Sunday, 19 May 2019

RAMADHAN SHORT STORY: THE FIRST LOVE


“ASSUMPTION is the mother of screw up!” Fitri menjerit dari dalam pejabat. Menikus pekerja lain kat luar dengar.

          WhatsApp group #gengpejabat riuh berkicau.

-       Encik Fitri gaduh lagi dengan Cik Zafirah ke?
-       Puasa jangan masuk campur hal orang. Jaga telinga dan tangan menaip.
-       Tunggu lepas berbuka aku story.
-       Dosa mengumpat kau dapat diskaun lepas berbuka ke?

          Terus krik …krik… dan nampaklah wargakerja Intexure Design sangat bersopan di bulan Ramadhan. Sebentar kemudian, batang tubuh orang yang dibicarakan muncul di hadapan mereka.

          “I janji nak belanja berbuka di luar kan? Jadi ya hari ni. See you guys there.” Fitri melemparkan senyum yang jarang – jarang sebenarnya mereka dapat tengok. Ini kira kes terpencil dan nampak sangat Encik Fitri sekadar nak menggembirakan hati sendiri.

          Tepat pukul 7 petang, Liyana, Imran, Sofi, Hijaz, Ainun dah terkebil – kebil apabila Cik Zafirah menghampiri meja mereka.
          “Fitri belum sampai? Semalam dia ajak I berbuka sekali.”
          Walau pun Cik Zafirah ni bertudung manis tapi terserlah juga gediknya. Astagfirullahalazim. Sofi beristigfar. Hubungan Encik Fitri dan Cik Zafirah memang macam gelombang tsunami. Tak boleh nak dijangka. Kena pula bos mereka tu bukan jenis penyabar pun. Harap muka handsome tapi ‘hot temper’ nya mengalahkan orang datang bulan.
          “Oh, ya ke? Kejap lagi datanglah tu. Kalau dia tak datang, siapa nak bayar ni? Bukan murah buffet Ramadhan kat sini.” Hijaz menyampuk.
          “Kalau dia ajak Cik Zafirah, tadi tu dia mengamuk dengan client mana ya? Ingat dengan Cik Zafirah. Maaflah kami buat spekulasi.” Imran memohon maaf. Gentleman per se.
          Muka Zafirah merah dan nampak tiba – tiba macam nak menangis.
          “Kami memang bergaduh teruk. Dia cakap dia nak break. Dia nak tinggalkan I. Dia tak main – main. You guys, help me please.”
          “Alamak, nak ambil jus kurma.” Ainun bangun.
          “Wagyu slice tadi nampak sedaplah.” Liyana angkat punggung.
          “I tak masuk campur urusan peribadi orang. Don’t bother telIing me.” Sofi tayang muka stone. Dalam hati dia hanya memanjatkan doa. Nak berbuka ni waktu mustajab untuk memohon kepadaNya. Tak kuasa dia nak dengar drama air mata Cik Zafirah. Tak berapa berkenan sebab selalu buat Intexure Design macam ofis sendiri. Tak manis pada pandangan matanya patah lagi Encik Fitri tu jenis sibuk tapi lelaki mana yang tak melayan kalau kekasih datang mencari.
         

          FITRI memandang jam di tangan. Lama dia berada dalam kereta. Valet parking penuh, parking bertingkat pun penuh. Dia malas nak double park kat valet sebab utamanya dia nak tenangkan fikiran sebelum berkumpul dengan pekerjanya. Tepatkah keputusannya untuk berpisah dengan Zafirah? Syaitan tak ada bulan puasa ni. Apa yang merasuknya sampai mahukan perpisahan? Rasanya setahun mengenali Zafirah banyak juga kenangan manis yang tercipta. Dia boleh menerima Zafirah seperti yang Papa mahukan, seperti yang Mama mahukan. Lelaki, bagi perempuan cantik mesti terus lupa bekas kekasih. Bekas kekasih? Wajah putih bersih dengan raut garang bertamu di ingatan. Bekas kekasih mudah sangat nak lupa, cinta pertama? Mudahkah? Fitri meraup wajah dengan kedua – dua tapak tangan. Sambil membuka pintu kereta dia cuba berzikir untuk meredakan resah di jiwa.
          Keretanya di parkir di tepi jalan bertentangan dengan Doubletree Hilton. Apa makna cintanya dengan Zafirah selama ini? Dia tega memutuskan hubungan cintanya dengan Amal semata – mata memenuhi permintaan keluarga. Cinta tanpa restu tak ke mana tapi setahun mencuba buat dia rasa lelah akhirnya. Dia mampu pada awalnya. Suka – suka. Gelak – gelak tapi setahun berlalu mestilah nak diakhiri dengan komitmen. Mana boleh nak suka – suka lagi dan ini buat dadanya sakit.  Apa definisi cintanya dengan Zafirah?
                   
It’s the idealistic love - the one that seems like the fairytales we read as children. Ini definisi tepat bagi Fitri. Pilihan keluarga yang ideal dan dia pun tak ralat sangat. Zafirah tu okay – okay aje orangnya. Mereka sepadan dalam semua segi. Kalau berganding memang macam fairytales.
It’s a love that looks right – Cinta yang kelihatan sangat sempurna. Itu dia dan Zafirah.

Urgh! Fitri melangkah masuk ke lobi dan bertanyakan lokasi meja yang ditempah atas nama Intexure Design. Sempat dikerlingnya hiasan dalaman lobi hotel. Biasa – biasa sahaja pada matanya. Laju kaki melangkah kerana waktu berbuka makin hampir. Sempat dia berhenti di mesin kopi. Tak sempat nak pilih juadah. Baik duduk dulu tapi kaki macam kena gam apabila melihat Zafirah berada di tengah – tengah rakan sepejabat.
Shit!
Fitri pusing belakang.
“Ada meja kosong lagi tak?”
“Encik dah buat booking kan?”
“Yes…No…I mean….” Fitri ketap bibir. Matanya melingas ke sekitar tempat makan. Buffet Ramadhan di sini taklah kecoh sangat macam kat sesetengah hotel lain. Mungkin sebab harga pun agak mahal sedikit. Fitri mengecilkan mata.
“It’s okay.”


          AMAL membaca doa makan dan doa berbuka puasa. Entah kenapa hari ni dia melarikan diri keseorangan di sini. Hari ni mood dia agak ke laut. Berita Abang Hakim nak masuk meminang buat dia rasa nak melarikan jauh dari semua orang. Dia tak nak balik berbuka di rumah yang dikongsi bersama kakaknya Alina. Nanti teruk kena brainwash agar menerima. Sampaikan sahur pun dia hanya minum segelas air kosong.
          “Cik sorang kan?”
          Amal angguk tanpa memandang suara di belakang. Apa, ingat loser sangat datang berbuka kat luar sorang – sorang? Dia mampu bayar dan dia mampu duduk makan sorang – sorang tak berteman. Orang cakap, if you can eat alone, you can survive anything in this world.

          “I nak tumpang duduk sini. I am sorry. I lapar sangat nak berbuka so please…..”
          Amal angkat muka. Saat ini kalau orang toreh pipinya yang putih bersih, rasanya setitis darah pun tak keluar. Getaran di dada sangkanya akan menggila tapi yang dia rasa hanya cebisan desiran halus seumpama berbisik, it’s all in the past Amal.
          “You definitely bukan stalk I, jadi kenapa you ada kat sini?”
          “Kebetulan. Sounds cliché as it may dan, you masih makan sorang – sorang macam dulu?” Fitri menghabiskan sisa kopi di dalam cawan.
          Amal menghulurkan sepiring buah yang diambil. Kopi yang dicarinya untuk berbuka? Tak pernah berubah.
          “Sounds that we should just make hay while the sun shines.” Amal senyum.
          Fitri terdiam. Melihat senyuman Amal, sikap positifnya yang tak pernah berubah buat semua yang berat terpikul di bahu terbang tinggi.
I wish Zafirah is just like you. Always with smile and God knows if she’s actually in the dire straits. My strong Amal.
          “Kita makan, borak dan back to reality. Deal?”
          “Deal. As luck would have it.” Fitri menjawab perlahan. Tekak terasa berpasir. Rasa tertampar dengan sikap Amal yang sangat tenang.
          Tiba – tiba Amal memberi isyarat tangan dengan senyuman mengejek.
          “No…no…”
          “Oh, yes.” Amal ketawa. Reaksi Fitri tak nak jumpa gadis yang sedang berjalan ke arah mereka buat dia gelihati.
          “I tunggu you kat sana dan you berbuka kat sini dengan...and you…who are you?” Zafirah cuba mengawal suara. Meja buffet ni memang rapat – rapat dan dia pun tak nak malukan diri sendiri.
          “You settle kan dengan Fitri. I nak pergi solat. Emm... I’m Amal. Nice to meet you.” Amal bangun dan senyum.
          Kedua – dua belah tangan yang sedang mendarat di peha dikepal. Reaksi Amal. Reaksi Zafirah. Buat kepalanya berserabut.
          “Amal wait.” Fitri bangun.
          “Zafirah, Amal is my girlfriend.”
          Zafirah ternganga.
          Amal tak jadi melangkah. Kakinya terpasak di lantai.
          Fitri, a slip of tongue perhaps? You miss the word ex.
          Ex – girlfriend.
         


          AMAL membuka mata. Dia nampak bed curtain yang mengelilingi katilnya dan tangan yang bercucuk branula. Kepala rasa sakit apabila dia cuba mengingati apa yang telah berlaku. Amal menarik perlahan jarum yang tercucuk di tangan.
“Ouch..!”
Dia okay. Dia tak perlu terlantar di A&E. Ini mesti sebab dia tak cukup rehat dan berpuasa. IV drip yang dia nampak dah nak habis dah cukup.
          “Fitri…Fitri…let’s go home.” Amal mengejut Fitri yang tertidur kepenatan di kerusi sebelah.
          “Hey..you okay? You passed out kat surau hotel tadi.”
          Amal angguk sambil membetulkan tudungnya yang dah makin berserabut.
          “I nak balik. Panggil jururawat minta discharge please. Kakak I risau nanti.”
          Fitri angguk. Lagak Amal kadang – kadang tak terjangka. Patutnya tanyalah sakit apa, minta jumpa doktor ke? Dia sendiri pun penat jadi malas nak bertekak. Doktor yang memeriksa Amal tak banyak bunyi bila minta discharge. Memang dah stabil dan tak perlu warded pun. Lagi pun dia kenal sangat Alina dan telinganya dah bernanah kena bebel sebentar tadi apabila memaklumkan dia bersama Amal dan semuanya selamat.
          “You masih tinggal di tempat yang sama?”
          Amal angguk.
          “Jaga makan. Jaga diri. You promised….”
          “No…please…” Amal pandang ke sebelah. Dia tak nak diingatkan kisah lama.
          Mereka berdiam diri sehinggalah sampai di hadapan rumah Alina. Fitri membukakan pintu kereta dan mengiringi sehingga ke pagar. Alina nampak terkocoh – kocoh nak membuka pagar. Sedikit pun tak ditegurnya Fitri.
          Amal berpaling, “Thanks.”
          Fitri senyum segaris, berlalu dan kereta menderum laju.



          PEN berputar di atas kertas A4 kosong sedari tadi. Sejak pertemuannya dengan Amal, hati rasa tak tenteram. Setahun berlalu dengan aman walau pun pada awalnya amat payah dia hendak melupakan Amal. Telefon bimbit dicapai. Nombor Amal dicari tapi dia teragak – agak. Untuk apa? Telefon bimbit diletakkan kembali di atas meja.
          “Mama, Fitri balik berbuka kat rumah ya.” Akhirnya telefon yang diangkat letak tadi berakhir dengan panggilan untuk seorang ibu.
          Di hadapan rezeki pun Fitri sempat termenung dah macam anak dara.
          “Encik, tadi yang duduk semeja dengan Encik pengsan kat surau.”
          Fitri yang sedang menghisap rokok di luar lobi hotel terkejut apabila dicari oleh pekerja hotel. Terus puntung rokok dicampak dan dia berlari ke Tingkat 11 mencari Surau. Beberapa pekerja hotel perempuan telah memberi bantuan awal kepada Amal dan dia tergesa – gesa membawa Amal ke hospital. Masa nilah rasa macam nak maki diri sendiri sebab parking kereta jauh.
          10 minit pertama bersama Amal cukup membuat dia bahagia. Senyuman Amal, kata – katanya yang positif dan auranya yang sering membuat dirinya sangat rasa disayangi dan dihargai. Kata – kata Alina semasa memapah Amal masuk juga sempat singgah di telinga.
          “Kau tunggu Fitri lagi rupanya? Itu yang beria tolak pinangan Abang Hakim? Apa masalah kau ni? Orang dah tak nak. Orang dah tinggalkan kita. Jangan terhegeh – hegeh lagi.”
          Siapa Hakim? Kenapa Amal tolak pinangan Hakim?
          “Fitri…fitri..”
          “Mama….Fitri jumpa Amal. I miss him MaI feel so guilty.” Fitri tunduk. Perbualan terhenti apabila Papa menghampiri.
          Selepas solat Maghrib, Fitri melangkah keluar bilik. Hajat hati nak sambung makan sikit – sikit sebelum pergi Terawih.
          “Jadi awak nak cakap yang Fitri dah tinggalkan Zafirah sebab masih tergilakan Amal?” Suara Papa tenang bertanya.
          “Apa yang susah sangat nak terima Zafirah tu pun tak tahulah saya. Dah setahun ke hulu – ke hilir, bulan mulia macam ni nak berpisah.”
          “Mungkin bukan sebab Amal, mungkin dia dah tak serasi dengan Zafirah. Sekurang – kurangnya dia mencuba untuk awak.” Papa membidas.
          “Saya salah?”
          Fitri menggelengkan kepala. Sedikit pun dia tak salahkan Mama. Kalau tak, takkan dengan Mama juga diluahkan perasaannya yang masih utuh untuk Amal walaupun ditepis berkali – kali. Mungkin juga ini mainan perasaannya semata – mata. Meet her once again, rasa apa yang ada dalam hati. Saat itu kau pasti lebih tahu apa yang kau mahu. Tekad Fitri.


          AMAL menghampiri kereta yang diparking di Basement 1 pejabat. Dari jauh dia nampak susuk tubuh yang sedang bersilang kaki dan bersandar di hadapan bonet keretanya. Rasa macam nak buat pusingan U – Turn pula saat ini.
          “Hai.”
          “Hai. Dah sihat?”
          Amal angguk.
          “Boleh tak kita berbuka sama – sama hari ni? Amal ada plan lain tak?”
          “You should have call first.”
          “Tak nak kena reject. Ingat tak when you said we should make hay while the sun shines but we didn’t get to make it.”
          “Of course. Girlfriend you datang. I pitam. Drama.” Amal senyum kelat.
          “Ex – girlfriend. Correction.”
          “Ouh…so now. Two ex – girlfriend.” Amal gelak paksa sambil jari telunjuk ditunjuk ke muka sendiri.
          “I mintak my friend drop I kat sini. Kunci? I’ll drive.” Fitri memberi arahan. Veto bunyinya tapi Amal buat tak dengar dan melangkah ke tempat pemandu. Dulu lain, sekarang lain.
          “I’ll drive.” Amal malas nak bising – bising. Lagi banyak bercakap, lagi kurus pahala puasanya. Macam – macam keluar nanti.
          “Western?” Fitri macam tak berapa setuju apabila Amal membawa mereka berbuka di restoran makanan barat.
          “I penatlah nak makan buffet. Kena bangun pilih – pilih. Please…” Amal membuat pilihan. Nak sangat ikutkan.
          Amal membelek telefon bimbit. Fitri pun sama. Kedua – duanya umpama termati kata sementara menanti waktu berbuka. Selepas berbuka, solat Maghrib dan mereka bertemu kembali di hadapan kedai minuman Boost Juice.
          “Passion mango for you.” Fitri menghulurkan minuman kegemaran Amal. Dia sendiri menyisip straw minuman kegemarannya iaitu Watermelon Lychee Crush.
          “Lajunya jalan.” Amal mengomel.
          “Tadi kata nak kejar Terawih. Masjid paling dekat seberang Mall ni.”
          “We still have time.” Amal menyamakan langkah. Apa sebenarnya yang Fitri mahukan? Apa yang telah berlaku kepadanya dan gadis tempoh hari? Setelah mereka berpisah, masing – masing membawa haluan sendiri. Walau pun hatinya terluka teruk tapi dia move on dengan redha. Kalau dah tak ada jodoh nak buat macam mana. Cinta tanpa restu pun tak ke mana.
          “Baju raya dah beli?”
          Fitri angguk.
          “Aik, kalah perempuan. I pun belum beli tau.” Amal ketawa.
          Dah boleh dia agak. Biasa dia yang tukang heret Amal. Amal bukan spesis beria sangat bab penampilan tapi harapkan fizikalnya yang menawan buat Amal pakai apa pun tetap menarik.
          “Okay, beli baju kurung warna biru.”
          Amal tukar topik.
          “Sibuk kerja sekarang?”
          “Tak sangat. Bulan puasa client pun malas nak buat meeting dan demand macam - macam. Boleh focus office work.”
          “Fitri, what’s going on? Kalau ikut plan, sekarang you dah jadi suami orang. We sacrificed our relationship so both of us will lead on the blessing path.”
          “I don’t know Amal. I just don’t know. Maybe we should have not met. For a year I’m trying very hard but I just can’t.”
          “You masih tunggu I ke Amal? Siapa Hakim?”
          “Nobody.” Amal dah menoktahkan keputusannya. Dia bukan orang yang mudah berbolak – balik perasaannya. Dia tak pernah berharap Fitri kembali dalam hidupnya tapi dia tak pernah menerima sesiapa pun selepas Fitri.
          “I tried to make it work, I mean me and Zafirah but trying to make it work becomes more important than whether it actually should. It’s the love that they wished was right but never right to begin with.” Fitri merujuk kepada Mama dan Papa sebagai ‘mereka’.
          “High levels of drama I guess. Tunggulah endingnya macam mana.” Amal melawak.
          “You memang pandai mengambil hati. I never had to try hard when I’m with you.” Fitri senyum.

         
          THIS second love, I’m willing to try it again. The second is supposed to be our hard love, the one that teaches us lessons about who we are and how we often want or need to be loved. This is the kind of love that hurts, whether through lies, pain or manipulation. Sometimes it’s unhealthy, unbalanced or narcissistic even but I’m willing to dice with death. Amal, this is an ugly wish to write on Hari Raya card but I am Fitri Dzafri. I made mistakes. Like a lot. Selamat Hari raya.



          KAD digital yang diterima setahun yang lalu dimainkan di iPad. Amal membaca berulang kali. Tepatkah keputusannya setahun yang lalu?
          “Kat dunia ni tak ada such judgement day. Kat ‘sana’ ya. Tak salah pun  nak terima Fitri balik.” Tu kata Ayah.
          “You cannot reverse everything. Just enjoy the result or receive punishment what you deserve. Cinta sama analogi dengan amalan kita.” Tu kata Mak yang akan sentiasa menyokong pilihan anak.
          Kata – kata Ayah dan Mak sangat dalam maknanya. Sampai bila pun dia akan ingat. Kat dunia memang tak ada siapa layak menghukum pilihan sesama manusia. Hanya Dia yang layak di hari akhir nanti. Apa yang dah jadi bukan boleh patah balik. Kalau mereka pernah berpisah, memang selamanya akan tertulis begitu tapi tak salah untuk kembali bersama. Dengan restu.
          “Amal….”
          Tangan dijatuhkan ke bahu isteri.
          “Penat?”
          Amal angguk.
          “Rugi tak pergi terawih tadi. Ustaz bagi tazkirah best.”
          “Share please…..”
          “Contoh macam yang berlaku pagi tadi. Kenapa seorang isteri boleh tinggikan suara kat suami. Bulan puasa padahal syaitan dah tak da. Ustaz cakap syaitan dan bagi isteri – isteri ni atau semua manusia latihan intensif 11 bulan. Dah biasa buat benda tak betul dan buat dosa. Sebulan syaitan kena ikat dah tak da makna. Latihan intensif 11 tu dah berjaya.”
          “Sayang…apa ni contoh macam tu. Saja tau.” Amal mencubit lengan suami.
          “Nak gaduh lagi?”
          “Dah cakap kan raya tahun ni kat rumah Mama. Kenapa nak tukar rumah Mak? I’m okay. Takutlah Mama marah.”
          “Apa yang nak ditakutkan.”
          “I’m not the one that she….”
          “Shhh…” Fitri menutup bibir isteri dengan jari.
          “Tak nak dengar. Mama okay. Papa okay. Lagi pun kakak dan abang semua raya rumah mertua dorang dulu tahun ni. Jadi kita pun ikut. Raya ketiga baru berkumpul. Jadi setiap tahun bergilir mcam ni. Tak payah nak gaduh.”
          Amal merebahkan kepala ke bahu Fitri. Suaminya anak bongsu. Teringat saat perpisahan mereka. Dia tahu Fitri anak yang baik. Cuba mengikut kemahuan keluarga tapi kedegilan Fitri akhirnya membuat keluarganya akur juga. Untung jadi anak bongsu ni.
          “Dah baca Quran?” Amal tukar topik.
          “Dah. Sekarang nak tidur.” Fitri senyum sambil angkat kening.
          “Setakat baja 3 Qul atk aci. Itu khatam Quran budak kecik. Rugi tau ni dah hari 10 pertengahan puasa. Hari – hari pengampunan. Banyakkan sikit ibadat. I lain, cuti.” Amal gelak jahat sebab dah tahu sangat taktik suami. 10 hari pertama puasa kan hari – hari yang memberi rahmat. 10 hari pertengahan pula hari – hari yang memberi pengampunan. Paling penting amal ibadat di hari 10 terakhir. Hari – hari pembebasan daripada api neraka. Rugikan kalau tak tingkatkan ibadat. Kena bagi semangat kat Encik Suami, kalau tak balik terawih asyik nak berkepit.
          “Okay….you go rest first.” Fitri menarik isteri ke bilik. Amal disuruh duduk di atas katil dan dia sendiri menuju ke bilik air untuk mengambil wuduk.
          Sejam kemudian barulah dia menyertai si isteri yang ralit membaca.
          “The One?”
          “Buku motivasi. Tadi teringat kali pertama kita bertemu selepas berpisah. Teringatkan Zafirah buat Amal rasa bersalah.”
          “Don’t.” Fitri nampak marah. Buku di tangan isteri ditarik dan dibaca.

          The one we never see coming. The one that actually lasts. The one that shows us why it never worked out before. And it’s that possibility that makes trying again always worthwhile, because the truth is you never know when you’ll stumble into love.

         
“Amal, kenapa you asyik rasa bersalah?” Buku diletakkan di meja sebelah. Kepala isteri direbahkan di atas lengan. Dia suka isteri tidur berlapikkan lengannya.

          “I’m not.”
          “You are. You just said it loud.”
          “Sebenarnya, I’m not sure. I know I am your first love. And also the second love. What makes me?”
          “Too much thinking. Soalan tak relevan. You isteri I. I love you and only you. That’s it my love. Go to sleep.”
          Fitri menutup lampu utama dan wajah isteri yang dipaksa tutup matanya dipandang penuh kasih.
          Amal memeluk pinggang suami erat. Mata masih terpejam erat tapi bibir tetap nak menutur kata.
          “Betullah kata ustaz tu, intensif betul latihan syaitan bagi 11 bulan yang lalu. Asyik nak bolak – balikkan perasaan seorang Amal terhadap Fitri Dzarif.”
          “Good that you know.”
          Amal dan Fitri ketawa serentak.




          Amal – Fitri
          The first love
          The second love
          The one


Dear readers,


Cerita pendek sebab birthday girl request...hahaha....ingat nak panjangkan sikit bagi lebih berisi tapi cukuplah. Buat bacaan cuti Hari Wesak esok kan.


Selamat membaca.
Selamat berpuasa.
Selamat hari raya.


Yang paling penting Selamat Hari Jadi to Fan Karyalepak a.k.a Kak Jazmeen dan Happy anniversary Blog Karya Lepak.
Siapa pelepak paling tegar? Siapa pelepak baru? Say hi please.....


Love.....
Rin Ahmad @ KL






         
          

Sweet short story: Something about you

  Cover writing by: Farah Husain DANIELLA dah tak mampu nak tahan gelak. Boleh si adik menyakat kat Instagram selepas dia memuat naik gamba...