Monday 20 June 2016

LOVE, LILA - CHAP 4


WARNING: This chap has 2 version. Kindly vote ur fav version to read next chap.





VERSI NO 1


            “Rugikan budak zaman baru grad terus masuk kerja hospital swasta.” Kak Yus memberikan pendapatnya. Hari ni Kak Yus shift malam sama dengan Alila.
            “Betul Kak Yus, Lila yang kerja GH beberapa tahun pun sempat jumpa macam – macam kes. Kes MVA paling mencabar sekali. Tak kira lagi kes gangster, kita kat dalam sibuk nak buat kerja, geng kat luar sibuk nak menghentak. Nasib baik tahun demi tahun semua sistem dah bertambak baik. Aspek keselamatan dah bagus. Sistem zoning dah bagus.” Alila memberikan pendapatnya.

            “Habis tu kenapa Lila tukar kerja?”
            “Cari pengalaman Kak. Sebab gaji pun ya jugak. Banyak yang saya belajar masa kat tempat orang. Tekanan tetap ada tapi seronok juga sebenarnya.”
            “MO pagi ni Dr Gina kan?” Kak Yus anggap mendengar skema jawapan Alila sambil bertanya pengganti MO shift malam. Dr Ihsan dan 10 minit tunggu nak balik tapi Dr Gina belum sampai. MO yang bertanggungjawab tak akan buat tak reti habis waktu kerja terus balik. Biasanya mereka akan menanti MO shift yang seterusnya tiba baru balik. Kadang – kadang waktu bertukar shift tu boleh jadi waktu paling sibuk. Kalau ada patient belum lagi konsultan tengok atau belum lagi masuk ward lagilah nak kena hand – over case note.

            “Yup betul. Kak Yus, Lila nak pergi beli air panas kat mesin tu. Kak Yus nak apa – apa tak? “
            “Tak payahlah. Kak Yus biasa kalau balik masa macam ni nak kejar sarapan dengan suami sebelum dia keluar kerja.”
            “Okay, saya gerak dululah.” Alila melangkah meninggalkan kaunter. Hanya ada 2 pesakit yang menanti giliran ke wad. Sempat Alila memastikan situasi dalam A&E semua terkawal sebelum melangkah keluar.

            Alila longlai menuju ke mesin air yang terletak di ruang lobi A&E. Penat dah mencengkam ke tulang. Nak berjalan pun rasa nak seret – seret aje kaki. Jadual kerja shift malam ni memang ada baik dan buruknya. Kalau bajet tak ramai pesakit memang best lah tapi kalau tiba – tiba macam – macam kes masuk kena pula kes MVA di Red Zone pun ada, memang boleh putus nafas sebaik habis shift. Kawan – kawan shift pagi boleh senyum tayang muka segar bugar, dia dengan budak shift malam lain muka dah serabai tahap jambatan nak roboh.

            Terpaksa masuk shift sebab jadual kalut di saat akhir. Ada staff bersalin awal semalam, ada sorang MC dan ada yang pihak pengurusan hantar kursus. Mana tak pening semua saat – saat akhir nak susun jadual balik. Pengakhirannya, Alila sendiri yang menawarkan diri untuk memenuhkan kakitangan A&E untuk shift malam. Biasanya semua ketua jabatan akan pusing jadual sebagai Sister on call semata – mata tapi dia hari ni terpaksa hands – on segala. Nasib baik beregu dengan Kak Yus yang banyak pengalaman juga, seronoklah sikit diajak bersembang di kala mata hampir terkatup.

            Duit mesin dah selamat telan tapi air tin yang ditekan sebagai pilihan tadi tak ada pula keluar dari mesin. Mesin gila! Tolonglah duhai pihak pengurusan letak mesin air yang high class sikit. Jatuh imej hospital kot macam ni. Dah lah tadi duit kertas tak nak terima, gigih Alila kira duit syiling nak cukupkan bayaran. Malam tadi ada orang ‘selamat’ ke kat A&E? Alila toleh kiri – dan kanan. Kerja hospital memang tak sah kalau ada sikit pemikiran tahyul. Bukan apa, tak nak percaya pun benda karut tapi sesekali masa tengah bengang ni memang saja cari asbab. Alila pandang mesin air untuk kesekian lamanya. Bye Wonda Latte! Till we meet again.

            Gedegang! Bunyi mesin air ditendang dari arah tepi.
“No wonder….” Alila tak agak – agak terus tunduk mengutip air tin yang keluar dari mulut mesin. Baru nak mengalah. Tak larat nak tunggu dah.
“Terima kasih, thank you, danke, spasibo?” Siap bahasa Jerman dan Rusia disebutnya sebab gadis yang ditolong ni buat dia wujud tak wujud sahaja.
“Terima kasih…maksud saya tadi patutlah budak – budak ni panggil….” Alila berdiri tegap, tak habis ayat pun sebab dia dah kaku macam renjatan elektrik apabila di hadapannya sekarang ialah Mr Saviour. Adakah zaman anak dara tuaku akan berakhir segera? Alila gelengkan kepala. Rasa nak tepuk pipi agar sedar dari angan – angan.
Pernah tak dengar orang cakap, ‘Every time you help someone it comes back twofold’?”
“Publika? Minggu lepas? Encik…?”

“Juhaidi…nama saya Juhaidi bin Johari.” Jude hulurkan salam.
“Saya Alila …alah, plaster aje. Tak harap pun Encik Juhaidi balas. Susah payah keluar skill macam tu. Tu yang budak – budak ni panggil mesin air gedegang. Saya tak boleh nak fikir dah nak main tendang – tendang baru keluar air. Penat sangat.” Alila memberi isyarat agar tangannya dilepaskan.
“Kerja sini? Baru habis shift?” Jude meneka. Badan Alila dibaluti oleh uniform hospital dan raut wajahnya serabai dan mengantuk habis. Makin comel apabila Alila dengan selamba menguap.
“Yap. Encik memang datang A&E? Tak sihat ke?”
“Tak lah. Saya ada temujanji. Medical check-up. Rugilah awak dah balik. Kalau tak saya serahkan jiwa dan raga saya untuk awak periksa.”
“Pick up line sangat Encik.”

“Juhaidi. Tak payah encik – encik.” Juhaidi gelak. Budak zaman sekarang memang dah tak layan pick up line. Dah basi nampaknya.
“Medical check-up blok sana la. Sesat sampai ke sini awak ya and you are way too early.”
“Budak hospital yang bagitau A&E pun ada mesin air. Yang kat blok sana, saya dah sepak berkali – kali pun still out of order. Nasiblah yang ni tak payah tunjuk skill tendangan maut air dah keluar.” Bab sampai awal, Jude sengaja tak nak jawab. Nampak macam budak baik sangat pula kalau stok bangun pagi. Bab hebat sepak mesin air wajib cakap sebab tu salah satu kehebatan budak asrama penuh macam dia. Kepakaran budak sekolah yang wajib ada kalua nak merasa air sedap selain air percuma kat dewan makan.

Alila gelak. Malu sebab tempat dia kerja ada mesin air tahap ‘kokak’ letak tepi sebab dia sudah tertawan dengan sikap selamba Juhaidi. Kalau pesakit atau pelawat lain datang dan mesin air buat hal, rasanya ada CEO pun kena turun tengok. Pesakit berduit yang datang semua beranggapan semua fasiliti yang ada di hospital swasta canggih seperti ini sangat sempurna. Nak dapat yang coolio macam Juhaidi memang agak tipis.
“Okay, got to go.” Alila berbahasa.
“Sure, jumpa lagi.” Juhaidi menarik tangan Alila dengan sengaja sehingga mendorong Alila ke arahnya.
Nasib baik Alila pula cekap. Kakinya kuat berpasak dengan jarak setengah meter darinya. Your move is bad, bro! Try harder.

“I’m sorry.” Jude lontar senyum dengan gaya ‘Sorry, I am not sorry’.
Alila menarik nafas panjang. Oii, nak salam ke silat? Salam perkenalan dan salam perpisahan Mr Saviour ni lama benar. Ikut konteks Islam memanglah gugur dosa setiap kali bersalam tapi ni melampaui batas dan syariat. Jantung aje boleh gugur kalau tengok gaya Juhaidi.
Sambil merungut sempat Alila menilai. Terbuai seketika melihat mata redup Juhaidi. Siapa pun yang dalam kategori macam dia boleh cepat aje ‘move on’ kalau tengok sinar mata lelaki stok macam ni. Nampak sangat Alila membela diri sendiri. Menafikan bahawa mustahil untuk dia jatuh cinta buat kesekian kalinya.

Juhaidi meletakkan kedua tangan ke bahu Aina.
“Awak okay?” Juhaidi berlagak prihatin.
Alila angguk dan berlagak normal.
Alila …actually…I heard you.”
“Saya tak faham.” Alila pandang Juhaidi. Dahi pun berkerut sekali.
“X marks the spots.” Perlahan Jude berbisik ke telinga Alila.
“Oh, God!” Alila tutup muka, yang dia tahu dia patut buat sekarang ialah angkat kaki, pecut!
Jude ketawa nakal sambil mata mengekori rentak lari Alila menuju masuk ke A&E. Gaya Alila lari macam menjunjung sangkak ayam pada hal kecil saja bagi Jude.




VERSI NO 2


            Dah masuk kali ke – 18 agaknya Alila melihat jam di tangan. Tak sabar nak tunggu masa rehat. Macam – macam rancangan dalam kepala ni. Nak jalan jauh sikit layan dim sum kat Avenue K atau layan kopi kat mana – mana kedai kopi dalam KLCC. Hari ni dah hari terakhir persidangan Persatuan Hospital Swasta Malaysia.

            “Aku warning kau siap – siap ni memang bosan sangat conference tu. Tiap – tiap tahun sejak hospital ni ditubuhkan memang HR akan hantar wakil nursing.”

            Ah, Amelia! Benar sekali amaranmu itu. Alila mengeluh dalam hati. Nak mengelat tak boleh kerana hari terakhir memang diasingkan persidangan khas untuk klinikal sahaja iaitu Nursing Conference. Kalau hari pertama dan kedua, semua peserta dari pelbagai latar tak kira klinikal atau non – klinikal akan berada dalam dewan yang sama. Nak mengelat pun boleh sangat.

            “Alila, jom kita pergi booth Active Scientific kejap lagi?” Ogy, budak Infection Control berbisik. Persidangan buat kat dewan lain. Pameran buat kat dewan lain. Memang banyak booth yang buka masa persidangan ni. Masa ni lah ada nak kenalkan servis hospital mereka. Vendor nak kenalkan produk kesihatan baru, peralatan mesin baru dan macam – macam lagi pameran berkaitan industri kesihatan.
            “Buat apa? Aku dah ada plan la.”
            “Aku nak main lucky draw kat situ. Kalau menang dapat health monitoring system branded tau. Aku nak bagi hadiah kat Mak aku.”
            “Like seriously?” Suara Alila agak meninggi sedikit tapi cepat – cepat mulut ditutup.
            “I am damn serious.” Sebutan ‘damn’ tu Ogy Tarik sampai 7 harakat kot. Tak agak – agak.
            “Bawaklah Mak kau screen kat hospital. Parent kan free.

            “Mak aku kat utara sana kau nak aku usung datang KL ni semata – mata nak periksa glukos dan haemoglobin semata ke? Ishh..tak masuk akal.”
            Alila geleng kepala. Ini macam pun ada. Ogy antara budak hospital yang dia boleh buat regu. Sempoi jugak. Kalau tak mana mungkin budak ni boleh target nak menang lucky draw bersungguh – sungguh macam tu.

            “Kau ajak budak kat dewan sebelah la. Aku dah ada rancangan. Sorry tau.” Alila menolak sopan. Mereka datang beberapa orang juga gabungan bahagian klinikal dan non – klinikal. Tajuk persidangan tahun ini “Safe and Efficient Hospitals” jadi CEO usung sekalilah budak mesin, budak IT dan Akauntan. Semua kena paksa tadah telinga dengar demi kebaikan sejagat dan ilmu secoet. Hari terakhir persidangan baru budak klinikal dan non klinikal berpisah dewan. Masing – masing kena dengar bahagian yang relevan dengan skop kerja.
            “Sure!”

            Alila terus menuju ke KLCC sebaik habis masa rehat. Niat nak menikmati dim sum dibatalkan. Dalam kepala dah tahu dah nak tapau apa, kat mana. Siap tapau memang sengih – sengih je alh Alila menonong ke Taman KLCC. Sejak dua hari dia bertapa di pusat konvensyen ni rasanya hari ini cuaca paling bagus. Redup dan berangin. Kalau tak hari – hari hujan.
            Alila mengambil tempat di tengah keriuhan orang ramai yang sedang melihat air pancut. Tengah hari buta pun meriah. Mungkin sebab cuaca yag sangat baik. Baru Cheese Benedict nak jejak ke mulut, seekor kucing Parsi comel menerkam ke kaki Alila. Kepala dah pusing 360 darjah mencari tuan punya kucing. Memang kucing anda cantik tapi tak dihargai sebab datang tak berjemput ya. Nak bagi rasa roti kat tangan macam tak kena. Bab kucing Alila memang tak serasi. Bukan takut, bukan geli cuma tak berapa kena jiwa.

            “Shooshh…” Alila menghalau dengan tapak tangan menolak kepala kucing yang sedang bergesel di kaki.
            “Even cat likes you.” Kucing diambil dan dipeluk agar tidak bergesel di kaki si gadis.
 “Terima kasih, thank you, danke, spasibo?” Siap bahasa Jerman dan Rusia disebutnya sebab gadis yang ditolong ini buat dia wujud tak wujud sahaja.
“Terima kasih…ingat ni memang kucing awak so I don’t think I should thank….” Alila berdiri tegap, tak habis ayat pun sebab dia dah kaku macam renjatan elektrik apabila di hadapannya sekarang ialah Mr Saviour. Adakah zaman anak dara tuaku akan berakhir segera? Alila gelengkan kepala. Rasa nak tepuk pipi agar sedar dari angan – angan.

Pernah tak dengar orang cakap, ‘Every time you help someone it comes back twofold’?”
“Publika? Minggu lepas? Encik…?”
“Juhaidi…nama saya Juhaidi bin Johari.” Jude hulurkan salam.
“Saya Alila …alah, plaster aje. Tak harap pun Encik Juhaidi balas tapi peluk kucing ala – ala cute tu kira balas eh?” Alila sempat perli sambil memberi isyarat mata agar tangannya dilepaskan.
Jude ketawa. Shopping? Lepak ke kerja sini?” Jude meneka.
“Kerja.”
“Kerja? SA butik mana?”
Alila tersedak. Rupa dia ni ada gaya Sales Assistant kat butik Prada ke, Bally ke SA butik Miu Miu?
“Tak lah encik. Saya attend event kat KLCC Convention Centre tu. Dah jemu makan kat dewan dorang jadi saja nak melepak.” Terluncur satu nafas dia buat apa kat taman siap pakej bagitau kerja di hospital mana. Melampau sangat tahap bela diri Alila pada hal mengaku jadi SA pun sempoi. Boleh beli branded stuff diskaun banyak sikit.

 “Okay, got to go.” Alila berbahasa.
Habiskan lah minuman awak dulu. Roti tu pun belum habis.” Jude memujuk seakan tak mahu waktu berlalu pantas.
“Seganlah saya makan dan minum sorang.” Alila beralasan.
“Laa…ramaikan orang kat sini. Kalau segan jom share dengan saya.”
“Excuse me, my cat.” Gadis berumur belasan tahun berdiri di hadapan Jude.
“Yeah…here you go.” Jude menghulurkan kucing tersebut kepada si gadis.
“Thank you.”
“Welcome.” Jude membalas dan kembali menghadap Alila.

“Awak tak suka kucingkan? Nampak sangat.”
“Tak lah tak suka tapi saya tengah makan and need my ‘me time’.” Kalau dia nak berteman, baik dia ikut Ogy pergi main lucky draw aje.
“ ‘Me time’ awak dah jadi ‘us time’ ya.” Jude selamba menarik air di tangan Alila.
“Susu?” Bekas plastik dal.komm dipandang sebelum menikmati airnya.
Alila geleng. Tergamam sampai tak keluar suara sebenarnya.

Then?” Jude terus melegakan tekaknya. Susu pun susu lah. Dahaga juga bila nampak air sejuk di tangan Alila.
“Air kopilah. Cube Coffee. Dalam tu ada kiub kopi. Awak kacau nanti slowly kiub tu cair dan awak boleh rasa tiga jenis rasa kopi. Paling bawah espresso, tengah latte dan paling atas entah…, cuba awak rasa.”

“It is sweet just like you.”  
“Pick up line sangat Encik.”
Jude gelak mujur tak tersembur saja air di dalam mulut. Dah tak laku nampaknya pick up line zaman sekarang. Seronok melihat telatah Alila. Makan langsung tak nak pelawa dia. Air tu pun dia ambil dengan muka tebal.
“Saya pergi dululah Encik. Jumpa lagi.” Terasa nak tepuk pipi sendiri sebab nampak sangat gatal nak jumpa balik. Mereka sama – sama berdiri.
Sure, jumpa lagi.” Juhaidi menarik tangan Alila dengan sengaja sehingga mendorong Alila ke arahnya.

Nasib baik Alila pula cekap. Kakinya kuat berpasak dengan jarak setengah meter darinya. Your move is bad, bro! Try harder.
“I’m sorry.” Jude lontar senyum dengan gaya ‘Sorry, I am not sorry’.
Alila menarik nafas panjang. Sambil merungut sempat Alila menilai. Terbuai seketika melihat mata redup Juhaidi. Siapa pun yang dalam kategori macam dia boleh cepat aje ‘move on’ kalau tengok sinar mata lelaki stok macam ni. Nampak sangat Alila membela diri sendiri. Menafikan bahawa mustahil untuk dia jatuh cinta buat kesekian kalinya.
Juhaidi meletakkan kedua tangan ke bahu Alila.
“Awak okay?” Juhaidi berlagak prihatin.

Alila angguk dan berlagak normal.
Alila …actually…I heard you.”
“Saya tak faham.” Alila pandang Juhaidi. Dahi pun berkerut sekali.
“X marks the spots.” Perlahan Jude berbisik ke telinga Alila.
“Oh, God!” Alila tutup muka, yang dia tahu dia patut buat sekarang ialah angkat kaki, pecut!

Jude ketawa nakal sambil mata mengekori rentak lari Alila menuju masuk ke KLCC. Jude gelak dan mata mengekori langkah Alila sehingga lesap dari pandangan. Sengaja Jude menyambung bacaan di skrin telefon. Tadi niat dia melepak di taman memang nak imbas sikit – sikit teks ucapannya nanti tapi matanya tertarik dengan gerak laku Alila. Dari jauh dia nampak Alila setting tempat duduk. Minum kemudian kucing datang nampak Alila halau – halau manja dan kakinya memang gatal nak melangkah ke sini. ALILA...hmmm sedap nama tu. Jude menyebut nama Alila sehingga terasa sesuatu di lubuk hati.

Jude sebenarnya dijemput oleh ECRI Institute untuk memberi ucapan di APHM. Ramai penyelidik dalam pelbagai bidang pernah dijemput untuk memenuhi sesi bahagian teknologi dalam perubatan. Dapat sesi yang terakhir jawabnya ramai yang tak nak dengar, jamu mata tengok dia je lah jawabnya.

ROBOTIC SURGERY: COMPLICATIONS DUE TO INSUFFICIENT TRAINING

Banyak juga isu yang Jude bakal kupas dalam sesi ini. Setiap pengalaman dari sisi – sisi gelapnya secara halus dimasukkan dalam ucapan agar semua pihak yang bertanggungjawab sedar akan apa yang terjadi di dunia luar. Penat mata menala ke skrin, Jude pandang lagi ke arah Alila melarikan diri tadi. Mengimbau gaya Alila lari macam menjunjung sangkak ayam. Boleh pecah perut dibuatnya pada hal segankan perkara kecil saja.



Nota kaki: Vote oke!
Lev, KL 
           


            

83 comments:

  1. wowwww ...

    both version are best n sooo sweet
    Alaa ... fefeling kinda 'deadlock' to choose version 1 or 2
    hmmm ...
    Oh dear ... Ver 1 or Ver 2
    with a heavy heart n felt guilty n agony
    i think ehh i choose VERSION 2

    watever version it is - ur ideas are always AH-MA-ZING kebeboom
    Thanks dear
    ♥♥♥
    ~ Jazmeen




    ReplyDelete
  2. version 2.....

    ReplyDelete
  3. i prefer version 1...nampak Jude mcm sempoi habes, and pick up line dia not soo typical.

    hai KL, i'm still your peminat tegar! got all your books, even though dah complete baca kat blog dulu. Good job, sis! always feel great reading your pieces.

    ~cthans

    ReplyDelete
  4. Vote for Versi 2.. :)

    ReplyDelete
  5. Suka version 1, tapi tak nak Lila jumpa Jude di hospital.

    So I vote version 2, eventhough cheesy

    ReplyDelete
  6. 2nd version definitely.. love it

    ReplyDelete
  7. Version 1 rin I prefer the hospital scene sebab mcm takde org buat aje rasanya

    ReplyDelete
  8. I loike d tendang machine better...down to earth sket...hihi

    ReplyDelete
  9. Version 1

    ReplyDelete
  10. both version best.. i atas pagar

    ReplyDelete
  11. Combine la dua2 version tu..huhu

    ReplyDelete
  12. Both version pun best.
    1) sgt sweet .. Jumpa x sengaja camtu..
    2) too technical for me..coz i'm fr definately different sector. Mls nak menggugel all d terms. kucing penyebab cerita?? Not a fan of kucing oso...
    So....
    Me choose version 1.
    Why?? Coz am oso fr boarding school. Sepak menyepak vending machine perkara biasa.


    ReplyDelete
  13. Salam Ramadan. I hate rooting for "the one". So I baca lah byk Kali. Mcm baca nak dduk exam pon ada 😂. Tak belek mesin kat rusia pon tak pa...mesin air gila pon jadi lerr 😅 version 1 pls, Cik run👏...u knw best, however it may turn out,I tetap baca 💖

    ReplyDelete
  14. Version 1 please.mmg kena ngan job spec alila scene kat hospital better than scene kat klcc

    ReplyDelete
  15. Version 1 better...

    ReplyDelete
  16. I would prefer version 1 sempoi jer cara dia jumpa.

    ReplyDelete
  17. Sangkak ayam tu mcm mana?
    Vote for mesin gedegang! 😉😂😂

    ReplyDelete
    Replies
    1. waaa.....peribahasa lama tuuu....sangkak ayam benda buluh yang hujung dia macam kone tu...

      ishh nmpk sgt awek urban readr sy sorg ni :D

      Delete
  18. Versi no.2, sekurang2nya dorg xjumpa kat hospital, kan...

    ReplyDelete
  19. version 2 is much more better. so me, vote for version 2...
    gudluck KL

    ReplyDelete
  20. version 1. baru thrill sepak mesin gedegang, sempoi baq hang, kihkihkih.. peace. :)

    ReplyDelete
  21. Versi dua best

    ReplyDelete
  22. Version 1!!
    Sebab rasa lagi 'in place' hhehe

    ReplyDelete
  23. Sis...novel baru ker. Tak sabor ni

    ReplyDelete
  24. yep version 1...mesin gedegang hehe peace:)

    ReplyDelete
  25. Version 1 please

    ReplyDelete
  26. Me like Version 1

    ReplyDelete
  27. Saya prefer version 1. Sangat sempoi and he came out so natural tendang2 mesin air. Haha.. tak macam version 2.. out off ratus2 org boleh pulak nampak lila tu.. and version 1 is so sweet.. so version 1. :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha...lawak komen you bout version 2...

      Delete

Sweet short story: Something about you

  Cover writing by: Farah Husain DANIELLA dah tak mampu nak tahan gelak. Boleh si adik menyakat kat Instagram selepas dia memuat naik gamba...