Tuesday 17 September 2013

Bimbo Bab 17

            Elsuraya terpaku. Langkah terus mati di tengah – tengah panahan mata tetamu yang dimaksudkan oleh Jenna. Kenapa semuanya berlaku dalam waktu sesingkat ini? Tiada ruang waktu untuk dia menimbang akal dan hatinya. Akal yang tak kan pernah berkata tidak untuk keluarga tersayang dan hati yang tidak pernah merasa indahnya disimbah cahaya cinta.
            Apa yang cuba Allah tunjukkan padamu wahai hati yang selama ini mendung. Saat disapa mentari cinta, panasnya menerangi segenap ruang hati. Saat pelangi bertamu, indahnya seketika tapi bayangannya menyuburi segenap ruang jiwa.
            Fantasi dan realiti. Elsuraya sedang mengecapi kedua – duanya. Tak mampu memilih apabila kedua – duanya makin mendekat. Makin menuntut sebuah jawapan.


REALITI

            “Julia Hussin, I need to talk.” Entah dari mana kekuatan yang tiba – tiba menguasai diri, sebaik pintu lif mencecah rooftop dan kaki melangkah ke majlis yang makin rancak, tangan Julia ditarik kasar.
            “Yes, I know you are talking now and please let go of my hand. Kau gila apa?”
            Terus Elsuraya tergelak. Mahunya tidak, ayat pertama Julia sebut dengan drama ‘sympathy drunk’ dia yang tak tamat lagi dan ayat kedua ‘kau gila apa’ dengan intonasi yang mencecah desibel enjin kapal terbang nak berlepas. Sungguhlah lakonan aku-mabuk-jom-Fiona-kita-balik-awal gagal. Orang putih cakap ‘suck big time dude!’
            “Fiona mana?”
            “Dengan kawan dia. Lakonan aku sikit lagi nak berjaya. Dia dah nak bawak aku balik. Aku boring ni.” Julia buat muka bosan yang sangat tak boleh blah.
            “I just want to confess. Then I need your help. I just want to clear up things. Then I need you to help me. I just want a normal life. No drama. No playing with fire.”
            Julia yang tengah buat – buat mabuk boleh jadi mabuk dengar ayat Elsuraya yang merepek dan gelabah semacam.
            “Kau kenapa?” Julia meletakkan kedua – dua tangannya di bahu Elsuraya.
            “Hah, cakap.” Bahu Elsuraya digoncang kuat dan disuruhnya Elsuraya menarik nafas panjang.
            “Hembus.”
            “Oooo..kay.” Elsuraya kembali bertenang. Pandangan ditala ke sekeliling. Mencari kelibat seseorang.
            Bingo!
            “Kau nampak tak kat sana tu?” Jari telunjuk Elsuraya tegak menghala ke arah target.
            “Okay.” Julia bersuara ringkas.
            Suara Julia dah tak bunyi macam okay. Itu Elsuraya tahu sangat. Cikgu Bahasa Inggeris ni mesti tengah cipta teori sendiri.
            “Siapa tu?” Elsuraya buat – buat tanya.
            “Crush Fiona. Dani Ikram.” Sekarang mata Julia dah tak pandang ke arah target tapi budak depan dia yang tengah gelabah ni bertukar menjadi target.
            “Kau datang dengan dia? Yang Fiona cakap, Dani Ikram cakap ‘he’s taken’ meaning dia dengan kau?” Sebijik – sebijik ayat Julia.
            Elsuraya hanya mampu angguk.
            “Okay, this is weird. Aku nak masuk parti mana ni?” Julia buat muka blur.
            “Julia, please help. Aku tak naklah gaduh dengan Fiona. Aku tak naklah kisah aku ada third party. Ada watak antagonis. Ada pengacau. Ada heroin tambahan. Ada air mata darah. Kut ya nak ada pun tak kan Fiona?”
            Sungguh saat ni Julia tak tahu ayat yang terbaik nak disusun. Mata kalih ke arah target yang sedang ‘goreng’ gitar.
            “Dani Ikram memang terer main gitar. Zaman sekolah lagi. Fiona akan balik cerita kalau ada lagu baru yang mamat tu main. Kira kes Fiona dah tahap kronik. Tapi nak cakap macam mana ya. Dani Ikram dari dulu sampai sekarang mulut laser dengan perempuan. Kalau dia tak nak dia cakap tak nak. Pendek kata dia tak pernah ada girl masa sekolah. Tiba – tiba aku nak sangat tahu, macam mana dia tackle kau ek?”
            Penat Elsuraya pasang telinga nak tahu sejarah Mr Douchebag. Kut la Julia nak cakap mamat ni memang spesis douchebag dari dulu lagi ke. Kira memang spesis douchebag lah tu kalau Fiona yang cun pun dia buat tak nampak. Soalan Julia yang kat hujung tu tak berapa best nak dilayan. Kan malu nak cerita kisah Bimbo versus Douchebag kat orang.
            “Oh, dia pandai main gitar ke? Hah, aku baru tahu ni. Not bad jugak.” Elsuraya berdalih.
            Abaikan soalan tak penting si Julia. Saja dia buat – buat fokus dengan persembahan kat depan tu. Dani Ikram tengah main gitar pun mata sempat je pandang senyum – senyum kat dia. Pastu muka serius konon ambik ‘feel’ balik. Kata penangan Metallica. Kalau tak main lagu dorang tak sah lah. Ini lah yang Dani Ikram sibuk suruh naik cepat tengok konsert live tadi tu. Ingat jadi tukang nyanyi pastu tuju – tuju lagu untuk dia, bolehlah terharu sikit. Ini alahai.....si Rizki yang tengah pegang mikrofon sedia nak nyanyi. Untunglah Zuhia. Tapi untung ke kalau setakat tuju lagu Metallica ni? Layan lirik tak syahdu langsung. Layan gitar baru best. Elsuraya sedapkan hati. Apabila suara Rizki memecah suasana, terpegun Elsuraya mendengar lirik yang dimuntahkan.

Life it seems will fade away
Drifting further every day
Getting lost within myself
Nothing matters no one else
I have lost the will to live
Simple nothing more to give
There is nothing more for me
Need the end to set me free


            Baris kata yang seakan senadi dengan setiap denyutan nafasnya selama ini. Sejak Elsuraya rasa dia kehilangan semuanya. Saat dia menanti untuk menyalahkan orang yang menjadi penyebab. Penantian yang membuka ruang dan peluang untuk hatinya disentuh dan saat itu terasa sangat cepat berlalu kerana akhirnya realiti menjengah. Bukan setakat tertunai segala impian untuk bersemuka lantas memuntahkan lahar kemarahan yang tersimpan tapi membawa dia ke dimensi baru. Membuat pilihan atas masa depan berlandaskan akal fikiran atau rasa hati? Sungguh dia tak mampu......
            Matanya tiba – tiba fokus ke arah seseorang yang sedang berlari – lari anak siap ‘high-five’ dengan ahli band Metallica celup sekalian. Ya Allah!
            “Hah, tu mamat geek. Kau perasan tak yang Fiona cakap tadi? Aku suka dia. Lagi cool. Aku bukan nak condemn taste kau atau Fiona tapi mamat geek ni tak ada lah laser sangat dengan awek macam Dani tapi kalau nak kira balik, orang yang kasar macam Dani, sekali dia fall, aku tak rasa dia boleh bangun balik. Ah.... tapi aku tetap suka Azad. Budak laki high - tech sangatlah idaman Malaya.”
            Julia tergelak. Tak perasan air muka Elsuraya di sebelah pucat tak berdarah.



FANTASI


            Sungguh Elsuraya rasa mahu lenyap di muka bumi ini. Dalam hati menjerit ingin berterus – terang.
            “Dani, this is the super someone. Meet him, Azad.”
            Mampukah Elsuraya mematikan senyuman yang sedang manis terukir di wajah Dani Ikram yang tampak sangat gembira itu. Lebih – lebih lagi habis saja persembahan Metallica celup tu, Dani terus melangkah ke arahnya.
            “He’s coming. I better go.” Julia terus meminta diri.
            “Don’t leave me alone.” Tiba – tiba semangat yang berkobar – kobar ingin hidup di alam realiti hilang begitu sahaja. Dia rela berada di alam fantasi. Jatuh cinta pada yang tak pasti daripada menyakiti hati yang ikhlas. Julia mengenggam tangan Elsuraya erat.
           
            “I promise everything will be fine. Don’t worry about Fiona. Sometime people need fantasy to feel alive and fantasy can be reality too. I heard that if one is lucky, a solitary fantasy can transform to a million realities. Wish you best of luck.”

            Untuk malam ini, izinkan hati ini bergembira.
            Untuk malam ini, izinkan hati ini berlagu ria.
            Untuk malam ini, izinkan hati ini mengecapi bahagia.
            Untuk malam ini, Elsuraya berdoa. Izinkan fantasi ini menjadi realiti.

            Elsuraya membuang gundah jauh ke lubuk hati. Senyuman Dani Ikram dibalas ikhlas.
            “Tak tahu pulak pandai main gitar.”
            “Goreng sesedap hati boleh saja.” Dani merendah diri. Segelas air yang sempat diambil di atas meja buffet dipelawa kepada Elsuraya.
            “Minumlah.” Elsuraya menolak sopan. Dalam hati menahan debaran apabila melihat Rizki, Mervin dan Azad berjalan ke arah mereka berdua.
            “El, ni awak tak jumpa lagi. Azad. Orang yang kenal saya perkataan bimbo. Dia yang first cakap awak bimbo masa kat Titiwangsa tu. Sue him for that but I should thank him. Love you lah bro.” Dani Ikram menepuk bahu Azad. Memaksa senyuman terukir di wajah Muhammad Azad.
            “Hai.” Oh, ya Allah. Elsuraya boleh nampak muka terkejut Azad.
            “Hai bimbo.” Azad menegur selamba.
            “Agak – agak la pak cik nak tegur anak dara orang ‘live’ tu.” Zuhia menegur.
            “It’s okay. Elsuraya. Hope you are not another Mr Douchebag.” Dah rasa nak telan mamat nama Muhammad Azad ni hidup – hidup. Alangkah bestnya kalau orang boleh makan orang.
            “Douchebag?” Zuhia dan Rizki bertanya serentak.
            Dani Ikram dan Elsuraya terus tersenyum dan berbalas pandangan dan masing – masing seakan – akan berkata ‘Our sweetest memory. Only we know that. Let’s make fun out of this.’
            “Douchebag tu orang handsome macam brader ni.” Dani menaikkan kening. Saja nak cari mangsa.
            “Kalau orang sebelah kau tu bimbo, dah sah lah kau douchebag.” Azad selamba menala skrin telefon ke arah Dani Ikram.
            Elsuraya mengutuk dalam hati. Saja nak kenakan orang. Tahulah mamat ‘geek’ ke mamat IT ke mamat whatever-you-are-called-lah sebab daripada air muka Azad nampak sangat tak puas hati tiap kali pandangan mereka bertembung.
            “For having this kind of bimbo. Call me whatever. I can live with it.” Dani menaikkan ibu jari. Memenangkan pilihan hati. Telefon Azad berpindah ke tangan Zuhia pula. Berapa kerat sangat yang tahu maksud douchebag. Dia dulu pun sama. Kalau bukan kerana Cik Elsuraya rasanya sampai sekarang dia tak tahu.
            “Pergi tak konsert tu? Confirm sekarang lah.” Mervin ubah topik. Mungkin sebab majlis sudah hampir ke penamat. Pengacara majlis sedang mebaca nombor cabutan bertuah yang menjadi agenda terkahir majlis malam ini. Nasib baik Azad sampai lambat, kalau sampai awal sumpah dia akan kenyang dengan renungan mata perli menikam itu. Saat ini dia betul rasa nak cepat – cepat balik. Rizki pula yang bertanya soalan yang sama.
            “Azad ikut. Jomlah.”
            Nampak sangat mereka tak puas hati dengan alasan yang Dani bagi tadi. Kalau Dani tanya pendapat dia pun pasti Elsuraya jadi batu api. Tak payahlah pergi. Julia pelawa tiket percuma pun boleh dia tolak. Saat Dani berkalih pandang seakan membaca fikikrannya boleh pula mulutnya menderhaka.
            “Once in a lifetime.” Ops! Rasa nak tampar pipi sendiri apabila Dani terus cakap okay sebaik habis ayat konon ‘approve’ daripada buah hati. Elsuraya kau memang saja nak berdrama depan mamat geek ni kan?
            “Nombor aku.” Tiba – tiba Dani Ikram bersuara. Poket seluar diseluk dan kertas berlipat dibuka.
            “Tengah gian cerita pasal nak gi konsert, boleh pula kau dengar nombor tu?” Mervin buat muka tak puas hati.
            “Kebetulan nombor special. Tarikh first time aku jumpa El.” Dani menjawab selamba dan terus melangkah ke tempat pembahagian hadiah. Tak sedar dia meninggalkan ruang dua hati yang saling berdetak hebat.
            Bila aku jumpa dia pertama kali? Dia kira tarikh kat ATM machine atau kat Titiwangsa tu? Elsuraya berteka – teki sendiri.
            Bila tarikh mereka joging di Titiwangsa tu? Azad membelek skrin telefon mencari Calendar.
            Sedang Elsuraya ralit memandang Dani yang sedang bercakap – cakap dengan tetamu jemputan yang dia langsung tak kenal, telefonnya berbunyi tanda mesej masuk.
            Telefon yang ditarik keluar daripada beg tangan ditala lama. Hantu punya manusia. Sempat dia kenakan kita. Azad menghantar gambar ‘print screen’ siap dengan iklan penaja di bawah.

10 signs you are dating a douchebag;
1.       He has lines. – Tak bodoh nak meneka. Ayat mamat douchebag nak tackle mesti tiru ayat movie punya. Dani is original.
2.       He trash talks his exes – I never know he has an ex. Period.
3.       He talks back to the character in the movie – Oh yeah, dia tak pernah tengok wayang dengan Dani tapi kalau Dani bercakap dengan karektor dalam cerita yang mereka tengok, pasti dia merengkok masuk dalam kerusi. Malu!
4.       He update his Facebook/twitter a lot – Okay ni nak kena add Facebook Dani Ikram baru boleh periksa
5.       He does the side way peace in the photo – Yuck! Tak boleh terima akal.


       No 6 sampai 10 Elsuraya dah malas nak layan. Dia terus lompat baca pesanan penaja paling bawah.

       Nak kena cover sampai bila ni?
       Su, if only you know. You will laugh little and weep much.

       Elsuraya terus panggung kepala. Solitude? Tajam mata memandang Azad.

       Azad hanya mengangguk. Pandangan Azad berkalih kepada Dani Ikram yang sedang menghampiri mereka. Saya tahu Su. Tahu sangat puisi yang paling awak suka. Kembar yang bagitau. Saya cuba nak kenal awak. Cuba nak rasai derita yang awak lalui tapi dia yang berdiri di samping awak sekarang, dialah yang akan melukakan hati awak Su. Hanya dalam hati Azad bersuara. Dia sendiri hilang rentak. Perasaan yang datang hasil kerja keras dia memupuk dan membelai hati. Kini, perlukah dia meneruskan atau mencari titik akhir sahaja.

       Tak sampai hati rasanya melihat kegembiraan yang sedang dikecapi oleh Dani Ikram dan Elsuraya.
      
       They fall by chance.
       They can make a choice.

       Dani Ikram yang harga cintanya terlalu mahal. Elsuraya yang menyerah kepada yang dalang.

       Back off before it’s too late.
       Back off before you can’t even differentiate love and pain.
       You will fall hard.
       Both.
       Both of you.
      
       “Eh, aku balik dulu. Nak gerak balik kampung ni.” Azad meminta diri.




       “HAPPY?”
       Elsuraya mengangguk. Dia dah janji dengan diri sendiri. Dia tahu menjaga diri. Rasa yang baru beraja di hati tak akan ke mana pun. Tak lah dia berharap. Dah tahu pun Dani Ikram tu kawan Azad. Sampai bila nak berdrama.
       Perkara pertama yang nak dibincangkan dalam kereta balik ke Manjung nanti ialah hala tuju hubungan mereka. Azad sendiri yang cakap mereka tak perlu terlalu mengikut kata orang tua tapi dia dah besar. Ikut kata hati sangat pun mati. Jadi sungguh dia serba salah. Jalan terbaik ialah minta dengan Allah. Sampai Manjung, perkara pertama buat sebelum tidur ialah solat istikharah.
       “Tolong buka hadiah tu. Melisa cakap kalau tak ada bini kena bagi awek.”
       Elsuraya hanya menurut. Hadiah yang berbungkus cantik tu memang dah ada di ribaan sedari tadi. Sambil membuka bungkusan, mulut laju berbicara.
       “Saya kenal Fiona. Julia adik Fiona kawan baik saya. Dia ajar saya makan menu pelik kalau saya sakit.”
       “Ayat penyata ke soalan tu?”
       “Entah.” Elsuraya menggelengkan kepala sambil tangan menarik telekung putih dari balutan yang sudah terkoyak.
       “Telekung? Hmm....bagus, nanti pakai buat solat istikharah. Bagi muka hero ni yang keluar. El, saya nak ikut balik kampung. Saya hantar.”
       “Ayat minta izin ke arahan tu?”
       “If you must know. Not only Fiona but many girls. I said straight to their face if I didn’t like them. Never love anybody before. This hard. This much.” Dia bukan mamat douchebag yang susah nak faham ayat penyata sang kekasih.
       “Ouchhh.....tak kesian?”
       “Tell me what I must know first. How will he affect our relationship?”
       Nampaknya masing – masing sedar di mana mereka berpijak. Betulkah kita hanya akan meniti di atas realiti?
       EVERYTHING WITH CAPITAL LETTERS.
       Macam tulis besar – besar ayat tu dalam dada Elsuraya. Kalaulah awak tahu Azad orangnya, apalah yang akan berlaku.
       Elsuraya melencong.
       “The girls, Fiona, tak kesian?”
       “You have to be cruel to be kind.”
       “Meaning?”

       Dani Ikram hanya tersenyum. Dalam hati hanya Allah yang tahu.


p/s: wahhh tetiba diserang virus student tak boleh tdo malam.
I like this elegant template chosen by me.....ME....sebab tak der kerja.
Mood sgt 'mari'
Rasa nak buat surprise utk Jaz yg sentiasa support & love me unconditionally.
Readers, frens, pelepak tegar yg ya Allah..... sayang kamooo sgtttt.

- you have to be cruel to be kind
yesss....sebab nak tengok versi cetak kena lah stop kat sini jeh......
apa lah yg Dani maksudkan but I can assure you tak der nya hero perangkap heroine sbb nk kawen. tak der jgak wasiat2 ni....it just my plain love story.
The story will stick - from better to more -
as USD way out of range from bad worse to better which our life majority live in normal=better life.
GET out of range from rich to richer?????????
I'm not sure as I'm not a writer with label.
I am me. Write freely as always. Lepak like nothing else matter.


Love, KL
XOXO!!!


metalicca song : fade to black. malas nak cari utube...hahahha

30 comments:

  1. A novel? Bila la nak publish ni? X sabar nya la..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sy x blh jwb since sy x pnah schedule semua cerita sy. I highly respect publisher's decision to review bimbo tp kalau x lpas kita hbs di blog shj :D

      Delete
  2. Assalam KL,
    Gday my dear determined lady :P

    Let me ‘congratz’ u for writing such a sensational piece to us readers thro Bimbo. Since prologue then Bab 1 … I’ve a feeling tat Bimbo is such a great story to folo further – I’m not kidding ok … masa bace bab 1 dh sengih2 read the text message between miss Bimbo vs master douchebag!

    Following & reading the nex bab until today bab 17 … there are so many ‘new things’ tat I never care to think but I found it in Bimbo – as usual in ur own way – these new things u rendered it so ‘lightly’ but I as a reader can ‘feel’ the ‘brouhaha’ n thrill.

    As for this bab --- oh dear KL … I really heart El & Dani but at the same time hoping for full support & understanding fr Azad - bestfriend forever bff shud never breaks one another heart & hurts one another feelings rite???

    I am a bit emo after reading this reaction from Azad:
    Back off before it’s too late.
    Back off before you can’t even differentiate love and pain.
    You will fall hard.
    Both.
    Both of you.

    Please azad … don utter those words to Dani or El …. No please. Keep them to urself … but try to work out smthing Azad … help them!

    TQVM ♥♥♥
    ~Jazmeen~

    p/s: i lev this new look ... cool contrast color light green with black on both sides!
    My full support for Bimbo to 'printed version'. Hope jgn lama sangat. Gonna miss El Dani azad

    ReplyDelete
    Replies
    1. w'salam...
      la tu bkn ayat Azad, tu ayar Rin Ahmad...hahahhaa....
      back off!

      brouhaha tu ada dlm wikipedia ke? errr mcm first time dgr. seyess Jaz.

      hope jgn lama sgt tu ayat yg i da jawapan. I x suka nk declare pun submit for penilaian bcos ull never know it gonna pass or fail but sincerely to share with pelepak here who i believe are mcm sy, duk sini melepak mencari ketenangan dgn ayat yg blh buat sympathy drunk :p

      color ni sooooo elegant kan? i love the ribbonz n ada butterfly kat tgh tu and actually header dia for every n3 ada owl sekor dgn string of white diamond tp pelik tak appear. all of my sweet things ada dlm template ni.

      not back to blogging seriously but hiatus is no good and updating constantly make u look cool :)
      cheersss!!!

      lev ya

      Delete
  3. oh speechless what a comments Jazmeen..luv it very much..and of coz 200% agree with u dear (bkn ayt bodek ye..sincerely frm bottom of my heart)...

    Rin keep on writing...waiting anxiously...patiently....for the BIMBO to publish.

    Luv both of u Jazmeen & Rin

    sincerely
    Hass Hazel

    ReplyDelete
    Replies
    1. akakkkk

      tgk nama akak dah rasa nak jerit kuat2...hehhee
      dah lah nama mcm hazel&gratel umh yg boleh makan2 yumyum tu...lagi geram.

      oh i pon mmg speechless with her every words. sometime feel tak deserve pun tat kind of supports but I will always be thankful for those yg sentiasa ada for karya lepak. Alhamdulillah.

      Insya Allah :)

      yess love u deep deep too

      Delete
  4. Ayat bikin aku pening..but i like the way u wrote ... ^^ peace!!.. x sbt nk tggu nk baca hardcpy ^^

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahhahaa....kalau simplify ayat tu jd ayat bikin aku sympathy drunk....LOL!
      and yes thanks:)

      Delete
  5. Assalamualaikum.....
    Uuuu....can't wait the printed version. X kisah citer mana yg keluar dulu.
    Selamat Berkarya ;)

    ReplyDelete
    Replies
    1. w'salam.

      uuuuu yes sy pun sabar tatau nak cakap. straight ckp as of current status aje.
      Sy pun sama. tak kisahlah mana keluar dulu :D

      terima kasih :))

      Delete
  6. Pertama nak cakap cantik sangat RUMAH BARU ni... Sweetttttt....
    Bila nak di bukukan .... macam ni rindulah dengan El dan Dani...
    yang penting Dani tahu apa nak buat untuk dapatkan El....
    yang pasti cara Dani Suci dan Murni ok....
    tapi memang bestttt...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Skang just write n submit.
      lelain tgk rezeki sbb sy mcm biasalah, x kan ada istilah sy nk plan bila tamat, bila start cter baru. still the old me. akn tulis as n when i like it.
      dannnn five for cara murni Dani :))
      yeay!

      Delete
  7. Congrate beb...also my full support for bimbo to "printed version" same as request from Jazmeen and I'm anxious to wait for next bimbo 17..

    ReplyDelete
    Replies
    1. thank you!
      even the waiting time seems sooooo looonggggg but always need ur support guys :D

      Delete
  8. Salam Rin/KL.. Conrats!! Atas karya2 yg sangat kemas, mantap dengan pengisian yg ckp ilmiah. Teruskan berkarya, akak salah seorg penyokonnya :)
    Btw... Baru2 dpt flyers dr kaki novel dan Bimbo ada dalam iklannya yg bakal dipublish soon... So x sabar utk memilikinya

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wsalam,

      thank you!

      soon Kaki Novel tu could be next year december. LOL!
      but Insya Allah.

      Delete
    2. Lol. Jangan le next year dec... Pengsan menunggu hehe

      Delete
  9. Baru bukak website version. Rupanya dah bertukar wajah. Comel gitu. Saya berjanji saya akan menanti anak ke-3 rin ahmad bernama bimbo di pasaran dengan penuh sabar dan lapang hati. Hahahaha. Dengan harapan dani bersama el di penghujung cerita. Azad menang pun ok je. Cuma kalau itu terjadi sememangnya sedih. Lepas tu bukan cruel to be kind lg dah tetapi kind to be cruel. Ok...to rin ahmad...good luck for next masterpiece. To other readers... bacalah usd and get for the time being. Saya dh nk masuk kali ke 70 dah ni utk usd.

    ReplyDelete
  10. 70 XXXXX?????????
    okay sy x nmpk dah ayat lain.
    Yg 70 x baca USD tu jer nmpk.
    For not having so many2222 readers mcm writer lain,
    for all that I ve & for who that cherished my piece, sgt2 lah sy hargai :)
    Thank you awak!

    ReplyDelete
  11. she's like me read ur books.again,again n again....asd n get dh lbh 5x bc setakat ni xjemu lglh...tq rin,tp xsbr waiting arluna...

    ReplyDelete
  12. hola KL...
    heyyyyy/// i am sentiasa support & love you unconditionally too tauuuu

    acu

    ReplyDelete
    Replies
    1. hola
      but u mcm chipsmore...sekejap ada sekejap x derr :p

      Delete
  13. Salam. Sy br terjebak. Bought GET in May after seen recommended by 'Popular'. Straight away became one of my fav. Saw online that day there's another 1 by U - USD. Bile nmpk kat Popular last wk, trus sambar & katam in 1 nite. ( pukul 5 pg br tdo)..
    Tergerak nak jengok blog ni yesterday & melekat eversince... I like U'r way of writing.. sempoi sgt.. Cerpen2 tu x puas baca... tolong la come with new books..
    & this Bimbo...... where can I get d previous episod?.
    P/s: I'm not kpop fan. But bcoz of GET, now Le Min Ho's face is beside my PC @ office & I'm using 'Soul Sister' as my ringtone.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wsalam
      Bimbo boleh baca di Novel Melayu Kreatif or kalau nk feel sikit with some illustration, our dedicated fren, Fan Karyalepak published Bimbo at Facebook Karya Lepak Fans Page.
      So blh pilih nk baca kat mana :D

      p/s: I pon not kPop fan but sooo like Lee Min Ho still x lah smpai watch his every acting. Ada satu cerita tu x mampu nk hbs tgk pon, lupa tajuk apa but I can watch City Hunter smpai hbs n now tgh tgu his new debut in The Heir, not sure wat to expect but kalau x best ulang je Boys Over Flower tuh ;p

      Delete
  14. Br habis BIMBO @ nmk. How soon will - bab 18 be? Betterstill, novel die. Nak El ngan Dani... But what was d story behind d accident?? X sbr nak tunggu.
    BTW , U're now officially 1 of my fav author.
    P/s: People said Lee Min Ho in City Hunter tu lg handsome & more matured. But 4 me, still prefer him in BOF.. yg kat my PC pun muka mase citer tu..nak2 time die sengeh ..*melting*
    Pp/s: Ju said da 70xxx bace USD.. But me, my GET yg da lunyai, k.. x tau da bape kali katam.
    Ppp/s: Just realised ade anonimous lain rupanye... need to put my name la ni... ehmmm..
    -min-

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hai min...di rumah sewa saya buku yg akan kekal di tepi katil adalah usd dan get. Lepas baca usd, barulah saya sedar kadang2 bacaan 4 qul saya kadang2 terbabas jugak.

      Delete
  15. true... if only you know, you will laugh little and weep more. I like d statement. Andainya kita tahu....
    Tq and always enjoy ur awesome piece.

    RMR

    ReplyDelete

Sweet short story: Something about you

  Cover writing by: Farah Husain DANIELLA dah tak mampu nak tahan gelak. Boleh si adik menyakat kat Instagram selepas dia memuat naik gamba...