“Bell,
baju ni cantik, oh my God, so cute.”
Kiki menarik sehelai romper yang amat kecil bersaiz Newborn dan tersengih macam
budak dapat lollipop. Dah penat sebenarnya menemani Bellina membeli – belah
dari pagi.
“Okay
beli.”
“Bell!”
Kiki menjerit marah.
“Ishh...apa
yang kau jerit – jerit ni.” Bellina menarik lengan Kiki pelik.
“Mana
aku tak geram. Dari tadi aku tunjuk itu, ini, semua kau cakap beli. Ni yang aku
tunjuk baju budak laki tau. Kau sedar tak kau suruh beli?” Kiki menayangkan
romper di tangan sekali lagi ke muka Bellina.
“Oohh...I’m sorry Kiki. Aku distracted sangat.” Bellina mengetap
bibir. Rasa bersalah pula. Nak tergelak pula kalau membayangkan anaknya besok
memakai romper berwarna biru terang siap gambar bola bersepah di dada. Mana
boleh, tak lawa la Princess Mommy macam ni.
“Bell,
chillax. Baby is arriving soon. Let’s
enjoy every moment of your last pregnancy. Darren tak ke mana pun. He just shocked. Give him some time. Kau
nak makan apa? Just name it. Nanti
dah pantang mana boleh.”
“Kiki,
aku nak makan lamb chop, aku nak
makan sweet corn, aku nak makan
durian, aku nak Starbuck.”
“Durian
mana nak cari. Kau ni buang tabiat ke apa. Starbuck je aku nak layan, jom.”
Kiki tersenyum lebar. Dia tunggu sahaja Bellina mengajak ke Starbuck. Dia dah
terkena panahan asmara sesaat dengan barista di Starbuck.
Di
Starbuck, Bellina menegur apabila melihat gaya Kiki yang semacam sahaja.
“Dah
kau kenapa dok terteleng – teleng kat
bar tu?”
“Kau
jangan gelak aku cakap ni Bell.”
“Shoot.”
“Barista
tu. Nama dia Gerard. Aku dah lama stalking
dia. Dah berminggu aku datang lepak Starbuck sini.”
“Kau
mental ke ni?”
“Temporary mental lah but Bell please come here. Look.” Kiki
menarik lengan Bellina nak menyuruh Bellina melihat ke arah barista yang langsung
tak menyedari dirinya menjadi bahan santapan Kiki.
“Okay hot hunk. He is hot but c’mon, a
barista?”
“La
bukan aku serius pun. Cuba kau tengok lagi sekali. Hot gila cara dia pegang blender.
I bet the blender is having a good time.”
Bellina
tergelak besar. Muka Kiki dengan mata Minnie Mouse memang tak boleh nak blah. Gedik semacam. Tiba – tiba perut
Bellina terasa sakit. Bellina mengerutkan dahi. Dia yakin ini tanda – tanda
kontraksi awalan. Bellina cuba bertahan tapi tiba – tiba dia menjerit dan memegang
tangan kanan Kiki kejap.
“Kiki, it’s time. Oh my God. Kiki......I’m
scared.”
DARREN menguap dah berkali – kali. Jam baru nak menjejak
pukul 9 malam tapi sungguh dia bosan melayan Faroq. Terpaksa layan sebab
mengharapkan projek membekalkan filter
ke semua kilang milik Tan Sri Yusoff yang diuruskan oleh Faroq. Budak – budak procurement kenapalah wajib nak kena
makan suap. Kadang – kadang memang sakit hati. Nak kena buat – buat kawan
dengan orang yang langsung dia tak kenal satu, nak kena ‘suap’ dua dan yang
terakhir nak kena’belai’ mood. Memang kena banyak bersabar. Siapa cakap nak
berniaga senang. Berniaga banyak cabarannya. Bukan tak boleh diharap dengan
orang – orang kanannya tapi Faroq atau Datuk Faroq, anak Tan Sri Yusoff
merangkap orang penting procurement memang
tak kan layan orang bawah.
Dahlah
telefon Bellina dari tadi tak berjawab. Tak kan dia nak cakap, Bell jangan
pergi. Bell duduk rumah dengan I, Bell I minta maaf. Memang tak kan lah. Dengan
pandangan sayu je lah dia mampu tengok Bellina keluar rumah. Nak berkeras rasa
macam tak patut pula. Patutnya dia guna kuasa veto suami. Bellina pasti
mendengarnya. Ini dah malam pun Bellina tak sampai rumah lagi kan dah tak guna
menyesal. Dia tahu Bellina belum sampai rumah sebab dia menelefon Bibik yang
tidur di rumah malam ini. Mommy yang hantar Bibik untuk membantu Bellina
mengemas rumah sebelum dia keluar rumah siang tadi. Mereka memang bersepakat untuk
tidak mengambil pembantu rumah tetap. Baru kahwin kononnya. Mestilah nak
privasi.
Topik
yang Faroq bawak ni pula topik
politik. Bertambah merudum mood. Nak
duduk rumah menunggu Bellina balik nampak tak macho pula jadi daripada dia merewang, baik dia berkerja. Kira
bekerja lah ni melepak dengan Faroq yang jatuh dalam kategori ‘prospect client’. Dari tadi Darren cuba
menganalisa hujah Si Faroq tapi tak ada point
yang menarik. Tak jelas pula pegangan Faroq. Pro – kerajaan atau pro –
pembangkang pun Darren tak pasti tapi ayat macam cayoo. Gedegang sahaja
hujahnya.
Darren
dah mula geram apabila Faroq seakan mencabar idealoginya yang sememangnya dia
malas nak bagi dia punya pendapat peribadi kalau masuk bab politik. Nasib baik
telefon bimbit yang diletakkan di atas meja makan Cosy Corner berdering dan
berkelip – kelip meminta dijawab. Ada alasan tak payah nak layan hujah Faroq.
“Waalaikumussalam.
Ya Mommy. What?”
Air
muka Darren berubah.
Bertambah
tertekan apabila Faroq terus mengasak melihat Darren memutuskan talian dan
menyimpan telefon di dalam poket.
“Dahlah
Faroq, politik adalah ekonomi. Jangan nak berkuntau ceramah depan aku kononnya perjuangan mana – mana parti terlalu
suci. Siapa yang berkuasa, dialah yang memegang ekonomi.”
Faroq
ternganga.
“Dah,
panggil bil sini. Aku nak bayar. Aku dah kena blah. Bini aku dah nak beranak. Nanti kalau LA keluar call aku.” Darren meletakkan not seratus
ringgit di hadapan Faroq dan sekeping sampul surat berisi cek dengan jumlah
yang diminta oleh Faroq dihulurkan sekali. Langsung Darren tak kasi peluang
Faroq nak berhujah lagi. Bosan!
Darren
menghala kereta ke Jalan Ampang. Pening dan kelam kabut fikir jalan mana paling
dekat untuk ke PCMC di Jalan Kia Peng. Jalan jammed pula. Dalam hati dia sekarang sumpah penuh dengan kupu –
kupu terbang.
Terkilan
Bellina sendiri seolah tidak memerlukannya di sisi jangan ceritalah.
Teruja
status ‘Papa’ yang bakal disandang jangan ceritalah.
Dan
tiba – tiba dia kecut untuk menghadapi reaksi Bellina.
C’mon Darren Umar!
Darren mengetuk steering kereta kuat. Nak berhadapan dengan
Bellina kena penuh dengan aura macho.
Kalau tak nampaknya Bellina tak pandanglah. Dia tak lah lembap mana nak faham
Bellina tengah melancarkan protes cara damai. Kalau cara vokal rasanya senang
dia nak bisukan, yang cara damai dia lemah sikit.
Darren
tersenyum dan mencari nama Syasya di telefon.
“Sya,
you tengah kerja ke?” Suara Darren serak sahaja mengawal gentar. Syasya bekerja
sebagai Retail Manager di ISETAN. Dia amat berharap Syasya bekerja.
“Ya
lah, I kena kerja hari ni. Pandai you teka. Ada press nak datang kejap lagi.” Suara Syasya lembut sahaja di hujung
talian.
BINGO!
“Babe,
I nak minta tolong ni.” Darren melunakkan suara.
“Apa
dia sayang?” Kalau dah dengar Babe keluar mulut Darren, boleh terlupa Syasya
sekejap Darren ini suami orang.
“Hari
tu you ingat tak, bla...bla...”
Senang
sangat perempuan ni, cong (tipu)
sikit, jawapan okay yang keluar daripada mulut Syasya membuat Darren tersenyum
sambil mata buntang melihat keadaan jalan yang sesak teruk. Sepuluh minit
langsung tak bergerak. 20 minit kemudian Syasya tegak di luar ISETAN KLCC.
Darren hanya berhenti di tepi jalan, turunkan tingkap cermin kereta dan plastik
bertulis Du Viet bertukar tangan.
Sambil
menapak ke lobi PCMC, Darren sempat melayan FB. Menaip status ringkas yang tak
sampai 10 minit, berkoyan komen dia dapat.
Soon Daddy To Be. Damn need survival kit
loaded with ......
Boleh
lagilah dia tersengih buat hilangkah gemuruh sebelum macam – macam doa dia baca
nak menolak pintu bilik Bellina.
Leena
: You need a lot of hugs & kisses to soothe your mind...
A&W
SB: Encik Darren, harap semua selamat!
Z.
Zaki: Earplug bro...
Jaja:
Tisu, kot both Mommy & Daddy nangis :p
Mikhail:
Ayra bagi aku mug Starbuck. Mimpilah nak cukup tidur lpas ni...
Kak
Yam: Bos, harap semua selamat.
Don
Umai: Coklat, bagi bini kau tenang sikit...
Cristine:
Mr Darren, lots of love to ur wife kit!
Joe:
Batteries, kot tenaga bini kau abes...
Chong
Schindler: Mint, nanti ko nak kiss baby banyak2..mulut jgn busuk lak..
Rania
Maybank: Flowers for your wife, jgn lupa!
Buat
apa ear plug Zaki Zacharyl oii. Belum tentu Bellina nak bercakap. Karang sakit pun dia segan nak menjerit
pun mungkin tu. Knowing Bellina, how independent she can be, urghh!
Memang
boleh buat Darren risau. Dengan lafaz Bismillahirrahmanirrahim, Darren menolak
daun pintu.
“Sayang....”
EPIDURAL yes, no?
Yes!
BELLINA
memejamkan mata. Badan terasa amat lemah.Ruang bilik selesa di PCMC tak memberi
makna. Epidural tak termasuk dalam pilihan hatinya tapi kini hati meronta –
ronta untuk merasakan keajaiban epidural yang sering diperkatakan. Boleh teran
sambil baca buku, boleh tunggu bayi keluar sambil gelak – gelak tengok TV,
boleh tidur lena tup – tup bukaan dan 9cm.
Oh, I so wanna that experience now! Like
now!
Bellina
menjerit dalam hati. Melalui pembacaannya, dia tahu dia belum lagi dalam
keadaan active labor. Kontraksi baru
bermula tapi dia dah menggelabah katak. Hampir terlupa teknik bernafas, teknik
regangan dan semua persediaan yang dibuat. Telefon bimbit dipegang erat. Mommy
dan Daddy baru balik. Itu pun dia paksa balik. Selamba dia tipu Darren dah
dalam perjalanan. Kebetulan Darren ada hal penting, jadi Bellina datang
sahajalah ke Prince Court Medical Centre ni dengan Kiki. Bukan susah pun nak
kelentong Mommy dan Daddy.
Nak
kelentong diri sendiri yang susah. Sekarang nak telefon Darren dia dah segan.
Takut kena marah pun ada. Boleh tak dia sebut nama Darren Umar, Darren Umar,
Darren Umar 44 kali dan taraa....Darren
muncul dan menemaninya di saat – saat getir begini. Pesanan Doktor Seri Suniza
suruh berjalan atau bersenam sedikit dia dah buat. Siap ke luar bilik sebab dia
bosan. Bukaan baru 2cm, memang lama lagi nak beranak tapi sakit yang konsisten
walau pun tak kuat rasanya melemahkan badan.
Dah
malam pun tapi Bellina masih belum memberitahu Darren. Telefon bimbit dibelek
dari tadi. Sekejap – sekejap skrin ditenung. Apabila kontraksi agak terasa,
Bellina bergerak ke kanan kemudian berpusing pula ke kiri. Telefon masih setia
di tangan. Rambut yang agak berserabai dikuakkan ke belakang. Bellina bangun
dan menyandarkan badan ke kepala katil. Sekarang memanglah tak sakit sangat
tapi kalau dah pukul 2-3 pagi, sakit tak terkata, mampukah dia mengharunginya
seorang diri?
C’mon Bellina, don’t be selfish. He is the
father of your child.
He is your husband!
Bellina
kembali merebahkan kepala ke bantal. Selimut ditarik sehingga menutupi wajah.
“Sayang....”
Bellina
tersenyum apabila tiba – tiba mendengar suara perlahan menyapa dari pintu
masuk.
He is here! Oh my God!
Mesti
Mommy yang telah memberitahu menantu kesayangan. Memang Mommy tak aci, dia
mengadu bagai nak rak tapi Mommy tetap berpihak kepada Daddy. Cuba, cuba kata
Mommy. Cuba apa kalau orang tak nak terima kita kerana masa lampau kita.
Bellina mengeraskan badan apabila tapak kaki makin mendekatinya.
“Bell,
you okay ke tak ni? I risau dengar you seorang diri kat sini. Mana suami you?”
Mata
Bellina buntang apabila menyedari bukan Darren yang masuk ke bilik. Cepat –
cepat dia menarik selimut dan Bakhtiar tersenyum di sisi katil. Tersenyum
seperti biasa tiap kali bersama Bellina.
“Buck,
you buat apa kat sini?” Bellina menjerit kuat.
“I
datang tengok you la. Kiki update
status kat FB. I baca Kiki cakap you masuk PCMC dan kebetulan I jumpa client dekat – dekat sini. Why not I datang tengok.” Bakhtiar
menipu.
Bakhtiar
menarik kerusi untuk pelawat dan duduk bersandar tenang. Dia memang menyukai
Bellina. Teramat suka sehingga kalau dipilih Bellina dan isterinya sendiri, dia
sanggup meninggalkan isterinya demi untuk mendapatkan Bellina. Kesederhanaan
Bellina dan sikapnya yang jual – jual mahal amat memikat hati lelakinya dan
mencuit ego lelakinya. Bukan tak pernah terkantoi dengan si isteri tapi hati
ini tetap tidak dapat melupakan Bellina.
“Buck,
baik you balik. Suami I bila – bila masa pun boleh sampai, dia keluar sekejap
tadi. Mind your freaking wife also.
Dia pergi serang Kiki tau tak sebab ingat you keluar dengan I lagi. Kalau dia
tahu you datang sini, teruk I kena Buck. I tengah tunggu masa nak beranak. Any harrasing situation would be the last
thing in my mind. Please understand Buck.”
Bellina
menggenggam telefon bimbitnya erat. Patutnya dikunci bilik. Bukan tak boleh
kunci dari dalam tapi dia risau kerana ini pengalaman pertama dan macam – macam
boleh terjadi. Dia mungkin boleh bersalin tak sampai pun setengah jam lagi atau
mungkin esok. Jadi sebarang situasi kecemasan perlu dijangka.
“Yeah? Kiki never mentioned that.” Bakhtiar
masih tenang.
Sebab
Kiki dah dapat petua, flip your hair and
walk away with style. Tak ada makna dia nak pergi mengadu lagi. Bellina
memandang Bakhtiar tajam. Ketenangan yang pernah memerangkapnya dulu.
Disebabkan oleh wajah yang yang sentiasa tenang dan sentiasa murah dengan
senyuman itulah yang memikat hatinya. Melayakkan Bakhtiar masuk dalam senarai
lelaki – lelaki yang bersusun dalam senarai Guys
to Date With. Masalahnya
Bakhtiar penipu. Dah kahwin tapi berlagak bujang. Memang tak layak masuk dalam
senarai Bellina.
“Buck, please leave.”
“I
temankan you sekejap.” Bakhtiar menjeling jam di tangan. Dia janji dengan As
untuk bertemu di lobi pukul 9.30. Banyak masa lagi untuk menemani Bellina. Dia
tahu sangat Darren di mana sekarang. Ini Bakhtiar la.
One call and thousand infos feeded!
Dah
memang dia terbaca status Kiki di FB sedang elok dia di PCMC untuk melawat
kawan As yang ditimpa kemalangan. Apa salahnya melawat gadis pujaannya sekali.
Bakhtiar bergerak ke kabinet di dalam bilik hospital yang mewah ini dan
membancuh secawan milo panas.
“Minum
Bell.” Bakhtiar menghulurkan cawan kepada Bellina.
Teragak
– agak Bellina menyambut. Segan apabila dilayan baik. Darren dah lama tak
melayannya begini. Di saat dia betul – betul mengharapkan perhatian, Darren
tega membencinya hanya kerana kisah lama. Tak adil juga untuk menyalahkan
Darren kerana pastilah Darren hampa kerana jodoh yang disangkanya baik bukanlah
baik sebenarnya. Hanya Bellina amat terasa hati dengan kelakuan dan kata – kata
ego Darren sejak akhir – akhir ini. Pagi tadi pun kalau Darren menahannya
daripada keluar rumah, pasti dia akur tapi Darren membenarkan langkahnya.
Wajarlah kalau dia berprasangka bahawa kasih sayang Darren terhadapnya makin
pudar dan mungkin akan hilang selama – lamanya.
“Buck,
I tak selesa.” Bellina tunduk memandang lantai.
“Jangan
fikir banyak Bell. You kena bersedia mental dan fizikal.” Bakhtiar masih berkeras
dan berjalan ke arah mesin di sebelah Bellina dan menarik kertas CTG.
“Wish I could see my own baby sleeping
pattern like this one day.”
“Buck, please...leave me like now!”
Bellina hampir terjerit merayu kerana pada masa yang sama kontraksi makin
terasa. Terasa macam nak dibalingnya Bakhtiar dengan cawan di tangan.
“Okay cool! I’m out and you take care.
Kalau agak Darren tak reti nak jaga you,
don’t worry. I’m all yours. You know how to find me.”
Bellina
memejamkan mata. Sakitnya ya Allah!
“Bye!”
Baru
Bakhtiar nak menolak pintu bilik, As tercegat di hadapan pintu.
“So, you’re here all the time? You cakap nak
jumpa kawan. I tanya semua orang and
lucky me to find you here.”
Datin
As menolak pintu bilik kasar.
“Bellina....Bellina....you
ni, dah nak beranak, panggil laki you teman, jangan panggil laki orang.”
“As, stop! Let’s go.” Bakhtiar menarik
tangan As yang sedang mendekati Bellina di katil.
“Buck, bring your wife out! Stay away from
me.” Bellina menjerit. Sungguh dia rasa seperti diserang histeria.
Kontraksi makin kerap, makin terasa dan makin sakit membuat Bellina tak mampu
nak berfikir dengan rasional.
“Oh,
Buck ya. Nama manja lain tak ada?” As menyinga dan langsung tak bersimpati
kepada Bellina yang sedang menahan sakit.
“You
nak nama manja? Ya bodoh! Bawak bini
kau keluar boleh tak? Berambus.....” Bellina menekan punat loceng di katil. Dia
betul – betul tak tahan. Dia dah tak peduli. Tak mampu nak mengawal ketenangan
diri. Mantra flip your hair, walk away
with style terbang melayang.
“Sayang....”
Oh,
Darren! Alhamdulillah. Oh, ya Allah!
Bellina
bersyukur, teramat bersyukur apabila tiba – tiba Darren muncul di muka pintu.
“Bell?”
“Hormat
sikit As, ini suami Bellina. Jom balik. Kita bincang di rumah.” Bakhtiar cuba
menenangkan As.
“Bini
kau ni, tolong jaga jangan bagi menggatal dengan laki orang boleh tak? Orang
sakit nak bersalin berkepit dengan laki sendiri, dia sibuk nak berkepit dengan
laki orang. Dasar perempuan gatal.” As mencerlung ke arah Darren.
Darren
yang agak terkejut melihat drama di hadapan mata cuba berlagak selamba. Dalam
hati bukan main mendidih. Kalau betul kata – kata perempuan ni, patutlah
Bellina langsung tidak menghubunginya. Rupa – rupanya sudah ada yang sudi
menemani si isteri.
“I’m sorry, this is a misunderstanding.
Bell, good luck!” Bakhtiar menarik tangan As selepas bersalam dengan Darren
yang masih diam tanpa kata. Pintu bilik tertutup dan yang tinggal hanya Darren
dan Bellina.
Plastik
Du Viet dan sejambak bunga yang dibelinya tadi diletakkan di sisi Bellina dan
Darren tunduk mencium dahi si isteri.
“Sakit?”
Bellina
menggelengkan kepala. Sumpah dia sakit sangat tapi sekarang dia teramat malu.
Pasti maruahnya makin merudum di mata Darren dan sekarang dia tahu Darren
bermanis muka semata – mata simpati dengan keadaannya.
“Tak
sakit sebab I dah doa tadi supaya semua you punya sakit pergi kat I. Tak
sakitlah kan.” Darren memegang tangan Bellina erat walau pun dalam hatinya
teramat sakit. Mungkin lagi sakit daripada Bellina yang sedang bertarung untuk
melahirkan anak.
Fikiran
Darren agak terganggu dengan drama sebabak sebentar tadi. Datuk Bakhtiar? Dah
tak ada lelaki lain ke Bell?
“Bell,
I keluar sekejap. I’ll be back. Don’t
worry.”
Darren
sempat berkata sesuatu kepada jururawat yang dipanggil oleh Bellina sebentar
tadi apabila terserempak di muka pintu.
Darren
melangkah keluar bilik dan melilau mencari bayang Bakhtiar sehingga ke ruang
lobi.
“Bakhtiar
ooo Bakhtiar. Jumpa jugak aku dengan
kau.”
“Darren.”
Langkah Bakhtiar terhenti, tak menyangka Darren mengekori langkah mereka
berdua.
“As,
you tunggu I kat kereta. Pergi sekarang!” Bakhtiar memberi arahan keras kepada
si isteri yang nampak tersangat marah apabila diarah.
“Kau
jangan salah faham.” Bakhtiar cuba menenangkan keadaan.
“Aku
tak payah faham apa – apa. Kau kena faham yang Bellina tu isteri aku.” Darren
berlagak selamba. Dia akan ingat semua muka – muka jantan yang pernah berkepit
dengan Bellina.
“Darren...Darren...tak
payah angkuh sangat. Aku cuma faham aku hormat pilihan Bellina tapi kalau kau
tak pandai jaga, aku tak teragak – agak nak rembat.”
Buk!
“Satu
untuk kau punya biadap.”
Buk!
“Dua
sebab kau tak pandai jaga bini sendiri. Jangan bagi aku tengok bini kau datang
maki – maki bini aku lagi. Faham?”
Bakhtiar
tertunduk. Kalau tak mengenangkan cerita akan menjadi lagi panjang kalau dia
membalas, baik tak payahlah. Darren ni memang terkenal dengan sikap baran dia
walau pun pakej lain agak menarik. Macam mana Bellina boleh sangkut sampai
kahwin walau pun baru kenal pun dia tak pasti. Nak cakap apa, citarasa Bellina
memang top notch. Bukan nak
merendahkan diri sendiri tapi Darren Umar memang terkenal di kalangan ahli
perniagaan yang muda dan berjaya. Semua golongan usahawan kenal Darren Umar.
Tak rasa ralat kalah di tangan pesaing yang hebat tapi untuk melepaskan Bellina
semudah itu, susahlah. Apatah lagi dengan sikap As yang langsung tak membantu untuk
menyerikan perkahwinan mereka yang terbina atas dasar nafsu semata. Lagi susah
dia melupakan Bellina.
Darren
tanpa membazir masa terus kembali ke bilik Bellina. Dia langsung tak risau
kerana persiapan mereka dari awal lagi amat rapi. PCMC dan doktor yang dipilih
iaitu Doktor Seri Suniza adalah pilihan bersama. Walau pun perhatiannya kurang
terhadap Bellina sejak akhir – akhir ini, dia tetap sedar tanggung jawabnya.
Nak tak nak, bersedia atau tidak, zuriat mereka nanti adalah amanah bersama.
“Bell....sayang....”
Darren duduk di sebelah Bellina. Nampak sangat si isteri sedang menahan sakit.
Bellina
hanya mendiamkan diri. Melayan sakit yang tak terperi. Memang patut orang
menjerit macam orang tak siuman dalam TV tiap kali berlakon nak beranak sebab
sakitnya memang tak terperi.
“Epidural, yes, no?” Darren mengeluarkan
sapu tangan Armani daripada poket seluar dan mengelap dahi isteri yang berpeluh
walau pun dalam bilik yang bersuhu rendah.
Bellina
menggelengkan kepala.
“Yes Bellina, my order.” Darren berwajah
serius. Mereka pernah membincangkan hal ini dan pendapat mereka amat berbeza.
Dia tak nak dnegar cakap Bellina, yang dia tahu dia tak nak tengok Bellina
gelisah menahan sakit.
Selepas
sejam, Bellina tertidur. Darren setia menemaninya. Risau tak terkata melihat
proses menyuntik epidural sebentar tadi tapi sekurang – kurangnya Bellina boleh
tidur. Dia tak nak Bellina kehilangan tenaga apabila sampai waktunya. Darren
cuba melelapkan mata tapi dia tak mampu. Terlalu teruja untuk menempuhi saat –
saat bergelar seorang ayah.
“Darren...Darren....”
Darren
yang duduk di kerusi sambil memegang tangan Bellina mengangkat muka yang
direbahkan di katil.
“Ya
sayang. Anything? Sakit
sangat?Lapar?”
“Lapar.”
Jam menunjukkan pukul 5 pagi. Darren bangun
dan menghulurkan mug berisi air Ribena.
“It’s 5 o’clock. You nak makan apa? We still
have time to meet her demand.”
Bellina
tersenyum. Bersungguh nampaknya Darren cuba mengambil hati bahkan nama Bakhtiar
langsung tak disebutnya.
“Tadi
you bawak apa?”
“Oh,
durian pan cake kegemaran you. I sempat tapau kat Du Viet tadi. I ambil jap.”
Darren bergegas ke kabinet dan menghidangkan durian pan cake kepada Bellina.
Darren
menyuapkan Bellina walau pun ditolak oleh Bellina berkali – kali.
“Dah
lama you suruh I tapau tapi sekarang baru you dapat makan. Lambat pun tak apa
lah janji sempat makan kan? Sedap tak makan kena suap sambil berdebar – debar
ni?”
Darren
memecah kesunyian. Entah bila mulutnya ringan untuk meminta maaf dia tak pasti
tapi rasanya cukuplah dengan melayan Bellina dengan baik selepas ini. Pandailah
Bellina menilainya nanti.
“Jangan
layan I baik semata – mata we are
expecting Darren.” Bellina menjawab rendah.
“Bell,
cukuplah you tahu I sayang you, we are
family and we will stay this way.” Darren menghulurkan tisu kepada Bellina.
“Tadi?
Bakhtiar? You sepatah pun tak tanya. You nak bahankan I lepas ni ke?”
“I don’t want to talk about him. Period.”
Darren menghulurkan sebiji kurma kepada Bellina.
“Dahlah.
You buat ni sebab Mommy kan? Sebab Daddy kan?” Bellina masam sahaja apabila
Darren tidak melayan marahnya.
“Looking at you like this. Your sour face.
Your so-hate-I-dont-want-to-see-my-husband-face is kinda sexy. Ermm...for some
bizarre reason.”
Darren
bermain kata. Melihat Bellina makin kelat air mukanya Darren tersenyum.
Kemudian masing – masing mendiamkan diri, mata terpaku di skrin TV dan langsung
tak bersuara.
Darren
memeluk dan memujuk Bellina di saat Bellina benar – benar memerlukan
sokongannya dan apabila masanya tiba, dia masih setia bersama Bellina.
Menyaksikan pengorbanan seorang isteri melahirkan zuriat dan air matanya hampir
menitis dan ayat yang selama ini terlalu murah baginya sekarang terasa amat
bernilai.
“Bell, I love you. Thank you so much.”
“KAU
apahal sengih – sengih ni?” Darren macam nak siku je kepala si Zaki, sejak
keluar bilik sampai sekarang sengihnya lain macam. Dah lama lenal derr, dah tahu dalam kepala Zaki mesti
ada benda nak menyakat.
“Kau macam tak kenal brader ni. Excited nak baby jugak
kot.” Mikhail yang tenang dari tadi menyampuk.
“Aku de la virgin eh, jangan nak samakan dengan korang.”
“Dia dah mula.” Mikhail bersuara.
Darren dan Mikhail tergelak
serentak. Geli paru – paru dengar ayat penyata daripada mulut Zaki Zacharyl.
“Bukan apa, wheelbarrow kau kena simpan dalam stor, doggy kau kena tambat dan Italian
chandelier jawabnya tak bercahayalah 44 hari. Kesian kot time nak guna dah berkarat.”
“Aku dah agak dia memang nak bahan
kan kau.” Mikhail tergelak. Memang otak 18SX sungguh bujang tak laku ni.
Darren menepuk bahu Zaki kasar dan
membalas gaya tak ada perasaan.
“Manual boleh bro, apa ada hal.”
“Dah jangan kau nak usik emosi Daddy
ni. Jom blah. Bagitau Bell, Ayra
datang melawat baby kat rumah korang.
Hari ni dia kena jaga baby. Maid kitaorang lari. Haru sungguh.”
“Mikhail lupa nak tambah, suruh baby
besar cepat – cepat, nanti nak pergi makan angin kat Perhentian.” Zaki
menambah. Saja nak menyakat Mikhail. Dah memang aktiviti wajib Mikhail dari
zaman bujang sampai kahwin, tiap – tiap tahun wajib pergi Pulau Perhentian.
Selaku pelukis yang tergolong dalam kategori artis, biasalah, mana boleh
dipisahkan dari alam semulajadi. Zaki dan Darren tukang mengekor sahaja.
“Oh,
bro thanks for the....”
“Jangan ceritalah.” Zaki menepuk
bahu Darren.
1.
Kau sama dengan Bellina dan mungkin kau lagi
teruk, just forgive and forget.
2.
She’s
all you need. Kalau dah sayang dan cinta, perlu ke nak
tengok history zaman Dinosour?
3.
Tak payah bela sangat ego kau tu. Tak bawak untung pun.
“Some
significant being pointed out and it got stuck like gam gajah. Thank you. You are not useless.” Darren
bergurau.
Darren tersenyum sahaja selepas
bersalam dan berpisah dengan kedua – dua sahabat baiknya di parking lot. Zaki
dan Mikhail datang melawat selepas kedua belah keluarga mereka balik. Bellina beranak selepas Subuh dan sampai
sekarang dia belum tidur. Keluarga dan kawan – kawan terdekat datang melawat
tak putus – putus. Malam tadi, dia tak boleh tidur kerana terlampau risaukan
Bellina. Muka sakit campur berlagak tu haiii...lagi
geram dia tengok. Geram pun dia dapat rasakan, dia benar – benar ikhlas
menyayangi Bellina.
“AWAK nak letak nama Aisha kan?” Saja Darren
berbahasa pada hal dia dah siap fikir nama untuk anak kesayangannya. Tak
tergambar perasaan terharu sewaktu menyambut kedatangan zuriat sendiri ke
dunia. Terharu, tergamam, sedih, pilu gembira semua bersatu menjadi satu.
Darren langsung tak menyangka pengalaman bersama Bellina menyambut kelahiran
anak mereka amat hebat.
“Not
anymore. Nanti orang tu cakap kita pretender.”
Bellina mengucup anak perempuan
mereka yang masih merah di pipi. Geram sangat! Memang dia nak letak nama Aisha
tapi dia ingat semasa sesi memilih nama bayi, Darren sempat memuji isteri yang
solehah akan memilih nama – nama yang baik sahaja untuk anak yang bakal menjadi
tanggungjawabnya. Itu sewaktu Darren tidak menganggapnya perempuan jahat
seperti sekarang. Walau pun sebenarnya Bellina benar – benar menyukai nama
Aisha. Dia tak berkenan dengan nama yang pelik – pelik seperti namanya. Okay glam, dia suka tapi panjang sangat
tapinya ialah tak suka tang sekali
dengar mesti orang buat muka.
Like
what kind of name is that? Bellina? Ballerina?
Itu yang dia tak nak. Teringat perbualannya
bersama gadis bernama Nur Lisa yang dijumpainya di hadapan bilik hospitalnya
semalam.
“Assalamualaikum, expecting soon?”
“Waalaikumussalam. Oh yes and look at me now. Horrible.”
Bellina terkejut apabila ditegur dari belakang. Mungkin yang menegur Bellina
sekarang ialah orang yang prihatin apabila melihat ibu yang tengah sarat
terkial – kial menunduk untuk mengambil earphone
yang dipegangnya sedari tadi terjatuh ke lantai. Bellina tak bercadang pun nak
berjalan atau bersenam yang kononnya untuk memudahkan proses bersalin tapi dia
tak tahan seorang diri di dalam bilik.
“Mana ada, tengah tunggu nak beranak
pun vogue the vass lagi ni. Saya Nur
Lisa.”
“Hai Lisa. Saya Bellina. Awak tak
nampak macam nak beranak. Looks so
healthy.” Bellina berbahasa.
Gadis bernama Nur Lisa tergelak
smabil mengukir senyuman yang mendamaikan jiwa. Cantik orangnya, manis dan
berpakaian yang sopan dan menyejukkan mata memandang. Skaf di kepala dilabuhkan
ke dada tapi tetap nampak bergaya.
Oh!
How I wish I am strong enough to stand on Daddy’s wish.
“Oh, saya tak mengandung, belum lagi
and I’m here visiting my hubby’s friend
delivered their first bundle of joy. Hmm...so baby girl? Or baby boy?”
Bellina tersenyum. Ramah si Lisa ni
bertempat. Mampu membuat dia melupakan perhitungannya untuk menelefon Darren
atau tidak. Mommy sebelum balik memang dah perit telinga suruh dia telefon
Darren. Mommy cakap tak pernah dibuat orang beranak tak nak bagitau suami
sendiri. Bellina tayang muka selamba sahaja. Sakit hati rupanya lagi sakit dari
sakit nak beranak. Contraction ada
pasang surutnya tapi sakit hati berpanjangan.
“Baby
girl. Kalau ikut scan macam tu
lah.”
“Mesti dah ada nama menarik ni. Saya
tadi dorang tanya pendapat saya nak bagi
nama apa tapi saya tanya balik nak nama macam mana. Saya cuma tahu zaman
sekarang orang letak sama ada nama
moden urban atau tradisional.”
Lamunan
Bellina terhenti apabila tangan Darren merayap di kepala dan membelai
rambutnya.
“Name that I’ve chose means happy
and make others happy. Make me happy.” Darren
tersenyum dan mencium dahi si isteri.
Bellina
terdiam. Dia tak nak tanya. Pandai – pandai Darren lah.
“Errr....nama
moden urban ke tradisional?”
“Urban
tradisional.” Belasah Darren. Terkejut apabila Bellina bersuara.
“Delisha Aisha binti Darren Umar. Suka tak?”
lisa pun ade.. :)
ReplyDelete