Tuesday, 24 February 2015

DEVIL'S DELILAH CHAP THREE



"ENCIK Ezaq, malam ni datang tak?"
"Tak Rushdan. Malam ni saya kat Yap Kwan Seng. Anything just call." Branch Manager yang baru dilantik untuk menjaga Las Vive di Mont Kiara menghulurkan salam.
"Keep up the good work. 2 million a month for a new operated branch is unexpected." Ezaq memuji. Bangga dengan pencapaian cawangan Las Vive yang baru dibukanya.



DELILAH dan Zairi melepak di kafetaria sementara menanti Liz. Semalam mereka ramai - ramai mengulang kaji pelajaran di kondo mewah Zairi. Dekat sahaja dengan universiti mereka pun. Sekarang, segala beban dah lepas. Fikir nak enjoy atau nak kerja sahaja. Kalau nak mohon kerja secara berhemah kenalah tunggu keputusan keluar secara rasmi atau grad dulu. Siapa yang nak ambik orang yang belum tentu layak dapat degree.


"Work or master? Dah decide?"
Delilah geleng kepala. Susah nak cakap. Dia nak kerja. 
"Kalau nak kerja, you wajib kerja dengan our company. Mandotary. Senang I nak jaga." Zairi risau dengan keputusan Delilah. Bukan boleh dijangka apa yang ada dalam fikiran Delilah.
"I nak kerja tapi I tak nak kerja dengan you. I hate the way your parent look at me."
"Jangan risaulah. They all pun kenal parent you. We are not much different. It just you."
"Me? Again? That I have to adapt with their kind of lifestyle?" Delilah mengacau straw dan tunduk pandang ke gelas.
"Just take what they want to give you Del. Be grateful at least."
"Zairi, kalau betul my mom paksa kita kahwin awal, boleh tak you tolong reject bagi pihak I? At least bagilah I kerja dulu setahun ke macam tu?"
Permintaan apakah ini? Zairi bungkam.
"Krik...krik..." Delilah cuba buat lawak. Cuba memecah ketegangan di wajah si kekasih dek kerana permintaan luar alam.
"You tanya I? Del, you tak rasa ke kita ni bertuah. Nak kahwin bila pun tak payah fikir nak kumpul duit. Restu pun dah ada. It just you. I'm not gonna stop any of your activities nor your liking. You can be you. You...."
"We are too young to talk about this. Why lah my mom tak faham sangat."
"You had break so many hearts before. Maybe she hope you are not going to dump me which is impossible Miss Delilah."
"That's before I met you." Dia sangat gila kalau menolak seorang Zairi. Mana nak dapat lelaki baik yang cukup pakej macam Zairi. Yang sentiasa ada untuknya dan yang tak pernah kisah kegilaan zaman remajanya. 


"Delilah tu materialistik. Baik kau hati - hati Zairi. She is gonna break your heart real soon. Right after she found someone way richer. Way better."
"Nope. If she wants me then I will take that as compliment and definitely up to her game."
Hingga kini dia tak pernah nampak tang mana materialistiknya si Delilah. Keluarga sendiri pun bukan sembarangan. Siap terlebih berdikari adalah. Delilah suka aje kerja part time sana sini sebab nak realisasikan apa dia nak. Kerja dalam cruise tengah cuti semester semata - mata nak dapatkan Speedy B siap hot stamping DEL. Pada hal dalam kategori LV paling cheapo tu, pejam mata pun Zairi boleh belikan. Delilah. 


"Del, You can own the world you dream of even you are with me."
Zairi memujuk. Akan sentiasa dia kenang ayat selamba Delilah dulu. Punyalah dia proposed dalam suasana romantik tapi sebab mulut gatal nak tanya why finally me? Jawapan jujur Delilah menusuk ke kalbu.
"You can lift me higher, with your love. With everything that you have."
Kalau fikir dua kali tak ke rasa nak lempang bibir mungil Delilah yang lancang. Tak boleh ke jangan tunjuk sangat sikap pentingkan diri tu tapi dia dah jatuh cinta bergolek - golek dengan Delilah.



"Hello guys, sorry lambat." Liz menyapa dari arah belakang dan Delilah cepat - cepat bangun.
"I nak pergi spa dengan Liz. See you tonight." Delilah menepuk belakang Zairi manja.
"At 8pm, Las Vive."
"Orait boss." Delilah mengiakan saja.
"Del, your present. Congratulation on your last day as a student." Zairi menghulurkan sampul surat putih ke tangan Delilah dan lama dia menggenggam tangan si kekasih.
"Untunglah babe." Liz mengusik.
"Thanks." Delilah hanya tersenyum tanpa rasa ingin tahu isi kandungan.



"D."
Liz menoleh ke belakang. Bahu Delilah dicuit.
"D...."
"Aku rasa ada orang panggil kau lah."
"Mana?"


"MACAM mana awak tahu saya ada kat sini?"
"Your event manager didn't how to shut his mouth. May be you should teach him or her?" Ezaq memasukkan tangan ke dalam poket seluar.
Delilah gelak. Ina lah ni. Pandangan mereka bertaut lama dengan senyuman merekah di bibir masing - masing seakan lupa kehadiran Liz sehinggalah Liz berdehem.
"Liz, Ezaq. Ezaq, Liz."
"In private with D. 10 minit, boleh Liz? " Sopan Ezaq mohon ditinggalkan seketika bersama Delilah.
"Okay, Del."
"Oh, D for Del. Delicious." Ezaq senyum segaris. Masing - masing menghantar Liz dengan ekor mata.
"So, whats up?" Delilah sengih. Mr Money nak apa lagi ni. Nak servis tarik rambut?
"Nak bayar hutang dan kalau boleh nak hantar awak balik."
"Today is my last day as a student. Saya dah ada program lah Encik Ezaq. Nak keluar enjoy dengan kawan- kawan. Jadual full sampai dinner." Amboi Delilah, nak menolak pun agak - agaklah.
"Someone should get a present then or perhaps a very fine dine. Boleh kita date. Over supper perhaps?" Got you girl. Lepas dinner lapangkan? Ezaq, budak ni ada boyfriend, kau migraine je bukan amnesia. Ezaq berkali - kali mengingatkan diri sendiri tapi gagal mengawal kehendak hati sehingga membawanya ke sini.
"Encik Ezaq...."
"Ezaq cukuplah." Ezaq cepat - cepat memotong.
"...okay...look. Ezaq, saya halalkan jumlah yang tak cukup malam tadi. It was fun jadi tukang tarik rambut tu. Seriously fun. But that is enough. One night is enough. So...adios." Delilah melambaikan tangan dan terus jalan.
"Del....tunggu."
"Take..." Kunci di tangan dicampak ke arah Delilah.
"Your present. Selamat menempuh dunia pekerjaan and thank you for last night."
Delilah terkebil - kebil. Kunci di tangan dibelek.
"What?" Akhirnya....
"Ingat dah tak boleh cakap tadi."
"That car is now yours." Terdesak, jari telunjuk Ezaq lurus ke seberang jalan. Mini Cooper berwarna hitam dan perak berkilauan di bawah sinaran matahari.
Okay, tell me this is not how the rich man's live their world. Sekurang - kurangnya di alam realiti dan mereka kenal tak sampai 24 jam. I didn't belong to this crazy world at least.
"Encik Ezaq, you mistakenly judged me. I want money. Easy money. Yes easy money but when I work for it only and I will work very damn hard to get what I want. You may be my ladder one day but not now. Your Christian Grey style is an epic fail. I'm not Ana. I'm Delilah. Yes D is for Delilah."
"Del, saya...." Telefon bimbit Ezaq meminta perhatian di saat klimaks begini.


Mak?
Ezaq berpaling membelakangi Delilah.
"Assalamualaikum Mak."
Suara di hujung sana bla..bla...bla...."....kan Mak dah cakap tak payah beli kereta baharu. Tak payah Ezaq."
Ezaq senyum. Mak o Mak.
"Mak, Ezaq call balik kejap lagi. Tengah discussion ni. Assalamualaikum."

Delilah sedang menyaingi langkah Liz di saat Ezaq berpaling. 
She is too young and you are not. Forget this girl Ezaq, Just forget her.
And who the hell is Christian Grey? And Ana?












DEVIL'S DELILAH CHAP TWO



EZAQ terkebil - kebil memandang siling. Perkara pertama yang dia ingat apabila bangun pagi ini ialah gadis semalam.  Ya semalam di ball room hotel lima bintang. Sesuatu yang ada pada si gadis yang mampu mengambil ruang dalam ingatannya.
Buluh betung? Dia punyalah anak yang soleh. Jangan difikirkan sangat Ezaq. 
That type of girl comes and go.
Daring girl either lift up your dying heart or bring death! Too much drama. Wake up Ezaq.


"PENAT ke? Kan I dah cakap you tak payah buat kerja part time tu. How much do you want? What you want me to pay? Come on Delilah. I'm all yours. You got me." Dada yang bidang ditepuk tanda kesungguhan.
Delilah angkat jari telunjuk.
"Syyy...kejap lagi paper susah. I nak hafal formula ni. You nak bebel tunggu lepas exam."
"Del, sebab you nak exam I tak nak you sibukkan diri buat kerja part time tu. Apa guna I kalau you tak nak I tolong?"
"Mr. Zairi, I will kiss you and please shut up. Muahhh...ciked." Delilah mengucup jari telunjuknya dan kemudian didaratkan di bibir Zairi. Wtf is muahhh ciked pun dia tak pasti tapi sebut macam best, macam manja. Delilah senyem meleret.
Zairi geleng kepala. 
"I can't understand you. I will never but one thing for sure. I will always love you. Okay study. White coffee? Mocha?"
"Green tea." Delilah jelirkan lidah. Yes, you will never understand me but please love me always. Mata dipejam dan segala formula yang ada dibuku cuba dipahat ke dalam memori.

Dua jam menelaah akhirnya Delilah dah tak mampu nak membuka mata. Mengantuk sangat. Zairi dah selamat tidur di kerusi panjang. Lela masih menelaah. Liz tersembam di meja belajar. Semua takut untuk kertas esok. Kertas maut. Kalau bukan sebab dia perlukan duit rasanya memang tak ada makna Delilah nak gantikan tempat Liz yang tiba - tiba tak sihat. Nervous nak exam kot tapi Delilah chill aje. Malam tadi pun dia sempat sampai rumah sewa tepat pukul 12 malam. Ala cinderella sangat.
Malam tadi?


"ENCIK Ezaq, you are not drunk. Get up and take a grip."
"Just a moment. How much? Please..."
"I don't have much time." Delilah kerling jam di tangan. Sah Zairi dah tunggu di lobi. Dia boleh bayangkan awek melilau memandang nikmat kurniaan yang ada pada Zairi. Complete set meal kalaulah Zairi tu spesis makanan berkhasiat.
"30 minutes for 3000 bucks."
"Deal."
Delilah terlompat. Baru nak mengorak langkah panjang - panjang. Tiga ribu noks! Ina tahu ni mahu nangis. Nak sangat aku hit big shot tapi ni takat teman berdiri setengah jam lepas tu dapat riban - riban siapa tak nak. Nak!!!
"Nama?"
"D."
"D for?"
"Sakit lagi?" Delilah buat tak dengar.
"Migraine. Loud music and lousy food."
"Tarik - tarik rambut jom." Delilah sengih innocent dan berdiri kat belakang Ezaq. Tangan dah gentel - gentel rambut Ezaq fesyen yang dia tak pasti apa tapi smart lah. Boleh lah. Komen Delilah dalam hati.
"Saya tarik ni. 1,2,3."
Zap!
"Aduh..." Ezaq menyeringai kesakitan.
"Saya biasa jadi tukang tarik rambut budak migraine kat asrama. Tak student la kalau tak migraine."
Ezaq nak tergelak tapi ditahan. Analogi apakah? Budak ni kreatif terlebih. Betong lah, tukang tarik rambut lah. Akhirnya Ezaq pejamkan mata. Menikmati urutan dan tarikan rambut ala gangster yang tiba - tiba dia rasa sangat melegakan.
"Encik Ezaq, dah setengah jam. Saya balik dulu."
"Aah?" Mata terbuka. Gadis dengan nickname D sudah berdiri depan mata. Siap tadah tangan. Hampeh betul. Baru nak mengorat. Ezaq mula ligat berfikir. Tiba - tiba perasaan membuak - buak untuk tidak melepaskan si gadis pergi.
"I walk you out." Ezaq berdiri.
"Sure." Delilah angguk. Zairi tak kan syak apa pun. Kalau dia tahu so what? Did I commit any crime?
Sambil berjalan, Ezaq mengeluarkan beberapa keping not dan dia baru perasan satu perkara. Orang gila je yang bawak not beribu dalam LV ni. 
"D..."
Mereka berhenti di tengah jalan dan masing - masing berbalas pandangan.
"Ya?"
"I only have this. Can I pay you by cheque or later perhaps? My cheque book is inside the car. Over there." Telunjuk Ezaq mengarah ke tempat parkir VIP dan saat Delilah mengekor telunjuk, matanya bersabung dengan senyuman Zairi menyapa dari dalam kereta sayup - sayup dengan bahasa isyarat.
"Come quick." 
Delilah melambai tanda tunggu dan kemudiannya memusat kepada Ezaq. Tangan Ezaq ditarik ke tepi sikit agar terhalang daripada pandangan Zairi. Tak takut pun tapi hormat. 
Really Delilah? 
"Totally understood. I named quite a ridiculous price. Have a wonderful night Sir."
Not bertukar tangan dan Delilah tunduk hormat.
 "Money...money...money. Must be funny." Delilah sempat berlagu riang.
"Siapa yang bawa awak balik ni? Can I send you home?"
"Tu...boyfriend saya."
Telunjuk Delilah menghala ke arah kereta Audi sport silver metallic yang sedia menanti.
Migraine Ezaq kembali menyerang.


Note: After 4 books, don't expect much from anything simple and raw yes, dearies?

xoxo,
Kl@RA


Monday, 23 February 2015

DEVIL'S DELILAH CHAP ONE




"Hoi dik non... tangan kau ni tak boleh lembut sikit ke?"

Delilah senyum. Dalam hati, "Nyah, aku tolong pun dah cukup baik...."

Tangan Delilah tergawang mengikut rentak lagu. Setakat terkinja suka - suki di kelab memang dia reti. Apa punya rentak tangan dan kaki pun akan nampak seksi - menggoda di bawah sinaran lampu tapi ni lain. Menari berirama over lagu 70's, 80's? God knows. Delilah mengeluh.

"Okay, intro lagu, Ina pasang sekarang ni. Del ikut saja orang lain. Senang saja."

I work all night
I work all day
to pay the bills I've to pay
Aint it sad

"Delilah, punggung lentik sikit, tangan letak kat bahu Rosa."

Delilah ketap bibir.

"Masa ain't it sad tu buat lirik muka sedih, punggung lentik, tangan ke bahu orang sebelah ya."

Money money money
Must be funny
In the rich man's world

Untuk malam ni boleh dapat RM500 Delilah oi. Pejam mata dan ikut saja arahan Ina mangkuk tu. Ina konon. Adam's Apple kau sebesar lesung batu nyah! Delilah menghafal rentak tari yang diajar Ina sebentar tadi. Dia yang jadi penari utama secara bidang terjun dan bila masuk bab money money money sungguh dia tak sampai hati nak tabur duit atas stage macam arahan Ina. Giler kot!

"1,2, 3....Del...masuk depan...campak."

Dari barisan belakang, Delilah ke depan dan bakul berisi kepingan not seratus berkeping - keping dikaut dan dilemparkan. Terkelip - kelip mata memandang duit yang bertebaran di udara sebelum jatuh di belakang stage tempat mereka rehearsel untuk sekian kalinya. Kalaulah duit aku. Kalaulah aku tak payah terkinja dan dapat duit jatuh dari langit macam tu. Kalaulah.....

"Okay, cun! Pandai Liz cari pengganti. Cepat kau belajar Del. Mana tahu malam ni ada big shot sangkut. Bila kau gerak ke depan tu, senyum lebar - lebar sikit."

Delilah buat muka stone. Dia nak duit. Dia nak kerja sebab nak duit. Nak bayar segala bil, nak bayar yuran dan nak cepat - cepat habiskan belajar dan nak hidup senang. Hidup senang tak semestinya kena bergayut kat poket jantan. Bab tu kalau ada jantan poket penuh dan boleh buat dia jatuh cinta, Insya Allah pasti dibuka hatinya seluas alam semesta tapi tu lah, dalam mimpi!

Money money money
Always sunny
In the rich man's world

Akhirnya sampai ke lirik ini, rentak Delilah mula yakin. Biarlah, buat kerja apa pun kena sungguh - sungguh. Gotta love what you do!
Lampu yang bergemerlapan, kostum yang berwarna - warni, seksi dengan bulu - bulu di bahu membuatkan Delilah tenggelam dalam rentak tarian. Betul - betul dia menjiwai sketsa tarian malam ini. Biarlah segala big shot dalam ball room ini terhibur. Dorang kaya pun sebab kerja keras. Tak payah nak skeptikal sangat. Dia pula terkinja sekarang sebab nak duit. So what? That's life.





DELILAH berkejar ke bilik persalinan di belakang kafe. Belakang stage penuh sesak. Dia nak cepat. Ina pujuk suruh tunggu hingga ke akhir majlis katanya lepas majlis mereka melepak ramai - ramai tapi tu bukan tujuan Delilah ke sini.

Sambil berlari, bulu dibahu ditanggalkan. Tiba - tiba di sebalik tanglung besar bergantungan di celah pokok di tengah taman, kedengaran suara menyerigai kesakitan.

"Encik, boleh saya tolong?" Delilah menghampiri. Apa nak takut, kawasan hotel penuh dengan CCTV dan malam masih muda. Persembahan kumpulan dia tadi ialah kemunculan utama sebelum upacara utama majlis yang Delilah tak ambik tahu pun majlis apa sebenarnya.

"Tak apa." Seimbas lelaki yang Delilah agak tengah mabuk sedang tunduk dengan dahi berkerut menahan sakit sedang berusaha melonggarkan tali lehernya. Blazer kulit coklat gelap nampaknya sudah tersidai di lengan.

"Come, allow me..." Delilah senyum. Alah, dengan orang tengah mabuk apa ada hal. Bukan dia tak biasa. Lagi pun tengok gaya jatuh kategori big shot mamat ni. Muda dan bergaya. Kerja apakah atau anak siapakah?

Delilah tunduk dan cuba membantu.

"Encik?"

"Ezaq....just Ezaq."

Angguk. Patuh. Tali leher taraaa....dah selamat di tangan Delilah.

"Apa yang awak fikir masa main baling - baling duit tadi? Must be fun. I never did that. May be I should." Ezaq masih menekan - nekan kepalanya yang sakit. Kepala berdenyut migraine dan perutnya pula sungguh loya. Memang dia alah dengan segala makanan mentah. Menu yang dihidangkan semua tak masuk di tekak. Part kampung dalam diri Ezaq nyata masih utuh.

Delilah nganga. Bukan dia mabuk ke? Dia cam aku yang macam kera kena belacan kat pentas tadi?

"Encik Ezaq dah okay? Duduk kat sini. Saya tinggal ya." Selamba Delilah memimpin tangan Ezaq ke beach chair. Delilah tak menjawab soalan Ezaq. Patutnya dia yang tanya apa perasaan duduk dalam rich man's world?

"Does your parent know you are here?"

Merah muka Delilah. Jangan diingatkan dia tentang mereka.

Would she be here if they know how to ask where have you been Delilah?

Delilah cukup pantang dengan komen orang macam ni. Kalau orang buat perangai atau pilih sesuatu yang tak sebulu dengan pandangan korang pasti kena cop 'anak sapalah ni', 'kesian mak bapak dorang' atau 'mak bapak tak ajar ke'. Hello? Semua orang ada otak sendiri bukan mak bapak je ada otak yang nak kena fikir 24 jam atas keputusan dan perbuatan anak - anak.

"Encik Ezaq anak buluh betong ke anak mak?"

Ezaq yang memang tengah migraine lagi bertambah heavy migraine dengar soalan cik adik tak ada nama kat depan ni. Excuse me? Buluh betong?

"Obviously saya ni mumayiz. Leave my parent out of my decision to be here or to be exact, to help you." Delilah senyum sinis dan mula mengorak langkah.

"Okay...sorry...don't go. I will pay you to stay here with me. Please."

to be cont....CHAP TWO








Notes:
1. Nak melepak sebab tekanan tinggi di tempat kerja. Bosan yang sesungguhnya bosan.
2. Cerita tak bertapis/italic or anything. Everything is raw and written straight to the template. Decided so as not to waste my time transfer from word etc etc. Jadi maafkan segala kekurangan for those yg expect perfection.
3. Berniat nak aktifkan blog. Saya sayang blog saya ni :D
4. So here it goes .....Devil's Delilah - for fun.
5. Thank you very much to all yg dah dapatkan Bimbo. This DD is for you!


xoxo
KL@RA

Sweet short story: Something about you

  Cover writing by: Farah Husain DANIELLA dah tak mampu nak tahan gelak. Boleh si adik menyakat kat Instagram selepas dia memuat naik gamba...