Friday, 1 July 2016

LOVE, LILA - CHAP 5



Vote from the blog - Version 1 wins!





MUDAH benar gadis jatuh suka dengannya dan orang itu termasuklah Alila. Itu pandangan yang Jude tafsir dari ungkapan Alila. Bukan Jude yang serba pakar lah kalau dalam jarak tak sampai satu meter dia tak boleh dengar setiap patah yang keluar dari mulut Alila tempoh hari.

X marks the spots. 
Ucapan yang orang akan cakap kalau jumpa sesuatu yang dah lama dicari. Jude senyum. Kalau terjumpa barang hilang, orang cakap ‘X marks the spots’. Kalau terjumpa lelaki idaman macam Jude, pastilah awek tu pun akan cakap ‘X marks the spots’. Mesti dah lama tercari – cari lelaki seperti dia. Jude senyum, syok sendiri pun ada. Maklumlah, reaksi seperti Alila sangat biasa bagi Jude.

Kenapalah lupa nak minta nombor telefon Alila? Dia sendiri terkejut apabila melihat kelibat Alila di perkarangan A&E dan dalam uniform pula tu. Tak sampai seminit menganalisa dari belakang, Jude pasti itu gadis yang ditemuinya di restoran Boat Noodle, Publika. Penuh keyakinan Jude menghampiri dan telahannya benar belaka. Senyumannya yang manis memang boleh buat orang sakit terus sembuh. Tengah menguap pun tampak sangat comel.

Terkenang kembali gerak – laku Alila tempoh hari. Riuh bercerita dengan kawannya. Tak lah dia dengar dengan jelas perbualan mereka tapi tampak sungguh gembira. Lagaknya seperti budak – budak remaja keluar lepak. Kalau tak dengar apa yang Alila cakap waktu dia sedang bongkok membantu June, Alila tak kan melekat sangat dalam ingatan. Ayat Alila yang spontan tu berani sungguh. Tak bajet ayu langsung.

Degupan jantung Jude terasa lebih kencang dari biasa. Dada dipegang. Jari telunjuk dan jari tengah tangan kanan diletakkan ke leher. Mencari urat nadi dan cuba mengira denyutan jantung sendiri. Normalkah? Kalau normal dan kesihatannya baik – baik sahaja, maka adakah ini perasaan cinta? Adakah hatinya telah terpaut dengan Alila? Jatuh cinta dengan jururawat? Oh, c’mon Jude! Malas nak fikir sangat, Jude menolak daun pintu balik. Tak boleh dilayan sangat perasaan yang sedang beraja ni. 

Beg bagasi berjenama LV disandar ke dinding bilik. Sempat Jude mengira masa berbaki sebelum penerbangannya ke Moscow. Rasanya sempat sangat ni. Memang sengaja dia bersiap awal. Kunci kereta dikeluarkan daripada poket seluar jean.
“Nak kami hantar tak?”
“Gosh!” Jude mengurut dada. Dahi Julia ditunjal perlahan.
“Sakitlah bang.”
“Tak payah hantar. Abang nanti telefon teksi.”
“Beg tinggal dalam, ni nak pergi mana? Selekeh pulak tu.” Julia membebel sambil mengekori langkah tegap Jude menuruni anak tangga. Suka sangat si abang dengan t – shirt hitam bertulis Stussy tulisan putih di dada. Dah nak nipis sangat kain t – shirt tu tapi tiap kali nak jalan jauh, itu antara t – shirt buruk kegemaran Jude. Ada 2-3 lagi yang tinggal nak suruh Mak Ifah humban ke tong sampah tapi tak ada siapa berani usik barang Jude.

“Adalah….hah..dah alang – alang sibuk tanya itu – ini, abang nak tanya, kat mana boleh dapat bunga ros merah paling cantik kat Malaysia?”
“Crazy much!” Julia gelak tapi dalam hati sumpah terkejut. Terus wajah June terbayang di ruang mata.

“Please….”Jude bepaling. Kedua belah tangan si adik dipegang. Pertolongan Julia sangat diharapkan.
“Aik, tak biasa bagi bunga kat awek ke?”
“This time is different. I want the best. Only the best but at the nearest florist I can get now.”
Kening Julia berkerut – kerut berfikir.
“Julia, tolong abang okay. Kedai depan tu agak ada tak? Abang cuma nak bagi dia, lepas tu terus balik nak kejar flight.”
“Dia tu siapa?”
Jude angkat bahu. Rahsia! Mana boleh bagitau selagi belum ada dalam genggaman.
“Okay, please think.” Jude menggesa Julia.
“Abang cuba cari kat kedai depan taman rumah kita ajelah. Blok paling hujung tu ada kedai bunga. Mintak saja bunga ros merah import. Kalau yang tempatan tak cantik sangat dan tak tahan lama. Kalau dia suruh abang pilih, amik kelopak yang gemuk – gemuk, bukan yang lonjong. Kelopak lonjong kalau dah kembang tak cantik.”
“Wah! Terima kasih.” Jude angkat tangan tanda tabik. Berjela ayat Julia bercerita pasal bunga. Adat perempuan dan bunga memang tak boleh dipisahkan.
Julia mengiringi Jude sehingga ke perkarangan garaj.

“La…Pak Man mana? Kereta Daddy block kereta abang ni.” Jude melilau mencari orang kuat Daddy, Luqman. Pak Cik Luqman orang penting dalam rumah. Nak cakap bodyguard bukan, pemandu semata pun bukan sebab serba boleh orangnya jadi nak bagi pangkat apa pun tak tahulah.
Julia sengih. Jenuhlah nak keluarkan kereta satu – satu. Dua buah kereta Daddy elok tersusun di belakang kereta Jude.
“Julia, pergi ambik kunci kereta Pak Man. Abang bawak Honda dia ni je lah. Cepat.” Jude menolak bahu Julia. Konsep hartamu hartaku jua boleh diguna pakai saat ini.
  

JUDE menapak ke pintu masuk A&E dengan harapan Alila ada di sana. Janganlah cakap cuti ke, baru habis shift jadi dah balik ke. Mahu tak tenteram jiwa dan raga kat Moscow nanti.
“Hi, morning. Can I see Alila?  Is she around?” Jude melemparkan senyuman manis kepada cik adik manis berbangsa Cina di kaunter utama A&E.
“A moment.” Si gadis berlenggang meninggalkan kaunter A&E untuk mencari Alila.
Jude menarik nafas lega. Pertama semestinya kerana Alila ada di tempat kerja dan keduanya sebab dia tak ditanya soalan pelik – pelik. Kalau ditanyanya nak jumpa buat apa? Siapa dia? Nak jawab apa?
Jude berjalan ke hujung A&E menghadap skrin TV besar. Ralit pula Juhaidi menganalisa servis yang ditawarkan oleh hospital ini. Apabila nama Dato’ Dr Fairus Tan terpapar di skrin, ingatan Jude melayang jauh.

Alila berdiri di belakang Jude lama. Buat apa kat sini? Kalau demam, bukan dia yang kena melangkah keluar pintu A&E tapi mamat ni yang kena masuk dalam jumpa dia, ikut prosedur.
“Encik Juhaidi.” Alila memanggil sekali lagi. Panggilan ketiga barulah Jude berpaling.
“Alila. Here you are.” Jude senyum. Jauh di lubuk hati dia pelik kenapa pakar bedah robot yang terkenal di Malaysia tersesat di hospital yang tak ada pun mesin secanggih da Vincci. Da Love apatah lagi. Jude tahu sangat hospital mana yang mempunyai da Vincci di Malaysia.

“Encik Juhaidi sakit? Nak jumpa MO (Medical Officer)?”
Jude gelengkan kepala.
“Encik Juhaidi tahukan orang datang A&E ni mesti ada sebab. Tak sakit orang tak datang sini.”
“Sebab saya mudah Alila. Saya nak jumpa awak. Saya tak sakit pun. Sikitlah…” Jude berpura – pura memegang dada.
“Heart attack?SOB?” Alila kalut, terus tangan Jude ditarik ke pintu masuk A&E tapi pantas Jude menarik tangan Alila kerusi yang paling dekat dengan mereka.
Alila bukan apa, risau juga takut SOB (short of breath) atau mudahnya sesak nafas. Sifat keprihatinan yang memang terserlah tapi kat orang yang salah nampaknya kali ni. Buat malu sahaja.
“Bukanlah Cik Misi. Heart problem jugaklah tapi bukan heart attack. I can’t stop thinking about you. That’s the problem. Ada ubat tak?”

Alila terus menjarakkan duduk. Punggung diengsot selang satu kerusi dengan Jude. Nasib baik A&E tak sesibuk biasa. Kes terakhir yang Alila hands – on hari ini ialah pesakit dengan acute chest pain. Selebihnya dia sibuk dengan kertas kerja. Berapa banyak borang nak kena isi untuk satu – satu kes dan seseorang pesakit. Lagi banyak hospital diakreditasi, makin banyak kerta kerja nak diisi. Semua pekerjaan zaman sekarang datang pakej dengan kerja pengkeranian, nak buat macam mana. Redha sajalah.

Tak sempat Alila nak jawab, DM dari bahagian Onkologi menyapa sekali gus membawa info yang tak berapa sedap nak dengar.
“Alila, tadi Dato’ Dr Ahmad Rizqin ada dengan PIC kita kat pejabat pengurusan. Pelik pula aku dia tanya kau. Eh, kau kenal anak dia Dr Amar tak? Handsome tau.”
Alila senyum. Matanya berkalih ke arah Jude sebelum menjawab soalan Sister Diana.
“Bos lama aku la.” Tak kan nak jawab bapa mertua tak jadi pula kan. Mood boleh mati dengar nama tu.
“Oh, no wonder. Okay aku gerak dulu.”
Alila hanya angguk.

“Encik Juhaidi, saya belanja awak minum.”
“Wow…tak payah pick up line pun datang rezeki saya ya. Impressive tapi pelik pula awek yang belanja. Saya lah yang belanja awak Alila.” Jude berdiri. Tangan dihulurkan ke arah Alila.
Alila buat tak nampak, terus berdiri dan terus melangkah setapak ke depan.
“Nak pergi mana?” Jude tanya.
“Subway. Belah sana.” Alila tunjuk ke hujung blok.
“Saya belanja awak minum air kat mesin ni boleh?”
“Belum gaji ke apa ni? Kan saya dah cakap saya yang belanja.”
Juhaidi gelak. Tak pernah lagi dia diperlekehkan sebegini. Nampak kaput sangat ke pemakaian aku ni?
“Bukanlah Cik Alila, saya nak cepat. Lagi pun saya datang ni nak bagi sesuatu dan nak tinggalkan kenangan kali kedua dengan mesin air tu.” Jude senyum nakal.
“Kalau setakat nak pulangkan balik plaster pink tu baik tak payah. Saya halalkan.”
Lagi sekali Jude gelak. Plaster yang dia fikir?
Alila berhenti di sebelah mesin air dan terus duduk di bangku berdekatan.
“Saya nak air milo.”
“Okay mam!” Jude tabik. Duit seringgit – seringgit dikeluarkan dari beg duit. Sebentar kemudian setin air milo dihulurkan kepada Alila.
“Minum sambil jalan boleh? Ikut saya pergi kereta. Saya betul – betul nak cepat. Maaf sangat.”

Alila teragak – agak tapi diturutkan juga. Tak manis dengan uniform duk melepak depan A&E lagak orang tak ada kerja. Baik dia pusing – pusing. Tak nak dia terserempak dengan ayah Amar nanti.
“Result medical check-up okay?” Nak tanya buat apa kena buat pemeriksaan macam penyibuk sangat pula.
“Okay. Alhamdulillah. Dah lama kerja sini?” Jude pula yang bertanya. Baru pertama kali sebenarnya dia menjejakkan kaki ke sini. Syarat wajib kerjanya, buat medical check – up sebelum terbang. Wajib juga cari hospital yang diakreditasi JCI (Joint Commision International) sebab majikannya berpengkalan di Amerika jadi kena cari hospital yang diiktiraf antarabangsa. Di KL ni tak banyak pun hospital yang diiktiraf. Kadang – kadang alang – alang nak membeli – belah di Singapura, dia buat medical check – up di sana sahaja kerana kebanyakan hospital di sana memang diiktiraf JCI. Hospital kerajaan pun ada yang diiktiraf JCI. Kalau di Malaysia, hospital kerajaan setakat dapat pengiktirafan dari MSQH (Malaysian Society for Quality in Health) dah cukup bagus.
“Baru pindah. Tukar angin.”
“Encik Juhaidi kerja apa? Kat mana?”
“Kerja dengan orang. Kerja sendiri pun ada. Buat research sikit – sikit pastu buat sales.” Juhaidi keluarkan dompet dari poket jeans tapi malangnya kad sudah habis. Tangan diangkat tanda isyarat nasib tak baik. Kalau dah baca apa yang tertera di kad tak perlu lagi dia segan nak mengatur ayat dia bekerja apa sebenarnya.
“C’mon, to be exact kerja apa tu?” Alila tak minat bengkang – bengkok. Zaman sekarang banyak betul orang buat kajian kemudian pasarkan barang. Jual tudung pun kena buat kajian. Semua produk perlukan kajian sebelum dipasarkan.
“Nak tau kena panggil saya Jude. Peninglah saya duk ber encik – encik ni. Boleh?”
“Lila. Just Lila.”
“Okay. Nah, dah sampai kereta saya. Tunggu jap.” Juhaidi mengalih perhatian Alila. Bunga yang dibeli tadi masih elok terletak di tempat duduk penumpang.

“For you Lila. Just Lila”

Alila sengih. Pandai Jude buat lawak. Tangan kanan masih sibuk menggentel straw. Jude selamba sahaja menarik air tin milo yang dah kosong di tangan kanan Alila. Dihulurkan ke tangan kanan Alila yang dah kosong dengan jambangan bunga ros merah yang harum. Ringkas tapi sangat menarik gubahannya. Harap – harap Alila suka.
“For what?”
“Hahahaha…..I don’t know that I should have reason.” Boleh muda sentiasa duduk dengan Alila ni. Ada saja yang boleh buat Jude ketawa.
“Selamat berkenalan Cik Misi. Terima kasih tolong bagi plaster hari tu.”
“Sebab tu je?”
“Yalah. Sebab apa lagi.”

Okay, sedikit frust di situ. Alila pun pelik kenapa dia boleh rasa macam tu mendengar jawapan Jude. Bukan dah jatuh cinta tergolek – golek pun tapi apabila lelaki sekacak Juhaidi bagi bunga semata – mata nak cakap terima kasih demi plaster 2 keping, tak rasa kecewa ke? Musnah harapan nak move on. Demi nak tutup rasa pelik dapat bunga tu Alila berlagak selamba sahaja. Jambangan bunga yang harum di bawa ke dada dan dicium.

“Thank you.” Alila tersenyum manis.
“Saya gerak dulu. Nanti jumpa lagi. Aaa..lagi satu. Saya nak nombor telefon awak boleh?” Telefon dihulurkan kepada Alila.
“Please key in your number.” Sekali lagi arahan diberi.
Alila hanya menurut.
“Nombor saya awak tak nak?”
“Awak miss call je lah.”
“Tak nak, nanti awak buat tak reti tengok nombor tak kenal. Sini.” Tangan kiri Alila ditarik, telapak tangan diratakan di atas tangannya dan sebatang pen dikeluarkan.
“Old school sangat ni.”
Jude ketawa lagi. Sungguh lah Alila comel. Ayat – ayat dia pun comel. Yang penting Alila cool. Tenang saja saat Jude menconteng telapak tangannya.
“Hafal nombor ni. Tak payah susah – susah nak simpan dalam telefon. In here.” Jari telunjuk Jude lembut menyentuh kepala Alila.

Baru Jude nak melepaskan tangan Alila tapi terasa tangannya digenggam erat oleh Alila. Terus matanya diangkat mencari mata Alila.
“Thank you again for this pretty bouquet.” Erat genggaman tangan Alila tapi sesungguhnya hatinya berdegup tak sekata apabila kereta yang lalu ditepinya tadi amat dikenalinya. Senyuman sinis pemandunya apatah lagi. Dah tua ganyut pun sempat nak cari perbezaan kat dunia ni. Kutuk Alila dan memang dia sengaja menggenggam tangan Jude. Lelaki di hadapannya kini, orangnya biasa – biasa sahaja boleh buat Alila jatuh suka. Dia bukan materialistik seperti dituduh. Dia boleh sahaja berkawan dengan lelaki yang memandu kereta Honda sahaja. Tak perlu nak tuduh dia perempuan yang gilakan lelaki berkereta mewah dan berpangkat tinggi. Kalau dah cinta, tak sempat pun nak menilai semua tu. Cintanya terhadap Amar dulu pun tanpa dia menimbang harta Amar, pangkat Amar.

“Jumpa lagi Alila. Bye.” Jude yang melepaskan dahulu tangan Alila.
“I’m gonna miss you.” Jude sambung sambil kaki terus melangkah ke tempat pemandu.
Alila dah macam tugu negara tapi lambat – lambat dia bergerak ke tepi untuk memberi laluan kereta Jude keluar dari kotak parking.
Elok kereta keluar dari kotak parking, Jude menurunkan cermin.

“Alila, saya tiba – tiba ingat apa yang awak cakap kat kawan awak masa kat restoran Boat Noodle tu and every time I think about it, I’m just scared being alone with you. Tadi awak genggam tangan saya kuat sangat buat saya lagi takut. You are so amazing, takut darah tapi boleh kerja kat department A&E. I’m impress. So tell me. How do you cope? Jadi vampire? Suck the blood when nobody is around?”

            Tak payah jawab soalan tu sebab pipi Alila dah merah macam udang kena bakar. Senyum ajelah, angkat tangan bye – bye dan Alila terus angkat kaki. Dah dua kali dia termalu sendiri dengan jejaka bernama Juhaidi ini. Tak apa Alila, mana ada buluh tak berbuku. Tak payah malu tapi harus diakui soalan Jude memang lejen!






Sweet short story: Something about you

  Cover writing by: Farah Husain DANIELLA dah tak mampu nak tahan gelak. Boleh si adik menyakat kat Instagram selepas dia memuat naik gamba...