PART II
If
it's meant to be, it’ll be, it'll be.
Baby,
just let it be.
EZRA menyanyi sambil mendail nombor Al.
Kebelakangan ni dia dapat rasakan hubungannya dengan Al bertambah renggang.
Ingat bila dah mula kerja, makin meriah sikit hubungan mereka sebab dapat kerja
tu umpama dapat lesen masuk alam dewasa. Ke laut semuanya. Betul lah orang
cakap, dapat itu, ini pula kena tarik.
Baru nak masukkan telefon bimbit ke dalam beg
tangan, berdering nyaring telefon dan
Ezra dah senyum sambil ke telinga. Tak tengok skrin langsung dah.
“Al….” Ezra menyapa berlagu 4 harakat.
“Salah sebut tu…Abang Lia, bukan Al. Hish….Assalamualaikum.
Ezra, nak jumpa. Bagitau kat mana dan bila free?”
Ezra ketap bibir. Terkedu pun ada. Bayangan
mamat bertopi GAP warna kuning cair dengan jeans biru tua dan t-shirt kelabu tempoh hari
bertamu di ruang mata.
“I dah balik KL la. Lagi pun nak jumpa buat
apa?”
“Oh, sorry
tak ada intro. You ada tertinggal barang hari tu. Opah tak cakap ke kirim kat
I?”
“Barang apa? Kalau tak ingat maksudnya tak
pentinglah. It’s okay, anggap je tu present I bagi sebab tolong hari tu. Deal?”
“Okay,
deal.” Effi menjawab selamba.
“Umm…” Tiba – tiba Ezra rasa sekurang –
kurangnya dia patut tahu nama jiran sekampungnya.
“Anything
else? I got to go then.” Effi
dapat rasakan orang di hujung talian sana belum rasa nak tamatkan panggilan.
“I
deserve at least your name right?”
Effi gelak.
Ezra senyum. Senyum? What’s wrong with
you Ezra?
“Emmm…okaylah. Terima kasih sebab layankan
Opah. Jangan pecah rahsia pula I tak nak jumpa ya.”
“Jangan risau. Mesti jumpa punya.
Assalamualaikum.”
“Waalaikumussalam.”
Tak sampai seminit bunyi mesej berdenting
masuk.
-
Balik
sendiri. Urgent date. Fare is claimable.
Sorry sister!
Enjoy! Balas Ezra dalam hati. Marah pun ada. Nak balik
macam mana? Gelap pula kat luar. Kiri – kanan, budak – budak pejabat dah sibuk
nak angkat beg nak cabut. Aku? Punat tutup komputer ditekan. Lepas hi - hi dan bye – bye dengan rakan sekerja, Eyza terus melangkah turun anak
tangga. Haraplah senang dapat teksi.
EFFI membaca berita online di skrin telefon. Dah berpeluh juga dia menunggu tapi sebab
dia kebetulan jumpa klien kawasan sini, terasa pula nak menyinggah.
Diburu Ah Long, 300 orang penggiat seni minta bantuan
- Presiden SENIMAN
Tolong jangan tulis artikel '300 orang jurutera pinjam Ah
Long' ya... ada aku tampar nanti. Tak ada kerja pergi cari kerja, bukan cari Ah
Long...tak pun bawalah Uber ke Grab ke. Uber dan Grab sebenarnya dah jadi
sebahagian pencapaian AI (Artificial Intelligence) dan dah buktikan IR 4.0
(Industry Revolution) jadi kenyataan. Effi geleng kepala. Telefon disisip ke
poket seluar. Boleh naik angin juga baca berita zaman sekarang. Banyak sangat
dah benda yang agak tak logik dan jadi kebiasaan dalam masyarakat. Kalau rasa
nak minda lebih bercelaru, banyakkan lah membaca pelbagai berita sempena PRU 14
ni.
Akhirnya orang yang dinanti muncul.
“Hai Ezra.”
tbc.........
XOXO,
KL@RA
Alaaa sambung please
ReplyDeleteya - ya sambung....haha
ReplyDeleteOk, sure ezra will think that effi (his name, rite) a stalker.
ReplyDeletehahaha....stalker sekampung sounds cool
DeleteAhhhh TBC pulak.... cuba mai dtg panjang2 sikit πππ
ReplyDeletealaa...masa lepak tak panjang...thats why :(
DeleteAlllaaaaa pendeknyaaa rin...π
ReplyDeletehahaha...campur - campur part jadi panjang nanti tau :p
DeleteTbc la pulak.. Adeh.. Hehe
ReplyDelete