Sunday, 30 December 2012

Pokok Krismas Bergerak (PKB) Bab 2


PKB2 
Initially published at KLFP:  30 syaaban 1433/ 20 July 2012




            “Mommy, baru balik Mekah ke ni?” Bell tersengih dan duduk bersila di atas karpet tebal di ruang tamu.
            Turut menyertai aktiviti Mommy yang sedang membelek – belek plastik di hadapannya. Macam – macam ada dalam beg plastik tersebut. Kurma Ajwa, halwa dan buah – buah kering, tasbih warna – warni, gelang berkilat – kilat, sejadah, kopiah dan jubah.
            “Nenek kirim dengan Uncle Syuib tadi. Kan Nenek baru balik Mekah.”
            “I’m old and classic. Sorry, Bell lupa.”
            “Sibuk memanjang. Kerja gaji 3 ribu kalah orang gaji 30 ribu. Kamu tak nak balik kampung sangat jumpa Nenek.”
            “Hey Mommy...Mommy...jangan cakap orang ya. Mommy pun sama tak balik kampung. Kalau tak Nenek kirim kat Mommy lah kan. Kantoi kata nak balik jumpa Nenek. Mommy pergi mana?”
            Kampung Baru pun kira kampung kan?
            “Errr.....ah! Cantik jubah ni Bell. Cuba pakai.” Mommy tersengih mengelak. Mak dengan anak dua kali lima. Mana Daddy tak pening kepala.
            “Alahai. Cantik pun nak pakai pergi mana jubah ni.” Bellina menyambut jubah hitam yang dadanya tersusun batu permata berwarna putih berlian dan kristal pelangi dijahit kemas di lengan. Ringkas tapi nampak menarik dengan susunan batu – batuan yang kreatif dan tak terlalu sarat.
            “Pakai pergi dating la. Kan cantik kenakan dengan tudung.”
            “Mommy!”
            Bellina terjerit kecil. Malu kena bahan dengan Mommy. Maklumlah Mommy tergelak pecah perut apabila tengok Bellina balik bertudung selepas keluar dengan Darren. Daddy cakap Alhamdulillah, dia rasa terharu, Mommy buat muka perli dia rasa macam muka kena cili. Sadis betul penangan nak jadi anak solehah Megat Amani.
            Mommy mengarah agar Bellina mencuba jubah yang dihulurkan. Bellina menurut. Cantik juga jubah ni. Dia bergerak ke hujung ruang tamu yang agak tersorok dan bersambung dengan balkoni ke kolam renang bertutup di dalam banglo mereka. Baru nak tanggalkan skirt kembang yang dia pakai, Kiki menelefon.
            Sambil bercakap, sambil dia tanggalkan skirt. Tak sedar dah berjalan sampai ke depan kolam renang. Kiki ni ada je cerita lawak. Ada pula kisah Datuk Iskandar yang tergilakan dia sehingga sanggup tunggu Bellina  dalam hujan lebat dijadikan bahan. Kiki cakap dia tersangkut di Putrajaya sebab gatal nak pergi Alamanda itu yang terserempak dengan Datuk Iskandar.
            Skirt dah melurut ke lantai. Sebelah tangan terkial – kial memegang telefon, sebelah tangan nak buka zip blouse pendek di belakang. Dia selamba je, dah sah kat rumah ni sekarang tinggal dia dengan Mommy. Apa lagi, jadilah model Victoria Secret sekejap. Set pink terang dia pakai pagi ni baru beli minggu lepas.
            Hujung telinga terdengar Mommy bercakap dengan seseorang. Hmm....Auntie Jenna lah tu kot. Sahabat semati Mommy. Rapat kalah dia dengan Kiki.
            “Kira kau ganti aku dating dengan Datuk Is lah ni?”
            “Belllll…….”
            Bellina tergelak besar apabila Kiki menjerit di hujung talian. Rambut panjang yang diikat dilepaskan dan rambut gatal diurut dengan sebelah tangan yang sedang memegang jubah. Bellina riuh mengusik Kiki sambil sebelah dua kaki dimasukkan ke dalam jubah yang diletakkan di atas lantai. Bellina tunduk dan menarik jubah ke atas. Teknik pakai jubah sambil buat kerja lain. Jubah dah siap tersarung di badan tinggal separuh lengan sahaja belum masuk.
            “Aaaa....” Bellina tersadung hujung jubah yang labuh meleret dan hilang imbangan.
            “Gosh! Thank you.” Bellina menarik nafas lega. Baru berpaling dan nak tersenyum, tengok muka Darren yang tersengih – sengih terus muka Bellina jadi muka Snow White. Pipi dah pink. Tangan refleks menarik blouse di lantai dan diletakkan di atas kepala.
            “Darren! What are you doing here?” Bellina terjerit.
            “Daddy you suruh datang. Assalamualaikum Bellina.” Darren menyembunyikan senyuman dan berpura – pura serius.
            Anggap je lah yang dia nampak tadi bonus di pagi hari. Confirm lagi seksi dan menggiurkan daripada semua stok yang dia pernah ada. Memang betul lah Daddy cakap stok ustazah. Pakai jubah depan kolam renang? Pemandangan unik tak pernah dia tengok kat bumi.
            Kalau kat Planet Nameck bini Raja Syaitan Pikor pakai jubah pergi berenang tak tahulah. Hmm...tapi kalau kat dalam set pink terang macam Adriana Lima atas pentas, tak kisahlah kat luar jubah saiz XL pun. Rambut Bellina yang panjang dan seksi mengurai? Pergh!
            “Waalaikumussalam. Pusing belakang. You tak nampak kan?” Bellina mengarah tapi malu tak usah cerita. Tak tahan dengan mata Darren konon sinis memandangnya. Segan kat ustaz ni ooi!
            “Errr...nampak Mommy you ke? Mommy you ada kat depan. Dia yang suruh I cari you kat sini.” Darren buat – buat tak berdosa.
            “Jalan ke depan. Tunggu I datang balik kat living room.” Bellina memberi arahan lagi. Terlebih sporting Mommy ni. Kalau Daddy jangan harap. Dating luar pagar lah jawabnya.
            “Bell.” Darren berpusing ke arah Bellina tapi mata dipejamkan rapat. Konon tak nak tengok pada hal dah selamat simpan kenangan dalam kotak memori.
            “Ya.”
            “Tak payah lah tunang Bell. Jauhkan maksiat. Kahwin terus okay?”
           Bellina tersedak. Rasa macam nak cucuk mata Darren yang sedang terpejam tapi bibir tersenyum.

               A sexy masculine smile to die for!
  





falling even more in love with you Bell!



p/s: enjoy ur marathon reading here :)
Happy Monday!




Tuesday, 11 December 2012

BIMBO Prolog

BIMBO
By Karya Lepak @ Rin Ahmad
12.12.12


Dalam hidup Elsuraya, dalam hidupnya hanya seorang lelaki yang dinantikannya. Bukan bakal kekasih, jauh sekali bakal suami tapi seorang bernama lelaki yang menyebabkan dia tidak bersama keluarganya dalam sebuah tragedi yang meragut nyawa. Dia ralat, dia masih tega menghirup udara segar tetapi apalah sangat maknanya jika bergelar yatim piatu. Dia masih bernafas kerana lelaki itu, kerana Allah sebenarnya tapi kenapa hati terlalu sukar untuk memaafkan? Siapakah ‘dia’ sebenarnya?

“Astalavista loozzer! With double o and double z.”

Adakah kerana kata – kata yang dilontarkan bertahun dulu membuat jiwa sentiasa parah dan terluka? Ingin sungguh dia bertemu dengan empunya suara jelek itu.

Yang dicari tak jumpa tapi yang di hadapan mata, ya ampun!
Bimbo?
Dia panggil aku bimbo?
Bimbo tu untuk Jessica Simpson, Paris Hilton dan Brooke Shields. Bukan seorang Elsuraya.
“Okay, you are so dead!”

Elsuraya binti Abdullah
Simpatiku yang telah lama mati dan hatiku yang tak mampu kuberi.




DANI melipat lengan baju kemeja yang disinsing tadi turun ke lengan sedikit. Basah juga kena tempias wuduk tadi.
“Eh, Bob aku nak tanya kau ni.”
“Sejak bila nak tanya kena tanya dulu ni.”
Dani tayang sengih. Ya tak ya juga. Dah kenapa nak kena skema ‘ayam’ ni. Oh, ya! Hormat masjid bro! Ni dalam kawasan masjid lagi.
“What makes a bimbo a bimbo?”
Bob ternganga.
Dani tersenyum.

Petang semalam di tepi Tasik Titiwangsa;

“Bimbo la weyh.” Suara Azad mencecah telinga.
“Bimbo versi baru.” Mervin menambah.
“Apa bimbo – bimbo ni?” Dani menarik plug earphone dari telinga. Lagu Burn It Down hilang dari deria pendengaran. Dani mengikut rentak kaki Azad yang makin perlahan. Peluh di dahi diseka dengan sapu tangan yang dibawa.
“Bimbo...bimbo...phewit!” Suara Azad, Mervin dan Rizki bersatu.
“Yang mana satu bimbo? Macam sama je?” Dani bertanya dengan muka tak berdosa. Masih termengah sebenarnya. Dia kalau datang joging mata nampak benda yang berwarna hijau, coklat dan biru je. Tak nampak benda lain terutama yang penuh warna – warni macam pakaian dan make - up bimbo – bimbo sekalian yang dimaksudkan oleh kawan – kawannya. Bimbo ni macam tengah photoshoot je. Detik hati Dani.
“Sebab samalah orang panggil Bimbo.” Rizki menjawab.
Dahi Dani berkerut.
“Bimbo tu apa?”
“A combination of great looks and no brain. Tak lupa juga, biasanya mereka ni berkumpulan.”
Jawapan Azad membuat Dani tersengih.  Selamba dorang mem‘bimbo’kan awek – awek ni. Sekumpulan gadis yang dipanggil bimbo tadi nampaknya menyedari mereka diperhatikan. Dalam hati Dani berkata, ala jadi model tak semestinya bodoh pun. Mana tahu jenis gila glamour. Biasalah gadis cantik. Dani tak sempat nak mengulas lebih - lebih apabila telefon yang terletak dalam kocek seluar pendeknya berbunyi. Menggagau dia mencapai telefon yang diletak bersama kunci kereta tadi.

Sambil tergelak Azad, Mervin dan Rizki melambaikan tangan ke arah sekumpulan gadis yang digelarkan Bimbo tadi dengan mengangkat jari telunjuk dan ibu jari ke kepala membentuk huruf L.

L for Loser!         
     
Dani hanya tersenyum, menjawab panggilan telefon ringkas dan mula mengayuh langkah lebih laju, meninggalkan Azad, Rizki dan Mervin sehinggalah dah nak balik baru dia perasan kunci keretanya tercicir.

Dani menyusuri jalan – jalan yang dilaluinya tadi sambil mata luas mengesan. Kalah Horatio cari bukti celah semak gaya seorang Dani Ikram.

“Awak cari ni?” 
Dani yang sedang terbongkok – bongkok tersenyum, menarik kunci di tangan si gadis dan berdiri tegak.
“Thanks Bimbo!”
“Awak panggil saya apa?”
“Errr.....”



Lagu tema Dani Ikram...hahhaha pardon me for being cuckoo after a hectic week. But today is very lovely.



(boy ke girl ni..aauww but the song is osem to my ears)


P/s: Wah! good date, good vibe today 12.12.12 blog setting time of course, LOL! Alhamdulillah, for everything, for every oppurtunity.

BIMBO - cerita untuk mengasah penulisan saya, cerita sesajer seperti PKB. Oh, selingan juga, saya akan mula memuatkan PKB di blog sehingga TAMAT (satu bab je lagi pun nak habis).
BIMBO - Kisah ringan untuk menghabiskan masa saya dengan bermanfaat dan kalau bermanfaat bagi anda juga, silalah melepak. Di sini atau di KLFP (wink Jazmeen), belum pasti.

Untuk yang telah mengikuti kisah Nur Lisa dan SASG, saya minta maaf atas segala kekurangan. Untuk yang terhibur, terima kasih. 

Kisah Untuk Semua Dosaku,


I want to be forgiven by Allah for the countless wrongs I did and I do every day, and yet I am unwilling to forgive others for any wrong done to me?


Kalau saya nak mencintai Allah, saya kena mencintai diri saya terlebih dahulu. Saya kena ubatkan hati saya yang sakit. Saya akan malu untuk menyintai Allah jika saya tak mampu menyintai diri sendiri.


XOXO!
Lev, KL

pssttt: Review from unknown and thank you 'you' for PM and sharing this with me. You know who you are. Bnyk review (+/-) yg readers share at KLFP but this one randomly picked. 





Penghargaan;

Syed Gilani is very real, exist, alive and yeah as handsome as described. Married Canadian (wehoo) with children still studying @Swiss & German (handsome mcm SASG i hope eh lagi handsome la mak Canadian wooo)


ahaa...org tgok graf...daku duk menulis, meng'koya' bout Nur Lisa...such a dreamer me 

One morning with him seems not enough and now I heard he was called back and was offered very low like almost our marhaen salary????? and back there he was paid like almost triple - maple? okay pls...duduk la diam2 kat sana, kat sini they can pay estupido tonto like more than that..like it is so true ppl who runs the country hate educated ppl who CAN make better changes but they love educated ppl who THINK they can change the country for the better.
With all my respect, wish you all the best!


Sunday, 18 November 2012

NOVEL KARYA LEPAK DALAM VERSI CETAK




Alhamdulillah.
Readers dearie, the most long awaited moment finally arrived.
I know some of us never expect this and many of us are expecting Fareez&Jasmeen (GET)
to make the first appearance but here we are.
Allah destined everything. 
To Kaki Novel to make it happen thank you (esp Kak Alida, Kak Sue, En Rizal).
To readers and pelepak tegar, thank you.
To KLFP admin, nice lady Jazmeen & nice members ALL, thank you.
To German insider, Zura, Mitha & hubby Rasul, Emie and all friends, thank you.

Show some love to Syed Azri & Nur Lisa in this novel, Untuk Semua Dosaku.


A few quotes I love most;

Ini kisah cinta Jumeirah Jane dan Jumeirah Jo.
Jumeirah Jane itu ialah si cantik Nur Lisa binti Tajudin
“Cinta yang berputik dalam kancah dosa. Adakah akan terpalit selamanya?”
Jumeirah Jo itu ialah si kacak Syed Azri bin Syed Gilani
“Cinta yang tak perlu berubah. Adakah akan kekal selamanya?”

“It’s up to you Lili but if I were you, every day I get up and look through the Forbes list of the richest people in Malaysia. If I'm not there, I go to work.” Lisa berkata sinis. Ayat 2 dalam 1. Untuk Lili dan Azri sekali gus.

“Like it or lump it Lisa.” - Top favourite quote by SASG the hero

“Between men and women there is no friendship possible. There are passion, enmity, worship, love but no friendship.” Jawab Syed Azri.
“I take passion. Five?” Jawab Lisa selamba. Setuju sangat dengan kata – kata Azri. Antara lelaki dan perempuan, kalau bersahabat pasti ada yang tewas pada nafsu, kebencian atau cinta. 
“I take enmity. I don’t think I can stand you but five for your courage.”

Yang Syed Azri tak sedar;
They begin with love and end up with detest.
They begin with simple relationship and end up with complex one.

Yang Nur Lisa tak sedar;
They begin with room mate and end up with marriage.
They begin with dark path and end up with her bright Ad- Din preference path.

“You don’t have to do that Lisa. Only man with shallow mind will make his ex jealous. I won’t waste my time doing that.”
“So you rather waste your time bothering me around?”
“No. I’m not wasting my time but I’m spending my time with you to make you fall for me. So another day I can go to her and tell her ‘Sie ist meine Fruendin’ and pointing my finger to you.” Bisik Azri romantis di pelupuk telinga Lisa. Terlupa pilihannya enmity. Tak tertelan nanti pilihannya sendiri dikala pertama kali bersua dengan Nur Lisa. Duhai Syed Azri!
She is my special girl and pointing his finger to me? Oh my!


 OH MY!
ALL THESE QUOTES ONLY UP TO CHAP 7 SO MANY IS COMING IN THEIR JOURNEY.
MANY QUOTES AND SUCH THAT I LOVE VERY MUCH BUT TO BE FAIR, LET'S READ TOGETHER TILL THE END OF THEIR JOURNEY TOWARDS BETTER LIFE.
HAPPY READING :)

UNTUK SEMUA DOSAKU
RIN AHMAD
@KARYA LEPAK
XOXO!







Tuesday, 6 November 2012

Gadis Edisi Terhad (GET) Bab 12



Jasmeen lama melangut di hadapan almari. Malaslah nak pakai dinner attire lagi. Kejap lagi dah nak balik. Tetamu yang datang pun bukannya kenalannya. Tolonglah turun kejap lagi bagi ada seorang makhluk Allah yang aku boleh jadikan kawan. Bosan! Tak sampai hati nak berkurung di bilik. Sekurang – kurangnnya nama Papa mesti dijaga. Bukannya Jasmeen tak tahu Papa dari kejauhan akan menundingkan jari ke arahnya tiap kali bersama  kenalan barunya. Entah apa yang nak dibanggakan sangat memperkenalkan dirinya kepada semua kenalannya.
            Jeans berwarna hitam disarungkan. Dipadankan dengan t- shirt lengan panjang Red Valentino. Ringkas sahaja t- shirt ini yang berwarna putih, di dada separuh berwarna kelabu dan berhias polka dot dan diserlahkan dengan riben besar daripada satin di dada. Tudung ala – ala Ariani yang diperbuat daripada denim lembut berwarna hitam disarung ke kepala. Ringkas sahaja namun bolehlah nak match sikit dengan majlis malam ni. Aku kan Tuan Tanah, kena sempoi baru laju nak handle guest. Handle Guest ke? Hiks...Jasmeen tersenyum sendiri berpuas hati dengan bow-embellished modal T-shirt Red Valentino yang tersarung kemas dibadan.
            Dari kejauhan Jasmeen melihat Ferhad dan Papa sedang rancak berbual dengan seorang jejaka yang sekali imbas dalam lingkungan umurnya sahaja. Boleh dapat anugerah ni. Tetamu yang paling muda gitu! Kawan Papa ke kawan Ferhad tu? Rata – rata dif jemputan hampir sebaya papa kalau yang muda pun tak adalah muda sangat, kebanyakan yang muda paras 30-an tu pekerja Papa di pejabat. Kalau ambik semua yang berusia karang lagi ramai yang jadi Pengarah Urusan dari pencacai. Pada hal yang menjayakan operasi sesebuah syarikat 50% adalah sumbangan pencacai atau panggilan manis golongan pekerja bawahan. Jasmeen melangkah ke arah meja yang dikelilingi tiga lelaki itu. Ferhad yang ternampak kelibatnya melambaikan tangan. Ish mak cik ni, tepilah orang nak lalu.
Jasmeen terpaksa brek apabila laluannya dihalang dengan sekumpulan Datin yang rancak berbual di tengah – tengah jalan. Kurang asam betul tapi nak buat macam mana dah majlis ala - buffet yang tak ada protokol, kat mana – mana pun orang bercakap dengan santai. Ada yang memilih untuk duduk di meja makan yang disediakan, ada yang memilih untuk berdiri di meja bar yang tinggi disediakan di setiap penjuru. Boleh letak rokok, piring makan kat atas meja bar bulat tersebut berdiri sambil berborak santai. Jasmeen mengerling ke arah Ferhad yang masih rancak berbual. Boleh pulak masuk mamat ni hari ini. Jeolous pulak Jasmeen tengok Ferhad pandai membawa diri di kalangan hadirin. Berbeza dengan dirinya yang tidak pandai memulakan tapi kalau orang dah berbahasa pandai je Jasmeen melayan. Sedang Jasmeen mengendap Ferhad, matanya menangkap figura jejaka yang sedang bersama Ferhad dan Tan Sri Farhan.
Fareez, Oh My!
Buat apa kat sini? Siapa jemput? Alahai keciknya dunia. Tak apa lah meh sini aku besarkan sikit dunia ni. Jasmeen terus memalingkan wajah ke arah lain. Jasmeen melencongkan langkah kakinya. Nak menyorok kat mana ni? Alahai lemah betul kalau jadi tawanan kat Tanah Jajahan sendiri ni. Masuk dapur jap lah check Bibik tengah buat apa. Cas konon rindu lah kat Bibik. Hahaha...
            “Bik, buat apa?”
            “Cik Lysha. Ya Ampun janganlah bikin orang terkejut gitu. Tak buat apa – apa. Semuanya Puan sudah siapin. Saya cuma tolong sedikit.”
Loghat Indonesia Bibik semakin hilang. Mungkin sebab sudah bertahun di Malaysia. Bagi Jasmeen pandai sungguh Bibik membawa diri. Bibik tak pernah naik kepala walau pun Jasmeen jarang memantau setiap pekerjaannya. Cuti yang diberi juga tidak pernah disalahguna. Mesti baliknya tepat pada waktu yang dijanjikan. Alhamdulillah tak terhingga juga rasa syukurnya dikurniakan pembantu rumah yang boleh diharap. Bukan semua orang bernasib baik sepertinya.
            “Kejap lagi kita balik ya. Bungkus sikit lauk kat depan tu ya Bik. Pagi esok kita tak payah masak. ”
Jasmeen mula bosan. Tak kan nak memerap kat dapur. Mama yang nampak kelibatnya melintas ke dapur tadi pun menjeling tajam. Akhirnya Jasmeen membuka peti ais. Bar coklat Black Forest yang masih berbalut diambil. Mesti stok junk food Ferhad ni.  Sebotol ribena juga diambil. Kedua – dua dipegang di tangan kanan dan kakinya laju dihala ke halaman belakang. Lorong kecil menyambungkan halaman depan dan belakang rumah. Sepanjang – panjang lorong ditanam dengan pokok bunga Jasmine yang berbunga putih dan mekar menghiasi taman. Cantik kerana pokoknya yang sentiasa ditrim dan sudah tinggi separas pinggang. Mama hanya memilih untuk menanam bunga Jasmine ini di bahagian lorong, katanya simbolik Jasmeen adalah simbolik hubungan kasihnya dengan Papa sebagaimana lorong yang memutih dengan bunga Jasmine ini menghubungkan halaman depan dan belakang. Sebuah buai kayu yang kukuh buatannya umpama memanggil – manggil Jasmeen. Dilabuhkan punggung di atas buai sambil tangan laju membuka pembalut coklat Cadbury Black Forest.
Majlis yang masih lagi rancak berlangsung di hadapan tidak dihiraukan. Tangannya laju menyeluk poket jeans dan mengeluarkan LG Prada. Main game lah. Aplikasi yang bertulis Games & Apps disentuh, beralih pula ke Default Games. Touch screen phone paling old skool ni. Jangan tak tahu!
“Bosannya alih – alih games Halloween Fever, Photo Puzzle, Virus dan Pipe je. Ishh..”
Jasmeen mengomel seorang diri. Kuat juga omelannya sebab marah jugak dengan ke old-skool an telefon kesayangannya ini.
            “Buang lombong je telefon limited edition kau tu.”
Ewah – ewah lancang sungguh mulut makhluk yang menegurnya di belakangnya ini. Tahu sangat lah Jasmeen suara mamat berlagak kat belakang ni. Tak payah tengok muka pun tahu. Gegendang telinga Jasmeen memang sensitif mendengar intonasi Fareez nih. Dunia ciptaannya yang besar dan penuh keamanan sebentar tadi kembali menjadi kecik. Alahai...lemahnya nak menghadap mamat ni. Derap langkah yang makin dekat menyerlahkan lagi haruman Safari Ralph Lauren. Hilang bau bunga Jasmine dikaburi dengan haruman dibawa Fareez. Gaya macam nak pergi dating pulak mamat ni.
            “Nah, amik phone ni. Main Angry Bird lagi best!”
iPhone Fareez disambut kasar. Ingat iPhone ni bola rugby apa main campak, lari aci masuk Home ni. Nasib baik Jasmeen tangkas menangkap iPhone tersebut. Kalau tak aci bersepai. Jasmeen masih diam tak berkutik. Skrin iPhone dipandang sepi.
            “Main lah, tadi cakap bosan.”
Fareez melangkah ke arah buai dan duduk bertentangan dengan Jasmeen. Tiba – tiba degup jantung Jasmeen mula berirama Metalicca. Handsome gilerr si Fareez malam ni. Dengan pakaian kasualnya jeans biru dan crew neck sweater lengan panjang berwarna hitam menyerlahkan ketampanan Fareez. Oh! Amat mengganggu ketenteraman jiwa haku!
            “Password?
Jasmeen tak betah dengan kesunyian yang menyelubungi mereka.
            “1111”.
            “Any significant memory?”
            “The password?”
            “Yap. ”
            “My dream. ”
Jasmeen mengangkat muka memandang Fareez. Muka ditundukkan kembali. Malas pula nak bertanya. Suka hatilah nak letak nombor apa pun janji bukan 1234. Bodoh sangatlah sesiapa yang letak password 1234. Sah – sahlah berjuta orang tahu nombor senang macam tu.
            Fareez mengeluarkan kotak rokok. Sebatang rokok dikeluarkan dan dinyalakan. Dari tadi dia menahan nafsu untuk merokok. Segan pula nak merokok di hadapan Tan Sri Farhan dan anaknya tadi. Ferhad, anak Tan Sri Farhan tadi pun dilihatnya gaya budak tak merokok je. Biasanya lepas je makan, dah memang aktiviti wajib Fareez untuk membinasakan paru -parunya sendiri. Rokok ialah dessert kegemarannya!
Itu yang sebaik Tan Sri Farhan meminta diri untuk melayan tetamu lain yang baru tiba Fareez terus melarikan diri ke belakang kanopi. Tak sangka pula di belakang kanopi ini ada lorong kecil yang dihias cantik dan memutih dengan bunga – bunga kecil yang harum. Terus dia melangkah menyusuri lorong kecil ini dan membawa pertemuannya buat kesekian kalinya dengan Jasmeen.
Terpegun Fareez melihat hiasan lanskap yang amat cantik di halaman belakang rumah Tan Sri Farhan ini. Hujung sudut megah berdiri air terjun yang amat tinggi sehinggakan sekali tengok macam betul – betul air mengalir dari sebuah bukit. Air terjun yang turun disalurkan ke kolam yang besar di bawahnya dan disambungkan kolam tersebut membentuk alur – alur kecil umpama denai sungai yang kecil. Buaian kayu diletakkan di antara denai sungai buatan dan sekeliling pagar pula dihias dengan pelbagai pokok menjalar yang menghijau dan sebelah dinding rumah menjalar pokok bunga yang berwarna warni. Kagum pula Fareez dengan gabungan pelbagai jenis pokok menjalar yang menjadikan dinding rumah sekali tengok macam digantung pelbagai jenis bunga yang berwarna – warni. Kreatif!
            “Apesal muka awak tension sangat ni?
Jasmeen memusatkan perhatiannya ke arah Fareez. Terserlah sangat aura kelesuan dan kesedihan di wajah lelaki tampan di hadapannya ini. Sayang sekali wajah tampan ini tidak berseri. Baru 10 minit bersama tetapi rasanya sudah dua puntung rokok habis dibakarnya. Dahlah puntung rokok disuruhnya Jasmeen pegang. Ingat aku tong sampah bergerak apa?
            “Mana ada apa – apa.”
Fareez membalas ringkas. Tak kan nak share kot dengan si Bunga Melur yang tak sampai lima kali baru jumpa ni. Di bawah cahaya bulan, wajah Jasmeen dicuri - curinya tengok. Manis sungguh Jasmeen malam ini pada pandangannya. Walau pun setiap kali berjumpa gadis ini hanya ringkas dengan jeans dan t-shirt namun tetap mencuit hati lelakinya. Seperti pertemuan pertama di Binwanis, Fareez tetap teguh menyatakan Jasmeen memang perempuan paling cantik pernah ditemuinya. Cuma gaya Jasmeen yang bersahaja dan ringkas menenggelamkan sedikit kecantikannya.
“Tak kan orang handsome macam awak ni frust kena tinggal dengan awek kot.”
Saja Jasmeen mengusik tanpa menyedari usikannya umpama menjolok sarang tebuan. Berubah wajah Fareez serta – merta.          Wahai hati sabarlah. Rumah orang ni. Kalau ikutkan hati mahu juga ditempeleng pipi putih mulus di hadapannya ini apabila tebakannya benar belaka.
            “Aku handsome? Noted. Thank you. And please tell me things that I don’t know.”
            Cewahhh!! Berlagak kau ya. Jasmeen termalu sendiri kerana usikannya menyerlahkan kegopohan diri sendiri.
            “Dah – dahlah hisap rokok tu. Nah. Minum ribena ni. ”
Botol ribena yang masih sejuk bertukar tangan. Jasmeen memerhati dengan ralit setiap perbuatan Fareez. Penutup botol dipulas dan air disedut rakus. Nampak jelas kerongkongnya bergerak – gerak menelan air. MasyaAllah Jasmeen! Ke laut pula dia malam ni. Boyfriend orang tu. Boyfriend anak pelanggan sendiri pula tu. Mengingatkan Gina sahaja cukup untuk membuat Jasmeen rendah diri. Fareez dan Gina dilihatnya amat serasi bergandingan.
            “Landskap rumah Tan Sri Farhan ni kau punya projek jugak ke? Cantik sangat.”
Melihat hasil kerja Integrate Landscape di rumah Datin Julia dan Tan Sri Farhan membuktikan cadangan Tan Sri Farhan menyuruh Iskandar melantik Integrate Landscape bagi projek Axis Berhad adalah tepat dan tidak perlu diraguinya lagi cuma sakit hati terhadap bos Integrate Landscape masih bersisa. Time – time tengah mesyuarat nak integrate rekabentuk landskap dengan keseluruhan rekabentuk bangunan time tu lah dia boleh tersalah fax pelan pula. Siapa yang tak sakit hati.
Jasmeen pula terkelu. Soalan menempah maut namanya ni. Eh! Cakap jelah saya buat sebab saya anak Tan Sri Farhan. Bukannya dosa pun. Belum sempat Jasmeen membuka mulut Fareez bangun dan berdiri di sebelah buai. Ditolaknya buai tersebut perlahan. Wallawei...indahnya suasana malam ni. Jasmeen tersenyum sendiri. Ditambah dengan lagu yang baru dimainkan oleh live band jemputan di halaman depan menambahkan perisa dalam hati Jasmeen.

You know I can't smile without you
I can't smile without you
I can't laugh and I can't sing
I'm finding it hard to do anything
You see I feel sad when you're sad
I feel glad when you're glad
If you only knew what I'm going through
I just can't smile without you

You came along just like a song
And brighten my day
Who would of believed that you where part of a dream
Now it all seems light years away

Bukan sahaja Jasmeen yang terbuai dengan nyanyian penyanyi live band yang menyanyikan lagu Barry Mannilow yang juga pernah dinyanyikan oleh The Carpenter iaitu Can’t Smile Without You bahkan Fareez juga. Tambah sedih dihati mengingatkan Gina yang pernah tersenyum hanya untuknya dan kini senyuman Gina bukan miliknya seorang. Arghh! Jangan dilayan hati ini. Cepat – cepat Fareez menyedarkan diri sambil tangannya masih menghayun buai. Melihatkan senyuman Jasmeen yang benar nampak ikhlas mendamaikan jiwanya yang resah.
“Mana satu anak dara Tan Sri Farhan ya? Semua orang cakap lawa sangat. Tan Sri siap kenenkan dengan aku tu.”
What???
Jasmeen terkedu.




p/s: Dearest readers, tatau nk ckp mcm mana. Entry mmg sengaja dipending sbb mcm mana pun nk tau ending mmg kna tgu versi cetak (when? I dunno) sbb manuscript submitted long time ago. Nak reply comment tersangat nk sebenarnya tp tat means I kembali aktif berbelog, eh kan? Kata dh x nak berbelog so ermmm....aaahhh....kena review blk decision ni sbb tgn sungguh gatal nak mereply semua komen bcos I love all my lovelies and of course appreciate all my readers!

Do join Darren & Bell @KLFP. Itu habis di blog & wil b transferred to ebook. Insya Allah.
Love, XOXO!

Sweet short story: Something about you

  Cover writing by: Farah Husain DANIELLA dah tak mampu nak tahan gelak. Boleh si adik menyakat kat Instagram selepas dia memuat naik gamba...