Thursday, 1 October 2015

HAMMOCK - A VERY SHORT STORY

Nobody is too busy, it just a matter of priorities – Hannah

Sometimes you have to stop worrying, wondering and doubting. Have faith that things will work out, maybe not how you planned, but just how it meant to be - Emir


“Mak, Hannah keluar kejap.”
“Jumpa Pak we lah ni? Tahu dek Ayah marah dia nanti Hannah. Mak pun tak suka. Tambah lagi orang kampung mengata nanti.”
“Tak lah Mak. Jumpa kawan aje.” Hannah senyum malu. Mak memang lah terbaik. Bebelnya terus tembak ke isi, langsung tak meleret. Untuk mendefinasikan perhubungan yang ada lebih daripada sebuah persahabatan amat payah. Dia jual mahal. Orang kat sana pun jual mahal. Masing – masing ada cita – cita yang belum pasti boleh bertemu di hujung titik yang sama.
Hannah menuju ke warung di hujung pantai. Tempat biasa pertemuan mereka. Tempat terbuka yang sentiasa sesak dengan penduduk kampung dan pelancong.
“Sorry lambat.” Hannah duduk mengadap Emir.
“Saya pun baru sampai.”
Hannah kerling. Baru sampai tapi dah separuh teh ais dalam gelas.
“Makan Hannah?”
“Keropok lekor dengan teh ais tiga layer je kak.”
“Bila fly?”
“Next week.”
“Lepak JB jom sebelum fly. Dah nak sampai hujung dunia tapi hujung Malaysia pun tak pernah sampai. Mana rock.” Emir angkat kening.
“Mana lah Mak Cik Hamimah kat rumah tu nak bagi. Nak datang warung Kak Ti tu pun bukan main risau.”
Emir gelak. Tahu sangat. Semua Mak pun macam tu.
“Long beach jom. Awak hutang saya lagi Hannah.”
“Emirrrr….”
“Okay..okay…” Emir angkat tangan. Hujung dunia nak pula pergi, hujung pulau tu dah berkurun ajak pun tak nak pergi.
“Emir, nanti hantar Hannah kat airport ya. KT je. Tak payah KL pun. Pretty please…”
“Esok dah nak balik kampus sayang. Awak kan bawak hati saya pergi sana. No sweat.” Emir gelak. Dalam hati hanya Tuhan yang tahu. Dia tolak peluang untuk bersama Hannah di sana. Terpaksa berkorban dan berjuang di sini sahaja. Apa yang tertulis untuknya tak sama dengan tuah Hannah dan dia tak kan jadi penghalang.
Hannah tunduk. Sukar sungguh untuk menebak hati seorang Emir.





Again, we are strangers but with memories - Hannah

When the moon’s full, many go crazy - Razin


“I tak sedap hatilah.” Hannah melabuhkan duduk di atas pasir pantai yang memutih. Mata dipandang ke sebelah. Sungguh dia tak sedap hati. Rasa berdosa balik kampung tapi terus ke pulau. Rumah sendiri jenguk bayang pun tak. Yang Hannah nampak cuma rumah Emir. Pintu pagar rumahnya tertutup rapat. Perasaannya damai hanya dengan memandang sesuatu yang pernah dekat di hati.
What happen to us Emir? No ‘us’ anymore? Friends forever or we are now just a complete stranger?
Tahun pertama di Virginia, semua okay. Emir rajin berhubung. Hannah rajin mengirim berita. Semua rasa seperti di depan mata.
Just name it. Skype. WhatsApp. Line. Facebook. Instagram.
Tahun kedua, tiba – tiba, ‘Saya dah ada someone. We should call it a day.’
A day? Tipu sebab itu adalah penghujung segalanya bukan sekadar penamat hari. Titik. No Emir. No childhood sweetheart. Balik raya tahun lepas pun Hannah tak sudi beraya ke rumah Emir. Mak pujuk suruh pergi. Mak marah sangat cakap dia lupa diri sejak belajar jauh. Hanya Hannah yang tahu. Yang dipertahankan adalah hatinya sendiri.
“I janji, esok kita balik.” Razin senyum dan terus berdiri. Dia pun nanti kena balik KL. Alang – alang hantar Hannah balik kampung apa salahnya menyimpang sikit. Nanti dah jauh.
“Let’s have fun.”
“Kita nak pergi mana?” Hannah pelik. Malam – malam buta nak pergi mana?
“You will be safe with me.” Razin melilit pashmina ke leher Hannah.
“Saya dah ber‘cerai’ dengan pulau ni dah lama. Saya dah lupa semua port best. I miss good old days. Swimming and snorkelling. Laugh and play and that day…it ends with tears.”
“Wanna share?”
Hannah geleng kepala. Biarlah semuanya berlalu. Hannah hanya mengekori Razin ke tepi pantai.
“Naik bot?”
“Yes darling.”
“Malam buta kot ni.”
“Kata anak jati kampung. Tak kan takut kot?”
Hannah ketap bibir. Tangan dihulur kepada Razin yang sudah berada dalam bot. Masing – masing mengambil posisi selesa.
“Pak cik, pegi Long Beach ya. Jauh tak dari Alunan ni?”
“Dekat saja.”
Razin lega. Risau juga naik bot meredah gelap malam di lautan. Nasib baik staf Alunan uruskan semuanya. Mati kutu duduk Alunan ni. Tak ada apa. Pulau yang sunyi sesuai untuk orang pencen lepak adalah. Bilik dia dah lah hujung dunia. Bilik Hannah depan dunia. Memang tak aci.
Long Beach? Mata yang tadi bercahaya kononnya pantang dicabar terus malap.
“Perhentian ni, kalau one day awak nak pergi boleh tapi never go to the Long Beach without me.” Jari telunjuk Emir yang tegak ditayang di hadapan mata seakan nyata dipandangan.
“Hannah…Hannah…”
“Yeah..”  Hilang bayangan memori silam.
“Bulan penuh Hannah. Cantik kan? I rasa nak terjun laut mandi sekarang.”
“Crazy.”
“Ingat tak malam kat Point Reyes tu? Exactly full moon macam ni.”
Hannah angguk. Saat dia tunduk membisu apabila Razin meluahkan rasa cinta. Saat Hannah takut untuk kecewa lagi.
“Malam pun I rasa boleh mandi lagi. Tak da lah sejuk macam air kat sana. Summer pun sejuk airnya. Dah lah sejuk, banyak jerung, singa laut garang dan ombak pun ganas.”
“Ya lah. Laut kita lah best. Ombak manja macam you ni hah.”
Hannah gelak. Pak Cik taxi bot pun gelak.
Sampai di Long Beach, Hannah tergamam. Happening giler. Razin dan senyum sampai ke telinga. Betul cakap staf, Long Beach tempat lepak paling gempak di Perhentian. Semua pelancong bersidai minum – minum macam pantai bertukar kulit jadi pub pun ada malam – malam. Bunyi muzik bingit jangan cerita.
“Okay, now kita nak lepak kat restaurant or duduk je bersepah kat sini. Kejap lagi fire show.”
“Just lepak lah.” Gerun pula Hannah tengok restoran yang dah rupa pub tu. Dia belum cukup ‘Americano’.
“You tunggu sini jap. I nak…” Razin bagi isyarat kecemasan dan terus meninggalkan Hannah di tengah keramaian.
Minum air laut bergelen ke apa mamat ni. Lama pulak tu pergi. Hannah pandang kiri dan kanan. Team - smoke bersepah. Team - vape pun bersepah. Team - drunk pun bersepah. Bak kata Marina di KLIA tempoh hari penyakit ikutan muda – mudi. Acah – acah cool sangat dengan team – vape nya, team-smoke nya tapi kata Marina, “Hat mana – mana pun, toksah mengorat aku. Dua – dua reject. Settle masalah aku.” Pecah perut Hannah gelak dengar komen Marina. Jaki betul dengan team-tak-berfaedah ni.
“Sorry, I dah book tempat ni. Do you mind….”
Hannah angkat muka. Dia baru duduk bersila di salah satu meja yang berderet di tepian pantai Long Beach. Topi berwarna biru bertulis Chuck menutupi dahi. Singlet putih dan seluar bermuda berbelang warna pelangi. Lengan yang sangat maskulin dan senyuman yang masih seikhlas dulu tapi….
“Emmm…okay….” Hannah berdiri. Rambutnya yang panjang ditiup angin dibetulkan. What am I doing? Say hello? Tak kenal saya ke? Crap!
Hannah menala pandangan ke arah telefon bimbitnya.
= Urgent. I terus balik KL malam ni sayang. Tengok belakang.
Hannah hampir terlupa lelaki di hadapannya. Razin berdiri dalam bot sambil melambaikan tangan dan melayangkan flying kiss. Telefon berdering.
“I’m so sorry Hannah. Nanti you balik Alunan dengan pak cik tadi ya. Tunggu tempat kita turun tadi. My father admitted. Need to reach KL ASAP.”
“Susah sangat nak datang dekat and say I got to go?”
“Susah because I’m gonna hug you, kiss you and not wanting to leave. So, please take care.”
Hannah menarik nafas dalam.
Long Beach. Here I am and where is he? Hannah pandang sekeliling. Tempat tadi kosong. Suasana gamat apabila pertunjukan api telah bermula. Longlai Hannah melangkah ke tempat duduk tadi. Lepak sorang kat tempat sendiri? Am I an idiot?
“Hello girl, need a company?”
“Nope.”
Jawapan pendek Hannah yang kedengaran sombong buat lelaki mat salleh yang sedang mabuk mendekati Hannah dan terus duduk di sebelah. Nasib baik lah bukan terus terjah. Sedar diri lagi kot tapi Hannah dah kecut perut. Maklumlah bersepah kiri – kanan pelancong asing. Melayu, Cina ada juga tapi berselang dan macam lah dorang kisah apa yang jadi. Datang sini orang nak berhibur bukan nak kisah hal orang pun.
“Excuse me. Ice tea for you.” Emir terus duduk di antara Hannah dan gelas dihulurkan selamba. Mat salleh tadi memberi ruang kepada Emir dan mengangkat tangan tanda memohon maaf.
Emir serius sahaja. Hannah dia pandang sekilas. Si mat salleh dijeling tajam. Mata kemudian terus melekap pada pertunjukan api yang sedang berlangsung.
“Emm…” Hannah hilang kosa kata.
“Awak nak saya ulang lagi, don’t you ever coming here without me.”
“Emir…” Akhirnya. Setelah bertahun tidak berirama nama tersebut di lidahnya.
“Because orang yang datang sini will do this…and this…and never stop but I will stop. Just like this.”




p/s: 2b con’t….a very short story with no parts. Rindu giler nak melepak tapi idea bombastic tak ada pun. Belasah aje. Miss you guys. Do shout lovelies.

xoxo
RA@KL






Tuesday, 7 July 2015

Oh, Lelaki Malaya! (PART Z)



Hozier - Someone new
love with every stranger,
the stranger the better
weee....really?



            “Kau tengah buat apa Dib? Biasa tidur lunch hour macam ni?”
            “Usbu’. Last week aku rasa terawih kantoi dua hari, mengaji kantoi hari – hari. Nak qada balik semua.” Tafsir Al – Quran diraup ke muka dan diletakkan di atas rak tinggi.
            “Apa tuh? Neo Talibanisasi?” Lidah Faruk tergeliat nak sebut perkataan tu. Didi lah sibuk duk cakap istilah baru wujud dengan kemunculan style wanita Malaysia berjubah. Bagi Faruk, isu yang sangat subjektif. Perempuan kisahkan style saja. Tak payah nak pening kupas isu susah – susah. Ingat dorang fikir ke style Arab ke, style Melayu ke, style barat ke. Janji ikut arus dan nampak stylo. Women and their Venus thinking.
            “Mana ada kau nih. Aku tengah baca sikit tafsir Al – Quran ni. Kalau kau nak tahu ada 10 kata kunci dalam menghayati Al – Quran. Usbu’ tu one of them. Maksud lebih kurang komitmen mengulang baca Al Quran setiap hari dalam seminggu.”
            “Ya lah tu. Makan tak boleh. Bagi makan kat rohani sajalah.”
            “Nah, aku pinjamkan kau buku tafsir ni. Dalam tu ada cerita apa kata kunci dalam menghayati Al – Quran. Tak clear refer ustaz. Jangan refer aku. Aku pun kena pergi belajar lagi.” Lambang peace diangkat. Bukan apa, zaman sekarang ramai yang menuntut ilmu bukan dengan cara berguru jadi Adib risau kefahaman ayat – ayat indah dalam Al – Quran ditafsirkan sesedap rasa.
            Laju Faruk membelek buku yang dihulur.
            “Aku solat Zohor kat belakang jap.”
            “Dah….belum solat lagi?”
            “Tadi aku ngantuk. Pergi ambik wuduk tapi belum masuk waktu lagi. Tu yang duk membaca ni. Hish…kau jangan pertikaikan hak aku dengan Tuhan bro.”
            Faruk buat muka. Ngeng macam mana pun si Adib, perangai yang skema ala budak asrama yang ikut peraturan memang tak hilang. Itu yang mereka serasi sangat. Umur meningkat, kematangan meningkat tapi jiwa muda remaja. 
          Kata Yoko Ono, some people are old at 18 and some are young at 90. Time is a concept that human created.

            Seronok pula Faruk membaca buku keluaran Bumirestu Creative Sdn Bhd. Ada sepuluh kata kunci dalam menghayati Al- Quran dan Faruk boleh rumuskan seperti;

1. Al-Qalbu - Hati. Alat untuk memahami Al-Quran. Ketundukan kepada Allah, yang membolak-balikkannya dengan kehendakNya.
2. Ahdaf - Tujuan. Hadirkan tujuan. Kenapa saya membaca Al-Quran? 
3. Solat - Agar bacaan dalam solat diperbaiki.
4. Lail - Malam. Menitik beratkan semangat membaca pada solat malam. 
5. Usbu' - Seminggu. Komitmen mengulangbaca setiap hari dalam seminggu, walau sedikit. 
6. Hifzan - Hafazan. Berusaha menghafaz agar dapat menyerap kesan dari ayat yang dibaca.
7. Tikrar - Berulang. Mengulang-ulang bacaan. 
8. Rabt - Kaitan. Mengaitkan bacaan dengan kehidupan seharian.
9. Tartil - Tertib/Teratur. Perlahan-lahan, toma'ninah, tidak tergesa-gesa. 
10. Al-Jahr - Menguatkan suara dalam bacaan, supaya lebih tumpuan. Menyampaikan pesan dari kedua arah - tulisan dan suara.

            “Faruk…Faruk….Assalamualaikum.”
            Panjang kepala Faruk menjengah ke luar bilik Adib. Awek mana? Zulia?
            “Waalaikumussalam. Nini?”
            “Kau janji nak jumpa Didi kat sini ke? Ke kau cari Adib ni?”
            “Tak. Nak drop stok Boba. Kawan Didi nak beli. Alang – alang aku jumpa re – seller kat blok sana, tu yang aku singgah. Baik lagi dari drive gi hantar ofis si Didi yang jammed giler tu.” Nini panjangkan leher. Kereta Adib ada kat luar tapi mana dia? Sejak hari tu masing – masing ambik nombor telefon tapi masing – masing bajet cool. Senyap terus keduanya. Jangan pula dia yang dicop perigi cari timba.
            “Ya lah. Muka kau tu kenapa? Jatuh? Lebam semacam aku tengok.”
            “Long story.”
            “Cut it short then.” Adib muncul dari belakang.
            “Hai.”
            “Emmm…”
            Adib angkat bahu. Period ke apa mood semacam saja.
            “Kenapa pipi tu?”
            Ikut hati Nini mahu dia lempang jugak si Adib tapi tengok gaya siap kopiah ada lagi kat kepala, jeans yang senteng ke atas buku lali dan kemeja yang berlipas ke siku. Sejuk sikit hati yang tengah menggelegak.
            “Bak sini kunci kereta kau. Aku tolong angkat Boba.” Buku tafsir dihulur kepada Adib.
            “Amboi..businessman sempat baca buku masa kerja.”
            Faruk buat tak tahu. Adib lagilah. Buku bukan sebarang buku ni cik kak tapi Adib memilih untuk memberi perhatian kepada Nini. Pernah terdetik beberapa kali nak menghubungi Nini tapi dia tak nak gelojoh seperti kes Zulia. Ampun, gua insaf!
            Nini campak kunci kereta. Faruk sambut dengan cekap. Bahu Adib ditepuk dan Faruk berlalu pergi. Muka Nini tu nampak sangat nak cakap something kat Adib. Apa agaknya ya?
            Adib bersilang tangan. Muka serius.
            “Kena dera dengan si gila talak ke?”
            “Mana ada.” Nini jawab acuh tak acuh.
            “Habis tu.”
            Nini kerling kiri dan kanan. Bayang Faruk hilang barulah Nini buka mulut. Nafas ditarik dalam kemudian mata menatap jejaka Malaya di hadapan.

            “Saya keluar dengan someone. Tadi kena serang dengan bini dia. I…was like…emmm….seriously. I don’t know he’s married. Doesn’t look like one and hish sebab dengar cakap awak lah ni. Suruh cari stranger konon.” Nini pejam mata. Sebenarnya dari tadi dia terasa sangat perit. Nak menangis sangat tapi ditahan sehingga sekarang.
            “Tell me this is a joke.”
            “Joke apanya?”
           “Are you crazy? Kalau ya pun nak fall for stranger, carilah yang ‘ado – ado’ sikit. Kata smart.”
            “Jangan nak sound macam – macam dan jangan berani nak inform Didi dan Faruk. Malulah saya.”
            Adib gelak.
            “Dengan saya tak malu?”
        “Dah awak yang ajar. Tell you what. Thrill giler kena lempang dengan bini orang. Taubat sampai mati saya tak kan sesekali keluar dengan laki orang. Bukan takat dengan laki orang  tapi semua lelaki yang diragui. I learned more than a thing.”
          “Alahai….Nini. Sorry but is that really my fault?” Adib gelak lagi sebelum menyambung “…tapi kena jugak ambik precaution. Kita pergi klinik. Buat medical check. Bagi doctor confirm awak okay then kita buat report police. Esok lusa mana tahu kena serang lagi.”
“Mulut….hee..” Muka Nini berubah.
            “Hah, Nini. Kereta kau macam kedai bergerak. Tak nak set up physical boutique ke?” Faruk hulurkan kunci kereta Nini.
            Nini dan Adib berlagak selamba.
            “Semua stok lama dari outlet sana lah. Kalau aku dah duduk sini permanent, tak buat lagi kot business ni.” Nini mula nak melangkah keluar. Malas nak lama – lama dengan muka berbirat. Nak balik mandi dan tenangkan perasaan.
            “Faruk, bagi aku hantar banner yang dah siap tu.” Adib terus usung dua kotak besar yang ditempah pelanggan dan laju mengekori Nini. Faruk geleng kepala.
            “Nini, nak pergi dengan kereta awak ke kereta saya?”
            “Tak payahlah. Saya okay. Kalau tak okay saya duduk menangis kat rumah bukannya sibuk nak jumpa re – seller.”
            “Sure?”
            “Yes, small matter.”
            “Jom, berbuka dengan saya. Rumah awak kat mana? Saya fetch.”
            “Jumpa kat tempat nak berbuka je tak boleh?”
            “Nak terawih lah. Lepas berbuka saya terus hantar awak balik.”
            “Malaslah kalau gitu. Moreh je lah. Lepas terawih keluar minum cukup.”
            “Set.”
            Masing – masing terus tenggelam dalam perut kereta. Adib senyum sambil putar steering. Tak ada rasa nak gelojoh sangat tapi hati berbunga – bunga.


            “TEH tarik satu. Roti bakar satu set.”
            “Samalah.” Nini malas nak fikir.
            “Parent awak tak balik terawih lagi?”
            “Belum. Dorang ada port minum lepas terawih jugak tapi jangan risaulah. Saya dah mintak izin.”
            Adib angkat bahu. Part mana yang Didi cakap budak Philly ni western entah. Tudung siap pakai tudung bawal je malam ni. Oh, ya kalau dua kali yang dia jumpa dulu memang agak stylo lilitan tudung Nini dan cara berpakaiannya tapi tetap jatuh dalam kategori citarasa Malaysia lah. Lulus cemerlang nak kenalkan kat Mak dengan Ayah. Dari segi pemikiran ya, nampak Nini stok kebal dan berfikiran terbuka. Dia pula yang berfikiran bukan – bukan.
            “So….ex awak kacau lagi tak?”
            “Ex awak?” Nini sengih.
            Adib gelak.
            “Love myself enough to leave. Tak ada makna nak bercinta kalau rimas memanjang.”
            “Tell me about it..” Nini sangat bersetuju dengan Adib.
            “So…balik for good?”
            “Ya lah..ingat balik nak kahwin. Nak settle down. Tak kesampaian. Duk sana lagi best. Merayap keluar masuk outlet lepas tu pergi pos barang. Lepas tu pass kat re – seller dan tunggu duit masuk. Lepas tu…”
            “Banyaklah awak punya lepas tu. Dah minum.” Adib geleng kepala. Dengar Nini berceloteh, sampai Imsak pun tak habis.
            “Nak cepat pergi mana?”
            “Nak basuh kereta. Nanti awak teman. Boring sorang – sorang tunggu.”
            Nini geleng kepala. Spesis macam ni pun ada.


            “GHAZ nak masuk meminang Nini.”
Didi buat pengumuman elok saja kurma tinggal bijik dalam mulut Adib. Boleh tertelan bijik kurma jadinya.
            “Tu ke tujuan kau ajak aku berbuka kat rumah korang?”
            “Tujuan apa?” Didi buat tak reti.
            “Nak suruh aku tahu.”
            “La…kau bukan wali dia pun nak kena tahu.” Didi mengejek.
            “Malas lah nak layan.” Adib makan sambal buat derk apa yang dia dengar. Faruk dah cakap siang tadi Didi bengang sebab kali ni Adib duk keluar – sembang – lepak dengan Nini tapi tak ada apa – apa. Tak kan kawan je kata Didi. Dorang ni tak faham ke dia dah serik nak serius. Pakai konsep cinta tak perlu diucap tak boleh ke? Nini pun nampak cool saja.
             “Jangan kau menyesal.” Faruk tambah bunga.
           


            “LELAKI Malaya tu macam mana? Tak habis – habis saya dengar keluar mulut awak.”
            “Yang serba sederhana dan tak gelojoh.” Tak macam Ghaz. Gila talak siap pakej gelojoh. Samalah dengan Matt kat Philly dulu. Gelojoh cara barat. Baru keluar dating 2 kali dah sibuk nak make love bagai. Hoi! Aku ni Islam. Mamat yang bajet single tapi rupanya suami orang tu lagi haru. Memang tak boleh nak dikenang.
            “Laaaa….mati – mati ingat yang berpelikat 24 jam ke. Yang duduk kampung jadi pengusaha tanah berjaya ke. Yang makan ubi kayu ke.”
            “Eeiii… melampau. Itu definisi luaran yang awak kaitkan dengan bangsa buat apa.”
            Nini sibuk pilih biskut raya. Dah 5 bekas dia ambik. Rajin pula si Adib nak teman.
            “Beli biskut cornflakes madu ni banyak – banyak. Favourite saya. Nanti saya pergi beraya rumah awak wajib hidangkan yang ni.”
            “Waaa….favourite saya jugak.” Nini sampai tersasul tepuk bahu Adib.
            Adib hanya geleng kepala dan cepat – cepat tolong bayarkan. Mereka berdua menapak ke kereta dengan plastic bag penuh balang biskut. Macam laki – bini borong biskut nak bawak balik raya di kampung dah rupanya.
            Adib pasang lagu raya dalam kereta. Semangat raya berkobar sungguh. Lagi berkobar campur berdebar ialah apa yang dia nak cakap kat Nini sekejap lagi. Rasanya kalau duk pakai konsep cinta tak perlu diucap, sampai ke tua lah dia membujang.
            “Nini.”
            “Yup.”
            “I am definitely not a lelaki Malaya that suit your definition sebab kadang – kadang saya ni ekstrem jugak but…”
            Nini berpaling ke arah Adib di tempat duduk pemandu. “Okay…so?”
“I’m a perfect stranger for you to fall in love with.”
           

            “DINDA dah besar dan comel kan?”
            Adib yang sedang bersandar di katil angguk. Kalau Ramadhan setahun yang lalu dia hanya mampu tengok Nini flip tudung tapi sekarang hari – hari boleh tengok adegan awek flip rambut. Ish…syok! Seksi habis.
            “Boleh tak awak tukar rutin menghadap cermin tiap – tiap malam sebelum tidur kepada menghadap saya? Berfaedah sikit.”
            Nini gelak besar.
            “Apanya? Dah sah nanti saya panjat katil duk sebelah.”
            “Naik tidur bukan menghadap saya. Macam mana nak dapat Dinda sendiri kalau macam ni?” Adib senyum perli.
            “Amboi – amboi. Main corner ya….”
            Nini mendekati Adib. Buku Kamar Sutera tulisan Hamka Kereta Mayat ditarik kasar.
            “Buku awak patut baca malam pertama kita bukan sekarang.”
            Adib yang sedang bersandar di kepala katil gelak besar. Buku yang dibeli siang tadi pula disalahkan. Dia bukan kaki buku pun tadi teman Nini cari buku Diana Rikasari, dia pelik pula tengok ramai remaja lelaki borong buku di suatu sudut Popular. Dia join sekali jenguk dan borong sikit. Nak tahu juga selera budak zaman sekarang.
            “Kata lelaki Malaya tak gelojoh.” Adib perli lagi.
            Nini ketawa besar.


            “BASUH kereta tempat lain boleh tak? Macam ramai je?”
            “Mana ada ramai. Tengok tu. Kereta kita yang ketiga saja. Jom, turun borak – borak kat luar.”
            Adib bawak Nini basuh kereta di tepi Shell. Nini ikut saja langkah Adib ke belakang. Port menunggu kereta siap.
            Sampai di belakang, Nini berbisik perlahan ke telinga Adib.
            “Cuba awak tengok lelaki zaman sekarang. Tiga kerusi penuh. Sorang duduk sambil letak kaki kat kerusi sebelah buat dia punya foot stool. Sorang dudukkan beg laptop kat kerusi sebelah dia sambil lentokkan kepala siap makan kuaci. Minah yang berdiri kat sana tu dorang buat tak nampak je. Jangan cakap nak bagi kerusi pelawa duduk, selfish and ignorance adalah. Oh, lelaki Malaya lah sangat. Sampai bila tak jumpa soul mate sejati kalau macam ni.” Nini merungut buat hati Adib menggeletek nak ketawa tapi ditahan. Comel sahaja rungutan Nini.
            “Awak tunggu sekejap.” Adib berlari masuk kedai dalam Shell dan sebentar kemudian keluar dengan sepeket jajan dan dua kotak air milo.
            “Jom…”
            “Mana?”
            “Tunggu je dalam kereta. Lagi best ada air cond. Turn kereta kita nak vacuum baru keluar. Anggap saja mamat 2 orang tadi buasir tak boleh nak bangun. Awak ni kan Nini, tak habis – habis dengan lelaki Malaya. Tak payah semua tu. Kalau nak cari soulmate tak payah lelaki Malaya dan tak payah nak bercinta bagai. You can find soulmate in friendship too.”
            “Ya lah sangat.” Nini berlagak selamba tapi sejak dengar ayat Adib hari tu, sungguh dia jatuh cinta. Memang sengajalah sebenarnya dia suruh Didi bakar Adib konon Ghaz nak masuk meminang. Haha….konsep cinta tak perlu diucap konon.

Sungguh Adib soulmate sejati. Tak penting yang lain. Biarlah setakat tauke kedai printing. Biarlah bukan bermata biru janji he is a perfect stranger. Adib ajar dia macam mana nak jadi businesswoman tapi masih ada banyak masa untuk Tuhan, ibu – bapa, kawan – kawan dan orang tersayang. Adib ajar dia jangan pilih bulu. Tak ada istilah kebaratan, kemelayuan dan segala yang merepek tu. Itu label semata – mata dan ‘how you define it’. Yang akan kekal cuma jati diri seseorang dan kesederhanaan dalam setiap sesuatu.


“YOU know what sayang.”
Nini mencari posisi di sebelah suami. Adib cuma, “Hmmm…apa?”
“A stranger to someone I can’t stop thinking about. That’s you.”
“Aww…”

Adib dan Nini ketawa serentak.

(credit to ifah&tina)

p/s: Promise you - a simple happy ending story. Selamat hari raya. Saya dah tak sabar nak raya :D
Saya nak minta maaf juga atas segala kekurangan dalam setiap karya saya dan tutur kata di blog/FB yang mengundang rasa.
May Allah Bless All Of Us.

Safe journey balik kampung! 

xoxo
KL@RA

Sunday, 5 July 2015

Oh, Lelaki Malaya! (PART B)



            DINDA tidur. Mommy dan Daddy Dinda sibuk main Instagram. Dah aku yang bukan kaki social media ni nak buat apa? Pusing ambil makanan kat meja buffet tu dah boleh buat puasa kurus. Bernafsu betul tengok macam – macam makanan ada. Baik duduk diam – diam tunggu azan Maghrib dilaungkan tanda masuknya waktu berbuka.
            “Abang, tengok ni.”
            “Apa?”
            “Status meroyan BFF saya ni. Pening saya tengok.”

“Love with all you have for all you have is love.”

Nak terbatuk Adib dengar Faruk baca ayat di telefon Didi kuat - kuat.
“Jiwang tahap bulan mengambang.” Selamba Adib mencelah.
“Okaylah tanda orang ada perasaan. Kau tu hati batu.” Didi komen. Puas dia rekomen awek dengan Adib tapi satu pun tak jalan.
“Bukan tak ada perasaan tapi aku pakai konsep cinta tak perlu diucap.”
“Banyaklah kau.” Faruk gelak.
“Abang, saya suspek ni mesti kes dah putus. Sama bala dengan Adib dia ni. Tak pernah jumpa yang sekufu, sejalan dan sebiul otaknya.”
“Sedap mulut kau kan. Nak berbuka kita ni. Kata tu doa dari waktu mula puasa sampai nak berbuka. Cakap aku berjodoh dengan kawan kau tu okay juga. Duk kutuk aku untung pun tarak.”
Semua orang dah lapar sangat agaknya sebab dah merapu sampai ke tahap cadangan Faruk yang tak boleh nak blah. Didi senyum. Adib nak muntah darah dengar tapi dia malas nak komen apa – apa.
“WhatsApp dia suruh join kita kat sini. Rumah dia sepelaung je dari hotel ni. Sempat lagi nak join kita. Orang kalau tengah serabut. Offer macam ni sure jalan.”
“Bagi dia kenal dengan si Adib ni. Okay jugak. Sekejap.”
Adib kerling. Malas nak layan laki – bini sehati sejiwa ni.
“Umur? Cun ke tidak?”
“Bukan kau nak tanya dia single ke tak?”
Adib gelak. Apalah Didi ni. Dah sah tadi dia duk canang kononnya minah ni konon dah putus. Nak tanya buat apa lagi. Lelaki normal macam dia manalah nak fikir jauh – jauh. Setakat nak tahu bagi first impression sudah. Serik dia dapat awek macam Zulia. Duduk mengendeng 24 jam. Meremang bulu roma dibuatnya.
Didi letak telefon di meja. “Set. She’s coming.”
Gulp! Adib angkat kening.
“Aku harap korang berdua ada jodoh hari ni. Sorang nak larikan diri daripada jantan tak guna. Sorang nak larikan diri daripada perempuan tak guna.”
“Amin….” Adib meraup tangan.
“Oit…” Faruk cuit bahu.
“Dah azan bro. Aku tak aminkan doa kau tadi. Aku aminkan doa makan ni hah.”
Didi, Faruk dan Adib serentak menggapai kurma dalam piring masing – masing sambil senyuman tersungging di bibir laki – bini ni.


“Bagi aku Dinda. Korang makanlah dulu. Aku jaga dia. Letak dalam stroller bawak pusing – pusing tak apa kan?”
            “Nope!” Serentak laki bini kat depan mencerlung.
            “Pehal? Kata bawak aku nak suruh jadi babysitter. Aku buka kurma dengan air cukup dah. Nanti – nanti aku pulun.”
            “Bukan tu lah. Dukung Dinda pakai wrap. Dia selesa sikit. Dah cramp duk tidur lama dalam stroller.” Kain kendong Boba dihulur kepada Adin yang muka dah kelat – kelat manis.
            “Oh my.” Adib menyesal offer diri. Terlajak baik pun padah juga. Jatuh saham dukung anak pakai wrap nih. Kain kendong zaman sekarang walaupun dah tercuit arus modenisasi tapi untuk jejaka single and available macam dia is a BIG NO.
            “Alahai…sekejap je kami makan. Kau pusing luar tu tak sampai 3 round, patah balik nanti kami dah siap.”
            Pasrah Adib menerima Boba dan mula melilit di badan. Dinda kemudian didukung dan dikendong dengan cermat. Senyuman Dinda yang polos buat Adib senyum panjang. Tak apalah tak nampak maco pun. Elok Dinda melekap di badan dengan selesa, Adib melipat lengan baju kemeja hingga ke siku. Selesa dan santai.
            “Dah….sebijik macam bapak orang. Lulus dah nak kahwin.” Faruk sengih.
            “Kau ni….” Adib merengus, terus mencari jalan keluar di tengah keramaian orang sedang berbuka. Dua – tiga langkah dia berjalan, pusing belakang saja nampak Faruk dengan mesra menyuapkan Didi makan.
            “Huh….” Adib mendengus. Giliran nak menyuap dan disuap entah bila. Kalau setakat dengan Zulia, yang muncung – muncung mulut mintak disuap memang buat dia geli – geleman. Rasa nak suap bertukar rasa nak tampar ada.
            Adib pusing – pusing taman di luar tempat buffet. Ramai betul orang berbuka di luar hari ini. Biasanya Adib kalau malas nak balik rumah orang tua di Rawang, dia bantai tapau roti John dengan air kelapa dah cukup. Menu yang sama sepuluh hari berpuasa pun boleh. Sahur nanti cari lah nasi kandar kat mamak bawah kondo tu. Habis cerita.
            Setengah jam pusing – pusing, Dinda pun langsung tak meragam buat Adib berpatah balik ke meja pasangan yang bajet loving.


            “Tak habis makan lagi? Tak ikut sunnah betul lah kau ni. Berhenti selepas kenyang.”
            “Ustaz mana pulak ni?”
            Eh tetiba ada sampukan. Adib kerling sebelah. Ni ke kawan yang Didi cakap tadi?
            “You?”
            “Awak?”
            “Suka hati korang lah nak ber you – awak ke apa. Adib, ni Nini. Nini, ni Adib. BFF si Faruk.”
            “Dah kenal.” Nini senyum. Kat hujung boleh dia tambah dengan nada suara perlahan, “I wish this is a dream.” Nini terus duduk dengan pinggan di tangan.
            “I heard you.” Adib spontan menarik kerusi dan duduk di sebelah Nini.
            “Dinda…lamanya Auntie tak jumpa.” Pipi Dinda yang masih di ribaan Adib dicubit.
            “Aku ingat anak dia hah. Korang dah macam loving couple habis. Lupa nak tanya mana Dinda tadi.”
            Adib geleng kepala. Sarkastik betul. Tadi bukan main lelaki Malaya lah apa. Sekarang dia up aku lagi konon bapak orang.
            “Story – morry?”
            “Kau yang suruh aku pergi hantar barang kat ofis Faruk tadi. Tak sempat masuk aku kena tahan dengan mamat gila talak tu. Kat situlah kenal.”
            “Lagi?” Didi tolak siku Nini.
            “Aku wujud lagi kat sini. Aku kau tak nak tanya?” Adib mencelah.
            “Oh, Nini cakap tadi aku ni persis jejaka idaman Malaya. Tapi sebab dia compare aku dengan mamat yang dia dumped tu, aku hampa.” Adib tepuk dada sambal buat muka sayu.
            Semua orang tergelak. Dalam hati Adib berdoa janganlah Nini buat kerek pergi bukak cerita dia punya mengayat yang tak jadi tadi. Malu sezaman nanti.
            “Dah berbunga jalan cerita. Adib, silakan tambah pucuk dan daun. Bagi Dinda sini. Bagi aku dengan Didi pergi solat dulu. Karang kita sembang balik.”
            Adib angkat bahu.
            “Okay, baby. Uncle nak makan pulak ni.” Adib mengacah sambal membuka lilitan kain kendong Boba tapi Dinda erat memegang lehernya.
            Dengan baby talk, Didi dan Faruk fahamlah apa yang Dinda sampaikan. Dinda tak nak berenggang dengan si Adib.
            “Awak wangi sangat. Dinda tak nak lepas. Kesian. Bak sini dengan Auntie.” Nini puji seikhlasnya. Wangian yang dipakai Adib mendamaikan. Tak kuat sangat dan tak lembut sangat. Yang penting dia tak pernah terfikir man can look damn gorgeous with baby wrap. Oh dang! Kurus puasa aku. Rasa nak market kan Boba untuk kaum bapa pula.
            Dinda tetap sengih manja nak juga dengan Adib.
            “Sini sayang. Uncle nak makan.” Didi menghulurkan tangan.
            “Tak apalah Didi. Korang solat dulu. Nanti baru ambik. Cepat sikit.”
            “Kalau susah nak makan, aku boleh tolong suapkan dia. Korang ciao dululah. Aku pun boleh tolong tengokkan Dinda.”
            “Kau jangan nak American sangat lah Nini. Bawak beringat sikit. Habis pahala puasa kau nak suap anak bujang orang pula.” Budak Philly baru balik Malaysia memang macam ni. Didi merengus. Manalah Ghaz boleh tahan dengan sikap kurang sensitif Nini. Ghaz sibuk nak turn Nini jadi gadis ayu. Nini pulak buat derk dia. Prinsip mudah, "If you can't handle me at my worst. You don't deserve me at my best."

            Serentak Adib dan Nini bertatapan.


            “Way to go girl.” Adib senyum.
            “Kalau saya suap, awak nak makan tak?”
            “Saya kan jejakan idaman Malaya. Banyak songeh sikit. Tak sporting as westerner. Pertama, baik awak jangan cuba nak buat western kat sini. Dua, kalua awak dah suap, saya tak kan jatuhkan air muka awak. Saya nganga je.” Adib senyum mencabar.
            Nini tiba – tiba angkat sudu berisi ais kacang dan disuakan ke mulut Adib.
            Adib terkejut dan jeritan Dinda yang nampak tak selesa di pangkuan menutup air mukanya yang tiba – tiba berubah. Tak pasti nak nganga atau nak buat sibuk dengan Dinda tapi renungan Nini menggetarkan naluri. Betullah aku ni spesis mudah tertawan tapi susah melekat. Haih….

            “You know what they said about hope? It breeds eternal misery.”


            “But once you chose hope, anything is possible.” Nini sambung menyuap makanan ke mulut sendiri. Sungguhlah jejaka sopan dan sempoi. Selamba buat tak ingat hal siang tadi. Bukan tadi dia siap sekolahkan sikit mamat ni? Boleh pula relax layan kewujudan Nini. Rare sungguh. 

Harga diri seorang 'jantan' bukan pada apa yang dah jadi tapi macam mana dia di setiap saat yang terjadi. 

Kosa kata apakah? Nini senyum sendiri. Dia pun boleh lupa Ghaz terus. Tak sia - sia usaha Didi nak sedarkan dia Ghaz memang tak sesuai dengan Nini. "I deserve someone better."


"Nini, being single now, don't you think of doing something adventurous?" Adib bertanya sambil menghabiskan sisa makanan di dalam mulut. Boleh makan sendiri pun. Multi tasker sangat dia sebenarnya. Jaga baby, makan, minum, mengayat awek. All at once.
"Like what? Hiking? Bungee jumping?"
"Nope."
"Then?"
"Go fall in love with stranger. He will teach you a thing or two."

Sweet short story: Something about you

  Cover writing by: Farah Husain DANIELLA dah tak mampu nak tahan gelak. Boleh si adik menyakat kat Instagram selepas dia memuat naik gamba...