Readers dearie, the most long awaited moment finally arrived.
I know some of us never expect this and many of us are expecting Fareez&Jasmeen (GET)
to make the first appearance but here we are.
Allah destined everything.
To Kaki Novel to make it happen thank you (esp Kak Alida, Kak Sue, En Rizal).
To readers and pelepak tegar, thank you.
To KLFP admin, nice lady Jazmeen & nice members ALL, thank you.
To German insider, Zura, Mitha & hubby Rasul, Emie and all friends, thank you.
Show some love to Syed Azri & Nur Lisa in this novel, Untuk Semua Dosaku.
A few quotes I love most;
Ini kisah cinta Jumeirah Jane
dan Jumeirah Jo.
Jumeirah Jane itu ialah si cantik Nur
Lisa binti Tajudin
“Cinta yang berputik dalam kancah
dosa. Adakah akan terpalit selamanya?”
Jumeirah Jo itu ialah si kacak Syed
Azri bin Syed Gilani
“Cinta yang tak perlu berubah. Adakah
akan kekal selamanya?”
“It’s
up to you Lili but if I were you, every day I
get up and look through the Forbes list of the richest people in Malaysia. If
I'm not there, I go to work.”Lisa berkata sinis. Ayat 2 dalam 1. Untuk Lili dan
Azri sekali gus.
“Like it or lump it Lisa.” - Top
favourite quote by SASG the hero
“Between men and
women there is no friendship possible. There are passion, enmity, worship, love
but no friendship.” Jawab Syed Azri.
“I take passion.
Five?”
Jawab Lisa selamba. Setuju sangat dengan kata – kata Azri. Antara lelaki dan
perempuan, kalau bersahabat pasti ada yang tewas pada nafsu, kebencian atau
cinta.
“I take enmity. I
don’t think I can stand you but five for your courage.”
Yang Syed Azri tak sedar;
They begin with love and end up
with detest.
They begin with simple
relationship and end up with complex one.
Yang Nur Lisa tak sedar;
They begin with room mate and end
up with marriage.
They begin with dark path and end
up with her bright Ad- Din preference path.
“You don’t have to do that Lisa. Only man with
shallow mind will make his ex jealous. I won’t waste my time doing that.”
“So you rather waste your time bothering me
around?”
“No. I’m not wasting my time but I’m spending my
time with you to make you fall for me. So another day I can go to her and tell
her ‘Sie ist meine Fruendin’ and pointing my finger to you.” Bisik Azri
romantis di pelupuk telinga Lisa. Terlupa pilihannya enmity. Tak tertelan nanti pilihannya sendiri dikala pertama kali
bersua dengan Nur Lisa. Duhai Syed Azri!
She is my special girl and pointing his finger to
me? Oh my!
OH MY!
ALL THESE QUOTES ONLY UP TO CHAP 7 SO MANY IS COMING IN THEIR JOURNEY.
MANY QUOTES AND SUCH THAT I LOVE VERY MUCH BUT TO BE FAIR, LET'S READ TOGETHER TILL THE END OF THEIR JOURNEY TOWARDS BETTER LIFE.
Jasmeen lama
melangut di hadapan almari. Malaslah nak pakai dinner attire
lagi. Kejap lagi dah nak balik. Tetamu yang datang pun bukannya kenalannya.
Tolonglah turun kejap lagi bagi ada seorang makhluk Allah yang aku boleh
jadikan kawan. Bosan! Tak sampai hati nak berkurung di bilik. Sekurang –
kurangnnya nama Papa mesti dijaga. Bukannya Jasmeen tak tahu Papa dari kejauhan
akan menundingkan jari ke arahnya tiap kali bersama kenalan barunya. Entah apa yang nak
dibanggakan sangat memperkenalkan dirinya kepada semua kenalannya.
Jeans berwarna hitam
disarungkan. Dipadankan dengan t- shirt lengan
panjang Red Valentino. Ringkas sahaja
t- shirt ini yang berwarna putih, di dada separuh berwarna kelabu dan berhias
polka dot dan diserlahkan dengan riben besar daripada satin di dada. Tudung ala – ala Ariani yang
diperbuat daripada denim lembut berwarna hitam disarung ke kepala. Ringkas
sahaja namun bolehlah nak match sikit
dengan majlis malam ni. Aku kan Tuan Tanah, kena sempoi baru laju nak handle guest. Handle Guest ke? Hiks...Jasmeen
tersenyum sendiri berpuas hati dengan bow-embellished modal T-shirt Red Valentino yang tersarung kemas dibadan.
Dari kejauhan Jasmeen melihat Ferhad
dan Papa sedang rancak berbual dengan seorang jejaka yang sekali imbas dalam
lingkungan umurnya sahaja. Boleh dapat anugerah ni. Tetamu yang paling muda
gitu! Kawan Papa ke kawan Ferhad tu? Rata – rata dif jemputan hampir sebaya
papa kalau yang muda pun tak adalah muda sangat, kebanyakan yang muda paras
30-an tu pekerja Papa di pejabat. Kalau ambik
semua yang berusia karang lagi ramai
yang jadi Pengarah Urusan dari pencacai. Pada hal yang menjayakan operasi
sesebuah syarikat 50% adalah sumbangan pencacai atau panggilan manis golongan
pekerja bawahan. Jasmeen melangkah ke arah meja yang dikelilingi tiga lelaki
itu. Ferhad yang ternampak kelibatnya melambaikan tangan. Ish mak cik ni,
tepilah orang nak lalu.
Jasmeen
terpaksa brek apabila laluannya dihalang dengan sekumpulan Datin yang rancak
berbual di tengah – tengah jalan. Kurang asam betul tapi nak buat macam mana
dah majlis ala - buffet yang tak ada
protokol, kat mana – mana pun orang bercakap dengan santai. Ada yang memilih
untuk duduk di meja makan yang disediakan, ada yang memilih untuk berdiri di
meja bar yang tinggi disediakan di setiap penjuru. Boleh letak rokok, piring
makan kat atas meja bar bulat tersebut berdiri sambil berborak santai. Jasmeen
mengerling ke arah Ferhad yang masih rancak berbual. Boleh pulak masuk mamat ni hari ini. Jeolouspulak Jasmeen tengok Ferhad pandai
membawa diri di kalangan hadirin. Berbeza dengan dirinya yang tidak pandai
memulakan tapi kalau orang dah berbahasa pandai je Jasmeen melayan. Sedang
Jasmeen mengendap Ferhad, matanya menangkap figura jejaka yang sedang bersama
Ferhad dan Tan Sri Farhan.
Fareez,
Oh My!
Buat
apa kat sini? Siapa jemput? Alahai keciknya dunia. Tak apa lah meh sini aku besarkan sikit dunia ni.
Jasmeen terus memalingkan wajah ke arah lain. Jasmeen melencongkan langkah
kakinya. Nak menyorok kat mana ni? Alahai lemah betul kalau jadi tawanan kat
Tanah Jajahan sendiri ni. Masuk dapur jap lah check Bibik tengah buat
apa. Cas konon rindu lah kat Bibik.
Hahaha...
“Bik, buat apa?”
“Cik Lysha. Ya Ampun janganlah bikin orang
terkejut gitu. Tak
buat apa – apa. Semuanya Puan sudah siapin. Saya cuma tolong sedikit.”
Loghat
Indonesia Bibik semakin hilang. Mungkin sebab sudah bertahun di Malaysia. Bagi Jasmeen pandai sungguh Bibik
membawa diri. Bibik tak pernah naik kepala walau pun Jasmeen jarang memantau
setiap pekerjaannya. Cuti yang diberi juga tidak pernah disalahguna. Mesti
baliknya tepat pada waktu yang dijanjikan. Alhamdulillah tak terhingga juga
rasa syukurnya dikurniakan pembantu rumah yang boleh diharap. Bukan semua orang
bernasib baik sepertinya.
“Kejap lagi kita
balik ya. Bungkus sikit lauk kat depan tu ya Bik. Pagi esok kita tak payah masak. ”
Jasmeen
mula bosan. Tak kan nak memerap kat dapur. Mama yang nampak kelibatnya melintas
ke dapur tadi pun menjeling tajam. Akhirnya Jasmeen membuka peti ais. Bar
coklat Black Forest yang masih berbalut diambil. Mesti stok junk food Ferhad ni. Sebotol ribena juga diambil. Kedua – dua
dipegang di tangan kanan dan kakinya laju dihala ke halaman belakang. Lorong
kecil menyambungkan halaman depan dan belakang rumah. Sepanjang – panjang
lorong ditanam dengan pokok bunga Jasmine yang berbunga putih dan mekar
menghiasi taman. Cantik kerana pokoknya yang sentiasa ditrim dan sudah tinggi
separas pinggang. Mama hanya memilih untuk menanam bunga Jasmine ini di
bahagian lorong, katanya simbolik Jasmeen adalah simbolik hubungan kasihnya
dengan Papa sebagaimana lorong yang memutih dengan bunga Jasmine ini
menghubungkan halaman depan dan belakang. Sebuah buai kayu yang kukuh buatannya
umpama memanggil – manggil Jasmeen. Dilabuhkan
punggung di atas buai sambil tangan laju membuka pembalut coklat Cadbury Black
Forest.
Majlis yang masih lagi rancak
berlangsung di hadapan tidak dihiraukan. Tangannya laju menyeluk poket jeans
dan mengeluarkan LG Prada. Main game
lah. Aplikasi yang bertulis Games &
Apps disentuh, beralih pula ke Default
Games. Touch screen phone paling old skool ni. Jangan tak tahu!
“Bosannya
alih – alih games Halloween Fever, Photo
Puzzle, Virus dan Pipe je.
Ishh..”
Jasmeen mengomel seorang diri.
Kuat juga omelannya sebab marah jugak
dengan ke old-skool an telefon kesayangannya ini.
“Buang lombong je telefon limited edition kau tu.”
Ewah
– ewah lancang sungguh mulut makhluk yang menegurnya di belakangnya ini. Tahu sangat lah
Jasmeen suara mamat berlagak kat belakang ni. Tak payah tengok muka pun tahu.
Gegendang telinga Jasmeen memang sensitif mendengar intonasi Fareez nih. Dunia
ciptaannya yang besar dan penuh keamanan sebentar tadi kembali menjadi kecik. Alahai...lemahnya nak menghadap
mamat ni. Derap langkah yang makin dekat menyerlahkan lagi haruman Safari Ralph
Lauren. Hilang bau bunga Jasmine dikaburi dengan haruman dibawa Fareez.
Gaya macam nak pergi datingpulak mamat ni.
“Nah,
amikphone ni. Main
Angry Bird lagi best!”
iPhone
Fareez disambut kasar. Ingat iPhone ni bola rugby apa main campak, lari aci
masuk Home ni. Nasib baik Jasmeen
tangkas menangkap iPhone tersebut. Kalau tak aci bersepai. Jasmeen masih diam
tak berkutik. Skrin iPhone dipandang sepi.
“Main lah, tadi cakap bosan.”
Fareez melangkah ke arah buai
dan duduk bertentangan dengan Jasmeen. Tiba – tiba degup jantung Jasmeen mula
berirama Metalicca. Handsome gilerr
si Fareez malam ni. Dengan pakaian kasualnya jeans biru dan crew neck sweater lengan panjang
berwarna hitam menyerlahkan ketampanan Fareez. Oh! Amat mengganggu ketenteraman
jiwa haku!
“Password? ”
Jasmeen tak betah dengan
kesunyian yang menyelubungi mereka.
“1111”.
“Any
significant memory?”
“The
password?”
“Yap. ”
“My
dream. ”
Jasmeen
mengangkat muka memandang Fareez. Muka ditundukkan kembali. Malas pula nak bertanya. Suka hatilah
nak letak nombor apa pun janji bukan 1234. Bodoh sangatlah sesiapa yang letak
password 1234. Sah – sahlah berjuta orang tahu nombor senang macam tu.
Fareez mengeluarkan kotak rokok.
Sebatang rokok dikeluarkan dan dinyalakan. Dari tadi dia menahan nafsu untuk
merokok. Segan pula nak merokok di hadapan Tan Sri Farhan dan anaknya tadi.
Ferhad, anak Tan Sri Farhan tadi pun dilihatnya gaya budak tak merokok je. Biasanya lepas je
makan, dah memang aktiviti wajib Fareez untuk membinasakan paru -parunya
sendiri. Rokok ialah dessert
kegemarannya!
Itu yang sebaik Tan Sri Farhan
meminta diri untuk melayan tetamu lain yang baru tiba Fareez terus melarikan
diri ke belakang kanopi. Tak sangka pula di belakang kanopi ini ada lorong
kecil yang dihias cantik dan memutih dengan bunga – bunga kecil yang harum.
Terus dia melangkah menyusuri lorong kecil ini dan membawa pertemuannya buat
kesekian kalinya dengan Jasmeen.
Terpegun Fareez melihat hiasan
lanskap yang amat cantik di halaman belakang rumah Tan Sri Farhan ini. Hujung
sudut megah berdiri air terjun yang amat tinggi sehinggakan sekali tengok macam
betul – betul air mengalir dari sebuah bukit. Air terjun yang turun disalurkan
ke kolam yang besar di bawahnya dan disambungkan kolam tersebut membentuk alur
– alur kecil umpama denai sungai yang kecil. Buaian kayu diletakkan di antara
denai sungai buatan dan sekeliling pagar pula dihias dengan pelbagai pokok
menjalar yang menghijau dan sebelah dinding rumah menjalar pokok bunga yang
berwarna warni. Kagum pula Fareez dengan gabungan pelbagai jenis pokok menjalar
yang menjadikan dinding rumah sekali tengok macam digantung pelbagai jenis
bunga yang berwarna – warni. Kreatif!
“Apesal muka awak tension sangat ni? ”
Jasmeen memusatkan
perhatiannya ke arah Fareez. Terserlah sangat aura kelesuan dan kesedihan di
wajah lelaki tampan di hadapannya ini. Sayang sekali wajah tampan ini tidak
berseri. Baru 10 minit bersama tetapi rasanya sudah dua puntung rokok habis
dibakarnya. Dahlah puntung rokok disuruhnya Jasmeen pegang. Ingat aku tong
sampah bergerak apa?
“Mana ada apa – apa.”
Fareez
membalas ringkas. Tak kan nak share
kot dengan si Bunga Melur yang tak sampai lima kali baru jumpa ni. Di bawah
cahaya bulan, wajah Jasmeen dicuri - curinya tengok. Manis sungguh Jasmeen
malam ini pada pandangannya. Walau pun setiap kali berjumpa gadis ini hanya
ringkas dengan jeans dan t-shirt namun tetap mencuit hati lelakinya. Seperti
pertemuan pertama di Binwanis, Fareez tetap teguh menyatakan Jasmeen memang
perempuan paling cantik pernah ditemuinya. Cuma gaya Jasmeen yang bersahaja dan
ringkas menenggelamkan sedikit kecantikannya.
“Tak kan orang handsome macam awak ni frust kena tinggal dengan awek kot.”
Saja Jasmeen mengusik tanpa
menyedari usikannya umpama menjolok sarang tebuan. Berubah wajah Fareez serta –
merta. Wahai hati sabarlah.
Rumah orang ni. Kalau ikutkan hati mahu juga ditempeleng pipi putih mulus di
hadapannya ini apabila tebakannya benar belaka.
“Aku handsome?Noted. Thank you.
And please tell me things that I don’t know.”
Cewahhh!! Berlagak kau ya. Jasmeen termalu
sendiri kerana usikannya menyerlahkan kegopohan diri sendiri.
Botol ribena yang masih sejuk
bertukar tangan. Jasmeen memerhati dengan ralit setiap perbuatan Fareez. Penutup botol dipulas dan air disedut
rakus. Nampak jelas kerongkongnya bergerak – gerak menelan air. MasyaAllah
Jasmeen! Ke laut pula dia malam ni. Boyfriend
orang tu. Boyfriend anak pelanggan
sendiri pula tu. Mengingatkan Gina sahaja cukup untuk membuat Jasmeen rendah
diri. Fareez dan Gina dilihatnya amat serasi bergandingan.
“Landskap rumah Tan Sri Farhan
ni kau punya projek jugak ke?
Cantik sangat.”
Melihat
hasil kerja Integrate Landscape di
rumah Datin Julia dan Tan Sri Farhan membuktikan cadangan Tan Sri Farhan
menyuruh Iskandar melantik Integrate
Landscape bagi projek Axis Berhad adalah tepat dan tidak perlu diraguinya
lagi cuma sakit hati terhadap bos Integrate
Landscape masih bersisa. Time – time
tengah mesyuarat nak integrate
rekabentuk landskap dengan keseluruhan rekabentuk bangunan time tu lah dia boleh tersalah fax pelan pula. Siapa yang tak sakit
hati.
Jasmeen
pula terkelu. Soalan menempah maut namanya ni. Eh! Cakap jelah saya buat sebab
saya anak Tan Sri Farhan. Bukannya dosa pun. Belum sempat Jasmeen membuka mulut
Fareez bangun dan berdiri di sebelah buai. Ditolaknya buai tersebut perlahan. Wallawei...indahnya suasana malam ni.
Jasmeen tersenyum sendiri. Ditambah dengan lagu yang baru dimainkan oleh live band jemputan di halaman depan
menambahkan perisa dalam hati Jasmeen.
You know I can't smile without you
I can't smile without you
I can't laugh and I can't sing
I'm finding it hard to do anything
You see I feel sad when you're sad
I feel glad when you're glad
If you only knew what I'm going through
I just can't smile without you
You came along just like a song
And brighten my day
Who would of believed that you where part of a dream
Now it all seems light years away
Bukan sahaja
Jasmeen yang terbuai dengan nyanyian penyanyi live band yang menyanyikan lagu Barry Mannilow yang juga pernah
dinyanyikan oleh The Carpenter iaitu Can’t
Smile Without You bahkan Fareez juga. Tambah sedih dihati mengingatkan Gina
yang pernah tersenyum hanya untuknya dan kini senyuman Gina bukan miliknya
seorang. Arghh! Jangan dilayan hati ini. Cepat – cepat Fareez menyedarkan diri
sambil tangannya masih menghayun buai. Melihatkan senyuman Jasmeen yang benar
nampak ikhlas mendamaikan jiwanya yang resah.
“Mana
satu anak dara Tan Sri Farhan ya? Semua orang cakap lawa sangat. Tan Sri siap kenenkan dengan aku tu.”
What???
Jasmeen terkedu.
p/s: Dearest readers, tatau nk ckp mcm mana. Entry mmg sengaja dipending sbb mcm mana pun nk tau ending mmg kna tgu versi cetak (when? I dunno) sbb manuscript submitted long time ago. Nak reply comment tersangat nk sebenarnya tp tat means I kembali aktif berbelog, eh kan? Kata dh x nak berbelog so ermmm....aaahhh....kena review blk decision ni sbb tgn sungguh gatal nak mereply semua komen bcos I love all my lovelies and of course appreciate all my readers!
Do join Darren & Bell @KLFP. Itu habis di blog & wil b transferred to ebook. Insya Allah.