“Kenapa
lambat?” Direnung wajah Ferhad yang agak pucat.
“I’m
not feeling well. Telan panadol dulu baru aku
gerak.” Tak bermaya sahaja Ferhad membalas soalan si kakak.
“Tak jumpa doktor ke?”
Jasmeen mula risau.
“Sikit je.”
Ferhad
membalas pendek. Ayat mengelat tak nak jumpa doktor. Jasmeen memasang tali pinggang keledar sambil bersandar dengan tenang.
T-shirt lengan panjang Lacoste berwarna putih disinsing ke siku. Rimas.
Menikmati suhu penghawa dingin kereta baru Ferhad ditemani alunan suara Adele
mendendangkan Someone Like You melegakan fikirannya. Jasmeen
perasan terserlah bau leather seat kereta baru Ferhad.
“Mamat budget handsome tu pun pakai X5.”
“Who?”
“Binwanis.”
Ringkas
namun ditekankan jawapannya agar Ferhad mengingati kembali jejaka yang ditemui
Jasmeen dikala menjadi tawanan hamba abdi perang tempoh hari. Binwanis adalah
tempat pertemuan pertama antara mamat budget handsome yang ditemuinya kali kedua tadi.
“What?
Kau jumpa lagi mamat tu Meen?”
“Yap.”
Jawab Jasmeen malas. Matanya lebih
fokus ke depan menyaksikan kereta yang bertali arus di MRR2. Jalan utama yang
akan membawa mereka menuju ke rumah Papa dan Mama.
“When?”
“Tadi.”
“Where?”
“Kat tempat kau ambil aku tadi.”
“Rumah
Datin Julia?”
Jasmeen
hanya mengangguk. Tiap kali jumpa je mesti ada je malangnya. Jatuh gedebuk lah.
Pasu pecahlah. Ada badi apa yang melekat kat mamat bernama Fareez tadi tu
sampai menyusahkan orang macam ni sekali.
“Then
how’s everything?”
Jasmeen diam. Malas nak jawab. Banyak betul soalan Ferhad gaya
buat karangan sekolah lengkap dengan 5W
principle – What, Who, When, Where, How.
“Kan aku dah cakap orang bawa X5 memang handsome dan macho.”
Ferhad tersenyum nipis sengaja memenangkan kereta baru pilihannya, BMW X5 yang
sedang meluncur laju di jalan raya ini.
Ferhad
menyambung apabila Jasmeen tidak mengendahkan soalannya. Jasmeen mengiakan ayat
penyata Ferhad dalam hati. Okay, serius mamat budget handsome yang bernama Fareez tu memang handsome. Memang tak layak bagi gelaran ‘budget’ kat tengah sebab kali kedua Jasmeen bertentang mata,
retinanya menangkap raut wajah Fareez dan otak mencerna objek di hadapannya
ketika itu sebagai amat sempurna. Sememangnya handsome! Tip Top! Tapi malangnya telah berpunya. Namun Jasmeen masih
tertanya, kepunyaan siapa?
***
What? Minah karan selamba ni? Berapa
banyak part time job minah ni buat?
Fareez menggaru kepalanya yang tidak gatal. Gaya orang sedang berfikir perkara
yang tidak berfaedah sambil menikmati keindahan ciptaan Allah pada objek hidup
di hadapannya kini. Aku kan pandai mensyukuri nikmat Allah. Dah kejadian yang
cantik dan sempurna begini, sudah pastilah dihayati dengan penuh khusyuk. Bisik
naluri nakal Fareez. Ralit Fareez melihat kesempurnaan fizikal milik Jasmeen
walau pun hanya tampil ringkas dengan t-shirt lengan panjang berwarna putih
kosong tanpa corak dan jeans biru laut yang dipadankan dengan tudung bercorak
bunga matahari. Penampilan yang cukup kemas untuk seorang penyelenggara
taman namun membuat Fareez terpaku. Kesederhanaan yang tidak ada pada Diya
jauh sekali kekasih hati, Gina.
“You
kenal dia ke Fareez?”
“Err....tak. Ingat tadi macam
kenal.”
Oh!
Fareez empunya nama. Jasmeen bergegas meninggalkan Fareez. Tidak dipedulikan
jelingan maut yang dihadiahkan Fareez. Sudah pasti Fareez berpura – pura tidak
mengenalinya. Di Binwanis tempoh hari dengan perempuan lain, sekarang dengan
Gina pula. Hebat betul Encik Fareez kita ni ya.
“You
pergi dululah Fareez. Minta maaf ya tak boleh join you guys for the opening ceremony. Kejap lagi Iqa nak datang rumah.
Then, I kena hantar dia pergi KLIA.”
“It’s
okay. Sampaikan salam I kat Iqa.”
Fareez
membalas malas. Tak pernah tak beralasan Gina. Dua hari lepas hatinya riang
apabila Gina bersetuju untuk hadir ke parti pembukaan Men’s Wellness Spa
milik kawan rapatnya Jefri. Patut ditekanya dari awal bahawa Gina akan memberi
seribu alasan untuk tidak keluar bersukaria bersamanya hari ini. Ini pun Gina
keluar bersama kerana menemaninya melawat Daddy di hospital.
“Fareez, I nak kirimkan Jefri hadiah. Tunggu I masuk dalam rumah ambil hadiah sekejap
ya.”
Mendengar
derap tapak kaki Gina melangkah ke dalam rumah membuatkan degup jantung Jasmeen
tak keruan. Peluang untuk disembur oleh mamat handsome bernama Fareez ini sedang terbuka luas. Telinga Jasmeen
yang tadinya kembang mencuri dengar perbualan antara Jasmeen dan Gina mulai
kuncup. Tangan Jasmeen yang sedang menggembur tanah untuk ditanam Alpinia pupurata mula keras.
Dia
datang ke?
Tak.
Dia
datang ke?
Tak.
Alamak
dia datanglah! Derap tapak kasut Bally makin jelas menghampiri Jasmeen dari
belakang.
“Sejak bila kerja ambil upah jaga taman ni? Berapa
banyak part time kau buat?”
“Dah lama. Sekarang kerja ni full
time.” Main aci jawab je mulut aku ni pun. Jasmeen menutup mulutnya, tak
sangka dengan jawapannya sendiri.
“Kau dah kena buang
kerja ke kat Binwanis tu?”
“Err..”
Tak sempat Jasmeen nak menjawab, Gina muncul dari belakang. Berdetak – detak
bunyi kasut tinggi yang dipakai oleh Gina.
“Fareez, there you go.”
Gina yang
tiba – tiba muncul meyelamatkan keadaan. Di tangan
Gina tergenggam kemas beg kertas bertulis Pineider. Beg
kertas bertukar tangan.
“You
bagi Jefri this Pineider 1949 leather
picture frame. This gift surely will
add classy to his space.” Ujar Gina bangga dengan pilihannya.
Jasmeen
tersenyum kecil. Ternyata gadis keluaran gedung Gucci ini memang mempunyai
selera yang tinggi dalam semua segi bukan setakat barang keperluan sendiri.
Bingkai gambar kulit yang dimaksudkan Gina itu sudah pasti harganya mencecah
paling tidak RM2000. Jasmeen tahu sebab leather
desk tray kertas A4 di bilik pejabatnya adalah daripada jenama Pineider
juga yang harga RM1500 hanya untuk sebuah tray kertas!
“Siapa nama kau?” Fareez bertanya apabila beg kertas Pineider bertukar
tangan.
“Jasmeen.”
“Nama bunga melur,
bunga hiasan kat kampung. Patutlah perangai tak senonoh semacam. Hah, Cik
Melur! Lain kali buat kerja pakai otak.” Gina tergelak mendengar nama Jasmeen
yang sesedap rasa ditukar oleh Fareez.
Kurang ajar punya mamat. Nama aku Fellah Delisya, dah disesatkan jadi
Jasmeen, disesatkan lagi dek mamat putus fius ni jadi Melur? Adoyai!
“Dah lah Fareez, nanti you lambat.” Potong Gina.
Bimbang
mood Fareez bertambah buruk. Bukan boleh dijangka mood Fareez yang sentiasa
berubah. Mengenali Fareez sejak kecil tidak memberi kelebihan kepada Gina untuk
menebak hati dan perasaan Fareez. Yang dirasakannya hanyalah sebuah cinta yang
tidak mempunyai irama yang senandung dengan perasaannya.
“Okay,
anything about Daddy please updates me.”
“Sure.”
Gina membalas pendek.
“And
tell mommy her landscape is amazing except for the person in charge.”
Sengaja
ingin menyakitkan hati si bunga melur yang tidak mengendahkan makiannya. Masih
setenang air di kali. Fareez melirik ke arah Jasmeen yang tegak berdiri
tersenyum memandangnya setelah selesai menanam kembali Alpinia pupurata tadi.
“I
like it too. This is designed by Integrate Landscape. Wonderful is it?”
Gina tersenyum memandang persekitaran taman banglo mewahnya.
Integrate Landscape? No wonder
the boss and the staff both are annoying!
Bisik Fareez dalam hati namun
tetap mengakui reka bentuk lanskap rumah Datin Julia amat luar biasa tanpa
menyedari bahawa kedua – dua orang yang dimaksudkannya sedang elok berdiri di
hadapannya.
“Okay Cik Melur, saya jalan dulu. Hope not to see you again!”
Dihadiahkan sebuah senyuman plastik untuk si bunga melur. Sempat juga
diberi amaran dengan meletakkan ibu jari yang disatukan dengan jari telunjuk ke
mulut tanda zip-up-you-girl!
Dap!
Kurang
ajar punya Fareez. Ek-ele, macam nak
sangat orang canangkan diari playboy
dia tu. Tak kuasa mak nak jadi reporter tak bertauliah Cik Gina-Gucci
ni. BMW X5 menderum laju meninggalkan Gina yang sedang melambai – lambai dan
Jasmeen yang memegang erat bag Longchamp, menahan geram. Belum sempat Gina
melangkah masuk ke dalam rumah, sebuah kereta Audi A8 menderum masuk ke dalam
pagar rumah dan keluar dari perut kereta seorang jejaka yang tersenyum menggoda
ke arah Gina. Jasmeen menelan air liur. Siapa pula ni?
“Hai
Ziqi, jom masuk dulu. Iqmal suruh you
ambil I ya. Okay gives me five minutes. Then we are ready to go.” Gina
berpapasan dengan Ziqi menuju masuk ke dalam rumah.
Gulp!Telinga
aku ni salah dengar ke? Iqa dah jadi
Iqmal? Ziqi ni siapa pula? Geram Jasmeen serta merta bertukar menjadi gelihati
mengenangkan nasib Fareez. Kesian kat
kau Fareez. Ni baru buku bertemu ruas, playgirl versus playboy.
Nak buat macam mana, dah nasib badan kaulah labu!
Fellah Delisya sesat jadi Jasmeen. Agak-agak andai fareez tau siapa cik Melur sebenarnya, mana nak sorok muka hensome dia tu.
ReplyDeleteoh dia boleh sorok bwh tapak kasut Bally dia lorhhh :))
Deletex pun sorok belakang Alpinia pupurata yg jasmeen tanam tu....lol
DeleteAssalam.. best2.. pepagi dah dpt GET 6. thanks KL...
ReplyDeleteMiahahaha
ReplyDeleteAs-salam KL & Happy Eid,
ReplyDeletehaahaa ... Jasmeen is given another nick name Melor but sounds gracious & urbane too!
for sure fareez bad-mouth is blistering to discredit & downgrade Jasmeen position!
Yet he couldn't help of not noticing the beauty of Melor LOL!
Gina?... back off yooo!!! better call it a day!
Thanks KL...Jasmeen ni sungguh x de kering perasaan...Mcm 2 kena kutuk ngan si Fareez pun masih bole tenang...Go girl...Kasi Fareez ni pelajaran skit k...:)
ReplyDeleteI like the way u describe Jasmeen' s character. Rasa real and peronally i sgt suka
ReplyDeletegila sedappp... nyum nyum nyum... tak dapat makan, dapat bc GET pun kira okaylah.. haihlahhh... x sabar nak peluk GET.. fareez2,, dasyat btul laki nih.. suka hati panggil melur bagai.. jahanam nama fellah delisya yang anggun tuh.. by the character jasmeen mmg cool gila..
ReplyDeletex sabar nak tggu ci fareez jatuh tersungkur pada jasmeen.. aisehh.. best2...
Assalamualaikum,
ReplyDeleteDear Hajar, shafriza,
Jazmeen, Atty & Anonymous...
I lmbt reply..so sorry sbb mood raya kan..mls nk bukak lappy dah :p
But really appreciate ur words...