Saturday 27 July 2013

Blues Raya Part 2


Yesterday is gone. Tomorrow has not yet come. We have only today. Let us begin.
 Mother Teresa

PUKUL 4 pagi di tepi pantai. Sungguh dia rasa macam nak jalan, jalan dan jalan sampai ke tengah laut. Lepas tu tenggelam. Lepas tu masuk neraka. Kan? Memang tak cium syurga bunuh diri. Motif bunuh diri pulak tu sangat lah bodoh, putus cinta. Edina tunduk mengutip cengkerang di atas pasir. Ralit pula dia mengutip cengkerang. Nun di hujung untaian ombak dalam biasan cahaya lampu hotel, kulit cengkerang yang bersinar menggamit perhatian. Edina tersenyum. Dah tak sedar kaki basah disapa ombak laut.
“Hey, hey, you nak bunuh diri ke apa main air laut gelap gelita ni?”
Edina angkat muka. Baru sedar bukan setakat kaki, lutut pun dah basah. Dari kutip cengkerang dia sibuk duk cari bintang pujaan di langit. Tak sedar kaki ke mana.
“I know you. Dalam flight tadi kan?”
Immoira mengangguk. Dia pun terkejut sebab tadi gadis yang dia usha rambutnya panjang dan dilepaskan. Sekarang, gadis yang baru berpaling ni pakai topi dengan rambut di selit ke dalam. Ingat kan awek manalah nak bunuh diri. Dia saja pagi – pagi buta keluar sahur. Lepas tu lepak je di Restoran Kingfisher yang menghadap ke laut. Kata Sabah Subuh awal, matahari terbit pun awal. Apa lagi konon nak tunggulah matahari terbit. Tengah lepak boleh pula dia duk perhatikan saja lenggok budak ni. Dari tengah kutip cengkerang sampailah dia nampak makin jauh dan makin jauh ke tengah laut.
“Immoira.”
“Oow..”
“Tak payahlah nak oww sangat. I know. Nama I pelik tapi kalau you tak nak rasa I alien, panggil Tipah pun tak pa. My name is Sharifah Immoira.”
Edina senyum. Serius minah ni rock.
“Tapi, kan I dah selamatkan nyawa you. Jangan panggil I Tipah ek.”
Dari senyum, terus Edina tergelak. Tangan dihulurkan.
“Edina. Dan I bukan nak bunuh diri ya.”
“Mana tahu, kut frust. Tadi dalam flight dengar lagu Stay tu muka dah semacam. Eh jom duk Sunset Bar tu.”
“Judging?”
“Nope, observe.”
“Psiko.”
“Hahaha.....”Immoira gelak.


“Whether it is the best of times or the worst of times, it is the only time we have.” 
 Art Buchwald

“Nak pergi mana?”
“Jesselton.”
“Island hoping?”
“Nope.”
“I pun. Nak lepak kat Pulau Tiga je.”
“Same – same.” Immoira me’manglish’kan perkataan English ‘same’.
Same = English
Sama = Malay
Same = Sama = Oh, my English!

DARI KARAMBUNAI hinggalah ke Jesselton Point di badar, naik bot dan tara.....sampai ke Pulau Tiga. Buat kerja gila. Dari Karambunai yang terletak di Sepanggar bukan dekat nak ke bandar. Nak ke Pulau Tiga pun naik bot dua jam. Orang kalau pergi Karambunai duduk je diam – diam dalam tu. Tak macam budak dua orang ni.
“Kenapa tak nak Island hoping je? Bulan puasa ni?”
Edina angkat muka. Si Tipah di hujung bot direnung.
“You?” Soalan Immoira Si Tipah dibalas dengan soalan juga. Sempat Edina menjeling beg yang tersilang di badan Tipah. Prada polyester tu.....Tipah bukan sebarang Tipah ni.
“Pulau Manukan and other two pulau tu ramai orang. Tak best.”
“Samalah.”
“Age?”
Edina menjawab perlahan. Eh, bajet tak nak bagi abang bot dengar konon.
“Samalah!” Immoira dah terjerit. Suara lawan enjin bot.


Words are a pretext. It is the inner bond that draws one person to another, not words.
 Rumi

“FRIEND.” Immoira hulur tangan. Betul – betul depan pintu masuk Pulau Tiga yang terukir tulisan Survivor Island di pintu gerbang kayu.
“Bukan sejak you ‘selamatkan’ I dari bunuh diri lagi ke kita kawan?”
“Yea.....but now I wish to tailgate you.”
“Sure. The list goes like first going to mud volcano, main air main – main then lepak all day long.” Edina membetulkan beg galas di belakang.
“Main air main – main?”
“Puasa kan?” Aktiviti yang menyumbang ke arah pembatalan puasa atau kemungkinan air masuk ke dalam mana – mana rongga harus dielakkan.
“Oh ya.”

DAH sekerat hari main air main – main dan sekarang Edina meninggalkan Immoira yang sedang berjemur di port carian mereka. Bawah pokok rimbun, sebelah batu – batu besar di hujung pantai. Jauh dari orang.
“Hey – hey nak pergi mana?”
“Solat.”
“Solat?”
“Yeah, what is puasa tanpa solat? I’m not doing sebab ikut – ikut.” Edina menonong. Puasa kurang erti tahun ini tapi tak bererti dia nak sia – siakan begitu saja. Nak jamak tunggu balik Karambunai memang tak sempat. Dia dan Immoira saja yang buat kerja gila balik hari. Orang lain ramai yang menginap di sini tapi sebab bulan puasa. Tak boleh nak adventurous sangat.
“Doing sebab ikut – ikut?” Si Tipah tak habis menceceh.
“Ramai orang puasa tak solat. Tapi orang solat biasanya puasa.”
“Oh, yes.” Immoira angguk tapi masih berbaring di atas alas.
“I nak jadi 5 orang terkaya di dunia.”
“Tiba – tiba? ”
“Carlos Slim, Bill Gates, Warren Buffet, Bernard, Lawrence and the richest is orang yang solat. For the eyes of Allah. Ciao.” Cukuplah maruah dah bawah kaki orang, dia tak nak jadi perempuan hina. Tak kan. Tak sanggup. Biar menderita sendiri.
“L.O.L” Immoira pejam mata.

AIR mata menitis. Satu Edina bersyukur sebab tiba – tiba rasa seronok ada Immoira. Kedua dia sedih. Sungguh sedih. Minggu lepas, dia pun ada sumbangsih dalam mengutuk si Sakinah, madu Ashraff Muslim dan dua – tiga hari lepas, dia sendiri kena kutuk.
What goes around, comes around.

“FOR your info, this is my husband.”
Edina terdiam.
“Kashah?”
“Tell this bitch that I am your wife. The one and only.”
The rest is history.

JADI raya ni dia tak nak balik rumah. Malu dengan Mama dan Papa. Beria Kashah cakap nak hantar rombongan. Mama dan Papa pun dah siap buat persiapan. Walau pun sikit, macam mana nak susun kata? Nak cakap dia ter-ber-cinta dengan suami orang? Sumpah Kashah langsung tak ada ciri – ciri suami orang. Dah kenal dua tahun, bagaimana Kashah boleh sembunyikan semua ni?
“Ed, please. I boleh jelaskan.”
“Jelaskan apa? You sayang I? You nak ceraikan wife you sebab tak sehaluan tapi tak kan cerai sampai mati. Kan? Ayat tipikal lelaki curang.” Tempelak Edina kasar. Tak sayang Kashah? Gila kau. Dia dah siap ada tema kahwin, impian bulan madu dan semua benda yang kini buat dia rasa nak hantuk kepala kat dinding. Bodoh!
“No...no...I love you Ed. We are happy together.”
“Yes, we were. Our story is past. Now, we aren't  This is present. Get a life hubby.” Edina mengejek panggilan ‘hubby’ yang isteri Kashah duk panggil – panggil.
“Tak kan  you dah tak cintakan I?”
“I cintakan you, masih cintakan you. Sepenuh jiwa dan raga. Tapi tak bermakna I tak boleh tinggalkan you. Tak bermakna I nak hancurkan rumah tangga orang.” Biar hati sendiri hancur. Biarlah. Edina menyambung dalam hati.


“EDINA, you cry?” Suara Immoira memecah lamunan.

7 comments:

  1. oh dear KL ...
    thanks for this 2nd part
    getting clearer like crystal now

    i like tat chit chat between these two ladies ... main air main-main ...
    can feel ... mcm best je dorang dua ni 'adventuring' during fasting
    hehehee ... like tat Tipah part! hahaha

    n Edina still on her right path - “Ramai orang puasa tak solat. Tapi orang solat biasanya puasa.”
    yeah me oso nk jadi the 5 richest person the world --- the richest is orang yang solat.

    hope this is not the last part right?
    rase still this story hanging - dh nk tercekik leher ... nak tau ape gonna happen nex??

    could be Kashah is Immoira hubby?

    eh ... i oso ade buat sumbangsih tang AM hot story tu ... but i dh taubat x nak kutuk ... cuma feel terkezutsss je. Itu dh FAITH dia kan.
    only ALLAH knows ... the best.

    hehehe wat am i rambling bout nih .... yooo

    TQVM KL ♥♥♥

    ReplyDelete
  2. I like how two different people with different personalities can be friend and close.
    And they went to pulau tiga?! I wanna go there too.
    I hope this story will be as inspiring as all your novels and stories.
    I have to admit reading your novels and stories have put back aims and priorities in my life. It always about HIM and HIM only.
    You are one of the best author at least for me ;)
    Keep on inspiring us with this raya story

    ReplyDelete
  3. caiyok le Rin
    Tipah? ohsem le cara Immoira gtau nama dia tu.
    tapi akak dpt rase citer ni feel sgt le.
    tak tau nk cakap tapi as always your story sengat menyentuh perasaan.

    ReplyDelete
  4. Eheemmmmm.. About the sumbangsih.. I've sharessss too. Ahahhahaha.. Don like that guy!
    Sian edinna.. So ape lakk citer si tipah
    Thank you for the reminder.. I wanna be the richest person too...TQ

    Acu

    ReplyDelete
  5. I rase cerita ni sempoi giler...
    Sebab....gaya penulisan n bahasa yang digunakan....or cara i baca this story kot...maybe...
    Cant wait for the next entry.... #^_^

    ReplyDelete
  6. Nice name TIFAH...
    hahaha .... cerita dia rasa macam luahan hati sesama wanita yg dalam masalah yg susah untuk diluahkan pada family ... mungkin wanita ja faham hati wanita...
    Rasanya sanggup ke kita melihat masjid yg telah di bina runtuh atau bergegar kerana diri kita...
    Kak Sue pernah mengalami tapi terus terang cakap memang x sanggup sakitkan hati wanita lain... rasanya x rugi tapi rasa lebih bahagia dgn pilihan selepas dia... yg penting hati perlu ikhlas melepaskan dan menerima yg baru...

    ReplyDelete

Sweet short story: Something about you

  Cover writing by: Farah Husain DANIELLA dah tak mampu nak tahan gelak. Boleh si adik menyakat kat Instagram selepas dia memuat naik gamba...