Sunday 10 March 2013

Pokok Krismas Bergerak (PKB) Bab 2



PKB2 
Initially published at KLFP:  30 syaaban 1433/ 20 July 2012
Re - publish today bcos of broken link. Sorry awak! & Thanks sbb bgtau.




            “Mommy, baru balik Mekah ke ni?” Bell tersengih dan duduk bersila di atas karpet tebal di ruang tamu.
            Turut menyertai aktiviti Mommy yang sedang membelek – belek plastik di hadapannya. Macam – macam ada dalam beg plastik tersebut. Kurma Ajwa, halwa dan buah – buah kering, tasbih warna – warni, gelang berkilat – kilat, sejadah, kopiah dan jubah.
            “Nenek kirim dengan Uncle Syuib tadi. Kan Nenek baru balik Mekah.”
            “I’m old and classic. Sorry, Bell lupa.”
            “Sibuk memanjang. Kerja gaji 3 ribu kalah orang gaji 30 ribu. Kamu tak nak balik kampung sangat jumpa Nenek.”
            “Hey Mommy...Mommy...jangan cakap orang ya. Mommy pun sama tak balik kampung. Kalau tak Nenek kirim kat Mommy lah kan. Kantoi kata nak balik jumpa Nenek. Mommy pergi mana?”
            Kampung Baru pun kira kampung kan?
            “Errr.....ah! Cantik jubah ni Bell. Cuba pakai.” Mommy tersengih mengelak. Mak dengan anak dua kali lima. Mana Daddy tak pening kepala.
            “Alahai. Cantik pun nak pakai pergi mana jubah ni.” Bellina menyambut jubah hitam yang dadanya tersusun batu permata berwarna putih berlian dan kristal pelangi dijahit kemas di lengan. Ringkas tapi nampak menarik dengan susunan batu – batuan yang kreatif dan tak terlalu sarat.
            “Pakai pergi dating la. Kan cantik kenakan dengan tudung.”
            “Mommy!”
            Bellina terjerit kecil. Malu kena bahan dengan Mommy. Maklumlah Mommy tergelak pecah perut apabila tengok Bellina balik bertudung selepas keluar dengan Darren. Daddy cakap Alhamdulillah, dia rasa terharu, Mommy buat muka perli dia rasa macam muka kena cili. Sadis betul penangan nak jadi anak solehah Megat Amani.
            Mommy mengarah agar Bellina mencuba jubah yang dihulurkan. Bellina menurut. Cantik juga jubah ni. Dia bergerak ke hujung ruang tamu yang agak tersorok dan bersambung dengan balkoni ke kolam renang bertutup di dalam banglo mereka. Baru nak tanggalkan skirt kembang yang dia pakai, Kiki menelefon.
            Sambil bercakap, sambil dia tanggalkan skirt. Tak sedar dah berjalan sampai ke depan kolam renang. Kiki ni ada je cerita lawak. Ada pula kisah Datuk Iskandar yang tergilakan dia sehingga sanggup tunggu Bellina  dalam hujan lebat dijadikan bahan. Kiki cakap dia tersangkut di Putrajaya sebab gatal nak pergi Alamanda itu yang terserempak dengan Datuk Iskandar.
            Skirt dah melurut ke lantai. Sebelah tangan terkial – kial memegang telefon, sebelah tangan nak buka zip blouse pendek di belakang. Dia selamba je, dah sah kat rumah ni sekarang tinggal dia dengan Mommy. Apa lagi, jadilah model Victoria Secret sekejap. Set pink terang dia pakai pagi ni baru beli minggu lepas.
            Hujung telinga terdengar Mommy bercakap dengan seseorang. Hmm....Auntie Jenna lah tu kot. Sahabat semati Mommy. Rapat kalah dia dengan Kiki.
            “Kira kau ganti aku dating dengan Datuk Is lah ni?”
            “Belllll…….”
            Bellina tergelak besar apabila Kiki menjerit di hujung talian. Rambut panjang yang diikat dilepaskan dan rambut gatal diurut dengan sebelah tangan yang sedang memegang jubah. Bellina riuh mengusik Kiki sambil sebelah dua kaki dimasukkan ke dalam jubah yang diletakkan di atas lantai. Bellina tunduk dan menarik jubah ke atas. Teknik pakai jubah sambil buat kerja lain. Jubah dah siap tersarung di badan tinggal separuh lengan sahaja belum masuk.
            “Aaaa....” Bellina tersadung hujung jubah yang labuh meleret dan hilang imbangan.
            “Gosh! Thank you.” Bellina menarik nafas lega. Baru berpaling dan nak tersenyum, tengok muka Darren yang tersengih – sengih terus muka Bellina jadi muka Snow White. Pipi dah pink. Tangan refleks menarik blouse di lantai dan diletakkan di atas kepala.
            “Darren! What are you doing here?” Bellina terjerit.
            “Daddy you suruh datang. Assalamualaikum Bellina.” Darren menyembunyikan senyuman dan berpura – pura serius.
            Anggap je lah yang dia nampak tadi bonus di pagi hari. Confirm lagi seksi dan menggiurkan daripada semua stok yang dia pernah ada. Memang betul lah Daddy cakap stok ustazah. Pakai jubah depan kolam renang? Pemandangan unik tak pernah dia tengok kat bumi.
            Kalau kat Planet Nameck bini Raja Syaitan Pikor pakai jubah pergi berenang tak tahulah. Hmm...tapi kalau kat dalam set pink terang macam Adriana Lima atas pentas, tak kisahlah kat luar jubah saiz XL pun. Rambut Bellina yang panjang dan seksi mengurai? Pergh!
            “Waalaikumussalam. Pusing belakang. You tak nampak kan?” Bellina mengarah tapi malu tak usah cerita. Tak tahan dengan mata Darren konon sinis memandangnya. Segan kat ustaz ni ooi!
            “Errr...nampak Mommy you ke? Mommy you ada kat depan. Dia yang suruh I cari you kat sini.” Darren buat – buat tak berdosa.
            “Jalan ke depan. Tunggu I datang balik kat living room.” Bellina memberi arahan lagi. Terlebih sporting Mommy ni. Kalau Daddy jangan harap. Dating luar pagar lah jawabnya.
            “Bell.” Darren berpusing ke arah Bellina tapi mata dipejamkan rapat. Konon tak nak tengok pada hal dah selamat simpan kenangan dalam kotak memori.
            “Ya.”
            “Tak payah lah tunang Bell. Jauhkan maksiat. Kahwin terus okay?”
           Bellina tersedak. Rasa macam nak cucuk mata Darren yang sedang terpejam tapi bibir tersenyum.

               A sexy masculine smile to die for!
  





falling even more in love with you Bell!



p/s: enjoy ur marathon reading here :)
Happy Monday!



4 comments:

  1. Marathon PKB dekat blog pulak ;) Thanks !

    ReplyDelete
  2. Omgggg citer ni best! Hehehhe ~

    ReplyDelete
  3. Nak divert sikit...Dah beli USD kat MPH. Honestly, ini novel melayu pertama yang saya pernah beli. Teruknya kan huhuhu... tak pernah beli novel melayu sebelum ni..

    Really fell in love dengan novel ni... simply Awesome, tak menyesal beli. Btw bila Arluna pulak nak terbit ye ? Dont mind buying my 2nd malay novel asalkan penulisnya Rin Ahmad..Really luv yr writings. Congrats !!

    ReplyDelete

Sweet short story: Something about you

  Cover writing by: Farah Husain DANIELLA dah tak mampu nak tahan gelak. Boleh si adik menyakat kat Instagram selepas dia memuat naik gamba...