Sunday 21 August 2011

HAK MILIK KEKAL (PART II)


What is this?” Arif Mikhail menjerit apabila subuh keesokan harinya dia melihat tompokan darah di atas cadar katil. Ayra Maya yang sedang mandi di dalam bilik air menggigil ketakutan.
Is this because of the insertion or what?” Arif Mikhail amat bengang apabila melihat wajah polos Ayra Maya muncul di sebalik pintu. Apabila melihat Ayra Maya tidak bereaksi, tahulah Arif Mikhail.
But why you don’t tell me?”
If I did, would you believe me?”
“Okay salah aku but the least you should do is try to tell me.” Lantang suara Arif Mikhail memecah keheningan pagi.
I did try. Saya nak cerita semua sebelum kita kahwin tapi awak yang tak nak dengar. Awak ingat tak saya minta jumpa kat Alamanda Putrajaya hari tu? 2 jam saya tunggu alih – alih awak cakap awak tak dapat datang.”
“Malam tadi pun kenapa kau tak cakap?”
“Saya cuba cakap tapi awak tak nak dengar. Awak suruh saya diam.” Ayra Maya teringat apabila Arif Mikhail muncul di dalam bilik tidur mereka semalam. Dia yang sedang menghadap laptop terkejut apabila Arif Mikhail menarik tangannya kasar dan merebahkannya ke katil. Arif Mikhail menerokainya tanpa suara manja, tanpa belaian mesra dambaan gadis yang mengakhiri zaman daranya. Dan disaat Ayra Maya menjerit kesakitan, yang kedengaran hanya suara Arif Mikhail berkata, “Kau hak milik aku Ayra. Kau isteri aku. Bukan milik Zack Ahmad atau Tengku Ashraff.”  
“ Kalau aku tau memang aku tak akan terima kau.”
“Tapi bukan ni ke yang awak nak.”
“ Yea, tapi daripada gadis yang aku cintai. Kalau macam ni, tak nak la aku jadi perosak hidup anak orang. Kau tu dah la anak yatim. Dosa besar aku aniaya kau.”
***   
Angin yang bertiup sepoi – sepoi bahasa mengganggu pandangan Mikhail yang sedang asyik melukis. Mikhail terlupa mengikat rambutnya yang lurus separas bahu. Rambutnya beralun seirama dengan tiupan angin.
            Are you an artist?”
            “Jangan busy bodylah.”
            “Okay. Boleh saya tolong ikatkan rambut awak tak. Saya bagi pinjam crunchy saya jap tapi kaler pinkla. Boleh ek?” Arif Mikhail diam sahaja. Ayra terus menarik rambut Mikhail perlahan – lahan dan membuat satu tocang ala – ala pokok kelapa.
            Cute..”
            Cute does not suit a man.”
            Whatever.”
            Have you been here before?”
            “Tak pernah. Macam jauh nak travel dari KL. Tapi cantik sangat tempat ni. Awak selalu datang sinike?”
            Every year.”
            Every year?”
            “Ya. Saya suka tempat ni. Dari tempat ni seasli – aslinya sampailah sekarang bila dah siap ada menara Celcom tu. Dulu kat sini line telefon pun tak dapat tau. Sekarang siap broadband pun dapat. Tu yang dah tak asli. Nasib baik pihak resort ni masih mengekalkan tradisi mereka. No TV. Kalau ASTRO pun dapat, tak feel lah vacation.”
Ayra mengangguk dalam hati. Bila dipandang sekeliling. Masya-Allah memang teramat cantik pemandangan sekeliling pulau ini. Betulla orang cakap Pulau Perhentian ni amat cantik.
            Why you bring me here?”
            Honeymoon.”
            Honeymoon?”
            “Kenapa?”
            “Sebab saya rasa macam pelik. We don’t really know each other. This is so wrong.”
            We have the rest of our life for that.”
            “Arif Mikhail.”
            “Ya Ayra Maya.”
            “Aku tau apa yang kau nak tau. Aku dah buat keputusan untuk teruskan perkahwinan ni. I’ll try my best. Kita orang Islam Ayra. Kena percaya pada qada dan qadarnya. Lagi pun aku kena bertanggung jawab atas apa yang berlaku semalam. Setiap perkahwinan walau bagaimana pun caranya sudah tersedia cahaya mawardah. Nilai cinta dalam sebuah perkahwinan akan subur jika disemai dengan nilai – nilai Islam.”
            “Awak terlalu baik Mikhail.”
No Ayra. Kau salah sebab aku bukan Tengku Ashraff bukan juga Zack Ahmad jadi aku tak pernah nakkan kau, tak pernah cintakan kau. Aku cuma redha mengangkat darjat kau sebagai seorang isteri.” Arif Mikhail laju senafas menuturkannya tanpa memikirkan perasaan Ayra Maya.
Bagi Arif Mikhail dia tertipu. Disangkanya Ayra Maya bukanlah gadis baik yang cuba memerangkapnya ke dalam perkahwinan ini. Perancangan asalnya hanya ingin membalas derita dalam hidup Ayra Maya. Namun malam tadi, ternyata Arif Mikhail silap percaturan. Ini takdir hidupnya. Ayra Maya Allah jadikan untuk menjadi hak milik Arif Mikhail.
***
Laju Arif Mikhail menarikan berus lukisannya di kanvas. Ayra yang masih terdiam disisinya dibiarkan. Walau pun hidupnya berpusing 360 darjah dalam tempoh tak sampai sebulan tapi Arif Mikhail terasa kepuasan yang amat. Tak kala membawa Ayra Maya masuk ke rumahnya buat kali pertama sebagai isteri, pertama kali melihat orang lain tidur nyenyak di katilnya, pertama kali memandang Ayra Maya yang ikhlas menyintai karyanya kerana seni bukannya kerana dia. Arif Mikhail seakan nampak keikhlasan dan ketulusan hati Ayra Maya.
            Tambahan pula dengan maklumat Azif Mirwan abangnya, rupanya Zack Ahmad hanya melayan Ayra Maya sebagai seorang adik namun Ayra yang buta menilai membuatnnya bertambah kasihan dengan nasib Ayra Maya. Pada malam pertama mereka berkongsi katil, tubuh Ayra Maya yang kecil molek dipeluknya dan membuainya ke alam mimpi yang indah. Teringat Arif Mikhail perbualannya dengan Azmi semalam.
            “Akhirnya kau dah jumpa gadis yang menyayangi kau dan lukisan kau. Kat ceruk mana kau jumpa? Budak gipsi ke apa?”
            “Kau ni jangan merepek la.”
            “Siap nak bawak pergi kau punya tempat rahsia. Habislah keciwa awek – awek lain tu Mike.”
            “Tiket semua dah ready ke? Aku plan last minute ni.” Malas Arif Mikhail nak melayan Azmi. Arif Mikhail mengakui kebenaran kata – kata Azmi. Dia terpaksa menelan kerana sememmangnya dia pernah berkata akan mengahwini gadis yang mengagumi Mike dan mencintai Arif Mikhail. Gadis tersebut mesti mengenali kedua – dua watak dalam hidupnya. Arif Mikhail yakin Ayra Maya mengagumi Mike tetapi tidak menyintai Arif Mikhail.
 “Ayra, jom!” Arif Mikhail menarik lembut tangan Ayra sambil sebelah lagi tangannya membimbit kanvas dan beg lukisannya. Mereka menyusur tepian pantai sambil menyaksikan matahari terbenam. Subhanallah. Sungguh cantik pemandangan ini.
“Mikhail.”
“Kenapa awak boleh terima saya dengan redha? Awak lelaki. Awak boleh tak hiraukan saya.”
“Kenapa pula kau sanggup je kahwin dengan aku?”
“Janji saya tak kahwin dengan Tengku Ashraff.”
“Selambanya. Kau ni berfikir macam budak – budak.”
“Awak pun.”
“Kau silap. Aku dah ready all this while. Calon je tak ada. So elok je kau datang, Papa pula beria, aku on je la. Kau pun comel apa.” Ayra tertunduk malu. Sikap berterus terang Arif Mikhail kadang – kadang mendera jiwa namun mungkin memudahkannya mengenali seorang Arif Mikhail.
“Jom lumba lari. Sape lambat sampai kena denda.” Terkontang – kanting Arif Mikhail berlari dengan membawa peralatan melukisnya cuba menyaingi langkah Ayra Maya yang laju.
“Awak kalah. Yea..yea..saya menang.” Ayra Maya dan Arif Mikhail tercungap – cungap sebaik sampai di hadapan chalet mereka. Sengaja Arif Mikhail memilih chalet yang betul – betul menghadap laut untuk menjadikan percutiannya kali ini lain dari yang lain. Pulau Perhentian adalah aktiviti tahunannya yang wajib namun kali ni Arif Mikhail memilih resort yang lebih selesa untuk membawa Ayra Maya. Pada kebiasaannya Arif Mikhail lebih selesa memilih chalet – chalet di Perhentian Kecil yang hanya mempunyai kemudahan asas sahaja. Namun dia risau Ayra tak betah. Azmi yang mencadangkan Perhentian Island Resort ini.
“Awak kena denda tau.”
“Aku main – main je lah tadi.” Tak disangkanya Ayra Maya yang kecil molek mampu menyaingi langkahnya sebentar tadi.
“Tak kira, kena denda jugak.”
“Okay...okay...apa dia?”
“Yes! Mulai hari ni, tak nak cakap aku-kau lagi. Tak bersayang – sayang pun tak apa janji cakap saya-awak. Boleh?” Dan Mikhail memandang Ayra dengan mata membulat. Dan Perhentian Island Resort menyaksikan satu permulaan indah dalam perkahwinan Arif Mikhail dan Ayra Maya.
* * *
            “Ayra, keluar! Keluar kau sini!” Pintu pagar yang berkunci dari dalam bergegar disepak oleh Tengku Ashraff.
            “Bro, apahal buat kacau depan rumah orang ni?” Arif Mikhail yang sedang asyik melukis di bilik belakang membuka pintu rumah dan melangkah ke halaman rumah. Arif Mikhail kemudiannya bersandar tenang pada kereta kesayangannya sambil menyalakan rokok.
            “Aku nak Ayra!”
            “Ayra isteri aku. Aku cakap sekali jer, kau dengar betul – betul ya. Ayra Maya hak milik aku dan kalau kau tak nak muka playboy kau tu pecah, baik kau blah sekarang!” Tenang tetapi amat tegas Arif Mikhail menuturkannya.
            “Aku cintakan dia. Kau hanya pak sanggup je. Ayra tak pernah dan tak kan cintakan kau.”
Rokok disedut dalam dan dihembuskan senafas. “Bro, kau jangan masuk campur hal aku laki-bini. Baik kau blah before aku panggil polis.”
***
            “Mikhail, saya rasa berpisah adalah jalan yang terbaik untuk kita.” Lembut Ayra menuturkan kata sambil sebelah tangannya memegang suit case.
            “Ayra, awak sedar tak apa yang awak buat ni?”
            “Saya sedar. Saya tak nak susahkan awak. Percayalah Tengku Ashraff tak akan berhenti dari mengganggu awak. He is such a crazy maniac. Cukuplah saya menyusahkan awak.”
            “Saya izinkan awak pergi tapi tak bermakna saya lepaskan awak. Tapi sebelum tu saya nak tanya awak sesuatu. Jawab dengan ikhlas.”
            Shoot.”
            The painting inside your house. Awak ke yang beli?”
            “Ya. Kenapa?”
            All four of them?”
            “Ya. During my trip to London. Albermarle Gallery.”
            “Awak tak nampak macam orang seni pun.”
            “Saya memang bukan orang seni tapi orang biasa macam saya menghargai seni dengan cara saya sendiri.”
            Oh! Do you mind if I ask why that four? I am pretty sure many of them at the same gallery.”
            “Kenapa awak minat sangat nak tahu?”
            “Saja.”
            “Sebab saya rasa pelukis cuba membayangkan itu kehidupannya. Kalau awak nak tahu, masa saya beli tu, empat – empat gambar tu di gantung sederet. Tajuk empat lukisan tu The Art of Life. Sekali saya tengok. Saya terus jatuh cinta.”
            “Jatuh cinta?”
            “Yea jatuh cinta. Awak dah tengok kan empat lukisan tu ialah gambar laut, air terjun, sungai dan tasik. Saya membaca lukisan tersebut sebagai satu lumrah kehidupan. Hidup kita umpama laut, ada pasang surutnya, kadang – kadang kehidupan macam air terjun yang deras mengalir, kadang – kadang tenang tanpa masalah macam air di tasik dan kadang – kadang kehidupan macam air sungai yang mengalir, sentiasa bergerak dengan corak kehidupan sendiri.”
            “Pandai awak menilai seni.”
            “Hahaha...saya buta senilah. It just the way I understand. I just like Mike paintings’.”
            “Ayra, saya nak bagitahu awak sesuatu.”
            Shoot.”
            I am Mike. The paintings are mine.” Arif Mikhail menarik tangan Ayra menuju ke pintu bilik belakang. Ruang dia mencurahkan segala idea, tempat dia berkarya. Bilik belakang yang asalnya sebuah dapur dan sebuah bilik diubahsuai seratus peratus menjadikannya sebuah bilik yang luas dan besar.     
Di kiri dan kanan bilik dipenuhi dengan lukisan – lukisan yang telah disiapkan oleh Mike. Di hujung bilik terbina satu replika air terjun yang dikelilingi oleh pergola kecil yang bersambung ke halaman belakang. Pokok – pokok menghijau tergantung di pergola dan bunga – bunga kecil berwarna – warni cantik tersusun di sepanjang pergola. Ayra terasa seperti berada di dunia yang amat indah.
“Ayra.” Arif Mikhail berhenti melangkah dan berdiri menghadap Ayra Maya. Dipegang kedua –dua tangan Ayra Maya.
“Mikhail.” Ayra tergamam.
“Saya Mike, saya Arif Mikhail. Awak lagi mengenali Mike daripada saya Arif Mikhail, suami awak. Awak amat menghargai Mike. Sudikah awak juga menghargai Arif Mikhail?” Pandangan mereka bertaut.
“Mikhail. Saya..”
“Sshhh...Come close your eyes and follow me.”
Okay this is weird.”
“Sshhh...Okay now open your eyes.” Arif Mikhail menarik kain yang menutup kanvas yang besar terletak di tengah – tengah bilik.
Sebaik Ayra membuka mata, terpampang di matanya potretnya tersenyum manis berlatar belakangkan laut. Di hujung kiri kanvas tertulis AM.
“Kenapa AM? Biasanya Mike.”
“AM untuk awak Ayra-Maya dan saya Arif-Mikhail.”
“Oh Mikhail! This is wonderful.”
            “Awak suka?”
            Very much.”
            “Ayra, bagi peluang untuk kita saling mengenal.”
            Touching la macam ni. Tak suka.”
            “Lah.”
My first, my last, my everything,
And the answer to all my dreams.
You're my sun, my moon, my guiding star.
My kind of wonderful, that's what you are.
I know there's only, only one like you
There's no way they could have made two.
You're, you're all I'm living for
Your love I'll keep for evermore.
You're the first, my last, my everything.
In you I've found so many things,
A love so new, only you could bring.
Can't you see if you,
You'll make me feel this way,
You're like a first morning dew on a brand new day.
I see so many ways that I can love you,
'Till the day I die....
You're my reality, yet I'm lost in a dream.
You're my first, my last, my everything.
I know there's only one, only one like you
There's no way they could have made two.
Girl, you're my reality.
But I'm lost in a dream,
You're the first, you're the last, my everything.



             

14 comments:

  1. Thank you Zura. Tak smbg kot sbb mayb nk buat mini novel lain nk tgu Arluna hbs.HMK ni x nk bg readers boring.

    ReplyDelete
  2. mutiara_hati13/9/11 1:37 am

    BEST...LEH SAMBUNG LG STORY NIE..

    ReplyDelete
  3. Thanx. dah 2 org tanya ni. Kalu gitu kita cari 2 orang lagi mintak. hahaha...nanti saya sambung.

    ReplyDelete
  4. I'm da 3rd one want to request this story to have new entry....=)

    ReplyDelete
  5. Alahai..thanx 4 ur support readers. Sbb dah TERpublished ckp ada 2 request kna smbg maka kira kna smbgka ya ni. Baru sy buat promo mini e-novel. Igt nk siapkan tu dulu. Whoa!

    ReplyDelete
  6. smbung2...best la cite nie :D

    ReplyDelete
  7. Thank you!!! Smbg soon :)
    Tunggu tau.

    ReplyDelete
  8. TQ karya lepak .... shoot

    ReplyDelete
  9. pinkytulip17/8/12 5:19 pm

    besttttttttttt!

    ReplyDelete
  10. xsambung lagi ker??

    ReplyDelete
  11. Please sambung. Best sangat ni.

    ReplyDelete
  12. Kak Meen, please ask rin to cont HMK ...... pleaaaasssssseeeeee

    ReplyDelete

Sweet short story: Something about you

  Cover writing by: Farah Husain DANIELLA dah tak mampu nak tahan gelak. Boleh si adik menyakat kat Instagram selepas dia memuat naik gamba...