DIYA berkali – kali menekan loceng rumah Fareez. Macam – macam buah – buahan kampung yang Atuk Syed kirimkan. Rambutan, duku, dan manggis penuh di dalam plastik yang sedang dijinjitnya. Macam gaya peraih buahlah pulak! Dah pukul berapa ni tak balik – balik lagi? Jam Alba di tangan dikerling sepintas. Hampir menjejak pukul 11 malam. Telefon tak berangkat. Hampir 3 mesej sudah dihantar memaklumkan Fareez akan kehadirannya ini. No response!
Sengaja Diya datang tanpa
memberitahu terlebih dahulu. Kalau diberitahu sudah pasti banyak betul
dalihnya. Takut sangat kekasih hatinya mengamuk. Entah bilalah Fareez nak celik
mata. Rasa nak tongkat je kelopak mata Fareez bagi nampak akan wayang kulit
yang sedang dimainkan oleh Gina. Gadis kaya yang sombong! Agaknya Fareez sahaja
orang kaya yang pernah dikenali Diya tidak pandai menyombong diri.
“Singgah dulu rumah Fareez bagi
buah ni.”
“Tak payahlah Tuk, takat buah
macam ni Fareez selori pun dia boleh beli kat pasar Tuk.”
“Ishh..kamu ni Diya. Kamu tak
kesian kat abang Fareez kamu tu? Mesti dia nak rasa buah rambutan kuning ni.
Benih pokok ni arwah Ilham yang beli suruh Atuk tanam dulu.”
Apabila Atuk dah masuk aura Memorial Day ni baik Diya turutkan
sahaja. Tak kan menang Diya berhujah kalau Atuk Syed dah buka diari lama. Arwah
Ilham, Papa Fareez nama yang tak pernah lekang disebut Atuk Syed. Sampai
sekarang Atuk menyalahkan dirinya atas pemergian arwah pak cik Ilham suami –
isteri dalam kemalangan yang meragut nyawa. Kalau ditanya siapa yang Atuk Syed
lagi sayang antara Fareez dan Diya rasanya Atuk Syed tegar memilih Fareez. Apa
yang nak dihairankan kalau segalanya tentang keluarga arwah tak pernah nampak
pincang dimatanya. Atuk Syed cakap Fareez membesar di hadapan matanya. Sejak
Mamanya mengandung lagi Atuk Syed sudah berkhidmat dengan arwah pak cik Ilham.
Sedangkan Diya? Diya yang mengatur langkah
sendiri ke rumah Atuk Syed, menumpang kesenangan seorang datuk yang tak
seberapa tetapi jauh lebih baik daripada yang mampu disediakan oleh ayahnya
sendiri. Atuk Syed selalu cakap itu balasan untuk Emak kerana kahwin lari dan
dibangkang habis – habisan dengan arwah Nenek dulu. Sudah tua begini Atuk Syed
tidak mampu lagi mencampuri urusan rumah tangga anak perempuan tunggalnya.
Malang bersuamikan lelaki pemalas. Bagi Atuk Syed cukuplah dengan menjaga Diya
seorang. Pandai – pandai Emaklah melayari bahtera sendiri.
Dulu selalu Diya bertanya kenapa
Fareez selalu balik ke kampung. Maklumlah masa tu muda remaja. Cemburu melihat
layanan Atuk Syed yang berlebihan. Malah pernah penampar sulung Atuk Syed
singgah di muka Diya kerana mempersoalkan keturunan Fareez yang lain. Yalah,
mana pergi sanak saudara Fareez yang lain kalau setiap cuti sekolah mesti muka
Fareez menempel di rumah Atuk Syed.
Tanpa disedari Diya, tahun demi
tahun daripada cemburu dan benci, perasaannya berubah menjadi sayang. Urghh!
Manakan mungkin pipit terbang bersama enggang tetapi usaha itu tangga kejayaan!
Kalau hidup Diya seindah manuskrip novel cinta sudah pasti jalannya terang.
Arwah pak cik Ilham mesti tinggalkan wasiat minta Fareez dikahwinkan dengan
cucu Atuk Syed. Mimpi Diya! Mimpi! Berkhayal kat depan pintu rumah orang lama –
lama ni memang gaya peraih buah. Baik aku blah
cepat. Silap hari bulan jadi peraih cinta pula kat sini. Diya mengoyakkan
sekeping kertas daripada buku nota kecilnya.
Fareez, I letak buah ni kat sini je. Dah penat tunggu. Atuk Syed kirim
salam.
- Diya
Diya terlupa sejak bila gelaran
‘abang’ di hadapan dilucutkannya dengan sengaja. Tak komersial nak panggil
‘abang’. Kalau dulu cakap pun Abang Fareez-Diya sekarang dah jadi I-You. Diya menguntum senyum dan
melangkah pergi. Suatu hari nanti Fareez akan menjadi miliknya!
“AWAK
tak nak tengok MU lawan Liverpool ke kat depan? Dorang ada buat tayangan flat
screen macam kedai mamak tu kat bawah kanopi.”
Jasmeen memecah kesunyian malam. Live band mula berhenti diganti dengan
keriuhan sorakan di hadapan. Daripada bercakap topik Anak Tan Sri Farhan yang cantik,
baik cepat – cepat dialih ke topik yang
lebih selamat. Topik pilihan Jasmeen hari ini ialah tak lain tak bukan Mari
Bermain Bola Sepak.
“Aku
kenal MU & Liverpool dah cukup baik tau. No biggie fan!”
Fareez menjawab dengan selamba
sambil mengangkat kedua – dua tangan gaya surrender.
Jasmeen membulatkan mata. Rasa macam nak tulis dalam diari pertama kali jumpa
lelaki yang tak suka tengok bola sepak.
“La..macam
tak manly.”
“Huh?”
“Oh!
Abaikan statement saya tadi.”
Terlampau pula ayat perbandingan
Jasmeen tadi. Amat lah tak rock lelaki yang tak minat bola sepak ni. Jasmeen
yang perempuan ni pun kadang – kadang terpekik terlolong kat depan TV dengan
Ferhad kalau time tengah game best.
“I play rugby, love golf and like tennis very
much.”
Fareez dengan jayanya memberitahu
permainan kegemaran saya ialah ragbi, golf dan tenis tetapi amatlah janggal
kedengaran di telinga Jasmeen. Play, love
and like? Macam pelik kata adjektif yang Fareez guna.
Main rugby? Nak mati cepat apa
dia ni. Bukan main kasar lagi nak dapat touch
down sampai kadang – kadang Jasmeen yang tertengok kat TV orang main ragbi
tu sampai mengucap panjang. Tak boleh nak dibezakan mereka sedang bermain bola
atau sedang membelasah orang. Tak boleh nak bayang wajah handsome di hadapannya ini luka dan tercalar. Kurang la markah
gitu!
“Awak
duduk lah sini layan diri ya. Saya nak pergi depan.”
“La,
tak nak temankan aku? Ke nak aku buai laju – laju lagi?”
“Eh
tak lah, tadi En Fareez cakap nak hidup udara segar kat belakang ni, karang
kalau kita share lama – lama habis
pula udara segar kat sini.”
Fareez tergelak sakan. Bolehlah
pula Cik Bunga Melur ni buat lawak gampang
malam – malam buta ni. iPhone bertukar tangan.
“Terima
kasih ajar saya main Angry Bird tapi
belum lagi lah rasa nak tukar telefon saya. Nak pergi campak lombong, jauh pula
nak pergi cari. Lombong paling dekat pun The Mines, tu pun jauh dari rumah
saya.”
Amik kau! Sesedap rasa je tadi nak kutuk telefon orang.
Ingat iPhone dia tu best sangat.
Kalau aku ni budak tadika best lah jugak.
Aku yang dewasa ni kalau bagi main Fabulous
Barbie limited edition yang dibuat hanya 250 unit sahaja di dunia dan
berharga hampir dua ribu ringgit tu pun
belum tentu nak layan.
JASMEEN melangkah naik ke bilik.
Kalau dilayan lama – lama Fareez tadi
silap - silap boleh jatuh biul dia dengan kerenahnya. Jatuh biul je ke Meen?
Jatuh hati tak? Jasmeen tergelak sendiri dengan gelojak perasaannya. THE ROW alligator backpack ditarik dari
katil dan disandang di bahu.
Melangkah ke ruang kanopi yang
masih meriah, Jasmeen meneropong sekeliling. Line clear! Fareez dah balik. Mama dan Papa disalam hormat. Ramai
lagi tetamu yang enggan berganjak walau jam sudah hampir menginjak ke angka 12.
Maklumlah esok Sabtu, tak ada apa yang nak dikejarkan.
“Bik, jom! Saya tunggu kat depan
ya.”
Kalau tak cepat – cepat masuk
kereta nanti panjang lagi amanat Mama. Cukuplah Bibik seorang yang mendengar.
Jangan lupa masak Cik Lysha ni, jangan bagi Cik Lysha makan tu, suruh Cik Lysha
selalu balik. Kesian Bibik terpaksa menadah telinga. Harapkan Jasmeen ampunlah
nak berlengah – lengah macam tu. Ferhad
yang sedang rancak berbual dengan jiran sebelah rumah yang turut
dijemput hanya dilayangkan flying kiss.
Papa dah bagi green light boleh pakai
Mini Cooper lama yang tersadai di garaj. Tadi lagi Ferhad siap memeriksa enjin
dan parkir di luar pagar siap – siap. Tahu sahaja kakak kesayangan tak akan
mungkin menunggu sehingga majlis tamat. Parkir kat luar senang sikit nak blah!
Aikk...macam kenal je kereta yang
dah mengarwahkan Alpinia Pupurata ni.
Jasmeen berhenti melangkah. Dipandang sekeliling. Mana empunya kereta ni?
“Cak!”
“Astagfirullahalazim.”
Jasmeen mengurut dada terkejut.
Ada ke malam – malam buta ni main ciku-cak.
Karang mende lain yang keluar baru
tahu. Fareez yang muncul dari belakang kereta betul – betul buat Jasmeen sakit
jantung.
“Tak balik lagi? Buat apa melepak
depan kereta ni?”
“Dah balik lah. Saya ni hantu Cik
Bunga Melur ooii.”
Eeiii..... main – main pulak dia. Belasah karang.
“Kereta
rosak. Nak panggil service center
macam dah malam sangat. Malas pula nak tunggu. Paling tak sejam dua juga nak
melangut kat sini. Kau dah nak balik ke?”
“Tak,
bukan nak balik, nak pergi petik bintang kat sana tu hah.”
Giat Jasmeen membalas sambil jari
telunjuk di tala ke langit.
“Nak
ikut petik bintang. Aku pun boring ni.”
“Eh!
Eh! Please gather your sense. Layan pulak dia. Ni beemer macam baru, tak kan rosak kot?” Jari telunjuk Jasmeen
mengarah ke BMW X5 di hadapannya.
Tanya Jasmeen gaya arif sangat
pasal kereta. Ya lah nampak gagah semacam je BMW X5 ni, malu lah rosak depan rumah orang kan.
“Tak
pernah servis.” Balas Fareez gaya tak berdosa.
Rasa macam nak hantuk kepala
mamat ni kat steering kereta. Aci bawak je dia, servisnya tak pernah.
Mengalahkan perempuan yang tak pandai jaga kereta. Memang patut pun mati kat
sini tapi kenapalah kat depan rumah aku. Pergilah mati kat depan rumah Datin
Julia tu. Macam nak disepak – sepak pula tayar kereta si Fareez ni. Jasmeen
ligat berfikir. Patutkah buat amal jariah sekarang?
“Rumah kat mana?”
“Dekat tempat yang awak nak
campak telefon awak tadi tu.”
“What? The Mines?”
“Yes. You heard me.”
Jauh tu nak patah balik ambil
Bibik kat Ampang lepas tu nak balik Desa ParkCity lagi. Kalau bawak Bibik macam pelik la pula.
Jasmeen menelan air liur. Menyesal nak tolong. Mini cooper antik yang cantik
diparkir di hujung jalan dipandang sekilas. Jasmeen menelan air liur kesekian
kalinya.
Gulp!
Pahala
ke bala yang dicari ni?
p/s: Assalamualaikum dear readers & Hai, sorry..with double triple yyyy sbb;
1. Lemau update GET.
2. Mmg tak konsisten layan blog.
Due;
1. GET dah lama siap full tp sbb sy x sure bila terbit jd malas2 lah nk update. Since now
Insya Allah soon..otw...May Allah ease the path. So yippie will update GET consistently.
2. Means I will update 1 or 2 entry every week. Yeay!
p/s/s: lev all my pelepaks. Yang tegar dr dulu smpai sekarang, i lev u. thank u. Yang baru, salam perkenalan :) Tegur - tegur lah. Mood nak melepak hidup kot nak tgu GET keluar ni :)
XOXO,
KL
yeayy..GET nk publish dh ye?x sabo tggu..love USD very muchh..
ReplyDeleteInsya Allah. hahha bertahun kot tunggu. I love JJ so much jgak :)
DeletePembaca ada memori and feeling masa membaca & percayalah penulis dia ada feeling utk setiap cter dia buat. Lagu apa dia dgr masa dia type, air apa dia minum masa tu, apa yg most dia igt yg cairkan idea dlm otak masa tu...whoa...just to share my feeling!
Yay. Alhamdulillah. Finally boleh pluk dh GET. :)
ReplyDeleteInsya Allah :)
Deletehehehehe GET is back :) windu sama KL aka Rin ^_^
ReplyDeleteWindu sama TLC jgak hoccay :) may I know what is ur current craving?
Deletelove the story. start follow your blog after read USD (great story by the way). I'm more interested dengan story JET. tak sabar nak tahu kisah Sara dan que selanjutnya.
ReplyDeleteThanks 4 d update. Agree JET lagi exciting.
ReplyDeleteGET nak keluar. Arluna bila nak sambung pulak?
ReplyDeleteHi hi I'm new here.....yeayyyyyy x Sabar tgu nvel ni pulak! Best3. Fighting! Muehehehe
ReplyDeleteHai ! Long time no see ! Hahaha. Tp i pon tk sbr nk tnggu JET publish gak actly, but GET pon layan lah~ janji ada bnda blh dibca kn ? :) Anwy, keep up kay !
ReplyDelete