Friday, 3 March 2017

NOVEL TERBAHARU RIN AHMAD: THE EX




Bellina dan Darren dijodohkan oleh kedua-dua orang tua mereka namun, dalam zaman serba moden ini mana mungkin kisah kahwin paksa relevan. Darren membuka langkah untuk menawan hati Bellina. Bellina pula menerima sementelah Darren cukup segala pakej yang diidamkan.

Salah mereka cuma satu; masing-masing berlagak baik apabila disogokkan oleh deskripsi watak oleh ibu bapa mereka sebelum dijodohkan. Hakikatnya Bellina dan Darren sama sahaja. Masing-masing panjang langkahnya. Masing-masing mempunyai teman yang silih berganti.
Apabila sudah jatuh cinta bergolek-golek, tanpa disedari mereka mengikut arus dan terus menjadi ‘baik’. Sehinggalah peristiwa demi peristiwa tersingkap dan masing-masing merasakan diri sangat tertipu.
Mampukah Bellina untuk kekal taat kepada seorang suami yang telah melukakan hatinya setelah rahsianya terbongkar?
Mampukah Darren untuk kekal menyayangi seorang isteri yang tega mempermainkan hakikat kisah sebenar?


*********



“I minta kunci kereta pun you boleh emosional. I belum lagi minta simpan kunci hati you. No big deal okay. Let me do this.”

“I dah biasa buat sendiri semua. Lagi pun bumper jatuh bukan enjin rosak ke apa. Nak kunci buat apa? We can just fix the bumper here creatively.” Bellina malas nak layan ayat pick up line kau kunci hatiku konon. Again cliché!

“Jadi, you patut tanya dulu I nak buat apa kunci tu.”

“Hey boo, wanna play find my spark plugs? Roll up your shirt’s sleeves, tinker with a car and just popping the hood, staring at it and hello Bellina, am I attractive and suave? The bumper then not gonna be forever fixed Mr Darren!” Nada suara Bellina perli tahap maksima. Perkataan suave tu disebut panjang ada dekat 7 harakat. Terkeluar semua imaginasi dia terhadap ‘lelaki dan kereta’.










p/s: Novel terbaharu daripada Rin Ahmad, yeay finally! Silalah pelepak tegar sekalian terutama pelepak sejak dari zaman batu blog, die hard fan Darren dan Bellina dapatkan di kedai - kedai buku berhampiran ya. Siapa yang masih sudi membaca gaya penulisan saya (santai/flashback/manglish) bolehlah dapatkan ya.

Kalau dah complete kesemua 6 buku saya (termasuk The Ex), sudilah share gambar booktower 
anda di page Facebook Rin Ahmad, Karya Lepak Fans Page atau tag di Instagram saya @rin.ahmad.

Tajuk asal novel ini ialah POKOK KRISMAS BERGERAK.

Assalamualaikum and Happy Weekend :D

xoxo, 
KL @RA



Sweet short story: Something about you

  Cover writing by: Farah Husain DANIELLA dah tak mampu nak tahan gelak. Boleh si adik menyakat kat Instagram selepas dia memuat naik gamba...