Thursday 7 February 2019

MISS UNTOUCHABLE - 7 (FINAL)



LEX
 sibuk melayan tetamu. Adam dah seronok melayan saudara – mara yang sebaya dengannya. Abah jenis yang old school dan menitik beratkan hal keluarga. Sambutan hari jadi Adam bukan setakat nak sambut suka – suka tapi nak maklumkan kepada keluarga yang lain bahawa Adam bakal menjadi ahli keluarga mereka juga.
“Kau jemput Daddy Adam kan?” Angah tanya sambil gelak syaitan.
“Terpaksa jemput sebab dia punya persistent nak jadi Daddy Adam tu menakutkan.”
“Menakutkan atau mengujakan? Malu apa bossku.” Angah mengusik lagi.
Rasanya masa di majlis Jes lagi Lex dah bagi isyarat yang jelas bahawa hubungan mereka patut setakat Hari Sushi King Sedunia je tapi Hadi Akhtar macam buat – buat tak faham.
“Bakal Daddy anak angkat I? Euww…tak baiklah macam ni. I feel so guilty to start a relationship like this. I’m sorry.” Lex tak segan meminta maaf. Keluarga dia bukan jenis kurang adab nak kena memulakan hubungan yang mulia dengan cara hina.
“Bagi I masa sikit ya Lex.” Nampak muka Lex berubah, cepat – cepat Hadi Akhtar sambung.
“Eh, jangan risau. I still like you, I’m okay too with the plan but I need time.”
Masa tu Lex dah lega sangat bila dengar Hadi Akhtar perlukan masa. Nak tekan hand break la tu tapi rupanya nak tekan pedal laju – laju. Mana dia tak kecut perut jadi baiklah dia bagi Hadi Akhtar rasa sendiri macam mana berada di tengah keluarganya dan kenal – kenal Adam dulu. Setakat saat ini, Hadi Akhtar masih bertepuk sebelah tangan dan dengan terang dia dah bagitau sebab tipu orang dosa!  




 “ZAHIM, wah kau tayang bini kau kat aku ya.” Lex senyum melayan Zahim dan isteri. Mujur isteri Zahim jenis tak kisah.
“Kau lagi dasat, tayang anak.” Zahim balas balik.Masalah seorang Iman Alexis mudah, dia tak pernah rasa layanan mana – mana lelaki lebih daripada seorang sahabat. Orang cakap I love you pun feeling dia tak berapa nak sampai. Bukan dia memilih, jauh sekali tak pernah memberi peluang. Semua lelaki yang menghampiri diberi peluang yang sama rata sehingga masing – masing sendiri mengerti antara mereka masih ada garis halus terbentang. Tiada yang mampu menyentuh sudut hati yang paling dalam Iman Alexis.

Buktinya ada di hadapan mata. Hadi Akhtar sedang melangkah ke arahnya.Mamat ni terpilih kerana dia yang paling berwajah beku antara kawan – kawan Boy dan pada pengamatannya mudah kalau nak dilibatkan dengan urusan yang tak mungkin pergi jauh kalau masuk bab hati tapi sayang, dia dah tersalah pilih. Kalau pilih budak pejabat sendiri nanti masalah rumah boleh bawa ke pejabat. Haru nanti. Kira bijaklah juga dia pilih Hadi Akhtar. Karektor dia yang selamba macam ni memang sesuai. Dia yakin Hadi Akhtar seorang yang sangat rasional dan penyabar andai kata tak ke mana pun rancangan dia nak men-Daddy-kan Adam gagal.
“Lex, cake cutting. Jom…” Kak Ngah menjerit.
Serba salah Lex nak mendapatkan Hadi Akhtar atau Adam yang sedang didukung oleh Kak Ngah.Lex berlari mendapatkan Hadi Akhtar dan mengiringinya untuk bersua muka dengan Abah dan Angah.
“Hadi.” Lex menjeling tajam. 
Sempat berbisik, “Kenapa dorang boleh panggil Hadi tapi I kena panggil Akhtar.”
“What? Big deal ke?”
“Oh yes baby.” Lex cepat – cepat tutup mulut apabila tak sengaja ter’baby’ kan orang tua. Hadi Akhtar sedaplah gelak.

Selepas bersalam dan berbual serba ringkas dengan ahli keluarga terdekat Lex, dia selesa menjadi pemerhati dan memilih untuk duduk di meja makan sahaja. Nampak sangat Lex sangat sayangkan Adam. Sanggup dia korbankan masa muda untuk jaga anak orang. Dan kau Hadi Akhtar? Sanggup jugakah?Jaga anak saudara pun tak berapa nak lulus atau bersama Lex mereka akan membentuk strategic partnership? Atau partner in crime? Memikirkan pelbagai kemungkinan yang bakal mengubah kehidupannya buat tekaknya kesat.Hadi Akhtar meneguk air oren di tangan.

“Lex, bagi I dukung Adam.” Lex yang tengah sibuk melayan dan membahagikan kek hari jadi yang telah dipotong menyerahkan sahaja Adam ke dukungan Hadi Akhtar.
Hadi Akhtar pula buat tak reti. Bukan dia tak perasan banyak mata memandang tapi kalau tak mencuba manakan dia tahu dia mampu atau tak. Betul kata Lex, ada ke bonding tu nanti atau hubungan mereka nanti akan jadi sebuah kesilapan?

Dia salute dengan sikap seorang Iman Alexis. Berani dan bertanggungjawab. Bila sedar langkahnya salah, tak segan dia meminta maaf. Bila sedar dia terlajak memainkan sesuatu yang besar impaknya, laju dia menekan brek. Kalau awalnya dia setakat suka dengan sikap berani Lex, selambanya, kini dia suka segala – galanya mengenai Lex. Susah nak jumpa perempuan yang senang berterus – terang seperti Lex. Zaman sekarang yang kuat drama je banyak. Sikit – sikit salah faham, sikit – sikit pendam perasaan. Lex menayangkan emosinya perfectly and purely.
Lex menghantar Hadi Akhtar sehingga ke kereta. 
Pipinya dah macam pakai blusher apabila Angah kantoi dengar Hadi Akhtar cakap kat Adam, “Come to Daddy.”
Rasa macam nak ketuk – ketuk kepala Hadi Akhtar. Ya lah, dia jemput ramai kawan pejabat dan kawan – kawan lelaki lain jadi dia perkenalkan Hadi Akhtar tadi sambil lewa sahaja. Nanti bukan apa, Hadi Akhtar yang teruk kena buli.
“You tak boleh ke cover – cover sikit.”
“La…cover apanya. You yang ajak I datang and feeeel as suggested. I tengah amik feel la tu.” Hadi Akhtar pulang paku buah keras.
“Okaylah, thanks for coming.” Lex mengalah. Malas nak panjangkan cerita.
“Lex, I appreciate peluang yang you bagi hari ni. Tadi I ada hint keluarga you sikit. Father you nampak ok. Abang you pun. You Lex?”
“I dah cakap yang I made a mistake. I bagi you wrong signal. Kahwin ni bukan boleh buat main. Boleh ke you hidup dengan orang yang tak pernah sukakan you, cintakan you?”
“I dah buat solat istikharah. Sebab tu I cakap I perlukan masa. I perlukan masa untuk buat keputusan yang I tak boleh nak reverse balik bukan sebab I tak yakin dengan you. It is my future and our future.”
“Tapi I belum.”
“Jadi you nak cakap, ada kemungkinan jawapan yang you dapat tak sama dengan jawapan I ke? By all means please do. Malam ni start solat.”
“Tak ada lah macam tu.” Lex mula takut. Eh, serius benar mamat ni.
“Dah you yang cakap nak tunggu you suka I payah. Jadi I pun tak kisah sebab kalau lepas kahwin pun you still tak suka I…hmmm…something wrong with you Lex.” Hadi Akhtar senyum segaris.

Double meaning lah tu.

“Hey!”
“You boleh reject I hanya kerana satu sebab.”
“What?” Blink – blink mata Lex dengar, haraplah qualified sebab tu. 
Hahaha… Lex gelak jahat dalam hati.
“Kalau you tak tahu apa tugas seorang isteri dan kalau you buta hukum.” 





 LEX duduk di hujung katil. Dia rasa sangat bersalah. Kenapa dia mesti pulangkan Adam kepada Fikri walau pun untuk seketika sedangkan Adam dah jadi hak keluarga mereka. Angah dah selesaikan semuanya. Betul cakap Kak Ngah, buat baik biar berpada – pada.
“Maafkan Mummy Adam.” Lex meratap dalam diam.

Hadi Akhtar memadamkan skrin telefon bimbitnya yang memaparkan The Star Online. 

2 years old drowning death. It only takes a few minutes for a child to drown, and Adam's fate is…….
 

“You kerja esokkan. Tidur Lex.”
“Nanti I tidur. I just miss him.” Lex pandang ke arah suami. 
Dah berpindah duduk rumah Hadi Akhtar sejak semalam buat dia lagi serabut. Nak menyesuaikan diri pun susah. Nak lepaskan Adam pergi hatinya masih separuh rela. Ya Allah, kuatkan iman aku. Lex menuju ke almari. Baru separuh baju dia susun dan dia dah rasa pelik tengok baju – bajunya bergantungan bersebelahan baju Hadi Akhtar. Baju tidur yang berlipat kemas ditarik. 

Dia menjeling suami 120 jam nya. Hmm…seluar pendek Lotto warna biru, t – shirt putih. Sleeping kit ke apa tu. Semalam seluar je tukar warna.
Lex naik panjat katil. Boleh tahan dasat semua jenis perabot dalam rumah Hadi Akhtar ni. Maklumlah anak orang kaya dan diri – sendiri pun dah kerja bagus. Katil yang nampak sangat eksklusif ni buat kan dirinya rasa lebih kerdil.

Emotional unstable.

Lex merebahkan kepala di bantal. Bila dia cakap jangan teruskan perkahwinan ini tapi suami sangat degil. Dia takut dia tak mampu memikul tanggungjawab seorang isteri terutamanya Adam yang menjadi penyebab dah tak ada.

“Jodoh kita ni bukan sebab Adam Lex. Allah dah tentukan.”

Dia terima lamaran Hadi Akhtar sebab setakat nak jadi isteri dia yakin dia boleh. Nak jadi kekasih? Nak jadi pujaan hati suami? Rasanya dia gagal teruk. Silap haribulan keputusan yang dibuat kerana Adam boleh bawa dia ke gaung neraka. Adam pun dah tak ada. Keinginan dia nak mengorek rahsia di sebalik lukisan kanvas di DCMS pun mengarut. Selamba dia cakap, tu kan lukisan pelukis paling famous di dunia, Wassily Kandinsky. Siapa minat sketch abstrak wajib cuba tiru lukisan Wassily Kandinsky. Kebetulan antara Hadi Akhtar dan Abang Wan yang menghampakan. Ingat kan blood related ke, ada misteri lain ke. Nampaklah weightage kenapa dia perlu pilih Hadi Akhtar untuk jadi Daddy Adam.
Lex mengalih kedudukan agar menghadap suami yang sedang duduk bersandar di kepala katil.

“You buat apa?”
Run through kerja sikit. Esok nak masuk ofis. Dah lama tak tengok apa ni.”
Lex angguk.
Anything?” Sebelah tangan membelai kepala isteri.
“Tak apa. Habiskan kerja you.”
“Emmm….okay. One moment.”
Tak sampai lima minit Hadi Akhtar turut berbaring tapi disengetkan badannya agar badan Lex dapat ditarik ke pelukannya.

“120 jam. You are like my new shelter. Thank you for put up with me.”

Mendengar kata – kata daripada Lex, dia sebagai suami rasa nak hentak kepala ke dinding.
120 jam, dia tahu kenapa Iman Alexis sangat susah untuk  memandang seorang lelaki lebih daripada seorang kawan dan seorang abang.
 


Abah – the leader of all, paling protective dan support semua keperluan Lex like everything. Abah selalu imamkan keluarga jadi tak ada lah Lex nak touching masa pertama kali mereka solat jemaah. Kaulah imamku memang tak wujud dalam kamus hidup Lex.

Along (Izham Iskandar) – Abang sulung paling baik, sopan tutur katanya dan pendengar Lex yang paling setia. Nak tegur adik pun bersusun kata. Tengah tengok TV dia nampak Along bancuhkan Lex milo. Layan adik first class, menjadikan Lex tak perlu lelaki romantik dalam hidupnya.

Angah (Ilhan Iskandar) – Abang yang melayan adik macam kawan sendiri. Bergurau dengan mulut tak ada insuran, abang yang selalu menggembirakan hati Lex dan tukang teman Lex buat macam – macam benda. Tengah tengok TV Angah datang selamba angkat kepala Lex yang sedang baring dan letak di ribanya. Lepas tu borak dan gelak – gelak.

Dia? Hadi Akhtar - Nak tunjuk ke-suami-an dia tak kan nak ajak beromen depan TV baru nampak beza dia dan abang – abang iparnya. Jadi dia memilih untuk memerhatikan dan menyusun strategi.

Iman Alexis – Perlu ke seorang kekasih atau suami kalau semua dia dah dapat? Kasih sayang yang cukup, perhatian yang sempurna dan ada segala – galanya. Lelaki zaman sekarang dah lah susah nak cari yang ada semua ciri antara ketiga – tiga di atas. Lex tak pernah cakap dia memilih tapi hakikatnya memang nyata kalau dia tak pernah menyintai sesiapa pun dalam hidupnya. Sukar membezakan rasa kasih dan cinta.
     

Sewaktu pemergian Adam, Lex langsung tak perlukan dia untuk moral support atau untuk membantu apa pun kerana semua orang yang berdiri di sampingnya sudah cukup. Kerana dia ikhlas menyayangi Lex, dia tetap dengan keputusannya.
“I beg to differ.” Hadi Akhtar merapatkan tubuh Lex kepelukannya. Kepala isteri dibenamkan ke dada.
“Hmm?” Lex dambakan penjelasan. Tak cukup menghargai ke ayat dia tadi?
Hadi Akhtar kemudian menjarakkan sedikit tubuh Lex dan memandang wajah isteri. Tangan menyentuh bibir isteri. Dia dapat rasakan badan Lex seakan menolak dalam diam tapi dia mengunci pergerakan isteri.
Dagu Lex disentuh.

“Lex, I am all yours.”

Hadi Akhtar merapatkan bibirnya dan mencium bibir Lex penuh cinta. Risau Lex rasa terbeban, dilepaskan pelukannya dengan rasa hormat.

Lex, they can’t tell you that.
Only I, your husband, can.



Nota: Cerita pendek permulaan tahun 2019 TAMAT. Bolehlah buat nak habiskan
cuti panjang CNY kan? wink*
Hope you like it readers and thank you for your love and support.
Buku terbaharu saya Insya Allah bertajuk Devil Delilah.
Kalau ada rezeki akan diterbitkan tahun ini juga, Insya Allah. Doakan okay.
Lev
Lev
Lev
xoxo
RA@KL

 



        


41 comments:

  1. Thanks kak RA. Awesome like always 😘

    ReplyDelete
  2. AWESOME KABOOOMMMM always Rin Ahmad

    ReplyDelete
  3. Omgggg nak lagiiiiii 😍😍😍😍😍 takpernah miss cerita RA 🥰🥰

    ReplyDelete
  4. D not so romantic Hadi. Tp dah diangkat sebagai lex's shelter .
    What else can we ask.

    ReplyDelete
  5. Just wondering why u like to kill off a family without any heir to continue their heritage. Adam was drowned hence leaving Kak Lin n Abang Wan without an inheritor! This reminds me of Darling died after being knocked by a reversed car! ALLAHU AKBAR! Both kids were adopted n died at a very young age! 😭😭😭
    Anyway thanks for this great story though it keeps me in dejection n pondering much for a while … kena tunggu new novel baru lah boleh nak move on. Mudahan after 121 hours Lex dah NOT Miss untouchable coz dah MRS kan??

    ~jazmeen~
    ❤️❤️❤️

    ReplyDelete
    Replies
    1. MRS still even not - not touch pun... haha

      Delete
  6. Betapa pentingnya kasih sayang dalam keluarga.i just loveeee this story!

    ReplyDelete
    Replies
    1. kan
      having happy family is everything
      able to establish one good character

      Delete
  7. Ala...dh abis? More pls.

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha...more tunggu novel baharu saya je lah

      Delete
  8. Alaaa novel please.. 😚 😚

    ReplyDelete
    Replies
    1. novel soon...tapi tajuk lain...haha

      Delete
  9. The best rin! but u know wat I'm always tamak, I need more

    ReplyDelete
    Replies
    1. me too tamak jugak bab membaca and wanting mooree
      but part menulis, kerajinan i terbatas waktu...haha

      Delete
  10. Kak rin..out of topic siket..macam mana nak dapatkan novel UNTUK SEMUA DOSAKU tu..nak beli ni tapi tak tau nak cari kat mane..

    ReplyDelete
    Replies
    1. So far yang saya tahu ada simpan stok boleh pergi tanya ig Ratu Bako atau ig novel_melayu_malaysia...

      happy hunting :D

      Delete
  11. Pesta buku hujung bulan ni ade novel baru sis ke?

    ReplyDelete
    Replies
    1. sadly tak ada. Buku saya keluar lepasss pesta buku...hahaha...

      Delete
  12. novelkan cite ni pls..best..tak pernah menghampakan karya sis..semua terbaik..

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha....
      i pun rasa nak novelkan sebab suka nama Hero dan heroine. LOL

      Delete
  13. Not enough for me ..but its ok as long get the end of the story.#lexakhtar fan. Tq rin

    ReplyDelete
  14. jadikan dalam bentuk novel pls!

    ReplyDelete
  15. Hi Kak Rin ;) Terima kash untuk cerita Lex ni tak tau kenapa, last scene Hadi Akhtar & Lex tu rasa tersentap jantung untuk mereka berdua hahaha anwaaaaay, tajuk Devil Delilah tu buat saya teringat dengan Bell PKB tak tahu kenapa hihi thanks again Kak Rin

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sebab Bell tu pun semacam jugak kan. Del ni pun the swag devil jugak...Dapatkan buku baru saya nanti ya.

      Delete
  16. Nak lagi huaaa...... Anyway thanks rin... Terubat rindu buat seketika... Waiting for your next writing... 😘😘

    ReplyDelete
    Replies
    1. Next kalau rajin bulan puasa tapi kali ni tatau lah rajin ke tak....tapi more to come Insya Allah.

      Delete
  17. Best baca blog akak. Thanks for the good stories. X puas nak lagi... Heee

    ReplyDelete
  18. sangattttt2 wowwwww, book pleeeeeeeeeaseeeeee

    ReplyDelete
  19. Dah lama giler2 tak lepak sini... Marathon semua smpi tak ingat dunia... Huhuhu... But have back to reality .... insha'Allah will lepak again in some other time...

    ReplyDelete
  20. Alaaaaaa sedih betul adam dh Xde.. Best wishes for lex & akhtar. Hope ada special entry smbg good news about them 😃 Thx RA for this story 💐🌹

    ReplyDelete

Sweet short story: Something about you

  Cover writing by: Farah Husain DANIELLA dah tak mampu nak tahan gelak. Boleh si adik menyakat kat Instagram selepas dia memuat naik gamba...