Initially published at KLFP: 30 syaaban 1433/ 20 July 2012 Re - publish today bcos of broken link. Sorry awak! & Thanks sbb bgtau.
“Mommy, baru balik Mekah ke ni?” Bell tersengih dan duduk bersila di atas karpet tebal di ruang tamu.
Turut menyertai aktiviti Mommy yang sedang membelek – belek plastik di hadapannya. Macam – macam ada dalam beg plastik tersebut. Kurma Ajwa, halwa dan buah – buah kering, tasbih warna – warni, gelang berkilat – kilat, sejadah, kopiah dan jubah.
“Nenek kirim dengan Uncle Syuib tadi. Kan Nenek baru balik Mekah.”
“I’m old and classic. Sorry, Bell lupa.”
“Sibuk memanjang. Kerja gaji 3 ribu kalah orang gaji 30 ribu. Kamu tak nak balik kampung sangat jumpa Nenek.”
“Hey Mommy...Mommy...jangan cakap orang ya. Mommy pun sama tak balik kampung. Kalau tak Nenek kirim kat Mommy lah kan. Kantoi kata nak balik jumpa Nenek. Mommy pergi mana?”
Kampung Baru pun kira kampung kan?
“Errr.....ah! Cantik jubah ni Bell. Cuba pakai.” Mommy tersengih mengelak. Mak dengan anak dua kali lima. Mana Daddy tak pening kepala.
“Alahai. Cantik pun nak pakai pergi mana jubah ni.” Bellina menyambut jubah hitam yang dadanya tersusun batu permata berwarna putih berlian dan kristal pelangi dijahit kemas di lengan. Ringkas tapi nampak menarik dengan susunan batu – batuan yang kreatif dan tak terlalu sarat.
“Pakai pergi dating la. Kan cantik kenakan dengan tudung.”
“Mommy!”
Bellina terjerit kecil. Malu kena bahan dengan Mommy. Maklumlah Mommy tergelak pecah perut apabila tengok Bellina balik bertudung selepas keluar dengan Darren. Daddy cakap Alhamdulillah, dia rasa terharu, Mommy buat muka perli dia rasa macam muka kena cili. Sadis betul penangan nak jadi anak solehah Megat Amani.
Mommy mengarah agar Bellina mencuba jubah yang dihulurkan. Bellina menurut. Cantik juga jubah ni. Dia bergerak ke hujung ruang tamu yang agak tersorok dan bersambung dengan balkoni ke kolam renang bertutup di dalam banglo mereka. Baru nak tanggalkan skirt kembang yang dia pakai, Kiki menelefon.
Sambil bercakap, sambil dia tanggalkan skirt. Tak sedar dah berjalan sampai ke depan kolam renang. Kiki ni ada je cerita lawak. Ada pula kisah Datuk Iskandar yang tergilakan dia sehingga sanggup tunggu Bellina dalam hujan lebat dijadikan bahan. Kiki cakap dia tersangkut di Putrajaya sebab gatal nak pergi Alamanda itu yang terserempak dengan Datuk Iskandar.
Skirt dah melurut ke lantai. Sebelah tangan terkial – kial memegang telefon, sebelah tangan nak buka zip blouse pendek di belakang. Dia selamba je, dah sah kat rumah ni sekarang tinggal dia dengan Mommy. Apa lagi, jadilah model Victoria Secret sekejap. Set pink terang dia pakai pagi ni baru beli minggu lepas.
Hujung telinga terdengar Mommy bercakap dengan seseorang. Hmm....Auntie Jenna lah tu kot. Sahabat semati Mommy. Rapat kalah dia dengan Kiki.
“Kira kau ganti aku dating dengan Datuk Is lah ni?”
“Belllll…….”
Bellina tergelak besar apabila Kiki menjerit di hujung talian. Rambut panjang yang diikat dilepaskan dan rambut gatal diurut dengan sebelah tangan yang sedang memegang jubah. Bellina riuh mengusik Kiki sambil sebelah dua kaki dimasukkan ke dalam jubah yang diletakkan di atas lantai. Bellina tunduk dan menarik jubah ke atas. Teknik pakai jubah sambil buat kerja lain. Jubah dah siap tersarung di badan tinggal separuh lengan sahaja belum masuk.
“Aaaa....” Bellina tersadung hujung jubah yang labuh meleret dan hilang imbangan.
“Gosh! Thank you.” Bellina menarik nafas lega. Baru berpaling dan nak tersenyum, tengok muka Darren yang tersengih – sengih terus muka Bellina jadi muka Snow White. Pipi dah pink. Tangan refleks menarik blouse di lantai dan diletakkan di atas kepala.
“Darren! What are you doing here?” Bellina terjerit.
“Daddy you suruh datang. Assalamualaikum Bellina.” Darren menyembunyikan senyuman dan berpura – pura serius.
Anggap je lah yang dia nampak tadi bonus di pagi hari. Confirm lagi seksi dan menggiurkan daripada semua stok yang dia pernah ada. Memang betul lah Daddy cakap stok ustazah. Pakai jubah depan kolam renang? Pemandangan unik tak pernah dia tengok kat bumi.
Kalau kat Planet Nameck bini Raja Syaitan Pikor pakai jubah pergi berenang tak tahulah. Hmm...tapi kalau kat dalam set pink terang macam Adriana Lima atas pentas, tak kisahlah kat luar jubah saiz XL pun. Rambut Bellina yang panjang dan seksi mengurai? Pergh!
“Waalaikumussalam. Pusing belakang. You tak nampak kan?” Bellina mengarah tapi malu tak usah cerita. Tak tahan dengan mata Darren konon sinis memandangnya. Segan kat ustaz ni ooi!
“Errr...nampak Mommy you ke? Mommy you ada kat depan. Dia yang suruh I cari you kat sini.” Darren buat – buat tak berdosa.
“Jalan ke depan. Tunggu I datang balik kat living room.” Bellina memberi arahan lagi. Terlebih sporting Mommy ni. Kalau Daddy jangan harap. Dating luar pagar lah jawabnya.
“Bell.” Darren berpusing ke arah Bellina tapi mata dipejamkan rapat. Konon tak nak tengok pada hal dah selamat simpan kenangan dalam kotak memori.
“Ya.”
“Tak payah lah tunang Bell. Jauhkan maksiat. Kahwin terus okay?”
Bellina tersedak. Rasa macam nak cucuk mata Darren yang sedang terpejam tapi bibir tersenyum.
DIYA berkali – kali menekan
loceng rumah Fareez. Macam – macam buah – buahan kampung yang Atuk Syed
kirimkan. Rambutan, duku, dan manggis penuh di dalam plastik yang sedang dijinjitnya.
Macam gaya peraih buahlah pulak! Dah pukul berapa ni tak balik – balik lagi?
Jam Alba di tangan dikerling sepintas. Hampir menjejak pukul 11 malam. Telefon
tak berangkat. Hampir 3 mesej sudah dihantar memaklumkan Fareez akan
kehadirannya ini. No response!
Sengaja Diya datang tanpa
memberitahu terlebih dahulu. Kalau diberitahu sudah pasti banyak betul
dalihnya. Takut sangat kekasih hatinya mengamuk. Entah bilalah Fareez nak celik
mata. Rasa nak tongkat je kelopak mata Fareez bagi nampak akan wayang kulit
yang sedang dimainkan oleh Gina. Gadis kaya yang sombong! Agaknya Fareez sahaja
orang kaya yang pernah dikenali Diya tidak pandai menyombong diri.
“Singgah dulu rumah Fareez bagi
buah ni.”
“Tak payahlah Tuk, takat buah
macam ni Fareez selori pun dia boleh beli kat pasar Tuk.”
“Ishh..kamu ni Diya. Kamu tak
kesian kat abang Fareez kamu tu? Mesti dia nak rasa buah rambutan kuning ni.
Benih pokok ni arwah Ilham yang beli suruh Atuk tanam dulu.”
Apabila Atuk dah masuk aura Memorial Day ni baik Diya turutkan
sahaja. Tak kan menang Diya berhujah kalau Atuk Syed dah buka diari lama. Arwah
Ilham, Papa Fareez nama yang tak pernah lekang disebut Atuk Syed. Sampai
sekarang Atuk menyalahkan dirinya atas pemergian arwah pak cik Ilham suami –
isteri dalam kemalangan yang meragut nyawa. Kalau ditanya siapa yang Atuk Syed
lagi sayang antara Fareez dan Diya rasanya Atuk Syed tegar memilih Fareez. Apa
yang nak dihairankan kalau segalanya tentang keluarga arwah tak pernah nampak
pincang dimatanya. Atuk Syed cakap Fareez membesar di hadapan matanya. Sejak
Mamanya mengandung lagi Atuk Syed sudah berkhidmat dengan arwah pak cik Ilham.
Sedangkan Diya? Diya yang mengatur langkah
sendiri ke rumah Atuk Syed, menumpang kesenangan seorang datuk yang tak
seberapa tetapi jauh lebih baik daripada yang mampu disediakan oleh ayahnya
sendiri. Atuk Syed selalu cakap itu balasan untuk Emak kerana kahwin lari dan
dibangkang habis – habisan dengan arwah Nenek dulu. Sudah tua begini Atuk Syed
tidak mampu lagi mencampuri urusan rumah tangga anak perempuan tunggalnya.
Malang bersuamikan lelaki pemalas. Bagi Atuk Syed cukuplah dengan menjaga Diya
seorang. Pandai – pandai Emaklah melayari bahtera sendiri.
Dulu selalu Diya bertanya kenapa
Fareez selalu balik ke kampung. Maklumlah masa tu muda remaja. Cemburu melihat
layanan Atuk Syed yang berlebihan. Malah pernah penampar sulung Atuk Syed
singgah di muka Diya kerana mempersoalkan keturunan Fareez yang lain. Yalah,
mana pergi sanak saudara Fareez yang lain kalau setiap cuti sekolah mesti muka
Fareez menempel di rumah Atuk Syed.
Tanpa disedari Diya, tahun demi
tahun daripada cemburu dan benci, perasaannya berubah menjadi sayang. Urghh!
Manakan mungkin pipit terbang bersama enggang tetapi usaha itu tangga kejayaan!
Kalau hidup Diya seindah manuskrip novel cinta sudah pasti jalannya terang.
Arwah pak cik Ilham mesti tinggalkan wasiat minta Fareez dikahwinkan dengan
cucu Atuk Syed. Mimpi Diya! Mimpi! Berkhayal kat depan pintu rumah orang lama –
lama ni memang gaya peraih buah. Baik aku blah
cepat. Silap hari bulan jadi peraih cinta pula kat sini. Diya mengoyakkan
sekeping kertas daripada buku nota kecilnya.
Fareez, I letak buah ni kat sini je. Dah penat tunggu. Atuk Syed kirim
salam.
- Diya
Diya terlupa sejak bila gelaran
‘abang’ di hadapan dilucutkannya dengan sengaja. Tak komersial nak panggil
‘abang’. Kalau dulu cakap pun Abang Fareez-Diya sekarang dah jadi I-You. Diya menguntum senyum dan
melangkah pergi. Suatu hari nanti Fareez akan menjadi miliknya!
“AWAK
tak nak tengok MU lawan Liverpool ke kat depan? Dorang ada buat tayangan flat
screen macam kedai mamak tu kat bawah kanopi.”
Jasmeen memecah kesunyian malam. Live band mula berhenti diganti dengan
keriuhan sorakan di hadapan. Daripada bercakap topik Anak Tan Sri Farhan yang cantik,
baik cepat – cepat dialih ke topik yang
lebih selamat. Topik pilihan Jasmeen hari ini ialah tak lain tak bukan Mari
Bermain Bola Sepak.
“Aku
kenal MU & Liverpool dah cukup baik tau. No biggie fan!”
Fareez menjawab dengan selamba
sambil mengangkat kedua – dua tangan gaya surrender.
Jasmeen membulatkan mata. Rasa macam nak tulis dalam diari pertama kali jumpa
lelaki yang tak suka tengok bola sepak.
“La..macam
tak manly.”
“Huh?”
“Oh!
Abaikan statement saya tadi.”
Terlampau pula ayat perbandingan
Jasmeen tadi. Amat lah tak rock lelaki yang tak minat bola sepak ni. Jasmeen
yang perempuan ni pun kadang – kadang terpekik terlolong kat depan TV dengan
Ferhad kalau time tengah game best.
“I play rugby, love golf and like tennis very
much.”
Fareez dengan jayanya memberitahu
permainan kegemaran saya ialah ragbi, golf dan tenis tetapi amatlah janggal
kedengaran di telinga Jasmeen. Play, love
and like? Macam pelik kata adjektif yang Fareez guna.
Main rugby? Nak mati cepat apa
dia ni. Bukan main kasar lagi nak dapat touch
down sampai kadang – kadang Jasmeen yang tertengok kat TV orang main ragbi
tu sampai mengucap panjang. Tak boleh nak dibezakan mereka sedang bermain bola
atau sedang membelasah orang. Tak boleh nak bayang wajah handsome di hadapannya ini luka dan tercalar. Kurang la markah
gitu!
“Awak
duduk lah sini layan diri ya. Saya nak pergi depan.”
“La,
tak nak temankan aku? Ke nak aku buai laju – laju lagi?”
“Eh
tak lah, tadi En Fareez cakap nak hidup udara segar kat belakang ni, karang
kalau kita share lama – lama habis
pula udara segar kat sini.”
Fareez tergelak sakan. Bolehlah
pula Cik Bunga Melur ni buat lawak gampang
malam – malam buta ni. iPhone bertukar tangan.
“Terima
kasih ajar saya main Angry Bird tapi
belum lagi lah rasa nak tukar telefon saya. Nak pergi campak lombong, jauh pula
nak pergi cari. Lombong paling dekat pun The Mines, tu pun jauh dari rumah
saya.”
Amik kau! Sesedap rasa je tadi nak kutuk telefon orang.
Ingat iPhone dia tu best sangat.
Kalau aku ni budak tadika best lah jugak.
Aku yang dewasa ni kalau bagi main Fabulous
Barbie limited edition yang dibuat hanya 250 unit sahaja di dunia dan
berharga hampir dua ribu ringgit tu pun
belum tentu nak layan.
JASMEEN melangkah naik ke bilik.
Kalau dilayan lama – lama Fareez tadi
silap - silap boleh jatuh biul dia dengan kerenahnya. Jatuh biul je ke Meen?
Jatuh hati tak? Jasmeen tergelak sendiri dengan gelojak perasaannya. THE ROW alligator backpack ditarik dari
katil dan disandang di bahu.
Melangkah ke ruang kanopi yang
masih meriah, Jasmeen meneropong sekeliling. Line clear! Fareez dah balik. Mama dan Papa disalam hormat. Ramai
lagi tetamu yang enggan berganjak walau jam sudah hampir menginjak ke angka 12.
Maklumlah esok Sabtu, tak ada apa yang nak dikejarkan.
“Bik, jom! Saya tunggu kat depan
ya.”
Kalau tak cepat – cepat masuk
kereta nanti panjang lagi amanat Mama. Cukuplah Bibik seorang yang mendengar.
Jangan lupa masak Cik Lysha ni, jangan bagi Cik Lysha makan tu, suruh Cik Lysha
selalu balik. Kesian Bibik terpaksa menadah telinga. Harapkan Jasmeen ampunlah
nak berlengah – lengah macam tu. Ferhad
yang sedang rancak berbual dengan jiran sebelah rumah yang turut
dijemput hanya dilayangkan flying kiss.
Papa dah bagi green light boleh pakai
Mini Cooper lama yang tersadai di garaj. Tadi lagi Ferhad siap memeriksa enjin
dan parkir di luar pagar siap – siap. Tahu sahaja kakak kesayangan tak akan
mungkin menunggu sehingga majlis tamat. Parkir kat luar senang sikit nak blah!
Aikk...macam kenal je kereta yang
dah mengarwahkan Alpinia Pupurata ni.
Jasmeen berhenti melangkah. Dipandang sekeliling. Mana empunya kereta ni?
“Cak!”
“Astagfirullahalazim.”
Jasmeen mengurut dada terkejut.
Ada ke malam – malam buta ni main ciku-cak.
Karang mende lain yang keluar baru
tahu. Fareez yang muncul dari belakang kereta betul – betul buat Jasmeen sakit
jantung.
“Tak balik lagi? Buat apa melepak
depan kereta ni?”
“Dah balik lah. Saya ni hantu Cik
Bunga Melur ooii.”
Eeiii..... main – main pulak dia. Belasah karang.
“Kereta
rosak. Nak panggil service center
macam dah malam sangat. Malas pula nak tunggu. Paling tak sejam dua juga nak
melangut kat sini. Kau dah nak balik ke?”
“Tak,
bukan nak balik, nak pergi petik bintang kat sana tu hah.”
Giat Jasmeen membalas sambil jari
telunjuk di tala ke langit.
“Nak
ikut petik bintang. Aku pun boring ni.”
“Eh!
Eh! Please gather your sense. Layan pulak dia. Ni beemer macam baru, tak kan rosak kot?” Jari telunjuk Jasmeen
mengarah ke BMW X5 di hadapannya.
Tanya Jasmeen gaya arif sangat
pasal kereta. Ya lah nampak gagah semacam je BMW X5 ni, malu lah rosak depan rumah orang kan.
“Tak
pernah servis.” Balas Fareez gaya tak berdosa.
Rasa macam nak hantuk kepala
mamat ni kat steering kereta. Aci bawak je dia, servisnya tak pernah.
Mengalahkan perempuan yang tak pandai jaga kereta. Memang patut pun mati kat
sini tapi kenapalah kat depan rumah aku. Pergilah mati kat depan rumah Datin
Julia tu. Macam nak disepak – sepak pula tayar kereta si Fareez ni. Jasmeen
ligat berfikir. Patutkah buat amal jariah sekarang?
“Rumah kat mana?”
“Dekat tempat yang awak nak
campak telefon awak tadi tu.”
“What? The Mines?”
“Yes. You heard me.”
Jauh tu nak patah balik ambil
Bibik kat Ampang lepas tu nak balik Desa ParkCity lagi. Kalau bawak Bibik macam pelik la pula.
Jasmeen menelan air liur. Menyesal nak tolong. Mini cooper antik yang cantik
diparkir di hujung jalan dipandang sekilas. Jasmeen menelan air liur kesekian
kalinya.
1. GET dah lama siap full tp sbb sy x sure bila terbit jd malas2 lah nk update. Since now
Insya Allah soon..otw...May Allah ease the path. So yippie will update GET consistently.
2. Means I will update 1 or 2 entry every week. Yeay!
p/s/s: lev all my pelepaks. Yang tegar dr dulu smpai sekarang, i lev u. thank u. Yang baru, salam perkenalan :) Tegur - tegur lah. Mood nak melepak hidup kot nak tgu GET keluar ni :)
IZZIE melangkah ke ruang makan
dengan malas. Selepas Subuh, Mommy berpesan menyuruhnya bersiap. Izzie hanya
mengenakan sepasang baju kurung moden berwarna hitam dengan corak batik di
hujung lengan berwarna hijau pucuk pisang. Sesuai dengan hatinya yang kelam dan
kelabu. Izz Laith nampaknya turut sama bersarapan di rumah banglo yang muram
dan sepi dek penangan keputusan bodoh yang diambilnya. Pengorbanan yang tiada
erti, pengorbanan yang menyakitkan hati banyak pihak.
“Dik, duduk sini.”
Izzie menurut sahaja. Hanya Izz yang
masih sudi melayannya. Daddy dan Mommy tidak mengendahkan kehadirannya. Izz
menghulurkan secawan kopi kepada Izzie.
“Abang tak balik lagi?”
“Hari ni baliklah. Tak bolehlah
abang nak tinggal Kak Herlina lama – lama. Kesian pula. Kalau dia boleh cuti
abang dah angkut dia sekali.”
Izzie mengangguk lagi. Izz sudah
berkeluarga dan menetap di tempat si isteri bekerja. Kak Herlina bertugas
sebagai seorang doktor di Batu Gajah. Susah kalau dia nak minta cuti yang tidak
dirancang. Setelah sebulan lebih Izzie dan Hairi bercerai baru Mommy khabarkan
kepada abang dan tanpa berlengah abang balik. Risaukan si adik. Risau sebab
Izzie hanya menangis sahaja apabila bercakap melalui telefon.
“Kejap lagi pergi kerja. Jangan nak
malukan Mommy dan Daddy lagi.”
“Hah?” Izzie terkejut mendengar
arahan Daddy. Nada suara Ahmad Laith yang tidak mempunyai ruang toleransi.
Izzie sangat kenal dengan intonasi itu. Patutlah Mommy menyuruhnya bersiap. Dah
berapa lama dia terperap di dalam rumah.
“Tapi.....”
“Bukan Daddy suruh Izzie pergi
menggedik macam orang gila talak kat Hairi tapi tolong jaga air muka Hairi.
Sekarang tak ada orang pun yang tahu kamu dah bercerai. Pergi bincang elok –
elok dan selesaikan hal ni cara matang.”
“Tak kan Izzie nak kena jumpa Hairi
lagi. Malulah Daddy.”
“Izzie malu? Kami tak malu? Hairi
tak malu? Apa dia nak cakap dengan budak – budak di pejabat? Kahwin dua minggu
lepas tu isteri minta cerai?”
Air mata mengalir perlahan di pipi.
Terasa murah benar air matanya menitis kebelakangan ini. Roti bakar yang
diletakkan oleh Izz ke dalam piring di hadapannya tak jadi disentuh.
“Daddy...kan Izz cakap tadi. Biar
Izz yang uruskan.”
“Adik kamu ni bukannya boleh diberi
muka. Kalau tak diajar, lain kali dia buat lagi. Dia ingat perkara kahwin –
cerai ni boleh dibuat main agaknya.” Mommy pula menyampuk.
Langsung tak kasihankah mereka
dengan nasib anak perempuan mereka? Izzie mengetap bibir. Air mata diseka
dengan hujung jari. Dia sendiri pun menderita dengan keputusan bodoh yang telah
diambilnya. Dia menyesal tapi apa gunanya?
Izzie mengangguk lemah. Air kopi
dalam cawan tak mampu nak dihabiskan. Mommy bangun untuk membuat rutin biasa
seorang isteri. Menghulurkan briefcase
untuk Daddy dan menemani Daddy ke kereta. Rutin yang tak sempat pun untuk dia
laksanakan dalam tempoh bergelar isteri yang singkat. Izzie Laith tak mampu
menjadi isteri solehah seperti Izzah yang sentiasa setia untuk Ahmad Laith.
“Jom!” Izz menepuk bahu Izzie yang
leka memerhatikan keintiman hubungan ibu dan bapa mereka.
“Abang, Izzie malu lah. Segan pun
ada. Nanti Hairi cakap apa tengok muka Izzie nanti?”
“Izzie, kita kena bertanggungjawab
dengan pilihan yang kita buat. Hairi yang suruh Izzie masuk kerja. Ada nak
bincang sikit. Pergilah. Bincang elok – elok. Dulu bincang depan orang tua tak
sama.” Tenang suara si abang menasihati si adik yang telah tersalah langkah.
“Semua orang salahkan Izzie tapi
pernah ada orang cuba faham perasaan Izzie? Izzie sedih, kecewa, rasa tertipu
dan hati Izzie terluka abang.”
“Abang faham. Sabar ya dik.”
Izz mengusap belakang Izzie.
Mengalirkan sedikit kekuatan untuk si adik.
“PUAN Izzie, petang ni Encik Hairi
bagi semua orang balik awal. Nak pergi rumah arwah Tengku Rinda. Puan nak ikut
kami atau pergi dengan Encik Hairi?”
“Saya pergi sendiri. Encik Hairi mungkin
balik lambat.” Izzie menjawab teragak – agak juga kerana sejak pagi tadi dia
tak nampak batang hidung bekas suaminya. Terharu mendengar gelaran ‘puan’ yang
masih setia meniti di bibir semua orang yang menyapanya hari ini. Rupanya –
rupanya semua orang menyangka dia pergi bercuti.
“Nureen, dia pergi dengan saya.
Jom!” Azrul Hairi menyampuk dari muka pintu pejabat Izzie yang ternganga.
Izzie terdiam. Nureen terus keluar
dari bilik Izzie. Dia segan sebenarnya dengan bekas suami yang tetap melayannya
baik. Ikutkan hati dia dah tak sanggup untuk bersemuka dengan Azrul Hairi.
Malu, kecewa dan benarlah kata – kata Hairi. Dia bodoh. Pengorbanannya sia –
sia.
Hairi menutup pintu bilik pejabat
Izzie dan melangkah ke arah Izzie yang tidak bergerak. Dia duduk di kerusi
menghadap Izzie Laith yang nampak sangat serba salah.
“Kita pergi sekarang?” Hairi
memandang wajah bekas isteri yang nampak kusut sahaja. Mungkin bertambah kusut
dengan syarat yang dia kenakan. Bukan niatnya untuk mempermainkan hati dan
perasaan Izzie tapi dia ada sebabnya sendiri.
“Awak....” Izzie serba – salah. Dipandang
wajah bekas suami dengan pandangan sayu. Nampak Hairi makin gelap pula. Matanya
yang salah atau fikirannya terlalu kusut sehingga salah menilai. Dia mengikut
sahaja rancangan Hairi kerana mahu menjaga hati orang tuanya. Atau hatinya
sendiri?
“Kenapa ni? Kena marah dengan Mommy
dan Daddy lagi?” Hairi dapat agak bagaimana hari – hari yang dilalui oleh
Izzie. Keluarganya sama. Turut memaksa dia agar rujuk kembali tapi kali ini dia
akan menentukan sendiri hala tuju hidupnya. Cukuplah sekali dia patuh.
Izzie angguk perlahan. Apalah nasib
badan. Sudahlah tak bersuami, dibuang keluarga pula. Okay, dia reka cerita. Dia
bukan dibuang keluarga. Ahmad Laith dan Izzah tak kan tergamak membuang satu –
satunya anak perempuan mereka tapi tekanan yang diberi oleh mereka sangat hebat.
“Apa semua ni?”
“Kita bincang dalam kereta. Dah
pilih tajuk apa nak buat?” Hairi bangun. Dia bergerak ke kerusi Izzie. Menepuk
belakang kerusi dan menanti dengan sabar langkah Izzie yang nampak serba tak
kena.
“Dah. Nina suruh pilih tajuk yang
ringkas. Saya ambil kes untuk projek TESCO.” Izzie tahu Hairi cuba melarikan
diri daripada topik yang dibincangkan. Mereka melangkah ke kereta tanpa suara.
Mati di situ sahaja perbualan mereka. Kisah hidup mereka yang sesingkat
rantaian hidup kelip – kelip.
“Izzie. Awak sihat?” Hairi berbasa –
basi. Punat penghawa dingin kereta ditekan.
“Okay. Awak pula? Nampak makin gelap.”
Hairi hanya ketawa apabila ditegur
gelap tapi sungguh kulitnya yang sawo matang nampak seperti terbakar. Duduk
sebelah macam ni, mata Izzie asyik menjeling ke kanan sahaja.
“Sebelum saya lupa. Kat belakang
kereta ni ada cenderamata untuk budak pejabat. Saya cakap kita pergi makan
angin. Tak kan balik tangan kosong.”
“Awak pun baru masuk kerja hari ni
ke? Pergi mana?” Izzie dah muka pelik. Patutlah semua orang menegurnya ramah
seperti biasa.
“Risau? Awak ambil berat pasal saya
ke ni?” Hairi bertanya dengan nada yang tenang tapi nada provokasi terkesan di
hati Izzie.
“Saya faham. Awak mesti sedih lagi
tentang Rinda. Memang kalau saya pun satu kerja tak boleh nak buat. Memang
patut awak pergi bercuti.”
Hairi menghela nafas dalam.
Nampaknya sampai sudah Izzie belum pandai menelah hati dan perasaannya.
“Betullah tu. Orang yang baru
kehilangan bekas kekasih dan baru ditinggalkan isteri memang perlukan ruang
masa untuk berfikir dengan tenang.”
“Saya minta maaf. Saya rasa itu yang
terbaik untuk awak. Saya minta ampun. Saya tahu saya salah.”
“Saya dah ampunkan awak. Hidup ni
senang Izzie. Kalau saya suami yang baik, isteri saya takkan tinggalkan saya.”
Izzie terdiam. Kata – kata Hairi
menikam ke kalbu. Saya isteri yang kurang serba – serbi. Awak seorang suami
yang sempurna. Hanya saya yang tidak tahu menghargai hubungan kita.
“Izzie,
let bygones be bygones. Tujuan saya suruh awak datang kerja hari ni sebab
nak bincang beberapa perkara.”
“Awak setuju dengan rancangan
keluarga kita suruh rujuk semula?” Mata Izzie bersinar dengan penuh harapan.
Harapan untuk menebus semua kesalahannya. Harapan untuk menebus maruah
keluarganya.
Hairi tergelak. Biarlah rasa hatinya
dipendam sahaja. Dia suka melihat perangai Izzie yang polos. Kata – katanya selalu
nampak comel pada pandangan mata Hairi. Betullah orang cakap, tak ada orang tak
sayangkan isteri. Nikmat di dunia, hanya isteri yang mampu beri. Perasaan dan
hati dilanda badai setelah ditinggalkan isteri tak sehebat berpisah dengan
kekasih hati. Sepanjang dia berada di Pulau Tioman berminggu lamanya, dia menjelajah
segenap Kampung Juara dan meneroka ceruk laut indah tapi fikirannya hanya
memikirkan satu nama. Izzie Laith! Membayangkan hari – hari yang bakal dilalui
tanpa seorang isteri dan membayangkan nasib Izzie Laith sendiri tanpa Azrul
Hairi di sisi.
Izzie langsung terdiam. Hairi
mempersendakan soalannya.
“Kenapa? Awak sudi jadi isteri saya
balik? Don’t tell me you fall for me.”
Hairi menjeling sekilas. Rasa bersalah pula ketawa begitu. Izzie menunduk
sahaja di sebelah.
“I
think I....”
I
think I love you. Tersekat di kerongkong apabila Hairi terus memotong
ayatnya.
“Izzie, perkara pertama ialah awak
boleh terus kerja dengan ARH. Kedua, saya harap awak diamkan dulu hal kita.
Saya janji apabila masa yang sesuai tiba, saya sendiri akan beritahu orang hal
sebenar. Saya bukan nak ambil kesempatan tapi untuk menjaga air muka keluarga
kedua – dua belah pihak. Saya tak nak keluarga kita menjadi bahan cerita.”
Izzie termalu sendiri. Dia tersalah
meneka. Betul cakap Rehan dia dah macam orang gila talak. Dia ingat dia
menangis macam orang gila selepas baru – baru mereka bercerai. Hatinya sebak
apabila keluarga mereka berbincang, Hairi menolak usul agar mereka rujuk
kembali. Ah, padan muka kau Izzie! Kau bukan sesiapa lagi dalam hidup Hairi dan
tak pernah jadi sesiapa pun.
Teringat perbualannya dengan
Rehan....
“Dia tak nak rujuk balik. Sampai
hati dia. Ann, tolonglah. Baru aku sedar aku sayang dia. Aku sayang Hairi.”
“Ikutkan hati sungguh aku rasa nak
lempang pipi kau ni tapi kasihan pula aku tengok kau meroyan.”
“Ann...tolong aku. Aku nak buat apa?”
“Izzie
Laith, listen! Supermodels get
dumped. Celebrities get dumped. The most beautiful people in the world get
dumped. You just happened to be on the receiving end this time, so get over it and move on. Hairi
had his own share of heartache.”
Izzie
menarik nafas dalam. Setelah berminggu – minggu mereka berpisah, Kenapa dia
masih berharap?
“Hairi,
saya rasa permintaan pertama awak saya terpaksa tolak. Saya minta maaf. Saya
tak boleh tengok muka awak hari – hari. Saya akan terkenangkan semua dosa –
dosa saya dan saya tak akan mampu memulakan hidup baru. Permintaan awak yang
kedua. Insya Allah. Tanggung jawab nak menjaga maruah keluarga patutnya saya
yang pikul sebab semuanya salah saya.”
“Betul?”
Izzie
mengangguk.
Hairi
hampa. Hampa dengan keputusan yang diambil oleh Izzie walau pun dia amat
berharap keputusan ini yang akan diambil oleh Izzie. Dia mahu mengajar Izzie
membuat keputusan yang tepat. Bagi Hairi, Izzie umpama lalang. Disuruh kahwin,
dia ikut. Disuruh rujuk, dia ikut. Bila agaknya Izzie akan pandai menilai hati
sendiri?
“Saya
akan cari tempat kerja yang bagus untuk awak. Hal tu jangan risau. Awak boleh
terus sambung projek awak dengan Nina. Kita dah sampai ni. Nanti saya hantar
awak balik. Saya tahu Izz yang hantar awak tadi. Kita bincang lagi.”
Izzie
mengangguk.
AZRUL
HAIRI mencuri pandang Izzie dari jauh. Sesekali dia nampak Izzie tersenyum tapi
air muka Izzie jelas menunjukkan kedukaan.
“Bekas
isteri aku, yang pakai baju kurung warna hitam tu.” Hairi memperkenalkan Izzie
kepada Ghazi. Sahabat baiknya juga sahabat baik Tengku Rinda.
“Lawa
jugak. Betul kau tak nak rujuk? Tak nak bagi dia peluang? Kau pun salah.
Perempuan mana tak sakit hati tahu suami ada kekasih hati dari zaman belajar
lagi. Patutnya kau cakap kau dah lama berpisah dengan Rinda. Ini mengaku
berpisah sebab kena kahwin dengan dia. Mestilah dia kecewa. Korang dah lah kerja setempat. Budak ARH
tak bercerita depan dia pun tapi dia mesti rasa seperti orang ketiga. Mulut kau
pun cabul. Talak buat main – main.”
“Dia
tak rasa apa – apa pun. Dia tak pernah cintakan aku.” Hairi menjawab pendek.
Bab talak, dia tahu itu kesilapannya yang paling besar. Kesilapan kerana pada
percaturannya Izzie akan patuh tapi dia silap. Keberanian Izzie di luar
jangkaan.
“Kau
mana tahu hati dia?” Ghazi mengasak lagi. Kasihan dengan nasib Azrul Hairi. Dia
ada di saat Hairi patah hati kerana terpaksa berpisah dengan Tengku Rinda. Dia cuma
tiada di saat Hairi memulakan hidup baru dengan pilihan keluarga. Malah Ghazi
sangat terkejut dengan berita yang dia dengar. Hairi paksa dia terbang dari Singapura
untuk menemaninya di Pulau Tioman. Kalau orang tak beriman dan tak percaya
dengan qada dan qadar yang telah Allah tetapkan, rasanya Hairi dah cabut paip
tong gas sendiri di tengah laut dalam.
“Kami
kahwin sebab keluarga. Dia jenis lurus. Ikut cakap orang sahaja. Hati sendiri
nak apa pun aku tak tahu.”
“Kau
boleh bimbing dia. Aku tahu kau sayangkan dia.”
“Entahlah.
Biarlah macam ni dulu.”
“Fikir
betul – betul.”
“Dah
masak dah fikir. Life is complicated.”
Hairi menamatkan soal hati yang sedang dibincangkan. Dia pasti dia sayangkan
Izzie Laith tapi dia juga pasti yang perkahwinan yang bahagia bukan
berlandaskan restu ibu bapa semata – mata atau cinta semata – mata. Kedua –
duanya perlu seiring. Dalam hal ini dia juga salah kerana lambat mencambahkan
rencah dalam perkahwinan mereka.
Hairi
melambaikan tangan apabila dia nampak Izzie tercari – cari. Dah lewat sangat
kerana mereka menanti sehingga majlis tahlil selesai dan menjamah dulu hidangan
yang disediakan oleh tuan rumah. Ghazi yang mengajak Hairi melepak di depan
pagar selepas makan tadi.
“Hairi
ni dah gelap sangat. Balik Clorox sikit.” Ghazi berselorah. Cubaan untuk
menceriakan suasana hening antara mereka.
“Kau
pun sama hitam ada hati nak mengata aku. Ini kawan saya, Ghazi.”
Izzie
hanya tersenyum. Walau pun Hairi bertambah gelap, ketampanannya pada pandangan
Izzie langsung tak terjejas.
“But you don’t have to worry Izzie
because his heart is brighter and more valuable than the colour of his skin.”
Hairi
merapati Izzie dan berbisik, “Someone
never sees that.”
“Macam
buah manggis, isinya putih dan yang penting rasanya manis.” Izzie sekadar
memenangkan Hairi. Memuji bekas suami secara terang.
“Kalau
bantal peluk kau yang bagi testimoni cakap isi manis, kena balik dululah. Malam
Jumaat ni pun.”
Ghazi
dan Hairi tergelak. Izzie pula termalu sendiri dengan kata – katanya.
“Lebih
- lebih kau ya. Dah jangan nak layan dia ni lagi. Kita balik dululah.”
“Ya
lah jumpa lagi. Kena jaga Hairi elok – elok, jangan lepaskan sebab orang Ambon
cakap, sehitam – hitam kepala keretapi tapi ramai yang menanti.” Ghazi berkias
sekadar menduga.
Izzie
hanya tersenyum. ‘Makan dalam’ betul kiasan Ghazi.
“KERETAPI dah terlepas.” Izzie
mengeluh. Dia mengacau – ngacau straw di dalam gelas.
“Kapal terbang lagi sesuai untuk
awak kot.” Hairi tersenyum. Mereka singgah di sebuah restoran sebelum balik.
Sekadar menyambung perbincangan antara mereka. Menghabiskan sisa – sisa yang
tertinggal.
“Kejap lagi saya hantar awak balik.
Sekarang terpulanglah. Awak nak masuk kerja lagi atau tak. Saya boleh uruskan
semua untuk awak.”
“I’m
sorry. Again I’m sorry.”
“Enough.”
“Saya dah tak masuk kerja. Maknanya
inilah kali terakhir kita jumpa. Halalkan makan dan minum saya.” Izzie
memandang tepat ke arah Azrul Hairi. Mencari sisa harapan yang terakhir.
Hairi mengangguk. Tipu kalau dia tak
sedih melepaskan Izzie pergi. Biar saja sayang yang baru berputik ini mekar di taman
larangan. Biar saja rasa yang bertitik ini membesar di penjara hati.
“Alahai, tak kan lah kali terakhir
jumpa. Kena realistik Izzie. We might
bump into each other if God willing.”
“Awak ni kan. Eeee....” Izzie memuncungkan mulut. Baru nak melodramatik, Hairi
dah potong.
“Live
well, will you?”
Mereka bertentang mata.
Izzie mengangguk. Air mata mengalir
tanpa dapat ditahan. Dia bangga dengan dirinya sendiri. Bangga kerana dapat
berhadapan dengan realiti walau pun impiannya berderai.
Hairi membuang pandang. Dia bukan
lagi orang yang berhak untuk menyapu air mata yang mengalir di pipi Izzie.
Antara mereka sudah terlucut ikatan yang sah.
“Izzie, awak ingat lagi tak masa
kita jumpa pertama kali dulu?”
Izzie mengangguk. Tak mampu nak
bersuara.
“Saya sekarang ni dah kira status ex-spouse. Saya nak sangat tahu saya ni
masuk kategori mana?”
Kisah pertemuan kali pertama antara
mereka terimbau kembali....
“Pak
we tak ada. Ex – boyfriend adalah tapi tak kiralah kan.” Izzie menjawab
selamba. Tak nak mengaku kalah dan lemah di hadapan Azrul Hairi.
“Ex
– boyfriend kategori yang macam mana? Kena dump sampai awak nak bunuh diri atau
kategori yang awak dump dia sebab nak kahwin dengan saya?”
“Perasan.”
Izzie tersenyum nipis. Boleh tahan kelakar dan perasan juga mamat ni.
“I think there are two categories of ex-boyfriend,
satu ialah yang masih diingati in a good way dan dua yang memang kalau boleh
tak nak ingat langsung and these memang tak ada kena - mengena dengan who dump
who. Seriously.”
“Okay,
muka awak memang serius Izzie.” Hairi tergelak.
“Hairi, masa awak tolak rancangan
keluarga kita untuk rujuk kembali, saya rasa awak sangat kejam. Awak baik tapi
kejam. Awak seorang suami yang baik dan selama mana yang mampu saya kenang saat
antara kita, saya sedar layanan awak tak ada kurangnya. Jadi saya rasa awak
sangat kejam apabila tak nak bagi saya peluang untuk menebus dosa saya.
Sekarang, berhadapan dengan awak, saya tak mampu pun nak membenci awak. You’re my new invented category. My Jekyll
and Hyde.”
Hairi tersenyum. Puas dengan
pengakuan ikhlas Izzie. Dia faham maksud peribahasa Jekyll and Hyde, seorang
yang mempunyai dua personaliti iaitu sangat kejam dan juga sangat baik.
You
are my Jekyll and Hyde too Izzie. You leave me when I start to love you. You
love me when I start to leave you.
“Izzie, saya minta
maaf.”
“It’s
okay. I won’t cry anymore after this.”
“Promise?”
Izzie menganguk. Air mata yang makin
laju mengalir disapu dengan hujung lengan baju kurung.
“Always
remember, be the flow.”
Izzie mengangguk lagi.
If
Allah fated us together again, I just want you to know that in my life, I only
like two choices. I build it or I break it. Izzie Laith, I wish you well
because I will pray that one day will come.
Kata – kata yang tak mampu dia
luahkan. Cukuplah setakat ini. Dalam kamus hidup Azrul Hairi tak akan ada pilihan
yang ketiga. Kenapa dia menunggu selama ini untuk bertentang mata dengan Izzie
Laith? Azrul Hairi mengharapkan keajaiban, berdoa agar ada benih yang ditabur
menjadi supaya dia tak perlu membuat apa – apa pilihan. Sayangnya impian mereka
berderai jua dalam meredah realiti. Kisah mereka umpama kelip – kelip. Walau
pun singkat kelipan hidupnya tapi ianya sesingkat yang terindah.
My
Jekyll and Hyde, let go and let God.
Jika teringat
tentang dikau
Jauh di mata dekat di hati
Sempat terpikir tuk
kembali
Walau beda akan kujalani
Tak ada niat untuk selamanya pergi
Jika
teringat tentang dikau
Jauh di mata dekat di hati
Apakah sama yang kurasa
Ingin jumpa walau ada segan
Tak ada niat untuk berpisah denganmu
Jika
memang masih bisa mulut ku berbicara
Santun kata yang ingin terucap
Kan ku dengar caci dan puji dirimu padaku
Kita masih muda dalam mencari keputusan
Maafkan daku ingin kembali
Seumpama ada jalan tuk kembali
Jika
teringat tentang dikau
Jauh di mata dekat di hati
Tak ada niat untuk selamanya pergi
Jika
teringat tentang dikau
Jauh di mata dekat di hati
Tak ada niat untuk berpisah denganmu