KALAULAH Taufik
masih belum berpunya. Pasti Hidayah bangga menjadi pasangannya tapi
malangnya. Dia jatuh cinta bergolek – golek pada yang salah. Bukan dia kena tipu
pun. Sedari awal sudah diketahui status Taufik tapi hati tak mampu nak menolak.
“Dayah, Mak nak cakap sikit.”
“Apa dia Mak?” Masa ni ayah dah
habis sahur. Tinggal mereka berdua di dapur mengemas meja makan.
“Bulan puasa ni bulan berkat. Mak
nak minta tolong.”
“Apa dia?”
“Belajar lupakan Taufik.”
“Mak….” Lembut tapi panjang harakat
Hidayah menekan.
“Mak baru izinkan Dayah keluar
berbuka dengan Taufik semalam. Kenapa tiba – tiba Mak dah tukar fikiran?”
“Mak izinkan tapi masa Dayah keluar
nanti, Dayah suruh Taufik bawa Hana sekali. Masa keluar tu cuba renungkan sikit
masa depan Dayah nanti macam mana? Hidup bergilir nanti macam mana? Hana nanti
kalau dah besar macam mana?”
Hidayah termati kata. Bukan dia tak
pernah fikir semua ni. Selalu sangat dia fikir nasib bermadu. Berbaloikah
sebuah hubungan hanya atas dasar cinta? Selepas sahur, Hidayah mengaji sehingga
masuk waktu Subuh. Selepas Subuh, dia mengaji lagi sehinggalah mata terasa
mengantuk. Dua minggu berpuasa terasa sekejap. Aktiviti dating dikurangkan atas kemahuan Hidayah sendiri. Berkali – kali
Taufik ajak berbuka puasa di luar tapi sedikit kesedaran mula menerjah di lubuk
hati. Semalam Hidayah sengaja minta izin Mak dengan harapan Mak tak izinkan
tapi pelik, Mak izinkan tapi rupanya ada hajat di lubuk hati Mak.
Perkara biasa Hidayah buat sebelum
tidur ialah membelek telefon. Benda wajib kena skodeng ialah Instagram Pia. Hari ini Pia muat naik gambar belon
warna merah dan dilepaskannya ke awan biru.
Ramadhan pick up line: Let go the life indulgence. Empty your
stomach to feed your soul.
#protectoursoul#ramadhanpickupline#sofiasophia#pia#ramadhan
Hidayah rajin membaca komen – komen untuk
pos ini. Pelbagai ragam peminat Pia. Tak kurang juga peniaga yang menyemak
mencari peluang perniagaan. Kadang – kadang marah pun ada sebab jenuh nak
bezakan mana komen yang asli dan mana yang jatuh dalam kategori spamming sahaja.
Why pick up line for
this holy month? You are rude. Find a better phrases shallow minded
instagrammer.
Hidayah mengucap panjang apabila
terbaca satu komen yang berbaur kejian. Mungkin sesetengah orang merasakan
istilah pick up line yang biasa
dimaksudkan sebagai ayat mengurat tak sesuai digunakan dalam konteks Pia tapi
Hidayah tak rasa pun salah. Ramadhan pick
up line Pia tak ada cliché macam pick
line Ramadhan yang bersepah di media sosial.
Tangan laju menekan skrin. Bukan nak
serang balas hater tapi cuba menjelaskan maksud yang dia faham. Tekan sahaja
kotak hijau Send, telefon berdering.
Salam Taufik dihujung talian
dijawab.
“Hmm…pantas. On insta or on FB?”
Hidayah gelak sahaja. Hahaha….kantoi!
“You sihat tak ni? Suara serak sahaja. Dah macam baru lepas karoks.”
“Sihatlah. Kurang air sikit saja
bulan – bulan puasa ni.”
“I dah booking tempat tau. You jangan mengelat lagi. Dah lama kita tak
jumpa.”
Hidayah serba salah. Tiba – tiba teringat
saranan Mak.
“Okay tapi I rindukan Hana. Boleh tak
kita bawak dia keluar sekali? Agak – agak Kak Husna marah tak kalau dia tahu?”
“Are
you sure?” Taufik tak menjawab soalan Hidayah mengenai perasaan Husna
kerana bab itu akan mereka bincangkan malam nanti. Sekarang Taufik sangat
teruja dan gembira dengan niat Hidayah. Walau pun ini bukan kali pertama mereka
keluar bertiga tapi kali ini Hidayah yang minta. Itu bezanya.
“Betul.” Jawab Hidayah yakin. Dia
sukakan budak – budak. Hana pun dia suka. Seikhlasnya dia suka dengan keletah
Hana yang tengah membesar. Suka dia bukan sekadar bagi muka kepada Taufik tapi
sukanya sampai terjatuh sayang. Cuma Hidayah mengingatkan diri berkali – kali agar
menjaga batas agar jangan sampai Kak Husna berjauh hati kalau dia tahu.
“You nak sambung tidur atau nak
dengar suara I sampai tertidur?”
“Taufik….kita puasa ni dan kalau
bukan bulan puasa pun you tahukan, two
person madly in love, talking only about love is kinda crap. I tak rasa appropriate.” Rendah suara Hidayah
menolak gurauan Taufik.
“Hidayah,
I rasa you patut terus terang. You nak cakap yang you segan sebab I suami
orang?”
“I
memang tahu you suami orang jadi that’s
not the case.”
“Then?”
“Tak
ada apa – apalah. See you soon.”
“Hidayah, don’t hang up.
I tahu ada yang tak kena. Wanna share?”
Lembut suara
Taufik
memujuk.
“Kalau
nak cakap panjang – panjang, petang nanti jumpa kita cakap. I tengah berlatih
nak jaga mata I, nak jaga telinga I tapi dengan you I boleh kalah so please help me. I’m trying to avoid anything
that is too slanderous to be all ears to.”
“Okay,
you buat I rasa segan. Sorry for making
this hard for you but I understand. I miss you so much.”
I miss you too.
Kata – kata yang tersangkut di kerongkong. Tak mampu diluahkan. Hidayah rasa
malu dengan diri sendiri. Tiap kali dia rindukan Taufik, terasa dinding, meja,
almari dan semua benda di sekelilingnya mengejek. Ya Allah, hanya Kau yang lebih
mengetahui.
“Thank you for your
understanding Fik.”
“Anything for you.
Oh ya sebelum I lupa ni I nak bagi pesanan penaja sikit. Jangan buang masa
melepak kat ‘rumah’ Pia banyak sangat. Bloggers
and instagrammers, either they are attention seeker or they get paid and most
important they only show you half of their life. It is their goal to make you
feel ‘I want your life’. Okay dear?”
Hidayah
menahan ketawa. Taufik tahu sangat kegemaran dia yang satu ini tapi nak buat
macam mana, belum sampai seru nak berhenti aktiviti yang satu ini. Hidayah
senyum sampai ke telinga walau pun dah lama perbualan mereka tamat. Inilah
masalahnya yang satu. Taufik lengkap segalanya. Dari segi fizikal sudah pasti
tapi yang lagi penting ialah Taufik berjaya buat Hidayah merasai pelbagai ‘rasa’.
Orangnya tak terlalu mendesak. Sempoi sahaja walau pun Hidayah tahu sebagai
orang yang sudah berkahwin, pengalamannya cukup banyak untuk mencairkan Hidayah
dengan ayat – ayat manis tapi Taufik ialah Taufik. Ayatnya disusun mengikut
akal dan bukan rasa hati semata. Nak cakap matang sangat pun tak. Kadang –
kadang perangai kebudak – budakannya kalah perangai Hana.
Hidayah
baru teringat ayat ‘back – up’ Pia yang dia hantar sebentar tadi. Nasiblah kalau
haters Pia nak meroyan sekali pun.
Dia cuma cakap apa yang dia rasa betul.
Pick up
line memang ayat mengorat. Tak salah buat pick up line Ramadhan. Agar kita
jatuh cinta dengan Ramadhan. Agar diri lebih mencintai Ramadhan. Agar Ramadhan
lebih dekat di hati. Pick up line may not valid. Pick up line may be old
school. But I believe life is combinations of thousands pick up lines.
#pickuplineramadhan#pia#hatersgoaway#positive#sorry#iloveramadhan
Hampir terlompat Hidayah apabila Pia menyedari
kewujudan komennya. Tak pernah umur Pia balas komen Hidayah. Sesekali memang
Pia ada membalas mesej peminatnya. Pia bukan jenis sombong pun tapi tak larat
lah dia nak balas semua komen. Ramai juga yang back up Pia sebenarnya tapi dia terharu apabila ayat Hidayah yang
Pia perasan. Yeay!
@hidayah
Agar kita jatuh cinta dengan Ramadhan. Agar diri lebih mencintai Ramadhan. Agar
Ramadhan lebih dekat di hati. Agar semua kawan – kawan memahami. ‘Segala apa
yang dilihat, didengar dan dirasai, kalau dicatatkan dengan jujur dan betul itu
adalah menjadi catatan sejarah yang amat penting untuk pengetahuan orang –
orang yang akan datang. Catatan yang betul akan terus hidup selama – lamanya. –
Harun Aminurrashid, 1982’.
#bepositive#ramadhanpickupline#sofiasophia#pia#ramadhan
Jawabnya
hari ini bakal menjadi hari yang paling menggembirakan hati la. Hidayah senyum –
senyum lagi. WhatsApp yang masuk pun dibaca dengan senyuman terlorek dibibir
tapi tiba – tiba wajah Hidayah yang manis bertukar kelat.
Kalau
saya izinkan awak kahwin dengan Taufik sekali pun, bolehkah awak bahagia?
Tak
sempat nak fikir nak jawab apa. Satu lagi WhatsApp masuk tapi kali ni daripada
Taufik pula. Ada kuasa psikik kah suami awak Puan Husna?
I’ve
nothing to do today so I stalked you. Pick up line versi Taufik. #Taufik dan
Hidayah tak mungkin berpisah. If it makes you happy, do it. If it doesn’t make
you happy, then don’t.
Mata dipejam rapat – rapat. Bahagiakah aku?
p/s: Assalamualaikum & Good Day. Thank you for reading.
Salam Ramadhan & Happy Sunday.
#prayforSabah
#prayforMH17&MH370
#prayforGaza
#prayforHisblessing
renugkan hidayah.. btul ke akan bhgia??
ReplyDeleteI never read a novel like this. Lovely lovely lovely!!
ReplyDeleteIt really ohsem story!
ReplyDeleteGood....
ReplyDelete