Wednesday, 6 March 2013

Gadis Edisi Terhad (GET) Bab 13




DIYA berkali – kali menekan loceng rumah Fareez. Macam – macam buah – buahan kampung yang Atuk Syed kirimkan. Rambutan, duku, dan manggis penuh di dalam plastik yang sedang dijinjitnya. Macam gaya peraih buahlah pulak! Dah pukul berapa ni tak balik – balik lagi? Jam Alba di tangan dikerling sepintas. Hampir menjejak pukul 11 malam. Telefon tak berangkat. Hampir 3 mesej sudah dihantar memaklumkan Fareez akan kehadirannya ini. No response!
Sengaja Diya datang tanpa memberitahu terlebih dahulu. Kalau diberitahu sudah pasti banyak betul dalihnya. Takut sangat kekasih hatinya mengamuk. Entah bilalah Fareez nak celik mata. Rasa nak tongkat je kelopak mata Fareez bagi nampak akan wayang kulit yang sedang dimainkan oleh Gina. Gadis kaya yang sombong! Agaknya Fareez sahaja orang kaya yang pernah dikenali Diya tidak pandai menyombong diri.
“Singgah dulu rumah Fareez bagi buah ni.”
“Tak payahlah Tuk, takat buah macam ni Fareez selori pun dia boleh beli kat pasar Tuk.”
“Ishh..kamu ni Diya. Kamu tak kesian kat abang Fareez kamu tu? Mesti dia nak rasa buah rambutan kuning ni. Benih pokok ni arwah Ilham yang beli suruh Atuk tanam dulu.”
Apabila Atuk dah masuk aura Memorial Day ni baik Diya turutkan sahaja. Tak kan menang Diya berhujah kalau Atuk Syed dah buka diari lama. Arwah Ilham, Papa Fareez nama yang tak pernah lekang disebut Atuk Syed. Sampai sekarang Atuk menyalahkan dirinya atas pemergian arwah pak cik Ilham suami – isteri dalam kemalangan yang meragut nyawa. Kalau ditanya siapa yang Atuk Syed lagi sayang antara Fareez dan Diya rasanya Atuk Syed tegar memilih Fareez. Apa yang nak dihairankan kalau segalanya tentang keluarga arwah tak pernah nampak pincang dimatanya. Atuk Syed cakap Fareez membesar di hadapan matanya. Sejak Mamanya mengandung lagi Atuk Syed sudah berkhidmat dengan arwah pak cik Ilham.
 Sedangkan Diya? Diya yang mengatur langkah sendiri ke rumah Atuk Syed, menumpang kesenangan seorang datuk yang tak seberapa tetapi jauh lebih baik daripada yang mampu disediakan oleh ayahnya sendiri. Atuk Syed selalu cakap itu balasan untuk Emak kerana kahwin lari dan dibangkang habis – habisan dengan arwah Nenek dulu. Sudah tua begini Atuk Syed tidak mampu lagi mencampuri urusan rumah tangga anak perempuan tunggalnya. Malang bersuamikan lelaki pemalas. Bagi Atuk Syed cukuplah dengan menjaga Diya seorang. Pandai – pandai Emaklah melayari bahtera sendiri.
Dulu selalu Diya bertanya kenapa Fareez selalu balik ke kampung. Maklumlah masa tu muda remaja. Cemburu melihat layanan Atuk Syed yang berlebihan. Malah pernah penampar sulung Atuk Syed singgah di muka Diya kerana mempersoalkan keturunan Fareez yang lain. Yalah, mana pergi sanak saudara Fareez yang lain kalau setiap cuti sekolah mesti muka Fareez menempel di rumah Atuk Syed.
Tanpa disedari Diya, tahun demi tahun daripada cemburu dan benci, perasaannya berubah menjadi sayang. Urghh! Manakan mungkin pipit terbang bersama enggang tetapi usaha itu tangga kejayaan! Kalau hidup Diya seindah manuskrip novel cinta sudah pasti jalannya terang. Arwah pak cik Ilham mesti tinggalkan wasiat minta Fareez dikahwinkan dengan cucu Atuk Syed. Mimpi Diya! Mimpi! Berkhayal kat depan pintu rumah orang lama – lama ni memang gaya peraih buah. Baik aku blah cepat. Silap hari bulan jadi peraih cinta pula kat sini. Diya mengoyakkan sekeping kertas daripada buku nota kecilnya.

Fareez, I letak buah ni kat sini je. Dah penat tunggu. Atuk Syed kirim salam.
Diya

Diya terlupa sejak bila gelaran ‘abang’ di hadapan dilucutkannya dengan sengaja. Tak komersial nak panggil ‘abang’. Kalau dulu cakap pun Abang Fareez-Diya sekarang dah jadi I-You. Diya menguntum senyum dan melangkah pergi. Suatu hari nanti Fareez akan menjadi miliknya!



            “AWAK tak nak tengok MU lawan Liverpool ke kat depan? Dorang ada buat tayangan flat screen macam kedai mamak tu kat bawah kanopi.”
Jasmeen memecah kesunyian malam. Live band mula berhenti diganti dengan keriuhan sorakan di hadapan. Daripada bercakap topik Anak Tan Sri Farhan yang cantik, baik  cepat – cepat dialih ke topik yang lebih selamat. Topik pilihan Jasmeen hari ini ialah tak lain tak bukan Mari Bermain Bola Sepak.
            “Aku kenal MU & Liverpool dah cukup baik tau. No biggie fan!”
Fareez menjawab dengan selamba sambil mengangkat kedua – dua tangan gaya surrender. Jasmeen membulatkan mata. Rasa macam nak tulis dalam diari pertama kali jumpa lelaki yang tak suka tengok bola sepak.
            “La..macam tak manly.”
            “Huh?”
            “Oh! Abaikan statement saya tadi.”
Terlampau pula ayat perbandingan Jasmeen tadi. Amat lah tak rock lelaki yang tak minat bola sepak ni. Jasmeen yang perempuan ni pun kadang – kadang terpekik terlolong kat depan TV dengan Ferhad kalau time tengah game best.
            “I play rugby, love golf and like tennis very much.”
Fareez dengan jayanya memberitahu permainan kegemaran saya ialah ragbi, golf dan tenis tetapi amatlah janggal kedengaran di telinga Jasmeen. Play, love and like? Macam pelik kata adjektif yang Fareez guna.
Main rugby? Nak mati cepat apa dia ni. Bukan main kasar lagi nak dapat touch down sampai kadang – kadang Jasmeen yang tertengok kat TV orang main ragbi tu sampai mengucap panjang. Tak boleh nak dibezakan mereka sedang bermain bola atau sedang membelasah orang. Tak boleh nak bayang wajah handsome di hadapannya ini luka dan tercalar. Kurang la markah gitu!
            “Awak duduk lah sini layan diri ya. Saya nak pergi depan.”
            “La, tak nak temankan aku? Ke nak aku buai laju – laju lagi?”
            “Eh tak lah, tadi En Fareez cakap nak hidup udara segar kat belakang ni, karang kalau kita share lama – lama habis pula udara segar kat sini.”
Fareez tergelak sakan. Bolehlah pula Cik Bunga Melur ni buat lawak gampang malam – malam buta ni. iPhone bertukar tangan.
            “Terima kasih ajar saya main Angry Bird tapi belum lagi lah rasa nak tukar telefon saya. Nak pergi campak lombong, jauh pula nak pergi cari. Lombong paling dekat pun The Mines, tu pun jauh dari rumah saya.”
Amik kau! Sesedap rasa je tadi nak kutuk telefon orang. Ingat iPhone dia tu best sangat. Kalau aku ni budak tadika best lah jugak. Aku yang dewasa ni kalau bagi main Fabulous Barbie limited edition yang dibuat hanya 250 unit sahaja di dunia dan berharga hampir  dua ribu ringgit tu pun belum tentu nak layan.



JASMEEN melangkah naik ke bilik. Kalau dilayan lama – lama  Fareez tadi silap - silap boleh jatuh biul dia dengan kerenahnya. Jatuh biul je ke Meen? Jatuh hati tak? Jasmeen tergelak sendiri dengan gelojak perasaannya. THE ROW alligator backpack ditarik dari katil dan disandang di bahu.
Melangkah ke ruang kanopi yang masih meriah, Jasmeen meneropong sekeliling. Line clear! Fareez dah balik. Mama dan Papa disalam hormat. Ramai lagi tetamu yang enggan berganjak walau jam sudah hampir menginjak ke angka 12. Maklumlah esok Sabtu, tak ada apa yang nak dikejarkan.
“Bik, jom! Saya tunggu kat depan ya.”
Kalau tak cepat – cepat masuk kereta nanti panjang lagi amanat Mama. Cukuplah Bibik seorang yang mendengar. Jangan lupa masak Cik Lysha ni, jangan bagi Cik Lysha makan tu, suruh Cik Lysha selalu balik. Kesian Bibik terpaksa menadah telinga. Harapkan Jasmeen ampunlah nak berlengah – lengah macam tu. Ferhad  yang sedang rancak berbual dengan jiran sebelah rumah yang turut dijemput hanya dilayangkan flying kiss. Papa dah bagi green light boleh pakai Mini Cooper lama yang tersadai di garaj. Tadi lagi Ferhad siap memeriksa enjin dan parkir di luar pagar siap – siap. Tahu sahaja kakak kesayangan tak akan mungkin menunggu sehingga majlis tamat. Parkir kat luar senang sikit nak blah!
Aikk...macam kenal je kereta yang dah mengarwahkan Alpinia Pupurata ni. Jasmeen berhenti melangkah. Dipandang sekeliling. Mana empunya kereta ni?
“Cak!”
“Astagfirullahalazim.”
Jasmeen mengurut dada terkejut. Ada ke malam – malam buta ni main ciku-cak. Karang mende lain yang keluar baru tahu. Fareez yang muncul dari belakang kereta betul – betul buat Jasmeen sakit jantung.
“Tak balik lagi? Buat apa melepak depan kereta ni?”
“Dah balik lah. Saya ni hantu Cik Bunga Melur ooii.”
Eeiii..... main – main pulak dia. Belasah karang.
            “Kereta rosak. Nak panggil service center macam dah malam sangat. Malas pula nak tunggu. Paling tak sejam dua juga nak melangut kat sini. Kau dah nak balik ke?”
            “Tak, bukan nak balik, nak pergi petik bintang kat sana tu hah.”
Giat Jasmeen membalas sambil jari telunjuk di tala ke langit.
            “Nak ikut petik bintang. Aku pun boring ni.”
            “Eh! Eh! Please gather your sense. Layan pulak dia. Ni beemer macam baru, tak kan rosak kot?” Jari telunjuk Jasmeen mengarah ke BMW X5 di hadapannya.
Tanya Jasmeen gaya arif sangat pasal kereta. Ya lah nampak gagah semacam je BMW X5 ni,  malu lah rosak depan rumah orang kan.
            “Tak pernah servis.” Balas Fareez gaya tak berdosa.
Rasa macam nak hantuk kepala mamat ni kat steering kereta. Aci bawak je dia, servisnya tak pernah. Mengalahkan perempuan yang tak pandai jaga kereta. Memang patut pun mati kat sini tapi kenapalah kat depan rumah aku. Pergilah mati kat depan rumah Datin Julia tu. Macam nak disepak – sepak pula tayar kereta si Fareez ni. Jasmeen ligat berfikir. Patutkah buat amal jariah sekarang?
“Rumah kat mana?”
“Dekat tempat yang awak nak campak telefon awak tadi tu.”
What? The Mines?
Yes. You heard me.”
Jauh tu nak patah balik ambil Bibik kat Ampang lepas tu nak balik Desa ParkCity lagi.  Kalau bawak Bibik macam pelik la pula. Jasmeen menelan air liur. Menyesal nak tolong. Mini cooper antik yang cantik diparkir di hujung jalan dipandang sekilas. Jasmeen menelan air liur kesekian kalinya.
Gulp!
            Pahala ke bala yang dicari ni?


p/s: Assalamualaikum dear readers & Hai, sorry..with double triple yyyy sbb;
1. Lemau update GET.
2. Mmg tak konsisten layan blog.
Due;
1. GET dah lama siap full tp sbb sy x sure bila terbit jd malas2 lah nk update. Since now 
Insya Allah soon..otw...May Allah ease the path. So yippie will update GET consistently. 
2. Means I will update 1 or 2 entry every week. Yeay!
p/s/s: lev all my pelepaks. Yang tegar dr dulu smpai sekarang, i lev u. thank u. Yang baru, salam perkenalan :) Tegur - tegur lah. Mood nak melepak hidup kot nak tgu GET keluar ni :)

XOXO,
KL






11 comments:

  1. yeayy..GET nk publish dh ye?x sabo tggu..love USD very muchh..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Insya Allah. hahha bertahun kot tunggu. I love JJ so much jgak :)
      Pembaca ada memori and feeling masa membaca & percayalah penulis dia ada feeling utk setiap cter dia buat. Lagu apa dia dgr masa dia type, air apa dia minum masa tu, apa yg most dia igt yg cairkan idea dlm otak masa tu...whoa...just to share my feeling!

      Delete
  2. Yay. Alhamdulillah. Finally boleh pluk dh GET. :)

    ReplyDelete
  3. hehehehe GET is back :) windu sama KL aka Rin ^_^

    ReplyDelete
    Replies
    1. Windu sama TLC jgak hoccay :) may I know what is ur current craving?

      Delete
  4. love the story. start follow your blog after read USD (great story by the way). I'm more interested dengan story JET. tak sabar nak tahu kisah Sara dan que selanjutnya.

    ReplyDelete
  5. Thanks 4 d update. Agree JET lagi exciting.

    ReplyDelete
  6. GET nak keluar. Arluna bila nak sambung pulak?

    ReplyDelete
  7. Hi hi I'm new here.....yeayyyyyy x Sabar tgu nvel ni pulak! Best3. Fighting! Muehehehe

    ReplyDelete
  8. Hai ! Long time no see ! Hahaha. Tp i pon tk sbr nk tnggu JET publish gak actly, but GET pon layan lah~ janji ada bnda blh dibca kn ? :) Anwy, keep up kay !

    ReplyDelete