Tuesday 14 August 2012

Gadis Edisi Terhad (GET) Bab 6




“Kenapa lambat?” Direnung wajah Ferhad yang agak pucat.
            “I’m not feeling well. Telan panadol dulu baru aku gerak.” Tak bermaya sahaja Ferhad membalas soalan si kakak.
            “Tak jumpa doktor ke?” Jasmeen mula risau.
            “Sikit je.”
Ferhad membalas pendek. Ayat mengelat tak nak jumpa doktor. Jasmeen memasang tali pinggang keledar sambil bersandar dengan tenang. T-shirt lengan panjang Lacoste berwarna putih disinsing ke siku. Rimas. Menikmati suhu penghawa dingin kereta baru Ferhad ditemani alunan suara Adele mendendangkan Someone Like You melegakan fikirannya. Jasmeen perasan terserlah bau leather seat kereta baru Ferhad.
            “Mamat budget handsome tu pun pakai X5.”
            “Who?”
            “Binwanis.”
Ringkas namun ditekankan jawapannya agar Ferhad mengingati kembali jejaka yang ditemui Jasmeen dikala menjadi tawanan hamba abdi perang tempoh hari. Binwanis adalah tempat pertemuan pertama antara mamat budget handsome yang ditemuinya kali kedua tadi.
            “What? Kau jumpa lagi mamat tu Meen?”
            “Yap.”
            Jawab Jasmeen malas. Matanya lebih fokus ke depan menyaksikan kereta yang bertali arus di MRR2. Jalan utama yang akan membawa mereka menuju ke rumah Papa dan Mama.
            “When?”
            “Tadi.”
            “Where?”
            “Kat tempat kau ambil aku tadi.”
            “Rumah Datin Julia?”
Jasmeen hanya mengangguk. Tiap kali jumpa je mesti ada je malangnya. Jatuh gedebuk lah. Pasu pecahlah. Ada badi apa yang melekat kat mamat bernama Fareez tadi tu sampai menyusahkan orang macam ni sekali.
            “Then how’s everything?
Jasmeen diam. Malas nak jawab. Banyak betul soalan Ferhad gaya buat karangan sekolah lengkap dengan 5W principle – What, Who, When, Where, How.
            “Kan aku dah cakap orang bawa X5 memang handsome dan macho.” Ferhad tersenyum nipis sengaja memenangkan kereta baru pilihannya, BMW X5 yang sedang meluncur laju di jalan raya ini.
Ferhad menyambung apabila Jasmeen tidak mengendahkan soalannya. Jasmeen mengiakan ayat penyata Ferhad dalam hati. Okay, serius mamat budget handsome yang bernama Fareez tu memang handsome. Memang tak layak bagi gelaran ‘budget’ kat tengah sebab kali kedua Jasmeen bertentang mata, retinanya menangkap raut wajah Fareez dan otak mencerna objek di hadapannya ketika itu sebagai amat sempurna. Sememangnya handsome! Tip Top! Tapi malangnya telah berpunya. Namun Jasmeen masih tertanya, kepunyaan siapa?


***


What? Minah karan selamba ni? Berapa banyak part time job minah ni buat? Fareez menggaru kepalanya yang tidak gatal. Gaya orang sedang berfikir perkara yang tidak berfaedah sambil menikmati keindahan ciptaan Allah pada objek hidup di hadapannya kini. Aku kan pandai mensyukuri nikmat Allah. Dah kejadian yang cantik dan sempurna begini, sudah pastilah dihayati dengan penuh khusyuk. Bisik naluri nakal Fareez. Ralit Fareez melihat kesempurnaan fizikal milik Jasmeen walau pun hanya tampil ringkas dengan t-shirt lengan panjang berwarna putih kosong tanpa corak dan jeans biru laut yang dipadankan dengan tudung bercorak bunga matahari. Penampilan yang cukup kemas untuk seorang penyelenggara taman namun membuat Fareez terpaku. Kesederhanaan yang tidak ada pada Diya jauh sekali kekasih hati, Gina.
            “You kenal dia ke Fareez?”
            “Err....tak. Ingat tadi macam kenal.”
Oh! Fareez empunya nama. Jasmeen bergegas meninggalkan Fareez. Tidak dipedulikan jelingan maut yang dihadiahkan Fareez. Sudah pasti Fareez berpura – pura tidak mengenalinya. Di Binwanis tempoh hari dengan perempuan lain, sekarang dengan Gina pula. Hebat betul Encik Fareez kita ni ya.
            “You pergi dululah Fareez. Minta maaf ya tak boleh join you guys for the opening ceremony. Kejap lagi Iqa nak datang rumah. Then, I kena hantar dia pergi KLIA.”
            “It’s okay. Sampaikan salam I kat Iqa.”
Fareez membalas malas. Tak pernah tak beralasan Gina. Dua hari lepas hatinya riang apabila Gina bersetuju untuk hadir ke parti pembukaan Men’s Wellness Spa milik kawan rapatnya Jefri. Patut ditekanya dari awal bahawa Gina akan memberi seribu alasan untuk tidak keluar bersukaria bersamanya hari ini. Ini pun Gina keluar bersama kerana menemaninya melawat Daddy di hospital.
“Fareez, I nak kirimkan Jefri hadiah. Tunggu I masuk dalam rumah ambil hadiah sekejap ya.”
Mendengar derap tapak kaki Gina melangkah ke dalam rumah membuatkan degup jantung Jasmeen tak keruan. Peluang untuk disembur oleh mamat handsome bernama Fareez ini sedang terbuka luas. Telinga Jasmeen yang tadinya kembang mencuri dengar perbualan antara Jasmeen dan Gina mulai kuncup. Tangan Jasmeen yang sedang menggembur tanah untuk ditanam Alpinia pupurata mula keras.

Dia datang ke?
Tak.
Dia datang ke?
Tak.
Alamak dia datanglah! Derap tapak kasut Bally makin jelas menghampiri Jasmeen dari belakang.

            “Sejak bila kerja ambil upah jaga taman ni? Berapa banyak part time kau buat?”
            “Dah lama. Sekarang kerja ni full time.” Main aci jawab je mulut aku ni pun. Jasmeen menutup mulutnya, tak sangka dengan jawapannya sendiri.
            “Kau dah kena buang kerja ke kat Binwanis tu?”
            “Err..” Tak sempat Jasmeen nak menjawab, Gina muncul dari belakang. Berdetak – detak bunyi kasut tinggi yang dipakai oleh Gina.
            “Fareez, there you go.”
Gina yang tiba – tiba muncul meyelamatkan keadaan. Di tangan Gina tergenggam kemas beg kertas bertulis Pineider. Beg kertas bertukar tangan.
            “You bagi Jefri this Pineider 1949 leather picture frame. This gift surely will add classy to his space.” Ujar Gina bangga dengan pilihannya.
Jasmeen tersenyum kecil. Ternyata gadis keluaran gedung Gucci ini memang mempunyai selera yang tinggi dalam semua segi bukan setakat barang keperluan sendiri. Bingkai gambar kulit yang dimaksudkan Gina itu sudah pasti harganya mencecah paling tidak RM2000. Jasmeen tahu sebab leather desk tray kertas A4 di bilik pejabatnya adalah daripada jenama Pineider juga yang harga RM1500 hanya untuk sebuah tray kertas!
            “Siapa nama kau?” Fareez bertanya apabila beg kertas Pineider bertukar tangan.
            “Jasmeen.”
            “Nama bunga melur, bunga hiasan kat kampung. Patutlah perangai tak senonoh semacam. Hah, Cik Melur! Lain kali buat kerja pakai otak.” Gina tergelak mendengar nama Jasmeen yang sesedap rasa ditukar oleh Fareez.
Kurang ajar punya mamat. Nama aku Fellah Delisya, dah disesatkan jadi Jasmeen, disesatkan lagi dek mamat putus fius ni jadi Melur? Adoyai!
            “Dah lah Fareez, nanti you lambat.” Potong Gina.
Bimbang mood Fareez bertambah buruk. Bukan boleh dijangka mood Fareez yang sentiasa berubah. Mengenali Fareez sejak kecil tidak memberi kelebihan kepada Gina untuk menebak hati dan perasaan Fareez. Yang dirasakannya hanyalah sebuah cinta yang tidak mempunyai irama yang senandung dengan perasaannya.
            “Okay, anything about Daddy please updates me.”
            “Sure.” Gina membalas pendek.
            “And tell mommy her landscape is amazing except for the person in charge.”
Sengaja ingin menyakitkan hati si bunga melur yang tidak mengendahkan makiannya. Masih setenang air di kali. Fareez melirik ke arah Jasmeen yang tegak berdiri tersenyum memandangnya setelah selesai menanam kembali Alpinia pupurata tadi.
            “I like it too. This is designed by Integrate Landscape. Wonderful is it?” Gina tersenyum memandang persekitaran taman banglo mewahnya.
Integrate Landscape? No wonder the boss and the staff both are annoying! 
Bisik Fareez dalam hati namun tetap mengakui reka bentuk lanskap rumah Datin Julia amat luar biasa tanpa menyedari bahawa kedua – dua orang yang dimaksudkannya sedang elok berdiri di hadapannya.
            “Okay Cik Melur, saya jalan dulu. Hope not to see you again!” 
           Dihadiahkan sebuah senyuman plastik untuk si bunga melur. Sempat juga diberi amaran dengan meletakkan ibu jari yang disatukan dengan jari telunjuk ke mulut tanda zip-up-you-girl!
Dap
Kurang ajar punya Fareez. Ek-ele, macam nak sangat orang canangkan diari playboy dia tu. Tak kuasa mak nak jadi reporter tak bertauliah Cik Gina-Gucci ni. BMW X5 menderum laju meninggalkan Gina yang sedang melambai – lambai dan Jasmeen yang memegang erat bag Longchamp, menahan geram. Belum sempat Gina melangkah masuk ke dalam rumah, sebuah kereta Audi A8 menderum masuk ke dalam pagar rumah dan keluar dari perut kereta seorang jejaka yang tersenyum menggoda ke arah Gina. Jasmeen menelan air liur. Siapa pula ni?
“Hai Ziqi, jom masuk dulu. Iqmal suruh you ambil I ya. Okay gives me five minutes. Then we are ready to go.” Gina berpapasan dengan Ziqi menuju masuk ke dalam rumah.
Gulp!Telinga aku ni salah dengar ke? Iqa dah jadi Iqmal? Ziqi ni siapa pula? Geram Jasmeen serta merta bertukar menjadi gelihati mengenangkan nasib Fareez.  Kesian kat kau Fareez. Ni baru buku bertemu ruas, playgirl versus playboy. Nak buat macam mana, dah nasib badan kaulah labu!


10 comments:

  1. Fellah Delisya sesat jadi Jasmeen. Agak-agak andai fareez tau siapa cik Melur sebenarnya, mana nak sorok muka hensome dia tu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. oh dia boleh sorok bwh tapak kasut Bally dia lorhhh :))

      Delete
    2. x pun sorok belakang Alpinia pupurata yg jasmeen tanam tu....lol

      Delete
  2. Assalam.. best2.. pepagi dah dpt GET 6. thanks KL...

    ReplyDelete
  3. As-salam KL & Happy Eid,

    haahaa ... Jasmeen is given another nick name Melor but sounds gracious & urbane too!
    for sure fareez bad-mouth is blistering to discredit & downgrade Jasmeen position!
    Yet he couldn't help of not noticing the beauty of Melor LOL!
    Gina?... back off yooo!!! better call it a day!

    ReplyDelete
  4. Atty Ismail14/8/12 8:17 pm

    Thanks KL...Jasmeen ni sungguh x de kering perasaan...Mcm 2 kena kutuk ngan si Fareez pun masih bole tenang...Go girl...Kasi Fareez ni pelajaran skit k...:)

    ReplyDelete
  5. I like the way u describe Jasmeen' s character. Rasa real and peronally i sgt suka

    ReplyDelete
  6. gila sedappp... nyum nyum nyum... tak dapat makan, dapat bc GET pun kira okaylah.. haihlahhh... x sabar nak peluk GET.. fareez2,, dasyat btul laki nih.. suka hati panggil melur bagai.. jahanam nama fellah delisya yang anggun tuh.. by the character jasmeen mmg cool gila..

    x sabar nak tggu ci fareez jatuh tersungkur pada jasmeen.. aisehh.. best2...

    ReplyDelete
  7. Assalamualaikum,
    Dear Hajar, shafriza,
    Jazmeen, Atty & Anonymous...
    I lmbt reply..so sorry sbb mood raya kan..mls nk bukak lappy dah :p
    But really appreciate ur words...

    ReplyDelete

Sweet short story: Something about you

  Cover writing by: Farah Husain DANIELLA dah tak mampu nak tahan gelak. Boleh si adik menyakat kat Instagram selepas dia memuat naik gamba...