Monday, 8 October 2012

Gadis Edisi Terhad (GET) Bab 11


Ramai betul tetamu Papa malam ni. Selesai sahaja kerja – kerja nya di Integrate Landscape, terus diajak Miza menghantarnya balik ke rumah Papa. Malas pula hendak berpatah balik ke Desa ParkCity semata – mata nak ambil kereta. Tak apalah, balik nanti boleh minta Ferhad hantar. Kalau tak cilok sahaja kereta Papa yang bersusun di garaj.
 Boleh juga minta pertolongan Miza membantu Mama membuat final touch up hiasan majlis. Pagi tadi dalam perjalanan ke Modenreka, sempat juga Jasmeen mengarahkan pekerja di nursery, Alira mengumpulkan French Marigolds yang berwarna oren, kuning dan merah menghantarnya ke rumah. Mesti senyuman Mama melebar melihat kuntuman marigolds segar dijadikan hiasan meja dan disusun di dalam pasu besar di sepanjang jalan bermula di pagar sehingga ke pintu utama rumah. Mesti berseri kelam malam dihiasi warna – warna terang. Tak payah touch up banyak – banyak pun tak apa sebab lanskap rumah Tan Sri Farhan memang sudah cukup mengagumkan. Ceh! Naik lif tekan sendiri. Itu namanya riak, bangga dengan hasil tangan sendiri. 
“Eh, ini Meen French Marigolds ke? Kecik sikit bunga ni kan? Ini saiz bunga lebih kurang 2 inci je.”
Becok mulut Mama bertanya. Gembira melihat jambangan – jambangan bunga yang siap berhias cantik dalam pasu kristal. Jasmeen dan Miza berbalas pandang. Jasmeen memberi arahan zip-your-mouth kepada Miza. Silap haribulan dibocorkan rahsia bunga ni asalnya planted pot yang disewakan kepada seorang pelanggan tetapnya  di sebuah bangunan prestij di tengah ibu kota. Planted pot marigolds akan ditukar baru setiap minggu. Jadi selepas keluar daripada bangunan, marigolds ini biasanya akan dipotong dan dijual pula sebagai bunga hiasan. Istilah bunga reject lebih sesuai sebenarnya tetapi tak sampai hati nak bagitahu Mama yang sedang teruja membelek – belek kuntuman marigolds. Lagipun sekali pandang bunga – bunga ni masih cantik apa? Tanya Jasmeen kepada dirinya sendiri.
“Betul lah tu Mama. French Marigolds ni kecil sedikit berbanding African atau American Marigolds yang Meen pernah bawak balik dulu. Marigolds tu saiz bunganya hampir 5 inci tetapi sayang cuma ada warna oren dan kuning sahaja. French Marigolds ni ada warna merah.”
Panjang Jasmeen bercerita. Puan Sri Nur Maria hanya mengangguk setuju. Peluh dah melekit ni. Orang dah mula datang, baju pun belum bertukar lagi. Blazer Viviene Westwood Red Label sudah lama bertenggek di bahu. Rimas.
“Anak dara pergi naik atas mandi dan tukar baju dulu.” Arah Puan Sri Nur Maria apabila melihat muka Jasmeen yang hampir berkilat dek seharian di simbah cuaca luar yang tak menentu.
Jasmeen tersengih sambil mengenyit mata. Bos bagi warning tu! Jangan cuba – cuba nak bocorkan rahsia peribadi kat mem besar tu pulak. Bukannya Jasmeen tak tahu nanti Puan Sri Nur Maria akan memulakan sesi mengorek rahsia – rahsia kerajaannya dengan Miza. Selangkah je Jasmeen beredar pasti Miza akan diserang dengan pelbagai soalan. Topik hangat sudah pasti lah ‘Bos kamu tu tak ada keluar dengan siapa – siapa ke sekarang? Bos kamu tu garang sangat ke sampai tak ada yang melekat? Bos kamu tu memilih sangat ke?’

* * *
           
            Wah! Dah penuh sesak rumah ni dengan tetamu. Mata Jasmeen melilau cuba menangkap bayang sesiapa yang dikenalinya namun hampa. Mama dan Papa mestilah sibuk melayan jemputan masing – masing. Dua buah kanopi yang berhias cantik di halaman rumah penuh dengan tetamu. Tujuan majlis diadakan pun Jasmeen lupa nak bertanya. Malas nak ambik port. Istilah seorang anak yang kurang berperasaan dan kurang sensitif. Apa – apalah ya.
Jasmeen yang menyarungkan floral - print silk maxi dress rekaan Collette Dinnigan yang berwarna hijau lembut dan berbunga putih kelihatan manis dengan gaya bersahaja. Disarungkan draped jersey cardigan berwarna putih dan dililit tudung berwarna hijau lembut tanpa sebarang corak. Jasmeen melangkah ke halaman rumah dengan malas. Dilihat Ferhad sedang melayan Auntie Yan, kakak Mama. Jasmeen melangkah ke arah mereka berdua. Sempat Jasmeen menangkap kerlingan Papa apabila Papa melambainya untuk memperkenalkan lelaki di sebelahnya namun tidak dihiraukan Jasmeen. Malam ni diisytiharkan hari lepak sedunia. Tak kuasa nak layan agenda bisnes ni.
“Laparlah Ferhad. Makanan best tak? Katering mana Mama tempah ni? ”
“Entahlah. Aku pun tak makan lagi. Tadi aku sibuk jumpa kawan lama. Kau ingat lagi tak Irshad, yang matrix dengan aku dulu? ”
Ingat. Eh! Macam mana pula Irshad boleh datang? ”
“Jadi driver Daddy dia. Aku tengah melepak kat depan pagar tadi. Elok je nampak dia drop Daddy dia. Aku ajaklah masuk sekali.
“Oh! Aku makan dulu lah. Kejap lagi aku nak terus balik ni. Kau hantar ya.
“Ya lah. Bibik kau dah balik kan. Aku nampak kat dapur tadi. ”
“Dah, aku minta dia datang sini tadi. ” Jasmeen meninggalkan Ferhad keseorangan.
 Auntie Yan juga sudah melangkah masuk ke dalam rumah. Tak betah agaknya berada di halaman rumah yang penuh dengan VIP dan korporat – keparat ni. Jasmeen tersengih sendiri. Laju pula langkah dihayun ke meja buffet apabila melihat Miza sedang menyenduk makanan.Ada geng ni!
            “Miza.... ”

Bushh!!

            Habis draped jersey cardigan berwarna putih yang tersarung di badan Jasmeen lencun. Kurang asam punya Miza. Terkejut pun agak – agaklah. Tak kan majlis high class macam ni ada sexual assault kot. Baru cuit bahu, tak payahlah nak terkejut sakan. Haishh!
            “Cik Lysha, sorry!!! Ampun! ” Muka Miza berubah pucat.
            Lencun baju yang tersarung di badan Jasmeen dek kelalaiannya. Rasa bersalah satu. Takut kena marah dua. Yang nombor tiga yang paling menakutkan tu. Bukannya dia tak tahu setiap helai yang tersarung di badan Cik Fellah Delisya ni semuanya bernilai ribuan ringgit. Nampak je ringkas tetapi mak aihh! Semua koleksi baju bosnya ini rasanya limited edition collection. Wah!! Gua rasa macam nak mati. Jerit Miza dalam hati.
            “It’s okay. Enjoy your meal. I go get change first.”
Miza menghantar langkah Jasmeen dengan pandangan sayu. Alahai spoil betullah! Dahlah tadi sesi FBI-KGB berlangsung giat dengan pelbagai soalan payah kalah soalan Fizik. Pengakhirannya dilencongkan juga topik Fellah Delisya Anak Dara Terlajak ke topik mari menanam Marigolds! Terlajak ke? Macam tak je, bosnya baru berumur 27 tahun. Tengah kembang mekar lagi tu. Ada ke dikatanya terlajak. Puan Sri Nur Maria ni dah lupa kot zaman sekarang bukan macam zaman 80-an lagi dah. Namun yang penting teruja juga Puan Sri Nur Maria dengan topik mari menanam Marigolds. Yang paling membuat Puan Sri teruja ialah apabila mengetahui Marigolds amat senang ditanam dengan syarat;

                        1.      Ditanam di bawah cahaya matahari atau separa terdedah dengan cahaya matahari.
                        2.      Tanah mesti dijaga pengalirannya dengan betul, tanah yang gembur dan lembut serta subur.
                        3.      Menambah potash fertilizer untuk memanjangkan tempoh berbunga.
                        4.      Membuang bunga yang pertama sebelum mengembang supaya merangsang pokok berbunga dengan lebat.


* * *


            Lama Fareez berteleku di anjung rumah. Menikmati angin petang menenangkan dirinya yang gundah. Argh! Gina. Nurul Jannah yang sentiasa membuat hidupnya tak keruan. Mungkin sekarang adalah masa yang sesuai untuk Fareez  menilai kembali hubungan cintanya dengan Gina. Nak menelefon dan berhadapan dengan Gina pun Fareez tidah betah. Baiklah dia berfikir semasaknya akan hala tuju hubungannya dengan Gina sebelum bersemuka.
Kalaulah Datin Julia dan Datuk Ismadi bukanlah sesiapa dalam hidupnya, sudah pasti hubungannya dengan Gina tidak sekonflik ini. Mana mungkin Fareez melupakan segala jasa baik kedua orang tua Gina menjaganya sedari dirinya berusia 13 tahun. Menjadi anak yatim piatu semuda itu adalah sesuatu yang sukar bagi Fareez yang sedang membesar. Mujurlah Datuk Ismadi dengan ikhlas menjadi pengganti kepada Papa untuk memberinya tunjuk ajar dalam meladeni kehidupan dan membentuknya menjadi lelaki yang serba – serbi lengkap. Dengan kasih sayang Datuk Ismadi dan Datin Julia, Fareez tidak pernah kekurangan apa pun. Bertuah arwah Papa dan Mama mempunyai kawan sebaik Datuk Ismadi dan Datin Julia.
Jam tangan Baume & Mercier yang tersarung gah ditangan dikerlingnya sepintas. Ya Allah! Dah hampir Maghrib. Fareez menolak pintu sliding anjung dan melangkah masuk ke rumah. Ditalanya ke segenap ruang tamu. Kebosanan dan kesunyian mencengkam jiwa.
Usai Maghrib, Fareez membuka almari pakaiannya untuk menukar baju Melayu dan kain pelikat yang sedang tersarung kepada pakaian rumah yang lebih santai. Fareez menarik bermuda untuk dipakai namun di saat matanya terpandang kemeja yang tergantung kemas teringat pula pesanan penaja Mr Dugoff siang tadi.
“You must come young boy.”
            Tanpa berfikir panjang Fareez mengambil keputusan untuk menghadiri majlis makan malam di rumah Tan Sri Farhan. Biarlah dia bukan orang penting bagi Tan Sri Farhan pun tetapi untuk melangut dan bermain dengan perasaan seorang diri di rumah disenaraikan sebagai pilihan terakhir.
            Life must go on!

10 comments:

  1. Alahai, Farhan harus dipertemukan dgn Cik Fellah aka Jasmeen Cantik. Harus!

    ReplyDelete
  2. Atty Ismail8/10/12 8:58 pm

    Hahhahhahhahhahha..frust ngan Gina ye bang Fareez???..Nanti tggu u tangkap cinta ngan Jasmeen br u tau yg mana lebih u cinta....hahhahhahhahhahahhaha..X sabar nak tggu part 2..
    Tq KL

    ReplyDelete
  3. FARADINA AZLIN AZAHAR8/10/12 8:59 pm

    hrmmm.... ala x tau gina tue wat ape b4 this... hehehe... so berjumpakah meen & fareez??

    ReplyDelete
  4. as-salam dear KL

    yeah life must go on Fareez!
    go boy go ... a beautiful limited edition young lady is sure will mark up ur repugnance towards Gina the nyamuk besar!
    Forget tat Gina! why waste ur time Fareez!

    Thanks Mr Duggoff -- to remind Fareez on the invitation fr TSF! ... prologue to a better relationship between jasmeen & Fareez perhapsss!

    hmm kesihan Puan Sri Nur Maria - only received those rejected marigold hehee ... nex time Jasmeen if ade byk lagi rejected marigold pls 'express deliver' to my pondok di ceruk kampong ekk!


    ♥♥♥




    ReplyDelete
  5. As-salam dear KL

    yeah Life must go on Fareez ... why waste ur time pondering of Gina the nyamuk besar - better left her b4 she abscond with a mark to ur heart!

    Go boy go .... There is a beautiful Limited Edition Lady ... Jasmeen! ad infinitum she will naturally thaw ur heart!woo

    Thnaks Mr Dugoff - to remind Fareez of the invitation at TSF house - sure to be the best starting point to Fareez & Jasmeen relationship!

    hmmm ... kesihan Puan Sri Nur Maria - received rejected Marigolds for decoration - kena goreng handsomely by Jasmeen ish ishh ... Jasmine if there were more rejected Marigolds pls "express delivery" to my pondok di ceruk kampong neh!

    ReplyDelete
  6. Fareez kalau jumpa dengan Menn jangan nak bergaduh lagi ya.... gaduh-gaduh sayang ok...

    ReplyDelete
  7. Oh my jasmeen n fareez. Plg lah berjumpa mlm ni, pls pls. Penatlah tunggu hide and seek ni berhenti. Me too nak marigold yg rejected tu hihi. Tq KL! Cant wait for the next entry :)

    ReplyDelete
  8. whoaaaa.....2 chapter doesnt seem to satisfied me hehehhe...Nway tq ms authorr... next n3 pleaseeee....sooner...tamo lama2...waiting is no gud at all....nex n3 and pls be nice to us...make it longer...sweeter....plissss.....
    againnn thank uuuuuu

    xoxo

    ReplyDelete
  9. agaknye kan...ape la reaksi si Fareez 2 bila tau sp sebenarnya Jasmeen 2 yeh? x sabar nak tau ...mesti terkezut kalah beruk kat zoooo hihihi

    ReplyDelete
  10. As salam....lepas ni novel ape yang nk keluar ya....so far I dah folo USD & GET. Not bad....I like.....

    ReplyDelete

Sweet short story: Something about you

  Cover writing by: Farah Husain DANIELLA dah tak mampu nak tahan gelak. Boleh si adik menyakat kat Instagram selepas dia memuat naik gamba...