PKB2
Initially
published at KLFP: 30 syaaban 1433/ 20
July 2012
“Mommy,
baru balik Mekah ke ni?” Bell tersengih dan duduk bersila di atas karpet tebal
di ruang tamu.
Turut menyertai aktiviti Mommy yang sedang membelek – belek plastik di hadapannya.
Macam – macam ada dalam beg plastik tersebut. Kurma Ajwa, halwa dan buah – buah
kering, tasbih warna – warni, gelang berkilat – kilat, sejadah, kopiah dan
jubah.
“Nenek kirim dengan Uncle Syuib tadi. Kan Nenek baru balik Mekah.”
“I’m old and classic. Sorry, Bell lupa.”
“Sibuk memanjang. Kerja gaji 3 ribu kalah orang gaji 30 ribu. Kamu tak nak
balik kampung sangat jumpa Nenek.”
“Hey Mommy...Mommy...jangan cakap orang ya. Mommy pun sama tak balik kampung.
Kalau tak Nenek kirim kat Mommy lah kan. Kantoi kata nak balik jumpa Nenek.
Mommy pergi mana?”
Kampung Baru pun kira kampung kan?
“Errr.....ah! Cantik jubah ni Bell. Cuba pakai.” Mommy tersengih mengelak. Mak
dengan anak dua kali lima. Mana Daddy tak pening kepala.
“Alahai. Cantik pun nak pakai pergi mana jubah ni.” Bellina menyambut jubah
hitam yang dadanya tersusun batu permata berwarna putih
berlian dan kristal pelangi dijahit kemas di lengan. Ringkas tapi nampak menarik
dengan susunan batu – batuan yang kreatif dan tak terlalu sarat.
“Pakai pergi dating la. Kan cantik kenakan dengan tudung.”
“Mommy!”
Bellina terjerit kecil. Malu kena bahan dengan Mommy. Maklumlah Mommy tergelak
pecah perut apabila tengok Bellina balik bertudung selepas keluar dengan
Darren. Daddy cakap Alhamdulillah, dia rasa terharu, Mommy buat muka perli dia
rasa macam muka kena cili. Sadis betul penangan nak jadi anak solehah Megat
Amani.
Mommy mengarah agar Bellina mencuba jubah yang dihulurkan. Bellina menurut.
Cantik juga jubah ni. Dia bergerak ke hujung ruang tamu yang agak tersorok dan
bersambung dengan balkoni ke kolam renang bertutup di dalam banglo mereka. Baru
nak tanggalkan skirt kembang yang dia pakai, Kiki menelefon.
Sambil bercakap, sambil dia tanggalkan skirt. Tak sedar dah berjalan sampai ke
depan kolam renang. Kiki ni ada je cerita lawak. Ada pula kisah Datuk Iskandar
yang tergilakan dia sehingga sanggup tunggu Bellina dalam hujan lebat dijadikan bahan. Kiki cakap
dia tersangkut di Putrajaya sebab gatal nak pergi Alamanda itu yang terserempak
dengan Datuk Iskandar.
Skirt dah melurut ke lantai. Sebelah tangan terkial – kial memegang telefon,
sebelah tangan nak buka zip blouse
pendek di belakang. Dia selamba je, dah sah kat rumah ni sekarang tinggal dia
dengan Mommy. Apa lagi, jadilah model Victoria Secret sekejap. Set pink terang
dia pakai pagi ni baru beli minggu lepas.
Hujung telinga terdengar Mommy bercakap dengan seseorang. Hmm....Auntie
Jenna lah tu kot. Sahabat semati Mommy. Rapat kalah dia dengan Kiki.
“Kira kau ganti aku dating dengan Datuk Is lah ni?”
“Belllll…….”
Bellina tergelak besar apabila Kiki menjerit di hujung talian. Rambut panjang
yang diikat dilepaskan dan rambut gatal diurut dengan sebelah tangan yang
sedang memegang jubah. Bellina riuh mengusik Kiki sambil sebelah dua kaki
dimasukkan ke dalam jubah yang diletakkan di atas lantai. Bellina tunduk dan
menarik jubah ke atas. Teknik pakai jubah sambil buat kerja lain. Jubah dah
siap tersarung di badan tinggal separuh lengan sahaja belum masuk.
“Aaaa....” Bellina tersadung hujung jubah yang labuh meleret dan hilang
imbangan.
“Gosh! Thank you.” Bellina menarik nafas lega. Baru berpaling dan nak
tersenyum, tengok muka Darren yang tersengih – sengih terus muka Bellina jadi
muka Snow White. Pipi dah pink. Tangan refleks menarik blouse di lantai dan diletakkan di atas kepala.
“Darren! What are you doing here?” Bellina terjerit.
“Daddy you suruh datang. Assalamualaikum Bellina.” Darren menyembunyikan
senyuman dan berpura – pura serius.
Anggap je lah yang dia nampak tadi bonus di pagi hari. Confirm lagi
seksi dan menggiurkan daripada semua stok yang dia pernah ada. Memang betul lah
Daddy cakap stok ustazah. Pakai jubah depan kolam renang? Pemandangan unik tak
pernah dia tengok kat bumi.
Kalau
kat Planet Nameck bini Raja Syaitan Pikor pakai jubah pergi berenang tak
tahulah. Hmm...tapi kalau kat dalam set pink terang macam Adriana Lima
atas pentas, tak kisahlah kat luar jubah saiz XL pun. Rambut Bellina yang
panjang dan seksi mengurai? Pergh!
“Waalaikumussalam. Pusing belakang. You tak nampak kan?” Bellina mengarah tapi
malu tak usah cerita. Tak tahan dengan mata Darren konon sinis memandangnya.
Segan kat ustaz ni ooi!
“Errr...nampak Mommy you ke? Mommy you ada kat depan. Dia yang suruh I cari you
kat sini.” Darren buat – buat tak berdosa.
“Jalan ke depan. Tunggu I datang balik kat living room.” Bellina memberi
arahan lagi. Terlebih sporting Mommy ni. Kalau Daddy jangan harap. Dating
luar pagar lah jawabnya.
“Bell.” Darren berpusing ke arah Bellina
tapi mata dipejamkan rapat. Konon tak nak tengok pada hal dah selamat simpan
kenangan dalam kotak memori.
“Ya.”
“Tak payah lah tunang Bell. Jauhkan maksiat. Kahwin terus okay?”
Bellina tersedak. Rasa macam nak cucuk mata Darren yang sedang terpejam
tapi bibir tersenyum.
A sexy masculine smile to die for!
falling even more in love with you Bell!
p/s: enjoy ur marathon reading here :)
Happy Monday!
waaaa...dah ade kat blog. Best sesangat. Thanks KL. Kak ju.
ReplyDeletehaha.comel.
ReplyDelete