Wednesday, 31 July 2013

Blues Raya - FULL VERSION




Things which matter most must never be at the mercy of things which matter least
 – Johann Goethe

            SKRIN telefon di tangan ditatap lama. Sekejap senyum, sekejap pilu. Sungguh perasaan yang indah bertebaran dalam hati ini harus pergi. Dia kena kuat. Wajah yang sedang tersenyum di skrin ditutup dengan tangan. Dah penat melawan perasaan sendiri.
            Suasana di LCCT sibuk macam biasa. Tak ada beza bulan biasa dengan bulan puasa. Pengertian bulan puasa untuk seorang Edina? Frust menonggeng. Tak payah raya pun tak apa tahun ni. Puasa sahaja macam orang lain. Berbuka tadi pun tak lalu nak makan. Lagu Zedd hidup dalam kepala seperti segarnya ingatan kepada si dia.

            Yang mengajarnya erti cinta.
            Yang membawanya ke lembah derita.

            If our love tragedy why are you my remedy?
            If our love’s insanity, why are you my clarity?

            iTunes dari tadi melagukan lagu yang sama. Ya dia dah gila. Separuh gila. Sebab tak nak jadi gila menjelang hari raya, dia perlu buat sesuatu. Lari jauh – jauh. Terbang jauh – jauh. Mencari ketenangan yang dia tak pasti akan ketemu. Cuba jaya, chaiyok!
            Akhirnya pengumuman untuk penerbangan ke Sabah membuat Edina menarik nafas lega.
Phew! Let’s do this.


            MAJALAH di tangan di belek – belek. Tahun ni memang sah dia malas nak beraya dengan ahli keluarga yang dah lupa akan kewujudan dirinya. Kecuali seseorang. Mamat tu ingat lagi dia masih wujud kat muka bumi ni tapi Daddy? Mommy? Dah lupa pernah beranak kan dia agaknya.
            Sambut hari jadi seorang diri di LCCT dan sekarang dia menuju ke tempat yang dia tak pernah pergi. Ya, betul – betul dia mahu melarikan diri dari segala kekurangan yang ada dalam hidupnya.
            Tadi masa berbuka, rata – rata gembira menikmati juadah bersama keluarga. Dia elok – elok nak berbuka di Foodcourt terus tukar hala. Layan diri kat Coffee Bean yang memang sah tak ada makanan yang best pun tak apa. Starbucks pun penuh orang. Coffee Bean sahaja yang agak lengang. Tempat makan lain jangan ceritalah, kalau tak duduk sejam awal sebelum berbuka memang tak sah.
            Penerbangan di Sabah akhirnya diumumkan. Senyum nipis terukir. Tak sabar nak lari jauh. Immoira menarik tas tangan di riba.
Phew! Let’s rockin’.

            SEAT 1A. Edina menebarkan pandangan ke luar. Gelap dan dihiasi lampu penunjuk lapangan sahaja. Dalam hati sangat tak sabar nak mengira bintang di langit Sabah. Ada beza? Harapnyalah. Harapan agar bintang di langit, di tepi pantai Sabah lebih bergemerlapan dan bercahaya. I need light please.....
            SEAT 1F. Immoira menutup tingkap kecil di sisi. Malas nak layan pemandangan di luar yang sah tak ada apa pun. Pejam mata, tidur sekejap lagi bagus. I hate light. Light is the symbol of truth. Dan Immoira benci hakikat kehidupannya sekarang.

All along it was a fever.
A cold sweat hot – headed believer.
I threw my hands in the air, said ‘show me something’
He said, ‘if you dare come a little closer’
Round and round and round and round and round.....

            “Oh, stop it!”
            Edina, Immoira, serentak tarik suara. Seorang di hujung belah kanan. Seorang di hujung belah kiri. Hot seat untuk penerbangan Air Asia. Lima baris dari depan dan mereka di baris pertama.
            Pandangan bertaut. Kemudian masing – masing tunduk. Pramugari yang sedang berdiri di tengah antara mereka berdua sedikit terkejut.
            Edina memejamkan mata. Air Asia pasang lagu Stay, Rihanna? Saat jiwa tengah berdarah memang cukup tak sesuai.
            I am dumb for falling for him hard and now I wish I am deaf!
            EDINA menjeling gadis di hujung sana. Comel. Atau cantik? Rambut yang keperangan diikat bun, tampak santai dengan juntaian di dahi. Si gadis mengenakan spek bingkai hitam. Nampak classy. Muka bujur putih bersih. Make up pun tak ada. Pakaian sempoi. Jaket Juicy Couture dengan seluar dri fit dan kasut Nike???
            IMMOIRA membuka tingkap dan buat – buat menghayati kegelapan di luar sana. Minta maaf lah. Dia anti-Rihanna, si bajet cun. Tak ada satu lagu Rihanna pun yang boleh masuk dalam kepala. Janganlah sampai ke Sabah kena tahan telinga. Immoira menjeling gadis di hujung sana.
            Oh, I’m not gay! It just.... Are we Rihanna haters?
            Kenapa serentak tadi ya? Okay dia mula kagum dengan rambut panjang si gadis yang hitam berkilat. Sah jaga dengan susah payahnya sebab rambut yang lurus itu sehelai pun tak ada yang keluar trek. Hahaha.....Berbeza dengan rambutnya yang ikal mayang dan keperangan, senang bela. Raut wajah si gadis nampak suram tapi tetap kelihatan cantik. Dengan sedikit gloss pink, dia yang sama jantina ni pun boleh puji. Tak kira lagi gaya sempoi skinny jeans biru laut dipadankan dengan T- gedabak warna putih dan halter neck hitam di dalam. Tergantung di kolar t – shirt, Rayban aviator, polar brown kristal??? Edisi terhad kut.




Yesterday is gone. Tomorrow has not yet come. We have only today. Let us begin.
 Mother Teresa

            PUKUL 4 pagi di tepi pantai. Sungguh dia rasa macam nak jalan, jalan dan jalan sampai ke tengah laut. Lepas tu tenggelam. Lepas tu masuk neraka. Kan? Memang tak cium syurga bunuh diri. Motif bunuh diri pulak tu sangat lah bodoh, putus cinta. Edina tunduk mengutip cengkerang di atas pasir. Ralit pula dia mengutip cengkerang. Nun di hujung untaian ombak dalam biasan cahaya lampu hotel, kulit cengkerang yang bersinar menggamit perhatian. Edina tersenyum. Dah tak sedar kaki basah disapa ombak laut.
            “Hey, hey, you nak bunuh diri ke apa main air laut gelap gelita ni?”
Edina angkat muka. Baru sedar bukan setakat kaki, lutut pun dah basah. Dari kutip cengkerang dia sibuk duk cari bintang pujaan di langit. Tak sedar kaki ke mana.
            “I know you. Dalam flight tadi kan?”
            Immoira mengangguk. Dia pun terkejut sebab tadi gadis yang dia usha rambutnya panjang dan dilepaskan. Sekarang, gadis yang baru berpaling ni pakai topi dengan rambut di selit ke dalam. Ingat kan awek manalah nak bunuh diri. Dia saja pagi – pagi buta keluar sahur. Lepas tu lepak je di Restoran Kingfisher yang menghadap ke laut. Kata Sabah Subuh awal, matahari terbit pun awal. Apa lagi konon nak tunggulah matahari terbit. Tengah lepak boleh pula dia duk perhatikan saja lenggok budak ni. Dari tengah kutip cengkerang sampailah dia nampak makin jauh dan makin jauh ke tengah laut.
            “Immoira.”
            “Oow..”
            “Tak payahlah nak oww sangat. I know. Nama I pelik tapi kalau you tak nak rasa I alien, panggil Tipah pun tak pa. My name is Sharifah Immoira.”
            Edina senyum. Serius minah ni rock.
            “Tapi, kan I dah selamatkan nyawa you. Jangan panggil I Tipah ek.”
            Dari senyum, terus Edina tergelak. Tangan dihulurkan.
            “Edina dan I bukan nak bunuh diri ya.”
            “Mana tahu, kut frust. Tadi dalam flight dengar lagu Stay tu muka dah semacam. Eh jom duk Sunset Bar tu.”
            “Judging?”
            “Nope, observe.”
            “Psiko.”
            “Hahaha.....”Immoira gelak.

“Whether it is the best of times or the worst of times, it is the only time we have.” 
 Art Buchwald

            “Nak pergi mana?”
            “Jesselton.”
            “Island hoping?”
            “Nope.”
            “I pun. Nak lepak kat Pulau Tiga je.”
            “Same – same.” Immoira me’manglish’kan perkataan English ‘same’.

            Same = English
            Sama = Malay
            Same = Sama = Oh, my English!

            DARI KARAMBUNAI hinggalah ke Jesselton Point di bandar, naik bot dan tara.....sampai ke Pulau Tiga. Buat kerja gila. Dari Karambunai yang terletak di Sepanggar bukan dekat nak ke bandar. Nak ke Pulau Tiga pun naik bot dua jam. Orang kalau pergi Karambunai duduk je diam – diam dalam tu. Tak macam budak dua orang ni.
            “Kenapa tak nak Island hoping je? Bulan puasa ni?”
            Edina angkat muka. Si Tipah di hujung bot direnung.
            “You?” Soalan Immoira Si Tipah dibalas dengan soalan juga. Sempat Edina menjeling beg yang tersilang di badan Tipah. Prada polyester tu.....Tipah bukan sebarang Tipah ni.
            “Pulau Manukan and other two pulau tu ramai orang. Tak best.”
            “Samalah.”
            “Age?”
            Edina menjawab perlahan. Eh, bajet tak nak bagi abang bot dengar konon.
            “Samalah!” Immoira dah terjerit. Suara lawan enjin bot.


Words are a pretext. It is the inner bond that draws one person to another, not words.
 Rumi

            “Friend.” Immoira hulur tangan. Betul – betul depan pintu masuk Pulau Tiga yang terukir tulisan Survivor Island di pintu gerbang kayu.
            “Bukan sejak you ‘selamatkan’ I dari bunuh diri lagi ke kita kawan?”
            “Yea.....but now I wish to tailgate you.”
            “Sure. The list goes like first going to mud volcano, main air main – main then lepak all day long.” Edina membetulkan beg galas di belakang.
            “Main air main – main?”
            “Puasa kan?” Aktiviti yang menyumbang ke arah pembatalan puasa atau kemungkinan air masuk ke dalam mana – mana rongga harus dielakkan.
            “Oh ya.”
            DAH sekerat hari main air main – main dan sekarang Edina meninggalkan Immoira yang sedang berjemur di port carian mereka. Bawah pokok rimbun, sebelah batu – batu besar di hujung pantai. Jauh dari orang.
            “Hey – hey nak pergi mana?”
            “Solat.”
            “Solat?”
            “Yeah, what is puasa tanpa solat? I’m doing sebab ikut – ikut.” Edina menonong. Puasa kurang erti tapi tak bererti dia nak sia – siakan begitu saja. Nak jamak tunggu balik Karambunai memang tak sempat. Dia dan Immoira saja yang buat kerja gila balik hari. Orang lain ramai yang menginap di sini tapi sebab bulan puasa. Tak boleh nak adventurous sangat.
            “Doing sebab ikut – ikut?” Si Tipah tak habis menceceh.
            “Ramai orang puasa tak solat. Tapi orang solat biasanya puasa.”
            “Oh, yes.” Immoira angguk tapi masih berbaring di atas alas.
            “I nak jadi 5 orang terkaya di dunia.”
            “Tiba – tiba? Are you okay Edina?”
            “I’m perfect. Carlos Slim, Bill Gates, Warren Buffet, Bernard, Lawrence and the richest is orang yang solat. For the eyes of Allah. Ciao.”
            “L.O.L”

            AIR mata menitis. Satu Edina bersyukur sebab tiba – tiba rasa seronok ada Immoira. Kedua dia sedih. Sungguh sedih. Minggu lepas, dia pun ada sumbangsih dalam mengutuk si Sakinah, madu Ashraff Muslim dan dua – tiga hari lepas, dia sendiri kena kutuk.
            What goes around, comes around.

            “FOR your info, this is my husband.”
            Edina terdiam.
            “Kashah?”
            “Tell this bitch that I am your wife. The one and only.”
            The rest is history.

            JADI raya ni dia tak nak balik rumah. Malu dengan Mama dan Papa. Beria Kashah cakap nak hantar rombongan. Mama dan Papa pun dah siap buat persiapan. Walau pun sikit, macam mana nak susun kata? Nak cakap dia ter-ber-cinta dengan suami orang? Sumpah Kashah langsung tak ada ciri – ciri suami orang. Dah kenal dua tahun, bagaimana Kashah boleh sembunyikan semua ni?
            “Ed, please. I boleh jelaskan.”
            “Jelaskan apa? You sayang I? You nak ceraikan wife you sebab tak sehaluan tapi tak kan cerai sampai mati. Kan? Ayat tipikal lelaki curang.” Tempelak Edina kasar. Tak sayang Kashah? Gila kau. Dia dah siap ada tema kahwin, impian bulan madu dan semua benda yang kini buat dia rasa nak hantuk kepala kat dinding. Bodoh!
            “No...no...I love you Ed. We are happy together.”
            “Yes, we were. Our story is past. Now, we aren’t. This is present. Get a life hubby.” Edina mengejek panggilan ‘hubby’ yang isteri Kashah duk panggil – panggil.
            “Tak kan sikit pun you tak cintakan I?”
            “I cintakan you sangat banyak. Sepenuh jiwa dan raga tapi tak bermakna I nak hancurkan rumah tangga orang.” Biar hati sendiri hancur. Biarlah. Edina menyambung dalam hati.

            “EDINA, you cry?” Suara Immoira memecah lamunan.


Sometimes, reaching out and taking someone's hand is the beginning of a journey. At other times, it is allowing another to take yours. 
 Vera Nazarian

            “HUGS.”
            “Arghh.....apa erti hidup tanpa ujianNya.” Edina menyapu air mata di pipi. Malu pula kantoi. Dia solat tempat terbuka. Kat pondok tak berapa jauh pun dari ‘port’ mereka.
            “Kenapa?”
            “Hormon busy – body dah aktif ya?” Edina perli. Tangan ligat melipat telekung kain ringan yang senang nak bawa berjalan.
            “Tak lah. Ambil berat.”
            Edina gelak. Tipah ni ada – ada saja.
            “Kot senasib.”
            “Looking at your Prada, Longiness kat tangan, Pandora rekaan yang baru keluar semalam kat butik, I can’t think of any possibility that we are on the same boat.”
            “Judging?”
            “Nope, observe.”
            “Psiko.”
            “By saying all those branded stuff, could be money problem? How much? I can help a sweet stranger like you.”
            Edina tergelak.
            “Cik Tipah, I’m doing good. Money wise. But dalam hati yang pernah ada taman is now dry. And dead. Perhaps?” Sepatah – sepatah Edina menghurai tanda tanya Immoira.
            “Love? Heartbreak?” Perlahan Immoira bersuara. Kenapa semua manusia mengejar cinta sesama manusia.
            “I love him so much. We are so in love. I put a period once I know he is married. Tak sangka kena tipu macam ni atau technically dia bukan nak menipu pun tapi I buta untuk menilai. I love him so much. I know. This is so pain.”
            Immoira ternganga. Macam drama. Bukan perempuan zaman sekarang tak kisah ke ambik laki orang? Edina ni jelmaan perempuan zaman batu ke? Tak peliklah bercinta dengan laki orang. Kawan dia bersepah je macam tu.
            “Kalau sayang sangat kenapa tak carry on je? I bet dia pun cintakan you and nice guy. Tengok betapa you sayang dia, he must treat you nicely. Tak salahkan jadi orang ketiga kalau cara halal. You guys can get married.”
            “Pernah dengar lagu Zedd? Nanana....nananana......” Edina melagukan rangkap kegemarannya.

            If our love tragedy why are you my remedy?
            If our love’s insanity, why are you my clarity?

            “Cinta, sayang tapi tetap sebuah tragedi. I tengah belajar melupakannya. Susah tapi kena cuba sampai berjaya.”
            “But he is your remedy.” Immoira mengusik.
            “Yes, he is. I tetap sayang dia dan rasa tenang tiap kali bersama tapi untuk apa? Itu ketenangan yang sementara. Itu nafsu, ketenangan yang palsu. I am here bukan saja nak lari – lari. Yeah malu dengan keluarga pun ya but to train myself. He is not my remedy. He is not my clarity. No more.”
            Immoira diam. Kuatnya semangat seorang Edina. Kagum. Cinta separuh mati. Belajar melupakan separuh mati. Susah? Sangat susah dan dia tahu berapa ramai gadis yang gagal di luar sana. Ambik suami orang lepas tu pakai ayat klise, dah jodoh. Dah takdir tapi adakah mereka berusaha mengelakkan semua tu?

Dalam kesunyian jiwa, membunuh kekosongan di segenap jiwa ialah dengan adanya kita. Aku, kau dan kisah kita.
-          Rin Ahmad

            “My Daddy. My Mommy.”
            “Mudanya dorang.”
            Immoira senyum. Memang ibu dan bapanya nampak masih muda tapi apa nak hairan. Daddy plastic surgeon. Mommy tak kan tak kena tempias. Kedut naik sikit, laser. Dagu jatuh sikit, laser. Berlemak sikit, buat liposuction. Untung Mommy tapi kenapa Mommy tak sayang dia macam Mommy sayang diri sendiri. Ada anak tu menyusahkan sangat ke?
            “Broken family tu kira masalah besar ke?” Edina blur. Buat – buat blur sebenarnya. Dalam perjalanan balik dari Pulau Tiga ke Jesselton Point, Immoira bercerita.
            “Masalah tak besar kalau dia terus campak kau kat pagar masjid. Masalahnya ada keluarga tapi macam tak ada.” Immoira hiba. Dari kecik lagi Mommy mana suka dia. Si abang sahaja yang ditatangnya. Kata Mommy, sebab beranak Immoira, badan dia naik. Penat nak jaga lagi. Sudahnya sampai besar bibik yang jaga dia. Sampai dia dah besar panjang pun Mommy tetap rasa Immoira menyusahkan. Tahu bagi duit sahaja. Masa dia belajar memang dia tak kisah tapi bila dah kerja, pandai cari duit sendiri, tiba – tiba dia rasa nilai duit terlalu rendah berbanding dengan kasih sayang yang dia tak pernah dapat daripada seorang ibu. Ibu – ibu lain bukan seronok ke ada anak perempuan? Tak teringin ke Mommy nak keluar shopping baju raya dengan dia? Pergi saloon sama – sama. Tak teringin ke Mommy?
            “Pelik. Kalau tengok Angelina Jolie, Jessica Alba, Victoria Beckham tuh boleh pula dorang ada life as an artist and a great mommy. I conclude from media of course. “
            “Mommy ingat I yang musnahkan zaman kegemilangan dia.”
            “C’monlah. I tak kenal pun Mommy you. Famous sangat ke dulu?”
            Immoira tepuk bahu Edina. Selamba kau kutuk mak aku. Edina angkat tangan. Minta maaf. Terlebih kata pula.
            “Famous Amous.” Immoira buat lawak bangang. Malas nak layan kisah Mommy the Menopause Model. Dia tetap seorang mak yang perlu dihormati dan dikasihi. Jasa Mommy melahirkannya ke dunia tetap Immoira ingat.
            “Your brother, how does he cope?”
            “Ramai je perempuan yang boleh manjakan dia. Apa dia nak sibuk. Hidup senang lenang. Kerja, balik tidur.”
            “Playboy? Dia tak rasa perasaan yang you rasa?” Typical rich boy. Edina mula membuat rumusan.
            “Mana ada playboy. Biasa – biasa je. Rasa kut tapi lelaki kan. Mana kisah.” Dalam hati Immoira tahu si abang kisah. Kalau tak kisah tak kan hati beku sampai sekarang. Abang pernah cakap buat apa kahwin kalau tak berapa nak faham erti tanggungjawab. Masa tu mereka lepak – lepak di Kafe Hello Kitty. Masa tu jugak hati Immoira luka berdarah. Abang tahu tapi dia dah besar. Sampai bila nak harapkan abang faham dan mengerti. Dia perlu belajar untuk hidup sendiri. Orang lain suka jumpa keluarga. Dia pun suka dan dah cuba nak ambil hati Mommy tapi akhirnya hasilnya sama. Mommy tak pernah nak faham.
            “Balik Malaysia buat apa?” Mommy senduk nasi untuk Daddy.
            “Puasa kat sana lah. Lagi best. Cuti pun bukan boleh lama – lama. Im baru kerja.” Immoira hulur pinggan. Lama dia tunggu tapi Mommy buat tak reti.
            “Nak lauk apa?” Abang juga yang prihatin. Selera nak makan dah mati.
            “Daddy kerja. Kalau nak puasa sana baliklah dulu tapi Raya nanti datang sini balik.” Daddy memberi cadangan.
            “Tak payah lah Sayang. Pandai lah budak – budak ni nak Raya kat mana pun. Buat apa pening – pening. Dorang dah besar.”
            Immoira pandang Mommy tak berkelip. Abang cuit kaki di bawah. Sabar Dik! Muka abang relax sahaja. Immoira menekur pinggan di meja.
            “Ni baju yang Daddy belikan tu ke? Finally Im pakai juga. Kan cantik. You are cute like a pig.”
            Immoira terus berdiri.
            “Mommy boleh samakan Im dengan bull, elephant, snail, cat or whatever but not pig. Im tak tahu Mommy sedar atau tak but pig is just disgusting.”
            Immoira terus berlalu. Masuk bilik. Mogok tak nak makan sehinggalah Abang susah payah pujuk ajak pergi Kafe Hello Kitty. Sanggup Abang teman masuk kafe serba pink semata – mata nak ambil hati dia.
“Melampau sangatlah.”
            “Kat Korea tu biasa. Dorang dah lama duduk sini. Maybe Mommy cuba blend dengan culture sini. Take it easy.” Abang seperti biasa. Neutral.
            Ya lah tahu orang Korea pantang tengok orang ke benda ke yang comel – comel dan cantik mesti nak samakan dengan b.a.b.... tu tapi perlu ke Mommy nak cakap macam tu dengan anak sendiri? Yang dorang ni pun, comel sangat ke binatang tu sampai semua benda nak kena cakap ‘cute as a pig’? Tu lah dia budaya. Dia hormat. Dah dekat sepuluh tahun Mommy dan Daddy menetap di sini dan dia dah biasa dengan b.a.b...yang menjadi makanan kegemaran masyarakat di sini tapi apabila Mommy yang sebut. Bunyinya menusuk ke jiwa seorang anak.
            “Im nak raya sorang – sorang tahun ni. Abang?”
            “Entah.”
            Dan sekarang dia pun tak tahu kenapa mulut ringan benar bercerita dengan gadis di hadapan. Edina yang cantik, beautiful and cute as a pig? Mahu kena parang kalau dia cakap depan – depan. Hahaha.....
            “Senyum sorang – sorang kenapa? Tadi sedih.”
            “Sedihlah tapi sebab you ada, kawan mee segera pun jadilah. I belanja buka puasa nanti. Kita balik bilik tukar baju. Rehat jap lepas tu kita jumpa kat Kingfisher. Pukul berapa ya?” Immoira tanya seolan sengal.
            “Lah dia ni. Jumpa waktu bukalah. Masa Maghrib. Kalau Isyak namanya bukan makan buka puasa tapi makan tahlil.”


Dunia, melangkah ke mana perlukan kekuatan. Dunia, yang kecil menjadi besar dan kosong tanpa kasih sayang. Dunia, yang besar menjadi kecil dipenuhi rahmat dan cinta. 
– Rin Ahmad

            “Tak lah keseorangan. Tak lah broken family mana.” Edina mengusik.
            “My abang datang sebab I cakap I met new friend. She is beautiful so he wants to meet you.”
            “Gila.”
            “Memang gila jugaklah.” Immoira senyum. Dia nampak si abang sedang melangkah di lobi.
            “Edina, cousin I dengan wife dia pun ikutlah. Aik, bulan puasa pun honeymoon?” Dalam hati Immoira menyambung. Sepupu dia ni bajet couple anak tauke kereta mewah tu ke yang pergi Koh Samui bulan – bulan puasa ni? Dia lainlah ‘lone ranger’.
            Edina pegun.


Those that know, do. Those that understand, teach.
- Aristotle

            “So you lah perempuan yang Kashah cerita tolak dia mentah – mentah?”
            “I tak tolak dia mentah – mentah. Pembetulan ya. I stupid. I don’t know he is married. So dah tahu tunggu apa lagi. Cabutlah.”
            “Your love is cheap.”
            “Who are you to judge me?” Dalam hati Edina menyumpah. Kurus puasa dia kali ni.
            “Kebanyakan perempuan yang I kenal tak kan tolak Kashah even dah tahu dia ada isteri. Berapa lama you kenal Kashah? Baru lagi ke? Tak nak jadi isteri nombor dua? I rasa dia ikhlas dengan you.” Pandangan Kashah terhadap Edina tadi dia faham. Dia lelaki. Beza pandangan hormat dan pandangan nak menggatal.
            Telinga Edina dah nak berasap kena perli. Tadi dahlah kena tadah makian isteri Kashah. Nasib baik Immoira cepat meredakan keadaan. Menyesal tak terus masuk bilik. Mereka sekarang tengah duduk mengadap laut, santai duduk atas rumput. Tak sangka abang si Tipah ni mengekori dia.
            “It’s over.”
            “Perempuan kalau ada masalah mesti lari - lari ke?”
            “I ada nampak macam lari ke? Tipah je lari. I tak. I cari ketenangan.”
            “Tipah?”
            “Adik you lah.”
            “Oh.....Tipah.”
            Edina dapat tangkap senyuman orang di sebelah. Sangat cool. Macam angin laut yang sedang bertiup. Mendamaikan jiwa. Saat ini dia boleh lupakan Kashah. Senyuman orang di sebelah memberi ketenangan di hati.
            You are not my remedy anymore Kashah. I found one but I don’t even want to own one because it is bitter so I want to be better.
             “Kawan you si Tipah tu cakap you tak nak balik rumah Raya ni. Bukan lari ke namanya tu? Si Tipah tu pun sama. Dia dah bayar harga bilik sampai raya tau.”
            “Gila jugak si Tipah tu ya.” Edina senyum. Kelakar pula apabila si abang membahasakan diri si adik Tipah.
            “Edina, you sangat interesting. I really hope you sentiasa ada untuk Immoira. She is always a baby. Sensitif dan main terjah orangnya.”
            “I baru kenal dia but yeah, I like your sister. Takdir menemukan kami and siapa sangka dia sepupu Kashah. That sepupu part tu I tak berapa berkenan though.”
            “Don’t worry, we are cool. Isteri Kashah tu sangat baik tapi dorang kan belum ada zuriat lagi jadi mestilah emosional bila tahu suami asyik ada hubungan kat luar. Insecure. I’m sorry on behalf of them. You should know Edina that you are not Kashah first affair but maybe the last one. Kadang – kadang I simpati dengan perempuan yang tergilakan Kashah tapi dia cukup pakej. Dia pun bukan jenis nak sia – siakan anak dara orang pun tapi sikap dia yang tak berterus – terang tu yang jadi masalah.” Dia tahu si sepupu nak sangat zuriat tapi tetap sayangkan isteri.
            “Kalau takat belum ada rezeki zuriat, bawaklah bersabar. Adalah rezeki anak tu nanti. Susahkan diri dan susahkan I.” Edina membentak. Tapi Kashah tak mengalah dengan mudah. Kalau tak, bilik dia di rumah tak penuh dengan teddy bear. Meja pejabat pula tak pernah tak ada stok bunga segar. Beribu kali Kashah memohon maaf. Beribu kali Kashah tetap menyatakan pendiriannya untuk tetap memperisterikan Edina.
            “Edina, you sangat interesting.”
            “Stop it. Dah dua kali you cakap. Stok mulut bergula macam sepupu jugak ni.” Tapi Kashah tak mulut manis. Kashah bersahaja. Mereka jatuh cinta, bercinta dan merancang untuk bersama tapi? Tapi Kashah bukan jodohnya.
            Syed Imran gelak.


Ajari aku untuk kuat berdiri. Ajari aku untuk menjadi ‘aku’. Ajari aku untuk bercinta lagi. 
– Rin Ahmad

            “Im mana?”
            Immoira buat kerut dahi. Dialah Im. Keluarga panggil dia Im.
            “Im?”
            “Abang you lah. Syed Imran.”
            “Dah baliklah. I tak ikut. I nak balik dengan you. Selagi you tak balik Edina, I pun tak nak balik.”
            “He is the most rational man I’ve ever met.”
            “What?” Immoira dah macam orang tercekik tulang. Pada hal dia tengah makan spageti. Hari ini mereka memilih untuk berbuka puasa menu ala carte. Dah berapa hari ambik buffet, bukan makan banyak pun.

            Semalam, sambil tengok matahari terbenam.........
            “Semua yang jadi bersebab. Tak kan semua perempuan suka – suka nak ada affair dengan suami orang.”
            “Tapi perempuan tu boleh pilih untuk rasional dan fikir perasaan si isteri.” Edina merujuk kepada diri sendiri.
            “Tak semua orang kuat untuk mengenepikan perasaan dan rasa cinta.”
            “Tak cuba memanglah tak pun cuba main – main tapi perasaan cinta tetap dibiarkan. Jangan iktiraf rasa cinta tu baru senang nak lupa.”
            “Cakap macam pro. I assume you dah berjaya lupakan Kashah?”
Edina tunduk.
            “You tahu kan Immoira nak beraya sorang – sorang?”
            Edina angguk. Tipah tu kepala gila macam dia jugak.
            “Susah nak cakap tapi dia tak faham kenapa Mommy jadi macam tu. Mommy dulu datang dari keluarga susah. Atuk tinggalkan nenek lepas lahirkan Mommy. Fobia. Fikir diri tak selamat. Terlalu mengambil hati suami hingga lupa tanggungjawab seorang ibu. Mommy sayangkan Immoira. Bukan tak sayang tapi cara tak kena. Immoira pula tak faham. I malas nak cerita kenapa Mommy macam tu.”
            Edina ternganga.
            “But she is an adult. Mature. Tak kan nak kena behave macam tu?”
            “Kebanyakan orang perangai dorang stuck at their twenties. Dah tua pun tengoklah perangai. Mesti stuck dengan perangai dorang masa 20-an. Just observe people around you.”
            Edina mula faham.
            “Kenapa you tak kahwin lagi?”
            Syed Imran senyum. Pandangan jatuh ke kaki langit. Matahari mula menghilang petanda waktu berbuka makin hampir.
            Syed Imran kembali memandang Edina.
            “You want to know why?”


Dia memberi jalan. Dia izinkan kita jatuh cinta. Sekadar memberi rasa. Nikmatnya cinta. Agar lebih menghargai. Cinta yang lebih nikmat. Cinta kepadaNya.
– Rin Ahmad

            “Tipahhh.....” Edina dan Immoira berpelukan.
            “You call me Tipah on hari raya? Common.” Immoira seakan - akan tidak mahu melepaskan  Edina. Rindu. Pada hal baru seminggu kut berpisah. Nampaknya meraka tak jadi beraya di Karambunai.
            “Sorang?”
            “Habis tu you nak I angkut Kashah? Meroyan bini cousin you nanti.” Okay Edina dah improve setakuk. Semua mengenai Kashah dia dah boleh buat lawak. Biarkan saja kenangan itu berlalu.
            “I mean your parent. Macam mana dorang? Okay?”
            Edina angguk. Alhamdulillah. Semua ahli keluarga faham keputusannya. Yang penting kebahagiannya. Walau pun ada cakap – cakap di belakang tapi Edina tetap dengan keputusannya. Persiapan boleh dibatalkan. Pedulikan kata – kata orang. Dia tak kan jadi orang ketiga.
            “Sunyi? As per expected?”
            Senyuman Immoira mati tiba – tiba. Dia baru nak keluar rumah sebenarnya masa Edina sampai.
            “Tak pa. I bawak ketupat, rendang, lontong dan macam – macam ni. Ada dua mangkuk tingkat. Jom.” Sebenarnya dia tak sabar untuk menatap wajah seseorang.
            “Edina.....”
            “Ya?”

            AIR MATA yang mengalir diseka dengan hujung lengan baju kurung. Immoira dah balik. Terpaksa bergegas ke KLIA untuk menjemput ibu bapanya yang baru tiba dari Korea. Edina tak mampu berbohong yang hatinya sangat terusik melihat Syed Imran begini. Pada ibu dikhabarkan dia sedikit lambat. Mahu menghabiskan masa di hospital lama sedikit.
            “Im....Im....I really hope I boleh dengar lagi suara you. Please Im. Get well soon.” Edina berbisik perlahan. Tak mungkin Syed Imran dengar. Dengan wayar yang berselirat, tak tahu berapa lama dia boleh bertahan.
            If I were to give a chance, I just want to say thank you. Thank you Syed Imran.

Dan kenangan pun bertamu...........
            “You want to know why?”
            Edina mengangguk.
           We keep running after the love of the people, but we’ll never get it. And what we get will never be enough. The holes inside us are too big. You see, it was made by Allah, for Allah. How could anything less fill it? Where could we possibly come to realize?”
            I dah sedar Im. I dah sedar. I faham apa yang you maksudkan. I faham kenapa you menimbang semua perkara dalam pelbagai sudut. Ya Allah, bagi aku ruang masa untuk lebih mengenali insan istimewa ini. Edina menarik nafas panjang. Sempat memanjatkan doa di pagi Syawal.
            Cinta Edina kepada Kashah atau Immoira yang mengejar cinta dan kasih sayang keluarga, asasnya sama. Cinta sesama manusia hanya untuk mengajar kita lebih menyintaiNya.

Tamat

p/s: Assalamualaikum. Selamat Berpuasa dan berusaha keras untuk mencari keberkatan saki baki Ramadhan. Selamat Hari Raya. Maaf Zahir Batin. Semua kekurangan saya dalam berkarya bermula dengan USD, GET and semua yang ada di blog, harap semua kekurangan dapat dimaafkan.
Blues Raya - Pengabadian kisah pendek, tak sweet, tak dak lovey dovey pong....hahaha.....not a story to meet taste of many but I really cherished the bold word. Get it from someone special and I decided untuk abadikan here. With my love, my pelepak here. Lev you guys.


Lev,
KL XOXO!!!
           


Sweet short story: Something about you

  Cover writing by: Farah Husain DANIELLA dah tak mampu nak tahan gelak. Boleh si adik menyakat kat Instagram selepas dia memuat naik gamba...