Tuesday, 6 November 2012

Gadis Edisi Terhad (GET) Bab 12



Jasmeen lama melangut di hadapan almari. Malaslah nak pakai dinner attire lagi. Kejap lagi dah nak balik. Tetamu yang datang pun bukannya kenalannya. Tolonglah turun kejap lagi bagi ada seorang makhluk Allah yang aku boleh jadikan kawan. Bosan! Tak sampai hati nak berkurung di bilik. Sekurang – kurangnnya nama Papa mesti dijaga. Bukannya Jasmeen tak tahu Papa dari kejauhan akan menundingkan jari ke arahnya tiap kali bersama  kenalan barunya. Entah apa yang nak dibanggakan sangat memperkenalkan dirinya kepada semua kenalannya.
            Jeans berwarna hitam disarungkan. Dipadankan dengan t- shirt lengan panjang Red Valentino. Ringkas sahaja t- shirt ini yang berwarna putih, di dada separuh berwarna kelabu dan berhias polka dot dan diserlahkan dengan riben besar daripada satin di dada. Tudung ala – ala Ariani yang diperbuat daripada denim lembut berwarna hitam disarung ke kepala. Ringkas sahaja namun bolehlah nak match sikit dengan majlis malam ni. Aku kan Tuan Tanah, kena sempoi baru laju nak handle guest. Handle Guest ke? Hiks...Jasmeen tersenyum sendiri berpuas hati dengan bow-embellished modal T-shirt Red Valentino yang tersarung kemas dibadan.
            Dari kejauhan Jasmeen melihat Ferhad dan Papa sedang rancak berbual dengan seorang jejaka yang sekali imbas dalam lingkungan umurnya sahaja. Boleh dapat anugerah ni. Tetamu yang paling muda gitu! Kawan Papa ke kawan Ferhad tu? Rata – rata dif jemputan hampir sebaya papa kalau yang muda pun tak adalah muda sangat, kebanyakan yang muda paras 30-an tu pekerja Papa di pejabat. Kalau ambik semua yang berusia karang lagi ramai yang jadi Pengarah Urusan dari pencacai. Pada hal yang menjayakan operasi sesebuah syarikat 50% adalah sumbangan pencacai atau panggilan manis golongan pekerja bawahan. Jasmeen melangkah ke arah meja yang dikelilingi tiga lelaki itu. Ferhad yang ternampak kelibatnya melambaikan tangan. Ish mak cik ni, tepilah orang nak lalu.
Jasmeen terpaksa brek apabila laluannya dihalang dengan sekumpulan Datin yang rancak berbual di tengah – tengah jalan. Kurang asam betul tapi nak buat macam mana dah majlis ala - buffet yang tak ada protokol, kat mana – mana pun orang bercakap dengan santai. Ada yang memilih untuk duduk di meja makan yang disediakan, ada yang memilih untuk berdiri di meja bar yang tinggi disediakan di setiap penjuru. Boleh letak rokok, piring makan kat atas meja bar bulat tersebut berdiri sambil berborak santai. Jasmeen mengerling ke arah Ferhad yang masih rancak berbual. Boleh pulak masuk mamat ni hari ini. Jeolous pulak Jasmeen tengok Ferhad pandai membawa diri di kalangan hadirin. Berbeza dengan dirinya yang tidak pandai memulakan tapi kalau orang dah berbahasa pandai je Jasmeen melayan. Sedang Jasmeen mengendap Ferhad, matanya menangkap figura jejaka yang sedang bersama Ferhad dan Tan Sri Farhan.
Fareez, Oh My!
Buat apa kat sini? Siapa jemput? Alahai keciknya dunia. Tak apa lah meh sini aku besarkan sikit dunia ni. Jasmeen terus memalingkan wajah ke arah lain. Jasmeen melencongkan langkah kakinya. Nak menyorok kat mana ni? Alahai lemah betul kalau jadi tawanan kat Tanah Jajahan sendiri ni. Masuk dapur jap lah check Bibik tengah buat apa. Cas konon rindu lah kat Bibik. Hahaha...
            “Bik, buat apa?”
            “Cik Lysha. Ya Ampun janganlah bikin orang terkejut gitu. Tak buat apa – apa. Semuanya Puan sudah siapin. Saya cuma tolong sedikit.”
Loghat Indonesia Bibik semakin hilang. Mungkin sebab sudah bertahun di Malaysia. Bagi Jasmeen pandai sungguh Bibik membawa diri. Bibik tak pernah naik kepala walau pun Jasmeen jarang memantau setiap pekerjaannya. Cuti yang diberi juga tidak pernah disalahguna. Mesti baliknya tepat pada waktu yang dijanjikan. Alhamdulillah tak terhingga juga rasa syukurnya dikurniakan pembantu rumah yang boleh diharap. Bukan semua orang bernasib baik sepertinya.
            “Kejap lagi kita balik ya. Bungkus sikit lauk kat depan tu ya Bik. Pagi esok kita tak payah masak. ”
Jasmeen mula bosan. Tak kan nak memerap kat dapur. Mama yang nampak kelibatnya melintas ke dapur tadi pun menjeling tajam. Akhirnya Jasmeen membuka peti ais. Bar coklat Black Forest yang masih berbalut diambil. Mesti stok junk food Ferhad ni.  Sebotol ribena juga diambil. Kedua – dua dipegang di tangan kanan dan kakinya laju dihala ke halaman belakang. Lorong kecil menyambungkan halaman depan dan belakang rumah. Sepanjang – panjang lorong ditanam dengan pokok bunga Jasmine yang berbunga putih dan mekar menghiasi taman. Cantik kerana pokoknya yang sentiasa ditrim dan sudah tinggi separas pinggang. Mama hanya memilih untuk menanam bunga Jasmine ini di bahagian lorong, katanya simbolik Jasmeen adalah simbolik hubungan kasihnya dengan Papa sebagaimana lorong yang memutih dengan bunga Jasmine ini menghubungkan halaman depan dan belakang. Sebuah buai kayu yang kukuh buatannya umpama memanggil – manggil Jasmeen. Dilabuhkan punggung di atas buai sambil tangan laju membuka pembalut coklat Cadbury Black Forest.
Majlis yang masih lagi rancak berlangsung di hadapan tidak dihiraukan. Tangannya laju menyeluk poket jeans dan mengeluarkan LG Prada. Main game lah. Aplikasi yang bertulis Games & Apps disentuh, beralih pula ke Default Games. Touch screen phone paling old skool ni. Jangan tak tahu!
“Bosannya alih – alih games Halloween Fever, Photo Puzzle, Virus dan Pipe je. Ishh..”
Jasmeen mengomel seorang diri. Kuat juga omelannya sebab marah jugak dengan ke old-skool an telefon kesayangannya ini.
            “Buang lombong je telefon limited edition kau tu.”
Ewah – ewah lancang sungguh mulut makhluk yang menegurnya di belakangnya ini. Tahu sangat lah Jasmeen suara mamat berlagak kat belakang ni. Tak payah tengok muka pun tahu. Gegendang telinga Jasmeen memang sensitif mendengar intonasi Fareez nih. Dunia ciptaannya yang besar dan penuh keamanan sebentar tadi kembali menjadi kecik. Alahai...lemahnya nak menghadap mamat ni. Derap langkah yang makin dekat menyerlahkan lagi haruman Safari Ralph Lauren. Hilang bau bunga Jasmine dikaburi dengan haruman dibawa Fareez. Gaya macam nak pergi dating pulak mamat ni.
            “Nah, amik phone ni. Main Angry Bird lagi best!”
iPhone Fareez disambut kasar. Ingat iPhone ni bola rugby apa main campak, lari aci masuk Home ni. Nasib baik Jasmeen tangkas menangkap iPhone tersebut. Kalau tak aci bersepai. Jasmeen masih diam tak berkutik. Skrin iPhone dipandang sepi.
            “Main lah, tadi cakap bosan.”
Fareez melangkah ke arah buai dan duduk bertentangan dengan Jasmeen. Tiba – tiba degup jantung Jasmeen mula berirama Metalicca. Handsome gilerr si Fareez malam ni. Dengan pakaian kasualnya jeans biru dan crew neck sweater lengan panjang berwarna hitam menyerlahkan ketampanan Fareez. Oh! Amat mengganggu ketenteraman jiwa haku!
            “Password?
Jasmeen tak betah dengan kesunyian yang menyelubungi mereka.
            “1111”.
            “Any significant memory?”
            “The password?”
            “Yap. ”
            “My dream. ”
Jasmeen mengangkat muka memandang Fareez. Muka ditundukkan kembali. Malas pula nak bertanya. Suka hatilah nak letak nombor apa pun janji bukan 1234. Bodoh sangatlah sesiapa yang letak password 1234. Sah – sahlah berjuta orang tahu nombor senang macam tu.
            Fareez mengeluarkan kotak rokok. Sebatang rokok dikeluarkan dan dinyalakan. Dari tadi dia menahan nafsu untuk merokok. Segan pula nak merokok di hadapan Tan Sri Farhan dan anaknya tadi. Ferhad, anak Tan Sri Farhan tadi pun dilihatnya gaya budak tak merokok je. Biasanya lepas je makan, dah memang aktiviti wajib Fareez untuk membinasakan paru -parunya sendiri. Rokok ialah dessert kegemarannya!
Itu yang sebaik Tan Sri Farhan meminta diri untuk melayan tetamu lain yang baru tiba Fareez terus melarikan diri ke belakang kanopi. Tak sangka pula di belakang kanopi ini ada lorong kecil yang dihias cantik dan memutih dengan bunga – bunga kecil yang harum. Terus dia melangkah menyusuri lorong kecil ini dan membawa pertemuannya buat kesekian kalinya dengan Jasmeen.
Terpegun Fareez melihat hiasan lanskap yang amat cantik di halaman belakang rumah Tan Sri Farhan ini. Hujung sudut megah berdiri air terjun yang amat tinggi sehinggakan sekali tengok macam betul – betul air mengalir dari sebuah bukit. Air terjun yang turun disalurkan ke kolam yang besar di bawahnya dan disambungkan kolam tersebut membentuk alur – alur kecil umpama denai sungai yang kecil. Buaian kayu diletakkan di antara denai sungai buatan dan sekeliling pagar pula dihias dengan pelbagai pokok menjalar yang menghijau dan sebelah dinding rumah menjalar pokok bunga yang berwarna warni. Kagum pula Fareez dengan gabungan pelbagai jenis pokok menjalar yang menjadikan dinding rumah sekali tengok macam digantung pelbagai jenis bunga yang berwarna – warni. Kreatif!
            “Apesal muka awak tension sangat ni?
Jasmeen memusatkan perhatiannya ke arah Fareez. Terserlah sangat aura kelesuan dan kesedihan di wajah lelaki tampan di hadapannya ini. Sayang sekali wajah tampan ini tidak berseri. Baru 10 minit bersama tetapi rasanya sudah dua puntung rokok habis dibakarnya. Dahlah puntung rokok disuruhnya Jasmeen pegang. Ingat aku tong sampah bergerak apa?
            “Mana ada apa – apa.”
Fareez membalas ringkas. Tak kan nak share kot dengan si Bunga Melur yang tak sampai lima kali baru jumpa ni. Di bawah cahaya bulan, wajah Jasmeen dicuri - curinya tengok. Manis sungguh Jasmeen malam ini pada pandangannya. Walau pun setiap kali berjumpa gadis ini hanya ringkas dengan jeans dan t-shirt namun tetap mencuit hati lelakinya. Seperti pertemuan pertama di Binwanis, Fareez tetap teguh menyatakan Jasmeen memang perempuan paling cantik pernah ditemuinya. Cuma gaya Jasmeen yang bersahaja dan ringkas menenggelamkan sedikit kecantikannya.
“Tak kan orang handsome macam awak ni frust kena tinggal dengan awek kot.”
Saja Jasmeen mengusik tanpa menyedari usikannya umpama menjolok sarang tebuan. Berubah wajah Fareez serta – merta.          Wahai hati sabarlah. Rumah orang ni. Kalau ikutkan hati mahu juga ditempeleng pipi putih mulus di hadapannya ini apabila tebakannya benar belaka.
            “Aku handsome? Noted. Thank you. And please tell me things that I don’t know.”
            Cewahhh!! Berlagak kau ya. Jasmeen termalu sendiri kerana usikannya menyerlahkan kegopohan diri sendiri.
            “Dah – dahlah hisap rokok tu. Nah. Minum ribena ni. ”
Botol ribena yang masih sejuk bertukar tangan. Jasmeen memerhati dengan ralit setiap perbuatan Fareez. Penutup botol dipulas dan air disedut rakus. Nampak jelas kerongkongnya bergerak – gerak menelan air. MasyaAllah Jasmeen! Ke laut pula dia malam ni. Boyfriend orang tu. Boyfriend anak pelanggan sendiri pula tu. Mengingatkan Gina sahaja cukup untuk membuat Jasmeen rendah diri. Fareez dan Gina dilihatnya amat serasi bergandingan.
            “Landskap rumah Tan Sri Farhan ni kau punya projek jugak ke? Cantik sangat.”
Melihat hasil kerja Integrate Landscape di rumah Datin Julia dan Tan Sri Farhan membuktikan cadangan Tan Sri Farhan menyuruh Iskandar melantik Integrate Landscape bagi projek Axis Berhad adalah tepat dan tidak perlu diraguinya lagi cuma sakit hati terhadap bos Integrate Landscape masih bersisa. Time – time tengah mesyuarat nak integrate rekabentuk landskap dengan keseluruhan rekabentuk bangunan time tu lah dia boleh tersalah fax pelan pula. Siapa yang tak sakit hati.
Jasmeen pula terkelu. Soalan menempah maut namanya ni. Eh! Cakap jelah saya buat sebab saya anak Tan Sri Farhan. Bukannya dosa pun. Belum sempat Jasmeen membuka mulut Fareez bangun dan berdiri di sebelah buai. Ditolaknya buai tersebut perlahan. Wallawei...indahnya suasana malam ni. Jasmeen tersenyum sendiri. Ditambah dengan lagu yang baru dimainkan oleh live band jemputan di halaman depan menambahkan perisa dalam hati Jasmeen.

You know I can't smile without you
I can't smile without you
I can't laugh and I can't sing
I'm finding it hard to do anything
You see I feel sad when you're sad
I feel glad when you're glad
If you only knew what I'm going through
I just can't smile without you

You came along just like a song
And brighten my day
Who would of believed that you where part of a dream
Now it all seems light years away

Bukan sahaja Jasmeen yang terbuai dengan nyanyian penyanyi live band yang menyanyikan lagu Barry Mannilow yang juga pernah dinyanyikan oleh The Carpenter iaitu Can’t Smile Without You bahkan Fareez juga. Tambah sedih dihati mengingatkan Gina yang pernah tersenyum hanya untuknya dan kini senyuman Gina bukan miliknya seorang. Arghh! Jangan dilayan hati ini. Cepat – cepat Fareez menyedarkan diri sambil tangannya masih menghayun buai. Melihatkan senyuman Jasmeen yang benar nampak ikhlas mendamaikan jiwanya yang resah.
“Mana satu anak dara Tan Sri Farhan ya? Semua orang cakap lawa sangat. Tan Sri siap kenenkan dengan aku tu.”
What???
Jasmeen terkedu.




p/s: Dearest readers, tatau nk ckp mcm mana. Entry mmg sengaja dipending sbb mcm mana pun nk tau ending mmg kna tgu versi cetak (when? I dunno) sbb manuscript submitted long time ago. Nak reply comment tersangat nk sebenarnya tp tat means I kembali aktif berbelog, eh kan? Kata dh x nak berbelog so ermmm....aaahhh....kena review blk decision ni sbb tgn sungguh gatal nak mereply semua komen bcos I love all my lovelies and of course appreciate all my readers!

Do join Darren & Bell @KLFP. Itu habis di blog & wil b transferred to ebook. Insya Allah.
Love, XOXO!

16 comments:

  1. suka..suka...suka..tq cik writer sbb update n3 baru.cute je fareez & jasmeen ni.

    ReplyDelete
  2. Adeh! sorang lagi pendera jiwa

    ReplyDelete
  3. Dear KL,

    - lamanya menanti...even dah baca, tapi still nak baca jugak...
    - long time news from your dear...
    - bila keluar versi cetak, do inform us...buat announcement besar-besaran...bagi gempak sikit..ha..ha..ha..
    - luv you kl...

    ReplyDelete
  4. Loooo . KL publisher mana tu? yg simpan manuskrip KL lama sgt?...
    Hantar ajelah kat publisher yg cepat publish manuskrip....
    (ada publisher x simpan lama manuskrip klu cepat edit cptlah mereka publish)
    Sbb akak x sabar nak baca versi cetak ...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu..novel org lain ai tgk baru letak dkt belog da dapat buat buku..kdg2 xbest pun..tp novel KL best kot..tak kan dorang tak tau menilai..tak pun KL cetak sendiri la..hehe..confirm ai beli semua..xkisahla mahal mcm mane pun.. ;)

      Delete
  5. as-salam KL,

    always looking forward & enthusiastic to read GET!
    How cool was it - fareez gave the phone, disclose the simple 'dream' password 1111 - playing angry bird??? yooo

    and tat was so facinating when Fareez casually said TSF siap nak kenenkan Fareez ngan anak dara dia --- sure terkedu si Jasmeen kinda a bombshell tu - out of the blue!!!

    TQVM KL ♥♥♥
    p/s: ablaze wanna know how Fareez-Jasmeen relationship is concluded in the printed version!!!




    ReplyDelete
  6. Tan Sri nak jual anak tu Meen.... hehehe
    Fareez .... anak Tan Sri ada depan mata lah....
    Bilalah nak keluar Versi cetak ni.... x sabar nak tunggu

    ReplyDelete
  7. laaaaa...dah xde n3 ke? patut la tunggu2 lama x jugak muncul2...nanti keluar melalui publisher mana eh?

    ReplyDelete
  8. muahahahaha... chomey.... blh plak main buai2 nie.. tp seyes jasmeen... till when br nak EXPOSE diri sendri nie?> hehehe

    ReplyDelete
  9. betul tu,anto ler kt publiher yg cpt wat keje mengedit ni,dah xsabar rase nk tggu versi cetak....anyway thanx 4 d n3....

    ReplyDelete
  10. bila nak keluar versi cetak ni? tak sabar sungguh hati ni, berdebar-debar...hehe...

    ReplyDelete
  11. bila nak keluar versi cetak ni? tak sabar menantikan kemunculan naskah dari cik penulis,berdebar-debar hati ini... semua karya memberikan maksud yang tertentu...

    ReplyDelete
  12. ur karya semua sgt berkualiti n educated. x faham kenapa lama sgt pending. bila2 semua your karya dah dpt publish do inform us ok. x sabar sgt nak tahu semua ending cerita KL. x pun hantar je semua arluna, jet n get dkt publisher lain. sure sgt2 cepat keluar. susah nak jumpa novel yg best mcm KL punya, seriously. x cliche n sgt yummy lah senang cerita.

    ReplyDelete
  13. yup btl...sokong...100%

    ReplyDelete
  14. alolo...sambung ar cepat...citer makin best kot...fareez...fareez dpn mata je kot cik jasmeen tu...

    ReplyDelete
  15. nak lagi boleh? please.....................

    ReplyDelete

Sweet short story: Something about you

  Cover writing by: Farah Husain DANIELLA dah tak mampu nak tahan gelak. Boleh si adik menyakat kat Instagram selepas dia memuat naik gamba...