IZZIE melangkah ke ruang makan
dengan malas. Selepas Subuh, Mommy berpesan menyuruhnya bersiap. Izzie hanya
mengenakan sepasang baju kurung moden berwarna hitam dengan corak batik di
hujung lengan berwarna hijau pucuk pisang. Sesuai dengan hatinya yang kelam dan
kelabu. Izz Laith nampaknya turut sama bersarapan di rumah banglo yang muram
dan sepi dek penangan keputusan bodoh yang diambilnya. Pengorbanan yang tiada
erti, pengorbanan yang menyakitkan hati banyak pihak.
“Dik, duduk sini.”
Izzie menurut sahaja. Hanya Izz yang
masih sudi melayannya. Daddy dan Mommy tidak mengendahkan kehadirannya. Izz
menghulurkan secawan kopi kepada Izzie.
“Abang tak balik lagi?”
“Hari ni baliklah. Tak bolehlah
abang nak tinggal Kak Herlina lama – lama. Kesian pula. Kalau dia boleh cuti
abang dah angkut dia sekali.”
Izzie mengangguk lagi. Izz sudah
berkeluarga dan menetap di tempat si isteri bekerja. Kak Herlina bertugas
sebagai seorang doktor di Batu Gajah. Susah kalau dia nak minta cuti yang tidak
dirancang. Setelah sebulan lebih Izzie dan Hairi bercerai baru Mommy khabarkan
kepada abang dan tanpa berlengah abang balik. Risaukan si adik. Risau sebab
Izzie hanya menangis sahaja apabila bercakap melalui telefon.
“Kejap lagi pergi kerja. Jangan nak
malukan Mommy dan Daddy lagi.”
“Hah?” Izzie terkejut mendengar
arahan Daddy. Nada suara Ahmad Laith yang tidak mempunyai ruang toleransi.
Izzie sangat kenal dengan intonasi itu. Patutlah Mommy menyuruhnya bersiap. Dah
berapa lama dia terperap di dalam rumah.
“Tapi.....”
“Bukan Daddy suruh Izzie pergi
menggedik macam orang gila talak kat Hairi tapi tolong jaga air muka Hairi.
Sekarang tak ada orang pun yang tahu kamu dah bercerai. Pergi bincang elok –
elok dan selesaikan hal ni cara matang.”
“Tak kan Izzie nak kena jumpa Hairi
lagi. Malulah Daddy.”
“Izzie malu? Kami tak malu? Hairi
tak malu? Apa dia nak cakap dengan budak – budak di pejabat? Kahwin dua minggu
lepas tu isteri minta cerai?”
Air mata mengalir perlahan di pipi.
Terasa murah benar air matanya menitis kebelakangan ini. Roti bakar yang
diletakkan oleh Izz ke dalam piring di hadapannya tak jadi disentuh.
“Daddy...kan Izz cakap tadi. Biar
Izz yang uruskan.”
“Adik kamu ni bukannya boleh diberi
muka. Kalau tak diajar, lain kali dia buat lagi. Dia ingat perkara kahwin –
cerai ni boleh dibuat main agaknya.” Mommy pula menyampuk.
Langsung tak kasihankah mereka
dengan nasib anak perempuan mereka? Izzie mengetap bibir. Air mata diseka
dengan hujung jari. Dia sendiri pun menderita dengan keputusan bodoh yang telah
diambilnya. Dia menyesal tapi apa gunanya?
“Izzie, dah lah menangis tu. Makan,
nanti abang hantar Izzie pergi pejabat.”
Izzie mengangguk lemah. Air kopi
dalam cawan tak mampu nak dihabiskan. Mommy bangun untuk membuat rutin biasa
seorang isteri. Menghulurkan briefcase
untuk Daddy dan menemani Daddy ke kereta. Rutin yang tak sempat pun untuk dia
laksanakan dalam tempoh bergelar isteri yang singkat. Izzie Laith tak mampu
menjadi isteri solehah seperti Izzah yang sentiasa setia untuk Ahmad Laith.
“Jom!” Izz menepuk bahu Izzie yang
leka memerhatikan keintiman hubungan ibu dan bapa mereka.
“Abang, Izzie malu lah. Segan pun
ada. Nanti Hairi cakap apa tengok muka Izzie nanti?”
“Izzie, kita kena bertanggungjawab
dengan pilihan yang kita buat. Hairi yang suruh Izzie masuk kerja. Ada nak
bincang sikit. Pergilah. Bincang elok – elok. Dulu bincang depan orang tua tak
sama.” Tenang suara si abang menasihati si adik yang telah tersalah langkah.
“Semua orang salahkan Izzie tapi
pernah ada orang cuba faham perasaan Izzie? Izzie sedih, kecewa, rasa tertipu
dan hati Izzie terluka abang.”
“Abang faham. Sabar ya dik.”
Izz mengusap belakang Izzie.
Mengalirkan sedikit kekuatan untuk si adik.
“PUAN Izzie, petang ni Encik Hairi
bagi semua orang balik awal. Nak pergi rumah arwah Tengku Rinda. Puan nak ikut
kami atau pergi dengan Encik Hairi?”
“Saya pergi sendiri. Encik Hairi mungkin
balik lambat.” Izzie menjawab teragak – agak juga kerana sejak pagi tadi dia
tak nampak batang hidung bekas suaminya. Terharu mendengar gelaran ‘puan’ yang
masih setia meniti di bibir semua orang yang menyapanya hari ini. Rupanya –
rupanya semua orang menyangka dia pergi bercuti.
“Nureen, dia pergi dengan saya.
Jom!” Azrul Hairi menyampuk dari muka pintu pejabat Izzie yang ternganga.
Izzie terdiam. Nureen terus keluar
dari bilik Izzie. Dia segan sebenarnya dengan bekas suami yang tetap melayannya
baik. Ikutkan hati dia dah tak sanggup untuk bersemuka dengan Azrul Hairi.
Malu, kecewa dan benarlah kata – kata Hairi. Dia bodoh. Pengorbanannya sia –
sia.
Hairi menutup pintu bilik pejabat
Izzie dan melangkah ke arah Izzie yang tidak bergerak. Dia duduk di kerusi
menghadap Izzie Laith yang nampak sangat serba salah.
“Kita pergi sekarang?” Hairi
memandang wajah bekas isteri yang nampak kusut sahaja. Mungkin bertambah kusut
dengan syarat yang dia kenakan. Bukan niatnya untuk mempermainkan hati dan
perasaan Izzie tapi dia ada sebabnya sendiri.
“Awak....” Izzie serba – salah. Dipandang
wajah bekas suami dengan pandangan sayu. Nampak Hairi makin gelap pula. Matanya
yang salah atau fikirannya terlalu kusut sehingga salah menilai. Dia mengikut
sahaja rancangan Hairi kerana mahu menjaga hati orang tuanya. Atau hatinya
sendiri?
“Kenapa ni? Kena marah dengan Mommy
dan Daddy lagi?” Hairi dapat agak bagaimana hari – hari yang dilalui oleh
Izzie. Keluarganya sama. Turut memaksa dia agar rujuk kembali tapi kali ini dia
akan menentukan sendiri hala tuju hidupnya. Cukuplah sekali dia patuh.
Izzie angguk perlahan. Apalah nasib
badan. Sudahlah tak bersuami, dibuang keluarga pula. Okay, dia reka cerita. Dia
bukan dibuang keluarga. Ahmad Laith dan Izzah tak kan tergamak membuang satu –
satunya anak perempuan mereka tapi tekanan yang diberi oleh mereka sangat hebat.
“Apa semua ni?”
“Kita bincang dalam kereta. Dah
pilih tajuk apa nak buat?” Hairi bangun. Dia bergerak ke kerusi Izzie. Menepuk
belakang kerusi dan menanti dengan sabar langkah Izzie yang nampak serba tak
kena.
“Dah. Nina suruh pilih tajuk yang
ringkas. Saya ambil kes untuk projek TESCO.” Izzie tahu Hairi cuba melarikan
diri daripada topik yang dibincangkan. Mereka melangkah ke kereta tanpa suara.
Mati di situ sahaja perbualan mereka. Kisah hidup mereka yang sesingkat
rantaian hidup kelip – kelip.
“Izzie. Awak sihat?” Hairi berbasa –
basi. Punat penghawa dingin kereta ditekan.
“Okay. Awak pula? Nampak makin gelap.”
Hairi hanya ketawa apabila ditegur
gelap tapi sungguh kulitnya yang sawo matang nampak seperti terbakar. Duduk
sebelah macam ni, mata Izzie asyik menjeling ke kanan sahaja.
“Sebelum saya lupa. Kat belakang
kereta ni ada cenderamata untuk budak pejabat. Saya cakap kita pergi makan
angin. Tak kan balik tangan kosong.”
“Awak pun baru masuk kerja hari ni
ke? Pergi mana?” Izzie dah muka pelik. Patutlah semua orang menegurnya ramah
seperti biasa.
“Risau? Awak ambil berat pasal saya
ke ni?” Hairi bertanya dengan nada yang tenang tapi nada provokasi terkesan di
hati Izzie.
“Saya faham. Awak mesti sedih lagi
tentang Rinda. Memang kalau saya pun satu kerja tak boleh nak buat. Memang
patut awak pergi bercuti.”
Hairi menghela nafas dalam.
Nampaknya sampai sudah Izzie belum pandai menelah hati dan perasaannya.
“Betullah tu. Orang yang baru
kehilangan bekas kekasih dan baru ditinggalkan isteri memang perlukan ruang
masa untuk berfikir dengan tenang.”
“Saya minta maaf. Saya rasa itu yang
terbaik untuk awak. Saya minta ampun. Saya tahu saya salah.”
“Saya dah ampunkan awak. Hidup ni
senang Izzie. Kalau saya suami yang baik, isteri saya takkan tinggalkan saya.”
Izzie terdiam. Kata – kata Hairi
menikam ke kalbu. Saya isteri yang kurang serba – serbi. Awak seorang suami
yang sempurna. Hanya saya yang tidak tahu menghargai hubungan kita.
“Izzie,
let bygones be bygones. Tujuan saya suruh awak datang kerja hari ni sebab
nak bincang beberapa perkara.”
“Awak setuju dengan rancangan
keluarga kita suruh rujuk semula?” Mata Izzie bersinar dengan penuh harapan.
Harapan untuk menebus semua kesalahannya. Harapan untuk menebus maruah
keluarganya.
Hairi tergelak. Biarlah rasa hatinya
dipendam sahaja. Dia suka melihat perangai Izzie yang polos. Kata – katanya selalu
nampak comel pada pandangan mata Hairi. Betullah orang cakap, tak ada orang tak
sayangkan isteri. Nikmat di dunia, hanya isteri yang mampu beri. Perasaan dan
hati dilanda badai setelah ditinggalkan isteri tak sehebat berpisah dengan
kekasih hati. Sepanjang dia berada di Pulau Tioman berminggu lamanya, dia menjelajah
segenap Kampung Juara dan meneroka ceruk laut indah tapi fikirannya hanya
memikirkan satu nama. Izzie Laith! Membayangkan hari – hari yang bakal dilalui
tanpa seorang isteri dan membayangkan nasib Izzie Laith sendiri tanpa Azrul
Hairi di sisi.
Izzie langsung terdiam. Hairi
mempersendakan soalannya.
“Kenapa? Awak sudi jadi isteri saya
balik? Don’t tell me you fall for me.”
Hairi menjeling sekilas. Rasa bersalah pula ketawa begitu. Izzie menunduk
sahaja di sebelah.
“I
think I....”
I
think I love you. Tersekat di kerongkong apabila Hairi terus memotong
ayatnya.
“Izzie, perkara pertama ialah awak
boleh terus kerja dengan ARH. Kedua, saya harap awak diamkan dulu hal kita.
Saya janji apabila masa yang sesuai tiba, saya sendiri akan beritahu orang hal
sebenar. Saya bukan nak ambil kesempatan tapi untuk menjaga air muka keluarga
kedua – dua belah pihak. Saya tak nak keluarga kita menjadi bahan cerita.”
Izzie termalu sendiri. Dia tersalah
meneka. Betul cakap Rehan dia dah macam orang gila talak. Dia ingat dia
menangis macam orang gila selepas baru – baru mereka bercerai. Hatinya sebak
apabila keluarga mereka berbincang, Hairi menolak usul agar mereka rujuk
kembali. Ah, padan muka kau Izzie! Kau bukan sesiapa lagi dalam hidup Hairi dan
tak pernah jadi sesiapa pun.
Teringat perbualannya dengan
Rehan....
“Dia tak nak rujuk balik. Sampai
hati dia. Ann, tolonglah. Baru aku sedar aku sayang dia. Aku sayang Hairi.”
“Ikutkan hati sungguh aku rasa nak
lempang pipi kau ni tapi kasihan pula aku tengok kau meroyan.”
“Ann...tolong aku. Aku nak buat apa?”
“Izzie
Laith, listen! Supermodels get
dumped. Celebrities get dumped. The most beautiful people in the world get
dumped. You just happened to be on the receiving end this time, so get over it and move on. Hairi
had his own share of heartache.”
Izzie
menarik nafas dalam. Setelah berminggu – minggu mereka berpisah, Kenapa dia
masih berharap?
“Hairi,
saya rasa permintaan pertama awak saya terpaksa tolak. Saya minta maaf. Saya
tak boleh tengok muka awak hari – hari. Saya akan terkenangkan semua dosa –
dosa saya dan saya tak akan mampu memulakan hidup baru. Permintaan awak yang
kedua. Insya Allah. Tanggung jawab nak menjaga maruah keluarga patutnya saya
yang pikul sebab semuanya salah saya.”
“Betul?”
Izzie
mengangguk.
Hairi
hampa. Hampa dengan keputusan yang diambil oleh Izzie walau pun dia amat
berharap keputusan ini yang akan diambil oleh Izzie. Dia mahu mengajar Izzie
membuat keputusan yang tepat. Bagi Hairi, Izzie umpama lalang. Disuruh kahwin,
dia ikut. Disuruh rujuk, dia ikut. Bila agaknya Izzie akan pandai menilai hati
sendiri?
“Saya
akan cari tempat kerja yang bagus untuk awak. Hal tu jangan risau. Awak boleh
terus sambung projek awak dengan Nina. Kita dah sampai ni. Nanti saya hantar
awak balik. Saya tahu Izz yang hantar awak tadi. Kita bincang lagi.”
Izzie
mengangguk.
AZRUL
HAIRI mencuri pandang Izzie dari jauh. Sesekali dia nampak Izzie tersenyum tapi
air muka Izzie jelas menunjukkan kedukaan.
“Bekas
isteri aku, yang pakai baju kurung warna hitam tu.” Hairi memperkenalkan Izzie
kepada Ghazi. Sahabat baiknya juga sahabat baik Tengku Rinda.
“Lawa
jugak. Betul kau tak nak rujuk? Tak nak bagi dia peluang? Kau pun salah.
Perempuan mana tak sakit hati tahu suami ada kekasih hati dari zaman belajar
lagi. Patutnya kau cakap kau dah lama berpisah dengan Rinda. Ini mengaku
berpisah sebab kena kahwin dengan dia. Mestilah dia kecewa. Korang dah lah kerja setempat. Budak ARH
tak bercerita depan dia pun tapi dia mesti rasa seperti orang ketiga. Mulut kau
pun cabul. Talak buat main – main.”
“Dia
tak rasa apa – apa pun. Dia tak pernah cintakan aku.” Hairi menjawab pendek.
Bab talak, dia tahu itu kesilapannya yang paling besar. Kesilapan kerana pada
percaturannya Izzie akan patuh tapi dia silap. Keberanian Izzie di luar
jangkaan.
“Kau
mana tahu hati dia?” Ghazi mengasak lagi. Kasihan dengan nasib Azrul Hairi. Dia
ada di saat Hairi patah hati kerana terpaksa berpisah dengan Tengku Rinda. Dia cuma
tiada di saat Hairi memulakan hidup baru dengan pilihan keluarga. Malah Ghazi
sangat terkejut dengan berita yang dia dengar. Hairi paksa dia terbang dari Singapura
untuk menemaninya di Pulau Tioman. Kalau orang tak beriman dan tak percaya
dengan qada dan qadar yang telah Allah tetapkan, rasanya Hairi dah cabut paip
tong gas sendiri di tengah laut dalam.
“Kami
kahwin sebab keluarga. Dia jenis lurus. Ikut cakap orang sahaja. Hati sendiri
nak apa pun aku tak tahu.”
“Kau
boleh bimbing dia. Aku tahu kau sayangkan dia.”
“Entahlah.
Biarlah macam ni dulu.”
“Fikir
betul – betul.”
“Dah
masak dah fikir. Life is complicated.”
Hairi menamatkan soal hati yang sedang dibincangkan. Dia pasti dia sayangkan
Izzie Laith tapi dia juga pasti yang perkahwinan yang bahagia bukan
berlandaskan restu ibu bapa semata – mata atau cinta semata – mata. Kedua –
duanya perlu seiring. Dalam hal ini dia juga salah kerana lambat mencambahkan
rencah dalam perkahwinan mereka.
Hairi
melambaikan tangan apabila dia nampak Izzie tercari – cari. Dah lewat sangat
kerana mereka menanti sehingga majlis tahlil selesai dan menjamah dulu hidangan
yang disediakan oleh tuan rumah. Ghazi yang mengajak Hairi melepak di depan
pagar selepas makan tadi.
“Hai.”
Ghazi menyapa Izzie mesra.
“Hai.”
Izzie tersenyum nipis sekadar menghormati sahabat Hairi.
“Hairi
ni dah gelap sangat. Balik Clorox sikit.” Ghazi berselorah. Cubaan untuk
menceriakan suasana hening antara mereka.
“Kau
pun sama hitam ada hati nak mengata aku. Ini kawan saya, Ghazi.”
Izzie
hanya tersenyum. Walau pun Hairi bertambah gelap, ketampanannya pada pandangan
Izzie langsung tak terjejas.
“But you don’t have to worry Izzie
because his heart is brighter and more valuable than the colour of his skin.”
Hairi
merapati Izzie dan berbisik, “Someone
never sees that.”
“Macam
buah manggis, isinya putih dan yang penting rasanya manis.” Izzie sekadar
memenangkan Hairi. Memuji bekas suami secara terang.
“Kalau
bantal peluk kau yang bagi testimoni cakap isi manis, kena balik dululah. Malam
Jumaat ni pun.”
Ghazi
dan Hairi tergelak. Izzie pula termalu sendiri dengan kata – katanya.
“Lebih
- lebih kau ya. Dah jangan nak layan dia ni lagi. Kita balik dululah.”
“Ya
lah jumpa lagi. Kena jaga Hairi elok – elok, jangan lepaskan sebab orang Ambon
cakap, sehitam – hitam kepala keretapi tapi ramai yang menanti.” Ghazi berkias
sekadar menduga.
Izzie
hanya tersenyum. ‘Makan dalam’ betul kiasan Ghazi.
“KERETAPI dah terlepas.” Izzie
mengeluh. Dia mengacau – ngacau straw di dalam gelas.
“Kapal terbang lagi sesuai untuk
awak kot.” Hairi tersenyum. Mereka singgah di sebuah restoran sebelum balik.
Sekadar menyambung perbincangan antara mereka. Menghabiskan sisa – sisa yang
tertinggal.
“Kejap lagi saya hantar awak balik.
Sekarang terpulanglah. Awak nak masuk kerja lagi atau tak. Saya boleh uruskan
semua untuk awak.”
“I’m
sorry. Again I’m sorry.”
“Enough.”
“Saya dah tak masuk kerja. Maknanya
inilah kali terakhir kita jumpa. Halalkan makan dan minum saya.” Izzie
memandang tepat ke arah Azrul Hairi. Mencari sisa harapan yang terakhir.
Hairi mengangguk. Tipu kalau dia tak
sedih melepaskan Izzie pergi. Biar saja sayang yang baru berputik ini mekar di taman
larangan. Biar saja rasa yang bertitik ini membesar di penjara hati.
“Alahai, tak kan lah kali terakhir
jumpa. Kena realistik Izzie. We might
bump into each other if God willing.”
“Awak ni kan. Eeee....” Izzie memuncungkan mulut. Baru nak melodramatik, Hairi
dah potong.
“Live
well, will you?”
Mereka bertentang mata.
Izzie mengangguk. Air mata mengalir
tanpa dapat ditahan. Dia bangga dengan dirinya sendiri. Bangga kerana dapat
berhadapan dengan realiti walau pun impiannya berderai.
Hairi membuang pandang. Dia bukan
lagi orang yang berhak untuk menyapu air mata yang mengalir di pipi Izzie.
Antara mereka sudah terlucut ikatan yang sah.
“Izzie, awak ingat lagi tak masa
kita jumpa pertama kali dulu?”
Izzie mengangguk. Tak mampu nak
bersuara.
“Saya sekarang ni dah kira status ex-spouse. Saya nak sangat tahu saya ni
masuk kategori mana?”
Kisah pertemuan kali pertama antara
mereka terimbau kembali....
“Pak
we tak ada. Ex – boyfriend adalah tapi tak kiralah kan.” Izzie menjawab
selamba. Tak nak mengaku kalah dan lemah di hadapan Azrul Hairi.
“Ex
– boyfriend kategori yang macam mana? Kena dump sampai awak nak bunuh diri atau
kategori yang awak dump dia sebab nak kahwin dengan saya?”
“Perasan.”
Izzie tersenyum nipis. Boleh tahan kelakar dan perasan juga mamat ni.
“I think there are two categories of ex-boyfriend,
satu ialah yang masih diingati in a good way dan dua yang memang kalau boleh
tak nak ingat langsung and these memang tak ada kena - mengena dengan who dump
who. Seriously.”
“Okay,
muka awak memang serius Izzie.” Hairi tergelak.
“Hairi, masa awak tolak rancangan
keluarga kita untuk rujuk kembali, saya rasa awak sangat kejam. Awak baik tapi
kejam. Awak seorang suami yang baik dan selama mana yang mampu saya kenang saat
antara kita, saya sedar layanan awak tak ada kurangnya. Jadi saya rasa awak
sangat kejam apabila tak nak bagi saya peluang untuk menebus dosa saya.
Sekarang, berhadapan dengan awak, saya tak mampu pun nak membenci awak. You’re my new invented category. My Jekyll
and Hyde.”
Hairi tersenyum. Puas dengan
pengakuan ikhlas Izzie. Dia faham maksud peribahasa Jekyll and Hyde, seorang
yang mempunyai dua personaliti iaitu sangat kejam dan juga sangat baik.
You
are my Jekyll and Hyde too Izzie. You leave me when I start to love you. You
love me when I start to leave you.
“Izzie, saya minta
maaf.”
“It’s
okay. I won’t cry anymore after this.”
“Promise?”
Izzie menganguk. Air mata yang makin
laju mengalir disapu dengan hujung lengan baju kurung.
“Always
remember, be the flow.”
Izzie mengangguk lagi.
If
Allah fated us together again, I just want you to know that in my life, I only
like two choices. I build it or I break it. Izzie Laith, I wish you well
because I will pray that one day will come.
Kata – kata yang tak mampu dia
luahkan. Cukuplah setakat ini. Dalam kamus hidup Azrul Hairi tak akan ada pilihan
yang ketiga. Kenapa dia menunggu selama ini untuk bertentang mata dengan Izzie
Laith? Azrul Hairi mengharapkan keajaiban, berdoa agar ada benih yang ditabur
menjadi supaya dia tak perlu membuat apa – apa pilihan. Sayangnya impian mereka
berderai jua dalam meredah realiti. Kisah mereka umpama kelip – kelip. Walau
pun singkat kelipan hidupnya tapi ianya sesingkat yang terindah.
My
Jekyll and Hyde, let go and let God.
Jika teringat
tentang dikau
Jauh di mata dekat di hati
Jauh di mata dekat di hati
Sempat terpikir tuk
kembali
Walau beda akan kujalani
Tak ada niat untuk selamanya pergi
Walau beda akan kujalani
Tak ada niat untuk selamanya pergi
Jika
teringat tentang dikau
Jauh di mata dekat di hati
Apakah sama yang kurasa
Ingin jumpa walau ada segan
Tak ada niat untuk berpisah denganmu
Jauh di mata dekat di hati
Apakah sama yang kurasa
Ingin jumpa walau ada segan
Tak ada niat untuk berpisah denganmu
Jika
memang masih bisa mulut ku berbicara
Santun kata yang ingin terucap
Kan ku dengar caci dan puji dirimu padaku
Kita masih muda dalam mencari keputusan
Maafkan daku ingin kembali
Seumpama ada jalan tuk kembali
Santun kata yang ingin terucap
Kan ku dengar caci dan puji dirimu padaku
Kita masih muda dalam mencari keputusan
Maafkan daku ingin kembali
Seumpama ada jalan tuk kembali
Jika
teringat tentang dikau
Jauh di mata dekat di hati
Tak ada niat untuk selamanya pergi
Jauh di mata dekat di hati
Tak ada niat untuk selamanya pergi
Jika
teringat tentang dikau
Jauh di mata dekat di hati
Tak ada niat untuk berpisah denganmu
Jauh di mata dekat di hati
Tak ada niat untuk berpisah denganmu
p/s: TAMAT
with love
Ala, nape x rujuk balik.. sedihnya.. emo baca kali ni... huhuhu... T___T
ReplyDeletestuju
DeleteFrust
DeleteArggggg cube bagi happy ending... Biarlah org kata asal buat novel nak happy ending je.. Ingat no fairy tale ke... tapi biarlah... happy ending pun... Tak suka sebab tak happy ending... but suka sgttt thos story...
ReplyDeleteErm... Let go and let God...sound great!
ReplyDeleterasanya pertama kali baca kisah yang ending cenggini. so nice. kalau zz tak termampu nak buat. err... ada sekuel lagi tak? ngee... pembaac yang takkan penah puas.
Deleteala....rujuklah rujuklah
ReplyDeleteErmm...sedihnya yang nyata kedua-duanya ego tak berterus terang tentang perasaan masing-masing.
ReplyDeletesebenarnya saya nak cakap azrul hairi yg xmatang sbb cerai taklik tu mmg sepatutnya membuatkan izzie keluar. kerana xkan dia xnak keluar rumah sampai bila-bila. jadi mmg sepatutnya dia keluar untuk jatuhkan cerai taklik dan rujuk semula kalau ingin bersama dan bukannya mengharapkan isterinya mengandung sebagai jawapan untuk tidak membuat pilihan. saya suka ceritani tapi saya rasa azrul hairi yg salah jadi saya keliru. peninglah pikir. jalan mudah sepatutnya xde masalah.
ReplyDeletesetuju2. rasa mcm tak adil lak. izzie dah luah kut. bagi je lah peluang. lagipun perempuan nie mmg cepat sgt sentap. sebab tue kuasa talak ade pada lelaki. tapi tgk cite nie macam lelaki tue pun sama2 sentap. adeh
DeleteSetuju sangat sangat .... sampai bila org tu tak keluar rumah... kalau nak jatuh hukum pun berpada pada lakan. ... bila ego lelaki dah terlampau tinggi macam ni la jadinya..... tak matang
Deletehahhaha....rajin plak nak komen. awak sy sgt setuju hoccay dgn pendapat2 kat atas. hmmm...tp percayalah laki2 mcm ni wujud. Ada lah org yg sy kenal dulu, benda bodoh je pun main ckp kat bini dia. pastu masuk ofis gelabah ayam sbb dah tercakap. Kena rujuk balik cara betul.
DeleteKalau sy tersambg Insya Allah mayb boleh kupas bab ni lebih so both man&woman hv better understanding not to take this kind of issue lightly.
Thanks readers!
soobb soobbb...jodoh diaorg pendek.
ReplyDeletemaybe Hairil jumpa girl lg bagus drpd Izzie. ^_^
soobb soobbb...jodoh diaorg pendek.
ReplyDeletemaybe Hairil jumpa girl lg bagus drpd Izzie. ^_^
Rasanya sama-sama masih x faham hati masing-masing dan masih malu untuk berterus terang...
ReplyDeleteAzrul sebenarnya EGO... dah orang x sudi kan Izzie ... x kan nak tersua-sua pula....
tapi rasa x puas lah....
ReplyDeleteErghhhh buat rehan tu hantuk kepala dua org ni plk n yeahhh be waiting for next part...mengapa berat mengaku cinta pdhal ia ada... huhuhuhu..
ReplyDeleteSambung rin n sy rs u r getting better words by words..
ReplyDeleteSedeynya tapi kalau jodoh tak ke mana.. Masa akan menentukan perjalanan hidup manusia ni... Cabaran dan dugaan tu yg buat kita dewasa dan membuat keputusan yg bijak di kemudian hari..
ReplyDeletekenapa la si KL ni suka buat ending sedih2 gini...kaka memang tak leh trima la ending sedih2 sbb mengganggu emosi kaka... boleh buat kaka moody tauu...
ReplyDeleteplease sambung....kesian izzie dh le lurus dn mnurut kata org tua....
ReplyDeleteyeah after all now i'm getting to love the way you writes..do keep on writing....tak komen x bermakna saya x follow....ramai yang follow..
ReplyDeleteKENAPA X HAPPY ENDING? sobasobsobsobsobsob
ReplyDeleteArghhhhhhhhh rin buat sy meroyan mlm ni. X bole nk sbg kj kat umah nmlk gaya cmni sob sob.... why why why...... tu jer mampu dtanya.
ReplyDeleteuiks. kene bagi bersama lah. kalu tak mcm tak perfect lah. nak ckp mcm mana ek. kira macam benda yg sama je. takde tujuan. sila2 sambung. wait for it.
ReplyDeleteRin dear, thank u so much..! Finally yg ditunggu2x tiba jua.. tp sedihnya baca.. kenapa x bersama..? Nak happy ending between Azrul Hairi & Izzie Laith.. Sambung ya nanti.. Saya tunggu.. Lagu best! *-* apa2x pun, thumbs up utk USD.. Waiting for GET & JET pula.. X sabaqnya..
ReplyDeleteGET and JET akan dibukukan ke?
Deletewriters, sambung tlong... make a happy ending =)
ReplyDeleteSpotted Herlina kat dalam ni. Kawan baik Meen kah? Haha. Org lain sibuk suh sambung gua nampak yang lain. :P
ReplyDeleteErr, sebenarnya saya suka ending ni. Relevan kan dgn tajuk? Be rational, tengok daripada perspektif yang luas. Semua orang memang harapkan 'happy ending' dalam hidup tapi tak semua bertuah merasa 'happy ending' tu. Yang penting, kita berusaha kat dunia ni utk dapat happy ending kita kat 'sana'. :)
salam Rin..thanks for d beautiful story..it makes us think ..life is just not like a fairytale in reality..we can't dictate the ending of our love life..like both of them..it's just such a waste..how a relationship can just slip away..
ReplyDeleteAs-salam KL,
ReplyDeletehmmm ... wat to say? Fate!
tho' both Izzie n Hairil are about to hv tat feeling of LOVE to each other but it was FATED tat they are not to be together for long!
Both are expecting their other half to SAY tat she or he NEEDs n LOVEs YOU – but both failed to express truthfully!
whatever it is talak dh jatuh and it is VALID no matter wat the situation is – be it done in a confuse mind, anger or as a joke!
Cerai taklik adalah sah! Yeah Hairil thought tat by saying those words – he wanted to discipline Izzie to b more realistic n responsible of their marriage! But he was wrong n Izzie took a stupid decision to step out of tat door!
She thought tat her decision & sacrifice might giv happiness to Rinda & Hairil!
Anyway - both gonna learnt from this to prepare n plan their future!
To b honest i love reading happy ending but for this Cerpen - with kawen paksa theme - hmm ... i don mind it ends in divorce! Bcos not necessarily marriage arrange by parents ends up happily - i know both begins to fall for one another but looks like DIVORCE is the best for them! Itu nama nyer TAKDIR! Takdir jodoh dorang x panjang!so kena accept!
TQVM KL ♥♥♥
p/s when u're happily marriage - u don know or difficult how to express the 'sadis' part of divorce! tetiba je!
mcm yg saya cakap sebelumni izzie bukan membuat keputusan yg bodoh dengan keluar walaupun dgn alasan dia yg berbeza pada dasarnya. Padahal Hairil yg salah sbb melafazkan taklik seperti itu. kerana dia perlu menjatuhkan talak itu supaya dia blh keluar rumah atau dia ingin memilih terus bersama dan tidak blh keluar rumah sampai bila2? Jadi keputusan bijak mmg jatuhkan talak dan rujuk semula. konflik disini sbb Hairi ego dan tidahk mahu rujuk konon kerana ketidak rasional izzie sedangkan mereka blh didik semula rumahtangga terutama mmg sudah ada cinta
Deletex puas xpuas..patot kne eppy ending..kl nak lagi,,huhu
ReplyDeleteWe need 2nd chance in life...
ReplyDeleteHuhuhu sedih tapi ni kut balasan Ozzie tu...nk buat cmana Hairi dh takmo dekat dia...hehe dh Lama x baca kisah cenggini.best3,,,
ReplyDeletebla plak nk smbung
ReplyDeleteserius xsabar nk bca smbungan
really emosional
huhu ni ape motif bersambung ni????... ingtkan bila bersambung....cerita jd lain dah..... down semangat ai... (aniway, cerita ni pendek je... tp mampu buat ai sob...sob...la=((
ReplyDelete_aniesue_
Nk lgi.......best......tpi xpuas laa kl....
ReplyDeleteNk lgi.......best......tpi xpuas laa kl....
ReplyDeletehi kak rin :)
ReplyDeleteneway ending yg best,wlpun dlm hati ni nak sgt2 happy ending
tp kalau dh jodoh dorg mmg takat tu je nk buat ape kan.
Maybe 2-3 month @ 2 3 thun kendian,they bumped into each other kot la time tu kelip2 bersinar kembali...eceyhhh
argghhhh... gila bahasa melayu kak rin... makin improve dengan gelodak dalaman.. ecehhh... seriuslahhh.... semua kata bermakna kottt... makan dalam betulll
ReplyDeletefirstly,,,, saya x suka smbungan nihhhh.. sebab menyebabkan hati ni macam kena tikam dengan belati.. kaki mcam berdiri di atas pohon semalu... grrrr.. sakit tauu.. asal menjiwai sangat cerita nihh.. menusuk tulang rusuk betullah...
izzie laith.. fuhhh... dia memang tak paham kemahuan sendiri.. rasa mcm x ada skill comunication antra dia dengan hairi... asal x mengaku je suka kan hairi wehhh?? goda dia balik... tunjukkan kemahuan ati sendiri... tunjukkan kesungguhan y kau sayangkan hairi.. adat manusia, dah hilang baru belajar nk menghargaiiii..
azzrul hairi... ishh.. dah tahu bini tu lagu tuh, mulut tu cabul lagi kan.. tugas suami tu bimbing isteri.. tampal kekurangan isteri.. adeihh... x salahkan hairi pun.. tp.. tp...tp... ambillah izie jd isteri balik...
emo gila baca cerita nihh.. oh begini rupanya baca sad ending y x mengikut kemahuan hati... oh stressss.. tensen.. kak rin,, sambunglah... hope so nnti izzie mengandung.. jd depa ada alasan untuk come back.. tp susah jugak... anak x boleh dijadikan alasan... supposedly, biar mereka kembali sebab alasan 'CINTA' kan...
lagu dayang nurfaizah ni mcm sesuai je ngan gelodak perasaan izzie n hairi..
jiwa meronta hiba, tak bisa putuskan..
kemahuan hati ini menyeksakan diri
namun kekuatan yang masih tersimpan
terlepas daku... dari derita...
p/s:: kak rin... pagi2 mood dah suweiiii.. silalah sambung... plezzzzz..!_!
giler r cerpen ni KL!
ReplyDeletekecewa?..yes la!
tp tu la...positif & terbuka.
pasti ade hikmah nnt.
sabar, usaha & doa.
~let go & let God!~
cayalah KL!!!
sufi (",)
what else to say
ReplyDeletei think both of them ego
mmg patut cerai pun..x de keikhlasan
si suami tahu the weakness dlm isteri tp dia x nk cuba mendidik
kata dirinya betul..so teach her the right way
agaknya nk ckp..set someone free if u love someone
dh terbalik sudah kata2 ni
Hairi sanggup mkn hati sbb nk tjk dia betul
Izzie nk cuba but Hairi x nk
what else to say
it needs two to tango
tq Rin!!
if ada sambungan
ReplyDeleteKelip2 3 maybe
really hope they bump in to each other secara matang this time
ngeeee!Rin..okay tak
ReplyDeleteSedihnya...
Nak happy ending pleaseeeeeeeeee.....
ala...hope ade baby ke...rujuk la semula.....huhuhu...
ReplyDeleteHai KL...
ReplyDeleteSa tertinggal keretapi nampaknya ni, kat atas dah berjela komen sampai 40+ ;) honestly speaking i thought they both will get back together tapi nasib tak menaruh harapan yg tinggi sangat. Knowing u, sure will come out with the unexpected ones.
Kisah dorg dalam manis ada pahit. Yang pahitnya bercerai berailah kan ;( yg membaca ni pun berkecai kejap. Moga nanti kalau masih ada jodoh dorang akan bersatu semula.
Somebody wants u,
Somebody need u, somebody dreams about u every single night,
Somebody's me.....
*bagi pihak izzie
Thank u so much for this lovely piece KL. Awesome as always! Ya tibia lublu!
Assalamualaikum....
ReplyDeleteMcm2 ekspresi muka sy ni waktu baca komensss....
Serious rindu zaman sy aktif berblog. Tak sangka ada yg sudi baca cerpen Kelip - Kelip & sudi pula memberi pandangan masing - masing. Sy amat menghargainya. Sungguh!
Skang sy dah tak aktif kat blog, komitmen bnyk.
Sesekali kna jgak update so caranya is cerpen.
Buku pertama sy dicetak oleh kaki novel and dorg punya style mmg put kat cover collaboration with blog penulis so tak boleh lah biar blog sy bersawang terus. This will explain why BIMBO sy x update kat sini tp KLFP. This will explain knapa sy mlas2 nk smbg Kelip - Kelip. Hahahaa....
Doakan, kalau saya ada material menarik utk dikongsi, ayat power sesuai utk Hairi & Izzie, bolehlah buat happy ending tp Izzie mengandung, the cliche tat everybody wants but not for certain ppl. Hope ada cara mudah atau lebih bermakna kalau nk happy ending. Kena paksa lg sekali ke?
hakhakhak.....
Sebenarnya matikan watak Hairi is the best (i cn do this in Bimbo) hahahaa so x leh request lg....
Sebab idea sy pending, request nk smbg pun kna pending dulu. Bukan sy x nk entertain ya. Sy pun the type typical yg nk happy ending :)
Lev u all.
Terima kasih banyak2.
Jom follow cter Bimbo plak @KLFP.
For pending this, I suit well the title KL The Jekyll & Hyde :p
Lev, XOXO
sedih..sob sob...
Deletesemua tekaan tak kene...
rupanya dorg tak rujuk balik.. izzie tak mengandung.. hairi tak kasi peluang kedua.. sob sob..
tapi luv all ur stori mori.. ^__^
Catchy style of writing :) .... Salute :))
ReplyDeletetamauuuu komennnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnn...
ReplyDeletetp nak request, pasnih wat citer klakar lak eh..
menariklah rin..akak suka
ReplyDeletesangat best..tapi nape pendek sangat...x puas la..sambung lagi bole?hehe
ReplyDeletesangat-sangat best...nak sambungan...plz...........bimbo pun nak..kelip-kelip pun nak..bole?hehe
ReplyDeleteAnon, mizz acu, Lana & Moonchild
ReplyDeletethank u!
cter kalakar? huh sy pandai gelak je nk buat emm..aaah uhh...emmm..hahhaha bnyk tu nk pikir :p
sambung....belum ada benda menarik nk smbg. Nak sgt smbg tp nk tulis apa ek?
Kerana cerpen ni aku dah mula jatuh cinta dgn blog ni huhu tq KL. U make my day
ReplyDeletelaaaaa..... abih gitu aje ke? x mau sambung lagi ke?
ReplyDeleteHatiku berdarah... Sambungan plizzzz.... sya doakan supaya Rin dianugerahkan ilham yg tak putuss2 supaya boleh trus berkarya. .. Btw, USD is just AWESOMe!!! More plizzzz...
ReplyDeletebest2...apesal diaorang tak nk rujuk balik...dua2 ego tahap apetah...huhu..geramnyer!!!...X nk smbng ke kak?bg diaorang rujuk balik...hehe..
ReplyDeletearhhhh..cyn dkt izzie..dapat rasa perasaan dia mcm mana..n hairi tu memang kejam sangat xbg peluang kt izzie...
ReplyDeletekurg cocok dijadikan sad ending.
ReplyDeletekarena izzie baru ditalak satu, dan alsan mereka berpisah tidak kuat.
bertambah lagi keduanya sudah mulai mencintai. jadi alasan dibuat bercerai apa??
jangan cuma karena penulis tidak ingin membuat ending yang sama dengan penulis lain, penulis buat ending yang kurang sinkron dengan cerita..:)
Omg? Frust menongeng sehhh .. Asalaa canggini jdi nyee.. I wanna you to make happy ending to this story.. Coz it make me have a mimpi ngeri.. Huwaaa! Can you ?*begging*
ReplyDeleteDear readers,
ReplyDeleteThank you for following Kelip - Kelip.
Final for kelip - kelip is published for charity event House4Gaza by Aqsa Syarif.
It is under title Anemone by Rin Ahmad - an e-book published by The Gossiper Project (Facebook).
RM 10 and you can get many short story from 10 writers.
Wawa Taufik
Farah Hussain
Suzana Sulaiman
RodieR
Bihadiyatul H
Najwa Ulfah
Anna Lee
Shirod Shuki
Emy Roberto
Read their final touch story there....and do some charity
Final Izzie & Hairi = Anemone
Mcm mne nk dptkn buku kelip2??
DeleteDear readers,
DeleteThank you for following Kelip - Kelip.
Final for kelip - kelip is published for charity event House4Gaza by Aqsa Syarif.
It is under title Anemone by Rin Ahmad - an e-book published by The Gossiper Project (Facebook).
RM 10 and you can get many short story from 10 writers.
Wawa Taufik
Farah Hussain
Suzana Sulaiman
RodieR
Bihadiyatul H
Najwa Ulfah
Anna Lee
Shirod Shuki
Emy Roberto
Wan, cuba pergi Facebook The Gossiper atau Suzana Sulaiman. Semua purchase admin di Facebook uruskan.
Dear writer...your strory is real...
ReplyDeleteTp be honest i am izzie in this life...
I'm struggling tp gather my strength to go through this phase.
Life is too short to crying over
But a partner in our life is Not just a shadow ...but he is in our heart..tp take them out of our heart is Like ripping our heart....thanks you
Dear reader,
DeleteLet go and let God.
I wish you well; better than Izzie's
Please make a special edition with the Happy ending I'm still waiting .
ReplyDelete