Arluna is my first love, ever....
BAB 1
Nama surat beranak: NIA ARLUNA BIN
NAJIB.
Nama akaun Facebook: Nina Najib
APA relevan Facebook dengan aktiviti
yang sedang dilakukannya sekarang? Ya, sebenarnya langsung tak relevan. Dia
tengah susun ayat untuk memuat naik status terkini di Facebook. Pegang dan
belek – belek telefon sambil tawaf KLCC. Azi sahabat baik ada di sebelah. Mata
melingas kiri dan kanan, tangan sekejap pegang barang. Sekejap letak. Akhirnya
telefon juga yang dibelek.
Orang nak kahwin cepat, dia pun buat
– buat yakin dengan diri sendiri. Nak juga dia kahwin cepat. Hari tu beria –
ria sangat sebut kalau dah sukalah kalau dah jodohlah, terpanggil, serasi dan
sekarang? Apabila hari perkahwinan makin mendekat, perasan sendiri sukar pula
dibelai. Boleh tak duduk diam – diam, buat – buat seronok wahai hati? Jantung
asyik berdebar – debar sahaja. Teringat nak kahwin, teringat nak jadi isteri
orang, jantung terasa nak meloncat keluar. Alahai…
Dasim, anak iblis laknatullah
rasanya sedang keletihan mengekorinya membeli – belah. Itu yang dibisikkan
keraguan dalam hati Arluna. Iblis sangat benci,
berang dan dengki setiap kali ijab kabul dilafazkan. Si laknat ini tidak
mengenal erti putus asa dalam menimbulkan rasa benci dan marah antara suami
isteri. Apabila lafaz talak dijatuhkan, maka itulah kemuncak kegemilangan bagi
kerajaan Dasim yang terkutuk.
Sebelum
kahwin fikir masak – masak Arluna. Jangan sampai Dasim yang menang.
“Dapat
suami kacak dan berharta bukan senang. Betul dah bersedia ni?”
“Mestilah
dah bersedia. Johan okaylah Umi. Jangan risau.”
Sekarang?
Okay lah sangat! Gelabah macam buaya nak bertelur.
Arluna
berjalan sambil membelek skrin telefon. Azi pun tengah buat benda yang sama.
Masalahnya belum sempat dia nak taip status yang penat dia fikir semata – mata
nak alih perhatian otak daripada fikir majlis kahwin, status Azi terpampang
terlebih dahulu di Facebook.
Right man, wrong time. Wrong man, right
time.
Good man, wrong words. Bad man (jerk), right words.
New man, same old lies. Old man (ex), new lies.
Sekian pantun dikerat-kerat oleh aku yang bosan.
Maknanya
sambil jalan ni lah minah ni reka pantun? Nak tergelak pun ada Arluna baca. Arluna
mempercepatkan langkahnya. Oh bosan ya temankan aku. Cuba tengok boleh kejar
tak?
“Nina, jalan perlahan sikit boleh tak? Kau ingat kita tengah lumba lari?” Termengah -
mengah Azi mengejar langkah Arluna yang panjang - panjang.
Dalam hati Azi punyalah
bengang, tadi beria-ria minta teman pergi shopping,
konon nak buat persiapan terakhir, alih – alih dia jadi tukang kejar si Arluna.
Bukan apa, baru tengah syok dia memilih barang, pegang- pegang, baru nak feel, Arluna dah bising nak pergi
tengok kedai lain pula. Adat orang nak naik pelamin katakan, semua nak tip top tapi Azi dah sekerat nafas melayan
Arluna.
Rasanya dah sampai 3 jam Arluna berpusing –
pusing di KLCC namun satu barang pun dia tak berkenan. Telefon bimbit
disumbat ke dalam beg tangan. Sekeping kertas siap dengan bentuk hati merata -
rata hasil contengan kreatif Arluna yang dipenuhi senarai barang yang
sepatutnya dibeli hari ini ditarik keluar daripada beg tangan. Ditenung kertas
tersebut dengan penuh khusyuk. Bukannya pada senarai barang tapi tulisan tepi
yang bertulis Arluna Love Johan Forever.
Ishh….macam budak – budakla kau ni
Arluna. Ada patut aci main tulis di kertas macam zaman cinta monyet. Namun tak
dapat dinafikan hatinya sangat berdebar – debar di saat tarikh perkahwinannya
yang makin menginjak tiba. Memang dah parah kerana sekejap matanya meliar di
kiri dan kanan kedai yang mereka lalui sekejap kepada skrin telefon dan sekejap
pada kertas di tangan. Kalah buruh paksa buat tiga kerja dalam satu masa.
“Azi,
jom Starbucks, aku belanja buat upah kaki kau yang dah nak tercabut tu. Lagi
satu upah pantun yang kau kerat – kerat di Facebook tu. Bosan ya.” Arluna
senyum perli sambil angkat kening tengok reaksi Azi buat muka yea-ke-kau-nak-belanja sambil jari
telunjuknya ditunjukkan ke hidung.
Hahaha...bukan senang nak dapat makan free dengan Arluna. Lepas
bertunang memang dia budget habis. Kononnya kena berjimat cermat pada
hal rasanya Johan tu kalau Arluna minta nak kahwin gaya fairy tale ala
anak Allahyarham Tan Sri Nasimmudin NAZA tu pun tak ada masalah. Alasan Arluna
sekajang kertas A4 apabila Azi bising kenapa sibuk – sibuk nak berjimat cermat
sangat dan antara sebab yang sempat otak Azi proses ialah;
1.
Kitaorang nak rasa susah senang nak
siapkan majlis kahwin kitaorang.
2. Seganla,
keluarga aku biasa – biasa aje, takkan nak beria sangat.
3. Tak penting
pun sanding besar – besar tu, janji kitaorang
kahwin.
4. Zaman kahwin beria – ria sampai membazir dan
nak menunjuk – nunjuk sekampung dah way
outdated. Sekarang punya trend back
to basic jer.
5. Aku student lagilah, nampak sangat la kantoi
pakai duit mak ayah aku dengan duit Johan je kan...heheheh, ini aku rasa ayat cover paling terbaik wok!
Masing – masing menarik nafas panjang. Amat
selesa berada di dalam Starbucks buat menghilangkan lelah. Java Chip Frappuccino disedut rakus oleh Arluna. Haus dek kepenatan ukur tanah KLCC. Entah
kenapa mood Arluna hari ni serba tak kena. Risau majlis yang bakal berlangsung
atau lebih kepada hidup berumahtangga yang bakal dijalaninya. Sambil minum
sambil tangan laju menaip. Akhirnya Arluna memuat naik status di Facebook.
Meluahkan perasaannya sekarang. Hanya dia yang mengerti ayat yang berlapis
maknanya ini.
After
shopping a few hours (3 hours exactly) at KLCC, I wish my future husband is
someone who loves shopping so he'll do all the shopping for our kids. I can
have me-time at home. Yes, at home.
Iffil: Basically husbands are that who push the trolley cart and that’s it.
Azi:
Mana tak bosan, pegang, letak. Pegang, letak.
Sarah:
3 jambaru? Itu kalau aku baru sikittttt….
Nurul:
Aku nak tag Joe kat status kau…muahahaha
Jojet:
Wow! Aku tak lah impress dengan
status kau tapi kinda scary.
Azi: Future husband tukar terus dengan nama.
Tak payah susah – susah.
Sarah:
Betul – betul. Bukan boleh tukar nama lain pun.
Wawa:
I wish my future husband is someone who
pays everything I want.
Cepat
betul ruangan komen berisi. Azi di sebelah sambil minum, sambil jeling pun
sempat mencelah. Ewah – ewah. Berpakat pula membahankan aku di ruangan komen.
Mereka yang tergolong dalam kategori kawan baik Arluna akan tahu, membeli –
belah bukan minat dan kepakarannya. Okay aku tak suka membeli belah sebab orang
ramai dan sesak. Tak boleh bayangkan besok – besok ada anak nak beli baju raya.
Mungkin aku kena beli siap – siap awal tahun atau sub kan skop kerja tu kepada sang
suami yang malang.
Komen
Azi dan Sarah sangat memberi impak. Dah sah tak boleh berpaling. Calon dah ada.
Mana boleh tukar nama lain. Malu Abah dan Umi di kampung nanti.
“Kelakarlah
pantun kau Azi.”
“Aku
bosan kejar kau. Mata aku asyik merayap pada jejaka - jejaka handsome bersepah
di KLCC dan mendatangkan ilham.”
Arluna
tergelak. Azi memang sahabat baik yang sangat memahami dan sangat kelakar.
“Status
kau pula macam orang sakit jiwa.”
“Mana
ada.”
“Jangan
nak nafikan. Biasalah orang nak kahwin. Cuba bertenang. Tak ada apa yang nak
dirisaukan sangat. Insya Allah.”
“Aku
laparlah Azi tapi macam kena diet sikit.” Arluna bijak mengalih topik yang
digemari oleh semua wanita di dunia. DIET!
“Aku
pun tengah diet ni.” Azi membalas sambil mencubit lengannya sendiri.
“Kau
diet kenapa pula?”
Azi
tersenyum tapi mata ke arah lain. Tengah cari alasanlah tu.
“Aku
rasa aku dah tembamlah.”
Lagi
panjang bibir Arluna menguntum senyum.
“Tembam
tu simbol kebahagian. Justifikasi bahagia. Okay lah tu.”
“Kau
kurus melengking ni kira tak bahagia lah?”
Pecah
ketawa mereka berdua tapi Azi tiba – tiba diam dan bersuara serius. “Nina, kau jangan pandang dulu lepas aku
cakap ni ya. Ada awek belakang kau belah kiri, ikut jam pukul 9 dari tadi
pandang sini. Kau kenal? Okay, after 1 minute from now you can turn.”
Hish…siapa
pula ni? Moodnya yang tengah berangin Monsun amat tak sesuai nak menjana benda
yang dirasakan tak relevan dengan perasaannya yang tengah gundah. iPhone yang
ralit dihadap diletakkan di ribaan.
58 saat, 59 saat, 60 saat, ting!
Arluna memandang ke arah yang
ditunjukkan oleh Azi dan kebetulan pandangannya bertaut dengan empunya diri
yang Azi maksudkan. Sinis sekali tenungan matanya namun Arluna tidak dapat
mengecam siapakah empunya diri itu.
“Aku tak kenal tapi baju yang dia pakai tu macam baju Johan cuma minah ni pakai
baby-T, Johan punya loose-fit man.
Aku ingat sangat Johan sibuk cerita T-Shirt yang bertulis huruf besar ADDICTION
tu mommy dia beli masa pergi Macau dulu tapi serius aku tak pernah nampak dia
ni.”
“Tak kenal lantaklah. Jeling orang sampai naik juling. Nak pergi jalan mana
lagi?” Azi menghabiskan sisa Caffe Latte, bimbang Arluna terkeluar idea
bombastik hendak pergi sambung ukur tanah di KLCC lagi.
“Jom, GE.” Arluna membalas.
“GE?”
Ini lagi bala dari KLCC. GE atau Great
Eastern Mall tu maksudnya nak kena keluar dari KLCC ni dah bersesak – sesak kat
Jalan Ampang tu, roti cicah jem nenas la jawabnya. Kalau kat berita trafik Hotfm
tu, tak pernah sebutla Jalan Ampang lengang. Kena tukar kakila macam ni, kaki sekarang dah la
lenguh segala. Azi buat muncung itik, protes tak puas
hati.
“Bukan shopping la, teman aku pergi drop something to my sister then we go home.” Arluna membalas sambil beriak nakal.
“Ler…buat suspens.” Azi separuh terjerit.
Azi laju membontoti Arluna ke mesin
Autopay di tingkat P1 dan terus ke tempat parking kereta. Kedua – duanya
memboloskan diri ke dalam Myvi milik Azi. Kereta milik Azi tetapi Arluna yang
menjadi tukang driver dan tukang sponsor minyak.
Memandangkan hari ini Nor Azian binti Ishak dinobatkan
pangkat jadi dayang pengiring Arluna dengan penuh paksaan maka dia dengan
bangganya menetapkan kedua - dua syarat itu. Arluna terpaksa akur. Punat air
cond dan radio ditekan sebelum pedal minyak dipijak dan enjin menderum
garang. Ala, garang – garang
manja enjin kereta buatan Malaysia sahaja pun.
“Bosanla
dengar DJ ni membebel, pasang CD la.” Arluna mengarah gaya mem
besar.
Yalah,
orang tengah khusyuk pandu kereta mana boleh nak buat itu ini, kena fokus kepada pemanduan.
Tangan Azi pantas menekan punat radio, memasukkan CD dan berkumandang lagu nyanyian
The Corrs. Lagi sanggup mendengar lagu The Corrs yang dah berzaman tu daripada
mendengar siaran radio yang penuh dengan iklan dan celoteh DJ. Tak tahulah Azi
rembat CD siapa punya. Generasi dia rasanya tak kenal The Corrs ni.
“Buat apa jumpa Dina kat GE? Kau tak
balik rumah ke hujung minggu ni?” Tanya Azi pelik.
Majlis perkahwinan Arluna dah hampir
menjelang tiba, hanya tinggal sebulan sahaja lagi. Pada anggapannya sudah pasti
Arluna akan balik ke rumah setiap minggu untuk menyiapkan segala keperluan.
“Banyak kerja, assignment berlambak nak kena siapkan sebelum majlis.
Nanti lepas majlis dah final exam. Final semester for final year
ni, mana boleh nak main – main. Aku nak semua smooth before the wedding.
Tu yang aku nak jumpa Dina, nak pass contoh bunga telur yang aku nak
kat Umi aku.” Balas Arluna.
“La ingat lagi kau nak periksa, ingat kepala dah penuh dengan Johan.” Giat Azi sambil tersengih.
Padahal memang dia kenal sangat dengan perangai
Arluna yang perfectionist. Biar pun perancangannya untuk menamatkan
zaman bujang nampak tergesa – gesa namun dengan gelaran dean list yang
diperoleh Arluna setiap semester, Azi yakin Arluna telah membuat perancangan
rapi tentang masa depannya. Pelajaran dan perkahwinan semoga seiringan menuju
objektif.
BAB 2
JOHAN memandang ke hujung penjuru
kolam renang tak berkalih. Ada sesuatu pada seorang gadis yang tengah bergelak
ketawa dengan rakan – rakannya itu mencuri tumpuannya. Gadis itu hanya mengikut
rentak perbualan rakan – rakannya namun pada pengamatan Johan, matanya sering
ditala ke arah kolam renang yang terletak di hujung Observation Deck. Aku tertarik dekat halter bikini top yang tersarung mantap
kat badan dia atau aku tengah bayangkan emm…
“What
is underneath her the very damn short skirt? Perhaps a lowrider or Brazilian
bikini bottom?” Hah! tu dia kalau
terlebih dos membaca majalah Victoria
Secret. Johan senyum sendiri sambil matanya melilau mencari kawan –
kawannya yang lain.
“Jom minum, aku dah penat cuci mata.” Shahrir menepuk bahunya sambil mendahuluinya
menuju ke kafe di tepi kolam renang. Raziq dan Eid juga mengekori Johan dari belakang menghala ke kafe yang
dinamakan Ku De’ Ta.
“Joe,
aku tengok kau dari tadi duduk bersantai kat bench, kenapa tak turun swimming
sekali?” Eid bersuara sambil tangannya membelek – belek menu. Berbeza dengan
Johan dan Raziq, Eid dan Shahrir memang menghabiskan masa dengan berenang
manakala Johan hanya bersantai dan paling teruk si Raziq yang sibuk mengayat
minah – minah celup di situ.
“Jap
lagi kan boleh swimming lagi. Aku penat drive pun tak
hilang lagi. Aku suruh booked airline
ticket earlier kau tak nak, kan tak pasal – pasal kena drive all the way KL-JB-Singapore. Korang dok membuta dalam kereta bolehla enjoy.” Dengus Johan.
Tiba – tiba si Raziq playboy tersohor Malaya bersiul – siul apabila ada dua orang gadis
Melayu melintas di hadapan meja mereka. Johan juga berkalih pandang. Memang
pelik la kalau tengok gadis Melayu kat Sands Skypark Pool. Sands Skypark
ini umpama penghubung kepada 3 menara yang membentuk Marina Bay Sands.
Ini tempat tumpuan orang asing atau orang tempatan yang kaya raya. Maklum
sajalah, Marina Bay Sands ini selain menempatkan Sands Skypark di puncaknya,
juga amat terkenal dengan butik Louis Vuitton kedua terbesar di dunia. Kedua –
dua gadis ni pula nampak amat sederhana tanpa bag berjenama tersandang dibahu.
Setahu Johan, orang umum dibenarkan ke Sands Skypark yang terletak
di tingkat 57 hotel Marina Bay Sands ini dengan dikenakan tiket berharga SGD 20
seorang. Itu pun sekadar untuk melihat panorama Singapura yang menakjubkan dari
tingkat teratas hotel ini tidak termasuk kebenaran untuk berenang di kolam
renang terbesar dan terpanjang di dunia pada ketinggiannya ini. Saiz kolam renang ini merentas hampir 150m
daripada keseluruhan panjang Sands Skypark. Hanya tetamu hotel yang diberi
kebenaran untuk menikmati kolam renang terhebat ini. Marina Bay Sands yang
memulakan operasi pada 24 June 2010 asalnya adalah projek kombinasi kasino,
pusat membeli belah, muzium, teater muzik dan hotel. Namun tarikan utama seluruh dunia terhadap Marina Bay Sands ini
ialah pada Sands Skypark.
Bilik Johan yang ditempah oleh Eid berharga hampir SGD 500. Itu pun bilik yang
paling murah di hotel ini. Sementelaah mereka berempat memang gemar
menghabiskan masa hujung minggu jauh dari pelusuk KL jadi kos tidak menjadi
halangan. Biasanya Eid yang akan menjadi event
commander. Sahrir jadi tukang roger,
bertugas mengumpulkan keempat-empat jejaka ini sementara Raziq dan Johan pula
tukang ikut, janji ada kelapangan dan tempat diatur menarik dan mampu
merehatkan minda mereka yang penat bekerja.
Hanya mata Raziq yang masih melekat kepada kedua – dua gadis tersebut sementara
yang lain telah membuat pesanan setelah puas meneliti Poolside Menu. Shahrir dan Eid memilih jus buah kranberi dan epal.
Sementara Johan penggemar kopi tegar memesan ice coffee black. Mereka hanya memesan wagyu mini burgers with fontina cheese dan smoked tomato relish and green chilli mayo
sekadar mengisi perut sebelum makan malam.
“Kenyang ke tengok orang?” Tanya Eid bosan dengan perangai control maco Raziq. Raziq hanya tersenyum sambil mulutnya laju
membuat pesanan. Datang tempat yang high
- class tapi perangai macam budak kampung, buat malu company. Desis Eid dalam hati.
“Bitter lemon for drink and I like to
have Six jet-fresh new york oysters and Japanese citrus.” Raziq menutup
menu dan menyerahkannya kepada pelayan yang setia menunggu dari tadi.
“Sombong sangatlah budak dua orang tu,” keluh Raziq sambil matanya beralih arah
mencari mangsa yang lain. Mahunya tak sombong, bukannya ditegur elok – elok
tapi disiul –siul macam budak rempit sahaja lagaknya. Kalau aku jadi perempuan
pun tak lalu nak layan, hela Johan dalam diam.
“Agak – agak kau, ada tak surau kat level
ni?” Bingo! Soalan terbaik daripada Shahrir untuk abad ini.
“Aku bagi kau lima ratus kalau
ada tempat solat kat sini.”
Eid bengang dengan soalan
bodoh Shahrir. Tempat berpeleseran begini bukanlah tempat yang sesuai untuk
didirikan surau awam apatah lagi berada di negara yang Islam hanyalah sebagai
agama minoriti penduduk.
“RM 500
ke SGD 500? Kalau SGD 500 sekarang juga aku pergi tanya.” Raziq beria - ria.
Tanpa menanti jawapan Eid,
Raziq laju menghala ke arah pelayan yang sedang tersenyum manis di sebalik meja
kaunter. Setelah 20 minit Raziq kembali dengan senyum lebar sambil di tangannya
diawang – awangkan sekeping kertas. Bukan sebab duit dia tersenyum lebar tapi
dari mula sampai di Sands Skypark dia berkenan melihat pelayan yang persis
kacukan belanda berada di kaunter tersebut tapi pelayan tersebut kelihatan
sentiasa sibuk membuatkan Raziq menanti waktu yang sesuai.
“You can pray inside your room
Sir. We don’t have dedicated prayer room. Sorry and if you don’t mind take
this. This brochure might be useful during your stay Sir.” Raziq mengajuk
lenggok lemah - lembut gadis pelayan yang berada di kaunter pertanyaan bercakap
dan menyerahkan brochure yang
dipegangnya tadi kepada Eid. Johan menangkap brochure tersebut cepat – cepat.
“Bak sini SGD 500.” Raziq menadah tangan di depan Eid.
“Aku placed bet dengan Shahrir, aku
tak cakap nak bet dengan kau pun. Kalau bet
dengan kau semua orang kalah bab – bab sosial terlebih ni. Laju aje pergi
tanya, bukan nak tanya pelayan jantan tu ke, awek juga yang nak ditanyanya.”
Eid mengutuk sambil memandang Johan mengharapkan sokongan.
Hanya
Johan yang mampu memotong ‘jalan’ Raziq dalam apa jua keadaan. Dari dulu sampai
sekarang, Johan dan Raziq yang telah berkawan baik lebih dari 15 tahun memang
saling mendahului antara satu sama lain. Kalau dulu dari segi pelajaran, sekarang pula di alam pekerjaan. Pencapaian
kedua – duanya hampir seiring. Manakala Eid dan Shahrir menjadi kawan rapat
mereka hanya sejak di universiti.
“Are you coming?” Shahrir memandang Johan yang masih
belum habis makan.
Johan mengangguk. Makanan yang masih bersisa dihabiskan dengan suapan
rakus dan kemudiannya mengelap mulut dengan tisu. Air disedut rakus sebelum
bersuara.
“Raziq kau ni memang hantu, Shahrir tanya mana surau, kau punya
cerdik bawa balik brochure Banyan
Tree Spa ni buat apa? Nak bersolat bukan kat sini, bermaksiat bolehla kat sini.”
Helaian kedua brochure Banyan Tree Spa dibelek. Kagum juga dia apabila mengetahui
Banyan Tree Spa mempunyai 64 cawangan di seluruh 26 negara dan yang pertama di
Singapura berada di hotel Marina Bay Sands terletak di tingkat 55. Memang
patutlah maju dan berkembang pesat sebab Banyan Tree Spa amat terkenal dengan
nilai terapinya yang bernilai estetika tinggi dan bertaraf dunia.
“Jom Shahrir, aku pun nak turun solat Zohor dulu, nanti naik balik aku nak
berenang.” Johan terus bangun dan berjalan menghala ke arah lif. Shahrir pula yang sibuk nak mencuba
hidangan yang dipesan oleh Raziq. Malas Johan nak melayan Raziq bab – bab minat
kawannya yang satu pasal perempuan ni.
“Joe, tunggu!” jeritan Shahrir yang
nyaring membuatkan Johan yang laju berjalan di tepi kolam renang berhampiran Observation
Deck berhenti melangkah mengejut.
Gedebush!
Bunyi orang terjatuh ke dalam kolam renang. Dia
terlanggar orang! Eh, orang terlanggar dia!
BAB 3
ARLUNA tersengih
sebaik sahaja kakinya melangkah keluar kereta. Impian menjadi
kenyataan! Yeay! Hatinya berlagu riang. Rancangannya untuk ke Marina Bay Sands
yang terletak di Singapura ini telah lama tergendala. Dia sentiasa sibuk dengan
kuliah dan kebanyakan cuti semester dihabiskan di kampung bersama keluarga.
Bukannya tak boleh diajak
keluarganya datang bercuti tetapi rancangan utamanya sudah pasti akan dilarang
keras oleh Abah dan Umi. Kalau setakat ajak datang membeli - belah di sini, Umi okay sahaja tapi hajat
dihati Arluna agak jauh menyimpang daripada membeli - belah. Dia tak hairan
dengan aktiviti membeli - belah yang Umi suka. Teringat betapa susahnya untuk
mendapat keizinan Encik Najib untuk ke sini.
“Abah,
Nina nak minta izin pergi jalan – jalan kat Johor rumah classmate Nina.” Arluna menyusun ayat dengan berhati – hati.
“Azi pun
ikut.” Laju Arluna menyambung sebelum sempat Encik Najib menjawab.
Escort penting tu. Kalau pergi seorang, gelap sikit harapan nak dapat green-light Abah.
“Berapa hari? Masuk Singapura sekali ke?” tanya Encik Najib sambil matanya tak
lekang dari saluran ESPN.
“Abah bagi ke? Yeay!” Arluna melonjak riang persis kanak – kanak.
“Ada abah cakap boleh?”
Terdiam Arluna seketika mendengar kata – kata Encik Najib. Oh! Maknanya sesi
soal jawab tak habis lagi la ni.
“2 hari
je. Kakak kan dah cakap Isnin dah start
praktikal. Ahad dah kena balik KL. Isnin dah daftar kat syarikat tu. Jumaat kakak
turun JB, Sabtu masuk Singapore balik
hari je then Ahad pagi dah balik KL. Please la Abah. Please…” Panjang lebar Arluna yang membahasakan dirinya kakak dalam
keluarga menjelaskan rancangannya. Bukan setakat izin Encik Najib yang
diharapkan tapi sponsorship juga
penting dong! Huh...penantian itu
satu penyeksaan, Arluna memandang Encik Najib tak berkalih mengharapkan jawapan
positif.
“Ok, ON tapi kalau dah tersangkut kat hotel
Marina Bay Sands tu abah nak ingatkan jangan sesekali masuk kasino. Kita ni
orang Islam ingat sikit walau pun setakat nak tengok atau bergambar kat kasino
tu dengan niat nak letak kat Facebook baik tak payahla, Abah tak izinkan.
Banyak lagi tempat lain Nina boleh pergi.”
Fuh! Izin bersyarat. Namun
begitu Arluna menganguk laju tanda akur pada syarat tersebut lagi pun tak
pernah terlintas dihatinya untuk ke kasino yang amat terkenal di dunia yang
terletak di Marina Bay Sands itu. Walaupun Encik Najib sendiri pernah bercerita
tentang kehebatan kasino tersebut. Menurutnya pintu masuk kasino itu sahaja
kosnya mencecah ratusan ribuan ringgit dah amat gah. Jangan salah sangka ya,
abah tak pergi pun cuma pernah tengok dokumentari kat TV. Tapi apa yang nak
dihairankan kalau kos pembinaannya sahaja mencecah SGD 8 billion! Lu pikirla sendiri.
Finally, I am here!
Arluna
membetul – betulkan ZARA TRF maxi long
skirt berwarna turquoise yang
dipadankan dengan t-shirt putih yang menyerlahkan badan langsing dan kulitnya
yang putih mulus. Bag sandang diletakkan di bahu. Sedikit lip gloss dioleskan sekadar menutup wajahnya yang lesu dek menempuh
kesesakan lalu lintas sepanjang perjalanan dari JB ke Marina Bay Sands ini.
Arluna berlari – lari anak mengekori Azi, Nurul dan Sarah yang laju di depan
menuju ke tingkat B1. Arluna amat teruja. Tiket masuk yang dibeli oleh Sarah
sehari sebelum perjalanan mereka ini dipegang kemas.
“Mana kau punya swimming suit?
Beg cinonet bawa aku tengok.” Sarah
pelik melihat hanya beg kecil yang tersandang dibahu Arluna. Rancangan asal
kononnya nak jalan - jalan di The Shoppe dahulu tapi Arluna pantas mencantas. Katanya destinasi pertama ialah Sands
Skypark. Permintaan orang luar perlu diutamakan. Tambah Arluna lagi, Sarah dan
Nurul anak jati Johor yang bila – bila masa pun ada kesempatan untuk ulang –
alik ke Marina Bay Sands ini.
“Aku dah
siap pakai, malas nak tukar – tukar nanti.” Arluna tersenyum.
“Ya lah
dah siap pakai tapi nak tukar, nak salin nanti kau bawa apa? Macam bawa diri je
aku tengok.” Nurul pula yang pelik.
“Apa ada
hal, nanti aku pakai baju ni balik, tak kan la towel pun nak bawa, tak style
la nak usung beg berat – berat. Mesti kat pool ada sedia punya.” Penuh yakin Arluna menjawab. Arluna memang
jenis yang ringkas dan ranggi orangnya. Sikap yang konon perfectionist tu dia praktis kat belajar jer.
Mereka melangkah menuju ke Porte Cochere, turun ke B1 dengan menaiki eskalator
dan terus ke kaunter tiket. Lif yang tersedia di B1 ini akan membawa mereka
terus naik ke tingkat 57, Sands Skypark. Sementara menunggu giliran mereka
untuk naik, mata Arluna meliar mencari bilik air.
“Tunggu sini jap eh, aku nak pergi ladies.”
Arluna bergegas meninggalkan Azi, Sarah dan Nurul. Arluna kembali dengan muka
tak puas hati apabila giliran mereka masuk nampaknya tak kunjung tiba.
“Berapa lama nak kena tunggu ni?” Tanya Arluna tetapi mereka bertiga
menggelengkan kepala tanda tidak tahu.
“Rugila macam ni, dah nak pukul 11.30 pagi ni, nanti aku ingat nak swimming sekejap aje lepas tu kita boleh
la ikut rancangan Sarah nak pergi window
shopping kat The Shoppe tu.” Arluna cuba mengambil hati tuan rumah.
Maklum sajalah dahlah menumpang selama dua malam di rumah Sarah di JB, masuk
Singapura ini pun dengan kereta Sarah jadi memang patut Arluna bertoleransi
sedikit.
“Excuse me? May I know why they halt the
entry?”
“They are waiting until the capacity has
been reduced to allow the comfort and safety of all guests.” Jawapan
daripada pegawai bertugas belum mampu melegakan Arluna.
Setahunya Sands Skypark boleh memuat
kapasiti sebanyak 3900 orang pada sesuatu masa. Buang masa sahaja. Desis Arluna
dalam hati. Sedang asyik dia membebel sendiri, berjalan ke hulu ke hilir,
akhirnya tiba jua giliran mereka untuk menjejakkan kaki ke Sands Skypark.
Mereka terpegun sebaik sahaja menjejakkan kaki di Observation Deck View.
Sebanyak 12 lokasi pandangan berbeza yang telah ditandakan. Mereka amat teruja melihat panorama Singapura
dari tingkat 57 Sands Skypark ini. Nurul sibuk mengambil gambar mereka bertiga
dan kadang – kadang mereka bergilir – gilir posing
di lokasi pilihan masing – masing. Angin yang bertiup lembut dan cuaca yang
amat baik sekali menambah lagi seri suasana indah di deck ini. Mereka riang bergambar dan
bergelak ketawa.
“Eh, jom! Aku nak tukar baju.” Arluna mencuit Azi. Sebenarnya dia cuak juga.
Tercari – cari mana pintu masuk ke kolam renang yang nampak terpisah dengan
Observation Deck.
“Nak tukar kat mana? Tak ada nampak changing
room pun. Posing dulula. Tak
habis view point lagi ni. Baru kat point nombor 6 ni.” Azi menjawab tapi
matanya masih ditala ke luar deck view
point 6. Marina Bay Sands Museum,
St. Andrew Cathederal dan Helix Bridge dapat dilihat dari atas deck Sands Skypark view point 6 tersebut.
Arluna melangkah ke arah bilik air yang terdekat tanpa mempedulikan
Azi, Sarah dan Nurul. Halter top yang
disarungkan dari rumah lagi dibetul – betulkan sambil memasukkan baju ke dalam
beg cinonet di bahu. Nasib baik
Arluna teringat nak membawa mini sarong
untuk menutup pair bottom swim suit nya
kerana bilik air agak jauh dari kolam renang idamannya. Boleh tahan juga tebal
muka nak berjalan seksi – meksi di hadapan orang ramai. Bukanlah kebiasaan
Arluna buat tayangan percuma untuk umat Adam ni tapi kerana matlamat utamanya
ke Sands Skypark adalah kerana untuk merasa nikmat berenang di kolam renang
infiniti sepanjang 150m merentas Sands Skypark yang panjangnya 340m. Terpaksa
ditebalkan muka melangkah keluar bilik air. Kebiasaannya dia hanya menyarungkan
legging dan t-shirt sahaja kalau mandi di kolam renang taraf biasa - biasa. Kalau tempat macam Sands
Skypark, wajib kena halau kalau tidak mengikut etika pakaian renang sebenar.
Sejak Sarah dan Nurul sibuk bercerita tentang kehebatan Marina Bay
Sands yang menempatkan Sands Skypark itu, dia mula menyimpan angan – angan
untuk merasa sendiri nikmat berenang dari ketinggian 200m itu sambil menikmati
seluruh pandangan Singapura. Mesti kenikmatannya tidak dapat dibayangkan hanya
dengan kata – kata. Arluna tersenyum sendiri dengan hobinya yang satu ini.
Kawan – kawannya menggelarkannya hantu air, anak itik, pocong air dan macam –
macamlah kerana kegilaannya terhadap aktiviti air terutamanya berenang. Pantang
cuti semester atau sejak zaman cuti sekolah lagi dia pasti mengheret keluarga
atau kawan – kawannya ke kolam renang awam, pantai – pantai atau kadang –
kadang menjelajah pulau – pulau.
“Jomla temankan aku kat hujung deck
tu, aku nak survey tempat masuk. Kita
bergambar kat sana pula ya.” Pinta Arluna dengan Nurul jurugambar tak
bertauliah. Harapkan kamera je gempak tapi tangkap gambar semua pakai auto mode! Azi dan Sarah tidak
mengendahlan Arluna kerana masih leka menikmati pemandangan di Sands Skypark.
Sedang mereka melangkah ke hujung Public Observation Deck yang bersambung
dengan kolam renang, tiba – tiba seseorang menghampiri dan menahan mereka.
“Excuse me Madam, only hotel
guest are allowed to use the swimming pool.” Pekerja hotel rupanya. Ingat
mamat handsome mana nak mengorat aku tadi, desis Nurul termalu
sendiri.
“What?” Suara Arluna
meningkat beberapa desibel. Sah dia kena tegur kerana kalau tengok
sekeliling, hanya dia seorang sahaja yang berpakaian renang. Arluna mula tak
sedap hati tapi buat – buat bertenang.
“But I can’t see any signage
being placed around.” Arluna mula berang. Baru nak menghampiri kolam
renang. Tak nampak pun lagi jalan nak ke seberang tapi dah siap kena sound. Sarah dan Azi yang melihat dari
kejauhan menghampiri mereka bertiga.
“I come here purposely for
this. You should have advised the public about this regulation earlier.”
Arluna masih tidak puas hati.
“Actually everything being
stated inside the brochure we gave upon your entry and you can’t even access the pool from here.”
Arluna termalu sendiri. Patut
dia seorang yang selamba berpakaian renang dan pelawat lain seorang pun tak ada
macam dia. Memang dia tak sempat membelek pun brochure tersebut kerana sampai sahaja dia sudah sibuk mencari
bilik air. Budak bertiga tu sudah pasti tidak memberi perhatian kepada info
mengenai kolam renang kerana hanya dia seorang yang beria - ria hendak berenang
di kolam renang yang amat terkenal di dunia itu. Arluna amat kecewa.
Oh! My bad.
Oh! My unlucky day!
“It’s ok then, but can we just take a few photos near swimming pool? I
mean at the end of the deck?” Sarah cuba menyelamatkan keadaan dan cuba
mengelakkan Arluna daripada menyinga. Tak kan nak bergambar menghadap kolam
renang pun tak boleh. Memang melampau kalau begitu.
“Sure, sorry for your
inconvenience and enjoy your visit.” Pekerja hotel tersebut tersenyum dan
berlalu pergi.
“Sorry dear.” Sarah dan
Nurul cuba memujuk Arluna.
“It’s not your guys fault okay.”
Sayu Arluna menjawab sambil matanya tak berkalih memandang kolam renang.
“Dari tadi sebenarnya aku dah pelik. Kenapa aku nampak tak ada pintu
nak ke kolam renang tu. Bersambung tapi siap berpagar macam diasingkan.
Terfikir juga aku tak kan nak kena lompat. Aku nak cakap tapi tak tercakap
pula.” Sarah tunduk. Penuh rasa bersalah. Sepupunya Hezra yang selalu datang
menginap di hotel Marina Bay Sand ni tak pernah pula beritahu yang hanya tetamu
hotel yang boleh menggunakan kemudahan kolam renang infiniti ini. Hezra cuma
sibuk bercerita betapa seronoknya berenang seperti berenang di atas awan. Tak
boleh pakai punya sepupu.
“Dah aku pun tak terfikir. Mana aku letak akal tadi entah.” Suara
Arluna sangat sedih bunyinya.
“Eh, aku ada teka – teki, siapa boleh jawab aku belanja Sup Tulang
Merah kat Adam Road sebelum balik nanti.”
“Kau buat lawak apa ni?” Sarah tergelak kecil. Boleh pula Nurul nak
buat lawak teka – teki antarabangsa.
Nurul dipandang dan kemudian beralih kepada Arluna. Kalau Arluna dapat berenang
kat kolam tu aci jadi anak itik tapi sekarang ni Sarah tengok bibir masam
Arluna dah macam muncung itik pula.
“Ada sebuah warung kat Kampung Melayu Majidee. Orang ramai sangat
makan kat warung tu. Yang paling ramai kaum Adam, ayah aku cakap ramai orang
pergi sebab tarikan pelayan kat warung tu. Pelayan semua tak pakai bra wa
cakap. Baik punya. Soalan dia ialah korang
rasa kenapa pelayan tu tak pakai bra?”
Azi dah tergelak sakan mendengar teka - teki kategori pemikiran
kuning. Azi orang pertama yang cuba menjawab.
“Sebab tauke warung nak mandrem
pelanggan la, baru ramai orang datang.”
“Salah.”
“Sebab bra pelayan tu tak kering,” Sarah pula mencuba.
“Salah.”
“Sebab pelayan tu gatal.” Azi masih mencuba. Manakala mata Arluna
masih berselang memandang kolam renang.
“Dahla korang ni, bagila
tau jawapan Nurul. Tak belanja pun tak apa janji lepas ni kita gerak pergi The
Shoppe pula.” Sarah tak sabar nak mendengar jawapan Nurul. Dalam hati masih
berharap Hezra membalas panggilan telefonnya sebentar tadi. Berkali – kali juga
dia menelefon Hezra sambil telinga dipasang mendengar teka – teki Nurul.
“Sebab...sebab...,” Nurul sengaja melambat – lambatkan konon ala – ala suspen gitu.
“Pelayan tu lelaki!” Jerit Nurul sambil disambut hilaian dari Sarah
dan Azi. Arluna hanya tersenyum sumbing. Okayla tu daripada muncung itik tadi!
“Korang posing la
habis – habis kat sini dulu, aku nak pergi tukar baju jap.” Celah Arluna yang
masih bersarung halter top dan mini sarong.
“Instinct kau kuat tak nak
bawa tuala dan baju spare itu yang
tak ada rezeki kau nak berenang agaknya.”
Azi menyinggung bahu Nurul sambil mukanya bergerak – gerak tanda okay-ayat-tu-boleh-
kasi-Arluna-letup-baik-diam wahai si Nurul!
“Hehe...aku gurau je. Jom Nina, last
shot depan pool ni, nanti aku
edit konon – konon kau kat dalam pool
bukan kat tepi pool.” Ayat Nurul
diikuti dengan jeritan kecil Arluna.
“Nurul!”
Lantas semua ketawa melihat
Arluna yang sudah mencerlung macam ibu tiri. Kecewa tu memang kecewa tapi
makhluk paling seksi, sempoi dan ranggi seperti Arluna selamba menanggalkan
mini sarong dan bergaya kononnya betul – betul nak pergi berenang. Haru
sungguh! Sebaik sahaja habis bergambar, Arluna laju menuju ke bilik air untuk menukar baju dengan ditemani oleh
Azi.
Arluna melingas ke kanan dan ke kiri mencari Azi sebaik selesai
menukar pakaian.
“Mana Azi? Tadi kata nak teman.” Boleh pula dia tinggalkan kita kat
sini, getus Arluna geram. Dia akhirnya ternampak Azi berdiri di hujung deck sebelah kolam renang sambil
bergambar bersama Nurul dan Sarah. Tak habis – habis ke bergambar wahai kawan –
kawan ku? Arluna menggeleng seorang diri melihat rakan – rakannya yang tengah
bergaya sakan. Arluna membuang pandang ke luar deck dan langsung tak sedar Sarah menghampirinya.
“Dear, good news.”
“Apa?”
“Sepupu aku ada menginap kat hotel ni malam tadi. Kejap lagi dia check out. Kita jadi tetamu dia. Kita
jumpa dia di bilik lepas tu pandai – pandai sendiri kita naik balik ke Sands
Skypark ni ikut laluan tetamu hotel. Kau selamat berendam, kitaorang tinggal pergi The Shoppe. Okay tak?”
“Yippie! I love you Sarah. Rancangan kau ni sangat – sangat okay dah.” Arluna tak segan – segan memeluk si sahabat sebagai tanda terima
kasih.
“Mengadalah kau. Aku tengok muka dah macam arnab demam tu yang aku
saja telefon sepupu aku yang selalu outstation
Singapura ni. Rezeki kau. Kebetulan. Aku pun salah sebab tak periksa yang
kolam renang ni hanya tetamu hotel boleh guna. Tak tahu pula aku siap ada pagar
asingkan kolam renang dengan Observation Deck ni. Sorry babe.”
“No sweat. I am the
happiest girl. This is the best thing that could happen to a girl like me.”
Sarah tergelak.
Arluna, swimming is the
best thing?
Nope!
Sarah, shopping is the best
thing.
BEGITULAH berbezanya Arluna dengan kegilaannya yang satu itu. Nurul,
Azi dan Sarah menemani Arluna ke bilik hotel sepupu Sarah. Selepas berbual
ringkas, tanpa berlengah – lengah mereka naik ke Sands Skypark lagi sekali tapi
melalui hotel. Senyuman lebar Arluna terukir sebaik dia menghirup udara segar
di Sands Skypark. Kini, kolam renang infiniti yang menjadi idaman terbentang di
ruang mata!
“Kami lepak kat kafe tu jap.” Azi memberitahu Arluna. Sarah dan
Nurul mengikut sahaja Azi. Mereka tak berkongsi kegilaan macam Arluna. Datang
pun sekadar ingin menikmati pemandangan dan mengutip pengalaman berada di
puncak kota Singapura.
Arluna mengangguk laju. Tak kisah dah janji impian hampir menjadi
kenyataan. Matanya galak menebar pandangan ke segenap ruang.
Yes! Yes!
Cepat – cepat dia menghampiri bilik menukar pakaian yang disediakan
di hujung kolam renang. Eh, tak jadi
tukar dululah. Baik ambil angin dulu. Tukar kejap lagi pun tak ada masalah. Sekejap
aje. Bikini masih tersarung di dalam. Nanti zas!
Cepat je. Lagi pun bukannya ada apa yang nak dikejar. Dia bukan nak pergi The
Shoppe sangat. Lebih baik dia berlama di sini dan layan diri kat dalam kolam
renang. Semua orang tak faham nikmat berenang yang boleh melegakan fikiran. Tak
kira lagi manfaat yang menyihatkan badan. Kalau terapung di kolam renang di
puncak kota singa ini, terasa diri terapung di atas awan dan bukannya di kolam
renang. Itu hobinya yang utama, terapung di air dan pandang ke langit.
Menghayati corak awan memutih dan awan membiru sangat mendamaikan.
Arluna mengatur langkah jauh dari tetamu hotel yang lain. Sambil
berjalan ke arah Nurul, Azi dan Sarah, dia sempat berangan alangkah indahnya
kalau dia berpeluang membuat beberapa pusingan corak free style di sini, dia terdengar jeritan seorang lelaki menggamit
seseorang dan tiba – tiba seorang lelaki yang sedang berjalan di hadapannya
berhenti secara mengejut.
Gedebush!
BAB 4
SEGALANYA berlaku dalam sekelip
mata. Tercungap – cungap Arluna cuba mengimbangi tubuhnya ditambah dengan
skirtnya yang panjang basah berselirat melekat ke badan menyukarkan
pergerakannya di dalam air. Tiba – tiba Arluna terasa ada tangan yang menarik
pergelangan tangan kanannya cuba menyelamatkan dirinya. Arluna menarik kasar
tangannya kembali. Setakat jatuh beberapa meter dari hujung kolam renang tak
payahla sibuk nak selamatkan aku, bukannya budak kecik yang tak tahu berenang.
Desis Arluna teramat bengang. Hatinya membara dengan kejadian yang berlaku.
Dahla tak ada baju spare, macam mana
nak balik ni.
Johan terpinga – pinga apabila tangan gadis tersebut berjaya ditariknya namun
gadis tersebut menyentak kasar dan terus berenang meninggalkannya. Johan
berenang di belakang gadis tersebut.
“Excuse me, I am sorry that...”
Belum sempat Johan menghabiskan ayatnya,
Arluna yang tengah mengambil nafas yang masih belum stabil mencerlung dan
membalas kasar.
“Kau yang tolak aku tadi kan?
Menyusahkan orang je!”
Melihatkan sahaja baju yang berwarna shocking pink basah melekat di badan
sasa lelaki yang sedang berhadapan dengannya kini, Arluna yakin seratus peratus
memang dia yang berjalan di hadapannya tadi dan berhenti dengan mengejut. Mana
boleh lupa warna shocking pink tu, euwww...geli gitew.
“Eh, kau tak tengok side
mirror dulu ke before brake?”
“Emm…err...I’m
not a car. Uh...I didn’t bring side
mirror while walking.” Okay, tak
apa. Aku nak minta maaf elok – elok kau dah potong siang – siang lepas tu tanya
soalan standard budak darjah satu, amik kau jawapan budak tadika! Johan pun
mula hilang sabar. Orang cakap elok – elok kena belasah pula.
Panas Arluna mendengar jawapan mamat handsome ala bad boy ni. Dengan renungan mata yang tajam lahir
daripada mata yang menawan, rambutnya yang basah terjuntai di dahi, Arluna
dihadiahi dengan sebuah senyuman yang memukau. Arluna sempat meneliti bak
televisyen HD (High Definition) air yang menitik di muka mamat baju pinky ni.
Kepalanya hanya mampu proses tiga ayat.
1. Bad boy
2. Eagle eye
3.
Killer smile.
Sekali tengok persis Ryan Reynolds campur Tony Stark campur senyuman
membunuh Matthew Mc Coughney. Dah campur semua jadilah macam mamat kat depan
dia ni. Nasib baik warna kulit sawo matang, Melayu la tu. Takkan twin Ryan Reynolds pula, terang – terang
tadi orang yang jerit suruh tunggu sampai mamat ni brek mengejut cakap Melayu.
Agak – agak mamat ni Singaporean? Malaysian? Jangan – jangan Indonesian tapi kawan dia tadi cakap
Melayu, kalau Indonesian lain bangat
bunyinya jadi teori mamat Indon tu tolak tepi. Tak apalah tak penting pun nak
tahu, bukannya jumpa lagi pun nanti. Hey...harap muka sahaja handsome tapi perangai macam haprak, cubala gentleman sikit. Dah lepas buat salah tu, nombor satu mengaku,
nombor dua minta maaf, nombor tiga blah
la. Yang dok terhegeh –hegeh lagi kat
sini ni buat apa.
“Miss, I am so sorry. I tak tolak you
pun tadi tapi you yang terlanggar I. By
the way my name is Johan.”
Okay mamat ni pakai telepati ke apa
macam tahu je apa kat kepala aku tapi kenapa macam lain je ayat dia ni.
“Memangla kau tak tolak tapi kalau dah brek tak bagi salam tu, macam mana orang
tak terlanggar.”
Tak ada gunanya pun nak buat sesi
perkenalan bagai. Hishh…lagi lama
menghadap mamat ni memang buat hilang segala keayuan diri, desis Arluna dalam
hati. Lantaklah, bukannya jumpa lagi pun lepas ni.
“Nak brek kena bagi salam ke?”
Erk?
Bengangnya! Tak sempat Arluna membalas, dua orang pekerja hotel datang
menghampiri kolam renang mungkin kerana masing – masing tidak berpakaian renang
dan sesi pertelingkahan pendek mereka telah mengganggu orang sekeliling. Arluna
baru menyedari Azi, Nurul dan Sarah setia menonton dirinya yang basah kuyup
dalam kolam renang itu. Mesti gelakkan aku tu, gerutu Arluna. Sadis betul
pengalaman dalam kolam renang idaman ni.
“Can we help you? May we know what is going on here?”
Tanya lelaki yang memakai nametag
Brandon.
Johan pantas berpaut pada tebing
kolam renang dan melompat keluar cuba menerangkan kejadian yang telah berlaku.
“Come.” Johan menghulurkan tangan
pada Arluna cuba membantu. Harap minah kerek ni janganla cuba nak buat hal lagi
kat sini. Aku ikhlas ni nak tolong. Kesian pula dia melihat wajah kesejukan
gadis yang dari tadi tidak diketahui namanya.
“Save for later.” Tegas Arluna
cuba menolak dengan sopan. Tak payah nak tunjuk maco kat sini la, takat nak
naik ni apa ada hal. Seorang lagi pekerja hotel dengan sopan menghulurkan tuala
untuk Johan dan Arluna. Brandon membawa mereka jauh sedikit dari kolam renang
untuk berbincang. Arluna hanya memberi isyarat mata kepada kawan – kawannya
agar tunggu sebentar.
“Both of you had caused stirred at the
pool just now. It causes an inconvenience to the hotel guest. If you are not
the hotel guest, please fill up this form.” Brandon mengunjukkan sekeping
borang dan sebatang pen kepada Johan. Arluna yang masih kesejukan berdiri lemah
disisi Johan sambil mengerling tanda kau-tolak-aku-kau-jawabla
sambil keningnya dijungkitkan sedikit.
“What this form all about? It was just an
accident. We accidentally bumped and fell into the pool. That’s all.” Johan
nampak tidak berpuas hati dengan layanan tersebut.
“Actually we don’t want this incident to
be discussed outside and on behalf of management we would like to settle things
before any issue rose related to our place. Unsatisfied guest voice will
tarnish our reputation.”
“Excuse me. They don’t have to go through
this nonsense because they are your guest. They have all the privilege to
access the swimming pool be it with proper attire or not. Don’t worry, we won’t
sue you if that is what you meant.”
Sergah Raziq yang tiba – tiba muncul dari arah belakang Arluna. Johan tersengih
memandang Raziq tetapi menjeling tajam pada Shahrir di sebelah. Ni semua kau
punya pasal la Shahrir.
“I am sorry Sir but this girl just now we
caught her violated the entry regulation for public. She tried to access the
swimming pool from Public Observation Deck.” Brandon teragak –agak berkata.
Hati pelanggan mesti dijaga tetapi tanggungjawab tetap harus dilaksanakan.
Setiap peraturan yang ditetapkan di Sands Skypark ini wajib dipatuhi dan
tindakan akan diambil bagi sesiapa yang gagal mematuhinya.
Arluna yang diam dari tadi gugup seketika. Mak aii..malunya aku. Apa
nak buat ni? Over sangat mamat
Brandon ni. Aku saja – sajalah pakai baju renang tadi. Boleh tak cakap macam
tu? Arluna mengetap – ngetapkan bibirnya sambil otaknya ligat berfikir. Si
Johan ni lepas la, aku ni nampaknya banyak lagi la nak kena proses. Kesian kat
Azi, Sarah dan Nurul yang tak sabar – sabar menunggu untuk meneruskan rancangan
ke The Shoppe. Tergendala lah rancangan Sarah. Rasa bersalah menghantui diri.
Tiba – tiba Johan menariknya ke tepi.
“Apa tarik – tarik ni, lepaslah!” Arluna terjerit kecil.
“Betulke apa yang pekerja hotel tu cakap?”
“None of your business.” Arluna menyilangkan tangannya. Nak cakap dia
naik sini melalui Hezra rasanya tak guna sebab Hezra dah check out pun. Buat malu berganda kalau dituduh menipu pula.
“Miss no-name. Kejap lagi kau ikut plan
aku.” Johan tersenyum sinis.
Arluna terasa amat malu. Aci tak kalau rasa macam nak terjun dari
tingkat 57 ni? Mesti mamat ni budget
aku budak sekolah yang datang nak berenang di kolam renang awam. Tengok gaya
mamat ni dengan kawan – kawannya memang gaya anak orang kaya tak hengat ni. Tapi buat apa nak dipedulikan
si Johan ni. Sekejap lagi masing – masing akan membawa haluan sendiri. Dari
jauh kononnya datang nak merasakan kenikmatan berenang di Sands Skypark tapi
yang jadinya jatuh gedebush dalam
kolam renang infiniti tu adalah. Apalah kau Arluna!
“Actually just now she was
waiting for me. It was an accident. I’ll take her to my room now if you may
excuse us. We need to change our clothes.” Johan dengan selamba memberitahu
Brandon dan terus menarik Arluna dengan diekori oleh kawan – kawannya menuju ke
lif hotel.
Arluna ternganga.
“Miss-no-name, shut your mouth.”
Johan merapatkan bibirnya ke pangkal telinga Arluna. Perlahan sahaja suaranya bagi
mengelakkan daripada didengari oleh pekerja – pekerja hotel tadi. Kalau nak
ikutkan hati Johan boleh je dia nak cakap kononnya miss-no-name ni bini dia ke, tunang dia ke, bagi drama sikit tapi
bila dia rewind balik memori dalam
otak dia ni baru dia perasan ni la gadis Victoria
Secret yang dia usha tadi.
Ampunla nak jadi calon bini, nak buat berlakon pun aku tak sudi! Mana dah pergi
baju Victoria Secret miss-no-name ni,
sekarang ni sopan pulak dengan long skirt
dan t-shirt putih ni. Johan menjeling sekilas ke arah gadis yang sedang berdiri
di sisinya.
Berdiri bulu roma Arluna mendengar bisikan Johan. Ish...ish...asyik test jantung aku hari ni. Tak payah berenang sebulan pun tak apa.
Jantung pasti sihat.
“What do you think you are
doing?”
“Just follow me at least to
the hotel lobby, change your cloth then I’ll let you go. It’s for your own good
by the way and please go tell your friend you are coming with us.”
Johan berhenti melangkah sambil mengisyaratkan Arluna agar pergi
mendapatkan kawan – kawannya. Betul juga cakap Johan, sah – sah Arluna dah di black – list dan setiap pergerakannya
mesti diperhatikan. Malunya!
“Sekarang pandai pula brek bagi salam eh?”Arluna cepat - cepat
berlari anak meninggalkan Johan.
AIR MUKA Johan berubah. Sempat pula dia perli kita.
“Lawa awek tu Johan. Kalau aku yang accident pun aku sanggup,” usik Eid usai Arluna melangkah pergi.
“Lawa memang lawa, cutting
body pun A tapi mulut belacan!”
“Mana kau tau Johan, kau tak bagi CPR pun tadi,” sela Shahrir
disambut ketawa yang lain. Mereka bersidai di hadapan lif menunggu kedatangan
Arluna.
“Sarah, Azi, Nurul, aku minta maaf jadi macam ni.” Termengah –
mengah Arluna meminta maaf dek berlari mendapatkan kawan –kawannya ini.
“Nina, ceciter sikit apa
jadi? Macam mana boleh jatuh ni? Aku nak pergi dekat kau duk bagi isyarat okay – okay.
Tak nampak macam okay ni.” Tanya Azi, orang yang paling risau. Nampak sahaja
Arluna terjatuh ke dalam kolam dan suasana kecoh tiba – tiba, terus dia nak
menghampiri sahabat baiknya tapi isyarat tangan Arluna membantutkan niatnya.
Bukan apa, nanti penat nak menjawab dengan Encik Najib kalau jadi apa – apa noks!
“Dorang tunggu aku. Aku
tengah bengang ni, benda kecik je. Aku menyusur kat tepi kolam tadi cari korang. Sedap aku tengah berangan,
terlanggar mamat tu terus gedebush
dalam kolam. Ni yang sampai pihak hotel kecoh. Aku ingat nak terus blah pergi The Shoppe tapi baju aku
basah. Mamat yang langgar aku yang konon hero kesian tak nak aku kena halau so dia cakap aku datang dengan dia so now I’ve to go with him, get myself dry
because I’m so clever not to bring any spare cloth. Meet me later at The Shoppe,”
terang lagi bersuluh penjelasan Arluna.
“Kenapa tak cakap kau tetamu hotel juga? Tak payah nak ikut mamat
tu. Bahaya lah.” Sarah mula risau.
“Hezra dah check out kan
tadi. Kalau aku cakap pun dah tak ada guna. Sarah, tak apalah. Masuk kolam ni
tak berenang pun tak apa. Aku puas hati. Dah memang tak ada rezeki aku. Aku
kenang jasa kau sampai bila – bila Sarah. Aku akan kenang juga jasa mamat tak
guna tu sampai bila – bila juga. Rosak rancangan aku.”
“Kau biar betul Nina. Berani pun biar bertempat.”
“Habis tu kau nak aku menapak masuk The Shoppe basah macam ni? Aku
ikut turun je bukan ikut dorang pergi
mana pun. Kawan dia seorang pergi mengaku aku kawan mereka jadi itu yang orang
hotel lepaskan aku. Kalau tak aku dah kena tarik dengan mereka dari tadi lagi.”
Arluna faham kerisauan Nurul.
“Turun sama – samalah. Tak apa kitaorang
tunggu baju kau kering.” Azi bertambah risau.
“Eh, tak payah. Nanti lambat korang
nak pergi The Shoppe. Aku turun sekali dengan mereka tapi sampai lobi aku
berpecahlah. Pandai – pandai aku cari port
keringkan baju aku dulu lepas tu aku jumpa korang
kat The Shoppe.” Terbayang dalam kepala nanti dia akan kesejukan dan amat
berharap bilik air di lobi ada menyediakan pengering rambut. Baru cepat kering
kalau setakat pengering tangan, macam mana nak tadah baju dia ni?
“Janji kau kena jaga diri. Jangan layan budak – budak tu. Kita tak
kenal pun. Tak tahu baik atau jahat tu.” Azi dah siap bagi pesanan penaja.
Memang tak salah Encik Najib percayakan Azi pun. Sangat mengambil – berat.
“Ia, aku tahu. Jangan risau. Ada siapa nampak handbag aku tak?” Tanya Arluna sambil berdoa janganlah ada dalam
kolam renang. Tak sanggup nak masuk kolam dan berenang semata – mata nak
geledah cari beg tangan. Ini pun dah cukup malu.
“Ni hah, aku ambil kat tepi kolam. Kau tengah kalut tadi jadi aku
ambil. Basah sikitla. Nasib baik kau terlepas sebelum kau gedebush dalam tu kalau tak selamat tinggal romeo segala harta
karun kat dalam tu.” Nurul menyerahkan beg tangan Arluna.
“Nanti apa – apa call. We meet at The Shoppe. Make sure your phone
is on roaming mode.” Sarah mengingatkan Arluna.
“Jangan risau, aku turun je dengan dorang pakai lif hotel, tunggu baju aku kering kat lobi tu jap
pastu aku terus pergi The Shoppe. Ikut hati, dengan basah – basah ni nak je aku
masuk The Shoppe tu beli baju baru. Masalahnya duit dollar aku tinggal ciput.” Arluna membebel menenangkan kawan –
kawannya yang kerisauan.
“Kau betul tak nak aku temankan kau?” Tanya Azi.
“Tak payahla. Sekejap je.” Balas Nina tak mahu menyusahkan Azi.
“Okay then, see you there.”
Azi melambai – lambai sambil membontoti Nurul dan Sarah.
Arluna bergerak malas menuju ke arah Johan dan kawan – kawannya yang
masih setia menanti di hadapan lif. Kalau lif biasa kelajuannya 3.6 m/s agaknya
lif yang membawa mereka turun berapa pula kelajuannya? Dari tingkat 57, cepat
sahaja sudah sampai ke tingkat 20. Arluna cuba mengawal riak di hadapan Johan
dan kawan – kawannya yang tidak lepas daripada memandangnya.
“What is your name? Where are
you come from?” Shahrir memecah suasana sunyi dalam lif.
Aku dah agak dah mesti ada yang nak bersoal jawab. Johan pula hanya
memandangnya sekilas dan tangannya relax
diseluk ke dalam poket seluar pendeknya. Kuyup macam ni pun nak control maco lagi ke?
“Nina. Not important.”
Arluna menjawab ringkas sambil tersenyum nipis. Sekadar berbahasa apa salahnya.
“Oh, tadi nama miss-no-name,
sekarang asal not-important. Never heard such place exist,” perli
Johan sinis.
“Encik Johan, you never ask my
name. You je yang sibuk nak kenalkan diri siapa suruh?” Arluna tidak mahu
mengalah. Cukup la dah malu macam orang batak pergi Sands Skypark curi – curi
nak mandi kan. Mana aci sebab aku tak tahu pun orang awam tak boleh guna kolam
renang infiniti tu. So tak la batak
sangatkan.
“Johan ni memang sopan sikit Nina tapi walau pun Nina tak tanya saya
nak juga kenalkan ni kat sebelah saya Eid, sebelah Johan tu Shahrir dan saya
Raziq,” ujar Raziq cuba mencucuk line.
Ting!
Pintu lif terbuka dan Arluna terus meloloskan diri keluar. Laju
Arluna menonong dan hanya melambaikan tangan ke arah Johan dan kawan –kawannya.
Bukannya Arluna tidak mahu beramah mesra dengan mereka tetapi perkenalan yang
singkat dan memalukan membataskan segalanya. Pada awalnya memanglah Arluna
bengang dengan Johan yang menyebabkannya terjatuh dalam kolam tetapi sekarang
lebih kepada malu apabila dituduh Brandon cuba mencuri mandi di kolam renang
tersebut.
Yeehaa!
Tunggu baju kering jap pastu boleh join dorang. Bisik Arluna
sambil berlegar – legar di hadapan bilik air. Yalah dah kuyup luar dalam macam
ni, tak kan nak bertebeng kat depan
lobi hotel high class ni. Berapa lama
baju nak kering ni? Adoyai!
“Nina, why are you still in
your wet clothes?”
Mak kau pocot! Arluna melatah dalam hati terkejut dengan sapaan
Johan yang tiba – tiba muncul. Rasanya tadi dia telah mencilok di tengah
keramaian orang dengan baiknya sebaik meloloskan diri keluar lif supaya tidak
dapat dikesan hala tujunya.
“Actually I didn’t bring any
spare cloth.” Terasa muka macam tengah buat tayangan iklan Colgate bila
tayang senyum paksa kat Johan.
“What?” Suara Johan separa menjerit.
BAB 5
“LEPAS lah...sakit ni.” Arluna
memegang tangannya yang baru sahaja dilepaskan oleh Johan sebaik sahaja mereka
meloloskan diri ke dalam lif.
“Kau kenapa main tarik –
tarik anak orang ni?”
“Shhh.” Johan meletakkan jari
telunjuknya ke bibir Arluna.
Tergamam Arluna apabila
mata mereka bertaut. Panahan mata helang empunya badan yang ala bad boy ni kalau tak membunuh pun boleh
buat orang koma la! Sebab pandangan mata helang inilah yang membuatkan Arluna
terdiam apabila Johan menariknya tadi. Apabila dia cuba menjerit dan cuba
melepaskan tangannya, Johan mengeratkan lagi pegangannya. Malu juga dia jika
ditegur pihak hotel sekali lagi. Terpaksa dia mengheret langkahnya dengan
longlai. Sebaik sahaja pintu lif Tingkat 19 terbuka, Johan berjalan menyusuri
lobi dan berhenti di hadapan sebuah bilik. Arluna diam membisu walaupun dia
sudah merasa cuak. Johan mengeluarkan sekeping kad daripada poket seluarnya
yang masih lembap seperti juga baju yang tersarung di badannya. Kad tersebut
dimasukkan ke slot dan pintu bilik pun terbuka.
“Masuk.”
Arah Johan sambil menolak Arluna ke dalam.
“Tak
nak.” Arluna bergerak beberapa langkah ke belakang.
“Masuk.” Johan tercegat di sisi pintu.
“Tak nak.” Arluna melangkah lagi setapak menjauhi pintu.
“Masuk.” Suara Johan berubah keras.
“Tak nak!” Suara Arluna meningkat beberapa oktaf.
“Okay, fine.”
Gedebum!
Johan menarik tangan Arluna masuk ke
dalam bilik sepantas kilat dan menutup pintu sekuat hatinya. Arluna yang
terkejut ditarik dengan tiba – tiba berjalan terhoyong – hayang dan sebaik pintu
tertutup, kakinya tersadung sesuatu dan dia hanya sempat menarik lengan Johan
menahan daripada jatuh namun kedua – duanya elok tertiarap di atas karpet bilik
hotel mewah tersebut.
1 saat
2 saat
3 saat
4 saat
5 saat
Masing – masing hanya mampu
memandang siling moden yang dihiasi dengan lampu warm light sambil mata terpejam celik cuba mencerna kejadian. Tiba
– tiba Arluna mendengus kasar. Dia menyepak hujung kaki Johan yang bertindih di
atas kakinya. Tangannya memberi refleks yang cepat menolak bahu Johan yang yang
bersentuhan dengan bahunya.
“Bangunla, tak kan nak baring sampai malam kat bawah ni kot,” gerutu Arluna
sambil kakinya sekali lagi menyepak Johan.
“Aduh! Sakitla.” Johan terus bangun dan menghulurkan tangan kanannya untuk
membantu Arluna berdiri.
“Kalau sampai malam aku pun tak nak kat bawah ni, kat atas tu bolehlah.”
Johan terus berjalan menuju ke arah
beg setelah Arluna menepis tangan yang dihulur. Johan membuka t- shirt nya yang
lembap dan mencampakkan ke katil.
“Cup!Cup! Sebelum kau buat adegan pelik – pelik kat sini, Encik Johan please I’m begging you, let me go. I don’t see any purpose why you brought me
here.” Arluna segan melihat Johan yang separuh berbogel ditambah lagi
dengan kesempurnaan bentuk badan Johan. Pada pandangan Arluna ianya amat menipiskan iman. Namun soalan Arluna
dibiar berlalu sepi.
“Tadi siapa suruh degil orang cakap masuk, masuk je lah. Nak kena cakap sampai tiga kali pun tak
dengar. Tak kuasa la aku nak ulang macam radio buruk.”
“Aku tak
kenal kau.” Mata dijeling ke arah pintu. Bersedia untuk keluar bila – bila masa
sahaja.
“Aku pun
tak kenal kau.”
“Habis
tu aku nak buat apa kat sini?”
“Aku nak
keluar.” Arluna menapak ke pintu.
“Kejap.”
Johan yang hanya berseluar pendek menghampiri Arluna. Beg di bahu Arluna
dirampas dan dibuka.
“Hey! Ni
dah lebih.”
“Ni je
barang kau bawak? Rumah kau kat – kat sini je ke?”
“Suka
hati akula nak bawa apa pun.” Soalan kedua dibiarkan tak berjawab.
“Pergi
tukar balik pakai two pieces kau ni.”
Johan mencampakkan pakaian renang Arluna dan mini sarong yang tadi elok terlipat kini bersepah di atas karpet.
“No way! What for?” Arluna
cuak.
“Kau ni kan memang budak
sekolah tak habis belajar kan? Tanya banyak tapi salah forecast. Tukar pakai ni then
baju kau yang lembap tu kau keringkan dulu kat bilik air sana. Jangan lupa amik
bathrobe kat wardrobe tu sekali. Tak hingin
aku nak tengok tayangan perdana lagi. Baju kau dah kering nanti, kau boleh blah.” Perli Johan sinis sambil
tangannya menunjukkan arah pintu bilik air.
Arluna
menelan air liur.
Okay
this is totally insane, humiliating and really out of plan!
“Sebelum tu aku masuk dulu.” Johan mengambil baju dan seluar baharunya dan
melangkah ke bilik air.
Arluna mengutip baju renangnya yang
dicampak kasar oleh Johan tadi. Arluna duduk bersila di hujung katil sambil
menarik selimut dan membaluti tubuhnya yang kesejukan. Arluna berasa amat rimas
disaluti oleh pakaian lembap ditambah dengan kedinginan penghawa dingin.
Matanya meliar meneliti dekorasi sekeliling bilik hotel di Marina
Bay Sands itu. Bilik yang berkeluasan pada anggarannya mungkin lebih kurang 35
kaki persegi sahaja membentangkan panorama Singapura yang maju namun masih
pesat membangun. Konsep moden
mendominasi dengan pemilihan perabot yang ringkas namun tetap kelihatan menarik
dan mewah. Hari ini nampaknya impiannya memang menjadi kenyataan walau pun amat
tak sesuai di abadikan dalam memori indah. Kolam renang infiniti di Sands
Skypark berjaya juga dinikmatinya walaupun dengan cara penuh tragis dan bilik
hotel mewah di Marina Bay Sands ini juga berjaya juga dijejakinya walaupun
dengan cara terpaksa.
Arluna menguntum senyum mengingatkan
separuh hari yang dilaluinya hari ini. Badannya yang mula rasa suam – suam
terasa amat selesa namun matanya hampir terlelap menunggu Johan bersiap. Mandi
atau tidur kat dalam tu? Mamat ni memang teramatlah menyakitkan hati orang. Dah
tahu ada tetamu, buat – buat la cepat sikit, ini mandi macam tuan puteri
bersiram lagaknya. Lamunan Arluna terhenti apabila mendengar loceng pintu.
Nak bukak, tak nak, nak bukak, tak nak,
nak bukak, tak nak.
Ish, tak nakla. Karang kena tangkap basah je. Ish, kau Arluna, ini international hotel dan terletak di Singapura. Sila faham kat
sini tak ada orang nak kisah kau buat apa dalam bilik ni. Orang memang tak
kisah tapi Allah nampak Nina. Teringat ini, berada sebilik bersama Johan walau
pun tanpa rela rasa seperti maruah murah benar tapi jeritan Johan mematikan
lamunan.
“Nina, help me get the door.”
Okay sekarang aku turun pangkat satu tahap lagi. Tadi buruh paksaan
sekarang jadi doorgirl’s pulak kan.
Arluna bangun dari bersila namun selimut yang menyelubungi tubuhnya tetap
diseret ke pintu. Pintu dibuka perlahan.
“Hai Johan.”
“Aaa?”
BAB 6
“Who are you?” ‘Orang’
yang tengah berdiri kat depan aku ni bertanya.
“Saya? Tak der sesiapa pun. Sekejap ya saya
panggilkan Johan.” Nak jawab apa lagi kan sebab aku dengan Johan memang bukan
sesiapa pun. Kenal pun tak sampai satu jam.
Bila aku lihat mata ‘orang’ ni mencerlung tajam menganalisa aku atas
- bawah ulang balik atas - bawah maka sebaiknyalah tindakan aku ni, tutup
pintu, panggil Johan cepat – cepat. Lagi bijak.
Dum! Selamba aku tutup pintu dan biarkan ‘orang’ itu di luar bilik.
Sedang aku melangkah menuju ke bilik air baru aku tersedar yang aku
sedang berbungkus dengan comforter
dengan rambut yang masih lagi lembap. Memang patut pun ‘orang’ itu memandang
aku semacam. Memang mengundang prasangka la kalau duduk dalam bilik hotel
berdua – duaan, aku siap berbungkus comforter,
Johan pula dalam bilik air. Memang sebijik macam scene – scene dalam drama sebelum couple kena tangkap khalwat.
“Johan, cepat! Ada orang nak jumpa.” Aku ketuk pintu bilik air bertalu – talu.
“Urgent! Orang tu suruh
cepat sikit.” Tak sanggup aku nak menghadap dengan orang yang tak ada
kena mengena dengan aku. Mandi dahlah kalah puteri bersiram, aku lambat karang tak pasal – pasal melepas nak
tinggal jejak kat The Shoppe tu.
“Who?”
Perkataan urgent memang memberi
impak yang besar heh! Laju je Johan membuka pintu. Wangian Eternity Man
memenuhi rongga hidungku. Haishh…mamat
ni kalau aku jumpa kat universiti memang aku tackle punya. Cukup pakej jejaka
idaman Malaya. Rupa ada, bentuk badan superb,
lagi Arluna? Okay to be frank fizikal
aje kan yang boleh dinilai dalam tempoh masa yang singkat, lain – lain sifat
kalau sekali pandang dah tahu senangla aku nak cari calon kekasih hati. Berdiri
kat tepi kaki lima, scan jer yang
mana berkenan. Hahaha…gelak Arluna
dalam hati.
“Ermm, I didn’t ask.”
“And why you shut the door?”
Jangan nak tunjuk muka konon aku biadap tinggalkan tetamu dia kat
luar. Aku panik okay. Tindakan refleks je tutup pintu tu. Gumam Arluna sendiri
tapi matanya hanya ditala ke luar tingkap. Malas nak bersoal jawab. Aku nak blah la wei! Cepat kau layan ‘orang’ tu,
lagi cepat aku boleh keluar bilik hotel ni.
“Nah! Letak kat dalam.”
Tuala basah yang dipegangnya dari tadi dicampakkan kepada Arluna.
Tak guna betul! Gerutu Arluna namun disambutnya tuala tersebut dan terus menuju
ke bilik air. Pintu dikatup rapat. Namun apabila menangkap suara Johan yang
sayup – sayup di luar, Arluna merapatkan telinganya ke pintu cuba mencuri
dengar. Hormon ‘busy body’ Arluna
tiba – tiba meningkat naik.
“Auntie, sorry to let you wait
outside. Masukla.”
Suara Johan kedengaran ceria. Auntie?
Rambut kuning macam warna air karat tahap SAJ tak pernah buat penyelenggaraan tu dipanggilnya Auntie? Sumpah tak ada gaya Auntie, gaya awek tak pun mistress baru sesuai.
Oh My Gucci!
Aku ingat Johan datang dengan kawan – kawannya yang semuanya kacak
tu aje. Aku salah dengar kot. Badan solid, bergaya mantap habis macam nak
tersembul nasi lemak 50sen, mudanya Auntie
ni. Entah – entah buah hati Johan yang namanya Antiya tapi nama manja kot Auntie tu. Wah! Banyak pula teori kau
Arluna.
“Hanna mana? Tadi cakap nak pergi shopping lepas tu terus balik. Tak tahu pula Joe yang Auntie nak singgah hotel.”
Bertambah maklumat pasal si Johan
ni. Selain handsome dan berbadan
sasa, nama glamour mamat ni disebut
dengan kosa kata Jo-wi ya kanak – kanak sekalian bukannya Joy.
“Hanna ada di salon Action
Hair Boutique, tengah buat hair
treatment, Auntie cuma nak bagi tiket Universal Studio ni. 4 tiket semuanya
kan? Ke dah lupa suruh Hanna beli tadi?”
Siapa pula si Hanna? Kalau Auntie
Johan ni rambut warna air karat, aku budgetla,
budak yang nama Hanna ni warna pelangi agaknya rambutnya. Arluna mengomel dalam
hati.
“Lepas ni terus balik KL ke?” Tanya Johan.
“Yes, terus pergi Changi Airport. Our flight is at 7pm. Lepas high-tea
then terus heading airport.”
“Hanna tak kisah ke kalau Joe tak hantar? I
have my own plan tonight.”
“She is safe with me. No worries.”
Hanna tu agaknya girlfriend Johan kot. Risau semacam nampak
mamat ni. Desis Arluna yang masih mengintip di sebalik pintu.
“Siapa yang buka pintu tadi Johan? Lawa
benar Auntie tengok. Hanna tahu ke
tak ni?”
“She is just someone that erm ... how
should I say? Ermm...never mind
Auntie but please don’t tell Hanna.”
“Sure but don’t go overboard naughty boy.”
“You are great Auntie.”
“Trust me.”
Kenapa ayat si Johan ni macam nak
buat aku tercekik jer dengar. Cakap lah aku ni kau baru kenal, kau terlanggar
dan sedang menebus dosa. Bukan payah pun berterus – terang. Ada kat bilik ni
sebab aku insan hina tak berdaya nak tolak bila kau tarik tangan aku tadi. Ces,
konon kesian tengok aku kesejukan tak ada baju nak tukar la pula. Agaknya
memang sahla Hanna tu buah hati Johan, sibuk je suruh Auntie dia cover. Malas la nak dengar lagi. Arluna
berdiri menghadap sink dan mula menanggalkan pakaiannya. Pakaiannya yang lembap
digantungkan di ampaian. Arluna mandi ala kadar dan menyarungkan bathrobe yang diambilnya daripada almari
di luar tadi. Diambil pengering rambut dan dihalakan ke arah bajunya yang
basah. Bagi cepat sikit kering, desis Arluna.
Tok!Tok!
“Nina. Keluar kejap.”
“Ada apa? Aku tengah nak keringkan baju ni.”
“Keluar la sekejap.” Gesa Johan.
Arluna memadam punat pengering rambut dan
menolak daun pintu. Johan sedang berdiri menghadap tingkap sambil kedua – dua
tangannya disilangkan di dada.
“Mana Auntie seksi awak tadi?” Tanya
Arluna apabila mendapati hanya dia dan Johan yang tegak berdiri dalam bilik
hotel tersebut. Segan pula aku berdiri dengan memakai bathrobe ni.
“Selamba kau je kan mengata orang. Tadi masa kat Sands Skypark, bukan kau ke
makhluk tuhan paling seksi?”
Aduh...bisanya! Kenapalah mulut aku
ni suka menderhaka pada tuannya? Aku pun sama juga seksi ada hati nak mengata
orang. Tapi aku hanya akan seksi apabila penyakit gila air aku datang. Sesekali
aku tak akan seksi kalau bukan upacara melibatkan air okay! Arluna termalu
sendiri. Buat penat cakap. Sudah pasti Johan sesekali tak kan percaya kalau
terang – terang dia di ‘tangkap basah’ di Sands Skypark tadi. Apa yang nak
dihairankan pun, minah – minah Salleh kat atas tadi lagi seksi. Bikini aku
jenis two pieces yang paling sopan
okay. Malunya!
“Kau, Auntie aku, semua perempuan
keliling aku sama sahaja.Tak faham aku kenapa perempuan ni suka buat tayangan
perdana.”
Hah? Maksudnya si Johan ni
dikelilingi oleh semua perempuan seksi lah tapi kenapa emotional semacam. Bukankah lelaki semua suka dikelilingi perempuan
seksi.
“Encik Johan janganla emo sangat,
yang penting girlfriend Encik Johan nanti
makhluk tuhan paling sopan.” Turun satu oktaf suara Arluna. Malas dia nak layan
lebih – lebih si Johan ni. Maksudnya si Hanna tu makhluk tuhan paling sopan la
ya. Arluna membuat kesimpulan sendiri.
“Etika berpakaian terpengaruh sangat dengan barat. Memang tak sesuai
la nak jadi bini aku kalau spesis pakai kain tak cukup ni. Bagi aku less is more.”
“Tapi Encik Johan, kita jumpa ni accident
je pun, tak payahla nak melalut sampai calon bini pula,” sangkal Arluna berang
bila dilabel sebegitu. Hanna tu nak tinggal mana?
“Cukupla semua perempuan dalam rumah aku pakai tak cukup kain, bini
aku besok mesti pakai kain cukup – cukup sebab aku ni lebih daripada mampu nak
beli kain berbidang – bidang.” Johan membebel sambil menyarungkan kasut dan
kemudiannya berdiri menghadap Arluna.
Arluna pelik. Pelik dengan
perangai Johan yang anti – seksi? Kalau istilah anti – dadah, anti – rokok
memang sesuaila dengan kaum lelaki tapi anti – seksi? Macam tak sesuwei je. Gaya Johan yang serba
sofistikated melambangkan dia dibesarkan dalam keluarga yang berada dan elit
tetapi luahan yang keluar dari mulut Johan sebentar tadi membuatkan Arluna
keliru.
Who are you man?
“Aku keluar dalam setengah jam. Kau tunggu kat bilik sekejap.”
“Tapi baju aku dah nak kering, nanti aku nak terus blah ni.”
“Bukan dah kering pun, dah nak keringkan? Maksudnya belum lagi kering jadi
tunggu je la kat sini sekejap.” Johan terus melangkah keluar dan meninggalkan
Arluna terkulat – kulat di situ.
SETENGAH jam kemudian.....
“Nina...Nina...” Johan memanggil – manggil Arluna namun yang menyapa pandangan
hanyalah ruang biliknya yang kosong dan sepi. Sebaik kakinya melangkah ke
katil, Johan terperasan sekeping nota yang ditinggalkan di atas meja hiasan.
Dear Johan,
Thanks &
Sorry. Got to go.
xoxo :)
Nina Najib
Johan merebahkan badan ke katil. Beg
kertas bertulis ESCADA yang berisi gaun
labuh untuk Arluna dicampak ke hujung katil.
What a day!
BAB 7
MARI kita mulakan pagi yang ceria ini dengan semangat baru dan azam yang
kental. Perkara – perkara
wajib yang mesti dimasukkan dalam senarai peringatan hari ini ialah;
1.
Gali
sebanyak mana pengetahuan berguna.
2. Tunjukkan kewibawaan dan
kesungguhan semasa bekerja.
3.
Jangan tertidur masa bekerja.
4.
Maintain ayu setiap masa.
5. Mesti berdisiplin.
6. Jangan terlibat dengan
aktiviti gosip!
Lama
Arluna berteleku di sejadah usai solat Subuh. Biasanya pada pagi yang damai
ini, aktiviti harus kalau tak wajib pun ialah sambung tidur tetapi hari ini
merupakan hari yang penuh kelainan yang perlu ditempuhinya. Kewajipan sambung
tidur walau hanya 10 minit yang menjadi kebiasaan mesti ditinggalkan. Panjang
Arluna berdoa agar dipermudahkan segala urusannya pada hari ini.
Sempat
juga Arluna menyenaraikan enam perkara sebagai panduan dia menempuh hari ini
dengan cemerlang. Tapi macam kelakar aje senarai aku ni terutamanya perkara
nombor tiga. Takkan tertidur kot kalau sebeban kertas diaorang bagi aku taip nanti. Jangankan tidur, makan pun tak sempat
nanti. Desis Arluna sambil melipat telekung dan sejadah.
Arluna
melangkah ke cermin hiasan yang berbentuk hati tergantung di dinding bilik. Dia
mengeluh panjang melihat rambut kesayangannya. Dia berpusing 360 darjah
membelek – belek rambutnya yang baru keluar saloon. Maklumlah
hari ini amat penting bagi Arluna.
DAH terlambat ni. Macam mana boleh salah perhitungan. Arluna membuat langkah panjang – panjang.
Kakinya yang sememangnya panjang diatur cermat persis model berjalan namun
dihayun dengan lebih laju.
Bad impression! Bad
impression!
Nak cakap apa ni? Nak bagi alasan apa ni? Adoyai!
Sampai sahaja Arluna di hadapan lif dia terus menerobos masuk. Punat
8 ditekan. Bibirnya terkumat kamit membaca doa – doa yang terlintas
difikirannya saat ini dengan harapan segala urusannya sekejap lagi
dipermudahkan. Sebaik pintu lif terbuka di Tingkat 8, terpampang papan tanda
berwarna pink?
Ngee…betulke aku ni? Aku tak
tersalah pejabatke? Surat tawaran ditarik keluar beg tangan. Padini mesengger bag yang berisi buku
log dan beberapa buku rujukan yang dipegang di tangan pula disandarkan ke
dinding. Ditadah surat tawaran tersebut pada paras pandangannya untuk
dibandingkan dengan nama yang terpampang pada papan tanda tersebut.
“Samalah, betul ni.”
“Ya, Cik, apa yang samanya, apa yang betulnya? Boleh saya tolong?”
Arluna tergamam, tak sangka ada orang mendengar bebelannya sebentar
tadi.
“Ini Jurutera Perunding R. Arsyad kan? JPRA?”
“Yup, this is JPRA, how can
I help you?”
Arluna tersenyum lebar. Betul pun. Cuma tang colour pink dan
warna pejabat yang terlebih ceria ni je yang mengelirukan aku.
“Are you our new practical
student? Eh, come in. Actually I came from HR Department at Level 7. They said we
are expecting a practical student today.” Gadis yang berbaju kurung hijau
pucuk pisang menolak daun pintu.
“I’m Nia Arluna Najib,” balas Arluna sambil membontoti gadis tersebut. Rambut gadis ini
yang hitam bersinar beralun lembut diperhatikan Arluna dengan penuh
irihati.
“Nice name. Boleh I
panggil you Luna?”
Dia dah mula dah. Ni yang aku pantang
bagitahu nama betul aku ni. Kenangan zaman kanak –kanak ribena pasti datang
mengundang. Tak nak la sebut je nama aku orang teringat pensil warna LUNA brand Staedtler tu. Tak mo la!
“Boleh panggil saya Nina.” Balas Arluna sopan.
Control
ayu, control ayu. Ingat senarai nombor 4.
“Duduk dulu, sebenarnya awak datang lambat ni. Our boss tadi pagi – pagi dah cari mana budak praktikal tak sampai
– sampai lagi. JPRA jarang ambil budak praktikal tapi kali ni macam berkecuali
sikit. Bulan ni syarikat tengah tight
dengan big project and A-list client. Jadi bos nak temporary helper. Sedang elok awak submit permohonan. Pakej pula dengan
awak dean list student jadi boss assume awak mesti pick up and will be a great helper for him.”
“Okay.” Hanya itu yang mampu diucapkan oleh Arluna.
Gulp! Matilah aku macam ni. Mesti bertimbun tu kerja nak buat. Mesti nak kena binding kontrak ni. Tak pun kena fotostat drawing. Apa lagi donkey
works yang selayaknya budak praktikal buatkan? Arluna berteka – teki.
Jangan tukang buat kopi sudah.
“Tunggu
sekejap ya, Boss tengah meeting. Awak boleh tunggu kat meja yang
kosong tu.” Gadis berkurung hijau pucuk pisang itu menunjukkan sebuah meja
kosong di hujung 3 buah bilik yang bertutup dan bertinted dark purple.
Did I just say purple?
Owh
My Prada!
Okay
at least its dark not bright purple.
Aku ingat tinted glass wujud warna hitam je. Aku ni amatla low – tech. Arluna tersenyum nipis sambil memandang gadis
berkurung hijau pucuk pisang itu. Wah! Penat aku nak sebut gadis-berkurung-hijau-pucuk-pisang.
Tak boleh ke cik adik gadis manis ini kenalkan diri. Bagilah
tau nama. Seganla aku nak activate
hormone busy body aku ni.
“Saya Seri Mawar. Panggil
Seri je ya.”
Hehehe... Macam Superherolah Seri ni boleh baca fikiran aku. Arluna
berlawak sendiri. Arluna meletakkan Padini
mesengger bag di atas meja dan berdiri di sisi meja sambil pandangannya
menala ke sekeliling pejabat. Beg tangan Roxy yang sering dipakainya hari –
hari ke kelas masih tersandang elok dibahu.
“Saya sebenarnya Technical
Assistant kat sini. Assistant Ir. Shukri. My place kat hujung corner
belah sana. You ada apa – apa nak tanya?”
Tunjuk Seri ke arah mejanya yang
berlatar belakangkan dinding bercat orange?
“Terima kasih Seri. Awak
pergilah buat kerja awak. Saya tunggu bos panggil. Maknanya bos awak saya punya
supervisor lah ya?”
Arluna fikir dia hanya
akan berada di bawah pengurusan jurutera sahaja dan bukannya bos syarikat.
Mengikut kata senior – senior yang
pernah membuat praktikal, mereka hanya diletakkan di bawah pengawasan jurutera
dan hanya membantu membuat kerja – kerja yang ringan. Malah ada juga dikalangan
mereka yang dilayan tak ubah seperti kerani. Walhal tempoh praktikal ini
amatlah penting bagi mendedahkan pelajar akan dunia pekerjaan dalam bidang
kejuruteraan yang sebenar. Dan sebagai pelajar Bachelor
Engineering Electrical, besar harapan Arluna agar dia mendapat pengalaman yang
selayaknya.
“Seri, pejabat you cantik, I never know
engineers love colors this much.” Nak je aku cakap actually pejabat you ni colourful
sangat macam tadika dah. Warna – warni cat dinding campur lagi dengan perabot
yang juga pelbagai warna.
Namun jika dilihat secara keseluruhan, amatlah bijak interior designer ni menyuai padan
perabot dan warna cat. Warna – warna disuai padan dengan begitu bijak sehingga
menimbulkan suasana ceria tetapi amat sofistikated dan kontemporari. Sebaik
Arluna berdiri di hadapan pejabat tadi pun dia sudah dikejutkan dengan papan
tanda syarikat pink embossed. Namun
tetap juga memperlihatkan ketinggian citarasa apabila berlatarbelakang kayu
teguh yang dicat hitam.
Lobi menunggu pula berwarna putih bersih dan disuaikan dengan meja receptionist rekaan yang sleek berwarna turquoise dan kerusi
berbelang hitam putih. Manakala dinding daripada lobi menuju ke bilik – bilik
pejabat di sebelah kanan pula berwarna kelabu, berpintu hijau pekat dan
dilengkapi partition glass bertinta
ungu. Manakala dinding daripada lobi menuju ke bilik – bilik pejabat di sebelah
kiri pula berwarna oren namun amat kelihatan moden apabila disuai padan dengan
semua perabot berwarna putih.
“You should ask our boss. This entire
concept is his idea. He said he wants cheerful office design. If not mistaken,
he referred to Belkin’s interior office design.”
Dan Arluna mula membayangkan
bagaimanakah rupa bakal bossnya itu jika dilihat pada citarasanya.
Adakah gay? Tidak. Tidak.
“Seri, awak boleh tinggalkan saya kat sini. I’ll
be alright.” Arluna cuba berbahasa bimbang kehadirannya mengganggu kerja
Seri. Jika dilihat pada suasana pejabat yang sunyi ni, nyatalah kesemua
penghuni bilik – bilik ini amat sibuk dengan kerja masing – masing. Memang
patut pun bos cari konsep cheerful,
kalau tak mati terus aura pejabat ni, desis Arluna memandai – mandai dengan
teorinya. Menurut Seri juga Tingkat 8 hanya dikhaskan untuk bahagian operasi
yang terdiri daripada jurutera dan arkitek senior. Tingkat 7 yang menggabungkan
semua department pula berkonsepkan open space lay –out.
Arluna melabuhkan diri di kerusi sebaik sahaja Seri
meninggalkannya. Arluna mengeluarkan buku log daripada beg Padininya, tak betah
duduk diam tanpa kerja bermanfaat. Conteng - conteng sikit pun jadilah.
“Hai, are you
our practical student?” satu suara garau menyapa telinga Arluna yang sedang
membelek – belek buku lognya. Arluna mengangkat muka sopan dan menghadiahkan
senyuman. Ini mungkin bos atau supervisor
yang aku tunggu – tunggu. Namun
senyumannya mati disaat matanya menyapa seraut wajah yang dikenalinya. Walau
pun hanya dalam tempoh yang singkat tapi cukup untuk memberi Arluna kenangan
seumur hidupnya.
“Yes. I am Nia Arluna,”
Arluna menjawab sambil menundukkan wajahnya. Please, please janganla tetiba mamat ni pergi memory lane, tak pun please
bagilah RAM mamat ni kena serang
Trojan sekejap. Doa Arluna dalam hati.
“Okay, let’s start our day.”
Oh? Dia tak perasan? Adakah sebab
Hana Tajima?
p/s: Sebab musabab rajin bermarathon?
Sajer nak semakkan blog.
Sajer nak up kan semangat menanti book version.
Sajer nak dera diri sendiri, kenapa dah jarang lepak? oh well, dah new year, better commitment, greater expectation, extra hardwork. That's 2014.
Thank you for lepaking & re-reading sampai lebam :p
XOXO!!
Karya Lepak @Rin Ahmad
bila book version keluar ? x sabar laaa !
ReplyDeletelalalala...bestnya..
ReplyDeletex sabar nak baca book version!!
Best!!
ReplyDeleteAt last....bebulan2 jengok cni n found nothing tau!! .... eventho hanya repost..
ReplyDeleteSgt menyokong niat suci murni awak utk extra hardwork tu...
tolonglah jgn biarkan kami selalu kesepian...
hi.. 1st time leave comment kat sini.. totally fell in love with USD & GET... read all your e-karya... agak2 bila keluar your next book ye? next klibf?
ReplyDeleteTk sbr nk tunggu versi cetak...anyway congrats utk novel yg bkl muncul ni...mmg selalu tgk n bc blog ni as a silent reader...karya2 disini mmg tk pnh mengecewakan..teruskan berkarya ye!.. :-)
ReplyDeleteassalammualaikum KL,
ReplyDeleteerrrr .... re entrance for Arluna to the blog dear?
checking NMK just now n roving around with joe-nina over there
but my instinct lead me to hv a peep n chirp to this blog
and surprisingly ... arluna was restored!!!
thanks ... for giving us the opportunity to marathon arluna here
roaming at NMK n lepaking here do make a difference
feel more at home here ... ♥♥♥
but why the 'color-color' font do irritate my lovely eyes hehehee ... :P
so impatient to grab the printed version of ARLUNA.
Lev,
~ جزمين ~
OH MY~~~tq!!!
ReplyDeleteTengah berusaha baca ni. Satu-satu. :) Lama dah tak buka e-novel. Penat baca hardcopies.
yayyyyyyyy thank you :D..... marathon sampai habis please~~~
ReplyDeleteNice one...need more...haha...
ReplyDelete