Wednesday 14 October 2015

HAMMOCK: SPECIAL EDITION




“Confirm?”
Hannah angguk. Kaki menguis karpet di depan pintu bilik air.
Emir panggung kepala.
“Ini tak bagus.”
Hannah hampa mendengar komen Emir.
“Too early?”
“No..of course not that.”
“Then?” Hannah cuak. Tambah – tambah apabila melihat si suami menuju ke iPod dock. Dah agak dah.
Irama jazz alunan Weather Report berkumandang memenuhi ruang bilik.
“Awak tahu semalam kita buat apa kan.”
“Kaitan?” Hannah dah kecewa sangat dah. Ini bukanlah reaksi yang dia harapkan daripada Emir. Hannah perlukan sokongan. Ingatkan teruja rupanya muka ketat yang dia tayang dari tadi.


“AWAL bangun?”
Hannah senyum segaris dan terus berlalu. Protes dalam diam.
Emir hulur segelas oren kepada si isteri.
“Saya tak nak. Dah stop berangan nak kuruskan badan.”
“Astagfirullahalazim. Kitab mana cakap minum jus oren pagi – pagi boleh kuruskan badan?”
Hannah besarkan mata. Tak kan tak faham ke buat – buat tak faham. Sah lah minum jus buah di pagi hari adalah sebahagian regim diet sihat. Diet sihat tu tujuan dia bukan nak jaga badan ke? Nak bagi kurus samalah tu dengan nak bagi sihat.
“Minumlah. Lain kali kalau nak sangat weight loss, minum sampai 5 gelas. Lepas cirit – birit tu confirm turun sekilo - dua.”
Hannah tarik nafas dalam. Semua yang keluar daripada mulut Emir kedengaran sinis di pendengarannya.
“Saya nak minum sekarang 5 gelas. Bagi semua yang ada dalam perut ni keluar.” Hannah dah hilang sabar. Kaki dihentak menuju ke peti ais. Sekejap hilang rasa hormat terhadap suami tanpa sengaja.
Langkah Hannah diekori dengan hujung mata. Giliran Emir pula menarik nafas dalam. Okay, 3 kali. Deep breath. Deeper. Deepest. Okay now…

Emir melabuhkan punggung di atas meja. Gelas dan 2 kotak jus oren ditolak ke tepi. Hannah yang duduk di kerusi angkat muka.
“Saya tahu awak tengah marah. But why? Tak boleh cakap terus terang?”
“Saya yang kena cakap?” Hannah gelak sinis.
“Awak yang ada masalah. Awak yang patut cakap. I thought this is what you want.” Sambung Hannah lagi.
“Memang saya nak pun. Ada saya cakap tak nak?”
“Awak tak nampak happy. Awak tak nampak excited pun. Bila saya tanya awak geleng dan terus tidur. Jadi siapa yang patut terus – terang. Saya atau awak?”

“You expect me to do what? Dukung awak pergi celebrate kat Ocean Suite lagi?” Emir gelak dan serentak mereka berkata, “Unbelievable.”
Serentak juga masing – masing berdiri tegak.


Unbelievable Emir – Serius Hannah fikir dia akan keluar rumah terus pergi cari bunga, coklat atau melompat – lompat macam budak dapat lollipop? Bila nak matang ni?

Unbelievable Hannah – Serius Emir fikir benda ni kecik? Dia punyalah teruja macam nak pecah dada nak bagitau tapi yang dia dapat soalan demi soalan dengan muka ketat si suami. Susah sangat ke nak faham hati seorang isteri?


“Hannah, macam ni lah. Awak pergi kerja lepas tu awak ingat balik semua perbualan kita sepanjang beratur nak masuk Tunnel People tu. Patut ada benda tersangkut kat minda awak tu. Take care sayang.” Emir merapati Hannah, dicium dahi isteri lembut dan terus berlalu.
“Saya dinner macam biasa kat rumah. Drive carefully.” Emir jerit dari sebalik pintu dapur.




HANNAH mengambil cuti separuh hari. Nak bersendirian. Dikhabarkan kepada Kira ada hal kecemasan dan dia hanya akan masuk selepas pukul 2 petang. Rasa tertekan sangat dengan reaksi Emir yang selamba.
Tunnel people?
What with the Tunnel People?


credit: google


“Biasa datang ke?”
“Tak lah. Ni kali kedua baru. Saja nak feel terjerit – jerit dengan isteri.” Emir mengusik. Memang betul pun sebab masuk saja kawasan The Invaders, Hannah dah tarik – tarik tangan Emir. Pada hal bukan tak tahu semua yang dalam kostum alien tu orang je pun tapi sebab dengan bantuan laser dan prop nampak sangat lah ruang tengah USS dah transform jadi New York street yang kacau bilau diserang alien. Bunyi muzik memang menakutkan. Elok mereka berjalan melepasi The Horde tiba – tiba mereka disergah dan Hannah menjerit sekuat hati. Emir jangan ceritalah, gelak sekuat hati.
“Okay sekarang kita pergi rumah hantu ni dulu. Banyak sangat pula rumah hantu tahun ni.”
“Yang awak datang sebelum ni macam mana?”
“Sikit tu pun nak beratur malas. Ramai sangat orang. Ini yang saya korbankan duit lebih sikit. Beli tiket ekspress. Tahun ni nampaknya beli tiket ekpres pun kena beratur jugak sikit.” Emir geleng kepala melihat ribuan manusia yang beratur untuk masuk ke sesebuah tarikan rumah hantu. Banyak jugalah rumah hantu yang disediakan oleh pihak USS untuk acara Halloween tahun ni.
Emir menarik tangan Hannah menuju ke rumah hantu Tunnel People. Cuak juga nak fikir apa yang bakal ‘terjumpa’ kat dalam nanti. Nak jerit malu kat bini ooi.



credit: google

Sedang menanti dalam barisan, Hannah bersandar di belakang Emir. Dagu disangkut ke bahu suami. Tak nampak nak menggatal pun sebab orang ramai sangat tengah beratur dan barisan pun rapat – rapat.

“Actually saya pernah je pergi yang kat Hollywood punya.”
“Jangan nak cakap pergi waktu malam lepas tu dengan mangkuk tu.”
“Mangkuk mana?” Hannah gelak kecil. Saja nak menyakat.
“Halloween jugak ke?” Dah longgar suara Emir bertanya.
“Malam memang la malam, City Night Tour je dan  tak ada lah menggesel macam ni.” Hannah buat – buat rapatkan lagi badannya ke arah suami. Nampak peluh merenik di dahi Emir. Panas sebab beratur di tengah lautan manusia atau panas kat dalam tak tahulah. Saja nak mengusik sebenarnya.
“Dah lepas Hannah. It’s your memory. For you to forget.” Emir senyum penuh makna. Dalam betul makna ayat akhir tu.
“Emir…kenapa sampai sekarang awak tak pernah nak explain awak pergi, awak datang. Awak tahu pasal saya dengan Razin semua tu. If you really love me, tak kan lah nenek dan belajar tu saja excuse nya? Tak valid.”
Emir angguk buat mengiakan saja bebelan Hannah.
“Right.”
“Seriuslah sikit.” Hannah cubit perlahan telinga si Emir.
“Ishh ya lah. Serius ni.”

Bagi Emir, Hannah tak perlu tahu perasaan dia di saat bersama Keizo, sahabat baik yang hampir maut semasa bekerja dengannya di dalam laut dalam. Nyawanya sendiri hampir melayang apabila melihat keadaan Keizo yang cedera parah. Pekerjaan seperti mereka sangat berisiko. Orang menyelam yang sekadar nak seronok tengok alam di dasar laut pun kena berhati – hati apatah lagi mereka yang menyelam sambil bekerja. Mujurlah Keizo panjang umur tapi cukup untuk buat Emir berfikir inikah cara yang betul untuk dia bagi makan dan minum untuk bakal keluarganya nanti. Hatinya berbolak balik saat itu.
Boleh dikatakan tiap – tiap minggu Emir balik kampung jenguk atuk dan nenek dan balik KL jenguk mak dan ayah sendiri. Sama banyak. Insaf tak payah cerita. Perasaan di hati saat itu hanya ingin berbakti kepada orang tua. Hanya mahu berjasa. Kalau nyawa hampir melayang seperti Keizo, tak lah Emir ralat. Paling gerun apabila Emir menyaksikan Keizo yang terlalu sayangkan si isteri Nat tapi sanggup meningggalkan isteri kerana tak yakin dengan fizikal sendiri yang dah tak sempurna. Mampukah Hannah sesetia Nat menanti Keizo pulih. Mampukan Hannah sentiasa menyokong kerjayanya yang berisiko ini seperti mana Nat sentiasa teguh berdiri di sisi Keizo. Saat Keizo sangatlah ‘American’ kehidupannya sehinggalah berubah 360 darjah. Dia menyaksikan penghijrahan Keizo. Dia gembira. Dia bangga.

 “Awak tak perlu tahu Hannah, kenapa, bagaimana? Bab Razin, saya pun tak jangka dia buat awak macam tu kat belakang. Kalau Marina tak bagitau saya pasti dah tentukan jalan hidup yang lain tapi my path and my destiny were just aligned.”
“Aligned?”
Emir angguk.
“Takdir semata?”
“Pemangsa memang akan suka sangat guna alasan takdir. Bagi saya usaha.”
“Stalked saya, Marina dan Razin. Ugut dia? Tu usaha?”
“Kita buat apa yang kita nak. Kita usaha sampai berjaya. Saya nak awak. Razin memang tak jujur dengan awak. Titik.”
“Mudah macam tu? Semuanya kebetulan? Perhentian?”
“Jangan jadi pesimis Hannah.”
“What? Saya tengah persoalkan pergi dan datangnya awak seperti kilat. Nilai cinta awak kat mana?”
“Again, hanya pemangsa yang suka guna perkataan kebetulan.”
“Repeatedly you said that. I am a victim? What a nonsense. Sebab awak senang tinggalkan saya. Razin ambil kesempatan dan saya sangat loser pada pandangan awak duhai suami? Arghh….how frustrating.” Hannah mengalih dagu dan membelakangi Emir. Merajuk kot cakap kita yang dah sah jadi isteri dia mangsa. Sampai hati.

Emir menarik Hannah agar berdiri di hadapannya. Perlahan sangat barisan bergerak. Entah bila lah giliran nak masuk Tunnel People ni.
“Sayang tahu tak berapa jumlah makhluk kat dunia ni?”
“Emmm…approximately 7 billion?”
“Ya lah kot.”
“La..tanya tapi tak sure pulak.”
“Tu tak penting tapi nak cakap only 2% of the population ada mindset mastery. The rest semuanya mindset victim.”
“Nak cakap awak ni set – set mastery dan sayalah victim?” Hannah mencebik. Berangan sangat suami sorang ni.
“No lah sayang.” Hannah ditarik rapat dan dengan selamba pinggang Hannah dipaut dari belakang. Tak peduli la PDA ke apa. Tak ada orang peduli punya. Malam ni orang masuk USS dan tengok hantu bukan dorang berdua pun.
“Then?”
“At least saya berusaha nak tergolong dalam orang yang mempunyai trait mastery. It is more to positive thinking, leave the negative mindset and turn all the bad to the good. Opportunist.”
Hannah senyum sinis. Oppurtunist? Tu lah cara Emir dapatkan dia.

“Steve Job is the greatest mastery. Dia manipulate semua situation untuk keuntungan diri dan masa depan. Biasanya golongan mastery nilah yang monopoli teknologi, perniagaan dan of course kekayaan. The type yang selalu fikir nothing is impossible.”
“So tang mana saya ni masuk set – set victim? I’m not the person who will easily give up too. At least not when you left.” Hannah cuba pertahankan diri.
“Hannah. Jangan defensive sangat. Saya tak maksudkan benda buruk pun. You have all the good traits of what a woman should have. And what a wife should be defined. You scored perfectly.” Emir memuji ikhlas.

“This category lebih kepada sikap kita Hannah. Orang yang dalam kategori victim ni selalu guna alasan takdir, tak ada rezeki. Suka guna perkataan boleh lah, okay lah. They don’t really know what they want. If they know then don’t really plan what to do. If they have plan then they fail to execute and start blaming. Saya buat salah sekali Hannah. Lepaskan awak, saya rasa umpama hantu dalam rumah hantu tu. Manusia bernyawa tapi jiwa kacau macam hantu until one day I decided that I will get what I want. If the very moment saya tak boleh dapat awak, saya akan set target saya akan kahwin juga, jumpa awek, ngorat, hidup happily ever after. Lepas saya bangun tidur the next day, parent saya call. Ajak pergi US. Katanya ada hal kerja sambil nak family vacation. Saya terbayang hanya awak Hannah. Could this be my first effort to have you back and it was true. Saya pergi jumpa Marina tapi malangnya awak dah ada Razin. But again, saya ajak Marina jumpa awak dengan Razin just to make sure you were really happy tapi yang saya nampak Razin tengah dating dengan orang lain. Bukan setakat dia ada mak we kat sana, kat Malaysia pun ada. Saya tak rasa tu semua kebetulan untuk saya tapi tu sebab betapa kuatnya perasaan saya untuk awak Hannah. Since then, tak da istilah tunggu, lihat, biarlah, okaylah dalam hidup saya. Semuanya well planned. If it didn’t turn out as it should be, I already have the backup plan.”


Hannah pejamkan mata. Panjang sangat penjelasan suami tentang kisah silam mereka. Amazing. Yes, amazing! Selama sebumbung dengan Emir, pernah dia nampak Emir down? Tak pernah. Sedih? Pernah sebab itu perasaan normal. Down tu tak normal sebab boleh dikawal oleh fikiran. Marah? Ya pernah tapi cepat cool sangat.

Hannah cepat- cepat buka mata apabila dalam lintasan bayangan boleh pula keluar bayang hantu yang dia tengok kat USS semalam tuh. Memang dia pejam mata dan tarik baju Emir aje sepanjang dalam Tunnel People tu. Gelap gelita dan hantu muncul entah dari mana - mana je. Memang menakutkan. 

Victim? Mastery?
Huuuuh…Hannah menghembus nafas kuat sehingga mengeluarkan bunyi. Apa maksud si suami? Tak boleh cakap terang – terang?

Victim, kalau accident dia cakap takdir. Tak apalah. Okay lah boleh claim insurance. Lagi teruk kalau duk cakap bad luck sungguh hari ni. Serba tak kena.

Kalau mastery dia akan cakap aku tak ‘align’ hari ni. Tu yang accident and lost control. Tak selari katanya. I should have more control of the situation. This thing will not happen again.

Beza tak? Beza sangat. Benda yang sama jadi tapi dua mindset yang berbeza.

Hannah ingat balik analogi yang Emir cerita apabila dia tanya sebaik mereka beratur nak naik roller coaster. Nak naik Cyclon, Human ni tak main lah. Apa kaitan dengan yang jadi hari ni?
Oh, Ya Allah. Now I know.


HANNAH senyum saja. Masuk pejabat lepas makan tengah hari pun hati berbunga – bunga. No more victim mindset. My husband definitely have reason for being a bit ‘paranoid’? Ya Hannah yang duk gelarkan suami sendiri macam tu lepas dia khabarkan berita ujian kehamilannya.

“Puan Hannah, ada bunga kat atas meja. Cantik sangat. Ohemgee….tak tahu nak cakap macam mana tapi saya memang tak pernah nampak bunga gubah macam tu. You are lucky.”
“Lucky?” Hannah gelak. Mindset victim. Malas lah nak kacau mood orang tapi disimpan saja komen itu dalam hati. Bukan lucky tapi dia berhak untuk mendapat bunga hari ini. I really deserve this.
Bunga ros yang berwarna lembut menyapa pandangan Hannah. Alhamdulillah. Kotak hitam mewah berbentuk empat segi dengan tulisan emas Maison des Roses disentuh. Gubahan bunga ros memenuhi kotak empat segi tersebut. Hannah menekan butang intrekom. Tak payah baca kad tu pun tak apa.


credit: google insta


“Zurin, awak tahu tak kedai bunga mana yang hantar ni?”
“Bukan kedai la Puan Hannah. Tadi yang hantar kawan Encik Emir. Dari KL. Dialah duk bercerita cakap Emir paksa pergi beli  tapi memang kawan dia nak turun sini pun hari ni. Katanya kena tempah dulu online. Kena paksa jadi messenger lah tu.”

Soooo Emir. Hannah senyum panjang. Perut digosok.


credit: google insta (i will get better instantly if dapat maison ni. Lol)



“MASAK ke tapau ni?”
“Air tangan saya ni ada rasa macam air tangan ane mamak kat depan kondo ni ke?” Hannah saja jual mahal. Bukan tak boleh jawab elok - elok pun.
“Mood awak dah bagus nampak. Sebab awak dah faham atau sebab bunga yang dekat ribu tu?”
Hannah terbatuk.
“Ribu?”
“Tak lah. Almost.” Emir buat muka nakal. Apalah sangat demi isteri tercinta. Bunga tu nanti memang mati jugak pun tapi benda yang tak selalu ada depan mata akan lagi lama melekat dalam hati. Tu sebab bunga hidup tetaplah relevan sepanjang zaman.
“Saya salah tafsir gesture awak tapi tak salah kan awak tunjuk muka excited sikit.” Hannah memulakan kata.
Emir menyuap nasi ke mulut dan melemparkan senyuman untuk isteri.
“Esok pagi saya dah set appointment dengan doctor. O&G awak wajib perempuan ya sayang.”
“Taulah.” Hannah risau juga. Baru dia faham perasaan bakal seorang ayah. Yang fikirannya jauh ke depan.


The concern with roller coasters during pregnancy is associated with the rapid starts and stops along with jarring that occurs during the ride. This  rigorous activity creates additional jarring forces within the uterus that may lead to premature separation of the placenta from the wall of the uterus, which is called placenta abruption.
Currently, there are no studies that document a problem with roller coasters while you are pregnant. Similarly, there are no studies documenting that it is safe either.


Mereka berdua yang sibuk google semua ni sebelum memulakan pengembaraan roller coaster jenis Cyclon. Berbanding dengan jenis Human, memang Cyclon lagi merbahaya jadi memang patut pun Emir risau sangat. Susah sangat nak cakap ke risau?

“Hannah, saya minta maaf sebab tak alert sangat. Saya yakin semuanya Insya Allah selamat tapi kalau jadi apa – apa pun. Jangan sekali – kali awak risau. We are still young and I will definitely be by your side. Okay sayang?”
Hannah senyum.
“Mastery mind sangat eh?” Perli Hannah. Kacau mood romantik Emir.
“Lain kali jangan jump to conclusion. Awak rasa saya tak peduli dan tak happy? Hah, victim mindset sangat eh.” Giliran Emir pula memerli.
“Ya lah...yang orang tu duk layan Weather Report and Dave Brubeck sampai tidur. Ingat layan blues. Tak suka ke apa.”

Irama jazz tu saja nak tenangkan emosi Hannah. Betul pun. Cepat saja masuk alam mimpi.
Emir menggelengkan kepala sambil menguyah nasi penuh selera. Saat jarum jam bergerak ke pukul 3 pagi dan Emir setia di sejadah, saat itulah dirasakan saat paling bahagia. Memandang Hannah yang sedang tidur lena umpama menyaksikan nikmat Allah yang tak terkata. Usai solat hajat dan wirid yang panjang, telapak tangan diletakkan ke perut Hannah. Kebahagiaan yang tak terucap. Ya Allah, Alhamdulillah.

“Emir…”
“Yup.”
“I think I need to master the mastery mindset.”
“Baguslah. Dah nak jadi Mommy pun. Jangan duk mereput dalam mindset victim aje.”
Hannah gelak.

Emir senyum bangga. That’s my girl.


Note to self: Silalah berhijrah dari victim mindset ke mastery mindset wahai Rin Ahmad. Kalau duk fikir bilalah citer kau nak masuk Akasia sampai bila pun tak maju. Nanti dah masuk, citer dah hancur, kau bising lagi. Never ending babbling. Kalau success nanti kau lupa daratan pulak. Seee....victim mindset sangat. Patut fikir aje positif. 

Anything happen for a reason and I will definitely be prepared and enjoy the outcome. 

Jadi eloklak set kan menulis ni nak melepak sebab pentingnya nak mengawal emosi, menyalurkan stress ke jalan yang lebih bermanfaat. 

Salam Maal Hijrah.

Love
KL@RA

Note: Mind the languages/grammars/errors perfectionist sekalian :)

43 comments:

  1. okey...best..:)
    waiting for more cerpen yg best2 from you.tq..:)

    ReplyDelete
  2. Best..
    Betul.dah masuk akasia or whatever jd hancur.kekalkan dalam buku je..
    Tq.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haha...
      Saya bias review tu. Jangan terpedaya.

      Saya amik part yang tak success. Part yang success saya tak put into account. Ada yang really inspiring. The drama is a success one and the book of course memang success. From the start they will not choose buku yang tak best seller. Mine never fall in that category so analogi berangan tu saja nak tunjuk victim mindset semata.

      Delete
    2. Hahaha..apapun terbaik.bila nak keluar buku bru?td bgun otak x aktif.baca victim mindset trus sgar (nak ckap rndu buku rin ahmad)bla bla bla trus vape..heaven!!!

      Delete
    3. Vape? ohemgee..Marina tau ni reject.

      Delete
    4. Hahaha...stail botol mcm dlm USD pun ada...tp susah nk bwk.vape snang sikit.trun kapal sedut.nikmatnya..
      Oh rin,please la.novel baru from u plse.. ;-)

      Delete
  3. Superb..very motivated as always

    ReplyDelete
  4. Thanks Kak rin.. Food for thought.. As usual u have good message n for me that's waaaay better than being in Akasia coz not necessarily they manage to deliver ur message correctly.. Sy lg suka membayangkan suasana n watak berdasarkan tulisan.. There's beauty in it..teruskan berkarya insyaAllah sy akan terus menyokong..

    ReplyDelete
    Replies
    1. terima kasih for your support.
      Akasia? Haha,,,,jangan layan victim mindset tu.

      Delete
  5. Your books are not typical. Thats a good thing about your books. Yg best seller tu mostly typical stories. Very typical sampai dah muak. Xde moral of the stories, cerita kosong. Yg ade pengajaran tu sikit sht.

    ReplyDelete
  6. Sangat lepak n santai...really love all ur writing, keep it up sis...

    ReplyDelete
  7. Tak masuk akasia...yg ni pon dah kebaboom....kadang masuk akasia...jd kelaut pon ada...takmo3 jd cenggitu...kipidap dear n dongibab...:-):-):-)

    ReplyDelete
  8. Your story will always be an eye opener for me. Positive thinking .... memang susah nak lari dari mindset victim

    ReplyDelete
    Replies
    1. exactly...couldn't agree more. syuuh 'victim'

      Delete
  9. x payah laa Akasia nanti bukan lagi ke laut, ntah jdk versi apa2 jee nanti .... yg lebih penting bila mau kuar versi cetak? tp kan kalau ada versi Akasia pun best jugak kot .... kuikuikuiiiiii

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha...
      versi cetak saya tunggu Q from publisher. Tunggu ya.

      Delete
  10. Luv it...
    Don gibab...
    -aniz-

    ReplyDelete
  11. Salam maal hijrah. Tetiba ada semangat baru utk jd mcm emir time nak dptkan hanna. Siap ada backup plan utk teruskan kehidupan. Must change our mindset. Master the mastery.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Master the mastery but
      with but..kita Muslim ada qada and qadar yang kena percaya/believe. As motivation yes, master the mastery.

      Delete
  12. Woww... As always.. Mmg penuh dgn pengajaran.. Ayat2 mmg 'deep' (bak kate bdak2 sekarang)..
    X payah masuk akasia pun x pe.. Sy x smpt tgk tv pun.. I'd rather held it in my hand

    ReplyDelete
    Replies
    1. deep...i know part Halloween tu kan. Lol!

      Delete
  13. Thank youuuu. I love you rin ahmad! Teruskan menulis!

    ReplyDelete
  14. Karya Rin Ahmad mmg best...bawa kita masuk dalam cerita...may Allah give u more ideas to write...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah. Terima kasih untuk sokongan even to this simplest story.

      Delete
  15. Karya Rin Ahmad tak pernah tak best...penuh dgn pengajaran.. :)
    tebayang2 i berdiri belakang Hannah sambil pasang telinga dgr drg berborak...hahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. If u ever Q just to enter one rumah hantu..u knw u can finish 1 novel waiting for your turn or story telling session with ur partner until u run of words. U dont even want to peep other's conversation, u would only care of ur screw lutut.... no kidding

      Delete
  16. Sesimple mn pn cerita awak rin tetap buat kita senyum. Moga Allah memberkati kehidupan awak seperti mn dia berikan awak nikmat berfikir yg sgt diluar kotak utk mencelikkan kami yg membaca. Keep it up.
    Ps// totally can't wait utk lepak lebih lg disini.

    ReplyDelete
  17. Really like this entry..keep thinking this mastery victim concept..keep up the good work! Btw I prefer to read ur stories than watch it in tv

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mastery - victim mindset. If u like to explore more, go u tubing. Many motivators use that jargon to popularize positive thinking mindset.

      Delete
  18. Bagus la writer ni. Huhuhu

    ReplyDelete
  19. love it!!! walaupun short story but puas sgt bila membaca.. congrats to writer!! best!!

    ReplyDelete

Sweet short story: Something about you

  Cover writing by: Farah Husain DANIELLA dah tak mampu nak tahan gelak. Boleh si adik menyakat kat Instagram selepas dia memuat naik gamba...