“Keluar
jalan jom.” Hilda mula menyucuk.
“Wil
tidur. Lagi pun aku punya azam tahun ni ‘buy nothing’.”
“Ooo…kay.”
Jawab Hilda panjang penuh sarkastik.
“Oh,
by the way, nothing tu maksud dia ‘anything’ kan? Ah…Kau tengok apa? Macam syok
je.” Hilda dengan selamba merampas telefon orang. Pandai rekacipta azam tahap
mission impossible konon kan.
“Kau
ni dah terjah batas privasi. Bak sini.” Nik dah mula buat aksi stunt. Kalau
boleh, skirt labuh dia nak tarik sampai ke peha nak mengejar Hilda yang dah
berlari menyorok dengan telefonnya sekali. Susah juga ada BFF ‘weng’ ni.
Hilda
menutup pintu dan berkurung dalam bilik.
Nik
memekup kedua – dua belah telinga. Standby sebab dah boleh agak lantunan suara
Hilda bakal menggegarkan rumah. 1, 2, 3…….
“Nik…..are
you crazy?”
Kan
dah cakap….
Krekkk….pintu
dibuka. Nik cepat – cepat mengambil kembali telefon di tangan Hilda.
“Puas
ceroboh privasi orang?”
“Alah..kau
tadi reply apa kat Kimi, ‘Sorry, not feeling well. Lain kalilah kita set up Nik
– Mark tu.’. Kau siap pretend jadi aku tanpa rasa berdosa kot.”
“Dah
kau buat kerja gila.”
“Kau
dah dua hari duk tadah website cari jodoh. Aku risau tau tak.”
“Tu
tak sengajalah. Dah berapa malam Wildan asyik duk cakap nak Daddy….Daddy as
birthday present. Aku google lah. Kot ada kat mudah ke, carousel ke…” Nik buat
muka tak berdosa untuk sekian kalinya.
Sebelum
Hilda baling apa – apa je yang ada kat tangan dia, cepat – cepat Nik sambung, “…tu
yang aku tergoogle ‘tempat cari jodoh di Malaysia’. Tak sangka bersepah website
keluar. Aku ingat kat oversea je ada dating site.”
“It
is about time Nik.” Suara Hilda bertukar serius kalah suara Mak kat kampung
dah.
“Of
all time…” Rendah suara Nik. Bersambung dalam hati, why now?
“WILDAN….”
Suara Nik dah tak boleh control ayu dah. Hilang aura ibu mithali layak menang
award. Yang tinggal hanya sisa kesabaran yang menipis berganti dengan kemarahan
yang tak mampu ditepis.
“Panas
Wil cuaca sekarang. Kita main petang nanti. Kalau Wil demam Mommy yang susah
tau. Please understand baby.” Nik separa merayu. Malu dekat hero kat hujung
bangku yang dia perasan lagi banyak stalking dia dengan Wildan daripada membaca
buku yang terbuka depan mata. Nampak sangat lah bro!
5
freaking years! Kalau kau boleh survive selama ni Nik, kenapa sekarang kau
lembik macam tapai? C’mon! Dia ada hak dan dah berapa lama dia bagi muka pun.
Layankan saja kau punya degil tu. Fikirkan Wildan jugak.
Sebab
serabutlah, Nik melarikan diri kononnya jauh ke pinggir kota. Menyesal pun ada
datang. Bayar mahal. Kolam renang kecik, laut kotor, bilik harga mahal gila!
Perfect combo bak hang. Akhirnya Nik berjaya menarik Wildan naik. Cepat – cepat
badan Wildan dibersihkan dengan shower yang terletak di hujung pagar. Tak
sanggup nak biarkan badan Wildan diselimuti selut hitam. This is not a beach
vacation! Berpuluh kali jugak Nik duk chanting sorang diri. Tak sangka tempat
percutian yang sangat elit sebenarnya mempunyai kawasan pantai yang tak layak
pun untuk mandi – manda. Turun ke laut macam turun ke sawah penuh selut. Nik
hanya bersabar demi Wildan. Dah berapa lama sebenarnya dia tak bawak Wildan
bercuti. Cuti aje balik kampung. Tu je lah kerjanya. Zaman gemilang Nik tamat
sebaik sahaja jodohnya terlerai. Pathetic Nik!
“Mommy,
betulke Will boleh jumpa Daddy nanti? I want to meet my Daddy. Please Mommy….”
Nik
ketap bibir. Kedua – dua tangan didaratkan ke bahu si anak. Mata dipejam
seketika. Jangan pentingkan diri Nik. Be strong!
“Okay
baby. We will….” Nik senyum. Dalam hati menyambung…Insya Allah.
“PUAN Nik. Ada parcel untuk Puan.”
Nik
cepat – cepat menandatangani kertas pos di tangan adik posmen. Untuk kesekian
kalinya Nik merenung bunga di tangan. Saban minggu berlalu dan kiriman ini tak
pernah putus.
“Kata
nak balik awal?”
“Yup…tengah
kemas ni.” Nik menjawab sopan soalan Puan Maria. Sambil tu tangan sempat menaip
laju di skrin.
N: I
ambik Wil tempat kita jumpa hari tu.
F: You
rush tak?
N: Tak
tapi I penat. Dari tempat kerja.
F: Can
we meet at our ‘usual spot’ and have dinner together?
N:
Wife you tak masak ke?
F:
She didn’t cook just like you.
N:
I dah terer masak sekarang. (Nik menekan kembali ikon anak panah ke kiri dengan
lambang x. Delete jelah daripada mengundang sensasi. Lantak dialah bini tak
pandai masak pun. I don’t have to tell him I’ve changed a lot! Tak ada faedah
pun. Nik sempat solat Asar sebelum keluar pejabat. Laju kereta meluncur di
jalan raya meredah kesibukan.
“Mommy….”
Wildan menerpa ke arah Nik tapi sebelah tangan masih menggenggam erat tangan si
Daddy. Elok tangan Wildan menggapai tangan Nik, mereka umpama sebuah keluarga
bahagia. Daddy, Wildan, Mommy.
Nik
tunduk mencium ubun – ubun si anak.
“I
miss you Wil.”
“I
miss you too Eva.” Bisik Faiz perlahan.
Nik
menghadiahkan jelingan tajam dan cepat – cepat berdiri. Menyesal pula bersetuju
jumpa kat tempat purba ni. Muncul semua memori indah.
“Tempat
dating kita warung celah KL ni ke? Jatuh standard betul.” Nik melawak. Cuba
menghilangkan gugup apabila disapa bekas suami begitu.
“You
yang suka tempat ni. Mommy pernah bawak Wil makan sini?”
Wildan
geleng.
Teringat
apabila ditanya beberapa soalan kepada si anak dan semuanya dibalas dengan
gelengan.
Mommy
pernah masak ni? – Merujuk kepada sardin goreng yang selama setahun mereka
kahwin itu sajalah masakan Nik yang paling hebat.
Mommy
selalu ajak Wil jogging? – Merujuk kepada jenis sukan yang paling Nik suka
sebab Nik tak suka buat sukan setempat macam duk terperap dalam gym atau layan
threadmill kat rumah.
Mommy
suka minum ni tak? – Merujuk kepada air sirap bandung laici kegemaran dia dan
Nik pandai minum sejak kenal dia.
Benar
– benar patah hatikah Nik dengan perpisahan ini?
“You
balik for good ke?” Nik ubah topik.
“Yes
and ini bermaksud you dah kena bersedia share Wil dengan I.”
“Kontrak?
Permanent?”
“Permanent.
Cargo I dari Jepun semua dah sampai.”
Nik
tak bagi apa – apa jawapan. Dia buat – buat fokus kat brader tengah nak ambik
order ni.
“Sirap
bandung laici 2. Wil share dengan Daddy okay.”
Wildan
angguk sambil nampak benar menahan kantuk. Seronok sangat jumpa Daddy dengan
main dengan adik tiri ke? Soalan Nik sangat berbaur cemburu.
Dengar
pesanan bekas suami tu dah boleh mengundang amarah. Marah sebab ingatkan dia
tentang kisah silam. Sebab malas nak bergaduh setelah bertahun – tahun hidup
aman damai maka Nik buat tak kisah.
“Makan
I order macam biasa ya?” Kali ni Faiz tak nak memandai. Takut kena back hand
dengan bekas isteri sebab pipit u dah nampak berona merah. Sah bukan malu lah
sebab Nik memang bukan spesis malu – malu kucing. Marah la tu.
“I
order sendiri.”
Faiz
mengalah. iPad dihulurkan kepada Wildan buat ubat diam. Jangan kacau Mommy - Daddy berbicara.
“Nik,
you banyak berubah. Kalau semua sebab I, tak tahulah I am sorry ni still valid
ke tak but yes. I am really sorry. Kalau you tak berdegil, we will still be
happy.”
Nik
senyum sinis. Lelaki! Senanglah cakap. Terada anak luar nikah. Terkahwin. Lepas
tu expect dia jadi bini tua? Memang tak lah.
“Kalau
I tak berubah, Wil belum tentu membesar elok macam you tengok. Your I am sorry
tak kan pernah valid. It just… life goes on. I move on. So did you.” Nik buang
pandang. Wajah Faiz yang masih maintain kacak macam dulu tak boleh nak pandang
lama – lama. Boleh cair. Mereka berpisah sebab pendirian Nik. Bukan tak ada cinta
antara mereka tapi kesilapan Faiz tak mampu Nik terima. Cintanya tak kan pernah
mati dan kisah silam Faiz juga tak kan pernah padam. Dia terpaksa pilih antara
pilihan yang menyakitkan. Dan Nik sangat kecewa kerana dia gagal jatuh cinta
lagi. Oh Ya Allah, bukakanlah pintu hatiku untuk menerima kasih sayang dan
cinta yang ikhlas jika benar masih wujud. Namun jodohku nanti, ada atau tiada,
aku redha.
“Umi
cakap you selalu juga tinggalkan Wildan tidur rumah.”
“Nenek
dia kan. Tak kan I nak pisahkan pula.” Nik jawab acuh tak acuh. Dia belum lagi
berfikiran terbuka sepenuhnya. Bekas mak mertua memang mak lah juga tapi Nik
tetap segan dah sekadar menghormati hubungan itu. Tak dalah dia nak main redah
tidur macam zaman bergelar menantu lagi pun terlalu banyak kenangan di rumah
besar itu, sebesar cintanya yang tak pernah padam.
Wildan
dah mula merengek. Penat nak tidurlah tu.
“Jom,
balik.” Nik pun rimas.
Faiz
terus mendukung Wildan. Nak jalan pun nampak sangat dah tak larat.
F: I
balik lambat. Futsal seround. Jangan tunggu.
A:
Ain pun dah tidur. You dah hantar Wil?
F:
Dah. Take care.
A:
Yeah…love you
Pesanan ringkas
dihantar buat isteri di rumah. Faiz merenung luar pagar rumah Nik. Kalau tak
jumpa tak apa. Rindu sekadar rindu. Kalau dah jumpa terus perasaan untuk
memiliki Nik menebal seperti dulu. Kenapa diduga begini?
“Sumpah bukan I tak
sengaja. It was a mistake. I was drunk.” Faiz dah mati kutu nak menuntut
kepercayaan Nik. Stupid prank! Stupid friends! Tak payah ada kawan pun tak
pelah daripada ada kawan satu level dengan setan. Itu perasaan sebenar Faiz
saat itu. Salahkan kawan pun dah tak guna.
“Aishah, your version?”
Nik dah bengang tahap tak boleh nak dikawal. Mujurlah Wildan di bilik atas
sedang tidur nyenyak.
“Aku tak tahu. I was
drunk too.”
“Protection?”
Faiz rasa soalan Nik
melampau gila tapi disabarkan sahaja sebab sekarang dia berada di kandang
pesalah.
“Get out Aishah, I don’t
want to see your face ever again.” Telunjuk kanan Nik tegak ke muka Aishah.
Faiz lega. Sangkanya
ada peluang untuknya dengan Nik. Wildan yang masih bayi akan menjadi senjata
utama benteng pertahanan rumah tangga mereka tapi sangkaannya meleset.
“Eva…please…I tak
pernah curang dengan you. Ya semua dah berlaku tapi I tak cintakan dia dan I
tak sedar pun. No feeling at all.”
Nik diam. Terlalu
banyak yang berlegar di fikiran. Dosa – pahala. Benar dosa suami bukan hisabnya
tapi? Mampukah selamanya dia lupakan? Mampukah juga dia hidup tanpa Faiz?
Aishah mungkin mengandung. Aishah bukan gadis liar pun. Apa masa depan yang ada
untuknya nanti? Masa depan Wildan? Dia?
Nik
mendiamkan diri berbulan lamanya. Hanya suara ketawa dan tangisan Wildan mendominasi
komunikasi antara mereka. Akhirnya Aishah muncul dan apa yang ditakutkan mereka
benar menjadi kenyataan lantas ruang – ruang untuk kekal bersama makin sempit
dan berliku.
“I’m
pregnant Faiz.”
DARI
gelanggang futsal Faiz melencong ke kondo yang pernah didiami bersama Nik.
Banyak masa dihabiskan di sini seminggu bersama Wildan. Hanya beberapa kali
Wildan dibawa bermain bersama Ain dan Aishah.
“Janji
besarkan Wil sebaiknya. Janji bagi Wil yang terbaik. Janji kalau you tak mampu
hidup sendiri I akan sentiasa ada. I hanya cintakan you sorang Eva. Janji I you
akan hidup bahagia.” Dan Nik hanya menunaikan permintaannya yang nombor 1.
Wildan nampak sangat tak mampu mendapat segalanya yang terbaik dalam definisi mampu
– beri Faiz tapi mungkin terbaik bagi Nik dia tak tahulah. Yang ke 3, ke 4, ke
5 nampak sangat Nik yang bernafas tapi tak hidup pun. Entah, sebab dah kenal
Nik lama dan pernah bergelar suami isteri rasanya dia dah faham sangat apa yang
Nik lalui. Satu je yang Faiz marah dah kecewa, kenapa perpisahan yang dipilih?
“EVA, we need to sit
and discuss this.”
“What?” Nik dah tayang
muka kerek. Kalau dia buat drama tak nak ikut giliran jaga Wildan macam mana?
Cukup dengan jumpa tiap kali raya macam tahun – tahun yang dulu?
“Us.”
“Tak ada dah istilah
tu. Yang ada you and Wil. I dah outsider ya.”
“I rasa you kena
pertimbangkan balik cadangan awal kita dulu. You pun tahu I tak pernah nak
lepaskan you. Aishah tak pernah demand nak jadi yang pertama. Dia tahu I hak
you.”
“Stop talking rubbish.
You ni kenapa? Macam kita tak pernah jumpa sebelum ni. Dah bertahun berlalu
sekarang you nak ungkit semuanya?”
“Dulu I jauh. Balik
sekejap. Sekarang I ada kat sini. I boleh jaga you. I boleh jaga Wildan. Aishah
tak kisah. She will understand. Your place is forever there. Yang penting I
tahu hati you tetap pada I.”
“Hati I dah lama hancur,
mati. I pun dah tak jumpa cari, macam mana I nak bagi you? I’m happy with my
life now. Setakat ni, I bersyukur dengan apa yang I ada.”
“Eva…please… Things you repeatedly do to yourself. Keeping promises yet at
the same time mentally torturing yourself.”
Nafas Nik dah mula turun naik. Perasaan cinta ini milik dia.
Kalau tak mungkin padam sekali pun, apa hak Faiz?
“Faiz, ada benda yang kita nak tapi kita takut. I tak pernah
lupa dan tak kan mungkin lupa. I cuba. Berkali – kali I cuba untuk terima you
but I just can’t. Kalau kita kembali bersama pun things will never be the same.
I’ll never be the same cheerful Eva.” Yeah… dah lama dia sangap jadi the boring
Nik. For the sake of motherhood plus her own self - shut down.
“Tak boleh ke you berkorban untuk Wil?”
“No...I pentingkan diri dan I tahu sebagai ibu apa yang I
boleh bagi untuk Wil dan I tak pernah deny hak you dan tanggungjawab you. Hidup
Wil just complete the way it is now and in fact we can live very well without
you.”
“Nik Eva Alaia, of all the things you can be, please don’t be
stupid!”
Pang! Kesabaran Nik terbang pergi.
PIPI Nik masih basah dengan air mata. Sampai hati Faiz. Nampak
sangat ke dia masih mengharapkan Faiz sampai begitu murah dan mudah Faiz fikir
dia akan kembali. Banyak sangatkan cinta seorang lelaki? Dengan Aishah boleh je
hidup bertahun aman damai tapi masih mengungkapkan cinta kepada bekas isteri. I
love you Faiz. I love you not. Oh! Boleh jadi gila aku. Baiklah pergi jejak
dating site bagi cepat sikit dia lupakan Faiz dan membina cinta baharu.
Mustahil? Tak ada yang mustahil kalau kau berusaha Nik.
Elhaan from Rawang
Skin Specialist, MDE Clinic
36 years old
Salam, I would like to
meet you Nik Eva Alaia.
Pergh! Nama penuh dia
sebut. First time orang baru kenal sanggup sebut tiga nama dia tu. Single
mother with a package. Nik baca lagi sekali personal data dia. Kotlah dia tak
declare nanti susah lah orang tahu dia mak jan terus lari. Malu wey! Zaman
sekarang gelaran tu tetap taboo.
Kali
ni dari dating site ke betul – betul punya dating. Sorry Hilda, I need to work
this out on my own!
Elhaan: You tak ingat
I?
Nik:
Macam kenal. You senior I ke?
Elhaan:
Susahlah kalau orang asyik nampak orang lain je.
Nik:
(Gelak je lah sebab nampak sangat Elhaan dah tahu semua cerita ni)
Elhaan:
Hilda cakap you layan dating site. Sampai ke sini I stalk so apa yang buat you
terasa nak ‘layan’ jejaka nama Elhaan ni?
Nik:
Entah. I can feel your sincerity that you are not looking for a perfect heart.
(Sebenarnya apa status yang Elhaan share di personal profile dia yang buat Nik
tergam tak bergerak baca dan berfikir. Tadi punya bangga buat move sendiri
tanpa sangkut paut Hilda tapi terlibat juga rupanya minah tu)
Elhaan:
Oh, ada ke orang yang perfect kat dunia ni? (Elhaan gelak)
Nik:
Flowers?
Elhaan:
Pandai you teka. Maaf kalau you rasa mendesak but I need to make a move. Not
gonna lose you twice. Dah lama I tahu you single tapi I kena bagi masa yang
cukup dan I always trust His plan.
Elhaan
membaca Bismillahirrahmanirrahim. Dah mati kutu sebenarnya. Susah sangat nak
mendekati si gadis pujaan. Beria jadi Mark pun selamba kena reject. Itu dah
guna kuasa Hilda pun tak jalan. Betullah orang cakap. Hati manusia tu Allah
yang pegang. Kalau nak ubah dan terbalikkan perasaan pun kerja Allah. Bila
Elhaan terbaca amanat tinggalan Imam Al – Ghazali, terus dia letak kat personal
profile. Sekeping hati Nik Eva Alaia tak perlu direbut kerana mencari hati yang
sebenarnya terletak di tiga tempat ini dan bukannya pada manusia.
‘Carilah hati di tiga tempat. Pertama ketika membaca
al-Quran, kedua ketika solat dan ketiga ketika mengingati kematian.’
Itu letaknya hati yang kekal abadi dan kerana
mencari di jalanNya, niat hati yang ikhlas dipermudahkan.
TAMAT
Nota kaki: Kalau nama bekas tu, bekaslah ya. Tak
payah nak buat U-Turn but guys it depends on your own preference and cherish
your own choice and respect that. Ini sekadar cerita pendek.
Contest: Dalam ceritanya ada clue tajuk buku baru
saya (Pokok Krismas Bergerak) akan ditukar kepada new tajuk. Siapa terer boleh
teka dan kalau peneka pertama yang betul boleh dapat buku baru saya FREE.
Sedara – mara, staffs KN, publisher, printing co ke tak aci join ya. Peace…..
Love
XOXO