Final part
“ASHRAF tu dulu yang ajar Kirinn bukan –
bukan kan? Family dia datang masuk
meminang. Macam mana boleh jumpa balik?”
Kirinn
dah macam tertelan cicak. Ash pinang dia?
Baru
jumpa kedai mamak sekali?
Dia
amnesia ke? Kot kat kedai mamak minggu lalu dia ada tercakap dia dambakan
Ashraf jadi suami dia. Rasanya terang lagi bersuluh dia cakap kat Ash yang dia
tak jadi ganti Atiqah. Nanti awkward
jadinya. Maka mereka sembang kosong, mengenang kisah lalu pun tak dan akhiri
pertemuan dengan masing – masing bayar sendiri. Itu aje.
“Ash
baik lah Mama. Kirinn sendiri yang sukarela join. Tak payah lah nak ungkit
lagi. Kirinn dah stop kan.”
“Stop baru 4 tahun Kirinn oi. Esok lusa
keluar TV kamu melompat jambatan KLCC tu Mama haramkan kamu balik rumah. Itu
kalau tak jadi jenazah lah.”
“Mama!”
“KIRINN Idris. Kenapa ajak dating?”
“Dating apanya. I tak faham. You ajak I join parkour lagi I boleh terimalah.
Ajak kahwin? Hello…you waras tak?”
“Parkour?
Berani you sebut. Look what you made me.”
Ashraf membuka jam tangan yang melilit di pergelangan tangan.
Kirinn ❤
“Tatoo?
You kalah? Dorang betul – betul buat? What
a stupid bet.”
“Hahaha….”
Ashraf ketawa dengan nada ketawa yang paling annoying atas dunia ni.
“Lepas
4 tahun baru nak tanya?”
“Ash…bukan
I tak nak datang. Bukan I nak mungkir janji.” Suara Kirinn baru lah mellow sikit. Lepas papa meninggal mereka pindah dan konvo pun dia tak datang. Kira putus terus dia dengan Ash. Nombor telefon tukar, IG , FB segala mak nenek deactivated. Dia tengah bayangkan
betapa tak relanya Ashraf apabila kalah dan terpaksa menerima hukuman bodoh
yang mereka tak jangka. Mereka berdua the
best duo. Masa senaraikan hadiah untuk siapa menang dan siapa kalah pun
sebab couple lain yang suggest yang semuanya Cina dan mat
Salih. Mereka je couple Melayu Islam
yang haprak dan bersetuju sebab konon tak kan kalah.
Ashraf
pindah Malaysia setelah bertahun di Amerika dan kantoi dia yang mula berjinak
dengan parkour. Tapi kat Malaysia ni mana mungkin ekstrem game bertempat di hati orang. Kenal Ashraf tu umpama masuk dalam
dunia lain dan dia bahagia.
“So you main dengan siapa?”
“My sister. She broke her leg. Sampai
sekarang tak boleh jalan.”
Kirinn
sesak nafas.
ASHRAF pass telefon bimbitnya kepada Kirinn.
“Thalia
nak apa?”
“Kirim
beli fish skin.”
“Kat KL
bersepah.”
“Tak
sama yang kena beratur kat Singapore. Tapi kita tidur Desaru kan? Nak masuk
Singapore jap?” Kirinn rasa bersalah. Dia umpama hutang nyawa dengan Thalia.
Rasa bersalah kepada dua – beradik tu. Jadi isteri Ashraf harapnya dapatlah
kurangkan rasa bersalah yang dulu.
“Masuk
esok je lah.” Ashraf selamba sahaja.
Mereka check in di hotel The Westin. Baru
Kirinn nak berbaring, Ashraf dah campak baju renang Muslimahnya dengan baju
sukan.
“Pakai
baju sukan dulu kat luar. Kita jogging jap pastu baru swimming.”
Hoi!
Giler? Penat nak mati kot. Drive dari
KL walau pun sepanjang perjalanan dia membuta pun penat tau. Kirinn akur sahaja
dan menukar jeans, blouse kepada baju sukan. Geram!
Dah
sampai 10 laps dia berenang tapi dia
tengok Ashraf macam tak da tanda nak berhenti. Nak tidur kat dasar kolam ni ke
sebab dia tak nak. Punyalah best katil empuk The Westin. Terbayang dah ni.
Malam
ingat nak bermalasan tapi kalah lagi. Ashraf ajak berjalan ke hotel sebelah.
Layan live music kat Hard Rock Hotel
lepas tu dah dekat pukul 10 malam Ashraf ajak jalan tepi pantai seberang The
Westin. Beach Bar pun dah nak tutup.
Tinggal
mereka berdua yang masih berjalan tak tentu hala.
“Kirinn,
kita dah kahwin sebulan kot. Kenapa you nampak tak selesa? Selalu balik lambat
dan nampak tak happy. Am I that bad
husband?”
“I
banyak kerja lah. You pun selalu balik lambat. I masak pun kadang – kadang you
tak makan.” Kirinn mengelak.
“Bos
you kawan I. Sibuk apanya. Job baru pun tak ada.” Ashraf memangkah. Dia bukan
tak nak makan langsung. Kadang – kadang makan je tapi salah kot sebab dia tak
puji masakan Kirinn sedap ke tak ke. Geez!
“I rasa
I buat silap kot. Maybe I cuma rasa
bersalah kat Thalia dan kahwin ni memang tak semudah tu. I rasa susah lah nak
serasi dengan you.” Kirinn ingat kahwin semudah jadi the best duo parkour. Bila dia tak nak join competition dia boleh lari.
“Kirinn…sampai
sekarang you tak pernah cakap. Kenapa you tak datang hari tu?” Ashraf
merehatkan lengannya ke bahu Kirinn. Dia memang jauh lebih tinggi dari Kirinn.
“Tak
penting. Papa memang tak pernah suka I main game
tu.”
“Itu
sebab dia nampak ramai yang rosakkan identiti parkour. Main ikut suka. Jadi trespasser. Itu salah.”
“Competition kita hari tu pun illegal kan? Banyak cakap la you.”
Kirinn tembak satu das.
“Itu
satu je kan. You yang selalu cakap nak something
yang adventurous tapi tak datang.”
Ashraf
menarik tangan dari bahu Kirin dan berhenti di tengah – tengah jalan antara
Beach Bar dan jalan dari seberang laut nak ke hotel.
“Hey…”
Kirinn bising apabila Ashraf memanjat hand
rail dan mula berjalan dan mengimbangkan diri.
“You
tak rindu ke?” Ash pandang Kirinn.
“Turun.”
Kirinn bagi arahan.
“Nope!” Ash turun tapi sambil buat
parkour move mudah iaitu precision jump.
Lompat
je turun dengan selamat dari hand rail.
Hatinya pun tadi macam nak melompat keluar bila dengar Kirinn cakap ‘satu
kesilapan’. Eh, dia ingat ni main pondok – pondok.
“Watch me.” Ash lari melintas jalan yang
sunyi dan membuat beberapa pergerakan parkour. Kirinn laju berlari di belakang.
Bukan nak ikut sama buat tapi menjerit tak cukup suara suruh berhenti. Sebab
mata dia sedang fokus Ash tengah buat wall
run, tic tac lepas tu terus panjat wall
dan berdiri di tepi kolam renang. Tinggi kot. Dia sekarang berada di bawah
dah rasa nak tercabut jantung.
“This hotel building is a perfect parkour gym.
I should tell them to commercialize.”
“You
gila. Tunggu I naik. Jangan tur….”
Bummm!
Ashraf lompat
dan bergolek di hadapan Kirinn dengan safety
roll. Ashraf bangun dan memeluk Kirinn yang dah macam nak menangis tengok
suami macam sedang dalam cubaan bunuh diri.
“Safe in your arm and…”
Perlahan sahaja suara Ashraf selepas itu.
“…I
beli insuran 1 million. Jangan risau
kalau I tak ada.”
Pap!
Kirinn
pukul belakang Ashraf sekuat hati dia.
“You
tahu kenapa I tak datang? I dah keluar rumah pun. Dah dalam teksi. Mama called. Papa kena heart attack. I janji dia I tak kan main parkour lagi tapi I tipu and he found out.”
“Mama
cakap Papa passed away sebab sakit
jantung and that was on that day?”
Ashraf tergamam.
“Berapa
ramai orang suffer sebab kita? Papa,
Thalia and us. Look at us now.” Kirin
menghamburkan segala rasa.
“Tapi
you agreed with ‘us’.” Ashraf
menjarakkan diri.
“Sebab
Thalia.”
“KIRINN Idris yang mampu berjalan dengan
bahagia di muka bumi dan Ashraf Lee yang saban malam ingatkan you. Rindukan you
walau pun adik dia jadi macam ni sebab you.”
“Thalia….”
“Marry him. Make him happy. Tebus apa
yang jadi kat I. I just want him to be
happy and I’ll be happy.”
“Thalia….”
ASHRAF baring sambil pandang
siling lama. Dia rasa Kirinn dah lama dibuai mimpi.
Kepala
Kirinn diangkat dan direbahkan di lengan.
What should I do with our marriage?
Let you go?
Kepala
dan rambut Kirinn diusap.
Kat
mana salah dia? Apa yang dia salah baca? Saat Kirinn bersetuju mereka masing –
masing fokus dengan persiapan.
Kirinn
tak nak honeymoon. Bagi dia okay.
Kirinn
tak nak majlis besar, keluarga dia okay. Daddy
dan mommy memang jenis tak kisah.
Mereka balik sekejap Malaysia, uruskan majlis dan bawa balik Thalia ke Amerika.
Ini
baru seminggu Thalia balik ikut daddy.
Mommy tak ikut. Thalia hari – hari
suruh Kirinn singgah hotel yang mereka menginap. Daddy tak nak balik rumah
mereka di Rawang. Jauh nak uruskan kerjanya yang hanya beberapa hari di KL.
Sebab pejabat Kirinn dekat saja dengan St Regis itu yang dia rasa bila dia
suruh Kirinn ikut je. Sangkanya Kirinn okay tapi kalau
sampai
macam tu sekali Kirinn menangis tadi. Apa sebenarnya yang Kirinn rasa?
Rasa
bersalah? Rasa bertanggungjawab?
“Kirinn…Kirinn…”
“”Emm…”
Kirinn malas nak buka mata. Semakin dia jarakkan diri dengan Ash adalah.
Ashraf
tarik balik pinggang Kirinn dan memeluk Kirinn dari belakang.
“First night kita…sebab Thalia jugak ke?”
Perlahan Ashraf berbisik ke telinga Kirinn. Soalan yang dia tak patut tanya
tapi dia tak suka benda remeh menghantui hubungan mereka. Cukup – cukup dah dia
bagi muka kat Kirinn.
Kalau
masalah Kirinn dia memang tak pernah rela dalam hubungan ni maka dia
belum
lagi hadap nak memaksa orang yang dia cinta macam mana sekali pun
untuk
terus hidup berdampingan.
Dia nak
Kirinn bahagia.
“What a wife should give. I’m just giving.”
Damn! Ashraf bangun dari
katil dan berjalan ke balkoni. Sekilas dikerling Kirinn yang sambung tidur
dengan selambanya. Dia mengusap nama Kirinn yang terukir di pergelangan tangan.
Dengan
teknologi yang dah canggih dan dia dah lama bertaubat, dia bukan sengaja tak
nak buang tapi dia tunggu Kirinn dalam kembali dalam hidupnya. Dia sangat –
sangat cintakan Kirinn. Kalau dia pakai jam, memang tak ada orang tahu pun.
Keluarga dia sendiri termasuk Thalia pun tak tahu. Dia buat lepas Scott tuntut
dan masa tu Thalia kat hospital. Masa tu patutnya tattoo dengan nama tulisan
Loser yang patut terukir tapi dia merayu. Kononnya demi Thalia yang cedera parah,
bagilah muka sikit.
Young and foolish.
versus
Love at the first sight.
Masa
kat KLCC.
Masa
dia tengok Kirinn tengah layan parkour kat taman KLCC sorang – sorang. Masa tu
dia dah berangan nak jadi life partner
Kirinn.
ASHRAF bangun lagi awal dari Kirinn
pagi ni. Dia dah siap bancuh kopi dan lepak di balkoni sementara tunggu Kirinn
bersiap.
“Pakai
kasual sikit lah. Kalau sempat nak pegi USS.”
“Lah!”
Kirinn merungut. Mujur bawak proper shoe.
Dah cakap nak pergi Desaru dia lepak berselipar.
“Hugs.” Ashraf berdiri di
hadapan isteri yang sedang bersiap.
“Dah
kenapa?”
“You are bold. I’m proud of you. Tak
mudah nak cakap ‘this
is what I feel’ macam yang you cakap last night. Sekarang I nak you fikir and tell me next, ‘this is what I want’.”
“What?” Tangan Kirinn yang
tegak di sisi menolak perut suami yang tegap macam papan. Orang kalau tak fit as a fiddle memang tak boleh layan
parkour.
Ashraf
malas nak fikir nak buat apa dengan Kirinn lepas pengakuan berani mati Kirinn
malam tadi. Jadi bagilah Kirinn fikir dan bagitau apa dia nak dalam perkahwinan
ni.
Dia
suami, dia akan pertahankan perkahwinan ini tapi dia nak isteri pilih sendiri
nak jalan macam mana, nak bahagia macam mana.
KIRINN dah membebel apabila
kereta Ashraf membelok masuk parking di The Star Vista. Nak buat apa kat sini?
Dia
malas nak tanya dan mengatur langkah di belakang suami.
“Ashraf
Lee….Malaysian hottest parkour duo
dah sampai. Hai Kirinn.” Cheong berjabat tangan dengan Ashraf.
Kirinn
tampal senyum dan sempat dia mencubit belakang Ashraf.
Ashraf
hanya menggenggam balik tangan Kirinn sambil tersenyum dan pura – pura tak
faham maksud Kirinn.
“Contestants ramai jugak Ash. Kau okay?
Kirinn nak jadi judges jugak?”
Ashraf
angguk.
Kirinn
gelengkan kepala. Mata dia tancap ke arah center
court The Star Vista. Semua peralatan disusun dah jadi macam gym parkour.
Banner besar bergantung di tepi
bertulis, Lion City Gathering 2019. Kirinn tahu sangat, ini aktiviti tahunan
semua pengamal parkour dari seluruh Asia.
Duduk
sahaja di barisan hadapan, muka – muka yang dia kenal semua muncul dan mereka
berjabat tangan.
“Kirinn….oh my God. Aku tak percaya bila Ash
cakap dia kahwin dengan kau. Serius ah! Boleh masuk book of record Parkour Asia.” Cheryl datang memeluk Kirinn.
“That was….”
“Join opening okay? Ash buat opening stunt sebelum start contest.”
“Ish….tak
nak lah. Dah tak smoothlah step aku.”
“Ala…quadrupedal, vaulting, jumping kacang je
lah.” Cheryl memujuk.
Bagi
Cheryl, tubuh Kirinn macam getah. Elastik dan lembut itu yang pergerakan
parkour Kirinn paling hebat kalau antara budak – budak perempuan. Stamina
Kirinn pun kalah stamina budak lelaki. Tengok sekaranglah, walau pun Kirinn
sopan bertudung, tubuhnya tetap nampak tegap dan athletic. Yang paling penting,
Kirinn fearless. Huruf besar, tebal,
size 72. Giler berani!
“Aku
tak exercise langsung.” Kemudian dia
tersedar.
Shit!
Patutlah
semalam petang Ashraf tak bagi peluang langsung dia nak bermalas – malasan.
Jogging konon. Berenang santai konon. Gaya Ash buat semua benda nampak santai
tapi nak kuatkan stamina rupanya dan dia heret aku sekali! Ces!
“Kita start dulu ramai – ramai. Kau boleh warm up.” Jessica yang juga kawan –
kawan lama dari Malaysia menyampuk.
Kirinn
ingat muka – muka yang selalu berkumpul dengan dia dan Ashraf di hujung minggu
dan sama – sama berlatih parkour.
Sambil
– sambil tu mata memerhatikan set gym parkour yang terbentang di hadapan. Mampu
ke dia buat? Paling tinggi kotak tersusun ialah menyamai tingkat 2 pusat
membeli – belah ini. Jumping tu je
yang dia rasa tak confident.
“Welcoming Ashraf Lee, ADAPT certified from
Boston and Malaysia hottest traceur.”
Ex – tracuer. Bisik
Kirinn dalam hati.
Tak kan
lah Ash layan lagi main parkour. Orang yang main parkour dipanggil traceur. Masa Ashraf harass dia di Trampoline Center dulu
langsung dia tak tahu Ashraf ADAPT certified
dan dah bertahun join parkour masa
kat Boston. ADAPT certified tu
singkatan Art du Deplacement and Parkour
Teaching maksud orang yang ada sijil dan diiktiraf. Boleh nak ajar orang
praktis parkour di seluruh dunia.
ASHRAF membacakan sistem
pemarkahan. Peraturan semua dah dibacakan oleh pengerusi majlis sebentar tadi.
Kirinn
pandang suami tak berkelip. Ashraf tadi pakai t – shirt hitam kosong sekarang
dah tersarung di badan t – shirt putih yang diberi oleh organizer bertulis LCG, Lion City Gathering 2019 siap motto rasmi parkour sedunia être
et durer
yang bermaksud to be and to last. Simple
macam tu pun nampak handsome giler.
Jeans biru cair dipadankan dengan kasut Stealth Ultra khas untuk traceur tu buat Kirinn berfikir
yang memang Ash tak pernah pun tinggalkan dunia parkour. Rambut Ashraf dari
dulu dan kini tak pernah berubah. Sentiasa lurus, kemas dengan fesyen simple spike cut dan sexy beard gaya short stubble yang dibela rapi. Nampak sangat lah senior parkour
yang bekerjaya bukan tahap trespasser
panjat jambatan Putrajaya.
Dia ingat Thalia pernah cakap yang
sesekali pun Thalia tak kan salahkan parkour dan si abang tapi dia?
What’s
so bad marrying that person who actually you ‘like’ Kirinn?
Kirinn gelengkan kepala tanda
membuang fikiran yang merosakkan.
Dia dengan Ash je yang main
parkour kat universiti mereka. Itu yang hujung – hujung semester tu mereka
rapat giler. Tak sampai pun tahap bercinta itu yang dia susah nak hadap
kenyataan sekarang. Suka, cinta dan kahwin tu boleh seiring ke? Kalau baca
kisah KRT, suka tak semesti sayang. Kalau cinta tak semestinya bahagia lepas
kahwin.
Lantas bagaimana? Huh!
Kirinn ditarik oleh Cheryl ke
belakang kotak – kotak untuk bersiap.
“Ash tak bagi kau perform dengan kami. Dia suruh kau stretching and duo dengan dia lepas lagu
ni habis.” Cheryl tinggalkan Kirinn yang teragak – agak nak panaskan badan dan
terus masuk ke ‘gym’ untuk acara pembukaan dengan diiringi lagu Fade, Alan
Walker.
“Next,
Ashraf Lee and Kirinn Idris.”
Semua geng yang mereka kenal
bertepuk tangan. Kirinn tercari – cari Ashraf. Dia nak masuk gaya macam mana
ni? Jump lepas tu quadrapedal terus tic tac, climbing ke?
“Tudung kemaskan. Nanti tercabut.”
Ashraf muncul dari belakang dan merapikan tudungnya dari belakang. Sweater
Uniqlo yang tersarung dibuka dan diikat di pinggang. Kalau melompat nanti tak
da lah tertayang badan. Mujur kat dalam tersarung t – shirt lengan panjang Nike
Women. USS konon?
“You tak nak tanya I okay ke tak?”
“Life begins when fear ends. Parkour ni macam kahwin lah. Kalau you
takut, jangan buat. Risiko besar. Tanggungjawab atas setiap movement tu impact besar. Sebab you takut, this
is what happens to us.” Ashraf menepuk tangan tanda memberi isyarat dia
sedia kepada Cheong di atas pentas.
“I takut?”
“Dive in this marriage. Be responsible. Love me as much as I love you.”
Ashraf menjawab tanpa pandang pun muka Kirinn dan terus masuk ke tengah set.
Kirinn menarik nafas dalam.
Dia mengikut langkah Ashraf.
Setiap pergerakannya rasa ringan. Mungkin sebab fikirannya masih teringat ayat –
ayat lontaran suami tadi. Sedar – sedar dia dah berada di atas kotak yang
setinggi tingkat 2 The Star Vista.
Like
really?
Kirinn baru tersedar apabila suara
penonton gamat menjerit nama mereka berdua menyuruh mereka membuat gerak
parkour yang simetri.
Eh, giler?
Berdebar Kirinn. Dah berapa lama
dia tak lompat dan buat balancing.
Ini sampai tahap ni sebab dia
mabuk!
Ashraf memberi arahan agar dia
membuat pergerakan di sebelah kanan dan Ashraf di sebelah kiri. Mereka akan
berjumpa di atas kotak yang disusun membentuk LCG. Untuk traceur, berdiri
setinggi mana pun memang tak ada istilah gayat. Kirinn tumpukan perhatian ke
bawah. Tiba – tiba Ashraf menghampiri dan berbisik.
“Jangan buat kalau takut. Safety first. You need to trust your body 100% when stunting and your heart.” Nasihat suami memang padu. Double meaning siap. Bab keselamatan
memang wajib campur mandatori dalam parkour.
Dalam tempoh tak sampai 10 minit
tepukan gemuruh berkumandang di center
court The Star Vista. Sedar tak sedar Ashraf sedang melilit tangan kirinya
di pinggang dan memberi isyarat agar Kirinn turut tunduk suku badan dan masing –
masing mengepak kedua – dua belah tangan kanan.
“What
a brilliant performance from a parkour couple. Give a big clap one more round
peeps. 15 minutes break before the competition begins.”
Kirinn tercari – cari Ashraf.
Suaminya dah ditarik oleh Cheong. Dia nampak Cheong hulurkan kertas, pen dan
board tebal untuk Ashraf menulis markah setiap peserta.
Ashraf kemudian naik ke tingkat 2.
Ada juga hakim yang berada di sisi
kanan, kiri dan hadapan. Maklumlah pergerakan parkour agak bebas dan semua
sudut kena ambil kira.
Center court The Star Vista
bertukar sepi seketika apabila speaker yang memasang lagu rancak Sucker
bertukar kepada lagu terbaharu nyanyian Taylor Swift.
Sesuai sangat lah dengan chrismast vibe dan dekorasi The Star
Vista dan mood Kirinn yang tengah mellow.
Kirinn tunduk lama dan apabila dia
pandang ke atas, Ash tengah pandang dia sambil mulut sedang miming lagu Lover part Shawn Mendes nyanyi.
See, I finally got you honey, I
will never let you fall.
Kirinn tunduk.
You're my, my, my, my lover.
ASHRAF
LEE. Benda pertama dia nak tengok
sebaik membuka mata ialah wajah suami. Sepanjang perjalanan balik dari
Singapore dia dan Ashraf hanya bersembang fasal kawan – kawan dan persembahan
semua peserta. Tak ada sorang pun sentuh masalah rumah tangga. Kirinn ada bising
sikit bab tattoo nama dia tu. Balik nanti dia nak Ash pergi jumpa Dr Ko buat appointment buat tattoo removal. Sebab ada 2 warna, Kirinn warna hitam dan lambang
hati warna merah mungkin sekali laser tak hilang tapi tak pe lah.
“Kau tak ada Kirinn, masa dia
kalah kan patut tulis Loser, merayu – rayu nak letak nama kau. Kalau korang tak
kahwin tak tahulah.”
Ash betul cintakan dia? Dia ingat
yang dia rasa hanya keserasian parkour duo.
Hari ini Kirinn bangun seawal 5
pagi. Bila Ash tanya nak terus balik KL atau sambung check in dia terus angguk. Dia nak duduk lagi kat The Westin semalam.
Dia nak buat apa yang Ash buat
malam semalam. Teringin pula. Dia tahu arwah papa marah sebab salah faham
dengan konsep parkour tapi kalau dia ada peluang dedahkan pada papa apa sebenarnya
nilai di sebalik parkour Kirinn tahu papa mesti restu.
Life
begins when fear ends.
Marriage
begins when both dive in.
“What time now?” Suara Ashraf serak.
“Oh...awal lagi. It’s 5.”
Ashraf melingkarkan tangan di
pinggang Kirinn yang sedang bersandar. Kali ni ringan tangan Kirinn membelai
rambut suami.
“Kenapa I rasa vibe bilik ni lain macam?” Ashraf
membenamkan muka di atas peha Kirinn. Tak jadi nak sambung tidur.
Kirinn senyum.
“Ash…”
“Hmm…”
“This
is what I want.”
“What?”
“You.”
“Me?
C’mon baby.”
Ashraf ketawa dan menarik Kirinn ke dalam dakapan.
“To
be and to last.”
Kirinn berbisik.
~Tamat~
DEAR
READERS,
I LOVE
YOU AND THANK YOU FOR READING.
(Cerita
ringkas sebab dah rindu nak melepak. Maaf kurang kat mana – mana tapi tetap
harap you all terhibur. Jangan lupa beli buku baru saya dengan Alaf 21 Love
Lila & Devilish Delilah okay. Click link:
Nota
Google:
TO BE means that a
person should train their body and their mind to be able and ready for
anything, and train in such a way that will allow them to be able and ready for
anything, for as long as possible.
A person should aim
to be strong, but not just in a physical sense. They should aim to be
resilient, free thinking, confident and yet remain humble. They should learn to
be self-sufficient and useful to their loved ones and they should be aiming to
always progress in some way.
TO LAST means a
lifelong pursuit of improvement. You have exceptional balance, judgement and
knowledge and be able to pull yourself over a high wall if you need to. You’ll
still be active and mobile enough to be self sufficient and useful to yourself,
your lover, family and friends.
DEDICATION:
Happy
wedding day to my baby AQILAH.
And to
mommy Fan Karyalepak ‘hello Kak Jaz, I hope you enjoy
Your life
having menantu in the house.’
May
Allah Bless this marriage. Amin.
LOVE
FROM FAR.