DINDA
tidur. Mommy dan Daddy Dinda sibuk main Instagram. Dah aku yang bukan kaki social media ni nak buat apa? Pusing
ambil makanan kat meja buffet tu dah boleh buat puasa kurus. Bernafsu betul
tengok macam – macam makanan ada. Baik duduk diam – diam tunggu azan Maghrib
dilaungkan tanda masuknya waktu berbuka.
“Abang,
tengok ni.”
“Apa?”
“Status
meroyan BFF saya ni. Pening saya tengok.”
“Love
with all you have for all you have is love.”
Nak terbatuk Adib dengar Faruk baca ayat di
telefon Didi kuat - kuat.
“Jiwang tahap bulan mengambang.” Selamba Adib
mencelah.
“Okaylah tanda orang ada perasaan. Kau tu hati
batu.” Didi komen. Puas dia rekomen awek dengan Adib tapi satu pun tak jalan.
“Bukan tak ada perasaan tapi aku pakai konsep
cinta tak perlu diucap.”
“Banyaklah kau.” Faruk gelak.
“Abang, saya suspek ni mesti kes dah putus.
Sama bala dengan Adib dia ni. Tak pernah jumpa yang sekufu, sejalan dan sebiul
otaknya.”
“Sedap mulut kau kan. Nak berbuka kita ni. Kata
tu doa dari waktu mula puasa sampai nak berbuka. Cakap aku berjodoh dengan
kawan kau tu okay juga. Duk kutuk aku untung pun tarak.”
Semua orang dah lapar sangat agaknya sebab dah
merapu sampai ke tahap cadangan Faruk yang tak boleh nak blah. Didi senyum. Adib nak muntah darah dengar tapi dia malas nak
komen apa – apa.
“WhatsApp dia suruh join kita kat sini. Rumah dia sepelaung je dari hotel ni. Sempat
lagi nak join kita. Orang kalau
tengah serabut. Offer macam ni sure jalan.”
“Bagi dia kenal dengan si Adib ni. Okay jugak.
Sekejap.”
Adib kerling. Malas nak layan laki – bini
sehati sejiwa ni.
“Umur? Cun ke tidak?”
“Bukan kau nak tanya dia single ke tak?”
Adib gelak. Apalah Didi ni. Dah sah tadi dia
duk canang kononnya minah ni konon dah putus. Nak tanya buat apa lagi. Lelaki
normal macam dia manalah nak fikir jauh – jauh. Setakat nak tahu bagi first impression sudah. Serik dia dapat
awek macam Zulia. Duduk mengendeng 24 jam. Meremang bulu roma dibuatnya.
Didi letak telefon di meja. “Set. She’s coming.”
Gulp! Adib angkat kening.
“Aku harap korang berdua ada jodoh hari ni.
Sorang nak larikan diri daripada jantan tak guna. Sorang nak larikan diri
daripada perempuan tak guna.”
“Amin….” Adib meraup tangan.
“Oit…” Faruk cuit bahu.
“Dah azan bro. Aku tak aminkan doa kau tadi.
Aku aminkan doa makan ni hah.”
Didi, Faruk dan Adib serentak menggapai kurma
dalam piring masing – masing sambil senyuman tersungging di bibir laki – bini
ni.
“Bagi aku Dinda. Korang makanlah dulu. Aku jaga
dia. Letak dalam stroller bawak
pusing – pusing tak apa kan?”
“Nope!” Serentak laki bini kat depan
mencerlung.
“Pehal?
Kata bawak aku nak suruh jadi babysitter.
Aku buka kurma dengan air cukup dah. Nanti – nanti aku pulun.”
“Bukan
tu lah. Dukung Dinda pakai wrap. Dia
selesa sikit. Dah cramp duk tidur
lama dalam stroller.” Kain kendong Boba dihulur kepada Adin yang muka dah kelat
– kelat manis.
“Oh my.” Adib menyesal offer diri. Terlajak baik pun padah
juga. Jatuh saham dukung anak pakai wrap
nih. Kain kendong zaman sekarang walaupun dah tercuit arus modenisasi tapi
untuk jejaka single and available macam dia is a BIG NO.
“Alahai…sekejap
je kami makan. Kau pusing luar tu tak sampai 3 round, patah balik nanti kami dah siap.”
Pasrah
Adib menerima Boba dan mula melilit di badan. Dinda kemudian didukung dan
dikendong dengan cermat. Senyuman Dinda yang polos buat Adib senyum panjang.
Tak apalah tak nampak maco pun. Elok Dinda melekap di badan dengan selesa, Adib
melipat lengan baju kemeja hingga ke siku. Selesa dan santai.
“Dah….sebijik
macam bapak orang. Lulus dah nak kahwin.” Faruk sengih.
“Kau
ni….” Adib merengus, terus mencari jalan keluar di tengah keramaian orang sedang
berbuka. Dua – tiga langkah dia berjalan, pusing belakang saja nampak Faruk dengan
mesra menyuapkan Didi makan.
“Huh….”
Adib mendengus. Giliran nak menyuap dan disuap entah bila. Kalau setakat dengan
Zulia, yang muncung – muncung mulut mintak disuap memang buat dia geli – geleman.
Rasa nak suap bertukar rasa nak tampar ada.
Adib
pusing – pusing taman di luar tempat buffet. Ramai betul orang berbuka di luar
hari ini. Biasanya Adib kalau malas nak balik rumah orang tua di Rawang, dia
bantai tapau roti John dengan air kelapa dah cukup. Menu yang sama sepuluh hari
berpuasa pun boleh. Sahur nanti cari lah nasi kandar kat mamak bawah kondo tu.
Habis cerita.
Setengah
jam pusing – pusing, Dinda pun langsung tak meragam buat Adib berpatah balik ke
meja pasangan yang bajet loving.
“Tak
habis makan lagi? Tak ikut sunnah betul lah kau ni. Berhenti selepas kenyang.”
“Ustaz
mana pulak ni?”
Eh
tetiba ada sampukan. Adib kerling sebelah. Ni ke kawan yang Didi cakap tadi?
“You?”
“Awak?”
“Suka
hati korang lah nak ber you – awak ke apa. Adib, ni Nini. Nini, ni Adib. BFF si
Faruk.”
“Dah
kenal.” Nini senyum. Kat hujung boleh dia tambah dengan nada suara perlahan, “I wish this is a dream.” Nini terus
duduk dengan pinggan di tangan.
“I heard you.” Adib spontan menarik
kerusi dan duduk di sebelah Nini.
“Dinda…lamanya
Auntie tak jumpa.” Pipi Dinda yang masih di ribaan Adib dicubit.
“Aku
ingat anak dia hah. Korang dah macam loving couple habis. Lupa nak tanya mana
Dinda tadi.”
Adib
geleng kepala. Sarkastik betul. Tadi bukan main lelaki Malaya lah apa. Sekarang
dia up aku lagi konon bapak orang.
“Story – morry?”
“Kau
yang suruh aku pergi hantar barang kat ofis Faruk tadi. Tak sempat masuk aku
kena tahan dengan mamat gila talak tu. Kat situlah kenal.”
“Lagi?”
Didi tolak siku Nini.
“Aku
wujud lagi kat sini. Aku kau tak nak tanya?” Adib mencelah.
“Oh,
Nini cakap tadi aku ni persis jejaka idaman Malaya. Tapi sebab dia compare aku dengan mamat yang dia dumped tu, aku hampa.” Adib tepuk dada sambal
buat muka sayu.
Semua
orang tergelak. Dalam hati Adib berdoa janganlah Nini buat kerek pergi bukak
cerita dia punya mengayat yang tak jadi tadi. Malu sezaman nanti.
“Dah
berbunga jalan cerita. Adib, silakan tambah pucuk dan daun. Bagi Dinda sini.
Bagi aku dengan Didi pergi solat dulu. Karang kita sembang balik.”
Adib
angkat bahu.
“Okay,
baby. Uncle nak makan pulak ni.” Adib mengacah sambal membuka lilitan kain
kendong Boba tapi Dinda erat memegang lehernya.
Dengan
baby talk, Didi dan Faruk fahamlah
apa yang Dinda sampaikan. Dinda tak nak berenggang dengan si Adib.
“Awak
wangi sangat. Dinda tak nak lepas. Kesian. Bak sini dengan Auntie.” Nini puji
seikhlasnya. Wangian yang dipakai Adib mendamaikan. Tak kuat sangat dan tak
lembut sangat. Yang penting dia tak pernah terfikir man can look damn gorgeous with baby wrap. Oh dang! Kurus puasa
aku. Rasa nak market kan Boba untuk
kaum bapa pula.
Dinda
tetap sengih manja nak juga dengan Adib.
“Sini
sayang. Uncle nak makan.” Didi menghulurkan tangan.
“Tak
apalah Didi. Korang solat dulu. Nanti baru ambik. Cepat sikit.”
“Kalau
susah nak makan, aku boleh tolong suapkan dia. Korang ciao dululah. Aku pun
boleh tolong tengokkan Dinda.”
“Kau
jangan nak American sangat lah Nini. Bawak beringat sikit. Habis pahala puasa
kau nak suap anak bujang orang pula.” Budak Philly baru balik Malaysia memang
macam ni. Didi merengus. Manalah Ghaz boleh tahan dengan sikap kurang sensitif Nini. Ghaz sibuk nak turn Nini jadi gadis ayu. Nini pulak buat derk dia. Prinsip mudah, "If you can't handle me at my worst. You don't deserve me at my best."
Serentak
Adib dan Nini bertatapan.
“Way to go girl.” Adib senyum.
“Kalau
saya suap, awak nak makan tak?”
“Saya
kan jejakan idaman Malaya. Banyak songeh sikit. Tak sporting as westerner. Pertama, baik awak jangan cuba nak buat western kat sini. Dua, kalua awak dah
suap, saya tak kan jatuhkan air muka awak. Saya nganga je.” Adib senyum mencabar.
Nini
tiba – tiba angkat sudu berisi ais kacang dan disuakan ke mulut Adib.
Adib
terkejut dan jeritan Dinda yang nampak tak selesa di pangkuan menutup air
mukanya yang tiba – tiba berubah. Tak pasti nak nganga atau nak buat sibuk
dengan Dinda tapi renungan Nini menggetarkan naluri. Betullah aku ni spesis mudah
tertawan tapi susah melekat. Haih….
“You know what they said about hope? It
breeds eternal misery.”
“But once you chose hope, anything is
possible.” Nini sambung menyuap makanan ke mulut sendiri. Sungguhlah jejaka
sopan dan sempoi. Selamba buat tak ingat hal siang tadi. Bukan tadi dia siap sekolahkan sikit mamat ni? Boleh pula relax layan kewujudan Nini. Rare sungguh.
Harga diri seorang 'jantan' bukan pada apa yang dah jadi tapi macam mana dia di setiap saat yang terjadi.
Kosa kata apakah? Nini senyum sendiri. Dia pun boleh lupa Ghaz terus. Tak sia - sia usaha Didi nak sedarkan dia Ghaz memang tak sesuai dengan Nini. "I deserve someone better."
"Nini, being single now, don't you think of doing something adventurous?" Adib bertanya sambil menghabiskan sisa makanan di dalam mulut. Boleh makan sendiri pun. Multi tasker sangat dia sebenarnya. Jaga baby, makan, minum, mengayat awek. All at once.
"Like what? Hiking? Bungee jumping?"
"Nope."
"Then?"
"Go fall in love with stranger. He will teach you a thing or two."
wahhhh ...
ReplyDeleteGo fall in love with a stranger! He will teach you a thing or two
tats so ohsem
and so AH-MA-ZING Nini n Adib! ...
lev all the written plus looks 'real' in daily life ... sureal ...
citer ni buat we ols stand on a real world
real situation, place n setting! straight without 'bunga2'
♡♡♡
~Jazmeen~
i like....
ReplyDeleteTerbaik!! As smooth as silk.. I'm loving and it
ReplyDeletehuh love it
ReplyDeleteAdib is a stranger to me and I already fallen in love with him... Heh!
ReplyDeletehihihih betolll. omai adib please exist in this real world *pray*
Deletengee suka suka :)
ReplyDeleteadib...love ya
ReplyDeleteKejam.. Now I'm already fall in love with adib..I want more please
ReplyDeletekyaaaaa......itu je mampu cakap. rindu nak baca tulisan rin. ada secoet ni pun cukup syukur...
ReplyDeleteWahhh. Very straight to d point.
ReplyDeleteMmg gentleman sgt!!
Novelkan laa,
ReplyDeleteAish semua hero Rin ai suka...chaiyok2 Adib..
ReplyDeletedear rin ahmad,
ReplyDeletei am so in love with your writings ! please write moreeee. i have all your books okayy ! please please sambung cerita niii. suka ayat adib "Go fall in love with stranger. He will teach you a thing or two.". omg. sesuka hati nak suruh org fall in love dgn stranger. i love you adibbb :*
I saw Spencer Hasting punya quote kat situ..Loveeeeeeeeeeeeeeee :)
ReplyDeleteIts really nice story, with all the quotes and whatnot. So cool :-D
ReplyDeleteRoti john and air kelapa -->my fav
ReplyDeleteAdib si jejaka idaman malaya --> my fav