Malaysia
Lisa
memandang ke wajah suami. Cuba menelah perasaan Azri. Kalau dulu di Pasing
perasaan halus yang bertandang tidak sehalus perasaan ini. Sebuah perasaan yang
menyelinap ke dalam hati dan membuahkan suatu emosi yang amat sukar untuk
dimengertikan.
“Kalau
awak nak cepat pergi temu janji awak kat luar, saya boleh layan dia.” Lisa
mempelawa diri.
“Apa
perasaan awak sekarang?” Azri berbisik.
“Emmm. Unexplainable but I’m okay.” Lisa
menjawab yakin tapi tiba – tiba hati tertusuk kata – kata halus, mengatakan
sepatutnya jodoh Azri adalah dengan perempuan seperti ini. Bukan dia. Lisa
mengucap panjang. Tak baik berprasangka yang hanya bakal menjadikan dirinya
isteri yang ingkar. Sepatutnya sahabat suaminya atau tetamu suaminya adalah
sahabatnya juga, tetamunya juga.
“It only hurts when you start pretending it
doesn’t.” Sinis Azri berkata. Tahu riak wajah Lisa yang mula berubah.
“So what should I do? Pretend the one who is
walking toward us now is a Casper? A ghost? A shadow?”
“No, pretend that your husband only belong
to you no matter what. Now go to your room. Get the key from Lili. I’ll handle
her.”
“Don’t kiss her...”
Namun
kata – kata Lisa terlambat kerana Damia Humaira dan Syed Azri tak pernah
berubah. Berjabat salam dan diiringi ciuman di pipi ialah perkara biasa bagi
mereka, walau pun sekadar sahabat, walau pun manis kata – kata Azri menenangkan
hatinya tapi di minda, tetap tak mampu mengusir sketsa yang berlangsung di
hadapan mata.
Hanya
Lisa yang cuba membetulkan jalan hidupnya. Kalau dulu pasti Damia Humaira
disembur dan diperli sesuka hatinya kini dia hanya mampu melihat. Menelan rasa
hati bagi menghormati perasaan orang lain. Perasaannya? Hanya Allah yang lebih
mengetahui.
Germany
“Siapa
tu?” Lisa memanjangkan leher melihat si pemandu.
Maklumlah
gaya brek dan hon di tengah jalan dah gaya samseng Pasing. Kereta ni dia tak
kenal atau lagi tepat sebenarnya satu - satunya manusia yang dia kenal
berkereta di bumi asing tapi bergaya macam di tanah air sendiri hanyalah Tengku
Akhbar.
Risau
pula kalau Azri ada musuh kehormat. Tak pasal – pasal dengan dia sekali
terlibat. Tak mahu dia merasa merengkok di Stadelheim Prison biar pun sehari.
Maklumlah German baik sikit kot dari negara Singapore kalau masuk bab – bab
denda mendenda ni. Kat sini buat Heil Hitler atau gaya tabik hormat cara Adolf
Hitler pun boleh kena denda 450 Euro. Semasa orientasi atau introductory course, pelbagai peraturan,
undang – undang dan sedikit sebanyak sensitiviti masyarakat German ditekankan.
“Nobody. Just walk.” Arah Azri tapi Lisa
sibuk nak tengok.
Maklumlah
otak Lisa masih setengah masak. Malam sebelumnya Azri bawa dia mengembara
sampai ke bulan. Pagi – pagi dah bergaduh dengan Tengku Akhbar. Siapa suruh
main terjah datang rumah orang. Memang percuma dapat tengok aksi romantis Lisa
– Azri. Hati sendiri dah sakit, kita pula dimarahinya. Memang bukan cara Lisa
nak melayan dan silap Tengku Akhbar tak nak bertoleransi dengannya. Lisa pun
segan nak bersoal jawab dengan Tengku Akhbar di hadapan Azri. Disuruhnya Tengku
Akhbar menunggunya bersiap untuk menemaninya keluar ke Muller. Baru nak
melangkah masuk ke dalam kereta, Tengku Akhbar sempat bagi ceramah lagi.
Lili cakap baru kenal, kenapa dah macam laki
bini saya tengok?
Botol dalam tong sampah tu kerja
siapa?
Saya boleh carikan awak tempat
tinggal yang lagi dekat dengan kampus awak. Awak nak saya tolong tak?
Lisa
mengangguk.
Ya. Boleh tolong diam? Boleh tolong jaga
urusan sendiri?
Tengku
Akhbar yang tercabar dengan jawapannya memandang tepat ke mata Lisa dan
menengking Lisa agar jangan kurang ajar. Silap hari bulan. Sedang elok Azri
berjalan santai di sebelah kereta yang diparking di hadapan blok apartment,
terus lengan Azri disambar dan Tengku Akhbar ditinggalkannya terkulat – kulat.
Betul sangat cakap Azri, Lisa umpama kucing. Sekali kena herdik terus mencicit
pergi.
“Eh,
stop! Macam kenal.” Lisa berdiri
tegak di tepi jalan.
Lisa
merapatkan badannya dengan Azri. Masalah betul. Jangan jumpa tengah –tengah
jalan nak buat drama sampai dia pula yang sakit cukup. Azri di sebelah
dijeling. Nampak air mukanya berubah. Tadi bukan main rancak mengusik teori
kucing dan anjinglah. Sedap bagi Tengku Akhbar perumpamaan anjing, orang yang
baru melangkah keluar tempat duduk pemandu dan tengah berjalan menghampiri
mereka yang sepatutnya mendapat gelaran tu. Perempuan spesis apa yang dah kena
tolak tapi terhegeh – hegeh lagi? Lisa tersenyum dan berbisik ke telinga Azri.
“I think some girls are like dog too. They
keep coming back. This one is not a cat. I am very sure.”
Azri
tergelak tapi betullah cakap Lisa. Boleh tak Damia Humaira kalau nak mengganggu
ketenteraman hidup pun datang lain kali. Masa Lisa tak ada misalnya.
“Hai.”
Lisa buat – buat ramah dan menghulurkan salam. Sebelah tangan pun cukup. She hates me remember? Bekas kekasih dia
yang perangai tak senonoh, tangan menjalar tak tentu hala, mulut manis bergula
tapi kita pula yang disangsikannya.
“Hai.”
Damia Humaira tersenyum sekilas tapi terus menumpukan perhatian kepada Azri di
sebelah Lisa yang hanya diam tak terkata. Lisa
tumpang sekaki tumpukan perhatian apabila Damia Humaira dengan manjanya
bersalam siap pakej cium – cium pipi.
“Excuse me. I better get going.” Lisa
meminta diri. Malas nak masuk campur urusan orang. Tertangguh lagi nak pergi
Muller, kalau apa – apa jadi susah. Anxiety
disorder kalau
nak menyerang bukan kira masa. Tak nak Lisa rasa macam nak tercabut jantung dan
rasa dunia macam nak bergoyang macam malam tadi.
“Lisa
tunggu.” Damia Humaira menahan.
“Let her go.” Azri menarik tangan Damia
Humaira.
Lisa
hanya menjeling. Geli pula dengan gelagat Azri yang nampak tak berperasaan.
“No Azri.” Damia Humaira mendekati Lisa
yang mula menyusun langkah. Menahan Lisa dari beredar. Laju Damia Humaira
menuturkan kata. Elok penjelasan Damia Humaira mencapai titik noktah, Azri dan
Lisa berbalas pandangan.
“SAYA
bayar okay. Mana boleh main halau – halau.” Lisa merungut sambil menyumbat baju
– bajunya ke dalam beg. Sakitnya hati.
“Just listen. Could you?” Azri merenung
Lisa tajam dari sofa bed di hujung
dinding.
Damia
Humaira sudah lesap ke bilik Hanif. Memberi ruang mereka berdua berbincang
seperti suami isteri yang terpaksa berpisah.
“Barang
lain, pandai – pandai awak sumbat kat bilik sebelah. Saya bawa yang mana perlu.
Tak kuasa nak usung segala benda.”
“Banyaknya
merungut.” Azri yang tadinya serius tersenyum pula melihat gelagat tak puas
hati Lisa. Maklumlah dia pun terkejut mendengar berita daripada Damia Humaira.
“Don’t tell me you like to stay with me?”
Usiknya lagi. Sengaja menduga. Alang – alang nak ‘walk the talk’, biar dia mencuba sampai ke garisan penamat. Garisan
penamatnya di mana? Hati Lisa.
“This is not what I had imagined my life
would be in Germany okay.”
Lisa
serius dah bertukar jadi budak tadika. Pen dan pensil yang berterabur di meja
di masukkan ke dalam kotak pensil. Buku – buku yang bersusun di atas meja
disumbat ke dalam school bag. Muka
masam jangan cerita.
Azri
berdiri di sebelah meja makan. Membuntang mata melihat beg yang terbentang di
hadapan mata. Bersepah. Lisa main aci sumbat. Langsung tak reti nak letak elok
– elok. Dibongkokkan badan, duduk bertinggung di hadapan beg sederhana besar
milik Lisa dan menyusun semula pakaian Lisa yang berterabur di dalamnya. Tak
kuasa dia nak melipat tapi setakat nak bagi nampak kemas bolehlah. Mana boleh
nak tutup beg kalau semua disumbat ke dalam beg. Dia memang anti serabut –
serabut ni. Marah sangat agaknya Lisa. Kalau pertama kali Azri meninjau keadaan
beg ini dulu teratur sahaja. Baru beg ni kosong dah kena berisi balik, bukan
Lisa sahaja yang marah. Beg pun boleh marah.
“Azri,
berapa lama ni?” Lisa bercekak pinggang menghadap jejaka yang tenang
menolongnya menutup beg dan disandarkan ke dinding. Kedua – dua telapak
tangannya ditepuk dan berpaling menatap wajah Lisa yang keruh.
“Pertamanya
saya minta maaf. Saya tahu awak bayar. Saya akan bayar ganti rugi. Awak jangan
risau. Kalau awak tak suka duduk di rumah Damia, telefon saya. Nanti saya carikan
hotel. Smile please.” Pipi Lisa
dicubit.
“I don’t want to stay with her.” Lisa
menghentakkan kaki. Kan dah cakap gaya dia dah bertukar macam budak tadika
menagih simpati Azri. Bukan dia peduli apa pandangan Azri sekarang.
“Lisa, you are a very clever girl and a good
room mate. Please act like one.”
“I hate you.” Lisa memuncung.
Azri
tergelak. Merajuk? Dia ingat dia siapa?
“I love you.” Balas Azri mula beromeo. Mengambil kesempatan namanya.
“Jangan
main – mainlah.”
Azri
tidak mengendahkan rungutan Lisa. Beg Lisa dibawa keluar rumah. Kepala ligat
berfikir nak menambat hati Lisa. Dia faham perasaan Lisa. Berpindah - randah di
awal semester yang baru bermula dan hidup apabila jadual asal dirombak tiba -
tiba memang menyakitkan. Di sebalik keberanian Lisa pasti terselit rasa
cuaknya, getarnya dan risaunya.
“Jom!
Turun.” Azri menggamit Lisa ke muka pintu.
“Damia?”
“Lupa.
Jap.” Azri melangkah ke studio milik Hanif di sebelah melalui pintu depan.
Ralit
pula Damia Humaira menjamah roti dengan telur hancur ditemani oleh Bird. Hanif
masih kat bulan kot. Azri hanya memberi isyarat dia dan Lisa menunggu di
kereta.
“Okay Lisa, let’s go.” Azri muncul di
muka pintu.
Lisa
hanya menurut.
“Lisa, just now you said this is not what
you imagined when you were at German. I mean here. Is this so bad or what
actually you have in mind once you reached Munich airport?”
“Saya
datang nak belajar. Bukan nak keluar masuk mulut spesis karnivor.”
“Okay, fine. Anything else you associated
with Germany beside that?”
Azri
menahan jantung dari berlari laju. Tolonglah cakap nak pergi jalan – jalan. Nak
pergi Amsterdam, nak pergi Istanbul, nak pergi Switzerland atau Prague atau
Dubai sekali pun. Dia sanggup bawa Lisa. Tengok muncung Lisa tadi, wajah
keruhnya, kaki yang dihentak – hentak, manjanya mengalahkan Sharifah Azri si
adik. Baru pagi tadi dia berjanji mahu menjaga Lisa, sekarang terpaksa
menghalau Lisa keluar rumah pula. Kata – katanya kepada Lisa manis bak madu.
“Let be frank. If you expect for a
first sight kinda love relationship then this is not. I just dumped a girl and
this kinda stupid to start new so quick. I am attracted to you more of opposite
attraction but do give us some time. I know you don’t expect this happening so
soon neither does me but I promise you, I can really take care of you. Like it
or lump it, just stay here. With me.”
Hatinya berkata,
‘cakap tak serupa bikin la lu Azri’.
“Betul nak
tahu?” Mood Lisa kembali normal walau pun tak seceria mana.
Azri
mengangguk.
“Beer and Hitler.”
Azri
yang sedang menghisap rokok terbatuk. Tak sangka skema jawapan Lisa jauh benar
dengan tekaannya. Skema jawapan semua orang yang pertama kali menjejakkan kaki
ke bumi yang melahirkan tentera Nazi yang menjadi sejarah ulung dunia. Dalam
fikirannya tadi lain, mungkin kerana alasan tipikal bagi seorang pelajar seperti
Lisa selalunya ialah kerana biasiswa yang diberi untuk pelajar ke German adalah
paling lumayan jadi senang nak berbelanja atau berjalan – jalan. Jadi tekanya Lisa
mungkin memilih German semata – mata untuk mewah berbelanja dan berjalan –
jalan menjelajah Europe. Lisa datang pun siap berteman kerabat. Memang hebatlah
Nur Lisa. Bawa payung Made in Malaysia. Payung ialah istilah bagi penaja yang
digunakan oleh budak – budak muda sekarang. Payung yang dia nak teduhkan Lisa
Made in Germany. Susah juga nak meneka citarasa Lisa. Mana satu agaknya, payung
Made in Malaysia atau Made in Germany?
“Saya
boleh faham kalau awak pilih beer. Bavaria
beer is the best but Hitler?” Rokok yang tinggal separuh dihulurkan kepada
Lisa.
Lisa
menggeleng.
“Crazy girl like me suit crazy world created
by him the best.” Selamba Lisa menjawab dan berhenti melangkah.
“Weird.”
“Semua
orang datang German mesti sibuk nak belajar sejarah mengenai Hitler. Nak tengok
hasil tinggalannya.”
“Don’t tell me you adore him.” Azri
memasukkan beg Lisa ke dalam bonet kereta Damia Humaira. Nak terkeluar urat
hijau di lengannya yang berotot. Maklumlah sebelah tangan menanggung beban,
sebelah lagi masih tersepit rokok yang hampir separuh.
Lisa
berdehem. Malas nak menjawab. Sesekali ditala sekeliling mencari kelibat Damia
Humaira.
“If you said yes then you desperately need of some correct moral training.” Azri menyambung.
Lisa tergelak. Memang gila siapa
yang menyanjung Adolf Hitler yang telah membunuh lebih kurang seramai 30 juta
orang hasil Perang Dunia Ke-2 yang dicetuskan oleh hasil pemerintahannya. Lisa
masih rasional.
“Positifnya, hanya dia yang berani
menghapuskan kaum Yahudi yang terang – terang disebut sebagai musuh Islam.
Membuktikan yang Hitler juga umpama pejuang Islam. Beliau mempunyai pandangan
yang serupa mengenai kaum Yahudi.”
“What
the fuck!” Azri mencarut. Dahinya berkerut.
Lisa menjeling sekilas. Sexy smart beard (SSB) yang menghiasi
wajah Azri nampak menyerlahkan kematangan apabila air muka tuan punya wajah
bertukar garang.
“Watch
your say.” Lisa memberi amaran.
“You watch
yours.”
“What is so
big deal about this?” Lisa mengejek.
“Sebab ramainya budak – budak yang
dangkal seperti awak apabila menyuarakan pendapat.”
Azri kuat membaca. Masa lapangnya di
rantauan kalau bukan dihabiskan bersuka ria akan dihabiskan dengan membaca. Semua
jenis buku dan genre akan dibacanya. Sekadar menambah pengetahuan dan memang
hobinya. Baru Lisa membuka mulut hendak bersuara, Azri memotong.
“Hitler membenarkan kaum tenteranya
bersolat di Dataran Berlin sebelum beliau memulakan ucapan. Beliau juga pernah
dilihat bersama ulama dan dikatakan juga tidak pernah meminum arak. Hitler
dipetik sebagai berkata ‘Aku boleh membunuh semua Yahudi tapi aku meninggalkan
sedikit untuk dunia mengetahui mengapa aku melakukannya’. I have my facts. Itu yang awak nak cakap dengan saya Lisa? Those are your facts?” Azri mengasak.
Dia memang pantang orang cakap salah
fakta. Dalam hidupnya cuma ada matematik dan sains. Ada bukti pakai. Tak ada
bukti jangan nak memandai. Isu sejarah pun zaman sekarang rejim Zionis boleh
manipulasikan. Semata – mata mahu menyesatkan pemikiran orang Islam yang senang
ditipu dan mudah dipengaruhi. Azri selalu bersikap kritikal terhadap semua isu
yang dibincangkan supaya justifikasinya sentiasa tepat.
“Salahke?”
Lisa mula tak pasti. Sejarah berada di carta terakhir dalam minatnya atau
langsung tak ada dalam carta.
“Kenyataan
Tony Blair pernah khatam Quran 3 kali, George Bush pula membenarkan tentera
Amerika beragama Islam solat, itu cukup nak cakap mereka cenderung kepada agama
Islam atau pejuang Islam?”
Dalam
hati Azri merujuk kepada dirinya sendiri. Dia dah khatam Quran 2 kali. Dari
kecil Syed Gilani mengajarnya. Mereka sekeluarga boleh berbahasa Arab. Dia
mungkin agak merangkak tapi janji boleh. Baginya Quran ialah sebuah kitab
rujukan. Mengandungi pelbagai ilmu bermanfaat dan penyelesaian bagi isu semasa
yang sentiasa relevan untuk dirujuki. Yang tak sampai di hati Azri ialah
rumusan cara hidup Islam yang wajib ditauladani. Membaca tanpa amal. Membaca
tanpa jiwa. Menyamakan darjat seorang umat Islam bernama Syed Azri setaraf
dengan Tony Blair, mantan Perdana Menteri Britain.
Lisa
menggelengkan kepala. Kena dengar ceramah la pulak. Mana pergi si Damia ni? Lisa merungut.
Azri
melompat duduk di atas bonet kereta.
“Bosan?”
Azri menegur. Dia sudah semakin bijak membaca riak dan air muka Lisa.
“Taklah.
Bengang je.” Lisa buat muka merajuk. Tak kisah pun dengar pasal Hitler. Mulut
dia yang cabul pun.
“Later, saya dah siap entertain mereka. I’ll bring you to Alte Gallerie. Nearby her house and you can taste the
best beer.” Pujuk Azri.
Lisa
diam. Angguk pun tak. Geleng pun tak. Tak payah nak pujuk. Tak jalanlah.
“Just continue your ideas about Hitler.”
Lisa menukar topik realiti kepada sejarah yang mula mencambahkan minatnya untuk
lebih mengenali siapa sebenarnya Adolf Hitler.
“Bukan
idealogi saya tapi fakta sebenar yang dikumpulkan oleh bijak pandai yang
menyedari keagungan Hitler yang dijulang adalah tak memadai dengan kezalimannya
yang akhirnya menjurus kepada teori bahawa radikalnya Hitler ialah kerana
Islam. Jadi Islam itu agama yang kejam. Minat Hitler kepada Islam bukannya
minat kepada agama tapi minat kepada nafsu. Nafsu untuk menguasai dunia. Ramai
yang terpedaya dan langsung tak mengetahui Hitler membunuh Yahudi ialah kerana
dominasi dan kekejaman Yahudi memonopoli ekonomi ke atas penduduk German semata – mata. Bukan
kerana Islam, bukan kerana pemahamannya mengenai kaum Yahudi yang dilaknat oleh
Allah.”
“The
Führer.”
Terluncur di mulut Lisa.
“Ya,
Hitler digelar The Führer oleh tenteranya tapi maksud sebenar Führer ialah
pemimpin tapi dunia kini lebih menggunakan perkataan itu khusus untuk merujuk
kepada Hitler.”
“I
watched The Rise of Evil.”
Azri
tergelak. Tengok filem rupanya. Sah Lisa betul – betul maksudkan kata – katanya
merantau ke bumi Nazi kerana Adolf Hitler. Otak Lisa memang tak betul. Lain
sangat pemikirannya.
“Why
I’m not surprise.” Azri berdiri di sebelah Lisa apabila melihat Damia
Humaira menghampiri mereka.
“Walau
pun berbeza sudut pandangan saya dan awak dan mungkin salah saya menggelarkan
beliau pejuang Islam. Tak lah bodoh sangat saya nak menyanjung seorang yang
kejam seperti itu. Lagi baik saya sanjung Nabi Muhammad.” Lisa menegakkan
pendiriannya. Dia pun tak bodoh mana. Dia tahu idola yang paling agung di dunia
ialah Rasulullah sendiri, pemimpin umat Islam sendiri.
“Good
to hear that.”
Azri
malas nak mengulas namun dalam hati dia bersangka juga. Betulkah Lisa tahu
perbezaan cara perjuangan Hitler dan Nabi Muhammad menentang Yahudi. Kalau
Hitler sinonim dengan perang Holocaust untuk memusnahkan Yahudi dengan pembunuhan
kejam maka Nabi Muhammad pula sinonim dengan kisah Perang Khaibar yang mana Baginda
memberi keampunan kepada yang tunduk menyerah walau pun nyawa Baginda cuba
ditamatkan dengan racun perempuan Yahudi. Kisah Perang Khandaq pula Yahudi Bani
Quraizah yang telah melanggar perjanjian perdamaian Madinah sehingga
menghancurkan Madinah. Ironinya hanya yang terlibat dalam perang itu sahaja
dihukum bunuh kerana pengkhianatan dan kepada perjanjian dan perdamaian
Madinah. Malah mereka dibicarakan dulu dan adilnya, hakimnya dipilih oleh
kalangan kaum Yahudi Bani Quraizah itu sendiri bukan oleh Baginda atau mana –
mana sahabat.
Kisah
Adolf Hitler ialah kisah perjuangan nafsu, pejuang yang gilakan kuasa dunia.
Kisah seorang pejuang yang paling bijak memanipulasikan keadaan. Kisah seorang
hamba yang menggunakan segala ilmu di dada untuk kepentingan sendiri.
Kisah
Azri ialah kisah si bijak pandai yang berpengetahuan luas.
Kisah
Lisa ialah kisah si pandai yang celik ilmu.
Hubungkait
kisah cinta bersulamkan duniawi, ilmu yang benar tapi tidak sampai kepada
amalan yang dituntut memberi satu persamaan nyata di antara mereka.
Hitler
+ Azri + Lisa = Manusia bertamadun yang lupa kewujudan mereka di bumi bukan
sekadar menghias tetapi sebagai hambaNya. Yang dituntut menuntut ilmu sehingga
ke hujung dunia bukan kerana semata – mata membanggakan ibu bapa di kampung
halaman atau kerana merebut kuasa dunia tetapi dituntut oleh Allah agar
menggunakan ilmu yang dituntut ke landasan agama yang luhur, landasan yang
menjanjikan saham akhirat.
“Ketat
je muka sorang – sorang ni kenapa?”
Damia Humaira menegur.
“Hot debate.” Lisa menjawab ringkas. Dia
berjalan ke bahagian penumpang.
Hati
Damia Humaira berdetak. Hot debate?
Kena berpisah sekejap dah gaya laki bini nak kena paksa bercerai ke?
“Azri, I will go fetch our family at the
airport then later after sending them to hotel, I’ll come to fetch you.”
Damia Humaira memberi arahan.
“No, meet you at Marienplatz.”
“No, remember? Sharifah Azra wants
to stay at your place?”
“Oh yes.” Dah pasti nak kena hantar
barang Sharifah Azra ke studionya dulu dan barulah mereka akan berkumpul di
hotel di tengah – tengah Marienplatz. Azri menyeluk tangan ke dalam poket jeans
dan berjalan menghampiri Lisa yang sedang menarik tali pinggang.
“Saya
tolong.” Azri tunduk. Tali pinggang ditarik, disilang ke dada Lisa dan diikat
kemas.
“Thank you.”
“Take care.” Kepala Azri masih separuh
di dalam kereta. Tunduk memandang Lisa.
“I’m sorry girl.” Satu kucupan singgah
di pipi Lisa.
Damia
Humaira hanya menjeling.
“HAI
abang. Miss you. Your place is very nice.”
Sharifah Azra bersalam, memeluk Azri dan memuji. Tiga dalam satu. Kemudian merebahkan
diri ke katil milik Lisa.
Damia
Humaira duduk di sofa bed. Penat terpaksa menjadi pemandu tak bertauliah satu
hari suntuk. Tak kira hati sakit melihat drama Azri – Lisa. Tak kira makan hati
berulam jantung dengan kata – kata sinis Lisa dalam kereta tadi.
“Kalau
dah break dengan Azri kenapa kau
susah – susah risaukan dia?” Lisa
merujuk kepada perbualan yang didengarinya malam tadi.
“Mind your own business.” Damia Humaira
terdiam. Tak padan dengan junior.
Mulut amboi.
“My business because now...”
“he is yours?” Damia Humaira menyambung
ayat – ayat Lisa.
Lisa
cuma nak sambung lagi ‘he is my room mate’
tapi nasiblah tingkah laku dan cara Azri melayannya memang membuat orang salah
faham. Walau pun Azri secara terang bercakap mengenai hati dan perasaannya tapi
bagi Lisa itu sekadar mainan. Hatinya belum betul – betul tersentuh dengan kata
– kata Azri, hatinya belum tewas dengan permainan Azri.
“Saya
faham awak dan Azri ada family
relationship thingy but the emotion should be crystal clear.” Lisa pun tak
tahu kenapa dia boleh selamba sembur. Mungkin cara Azri melayan Damia Humaira
jelas menolak kehadiran gadis itu.
“It
takes a couple seconds to say Hello, but forever to say Good bye. Yes
this sounds so selfish. I’ve another man in my life but this is my exact
feeling towards him.”
Lisa menelan air liur mendengar
pengakuan berani mati Damia Humaira. Memang patut Azri angin macam orang kena
serang puting beliung apabila berhadapan dengan Damia Humaira tapi Azri pun
sama. Bukannya baik mana pun. Kalau dengan semua perempuan dia layan baik, kekasih
hati mana tak bosan. Baru kenal Lisa, dilayannya macam dah kenal bertahun,
kalau dia jadi Damia pun cabut. Benarkan Azri begitu?
Lisa malas nak ambil pusing. Bukan
masalah dia. Kalau suatu hari nanti dia menerima Azri sebagai room mate yang akan mendiami hatinya
sekali pun, baginya Damia Humaira seorang yang tersangat bodoh. Pandai belajar
sampai ke negara orang tapi bodoh apabila membuat keputusan yang melibatkan hati.
Apa nak dikenang keputusan yang sudah dibuat. Kalau hati sudah berdetak Azri
bukan orangnya maka teruskan hidup dengan pilihan yang lain.
“By
saying that, are you always this stupid or are you making special effort today
because I am his girl? Leave him forever for God sake.”
“Dah
kau jangan nak tidur – tidur. Terbabas karang
kesian Mommy tunggu kat hotel. Siap sekarang.” Suara tinggi Azri gaya abang
sulung memberi arahan mengejutkan Damia.
“Ya
lah. Mandi jap. Tukar baju.” Sharifah Azra merungut. Penat juga perjalanan dari
Dubai. Ingat nak tidur sahaja. Tambah pula ditemani desiran air sungai mengalir
sayup – sayup di balkoni. Sungai apa lah kat bawah tu yang nampak macam kat
kampung sahaja panoramanya. Getus Sharifah Azra dan melangkah ke bilik air.
“How is she?” Azri berpaling menghadap
Damia Humaira apabila bayang si adik menghilang.
“Lisa?”
“Siapa
lagi aku nak tanya. Dia okay tak? Selesa tak duduk rumah kau?”
“Entah.
Letak je barang lepas tu dia terus keluar. Tak sempat nak tanya.” Damia
menjawab malas.
“Keluar?
Dengan siapa?”
“Dia
cakap kawan. Kebar tak silap namanya.”
Tengku
Akhbar?
Shit!
Dear readers, I love you guys.
p/s: 1st of all sorry lambat update & terus nak ckp here sy skang tak semeroyan dulu sbb beberapa faktor yg x dpt dielakkan. Sob3x.
But every week ada n3 and sy mmg nk habiskan b4 Ramadhan. Wee~~~
Doakan sihat & umur panjang & akal yang cerdas.
p/s/s: Pendapat saya mengenai sejarah dunia tak mewakili mana - mana pihak lain & do share ur thoughts if u hv one, i mean if it happen to be different fr mine.
XOXO!!