker yang memasang lagu rancak Sucker bertukar kepada lagu terbaharu nyanyian Taylor Swift.
Sesuai sangat lah dengan chrismast vibe dan dekorasi The Star Vista dan mood Kirinn yang tengah mellow.
Kirinn tunduk lama dan apabila dia pandang ke atas, Ash tengah pandang dia sambil mulut sedang miming lagu Lover part Shawn Mendes nyanyi.

See, I finally got you honey, I will never let you fall.

Kirinn tunduk.

You're my, my, my, my lover.



ASHRAF LEE. Benda pertama dia nak tengok sebaik membuka mata ialah wajah suami. Sepanjang perjalanan balik dari Singapore dia dan Ashraf hanya bersembang fasal kawan – kawan dan persembahan semua peserta. Tak ada sorang pun sentuh masalah rumah tangga. Kirinn ada bising sikit bab tattoo nama dia tu. Balik nanti dia nak Ash pergi jumpa Dr Ko buat appointment buat tattoo removal. Sebab ada 2 warna, Kirinn warna hitam dan lambang hati warna merah mungkin sekali laser tak hilang tapi tak pe lah.
“Kau tak ada Kirinn, masa dia kalah kan patut tulis Loser, merayu – rayu nak letak nama kau. Kalau korang tak kahwin tak tahulah.”
Ash betul cintakan dia? Dia ingat yang dia rasa hanya keserasian parkour duo.
Hari ini Kirinn bangun seawal 5 pagi. Bila Ash tanya nak terus balik KL atau sambung check in dia terus angguk. Dia nak duduk lagi kat The Westin semalam.
Dia nak buat apa yang Ash buat malam semalam. Teringin pula. Dia tahu arwah papa marah sebab salah faham dengan konsep parkour tapi kalau dia ada peluang dedahkan pada papa apa sebenarnya nilai di sebalik parkour Kirinn tahu papa mesti restu.

Life begins when fear ends.
Marriage begins when both dive in.

What time now?” Suara Ashraf serak.
“Oh...awal lagi. It’s 5.”
Ashraf melingkarkan tangan di pinggang Kirinn yang sedang bersandar. Kali ni ringan tangan Kirinn membelai rambut suami.
“Kenapa I rasa vibe bilik ni lain macam?” Ashraf membenamkan muka di atas peha Kirinn. Tak jadi nak sambung tidur.
Kirinn senyum.
“Ash…”
“Hmm…”
“This is what I want.”
“What?”
“You.”
“Me? C’mon baby.” Ashraf ketawa dan menarik Kirinn ke dalam dakapan.
“To be and to last.” Kirinn berbisik.

~Tamat~



DEAR READERS,
I LOVE YOU AND THANK YOU FOR READING.
(Cerita ringkas sebab dah rindu nak melepak. Maaf kurang kat mana – mana tapi tetap harap you all terhibur. Jangan lupa beli buku baru saya dengan Alaf 21 Love Lila & Devilish Delilah okay. Click link:


Nota Google:
TO BE means that a person should train their body and their mind to be able and ready for anything, and train in such a way that will allow them to be able and ready for anything, for as long as possible.
A person should aim to be strong, but not just in a physical sense. They should aim to be resilient, free thinking, confident and yet remain humble. They should learn to be self-sufficient and useful to their loved ones and they should be aiming to always progress in some way.

TO LAST means a lifelong pursuit of improvement. You have exceptional balance, judgement and knowledge and be able to pull yourself over a high wall if you need to. You’ll still be active and mobile enough to be self sufficient and useful to yourself, your lover, family and friends.




DEDICATION:
Happy wedding day to my baby AQILAH.
And to mommy Fan Karyalepak ‘hello Kak Jaz, I hope you enjoy
Your life having menantu in the house.’
May Allah Bless this marriage. Amin.
LOVE FROM FAR.









13 comments:

  1. Thanks RA unt this short story 😊🥰

    ReplyDelete
  2. Ehmmmm... What shall I say??
    Short, gempak & sweet?
    Never fail to mesmerized us!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mk - you pelepak tegar sampai 2020...hahaha...

      Delete
    2. Always n forever!!

      Delete
  3. Rindu. T^T thanks for the short story. Dua-dua buku dah ada. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. yeay! dah tukar rumah pun support lagi saya. Alhamdulillah and thank you.

      Delete
  4. nazura ahmad4/12/19 12:03 am

    Hi RA, see i rindu you. kena cari time melepak sini. Lepas ni busy nak bayang LOVER ngan parkour

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha...please bayangkan kirinn & ash...i rasa kalau i panjangkan mesti couple ni best. LOL (aci ke syok sendiri ni? :D)

      Delete
  5. omg. melting dengan ash. wuwuwuwuwuw

    ReplyDelete
  6. LOVE LOVE LOVE! SUPERB AS ALWAYS! Terubat rindu dengan karya kak Rin. I miss your characters so much!

    ReplyDelete
  7. Story RA always superb.unexpected story. Bila nk keluarkan novel or short story lagi rinduuu

    ReplyDelete

Sweet short story: Something about you

  Cover writing by: Farah Husain DANIELLA dah tak mampu nak tahan gelak. Boleh si adik menyakat kat Instagram selepas dia memuat naik gamba...