Alila termenung di hujung pantri. Ingatkan tempat kerja
baharu penuh ketenangan, rupa – rupanya kisah lamanya tetap mengekori. Mungkin
Kinah dan Zahira tak perasan kehadirannya di sebalik pintu pantri. Tangan yang
hampir menolak pintu terkaku apabila mendengar namanya disebut.
“Tak
percayalah Sister Alila
macam tu.”
“Aku pun tak
percaya. Nampak lemah lembut dan baik orangnya tapi betul kawan aku yang kerja
kat hospital lama Sister Alila cakap.”
“Habis tu
kau rasa dia masuk sini pun MD (Medical Director) hospital sana yang recommend kat PIC (Person in Charge)
kita ke?”
“Agaknya la
kot. Baru masuk terus naik jadi DM (Department Manager). Kak Yus yang dah lama
tunggu post tu sedih tau tak. Sister Alila dah la muda lagi, masuk – masuk terus dapat post tu.”
“Eh, tak
lah. Dia anak dara tua tapi nampak memang awet muda. Badan solid memanglah. Rupa pulak cun. Bab – bab kerja aku rasa Sister
Alila pun ada pengalaman yang hebat. Dia kan pernah kerja kat Mount E tapi ya
lah kalau masuk pakai kroni memang tak cantik lah.”
Alila tarik nafas dalam. Mata dipejamkan. Aku anak dara
tua? Eeeii…sama macam Papa dan Mama. Tak habis – habis nak ungkit. Relaxlah.
Zaman sekarang janji badan pandai jaga, tak kisahlah umur berapa pun. Lagi pun
hospital swasta baharu mana sama konsep dengan hospital kerajaan. Tak payah
tunggu nak menopause baru boleh jadi ketua jabatan. Siapa cekap, ada pula
pengalaman kerja yang hebat dan rekod perkhidmatan cemerlang memang mudah naik
pangkat.
Kalau dia tak masuk, lagi panjang umpatan mereka berdua. Alila
tarik nafas panjang dan dengan nada suara berbaur arahan, “Ada beberapa orang
penjaga kepada pesakit yang ada sindrom ‘manjalitis’ tengah ganggu Wawa kerja
dan menyibuk sebelah patient. Dr
Zaidi dah bising. Boleh kamu berdua bantu kat luar?” Kinah dan Zahira angguk
tanpa sebarang kata dan terus meluru keluar pantri.
Alila
memicit handrub yang ada di sinki
sebelum duduk. Niatnya nak minum secawan air. Kalau baharu lepas keluar dari
Red Zone memang penat. Budaknya ramai pun tadi tapi ‘pak cik’ konsultan, Dr
Hasan mengada nak juga dia assist. Saringan
rawatan pertama padahal MO (Medical Officer) dah stabilkan pun tapi kecoh
sangat dengan pesakitnya. Macam dalam A&E tu pesakit dia sorang ada. Arahannya
kepada Kinah dan Zahira bukan serius pun sebab kalau penjaga buat kecoh, dia
sebagai DM A&E (Accident and Emergency) yang perlu ke depan. Kerja di
hospital swasta mulut kena manis walau pun dalam keadaan kritikal dan sangat
sibuk.
“Ouch!” Alila terjerit kecil. Rupa –
rupanya ada luka kecil di tangan. Langsung tak perasan. Masa buat kerja tadi
dia pakai sarung tangan. Bila masa pula luka? Walau pun lukanya sangat kecil
dan hampir tak nampak pun, hanya Tuhan yang tahu pedihnya kena siram dengan handrub. Seksa ooo. Benda – benda yang cik misi tak suka ialah tak perasan tangan
luka dan selamba tekan handrub. Haru!
Kertas tisu
ditarik dan Alila duduk. Tak boleh lama pun kat pantri ni, kejap lagi mesti
banyak kes masuk punyalah. Telefon
bimbit yang disenyapkan nada dering dikeluarkan daripada poket uniform.
Alila baru teringat dia tak pernah pun padam gambar kenangannya
bersama Amar. Masih penuh memori telefon dengan gambarnya bersama Amar. Malas – malas Alila membelek gambar – gambarnya bersama Alila dan menekan gambar tong sampah di sebelah kanan skrin. Lenguh juga jari
telunjuknya bergerak di skrin telefon. Sampai ke gambar terakhir, jari
telunjuknya teragak – agak. Gambar selfie
mereka berdua. Alila yang paksa Amar
keluar makan malam sempena Hari Kekasih. Amar sememangnya budak baik dan tak
pernah pun menjadikan 14 Februari sebagai hari untuk meraikan apa – apa di
antara mereka. Cuma Alila yang stok larung segala benda. Sesungguhnya
kedegilannya menjadikan hari itu hari terakhir buat mereka. Sampai hati Amar
tak pernah berterus – terang. Betul cakap Mama, jangan cari orang kaya nanti
susah. Orang kaya ni sebaik mana pun mereka, nanti dicarinya juga pasangan yang
sekufu.
Alila tak jadi memadamkan gambar yang terakhir. Bukannya
tak boleh move on orang cakap tapi
biarlah gambar tu dijadikan peringatan. Nak cari pasangan biarlah sepadan. Dia
ni orang kebanyakan sahaja. Jururawat ni setakat kuli, mana nak padan dengan doktor.
Kalau ada kes terpencil jururawat kahwin dengan doktor pun mungkin doktor tu
pun biasa – biasa saja, tak ada mak ayah yang merasakan diri hebat macam ibu –
bapa Amar. Enggang biar terbang bersama enggang, pipit terbanglah mencari pasangan
pipit mu yang lain.
Alila malas
nak layan kisah aku seekor pipit. Cawan dibasuh dan keluar sahaja dari pantri,
Alila disapa mesra oleh PIC yang nampaknya sedang ralit berbual dengan Dato’
Ng.
“Alila,
sini.”
Automatik
pandangan Alila bersabung dengan Kinah. Ni lah orang cakap, speaking of the devil. Tak pasal – pasal Alila rasa kehadiran PIC
mereka, Dr Shahran sangat tak kena masa. Nampak sangat mengiakan gosip Kinah
dan Zahira sebentar tadi.
Sungguh di
awal perkenalan tak pernah dia tahu Amar anak kepada MD tempat dia bekerja.
Bagi Alila, kalau dah suka tak ada masa nak tengok kiri dan kanan. Dah tersuka
pula kat Amar yang sangat baik orangnya, lagi lah siapa mak dan ayah Amar dia
tak peduli tapi siapalah dia, sekadar cik misi. Manalah kategori doktor hebat
macam ayah Amar nak pandang. Jawatan MD dipandang tinggi maklumlah tu pangkat
untuk orang klinikal yang paling tinggi. Ada dua pangkat sahaja dalam sesebuah
hospital yang menerajui tampuk pimpinan paling tinggi iaitu MD atau PIC dan Chief
Executive Officer (CEO) atau Executice Director (ED). Sorang jaga bahagian
klinikal, sorang jaga bahagian operasi. Kalau di hospital kerajaan lain pula
gelarannya. Bertingkat – tingkat lagi jawatan utama dalam sektor kerajaan.
“Alila, macam
mana kerja sini so far?”
Alila senyum
sebelum menjawab. Kalau zaman jadi misi junior dulu memang takut sangat kalau
doktor – doktor ingat nama. Berdoa sakan agar doktor - doktor lupa nama dia. Maklumlah
zaman semua benda tak pro. Memang takut kena sergah dan disuruh macam – macam.
“Okay
Doktor. I’m doing great.”
“Hospital
kita dah banyak upgrade dan setakat
ni yang paling canggih. We are ready for
more competitive market.” Dr Shahran menunjukkan semangat yang tinggi.
Maklumlah, banyak sangat hospital swasta tumbuh sekarang jadi pesakit mempunyai
banyak pilihan. Kena ada sesuatu yang istimewa barulah boleh menarik minat
pesakit datang.
Perbualan
kosong akhirnya melencong ke arah kerja. Nak – nak Dr Ng beria cerita tentang
pesakit terbaharunya. Dr Shahran beria – ria angguk. Pesakit membawa maksud
duit dan setiap jenis prosedur yang doktor lakukan ialah duit. Lagi banyak
prosedur, lagi banyak caj, lagi mahal bil rawatan pesakit. Tak ada duit, redha
sajalah melangkah ke hospital kerajaan yang hakikatnya tak kurang hebatnya dari
segi servis klinikal.
“When is the asset meeting?”
Alila geleng
tanda tak tahu. Dia cuma akan dijemput kalau ada department A&E nak beli
mesin baharu dan dia bukan asset meeting
committee members.
“Dr Ng, do you know that we are fighting
with IJN to buy the latest robotic surgery machine?”
Alila mengatur
langkah untuk cabut. Tak nak dia dengar fasal barang yang tak ada kena mengena
dengan A&E.
“Doktor,
saya jalan dulu. Nak cari plaster, luka sikit ni hah.” Alila tunjuk luka yang
tak seberapa tapi saja nak cari alas an.
“Okay, nanti
kena infection pula. Have a nice day ahead ya.”
“You too doc.” Alila berlalu dan tepuk
pipi sendiri. Plaster? Dah macam dia pula yang ada penyakit ‘manjalitis’ luka
secoet pun nak beria – ria. Alila menuju ke kaunter di tengah – tengah A&E.
“Tolong
hulurkan saya plaster tu.”
“Aik Sister,
kata hospital punya tak best, stok pink Sister mana?”
“Oh, saya
bagi kat Mr…ah..never mind. Pass je
kat saya.”
Alila dengan hati – hati menampal plaster sambil fikirannya
menerawang. Boleh pula memori dia buat ulang – tayang setiap gerak laku Mr
Saviour. Kerutan dahinya, anggukannya, wajah selambanya mintak dua masa orang
nak bagi satu je dan yang penting senyuman dua saat yang dilemparkan sebelum
Alila cepat – cepat kalih pandang ke arah Pasha.
JUDE hampir – hampir menendang kaki meja di depannya namun
mujurlah wajah ceria si adik menenangkan jiwa, mengingatkan dirinya agar terus
bersabar.
‘LET A
HUNDRED FLOWERS BLOOM.’
Tulisan
dengan huruf besar besar di skrin telefon seakan memomokkan Jude. Permainan
duniawi yang merangkap hidupnya sekian lama. Bermula dengan apa yang dirasakan
tidak apa – apa sehingga membawa rasa yang Jude tak sanggup lagi memikirkan
berapa banyak dosanya terhadap manusia yang tak pernah pun dikenalinya. Mereka
fikir dia bodoh? Mereka fikir ini semua kebetulan? Kenapa dia? Kenapa?
“Betul tak
nak ikut?”
Jude
gelengkan kepala. Mata dipejam lama seumpama menahan diri daripada meledakkan
amarah yang terpendam. Saat mata dibuka, wajah ceria terpampang, kelihatan
sangat teruja dengan percutian keluarga yang sedang dirancang.
“Kitaorang akan singgah jemput Juita kat
Singapore, kemudian terus terbang ke Melbourne. June tunggu kat sana terus.
Rugilah abang tak ikut. Kitaorang punya rancangan gempak giler tau kali ni.
Never ending party, enjoy the best view
of Melbourne and the list goes on.”
“I just got a call. Abang nak kena
kerja.” Jude mengawal riak sambil merujuk ke telefon bimbit di tangan.
Julia angguk
sambil membelek plaster pink yang masih di jari. Lasak betul plaster ni. Dah
berapa hari pakai buat mandi pun okay lagi.
“Pergi mana? Back to US?”
“Moscow.” Jude kerling ke arah plaster
pink di jari si adik lantas senyuman nipis tersungging di bibir.
“Moscow? Darn! Suddenly Melbourne lose its charm to me.” Tinggi suara Julia
melantun diiringi ketawa kuat. Kalau lah boleh nampak di udara frekuensi tu
mesti kelakar.
Jude angguk. Dah lama Julia dan adik
– adik yang lain sibuk nak pergi St. Petersburg tapi dia tak pernah layan.
Rusia dan segala kenangan yang ada di sana menjadikannya tempat terakhir dalam
senarai pilihan Jude untuk pergi bercuti. Kali ni kerja jadi terpaksa! Pengalaman
pertama di sana yang sepatutnya menjadi kenangan zaman remaja yang indah telah
tersemat menjadi kenangan yang paling pahit.
“Penat kot bang, kerja base kat US, kejap travel gi Jerman, lepas tu Moscow. Tu baru Julia sebut negara yang
merentas benua, yang lain – lain tempat abang pergi tu? Tak bujang sampai ke
mati abang kalau terus macam ni? Kenapa tak kerja dengan Brown aje? Common, Daddy tak hantar pun abang
belajar sampai Imperial untuk jadi kuli batak orang forever.”
“Julia, abang pun tak rancang nak
jadi kuli orang forever. Nak juga
jadi bos.” Jude saja tekan sebutan perkataan ‘forever’. Dia pun memang tak akan
lama di Intuitive Surgical. Tekanan yang diterima rasanya sudah sampai ke
penghujung. Biar apa pun taruhannya, I
want my freedom back! Jude melirik ke arah Julia dan melemparkan senyuman.
Mata kembali beralih ke skrin telefon bimbit. Tetingkap WhatsApp ditutup
berganti dengan The Star Online. Berita yang terpapar di skrin sangat menarik
perhatiannya.
“MOSCOW
- Last 2012, company Intuitive Surgical, the inventor of da Vincci has lose its
monopoly right for the production of such systems, and they became more
available to medics, the specialist believes but then came the latest da Love. From
da Vincci to da Love, there are hardly any chances for the system to be made in
Russia - the Russian robotic technology in this field lags far behind foreign
competitors. There are only 2 da Love robots in Russia today.
Russian
surgeons are known as wizards for their hands, but the current development of
the robotic technology in the world may deprive them of their reputation in a
blink of an eye.”
“Daddy, pujuklah Jude ikut kita. Please….” Julia berdiri dan menarik
tangan Encik Jayden ke arah si abang.
“Apa?” Jude buat muka tak bersalah.
“We
are begging you. Tak nampak?”
“Tak.” Jude beralih sedikit, memberi
ruang agar Encik Jayden duduk di sebelahnya.
“Trip
mana kali ni?”
“Moscow. Boltkin beli mesin baru.
Team installation mintak turun. Ada problem katanya.”
Encik Jayden serius memandang anak
lelaki sulungnya.
“Tak stabil? Ingat lagi bagus
daripada da Vincci.”
“Sepatutnya macam tu lah tapi ni
lebih kepada Intuitive nak balik kuasa monopoli jadi yang dorang upgrade cuma dari segi imej dan perkakasan. Looks more robotic friendlier than da
Vincci. Imej yang lagi jelas tu yang jadi modal utama pasaran. I can say benda lain semua sama.”
“Daddy dengar mesin baru tu pun nak
masuk pasaran Malaysia. Betulke?”
Jude angguk. Setakat ni, hanya ada 3
buah mesin da Vincci di Malaysia dan mesin robot tercanggih yang baharu
diluluskan oleh FDA (Pentadbiran
Makanan dan Dadah Amerika Syarikat) sedang dalam perebutan antara IJN
dan pusat perubatan swasta terkemuka di Malaysia. Siapa pun yang dapat, yang
untung tetap dia. Inilah peluang terbaik untuk berada di tanah air sendiri. Jude
tak kisah pun turun pangkat daripada penyelidik terkemuka kepada bahagian
operasi. Kepakarannya amat diperlukan dan adanya dia di tanah air sendiri akan
menguntungkan negara dalam pelbagai aspek.
“Daddy, cerita bola lagi bagus lah.
Cerita kerja bosan.”
“Hmm….sebab dah tahu ending cerita mesti Daddy suruh Jude
balik kerja dengan Brown kan?”
“Betul tu Daddy. Paksa aje abang
tu.” Julia menyampuk.
“Okay..bola kita ni apa cerita
terkini?”
“Qu Puteh Daddy….”Julia sengih
lebar. Perli sebenarnya. Dunia sukan tiba – tiba meriah dengan penaja utama
pasukan negeri. Jarang terjadi dalam sukan tanah air penaja lagi popular
daripada pasukan tajaan.
“Harapnya musim baru liga Malaysia ni semacam ada satu aura yang
berbeza. Bukan terhad kepada penaja yang popular semata.”
“Ya lah Daddy, Jude pun dah naik malas nak
layan liga ni. Harap-harap apa berlaku di atas padang sama hebat dengan aura
yang terpancar, bukan yang berlaku luar padang, luar stadium, dalam terowong
dan sebagainya yang hebat. Moga ada minat nak layan bola tempatan semula.” Makan dalam sahaja ayat Jude.
Tak sampai lima belas minit bermalasan dan
berborak dari topik bola hingga berpatah ke topik Melbourne, Jude mendapat
panggilan telefon dengan membawa berita yang sekian lama ditunggu.
“Kejap ya Daddy.” Jude sopan meminta izin untuk
menjawab telefon.
Encik Jayden hanya mengangguk.
“Kau yakin ke betul?” Jude bertanya untuk
kesekian kalinya.
“Daddy kau tu macam dekan di bawah pangkal
buluh. Hati – hati.” Encik Bakar, penyiasat upahan ketawa dalam pada
mengingatkan Jude.
Jude pula lelah mentafsirkan peribahasa. Ikut
situasinya sekarang, yang paling logik ialah mungkin Encik Bakar merujuk kepada
sikap Daddy yang sangat pandai berahsia.
Note: 1. Rahsia apa? 2. Dalam situasi macam mana korang nak Alila jumpa Mr Saviour? 3. Ke baru baca secoet dah pilih #team? Jangan lagi oke.
TGIF!
Love
RA
@
KL
xnk la jumpa kt hospital... nnti kna mgumpat lg huhuhu
ReplyDeletehaha....exactly! tapi spital tu scene plg penting tau
DeleteAssalam n Gday dear
ReplyDeletewahhh ...ingat kn Mr Saviour ari tu ngan awek dia! sip baik she is his sister. So Mr savior is crystal clear single mingle no special gurl around. Yeah a chance for Alila to move on
please bg lah cara dorang jumpa yg ala sweet but spontaneous n natural
wat's the rahsia? raring n curious to know. But not too serious ya? No family fued ok!!
♡♡♡
~ Jazmeen
hahaha
Deletebanyak request tu
1. jumpa sweet - sweet
2. no family fued
imaginary scene tak da ke?
Jumpa dlm training room oun okey ��
ReplyDeleteApalah kenangan pahit si jude kat moscow ni??
budak A&E tak handle machine tu jd x logik lah. nti sy kna viral kat FB :(
Deletehahaha....
Training nikah kawen boleh la jumpa
LOL
Deletei can imagine the issue jd viral
mmg x leh blah
kena screenshot pas tu berkoyan komen
x buat research, tulis x de fakta, penulis byk angan2, tak tau jgn tulis, penulis syok sendiri sendiri bla bla bla
kinda an entertainment hahahaaa
~ Jazmeen
Alamakkk... tp okey ape promo free 😂😉
Deletesalam ramadan....soalan 2 - jumpa kat moscow la...masa belek-belek mesin...soalan lain tunggu yang seterusnya...tq:)
ReplyDeletehahaha...
Deletemacam belek baju raya gitewww..
okay sy tunggu
Cracking my head to create d best scene for lila n mr saviour...ptt la tk jd writer...idea beku...
ReplyDeleteat least you are a good reader and read
Deletetu lagi penting :D
Mmg x larat nak mikirkan scene2 yg berkemungkinan.
ReplyDeleteI'd rather be surprise with whatever d author wants it to be.. :-)
-Apa rahsia daddy
-Bila mase berkenalan Jude & Lil
-What happen to Ammar & Soraya
Tu semua yg akan buat Ai melekat2 kat wall ni , waiting 4 ur n3s.
*p/s: mcm nak lil jumpa sweet2 ngan Jude, gak....
But at d same time, nak ammar fight for Lil..
nice story and again story about nurse. Hopefully Alila will meet his mr. Saviour nie soon somewhere but not hospital..
ReplyDeleteomoooo..
ReplyDeletesebab nilah malas nk bc cite kak rin. sbb nnti terlekat-lekat kat otak. haha..
ni novel ke apa ni?
cane mr savior nk jumpa lila ni.. curious!
Is this the same sister alila yg dlm Ms nightingale?
ReplyDelete