Jaz,
Happy belated birthday.
Ni hadiah utk you, simple story. you tak suka kawen paksa, you tak suka isteri kurang ajar dgn suami,
you tak suka org ketiga yg cliche. Apa yg you suka ha? hahaha.....
The best I can think of - simple love story between two hearts in searching their marriage direction.
May Allah Bless You.
ALL pelepaks, yes you.
Lama sangat tak melepak. It took me 3 solid hours to melepak di sini. To create this.
Yes, sorry. the grammar, the bahasa. This is not a cerpen to contest in anugerah watnot so
forgive the double bahasa here and there.
Miss you guys so very much. Shout and tegur plsss....i'm here. Commit myself to reply all comments. Heh? Yes insya Allah.
The highest
happiness on earth is marriage - Willian Lyon Phelps
So does what
Nat think.
Keizo thinks
so too.
“I
letak baju kat sini.”
“Okay,
drive carefully.”
“Dinner
tonight?”
“Will
confirm later.”
Gedebum!
Pintu tertolak kasar, terlanggar briefcase di tangan kiri. Tangan kanan sibuk
membetulkan anak rambut. Bahu senget menahan handbag yang hampir melurut.
“Alamak!”
Dia berlari naik. Mendaki anak tangga gaya bebas. Briefcase dah selamat
mendarat di sofa tadi.
“You,
I salah letak baju. Lupa hari ni you kena attend meeting.” Dia menjerit.
“Eh?”
Penat menjerit sebab Keizo dengan tuala putih melilit pinggang, shaver di tangan kanan, tangan kiri pula
bercekak di pinggang sedang membelek muka di cermin besar tepi katil. Dia ingat
Keizo masih di bilik air.
“Okay.”
Pelik tengok Nat pagi – pagi kalut semacam. Okay bukan hari ni je Nat kalut
tapi dah dua minggu. Dia observe. Dia perhatikan sahaja. Tunggu Nat bersuara
tapi zero. Nat tetap Nat yang dulu. Partly berubah. Partly remain the same.
Almari
dibuka. Mata zap – zap ah....baju kemeja ungu lembut yang siap digosok elok
tergantung menarik perhatian. Laci ketiga dari atas pula ditarik. Matchy –
matchy where are you? Ah...tie hijau tua dengan garis timbul ungu tua ditarik
daripada barisan tie yang bersusun kemas.
“Okay
done. I put it here. Bye.”
“Morning
kiss please.”
“Hah?”
Nat berpusing.
The
beginning of love is to let those we love be perfectly themselves – Thomas
Merton
So does what
Nat believe.
Keizo
believes so too.
“Lambat
lagi.”
“I’m
a boss. In case you forget.”
“I’m
your Secretary. I’m reminding you ‘bout your 2 minutes-meeting about to start.
In case you forget. Oh, I’m your buddy and that’s give me right to bikin bingit
pagi – pagi buta.”
Nat
ketawa. So good to be back.
Edlin
menala ke skrin telefon. Jalan masih seiring.
“So
how’s he find the new place?”
“Very
much happy. Tak banyak komen. After all the house is his.”
“Ulang
– alik lah ni JB-Singapore?”
“Yeah.
He’ll be fine.”
Straits
View. Rumah ayah dan ibu Keizo. Tanah kurnia. Maksudnya, tanah yang diberi kepada orang yang berjasa tanda penghargaan. Tanah premium. Ayah dan ibu balik Jepun,
mereka duduk Singapore. Dah dua tahun. Nat sanggup berhenti kerja. Demi alam
yang baru ditempuhinya. Nat yang beria nak pindah. Bosan city living di tengah Kota
Singa. Malam kalau bosan mereka keluar clubbing. Double bosan throw party. Keizo
pergi kerja, dia bebas nak pergi shopping atau jumpa kawan – kawan yang merata
di sana. Kebanyakan bini expatriate, bini kawan – kawan Keizo. Yang kerjanya
goyang kaki, habiskan duit laki macam dia. Dua tahun campur dengan zaman mereka
bercinta, rutin yang sama buat Nat bosan. Buat Nat tercari – cari erti hidup. Nat
nak hidup yang biasa – biasa. Di sini. Tanah tumpah darahku. Keizo tak bantah.
Dia okay je.
Straits
View 5, balkoni dari bilik betul – betul menghadap selat tebrau. Angin laut
menampar muka setiap hari. Divine!
“Aku
tak pernah jumpa Keizo pakai suit atau so called baju kerja. Aku tengah bayang
ni.”
Pap!
“Aduh.”
“Hello.
Your imagination is now blocked. Please gather your sense.” Menyesal telefon
bagitau dia lambat sebab salah pilih baju.
“Layout
tu dah siap?” Tukar topic.
“Dah
Mrs Designer.” Edlin yang sentiasa cekap.
Blog
Designer. Web Designer. For commercial. Kerja Nat. Benda yang dia masih pakar
setelah dua tahun memerap joli – jula. Bukan tak boleh duduk rumah buat kerja
ni tapi tak kena gaya. House is a house. Typical defined by Nat.
For you see,
each day I love you more today more than yesterday and less than tomorrow –
Rosamonde Gerard
I will do
anything for you Nat.
Same here
Keizo.
“Lilies?”
“Yup.
Lama tak beli. Been busy.”
“Anniversary?
Birthday. We should book a place to celeb her.”
“Nothing
special. It just Nat being different.”
“How
different?”
“Like
jom-pindah-balik-kampung. Like you-tak-nak-tukar-kerja. Like
let-spend-more-time-together-doing-right-things. I start looking for the
meaning of her ‘right things’. Like what?”
“Okay,
surrender. Complicated. Bye. Jumpa esok.”
Keizo
menatap langit. Lepas hujan. Kerja tangguh esok. Pagi tadi dia pergi mesyuarat
di HQ. Jalan – jalan Orchard Road. Teringat Nat suruh pegang plastic bag kat
tepi jalan. Dekat – dekat Ion Orchard.
“Kenapa?”
“I
dah lama nak masuk. Nak tengok dalam.”
“Okay.”
Lama
dia tunggu. Nat keluar dengan senyum lebar. Muka polos. Make – up baru.
“Lama?”
“I
pray.”
“Oh,
okay. Shall we?”
Sejak
tu, Nat lain. Lain sangat tapi dia tetap Nat yang menjadi denyut dan nadi dalam
hidupnya.
Tuala
di hujung kaki ditarik. Sejuk. Bayang Chong Meng dah sayup mata memandang.
Tugasan hari ni beres. Semua shackles di upper depth dah siap pasang. Tujuh
kali dive hari ini. Average dive per day paling sikit 5 kali dive. USD 350 per
dive. And Nat asked to quit? Zaman bujang dia pernah dive offshore tapi dah
kahwin, nak tinggalkan Nat? Tak mungkin. Cukuplah onshore. Bayaran sikit pun
dia okay. Nat okay.
Kalau
cakap tak suka dia buat freelance okaylah jugak. Kerja tetap dengan Marine
Engineering Division tu dah cukup lumayan pun tapi thrill yang dia cari. Thrill
job with good pay.
Sayup
– sayup Marina Bay Sands kelihatan cantik disimbah matahari yang malu – malu
keluar selepas hujan. Jambak lilies diambil. Delivery sampai site. Budak yard
tolong beli. Bukan murah tapi nak pergi cari sendiri takut tak sempat. Nak
redah jammed balik JB lagi. Lemah sungguh. Angin pulau Sentosa yang sejuk buat
Keizo laju bangkit. Tank dan dive equipment yang lain diarah Ebrahim angkat.
Teringat
e - mail siang tadi daripada Nele Andersh. Jemputan untuk Commercial Diver and
Diving Operations Asia 2013 (Civil, Naval and Military) International
Conference and Exhibition. Buat dia Marina Bay Sands. Dia nak ajak Nat. Malam
boleh sambut ulang tahun perkahwinan mereka di sana. Nat mesti suka.
Keizo
bangun. Senyum dan jambak lilies cantik dibuai angin laut.
Woman hope men
will change after marriage but they don’t; men hope women won’t change but they
do – Bettina Arndt
I wish Keizo one day... one day
Nat don’t....
“Kahwin
zaman sekarang memanglah. Sebab suka sama suka. Sebab cinta. Berapa kerat yang
kahwin sebab Allah?”
Stunt!
Tengah
jammed. Banyak – banyak siaran, IKIM FM je yang paling clear. CD Player tiga
hari lepas rosak tak sempat repair. Pendrive nak cucuk USB pula entah mana dia
letak. Dah lambat. Keizo cakap dia balik awal. Dinner together.
Tiba
– tiba rindu Mama. Bulan lepas dah balik Manjung. Azad kahwin. Mama dan Abah
suruh balik. Keizo sporting. Ikut sahaja. Soalan bonus, bila nak dapat anak.
Mama sempat puji cantik warna baru rambut. Eh ya ke puji? Keizo yang pilih tapi
dia tak jawab apa. Senyum sahaja.
“Mama
doakan ya bagi Nat ada rezeki cepat.” Tu lah yang dia ulang.
“Ramai
yang salah. Mengadu pada ibu. Bukan tak boleh tapi ibu pun akan doakan untuk
anak dan meminta dengan Allah juga. Bukan molek kita minta sendiri?”
Stunt!
Volume
dikuatkan. Dahi berpeluh. Air cond pun dah tak berapa nak rasa dah. Suara Ustaz
Amin jelas.
Nak
ubah suami? Tak payahlah. Kenapa? Sebab bukan kerja isteri. Habis? Tak payah
usaha? Usaha baik kan diri sendiri dulu. Suami nampak. Kalau dia tak buta. Okay
lawak. Nat senyum. Soalan dan jawapan yang silih ganti menarik perhatian Nat.
Galakkan
suami solat. Kenapa? Sebab dalam solat, dalam bacaan ayat yang wajib dibaca
bakal memberikan kita hidayah.
1:6
- Ihdinash shiraathal mustaqim.
Tak
payah halang minat dan kesukaan dia tapi galakkan solat. Lama kelamaan dia akan
sedar. Itu kesan solat si isteri sendiri yang sungguh – sungguh. Jangan isteri
pun hangat – hangat marigold pulak.
Hal
ni pun tak payah mengadu kepada ibu. Tapi memang mengadu kepada keluarga lebih
afdhal kalau tak tertanggung seorang diri. Kenapa? Sebab yang menjaga hati
suami ialah Allah. Mengadu padaNya. Dia yang berkuasa. Sesungguh hati mengadu
kepadaNya, lebih daripada kita mengadu kepada ibu, kepada kawan baik. Mama?
Edlin? Yes, Nat tak pernah mengadu pun. Nat yang keras. Dalam hati hanya dia
sendiri yang tahu. Dia yang rasa. Keizo cinta dan nyawa Nat. Perasaan yang dia
rasa kini lain. Sangat lain tapi membuat perasaan kasih dan cinta pada suami
bertambah tapi.....
A man is not
where he lives, but where he loves – Latin Proverb
I will
always love you Keizo.
Nat, you are
my everything.
Nat
bangun. Awal sangat. Sejadah dilipat cepat – cepat. Sambil melangkah ke almari,
jam loceng dibirai katil sengaja ditolak.
Prangg!
“Nat,
what happened?”
“Oh
na...nothing. Sorry to wake you up.” Sejadah dan telekung ditangan digawang –
gawang sambil tunduk mengutip jam. Keizo yang prihatin. Yang sentiasa pastikan
Nat selamat dan bahagia disampingnya.
“It’s
okay. Kita keluar breakfast awal lah hari ni. I keluar joging jap.”
“Okay.”
Nat
senyum. My commercial diver husband. Badan tegap dan tahap kesihatan yang maksimum.
Fit jangan cerita. Exercise tu nasi Keizo. Memang patut Edlin kena luku
bayangkan Keizo pakai baju formal. Dah jarang sangat dia pakai baju formal.
Diving suit tu lah baju kerja Keizo. Jadi keluar rumah jeans dengan t-shirt dah
cukup.
Nat
melangkah ke arah pintu. Nak turun kemas ruang bawah. Semalam mereka lepak
sambil layan movie. Nat memang cair dapat lilies pink dan putih. Lama mereka
bincang. Nat lega. Keizo open.
“Nat,
yang call you semalam tu siapa?”
Langkah
Nat terhenti.
“When?”
“Masa
u kat dapur. I heard.”
“Oh,
tu abang Edlin.”
“The
one yang baru balik Al – Azhar tu? Yang you cakap handsome tu? Dia dah kahwin
belum?”
“Errr....I
pernah cakap ke? I rasa belum kahwin and I think you should ask why he call me.
Kan?” Nat pelik.
“Oh
yeah. Why?”
“I
carik buku. Edlin kot bagitau.”
“So
now you get the book?”
“Nope.
He just asked the title.”
“Okay,
love you.”
Nat
gelak manja. “I love you too.”
Semalam
waktu dinner, dia tahu Nat cuba sampaikan sesuatu.
“I’m
English.”
“You
are always American.”
“English.
For two weeks. You tak perasan ke?”
Okay.
Dibancuh juga Jasmine Tea untuk si isteri. Bertahun – tahun kenal kaki kopi
tiba – tiba pencen dah sah Nat buang tabiat. Lepas lepak borak dan dia faham.
Tapi bolehkah mereka?
If anything
can go wrong, it will – Murphy’s First Law
I’m with you
Keizo.
I know Nat.
I know. But....
Mata
Nat dah bengkak sebab banyak menangis. Sejak orang bawak Keizo pergi Raffles
sampailah Keizo dipindahkan ke Pakar Puteri. Betul dia rasa nyawanya melayang.
Kalau Keizo tak ada, dia pun tak mampu hidup.
“Ibu,
ayah balik dulu. Nat tunggu.”
“Okay
tapi kalau ada apa – apa telefon kami cepat – cepat.”
Cakaplah
apa pun Nat tak akan dengar. Jangan suruh dia balik. Jangan suruh dia
tinggalkan Keizo.
“Nat....Nat....I’m
thirsty.”
Nat
yang baru lena di lengan Keizo terpisat – pisat. Dah berapa malam tidur pun di
kerusi. Sikit pun dia tak nak berenggang dengan Keizo.
“Sekejap.”
Cepat Nat mengalih duduk bantal. Gelas dengan straw dihulur.
“Nat.”
“Ya.”
“How
are you?” Tangan Nat digenggam.
“I
should ask you that. How do you feel now?”
“I’m
okay.” Keizo senyum. Perit dalam hati tapi sikit pun tak nak tunjuk depan Nat.
Cukuplah apa yang Nat rasa sekarang.
“I’m
sorry.”
“Why?”
“Tak
dengar cakap you. Diving je yang I can do best Nat. I don’t know how to do
other things. That’s the best next to loving you.”
“I
tak pernah halang pun. I faham. Dulu tu cadangan. I tak paksa pun. We talked
about it once and that’s it. You have done a lot more for me. Kena ulang – alik
jauh pergi kerja. You izinkan I kerja. Dah cukup.”
“I
know what exactly you want Nat. I know and I’m trying my best here.”
Nat
mengucap syukur dalam hati.
“Hamper
tu siapa bagi?”
“Your
team. To their best diver. Wishing you all the best and I know. You will be
better soon.” Masa dorang datang Keizo tidur. Nat tak nak kejut.
Keizo
ada valid HSE siap dengan ADAS (Australian Diver Accreditation Scheme)
certification. Top up lagi dengan engineering qualification. Jadi kerja
underwater memang dia champion but accident happens. Kalau partner dia tak
peka, lambat berapa minit Keizo naik jawabnya lagi lama tersepit kat bawah, arwah
dah dia tapi dah nama commercial diver. Siap sedia selalu. Keizo selamat
tapi.....
“Nat,
I nak bincang. Serius.”
“Okay.”
Nat menahan gelisah.
“I
can’t walk anymore.”
“We
will do physio. Everything. Anything. Usaha.” Nat memang dah maklum.
“Tapi
lama sebab mungkin permanent handicap. I hope not too but for now it is.”
“Keizo,
tidur.” Nat pejamkan mata. Muka disembamkan di katil. Air mata menitis.
A man
without a wife is like a vase without a flower – African Proverb
This is
impossible Keizo.
This is the
best for you Nat.
Alhamdulillah.
Keizo makin sihat. Dah boleh keluar hospital pun. Lain – lain hal Nat tak
peduli.
“Ibu,
Ayah. Kejap. Yang kita bincang semalam rasanya dah final.”
“Betul?”
Ayah muka serius.
“Ibu
ikut.” Ibu muka sedih.
“Apa
ni?” Nat muka blur.
“Nat,
sini.” Keizo menggamit. Nat ikut. Dari berdiri Keizo suruh duduk di katil betul
– betul sebelah dia.
“I
ikut ayah dan ibu balik Jepun.”
“Okay.”
“You
stay.”
“I’m
not.”
“Yes
you are.”
Nat
mula menangis.
“I’m
your wife. I akan ikut ke mana you pergi.”
“Nat,
you baru bukak company. I tak kerja. I’m contract workers. I’m not entitle for
long medical leave. Apa yang I ada sekarang memang cukup nak bagi you. Cukup
sangat tapi kalau sampai bila – bila I tak boleh jalan? I can’t dive. I can’t
work. I tak mampu pun nak sara you Nat.” Ground work boleh tapi kalau ada orang
nak ambik kerja. Keizo masih positif walau dalam hati hanya Tuhan yang tahu.
Compensation, insurance memang ada tapi sampai bila boleh tahan?
“Meaning?
Ayah? Ibu?” Pandangan Nat silih berganti. Ibu dah menangis. Ayah dari muka
serius dan nampak sebak.
“Mama
dan Abah Nat balik umrah bila?”
Nat
diam. Malas nak jawab. Tak ada kaitan.
“I
nak ikut. I tak kisah. Selama ni I ikut mana you pergi. I tak peduli. I nak
ikut.” Nat menangis tak berhenti.
“Nat....sayang....look.”
Keizo menahan rasa.
“I
love so much. Doktor cakap I tak boleh jalan lagi tapi I nak usaha. Kalau boleh
pun sangat lambat so the percentage is still there. I’m taking the chance
because of you Nat. I am this strong because of you. Please understand sayang.”
“Tak...tak
faham kenapa I tak boleh ikut.”
“Sebab.....sebab
kalau I tak boleh jalan lagi, I tak kan balik Nat.”
“Habis
I?”
Things turn
out best for the people who make the best out of the way things turn out – Art
Linkletter
Take care
Nat.
I can’t live
without you Keizo.
“Mama,
Nat tak boleh hidup tanpa suami Nat. Nat nak ikut. I can take leave. I can ask
somebody to look after the company. Mama....Abah please....Nat rasa nak mati.”
“Nat.....”
Abah diam. Lelaki akan faham perasaan lelaki.
“Abah.....apa
yang Keizo buat tu salah. Cakaplah salah. Dia tak boleh tinggalkan Nat.”
“Nat,
sabar sayang. Kan boleh telefon, email, macam – macam social network ada. Tak
payah lah risau sangat.” Mama dah tak tahu nak cakap apa. Dah sebulan Nat
hilang arah. Macam zombie. Hidup tak terurus.
“Tapi
tak sama. Dia suami Nat. Masa dia sakit, susah, Nat yang kena jaga bukan orang
lain. Sampai hati buat Nat macam ni.”
“Nat,
dengar sini. Cuba faham ego seorang suami. Cuba faham perasaan Mukhriz. Untuk
sekali ini. Kalau betul Nat ikhlas sayangkan Mukhriz, sokong dia. Ya, salah dan
langsung tak rasional. Kalau Abah ada, memang Abah paksa dia bawak Nat tapi
Mukhriz perlukan bukan setakat masa untuk sembuhkan fizikal tapi jiwa. Pernah
Nat fikir perasaan suami Nat? Hari – hari Nat hanya fikir diri sendiri.
Percayalah Mukhriz lagi menderita. Abah nak, Nat naik atas. Duduk diam – diam.
Istigfar banyak – banyak. Ingat Allah. Abah tak payah ajar. Nat tahu apa yang
perlu Nat buat.”
“Abang
janganlah kasar sangat.” Mama cuba membela.
“Tak
apalah Mama.” Nat faham. Abah dah bosan tengok dia macam ni.
Nat
melangkah longlai ke bilik. Terasa diri menyusahkan Abah dan Mama. Nasib baik abah
kerja sendiri. Kalau makan gaji memang mereka tak kan boleh menemaninya selama
ini.
Album
kahwin dibawa ke katil. Aktiviti wajib sebelum tidur sejak berpisah dengan
Keizo.
Budak
muka Jepun. Lekat kenan anak Jepun. Tak tahulah bila ibu dan ayah rasa nak
balik duduk Malaysia ni. Sebab tu semua orang panggil dia Keizo. Saja – saja
gelar dan melekat sampai sekarang.
Nat
tertidur. Panggilan Wechat dan WhatsApp kepada Keizo tak berbalas. Tidur
berteman air mata untuk kesekian kalinya.
(dengar je, mata tutup :p)
Dreams are
today’s answers to tomorrow’s questions – Edgar Cayee
I know
everything gonna be fine Keizo.
I can only
dream Nat.
Surprise!
Itu
yang dia nak jerit kepada suami tersayang tapi dia yang dapat surprise. Keizo
tak ada pun di Jepun. Sampai hati. Dia ingat Malaysia-Jepun macam KL-Jelapang
ke? Pergi US tak cakap.
“I
dah cakap jangan datang. Kenapa degil?”
“I
miss you so much.” Dapat tengok Keizo dalam video call WeChat pun cukup. Ini
bertuah Keizo nak layan. Sebab kesian dia dah sampai Jepun agaknya. Siapa suruh
tak cakap?
“I
miss you more than you know Nat.”
“It’s
not working there Nat. Sebab you I usaha jugak. Boleh tak you faham. Kalau you
ada. I feel so useless. Can you just duduk diam
diam and pray for me? I can survive by knowing you are okay and you love
me. But tell me if you can’t wait. I can always let you go. Because I want you
to be happy.” Ayat yang akhir – akhir tu Keizo lafaz dengan air mata jantan
yang dia tahan.
“Okay,
I tak nak dengar you mengarut. I balik but please promise me, you will come and
find me. I can’t live without you. I’m going crazy.” Nat menangis. Kecewa.
Rindu yang tak tertanggung.
Keizo
termenung di hujung jendela. Parah. Hidup tanpa Nat langsung tak bererti. Hidup
di samping Nat kalau cacat begini pun apa ertinya? Akan menyusahkan Nat sahaja.
“Ibu....Kesian
Nat.”
“Your
session.” Ibu tunjuk ke arah bilik Physiotherapy. Ibu selalu ubah topik. Ibu
cakap kalau dia yang kena berpisah dengan suami, dia pun akan mati. Nat tu kira
kuat lagi.
“Ibu,
sebenarnya it is not just this. More than that. Nat deserves better. Before
accident, we have a long talk. We were like far from our root. Our lifestyle.
You know that. She wants to change. I want it too but tengok Ibu. Allah dah
bagi ujian macam ni. Tak sempat nak berjalan di jalan yang lurus dengan Nat.”
“Ibu
dah penat tegur.”
“Tahu.”
Cara hidup dia dan Nat pilihan mereka sendiri. Dua – dua hidup bebas di zaman
remaja. Bukan sebab mak bapak tak bagi didikan tapi hanyut dengan arus
kemodenan. Gaya hidup zaman sekarang. Bukan dia dengan Nat sahaja agaknya malah
ramai lagi pasangan muda macam ni. Terperangkap dengan gaya hidup moden. Tahu
salah tapi buat tak tahu.
“Tak
payah tengok belakang. Start with one. There is always a starting point. Bilik
kosong belakang. Tadi ibu solat sana. Jom ibu bawa.”
Kun Fa Ya
Kun – Allah The Almighty
Alhamdulillah
for everything. Nat, thanks.
I am very
grateful. Keizo, no thanks to you.
“Nat.....Nat.....Natasha......”
Dah lenguh dia tekan loceng. Terpaksa minta tolong abang teksi papah masuk dengan
wheelchair dan buka pintu. Sekarang dia terjerit – jerit sebab nak panjat
tangga, dia belum confident.
“Assalamualaikum.
Nat.....Nat.....Sayang......”
“Walaikumussalam.
Keizo? Ya Allah.” Nat berlari turun. Langkah dah sumbang, Yang dia tahu nak peluk
suami tercinta. Rindu.
“I
batalkan wuduk you ya.” Keizo sempat bergurau.
“Oh,
ya. Never mind.” Dia dengar loceng tapi tengah solat. Waktu Asar pun. Mana dia
nak sangka Keizo yang balik. Ingat siapa tadi.
“I
miss you.”
“I
miss you too.”
“You
are back. I can’t believe this.”
“I’m
back but I’m still on the chair.” Wheelchair ditepuk.
“No
big deal. You can boss me around.”
“Can
walk but need help a lot so basically your husband is still a handicap.”
“I
ada. I jadi tongkat you. I akan jaga you. Sampai bila – bila pun.” Nat tunduk
mencium kedua belah tangan suami.
“Being
far from you, I’ve learn a lot.”
“To
be better of course. I can see. Nat....”
“Ya.”
“I
macam ni. You....?”
“You
are my husband forever. Boleh jalan ke tak, I tak peduli. Once, I love you more
than anything else in this world. You left, I learn to love myself. I learn to
love Him more. Now, I love Him more than you. But you are the way leads me to
heaven Keizo, life may teach us the hard way but I percaya apa yang jadi is the
best.”
“It
just I hope we do it together. Like what we’ve discussed. You are steps ahead.”
“No....we
are even. I tahu kita sama. Malam ni Maghrib you jadi imam.”
“You
know?”
“Ibu
told me....”
“Ibu
ni....” Pecah tawa Nat dan Keizo. Hidup kembali bercahaya. Life may teach us
differently but no matter who start first, when and where, hidayah is to find
and to look for and it is harder once your are married. Sebab? Isteri bukan
kerja dia bimbing suami. Usaha dan cuma mampu doa.
Sekali
dia sayangkan Keizo sepenuh nyawa, sepantas kilat Allah tarik nikmat bersuami. Ditinggalkan
dia rasa nak mati. Dekat dia sentiasa tak sedap hati. Allah dah tentukan. Jauh
dari Keizo, Nat belajar. Belajar sayangkan diri sendiri. Ada yang patut dia
paling sayang. Bukan manusia tapi Sang Pencipta. Dekat dengan Dia, yakin dengan
Dia, Dia betulkan semua. Dia Maha Penyayang.
“I
bought you something.”
Buku
bertajuk Deadly Mist dan Rasulullah Is My Doctor karangan Jerry D Gray bertukar
tangan.
“Ingat
lagi?”
“Ehemm....sebelum
ada ustaz nak tackle isteri I, kena potong siap – siap.” Dia balik walau pun dia
tak sempurna. Nak lepaskan isteri macam Nat? Yang faham dia. Yang sentiasa
terima kekurangan dia. Sangat mustahil. Dia yakin dengan cinta Nat.
They
need each other.
They
will always be perfect together.
“I
smell green.”
“No
you are not.”
“You
are.”
“Okay
fine. Cemburu dengan orang lebih baik dari kita tu bagus kan. Taught us to work
harder to be better. Take the positive lah. I dah tua for hanky - panky ni
Nat.”
Tualah
sangat. Nat ketawa. Control maco. Sempat tu. My Mischievous Mukhriz.
“Since
you tak boleh naik. I siapkan bilik bawah. I tidur atas, you tidur bawah ya.”
“Berani
you.” Keizo buat muka garang tapi tergelak kemudiannya. My Naughty Natasha.
Post – anniversary present. Better day.
Better them.
When one is
in love, a cliff becomes a meadow – Ethiopian Proverb
Love story
between Mukhriz bin Zahri and Natasha binti Ismail
Keizo and
Nat – Two souls, one heart
Happy weekend.
Thank you for reading.
XOXO!
Lev, KL @ Rin Ahmad
SUKANYA!!!!!!
ReplyDeleteMula-mula macam pening,apa benda ni???hahhaa
lepas tu baru fahamm...
Pening sbb sy x ikut format cerpen... Haha sorry k :)
Deleteterbaik !
ReplyDeleteNice!
Sukalah pokoknyaa....Hee
Thanks!
DeleteAs-salam KL,
ReplyDeletewat a sweet short story!
As usual ur piece never fail to satisfy my tastebud!
so glad tat this story is again 'bout Hijrah to a better path.
Nat who started it first.
The mishap n the accident --- had open Keizo eyes to turn to Him, Allah the mighty. Alhamdulillah.
Respect Nat character ... always stay beside the husband *except tat part yg keizo hv to leave her*
Azad .... of Bimbo dh kawen? woots woots ... wit whom? hope ngan any of the kembar aunty Rose or anyone else NOT El ye!!! *warning nih!!!*
TQVM KL ♥♥♥
p/s Thanks for tat dedication. I love this belated gift!
TERHARU gitiewww.
no better words to thank you.
May ALLAH SWT blessing is always with you dear.
Lev u
Bday girl,
DeleteWelcome :)
i like. even though a little bit confusing in the beginning. nice job writer.
ReplyDeleteKak Ju thanks! Mesti ingt pebenda ni. It's ok :)
Deleteterbaik!!!
ReplyDelete:) thanks for reading.
DeleteKL, cool.....!!
ReplyDeleteSmart & berkesan.
Ya. Syg & cinta kerana Allah.
Teruja!
Salam syg : sufi (",)
Sufi hello, tak kerja today?
DeleteHaha... Glad u hv time reading my story again :)
Syg Pencipta :)
Yg kita bincang dulu, applies to u n me always.
Simptom tgah down pun ada jgak ni. Lol
Satu cerita yang menuntut air mata turun. Tetiba terfikir kalau jadi nat... adakah akan stay di malaysia? Ish...aku nak ikut jugak pi jepun. Mana boleh biar suami buat fisio sorang2... haruslah jadi cheerleader bagi memberikan sokongan kat sang suami.
ReplyDeleteCintai allah...allah akan bls cinta kita dgn pelbagai nikmat. Insya allah.
Love this short story. Give me strength to stay with my brother.
Sgt! I'm thinking the same too. Lagi lah if our spouse hv their own ego. For bring phisically perfect n suddenly woshhh I really pity Keizo tp
DeleteI nk ikutt pi Jepun. Tak mo kna tgal jgak :(
Biarlah susah sama2.
As u said nk jd cheerleader.
Susah nk edit pkai pho ni haishh ats tu *being* k.. Adoiii
Neway thanks for reading!
Fuhh!!! Touching..
ReplyDeleteFuhh! Thanks for reading babe :)
DeleteMula2 baca cerita ni ingatkan oh first time Rin buat a non malay couple. Ingatkan its a chinese and japanese couple, then baca lagi pasal Nat pergi sembahyang at ION Orchard, then ingat oh Nat is a muslim, Kozie maybe a mualaf, then baca lagi , eh eh eh, siapa pula Mukriz. OK I was not paying attention, had to reread from the beginning. I love the story, I love stories like this, takde pihak ke3 where love moved on to someone else. Seperti pembaca lain saya pun happy bila baca Azad dah kahwin. Tapi mungkin saya tidak seperti pembaca lain sebab saya masih nak Azad and El. I find them as a couple more interesting, I don't know why. Thanks for the story :)
ReplyDeleteU inspire me to next cerpen. Haha.... Mesti lg unlimited ideas kalau buat couple non Muslim. Masuk q lah ya. One fine Insya Allah.
DeleteAzad? I like him too with but.... Agree jgk if I said if ya el dgn azad. Cool jgk n yet to build his character stronger. Tgu ya :)
Thanks for reading n lepak lama sikit sbb siap komen. Lev
pergh..a very lovely story..akak nangis bila membacanya..plot yg simple tapi mempunyai maksud yg sgt mendalam ..congrates..Rin...hope boleh dibuat novel...
ReplyDeletePergh touching sy dgr. Nasib baik bday girl baca x nangis. Thank u Kak. Novel tu kna tgu projek current siap dulu :)
DeleteFuhhhh citer KL memang lain & daebak lah!!!! I like~
ReplyDeleteFuhhh... Ya ya je kn awk ni. Lol but thanks n thanks!
Deletewow ! touched ! well done kak rin !
ReplyDeleteThank you!
Deletesuka sangat! moga dengan baca kisah2 dalam ni,akn terbuka juga hati ni, lebih dekat dengan Dia.. :)
ReplyDeletePsst: im a big fan of you :)
Sebab sy seorg isteri so yess it is a self reminder. Thanks for reading :)
DeleteN pelepak setia :p
sweet... bukan tentang ending.. tp falsafah dan ilmu yang ada... tahniah
ReplyDeleteSama2 and thank u sudi layan ya :)
DeleteAssalamualaikum. Akhirnya jenguk juga curi-curi masa blog putih tulisan pink besar-besar. Herm... apa nak cakap ye? Such a wonderful story!!! Kisah tentang cinta untuk selamanya bila cinta itu kerana Allah. Simple but yet touching me. Orang kata kalau hati dah lekat dekat soulmate because of Allah, memang akan lekat sampai bila-bila. Kita cinta, kita kasih bukan kerana fizikal or harta, tapi kita cinta kerana hati dan iman. Itu yang utama. But, yeaah tak ada perfect couple dalam dunia but Islam make us to be a perfect couple.
ReplyDeleteSaya suka Nat, saya suka Kenzo. Saya suka cerita ini.
Saya terfikir... Oh my mr. goatee, saya cintakan awak sebab apa yer? Fikir zuyyin fikir!!!
Wsalam.
DeleteI pun stunt ok dgr ceramah Ustaz Amin tu sbb definitely I not tat angel way back then.
Skang pun every wife or husband pun should
know lah why they love their partner kan.
Baru kawen or dah lama pun mmg kna sentiasa self check n tak kawen lg la kna ada ilmu kan?
Thanks lev!
KL thanx for this sweet story... banyak buat I berfikir right n wrong... u know what.... skang tengah dlm proses nak break up ke tak... hahaha tetiba terfikir mmg tak sume org pun perfect dlm hal2 akhirat... kalau semua org nak pilih org yg perfect dunia akhirat je, camne nasib org yg tak perfect tu... so im start thinking if im strong like Nat.. pray hard... maybe he can be like keizo... yes bukan tugas kita utk bimbing dia, tp boleh sentiasa ingat dia dlm setiap doa kita... so i think should gv him 2nd chance... hahahaa boleh tak tetiba buat keputusan after bace cerpen... -zahra-
ReplyDeleteWhen one is in love, a cliff becomes a meadow.
DeleteAsiah dan Fir aun lg taat dan dijanjikn syurga even suami mcm tu pokok pangkal boleh kah kita?
Haha... Can u?
kl..... why u always make me cry???
ReplyDeletehajar, c'mon mana boleh nangis bday gift org ni....hahhahaha...
DeleteTulisan anda selalu tidak mengecewakan...
ReplyDeleteSy ternanti-nanti karya KL seterusnya slps USD & GET
Thanks Ceni, ada rezeki adalah tu :)
Deletehai Rin,
ReplyDeletegiller lama x komen kat blog
actually i read this cerpen last nite dah
and yg ni bace kali ke4.
eh sbb maseh tk puas bace. Really miss reading your n3.
cerpen ni byk sgt pengjaran,
isteri mmg tk bleh mengubah hati suami sbb hati seseorg tu Allah yg pegang.... yg mampu kita buat berdoa kpd Allah supaya suami/seseorg berubah!
hai ImAn
Deleteyapp...saya pun dah lama tak melepak, serius rindu :)
alahai ulang smpai 4 kali? worth my eyes became panda...hahaha kidding.
Oh everyday kna igt Allah sbb hati suami boleh berubah not just nat and keizo, org lain yg hidup biasa2 ni pun ada masalah sdri, hijrah from one point to another point forward, not neceessarily fr bad to good. from good to better, from better to best, as long as we breathe....
ceh my two cent :)
thanks! (rindu nk meroyan)
seriously kl,am touch...it was so deep.a great masterpiece ;)
ReplyDeleteyess simple but if u dig, it is deep :)
Deletesweet cerpen..menerima baik dah buruk pasangan dan berubah sama2x ke arah yg lebih baik... nice n3
ReplyDeletethank u for lepaking here again. Awak reader & pelepak yg setia :)
Delete:)
ReplyDeleteRasanya kalau cerita Rin selalunya bermula dengan cara hidup yang bebas tapi pertengahan dan pengakhiranya cerita pasti kearah kebaikan....
ReplyDeletex semua orang mendapat hidayah terus dan bagi cerpan ni kira Keizo bernasib baik kerana Allah s.w.t memberi peluang untuk Keizo dan Nat berubah ke arah kebaikan.....
Seburuk mana pun pasangan kita x elok bercerita pada kelurga dan orang lain.... hanya BERDOA pada DIA yang harus kita minta untuk pasangan kita berubah hanya pada DIA .... besttttt
Kak Sue, tat obvious?
DeleteGET tak kan? hahahah our Jasmeen & Fareez mmg stok baik2 not that Lisa-SSB evil kan?
Self reminder Kak Su. I'm married too :)
thank you!
GET ada juga ... bab bila Meen dan Fareez rasa bersalah bila ikut pi PD tu dan pembaziran dalam islam yang ditegur Fareez pada Meen.... ok pa... kadang-kadang orang akan terlepas pandang sebab dia macam x nampak satu kesalahan kan.... tapi kak Sue memang ... I FOLLOW.... hehehe
DeleteSalam KL, first time baca cerita u kt blog nie... nice story btw.. :) gud job dear. yup! bukan senang klu tak berubah setakat suka2.. berhijrah setelah dtg hidayah lebih manis kan...?!!
ReplyDeletew'salam,
Deletefirst time...ala awk melepak zmn sy yg nak pencen-tak boleh pencen...hahahha. I should hv stop blogging & lepaking but unfair to my publisher. They tie us with kerjasama with blog bla..bla....nak kena hisupkan jgak blog.
At least n3 sekali sekala but dont expect me to update pic food bunga, lifestory wat not....hahahha....
thank you (sorry rambling here)
a bigggg thanks! hehe rase laju betul bace cerita ni. nice!
ReplyDeleteThank you!
Deletemula-mula mcm blur nk faham tpi fhm jugk...awesome!!!! best sgt...
ReplyDeleteBlur? u r not the one....hahaha....
DeleteSorry lah sy ni mmg x straight & talented nk buat cerita yg acceptable by all. USD & GET pun ramai yg x blh masuk dgn flashback yg yes irritates to some tp serius i dont really know the other way around. But still trying my best :)
thanks!
e-novel arluna memang dh x ada ke kt blog ni???
ReplyDeletekitaorg bace arluna kat novelmelayukreatif.com
Deleteskang ade bab1-4 kan?
kat sini x bagi link kut
sorryyyyy by many y. Tak sempat nak link. One fine day i will...Insya Allah :) so as of now mmg u guys hv to follow KLFP to read or novelmelayukreatif.com
DeleteThanks for reminding me!
kat penulisan 2u ada smpai bab 11...
Deleteberharap akan ada versi cetak..
teringat ingat la cita dya...
dlm penulisan 2u ada smpai bab 11
Deleteharap ada la dlm versi cetak..
teringat ingat la cita dya...
Oh...nanti yea :p (tatau bila nk upload whoa!)
Deleteyou've always make me speechless with your way of writing. seriously..this story is in a class of its own..simple, sweet and mind blowing. keep up the good work Rin..xoxoxo
ReplyDeleteThnak you :)
DeleteXOXO
Insya Allah
Br berkesempatan mbaca , wahhhhh sgt terharu. nak jd isteri mcm Nat la ekekeke.
ReplyDeletep/s: untunglah org tu dpt hadiah cerpen yg best hihihi
alaa....kak ton ramai dah penulis lain syg...bg buku free ajk gi jln2...sumer yg femes2...dpt dr sy apa sgt la :(
DeleteNat mcm Nat tp x mo lah Allah duga suami mcm tu sekali kan :) Doa lah sentiasa jom agar Allah jadikan suami kita suami yg terbaik...lama2 makbul :)
arzalif ... yups i do really feel sgt beruntung dpt hadiah cerpen ni - cerpen yg best as u said - agreed. best!
Deletenever had i received such a precious n priceless gift like this!
giller trharu - omputih cakap 'touched' - tak tau nk cakap mcm mana how i appreciate this gift - but gonna to cherish it forever.
when close friends & cyber friends watups/wechat/PM to me saying,Jaz/Meen u r so lucky dpt hadiah n dedication cerpen ni --- yeah i am damn lucky but i am not good to express in words - to say thanks to this famous writer! ngeee ... only my do'a for her to excel in this bidang penulisan.
A gift from a very talented writer ... writer yg sgt brilliant n femes!!! :P
heheheee ... jan jeles ye!
♥♥♥
جزمين
Brkurun rsrnye da xmelepak kt blog nie...trsgtlah baik cerpen nie..wlaupn kne brulang kaji bace mcm nk exam brlah nk fhm...anyway mmng bnyk ikthibar n pengajaran yg blh kite ambil dr cerpen nie..especially utk para isteri...krn setiap manusia pst ade kekurangan n kelemahan masing2...tenkiu rin sbb membrikan yg trbaik wat pmbace yg suke melepak kt blog nie..>3
ReplyDelete-uly-
uly - thanxxxxxx
DeleteHai..KL.
ReplyDeleteI just finish read you two novels...wau! Best sgt sgt. Rasa mcm baca english novel. Actually i dulu tak suka baca malay novel sbb jln cerita mcm sama jer..pastu mesti sedih. Kena dera..lah...boring. So i suka baca buku judith mcnaught, sandra brown, danielle steel..ada bnyk lagi...dah lama tak layan. So a few years back jer baru baca malay novel. Sbb sekrg ni dh bnyk jugak...novel malay yg best. But so far..i thunk u are the best...sbb the way...u create the story so....modern, funny and loving..and the best part, i suka sgt..get sbb..mmg dh lama i tunggu cerita mcm ni..sbb citer pasal proffesional job and gaduh dgn ladies...about job...i like.! And at the same time u ada citer pasal our reilion...yes..it's really good. It suit for us. So lepas ni buat citer gaduh. Pasal working job. I nk sgt...citer pasal working in accounts , audit or tax...mesti best. Ok. Thnks a lot. Tak sbr nk tunggu ur next novel..
Audit...taxxxx??????? hahhahaa....Kalau diilhamkanNya why not.
DeleteEh sy pun sependapat dgn awk lah. Dulu la skang rasanya malay novel pun dh variety.
Tgal pilih ikut taste je. and yg nama u sebut tu rasanya i ada the whole set...hahhahaa...sgt oldskool. Tp i punya old skool x mampu nk habiskan Pride & Prejudice. Tak taulah mmg x kna dgn jiwa,
baca skipping sbb nk hayati apa yg femes sgt mende ni? yeah menyimpang sudah :p
thanx!
KL,
ReplyDeleteshort and sweet story as always.. :)
Luv ya: Lynn
Penuh pengisian dan pengertian... saya sukaaa...
ReplyDeleteThanks for dis great stori mori...
I stumbled upon your blog a few years back... since then i will come over and over to read your lovey-dovey story... totally make my day... i also challenge myself to write sth.. but it endup of been a set of horrible puns..
ReplyDeletehappy birthday jazmin , jealous much dgn sebab you dapat cerpen dari KL as a gift.
ReplyDeleteand KL :')
i dah baca semua novel you and cerpen also yang mana dah deleted tu tak sempat lah but i really adore you, cara you menulis lain and tak semua penulis boleh menulis macam you. semoga you sentiasa ada masa and ada idea untuk menulis dan keluarkan bahan melepak yang bermanfaat to others. kitorang akan sentiasa melepak dekat sini :)
XOXO muah ciked
CN
Love it...cried n laugh everytime i read it...you style of writting, really my cup of tea..any chance for sara n que?
ReplyDeleteThis is great!! I'm enjoying this.. Its the truth that nowadays most of us drifted from our root.. Know it's wrong but never have the guts to go against it.. Thanks so much for short reminder, but full of messages.. Love the quotes.. U just know what's best and where to leave it.. Waiting for the next piece..
ReplyDeletebaca 2 3 kali pun still best!
ReplyDelete