“Morning.”
Ceria Jasmeen menyapa segenap isi keluarganya
yang sedang enak menjamu selera di meja makan. Tak sabar nak keluar dari rumah
ni. Pandangan luar biasa baginya kerana hari ini bukanlah hari cuti tetapi Tan
Sri Farhan elok sedang menyuap nasi lemak ke mulut.
Selesai Subuh, terus Jasmeen bersiap untuk
keluar bekerja. Beberapa kali juga baju yang sengaja ditinggalkan di rumah
kedua ibu – bapanya dibelek. Penuh satu almari juga baju yang ditinggalkan.
Jasmeen tahu sampai bila – bila pun, bilik yang ditinggalkannya itu akan tetap
dijaga rapi oleh Mama. Maklumlah anak dara kesayangan. Akhirnya baju stretch wool-twill blazer yang dibelinya
keluaran edisi terhad Viviene Westwood Red Label diambil dan disarungkan di
atas Bally cotton poplin shirt.
Selesa dan santai apabila Jasmeen hanya memadankannya dengan sepasang jeans
lusuh dan Gucci plain scarf yang
dililit kemas di kepala.
Boleh minta Ferhad tolong hantar pergi pejabat
arkitek Modenreka sekejap lagi ni. Harap – harap Ferhad sudah sembuh dan
kembali bertenaga. Temujanji pagi ini tidak boleh tidak dibatalkan. Miza pagi-
pagi sudah mengingatkannya. Pergi dengan Ferhad, balik minta Miza hantar orang
jemput, okay lah tu. Desis Jasmeen bersetuju dengan perancangannya sendiri.
“Duduk.”
Arah mama apabila melihat Jasmeen melencong ke
dapur. Bukannya tak tahu, anak daranya ke dapur untuk mengambil susu dan Koko
Krunch. Bukannya nak dirasa nasi lemak kita ni. Dahlah jarang – jarang ada kat
rumah. Nak kata terima kasih sebab Ferhad sakit tak boleh hantar Jasmeen balik
ke rumahnya sendiri bunyi macam kejam tetapi itulah hakikatnya. Kalau tak
susahlah nak tengok Jasmeen tidur di rumah apatah lagi menghadap sarapan
bersama. Sudah terlupa Puan Sri Nur Maria bila kali terakhir mereka duduk
semeja.
“Meen diet lah Mama. ”
Jasmeen memuncungkan mulutnya tanda protes namun
tangannya laju menyenduk nasi lemak ke pinggan. Wow! Nasi lemak lauk sambal
sotong dan paru goreng rempah. Selamat lah diet aku hari ni. Cakap Mama jangan
dibantah lebih – lebih. Buat sakit telinga je kena khutbah percuma. Eh! Dengar
khutbah kena bayar ke? Jasmeen mengulum senyum.
“Dah okay Ferhad? ”
Dengan mulut penuh dengan nasi lemak, Jasmeen
menyapa adiknya yang ralit membaca surat khabar. Ferhad hanya mengangguk tanpa
mengangkat muka. Mesti Ferhad sudah bangun joging pagi – pagi lagi. Pinggan di
hadapan Ferhad sudah licin. Sakit pun selera makan tak kurang. Jeling Jasmeen yang duduk bertentangan dengan
Ferhad.
“Malam ni Meen balik
sini dulu. Papa ada buat jamuan makan sikit.
Kalau boleh tolong Mama apa yang patut lagi bagus. Bangga sikit Papa
kalau anak dara Papa ringan tulang. ”
Mata Jasmeen membuntang.
Patutlah Papa relax sahaja pagi ini.
Rupanya ada agenda tersembunyi.
“Papa ni ingat ada kat
rumah sebab nak luangkan masa dengan Meen. Rupanya ada udang sebalik batu.
Tengoklah kalau Meen tak banyak kerja. ”
Tan Sri Farhan hanya diam tak berkutik.
Menyedari kekhilafan sendiri. Namun tetap tersenyum mendengar keluhan Jasmeen
yang bukan untuk pertama kalinya didengar. Anak daranya seorang ini tak pernah
tahu menyimpan rahsia hati. Segalanya mudah diluahkan. Namaun dia tahu dia tak
pernah kurang perhatian dan kasih sayang untuk anak – anak cuma mungkin masanya
sahaja yang amat terhad.
If you often smile and show that you enjoy your work,
your kids will grow up in the same path even if he doesn’t see you much.
Tan Sri Farhan mengimbas kembali ayat yang
pernah diturunkan oleh sahabat baiknya dahulu, Jeneral Khoon yang jadualnya
hidupnya sama sahaja sibuk dengannya. Sebab itulah Tan Sri Farhan tidak pernah
merungut di hadapan anak – anak. Walhal kadang – kadang dia sendiri dulu tidak
betah dengan jadual kerja yang padat dan kini pula dengan pelbagai masalah
dalam dunia perniagaan. Hasilnya jelas tertumpah ke atas Jasmeen. What a workhoholic lady! Walau pun
bidang yang diceburi Jasmeen ditentang hebat oleh Tan Sri Farhan namun
kesungguhan Jasmeen menjayakan pilihannya amat mengkagumkan Tan Sri Farhan.
* * *
“Cik Fellah Delisya kan? Silakan.”
Sopan Iskandar mempersilakan Jasmeen duduk sambil tangannya ligat mengemas
bekas air mineral kosong yang ditinggalkan oleh Cruise Team sebentar tadi. Ishh...mesyuarat tak sampai setengah jam
pun haus. Namun apa yang nak dihairankan kalau mendengar pertukaran profile rekabentuk tu, minum selautan
air pun belum tentu dapat melegakan jiwa masing – masing.
Iskandar membuka pelan
lanskap yang dihulurkan Jasmeen.
“Saya rasa tak ada masalah. Semua memuaskan hati and well blend. Exactly like what we are expecting.”
Jasmeen lega. Ragam projek besar dan
projek persendirian amatlah pelbagai. Macam – macam kerenah yang perlu
ditempuhi. Kalau dari segi rekabentuk pula, pelbagai perubahan baik perubahan
besar atau perubahan kecil perlu dibuat sehingga pihak arkitek atau client berpuas hati.
“Cuma…”
La… ada
‘Cuma, Cuma’ lagi ke. Bukan main jauh Jasmeen berangan hasil rekabentuknya kali
ini memuaskan hati tanpa pindaan major tadi.
“Apa dia Encik Iskandar? Anything that I’ve miss or anything that you
want to incorporate?” Iskandar menggelengkan kepala. Jasmeen keliru.
“I’m waiting for someone who wants to meet
you badly actually.”
“Oh! Suspense saya. I can wait,
surely.”
Jasmeen
menguntum senyum. Malas nak bertanya siapa yang hendak bertemunya. Kalau tak
pihak client mungkin arkitek QP. Iskandar mengerling. Senyuman
seindah suria itu kalau tak mampu mencairkan hati En Fareez kita, tak tahu lah.
Buruk sangat tanggapan Fareez terhadap Integrate
Landscape ni. Eh, kau ni apa kena mengena Integrate Landscape dengan senyuman empunyanya? Iskandar bermonolog
sendiri.
* * *
Fareez
mundar mandir dalam pejabat. Bengang. Panggilan telefon sebentar tadi cukup
merudumkan moodnya hari ini. Teramat bengang sebenarnya. Dengan siapa
lagi kalau bukan Gina. Sudah tidak terhitung rasanya Gina mempermainkan janji –
janji manisnya. Kali ini berang Fareez berlipat ganda kerana Gina membatalkan
janji untuk menemaninya keluar malam ini untuk kesekian kalinya. Tali leher
baldu yang dihadiahkan Gina tiga tahun dulu dilonggarkan. Tangan kanannya
menyelak rambut yang terjuntai di dahi. Arghh!! Fareez kembali duduk. Bingkai
gambar yang menghiasi mejanya ditenung tajam. Bingung akan kesudahan episod
percintaannya ini.
Jam dikerling sekilas. Hampir
terlupa dia dengan janjinya dengan Iskandar untuk turut serta dalam mesyuarat
bersama bos Integrate Landscape. Organizer dicapai. Ipad dibiarkan di meja. Sekeping kad bisnes
diambil. Patut dia memperkenalkan dirinya dengan tertib dengan bos Integrate
Landscape yang kurang tertib pada pandangannya. Fareez menutup pintu biliknya
perlahan. Langkah diatur ke bilik mesyuarat yang terletak di sebelah biliknya. Blinder yang terselak di bilik mesyuarat
membolehkan Fareez melihat dengan jelas Iskandar dan bos Integrate Landscape
yang membelakanginya sedang ralit berbincang. Pakai tudung jugak bos ni. Macam
si Melur cuma dah namanya bos mestilah siap berblazer. Dari belakang nampak
macam tinggi lampai dan gaya duduk bergaya menyerlahkan karisma. Tengah duduk
nampak semua macam sempurna tapi cuba jalan, entah – entah kengkang. Desis
Fareez, cuba menilai melalui pandangan pertamanya.
Entah kenapa
kerana hanya kesilapan kecil yang dibuat Integrate Landscape ditambah dengan
pertemuan dengan si Melur yang meyakitkan hati, semuanya umpama wayang yang
berputar – putar menghasut mindanya agar bertindak di luar rasional.
Beep! Beep!
Mesej daripada telefonnya mengganggu
lamunan Fareez. Tangan yang sedang memulas tombol pintu bilik mesyuarat
terhenti. Telefon ditala. Oh my!
Fareez kaku. Mesej ringkas yang tertera
di skrin cukup mengejutkan Fareez tanpa perlu menekan butang inbox.
Gina accident.