Monday, 17 September 2012

Gadis Edisi Terhad (GET) Bab 9


“Morning.”
Ceria Jasmeen menyapa segenap isi keluarganya yang sedang enak menjamu selera di meja makan. Tak sabar nak keluar dari rumah ni. Pandangan luar biasa baginya kerana hari ini bukanlah hari cuti tetapi Tan Sri Farhan elok sedang menyuap nasi lemak ke mulut.
Selesai Subuh, terus Jasmeen bersiap untuk keluar bekerja. Beberapa kali juga baju yang sengaja ditinggalkan di rumah kedua ibu – bapanya dibelek. Penuh satu almari juga baju yang ditinggalkan. Jasmeen tahu sampai bila – bila pun, bilik yang ditinggalkannya itu akan tetap dijaga rapi oleh Mama. Maklumlah anak dara kesayangan. Akhirnya baju stretch wool-twill blazer yang dibelinya keluaran edisi terhad Viviene Westwood Red Label diambil dan disarungkan di atas Bally cotton poplin shirt. Selesa dan santai apabila Jasmeen hanya memadankannya dengan sepasang jeans lusuh dan Gucci plain scarf yang dililit kemas di kepala.
Boleh minta Ferhad tolong hantar pergi pejabat arkitek Modenreka sekejap lagi ni. Harap – harap Ferhad sudah sembuh dan kembali bertenaga. Temujanji pagi ini tidak boleh tidak dibatalkan. Miza pagi- pagi sudah mengingatkannya. Pergi dengan Ferhad, balik minta Miza hantar orang jemput, okay lah tu. Desis Jasmeen bersetuju dengan perancangannya sendiri.
            “Duduk.”
Arah mama apabila melihat Jasmeen melencong ke dapur. Bukannya tak tahu, anak daranya ke dapur untuk mengambil susu dan Koko Krunch. Bukannya nak dirasa nasi lemak kita ni. Dahlah jarang – jarang ada kat rumah. Nak kata terima kasih sebab Ferhad sakit tak boleh hantar Jasmeen balik ke rumahnya sendiri bunyi macam kejam tetapi itulah hakikatnya. Kalau tak susahlah nak tengok Jasmeen tidur di rumah apatah lagi menghadap sarapan bersama. Sudah terlupa Puan Sri Nur Maria bila kali terakhir mereka duduk semeja.
            “Meen diet lah Mama. ”
Jasmeen memuncungkan mulutnya tanda protes namun tangannya laju menyenduk nasi lemak ke pinggan. Wow! Nasi lemak lauk sambal sotong dan paru goreng rempah. Selamat lah diet aku hari ni. Cakap Mama jangan dibantah lebih – lebih. Buat sakit telinga je kena khutbah percuma. Eh! Dengar khutbah kena bayar ke? Jasmeen mengulum senyum.
            “Dah okay Ferhad? ”
Dengan mulut penuh dengan nasi lemak, Jasmeen menyapa adiknya yang ralit membaca surat khabar. Ferhad hanya mengangguk tanpa mengangkat muka. Mesti Ferhad sudah bangun joging pagi – pagi lagi. Pinggan di hadapan Ferhad sudah licin. Sakit pun selera makan tak kurang.  Jeling Jasmeen yang duduk bertentangan dengan Ferhad.
            “Malam ni Meen balik sini dulu. Papa ada buat jamuan makan sikit.  Kalau boleh tolong Mama apa yang patut lagi bagus. Bangga sikit Papa kalau anak dara Papa ringan tulang. ”
            Mata Jasmeen membuntang. Patutlah Papa relax sahaja pagi ini. Rupanya ada agenda tersembunyi.
            “Papa ni ingat ada kat rumah sebab nak luangkan masa dengan Meen. Rupanya ada udang sebalik batu. Tengoklah kalau Meen tak banyak kerja. ”
Tan Sri Farhan hanya diam tak berkutik. Menyedari kekhilafan sendiri. Namun tetap tersenyum mendengar keluhan Jasmeen yang bukan untuk pertama kalinya didengar. Anak daranya seorang ini tak pernah tahu menyimpan rahsia hati. Segalanya mudah diluahkan. Namaun dia tahu dia tak pernah kurang perhatian dan kasih sayang untuk anak – anak cuma mungkin masanya sahaja yang amat terhad.

            If you often smile and show that you enjoy your work, your kids will grow up in the same path even if he doesn’t see you much.

Tan Sri Farhan mengimbas kembali ayat yang pernah diturunkan oleh sahabat baiknya dahulu, Jeneral Khoon yang jadualnya hidupnya sama sahaja sibuk dengannya. Sebab itulah Tan Sri Farhan tidak pernah merungut di hadapan anak – anak. Walhal kadang – kadang dia sendiri dulu tidak betah dengan jadual kerja yang padat dan kini pula dengan pelbagai masalah dalam dunia perniagaan. Hasilnya jelas tertumpah ke atas Jasmeen. What a workhoholic lady! Walau pun bidang yang diceburi Jasmeen ditentang hebat oleh Tan Sri Farhan namun kesungguhan Jasmeen menjayakan pilihannya amat mengkagumkan Tan Sri Farhan.


* * *


“Cik Fellah Delisya kan? Silakan.”
Sopan Iskandar mempersilakan  Jasmeen duduk sambil tangannya ligat mengemas bekas air mineral kosong yang ditinggalkan oleh Cruise Team sebentar tadi. Ishh...mesyuarat tak sampai setengah jam pun haus. Namun apa yang nak dihairankan kalau mendengar pertukaran profile rekabentuk tu, minum selautan air pun belum tentu dapat melegakan jiwa masing – masing.
            Iskandar membuka pelan lanskap yang dihulurkan Jasmeen.
            “Saya rasa tak ada masalah. Semua memuaskan hati and well blend. Exactly like what we are expecting.”
            Jasmeen lega. Ragam projek besar dan projek persendirian amatlah pelbagai. Macam – macam kerenah yang perlu ditempuhi. Kalau dari segi rekabentuk pula, pelbagai perubahan baik perubahan besar atau perubahan kecil perlu dibuat sehingga pihak arkitek atau client berpuas hati.
            “Cuma…”
La… ada ‘Cuma, Cuma’ lagi ke. Bukan main jauh Jasmeen berangan hasil rekabentuknya kali ini memuaskan hati tanpa pindaan major tadi.
            “Apa dia Encik Iskandar? Anything that I’ve miss or anything that you want to incorporate?” Iskandar menggelengkan kepala. Jasmeen keliru.
            I’m waiting for someone who wants to meet you badly actually.
            “Oh! Suspense saya. I can wait, surely.”
Jasmeen menguntum senyum. Malas nak bertanya siapa yang hendak bertemunya. Kalau tak pihak client mungkin arkitek QP. Iskandar mengerling. Senyuman seindah suria itu kalau tak mampu mencairkan hati En Fareez kita, tak tahu lah. Buruk sangat tanggapan Fareez terhadap Integrate Landscape ni. Eh, kau ni apa kena mengena Integrate Landscape dengan senyuman empunyanya? Iskandar bermonolog sendiri.


* * *


Fareez mundar mandir dalam pejabat. Bengang. Panggilan telefon sebentar tadi cukup merudumkan moodnya hari ini. Teramat bengang sebenarnya. Dengan siapa lagi kalau bukan Gina. Sudah tidak terhitung rasanya Gina mempermainkan janji – janji manisnya. Kali ini berang Fareez berlipat ganda kerana Gina membatalkan janji untuk menemaninya keluar malam ini untuk kesekian kalinya. Tali leher baldu yang dihadiahkan Gina tiga tahun dulu dilonggarkan. Tangan kanannya menyelak rambut yang terjuntai di dahi. Arghh!! Fareez kembali duduk. Bingkai gambar yang menghiasi mejanya ditenung tajam. Bingung akan kesudahan episod percintaannya ini.
            Jam dikerling sekilas. Hampir terlupa dia dengan janjinya dengan Iskandar untuk turut serta dalam mesyuarat bersama bos Integrate Landscape.  Organizer dicapai. Ipad dibiarkan di meja. Sekeping kad bisnes diambil. Patut dia memperkenalkan dirinya dengan tertib dengan bos Integrate Landscape yang kurang tertib pada pandangannya. Fareez menutup pintu biliknya perlahan. Langkah diatur ke bilik mesyuarat yang terletak di sebelah biliknya. Blinder yang terselak di bilik mesyuarat membolehkan Fareez melihat dengan jelas Iskandar dan bos Integrate Landscape yang membelakanginya sedang ralit berbincang. Pakai tudung jugak bos ni. Macam si Melur cuma dah namanya bos mestilah siap berblazer. Dari belakang nampak macam tinggi lampai dan gaya duduk bergaya menyerlahkan karisma. Tengah duduk nampak semua macam sempurna tapi cuba jalan, entah – entah kengkang. Desis Fareez, cuba menilai melalui pandangan pertamanya.
Entah kenapa kerana hanya kesilapan kecil yang dibuat Integrate Landscape ditambah dengan pertemuan dengan si Melur yang meyakitkan hati, semuanya umpama wayang yang berputar – putar menghasut mindanya agar bertindak di luar rasional.

Beep! Beep!

            Mesej daripada telefonnya mengganggu lamunan Fareez. Tangan yang sedang memulas tombol pintu bilik mesyuarat terhenti. Telefon ditala. Oh my! Fareez kaku.  Mesej ringkas yang tertera di skrin cukup mengejutkan Fareez tanpa perlu menekan butang inbox.
Gina accident.

Tuesday, 4 September 2012

Gadis Edisi Terhad (GET) Bab 8



Fareez merungkaikan ikatan tali leher. Rimas. Tali leher dicampak kasar ke meja. Kerusi ditarik. Bengang mengingatkan pertemuannya dengan wakil Syarikat Axis Berhad, milik Tan Sri Farhan. Berbincang dengan Tan Sri Farhan lebih mudah baginya daripada berbincang dengan Mr. Dugoff. Namun mana mungkin pelanggan utama mencemar duli untuk sentiasa berbincang dengan golongan picisan sepertinya. Kadang - kadang sahaja Tan Sri Farhan akan turun padang. Mr. Dugoff, wakil Axis teramat tegas, langsung tak bagi ruang nak mencelah.
Projek terbaru yang diraih oleh Kumpulan Modenreka Sdn. Bhd. Projek yang bernilai hampir 721 juta ringgit merangkumi taman tema air, tangki air taman laut terbuka, 2 buah hotel dan 35 unit villa pantai mencabar kredibilitinya sebagai peneraju Kumpulan Modenreka. Selaku QP atau Qualified Personnel yang dipertanggungjawabkan untuk mengetuai jurutera perunding M&E, jurutera perunding sivil dan struktur, jurutera perunding lanskap serta jurutera perunding natural sea water.
Bunyi macam pelik untuk berurusan dengan jurutera perunding natural sea water tapi percayalah, mereka adalah orang yang paling layak dan penting untuk menjayakan projek tangki air taman laut terbuka yang bakal menjadi projek taman air laut yang terbesar di South Asia. Walau pun belum mampu menandingi projek open ocean tank the largest in the world yang giat disiapkan di Pulau Sentosa, Singapura namun projek ini mampu membuat Fareez gila! G.I.L.A!
Arfah, please arrange short meeting with Cruise team now.” Arah Fareez melalui intercom di biliknya.
Laju Fareez memberi arahan kepada pembantu peribadinya untuk mengadakan mesyuarat tergempar bersama kumpulan arkitek yang ditugaskan untuk projek ini. Gelaran Cruise team diberi kerana rekabentuk hotel yang bersambung dengan taman tema air projek ini adalah berbentuk cruise. Fareez mencapai iPad menuju ke bilik mesyuarat yang terletak di sebelah biliknya sahaja.
            “We have major changes as requested by client. Our cruise profile will change to mammal profile.” Fareez berhenti lama.
            Menunggu tindak balas mereka – mereka yang terdiam tiba – tiba mendengarkan berita yang tidak disangka itu. 3 pasang mata membulat mendengar ayat penyata yang umpama jarum peniti mencecah gegendang telinga. Bunyi ayat macam ringkas namun cukup untuk membayangkan deretan kerja yang tidak ringkas. Beban bertan – tan adalah ungkapan yang lebih sesuai.
            “What?” Jerit Iskandar.
            “Tan Sri Farhan ni dah nyanyuk ke apa?” Sambung Jaclyn.
            “Mammal as if what mammal?” Iskandar masih tidak berpuas hati.
Iskandar cuba mengorek maklumat dengan lebih jelas. Rekabentuk profil cruise sudah siap malah telah diberikan kepada konsultan sivil dan M&E untuk menyambung bahagian masing – masing. Mati kalau tiba – tiba nak buat pertukaran major.
            “Shark.” Jawab Fareez sambil tersenyum melihat reaksi Iskandar yang ternganga, Jaclyn yang menutup mulut dan Reza yang membuntangkan mata.
            “OMG!”Jaclyn menjerit.
            “Is this a joke? I think both Mr Dugoff and Tan Sri are crazy. ” Reza yang dari tadi diam mula bersuara.
            “Haha…he is absolutely sober and clear-headed to be precise.” Fareez menyambung kata.
Faham sangat perasaan ketiga – tiga arkitek di bawah penguasannya ini. Perubahan profil akan menyebabkan perubahan keseluruhan projek sebanyak 40%. Cuma sebagai ketua, Fareez tidak boleh nak menyuarakan pendapat peribadinya. Ikutkan hati memang marah tersangat – sangat, banyak kerja jadinya.
            “We dismiss and guys take this as a new challenge.” Fareez mula berdiri.
            Jaclyn dan Reza meninggalkan bilik dengan mulut becok meluahkan rasa tidak puas hati. Biarlah. Budak – budak ni memang macam ni. Ngomel macam – macam tapi kat belakang Fareez, mereka tekun melaksanakan kerja masing – masing.
            “Boss, do you want to join presentation with Integrate Landscape?” Tanya Iskandar apabila melihat Fareez mula mengangkat Ipad.
            “When?”
            “Now.”
            “Which project?”
            “Axis, residential project.”
            “Oh! The one Tan Sri instructed you himself to appoint this company. Am I right?”
            “Right.”
            “Who’s coming? Boss or rep?”
            “The boss.”
Kalau yang datang setakat pencacai, design drawing pun salah fax baik tak payah. Membuang masa sahaja berurusan dengan orang bawahan. Getus Fareez.
            “Yeah. I would like to join. Just a short introduction with the person in charge would be good. I’m afraid if Tan Sri also instruct us to appoint them for this millions cruise project. We are dead then!”
Ujar Fareez memandang rendah kemampuan Integrate Landscape. Pendiriannya dalam perniagaan tak kan berubah walau dihimpit oleh kuasa, wang atau apa pun, Quality Must Come First! Syarikat kecil seperti Integrate Landscape tak akan mampu bertanding dengan syarikat lanskap besar seperti Malik Lip sebagai contoh. Apatah lagi untuk menguruskan projek bernilai ratusan juta.


* * *

           
“Fareez tak ikut Diya balik?” Tanya Atuk Syed ceria sebaik melihat Diya melangkah keluar kereta Pesona nya yang baru dibeli bulan lepas.
            “Fareez kerja lah Atuk. Hari ni baru Jumaat. Diya ambil cuti awal.”
            “Ni Fareez belikan Atuk.” Sambung Diya lagi.
Diya menghulurkan sebuah beg plastik bertulis Binwanis sebaik melangkah masuk ke dalam rumah Atuk Syed yang sederhana besar itu. Sunyi sepi sahaja. Kesian Atuk tinggal seorang diri di kampung. Diya mengeluh sendiri. Apakan dayanya, Diya terpaksa berhijrah ke Kuala Lumpur untuk mencari rezeki. Diya bukan orang senang macam Fareez.
            “Atuk dah makan?”
            “Belum.”
            “Ada apa kat dapur ?”
Tanya Diya mengharapkan meja sudah siap berhidang walau pun dia pasti Atuk menunggunya untuk memasakkan makanan kegemaran Atuk. Malas pula Diya nak masak. Penat memandu belum hilang lagi. Perut pula dah mula berirama rock kapak. Lapar. Kalau ada pembantu rumah kan senang. Boleh main jerit je. Beg dihempas ke dalam bilik tidurnya yang terletak di hujung dapur. Langkah terus dituju ke dapur. Diya sempat mengerling Atuk yang asyik dengan drama Melayu yang ditayangkan di TV. Entah cerita apalah yang dilayan Atuk, siap ada lagu Pada Syurga Di Wajahmu nyanyian Nash tenggelam timbul dengan suara pelakon.
            Masak kerabu mangga lah hari ni. Mesti Atuk suka. Balik dari Taman Melati tempoh hari, bersungguh Diya bertanyakan resipi kerabu mangga daripada Kak Umi, pengurus kewangan di syarikat Diya bekerja. Teruja Diya melihat Fareez makan nasi berulamkan kerabu mangga dengan penuh selera di restoran Leha Kelfood. Tak sangka Fareez ingat lagi masakan kegemaran arwah Mak. Diya rindu Mak!
            Diya mengambil 2 biji mangga muda yang Atuk simpan dalam peti ais. Dibawa ke sink untuk dibasuh sambil kepalanya ligat mengingat kembali resipi yang diajar Kak Umi.

2 biji mangga muda [cincang atau parutkan isinya]
1 biji timun [buangkan biji tengah dan parutkan ]
5 tangkai kacang panjang [potong kecil]
1 kuntum bunga kantan [hiriskan]
2 labu bawang besar [mayang ]
2 tangkai cili merah
2 tangkai cili hijau
daun ketumbar hiris [ambil daun sahaja]
1/2 cawan kacang tanah [tumbuk kasar]

Ligat Diya menyediakan bahan – bahan untuk dimesin pula. Diambil 3 tangkai cili merah, 5 tangkai ciliapi, 3 sudu besar jus limau, 4 sudu besar air, garam dan gula. Semua bahan dimasukkan  ke dalam mangkuk besar. Bahan mesin juga dicampurkan dan digaulkan rata. Okay siap hidang. Sedang Diya tersenyum dengan hasil tangannya, tiba – tiba teringat kata – kata Fareez yang cukup mencincang lumat hatinya seperti mangga muda yang siap dicincang di dalam pinggan.
            ‘Next time I’ll bring Gina here. Gina mesti suka makan nasi campur kat sini. Saya nak ajar dia makan kerabu mangga ni.’


p/s: jumpa ke tak Fareez dgn Boss Integrate Landscape ni? Okay Q for new readers only :p

Monday, 27 August 2012

Gadis Edisi Terhad (GET) Bab 7



“Bila nak buat house warming?” Puan Sri Maria memandang lama anak daranya yang sedang khusyuk menonton TV. Tahu sangat cuba mengelaklah tu.
Lah soalan ni lagi ke? Bisik Jasmeen sendiri apabila mengenangkan ini bukanlah kali pertama Mama bertanya. Puan Sri Nur Maria duduk bertentangan dengan Jasmeen. Volume TV diperlahankan. Ala..tengah klimaks Horatio soal suspek utama tu. Jasmeen mengeluh agak geram kerana tontonan siri kegemarannya, CSI Miami terganggu.
“Hujung tahun lepas kan Meen dah buat Mama.”
“Itu rumah kat Desa ParkCity. Mama maksudkan rumah baru Meen kat Valencia.”
Jasmeen diam. Tang interrogation session yang ala – ala FBI ni yang tak tahan. Kalau dengar FBI a.k.a Faizal Bin Ismail, Deejay di Hotfm berceloteh sekurang – kurangnya menghiburkan hati. FBI yang di hadapannya kini menyesakkan fikiran.
Lanskap Valencia pun baru diberi nafas. Masih dalam fasa akhir reka bentuk. Kat tapak, habuk pun tarak. Satu pokok pun belum ditanam. Sebiji benih pun belum ditabur. Apatah lagi konsep yang dicadangkan langsung tidak terbias di alam realiti lagi. Buat malu je jadi Arkitek Lanskap kalau lanskap rumah sendiri tak hebat. Halaman pula kosong bak padang jarak padang tekukur. Tambahan lagi Jasmeen tetap merasakan menjual rumah di Valencia, asetnya yang satu itu adalah pilihan yang terbaik. Baginya The Northshore Gardens yang terletak di Desa ParkCity cukup untuk Jasmeen diami berdua dengan Bibik. Appreciation value kondominium tersebut juga boleh tahan naik sekarang.
            “Tak payahlah Mama. Kan Meen dah bagitahu Papa yang Meen rasa nak jual rumah tu.”
Kening Puan Sri Nur Maria terangkat sedikit. Anak yang sulung ini memang tak makan saman. Sudahlah bukannya nak ditolong perniagaan Papanya, pemberiannya pun tak diendahkan. Kalau bagi coklat Koko Jelly tak apalah nak sesuka hati buang pun, ini asset yang berharga jutaan ringgit langsung tidak dipandang.
            “Kalau macam tu Papa buat rumah anak yatim lah kat situ.” Celah satu suara yang baru muncul sambil mengepit The Star di ketiak. Satu sikap Papa yang kadang kala membuat Jasmeen segan ialah dalam memaksa, dia bersahaja. Taktik reverse psychology betul.
Pukul 9 malam baru nak baca surat khabar? Jasmeen tidak pelik. Tidak hairan kalau Papa yang sering meluangkan masanya kepada orang lain lebih daripada keluarga sendiri. Sudah pasti seharian Papa menghabiskan masanya di luar sehingga tidak berkesempatan membaca The Star hari ini. Apa yang nak dihairankan zaman sekarang ni, tekan saja qwerty Blackberry tu, segala berita online boleh dibaca bila – bila masa sahaja, di mana – mana sahaja. Mungkin feel nya sahaja yang berbeza. Sejak menjawat jawatan Jeneral sehinggalah memulakan perniagaan sendiri, Papa tidak pernah sunyi daripada pelbagai aktiviti. Ingatkan dah pencen, ada bisnes sendiri makin relax tetapi rupanya makin sibuk.
“Okay jugak tu Papa. Nanti saham akhirat dapat kat Papa sebab Papa yang tukang beli.” Tukas Tan Sri Farhan.
Jasmeen menjawab selamba. “Apa pula dapat kat Papa, dapat kat tuan punya rumah lah.”
The Star dibelek sambil mengerling Jasmeen sekilas. Anak sulung yang sentiasa teguh dengan pilihannya sendiri. Entah bila agaknya Jasmeen mahu mengambil alih Axis Berhad. Jangankan nak mengambil alih, menjengah ke Bangunan Vomax yang menempatkan Axis Berhad pun dia tak sudi.
“Apa main saham malam – malam buta ni Along? Orang pun nak join.” Ferhad menatang sepiring Lychee Cocktail Jelly yang siap dipotong ke ruang rehat mereka sekeluarga. Ferhad duduk di sebelah Jasmeen.
“Kalau Ferhad nak saham ni, malam ni teman Along tidur kat Desa ParkCity. Bibik cuti, Along takut tidur sorang. Dapat saham akhirat tau tolong Along.”
Usik Jasmeen sambil tangannya mencapai sepotong Lychee Cocktail Jelly. Bukannya Jasmeen tak tahu dari petang tadi Ferhad siang – siang memberi amaran yang dia tidak sihat. Tak larat nak membelah MRR2 menuju ke Desa ParkCity.


***


“Jap lagi kau hantar aku balik.”
“Kau tidur sini je lah. ”
“Tak bawa baju lah. Lagi pun malas lah aku. ” Jasmeen beralasan walhal bajunya penuh satu almari di biliknya di sini.
“Aku penat lah. Kepala pun pening ni. ”
“Kau janji kau nak hantar aku kan tadi. ”
“Tu pagi tadi, masa aku tengah sihat walafiat. ”
“Ehemm..ehemm... ” Kedengaran suara Mama berdehem dari balik pintu bilik Ferhad. Oh..Oh ..O..
Masing – masing berbalas pandang. Jasmeen pandang Ferhad. Ferhad pandang Jasmeen. Mama menjengah masuk. Mereka sedar kesalahan mereka. Bahasa ganti diri yang pantang didengar oleh Mama dan Papa. No aku-kau in the house! Peraturan yang ditetapkan oleh kedua ibu-bapa mereka. Alasan konkrit berjela Papa macam khutbah Jumaat gamaknya;
                        1.      Adik beradik kena panggil dengan sopan.
                        2.      Kena hormat pangkat kakak. Jasmeenlah tu.
                        3.      Kena hormat pangkat adik. Ferhadlah tu.
                        4.      Beza umur terlalu jauh. Jasmeen 27, Ferhad 21.
                        5.      Tak sopan lelaki-perempuan beraku-kau apatah lagi adik beradik.
                        6.     Jangan sampai orang luar salah tafsir hubungan. Maklumlah Jasmeen yang lawa dan Ferhad yang kacak sekali pandang kalau jalan beriringan sah orang ingat pak we-mak we.
                        7.     Dua beradik je pun, bagilah feel ’keadik-beradikan’ tu wujud. Nanti suasana dalam rumah kalau tak dengar jeritan Along!Adik! Orang ingat rumah macam tak ada anak pula.


                         Tapi ampunlah nak dengar Ferhad address himself as adik. Never! Depan Papa-Mama lain kira. Bagi Jasmeen pula, Along tu sweet apa. Terserlah kekuasaan seorang kakak!
            Tujuh cukup tak? Cukuplah sebab kesimpulannya hanya satu iaitu untuk merapatkan silaturrahim dan menjaga hubungan mesra antara kakak dan adik.
“Eh! Mama. Dah nak buat jelly tu ke? Jap Along turun.”
Jasmeen memang pelakon hebat. Tak sempat Mama buat ulang tayang rakaman khutbah Jasmeen sudah cantas baekk punya. Ferhad yang bersandar di katil menekup mulut menahan tawa. Namun pecah juga tawa mereka bertiga apabila Mama sendiri yang memulakan. Bagi Puan Sri Nur Maria, walau apa jua panggilan yang digunakan, pokok pangkalnya ialah hubungan Jasmeen-Ferhad amat rapat. Namun dihadapan anak, ketegasan dan  karisma seorang ibu tetap ditonjolkan.

* * *
           
“Bila you nak berterus terang dengan Fareez sayang?”
            “Sabarlah Iqmal. I’m waiting for the right moment.”
            “Gina, kalau you betul sayang I, please make it happen soon. We should have tied our relationship and move one step further.”
Gina tersenyum lebar mendengar perancangan Iqmal. Berbunga – bunga hati Gina apabila membayangkan saat indah yang bakal dikecapi bersama Iqmal. Namun bagaimana harus dimulakan membuatkan Gina bingung. Walau pun kini Gina hampir pasti cintanya untuk Fareez makin malap tetapi untuk menghancurkan hati Fareez yang setia menantinya, hatinya tidak tega melafazkannya begitu sahaja. Apatah lagi mengenangkan reaksi Daddy. Fareez sesungguhnya calon menantu idaman Daddy. Mommy mungkin tak kisah tetapi Daddy? Argh! Kusut Gina memikirkannya. Sampai bila harus dia berpura – pura?
“Shall we?”
Iqmal mengejutkan Gina dari lamunan. Audi A8 elok terparking di Valet Concorde. Gina melangkah seiring dengan Iqmal menuju ke Dynasty untuk menikmati Dim Sum yang pernah mendapat award winning cuisine. Irama Lux Aeterna hasil agung Clint Mansell yang berkumandang di ruang lobi Concorde meresapi jauh ke lubuk hati Gina. Memberi Gina suatu semangat yang sukar dimengertikan.



Sweet short story: Something about you

  Cover writing by: Farah Husain DANIELLA dah tak mampu nak tahan gelak. Boleh si adik menyakat kat Instagram selepas dia memuat naik gamba...