Friday, 1 May 2020

KISS OF 14 DAYS - Part 8

Part 8

“Morning, sweetie.”
Morning. Awal hari ni. Speedmart pun tak buka lagi.”
Amir gelak. Dahlia yang turut tersenyum dipandang. Sejuk mata memandang wajah cantik Dahlia pagi-pagi macam ni.
“Nah, I make breakfast for you.” Bekas makanan dihulurkan pada Dahlia.

“Wow! Susah-susah aje. But thank you!”

Rezeki jangan ditolak, Dahlia. Lagipun orang bagi ikhlas, bukannya ada ayat jampi atau mentera kena sembur dekat makanan ni. Sebelum ni dia makan elok aje sampai ke hari ini, tak adalah gila bayang siang malam terbayangkan wajah Amir walaupun level kacak tu menggetarkan jiwa.
Apa pulak kali ni? Kalau sebelum ni macam-macam Amir masak. Kalau datang ‘pinjam’ bunga cengkih dan kayu manis, petangnya Amir bawa ayam masak hitam. ‘Pinjam’ tomato paste, muncul pulak lasagna. Belum lagi level ‘pinjam’ susu cair, muncul puding jagung. Agaknya dapur Amir dah bertukar jadi restoran semenjak RMO ni. Bakat memasak pun dah makin terserlah. Dia yang perempuan pun tak meriah macam ini memasaknya.
Melihat puding roti di dalam bekas makanan yang dibuka, bersinar-sinar mata Dahlia.

"This is my favourite! Thank you tau."

Teruja tengok makanan kegemaran. Baru berkira-kira nak singgah Tesco beli bahan-bahan dan buat sendiri. Rupanya tan payah pun nak susah-susah, jiran yang superpower dah tolong buatkan.

"Tak tahulah rasa okey tak untuk awak. I lessen the sugar but added more love to make it sweeter."

Mengancam ayat kau, Amir. Kalau perempuan lain dengar mungkin bergetar ovari segala, but definately not me. Dahlia melepaskan tawa walau dalam hati ada bunga dalam taman. Ala macam tak biasa, Amir kan ada charming superpower.

"But as much as you love bread pudding, I hope I can be your favourite too."

See! Ayat Amir tadi belum habis lagi, siap ada sambungan yang mampu membuatkan senyumannya melebar. Dahlia tak tahu nak jawab apa. Teruskan tersenyum, lepas tu jongket bahu, habis cerita. Nanti kalau dia sambung panjang-panjang, makin banyak idea mengayat Amir keluar.

"Nanti kalau pergi hospital roger-roger tau. Lepas tu kita boleh pergi Tesco sama-sama."

"Ya. Dah 3000 kali awak ulang."

 Amir mengingatkan untuk kali yang ke berapa entah. Semalam WhatsApp dengan Dahlia pun cakap benda yang sama. Lagipun dah memang rutin mereka berdua, pergi hospital melawat Uncle Tobias tak pernah tak bersama. Cuma kereta aje asing-asing. Musim RMO ni jangan cuba melanggar perintah kerajaan kalau tak nak duit melayang bayar denda atau tidur semalam dua dalam lokap.

"Woah...ingat pulak? Yang saya cakap I love you 3000 times awak tak ingat."

"Bila? Mengarut aje."

"Malam Milo ais, remember? Atau part tu pun awak buat-buat lupa jugak?" Amir mengenyitkan mata.
Hishhhhh, tak payahlah nak sebut tentang peristiwa tiga hari lalu tu…





"Dahlia, wait. Woah...serius awak nak tinggalkan saya dekat bawah ni?"
Semakin laju langkah Dahlia. Dan belum sempat kaki menapak masuk ke dalam pintu lif yang terbuka, lengannya ditarik Amir.

"Please, don't go."

Amir memujuk. Melihat air mata Dahlia berair, dia terpanar.

"Kita pergi sama-sama, balik pun sama-sama. Sekarang naik pun kena sama-sama. And if you're willing to listen to me, I can explain everything."

"Nak explain apa? Nothing to explainlah."

"Kalau it is nothing to you, then, kenapa angkat kaki blah macam tu aje bila tengok Adriana muncul?" 

Suara Amir masih bernada biasa macam tadi, malah lebih kepada memujuk sebenarnya. Pautan pada lengan Dahlia yang tak dilepaskan.

"Tak ada kaitan dengan dia pun. Saya cuma sedih dekat Uncle Tobias. Lain daripada tu saya okey. "

Jangan percaya kalau perempuan cakap okey, bro. Okey di mulut tapi yang tak okeynya di hati. Amir menyembunyikan senyum di sebalik mask. Masuk saja ke dalam perut lif, cepat dia menekan butang tutup. Sempat tangan melambai ke arah Adriana dengan isyarat 'pergi dulu'.

"She is my cousin sister. My uncle's daughter. Nothing more, nothing less. Memang rapat dengan dia, lagi-lagi musim RMO ni jauh dari family segala and only two of us here. I see her, she sees me punya keslah. Hashtag kita jaga kita."

"Owhhh...I see."

Buang air mata kalau kau nangis sambil bawa hati lara kau tu, Dahlia oii. Inilah contoh kejadian alam dimana kau perlu dengar dulu penjelasan sebelah pihak sebelum membuat andaian sendiri.

"Dah, jangan sedih-sedih. Misunderstanding is not worth to cry for."

Dahlia terdiam. Termalu sendiri pun ada juga. Agaknya Amir memang ada segala superpower yang ada dekat dunia ini. Yang dia sedih tentang andaian ke laut dia tu (he already has someone else) pun Amir tahu.

"Nak Milo ais? Untuk sejukkan hati tu." Amir menyakat bila lif sudah sampai ke tingkat yang dituju.

"Tak payah. Tak suka Milo ais. Saya suka puding roti." Random jawapan Dahlia. Hilang kecewanya yang bertimbun-timbun tadi.

"Saya, awak tak suka?"

Gotcha! Dahlia berdeham dan Amir tersenyum. I got you, sweetie!

"Balik, mandi terus tidur. See you tomorrow." Amir sempat berpesan sebaik sampai di depan pintu unit Dahlia.

"I don't think I can go straight to sleep. Haih…harap-harap Uncle Tobias okey aje dekat sana." Again…Uncle Tobias. Allah knows the best for you, uncle.

"Kalau tak dapat tidur, kira I love you 3000 times instead of kira kambing biri-biri."

"Meaning?"

"You know what I mean. Ingat tau, I love you. 3000. Times."

Shushhhh… jangan ingat lagi hal malam tu. Dahlia mengunci grill sebelum melambaikan tangan.

"Bye. And thanks again for this pudding.”

Dan senyuman Amir semakin melebar…



BAWANG putih. Spaghetti. Tomato paste. Minced meat. Cheese.
Dapat diagak dapur berasap Amir minggu akan datang mesti bertemakan masakan Barat. Dahlia berandaian sendiri.  Mintak-mintak janganlah datang ketuk pintu rumah dia cari lengkuas pulak lepas ni.

"Amir, you think Uncle Tobias will be discharged sebelum Damien pulang tak?" Dahlia bertanya ketika mereka berdua bergerak ke bahagian produk basah.

"Tak berani cakap, sweetie. And don’t  stop praying for him. Serahkan semuanya pada Dia, okey."

Dahlia mengangguk. Damien akan pulang minggu depan. Tiub pernafasan Uncle Tobias pula baru dicabut pagi tadi. Inotropes pun dah off, bermakna tekanan darah Uncle Tobias sudah stabil dan dah tak rendah hingga ke tahap memerlukan bantuan ubat seperti sebelum ini. Pendek kata, keadaan Uncle Tobias semakin pulih. Tapi itulah. Bila Damien sampai pun bukan boleh terus balik jumpa Uncle Tobias. Kena kuarantin dan jalani saringan kesihatan untuk tempoh 14 hari dulu. Kalau semuanya clear, baru boleh balik ke rumah. Harap-harap tak ada apa-apalah. Risau juga memikirkan sebab Damien kembali dari negara yang jumlah kes positifnya dalam senarai 3 teratas di dunia.
Apa-apapun, Uncle Tobias masih ada dia dan Amir. Selagi mereka boleh tolong, mereka tolong.

"Anything else you want?"

Dahlia menjongket bahu.

"That's all so far. Tak tahulah kalau ada yang awak rasa-rasa nak minta dari Speedmart lepas ni."

Amir gelak. Level Speedmart sangat unit Dahlia tu.

"Susah kalau Speedmart lain unit. Kan bagus kalau duduk sama, senang cerita."

"Sorry?" Dahlia tahu dia tak salah dengar. Ingat dia anak ayam ke senang-senang nak angkut duduk serumah. Please lah!

"Tak ada apa."

"I heard what you said, Amir."

"Then I hope you get the hint. I'm talking about true love, not 'touch-and-go' kind of relationship."

Eh, eh! Kenapa tiba-tiba masuk bab ship-ship ni? Dahlia blur.

"Do you know that real love begins when you decide to make it halal?"

Dahlia tergamam. Amir tersenyum dan kenyit mata.
Tipu cakap kalau kau tak faham, Dahlia oii!





p/s: Level mengayat Amir ni dasat. 
I love you 3000 readers....
hahaha...
Day 8.
Ramadan Kareem.

Lev,
xoxo
RA@KL







3 comments:

Sweet short story: Something about you

  Cover writing by: Farah Husain DANIELLA dah tak mampu nak tahan gelak. Boleh si adik menyakat kat Instagram selepas dia memuat naik gamba...