Fareez merungkaikan ikatan tali leher. Rimas.
Tali leher dicampak kasar ke meja. Kerusi ditarik. Bengang mengingatkan
pertemuannya dengan wakil Syarikat Axis Berhad, milik Tan Sri Farhan.
Berbincang dengan Tan Sri Farhan lebih mudah baginya daripada berbincang dengan
Mr. Dugoff. Namun mana mungkin pelanggan utama mencemar duli untuk
sentiasa berbincang dengan golongan picisan sepertinya. Kadang -
kadang sahaja Tan Sri Farhan akan turun padang. Mr. Dugoff, wakil
Axis teramat tegas, langsung tak bagi ruang nak mencelah.
Projek terbaru yang diraih oleh Kumpulan
Modenreka Sdn. Bhd. Projek yang bernilai hampir 721 juta ringgit merangkumi
taman tema air, tangki air taman laut terbuka, 2 buah hotel dan 35 unit villa
pantai mencabar kredibilitinya sebagai peneraju Kumpulan Modenreka. Selaku QP
atau Qualified Personnel yang
dipertanggungjawabkan untuk mengetuai jurutera perunding M&E, jurutera
perunding sivil dan struktur, jurutera perunding lanskap serta jurutera
perunding natural sea water.
Bunyi macam pelik untuk berurusan dengan
jurutera perunding natural sea water tapi percayalah, mereka adalah
orang yang paling layak dan penting untuk menjayakan projek tangki air taman
laut terbuka yang bakal menjadi projek taman air laut yang terbesar di South
Asia. Walau pun belum mampu menandingi projek open ocean tank the largest in the world
yang giat disiapkan di Pulau Sentosa, Singapura namun projek ini mampu membuat
Fareez gila! G.I.L.A!
“Arfah, please arrange short meeting with
Cruise team now.” Arah Fareez melalui intercom di biliknya.
Laju Fareez
memberi arahan kepada pembantu peribadinya untuk mengadakan mesyuarat tergempar
bersama kumpulan arkitek yang ditugaskan untuk projek ini. Gelaran Cruise team diberi kerana rekabentuk hotel yang bersambung dengan
taman tema air projek ini adalah berbentuk cruise.
Fareez mencapai iPad menuju ke bilik mesyuarat yang
terletak di sebelah biliknya sahaja.
“We
have major changes as requested by client. Our cruise profile will change to
mammal profile.” Fareez berhenti lama.
Menunggu tindak balas mereka –
mereka yang terdiam tiba – tiba mendengarkan berita yang tidak disangka itu. 3
pasang mata membulat mendengar ayat penyata yang umpama jarum peniti mencecah
gegendang telinga. Bunyi ayat macam ringkas namun cukup untuk membayangkan
deretan kerja yang tidak ringkas. Beban bertan – tan adalah ungkapan yang lebih
sesuai.
“What?”
Jerit Iskandar.
“Tan Sri Farhan ni dah nyanyuk
ke apa?” Sambung Jaclyn.
“Mammal
as if what mammal?” Iskandar masih tidak berpuas hati.
Iskandar cuba mengorek maklumat dengan lebih
jelas. Rekabentuk profil cruise sudah
siap malah telah diberikan kepada konsultan sivil dan M&E untuk menyambung
bahagian masing – masing. Mati kalau tiba – tiba nak buat pertukaran major.
“Shark.” Jawab Fareez sambil tersenyum melihat reaksi Iskandar yang
ternganga, Jaclyn yang menutup mulut dan Reza yang membuntangkan mata.
“OMG!”Jaclyn menjerit.
“Is this a joke? I think both Mr Dugoff and Tan Sri
are crazy. ” Reza yang dari tadi diam mula bersuara.
“Haha…he is
absolutely sober and clear-headed to be precise.” Fareez menyambung kata.
Faham sangat
perasaan ketiga – tiga arkitek di bawah penguasannya ini. Perubahan profil akan
menyebabkan perubahan keseluruhan projek sebanyak 40%. Cuma sebagai ketua, Fareez
tidak boleh nak menyuarakan pendapat peribadinya. Ikutkan hati memang marah
tersangat – sangat, banyak kerja jadinya.
“We
dismiss and guys take this as a new challenge.” Fareez mula berdiri.
Jaclyn dan Reza meninggalkan bilik
dengan mulut becok meluahkan rasa tidak puas hati. Biarlah. Budak – budak ni
memang macam ni. Ngomel macam – macam tapi kat belakang Fareez, mereka tekun
melaksanakan kerja masing – masing.
“Boss,
do you want to join presentation with Integrate Landscape?” Tanya Iskandar
apabila melihat Fareez mula mengangkat Ipad.
“When?”
“Now.”
“Which
project?”
“Axis,
residential project.”
“Oh!
The one Tan Sri instructed you himself to appoint this company. Am I right?”
“Right.”
“Who’s
coming? Boss or rep?”
“The
boss.”
Kalau yang
datang setakat pencacai, design drawing pun salah fax baik tak payah.
Membuang masa sahaja berurusan dengan orang bawahan. Getus Fareez.
“Yeah.
I would like to join. Just a short introduction with the person in charge would
be good. I’m afraid if Tan Sri also instruct us to appoint them for this
millions cruise project. We are dead then!”
Ujar Fareez
memandang rendah kemampuan Integrate Landscape. Pendiriannya dalam perniagaan
tak kan berubah walau dihimpit oleh kuasa, wang atau apa pun, Quality Must Come First! Syarikat kecil
seperti Integrate Landscape tak akan mampu bertanding dengan syarikat lanskap
besar seperti Malik Lip sebagai contoh. Apatah lagi untuk menguruskan projek
bernilai ratusan juta.
* * *
“Fareez tak
ikut Diya balik?” Tanya Atuk Syed ceria sebaik melihat Diya melangkah keluar
kereta Pesona nya yang baru dibeli bulan lepas.
“Fareez kerja lah Atuk. Hari ni baru
Jumaat. Diya ambil cuti awal.”
“Ni Fareez belikan Atuk.” Sambung
Diya lagi.
Diya
menghulurkan sebuah beg plastik bertulis Binwanis sebaik melangkah masuk ke
dalam rumah Atuk Syed yang sederhana besar itu. Sunyi sepi sahaja. Kesian Atuk
tinggal seorang diri di kampung. Diya mengeluh sendiri. Apakan dayanya, Diya
terpaksa berhijrah ke Kuala Lumpur untuk mencari rezeki. Diya bukan orang
senang macam Fareez.
“Atuk dah makan?”
“Belum.”
“Ada apa kat dapur ?”
Tanya Diya
mengharapkan meja sudah siap berhidang walau pun dia pasti Atuk menunggunya
untuk memasakkan makanan kegemaran Atuk. Malas pula Diya nak masak. Penat memandu
belum hilang lagi. Perut pula dah mula berirama rock kapak. Lapar. Kalau ada pembantu rumah kan
senang. Boleh main jerit je. Beg dihempas ke dalam bilik tidurnya yang terletak
di hujung dapur. Langkah terus dituju ke dapur. Diya sempat mengerling Atuk
yang asyik dengan drama Melayu yang ditayangkan di TV. Entah cerita apalah yang
dilayan Atuk, siap ada lagu Pada Syurga Di Wajahmu nyanyian Nash tenggelam
timbul dengan suara pelakon.
Masak kerabu mangga lah
hari ni. Mesti Atuk suka. Balik dari Taman Melati tempoh hari, bersungguh Diya
bertanyakan resipi kerabu mangga daripada Kak Umi, pengurus kewangan di
syarikat Diya bekerja. Teruja Diya melihat Fareez makan nasi berulamkan kerabu
mangga dengan penuh selera di restoran Leha Kelfood. Tak sangka Fareez ingat
lagi masakan kegemaran arwah Mak. Diya rindu Mak!
Diya mengambil 2 biji mangga muda yang Atuk simpan
dalam peti ais. Dibawa ke sink untuk dibasuh sambil kepalanya ligat mengingat
kembali resipi yang diajar Kak Umi.
2 biji mangga muda [cincang atau parutkan isinya]
1 biji timun [buangkan biji tengah dan parutkan ]
5 tangkai kacang panjang [potong kecil]
1 kuntum bunga kantan [hiriskan]
2 labu bawang besar [mayang ]
2 tangkai cili merah
2 tangkai cili hijau
daun ketumbar hiris [ambil daun sahaja]
1/2 cawan kacang tanah [tumbuk kasar]
1 biji timun [buangkan biji tengah dan parutkan ]
5 tangkai kacang panjang [potong kecil]
1 kuntum bunga kantan [hiriskan]
2 labu bawang besar [mayang ]
2 tangkai cili merah
2 tangkai cili hijau
daun ketumbar hiris [ambil daun sahaja]
1/2 cawan kacang tanah [tumbuk kasar]
Ligat Diya
menyediakan bahan – bahan untuk dimesin pula. Diambil 3 tangkai cili merah, 5
tangkai ciliapi, 3 sudu besar jus limau, 4 sudu besar air, garam dan gula.
Semua bahan dimasukkan ke dalam mangkuk
besar. Bahan mesin juga dicampurkan dan digaulkan rata. Okay siap hidang.
Sedang Diya tersenyum dengan hasil tangannya, tiba – tiba teringat kata – kata
Fareez yang cukup mencincang lumat hatinya seperti mangga muda yang siap dicincang
di dalam pinggan.
‘Next
time I’ll bring Gina here. Gina mesti suka makan nasi campur kat sini. Saya
nak ajar dia makan kerabu mangga ni.’
p/s: jumpa ke tak Fareez dgn Boss Integrate Landscape ni? Okay Q for new readers only :p
hmm... x leh nak agak lah.. rasanya jumpa kot.. eh x jumpalah.. eh eh ehe.. confuselah..hahaa.. baca macam ni baru saspen kan.. hmm..
ReplyDeleteErm..jumpa dan mesti terkejut gozilla kut.
ReplyDeleteLOL! terbayang neh muka godzilla.
DeleteAlahai Fareez mcm2 bunyi...
ReplyDeleteharuslah. Kata si kerek...
Deleteapa hubungan fareez dgn diya?
ReplyDeleteoh cucu Atuk...erkk kna ckp ke? Tak nk tgu? Atuk dulu keje dgn father Fareez.
Deletelum jumpa lg kan. tiap kli mesti ada hal yg buatkn diorg ni x jd btembung hihihi. biasalah hero n heroin mana leh jumpa awal2 kan nnti x mncabar ahaks
ReplyDeleteala..ala..nanti kan cter hbs awal :))
Deletemsti la jmpe boss integrate landscape.. boss integrate landscape kan ank tan sri farhan
ReplyDeleteyes u catch up the plot very well....eh jumpa ke?
DeleteFareez tak jumpa pon XD
ReplyDeleteishhh....TLC....rindu....mmg x join KLFP kan? Selamat Hari Raya *tlg jgn pecah rahsia, x surprisss nti oooo
DeleteRin kita joint KLFP tapi under nama Leezue Majeed :-)
DeleteOkiesss jeri jemari zippppppp hehehehe
Selamat Hari Raya Rin, heheheehe winduuuuuuuu sesangattttttt ^_^
ala...ingat ada scene En. Fareez jumpa Cik Melur a.k.a Jasmine
ReplyDeleteala jgak...belum la yunk!
DeleteHi KL,
ReplyDeletewill Jasmeen be there for the meeting or the absentee is Fareez?
havoc or jeling-jeling if the two meet again???
hmm ... how's Diya feels when Fareez merciless said 'nex time i'll bring Gina here'
ala ... can i ans the Q? kot dpt gift special???
Hi Dear!
Deletealaaa....don't play2 with me :p
ReplyDeleteDear KL,
- kenapa Q for new reader only ? aalaaaa...tak aci laaa..
- ok, next entry please.....tak sabar dah ni..
- diya tu kan, just sepupu fareez aje kan KL...(kalau salah , sorry ek )
- luv u....
- kak fadz-
sebab kalau x ckp korang usik the surprise. Kak Fadz kan dah baca dulu...hahaha...x pun sesapa Diya tu. Atuk tu dulu kan kerja dgn arwah Ilham. ishh dh x igt nie...wajib repeat baca.
DeleteArgh pendeknya rasa bila baca. I rasa mcm x jumpa sbb it's too early pulak rahsia nak bocor. Tapi i really hope next entry ada scene they're together. Cant wait cant wait.
ReplyDeletependek? ala ni hadiah hari raya main2 je :p
Deleteadduhhh pendeknya...
ReplyDeletex puas lepas rindu pada Boss yang berlagak dan Meen yang comel tu...
ReplyDeletebila nak ada n3 baru ni,,,,
ReplyDeletehmmmmm....jumpa x eh???????
ReplyDeletejumpa! jumpa jumpa jumpa!!
ReplyDelete*saya new readers, so sy boleh jawab* hahahahah
tp kan, percentage untuk tak jumpa ada sbb u r so unpredictable KL -.-